Anda di halaman 1dari 27

membawa fahaman liberalisme, siapa yang mempelopori gerakan ini dan juga

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Penulisan dalam kajian ini akan mengetengahkan perbincangan mengenai Liberalisme

yang lebih tertumpu pada gerakan liberalisme G25 di Malaysia. Pada bab pertama,

pengkaji akan menjelaskan tentang latar belakang masalah berserta permasalahan kajian

punca dan sebab kewujudannya. Di dalam bab ini juga turut menyenaraikan definisi

tajuk, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian, pembahagian bab, kajian literature

dan juga metodologi bagi mendapatkan bahan kajian dan menganalisis data yang ingin

dikaji. Pada bab kedua, pengkaji akan menerangkan sejarah perkembangan liberalisme

agama secara umum dan bagaimana pemikiran liberalisme ini boleh berkembang di

negara kita dan apa yang lebih hebat lagi apabila wujudnya gerakan-gerakan tertentu

yang memperjuangkan fahaman liberalisme.

Pada bab ketiga, pengkaji akan menghuraikan secara terperinci kelahiran gerakan

G25 dan bahayanya gagasan yang dibawa oleh gerakan G25 kepada syariat umat Islam.

Pada bab keempat, pengkaji akan menyediakan hujah-hujah untuk menolak pemikiran

ini dan peranan ilmuwan Islam dalam menghadapi G25 kerana sudah terang lagi

bersuluh gerakan ini membawa fahaman yang bercanggah dengan prinsip agama Islam.

Pada bab terakhir, penulis akan membuat rumusan, cadangan terhadap kajian yang

dijalankan.
2

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Fahaman liberalisme yang pada mulanya berlaku di negara Barat, kini telah menular di

negara-negara Islam termasuk di Malaysia dan lebih dikenali sebagai fahaman Islam

Liberal. Fahaman Islam Liberal merupakan satu bentuk pemikiran yang mempunyai

kecenderungan untuk mentafsirkan semula al-Qur’an sesuai dengan gagasan mereka

terutamanya mengenai hukum-hukum yang dianggap bersifat out of date. Ideologi ini

didukung oleh golongan berpendidikan yang mana kebanyakannya pernah menuntut

ilmu atau pun pernah berkhidmat di institusi-institusi pengajian Barat. Kajian mendapati

bahawa latar belakang pendukung fahaman Islam Liberal ini terdiri dari kalangan

golongan intelektual yang memiliki taraf atau kelayakan akademik yang tinggi dan

menjawat jawatan yang telah diklasifikasikan sebagai golongan kelas menengah seperti

pensyarah, peguam, pegawai eksekutif dan sebagainya. (Azalina Binti Tatar, 2015 :

197)

Tuntutan terhadap persamaan hak antara lelaki dan wanita melalui gagasan

pembebasan wanita dan feminisme merupakan isu yang sangat sinonim dengan

pemikiran Islam Liberal. Melalui gagasan pembebasan wanita tersebut, aliran Islam

Liberal berfungsi membela hak-hak wanita dalam Islam dengan pendekatan yang

melampaui batas iaitu memperbaharui hukum-hukum Allah, undang-undang serta

dasar-dasar mengenai kesaksamaan dan keadilan (Khalif Muammar 2009 : 151). Di

antara hak yang mereka perjuangkan adalah seperti hak pembahagian harta pusaka,

perkahwinan, poligami, penceraian, kepimpinan wanita dalam solat, kesaksian wanita

dan persoalan mengenai hukum aurat bagi wanita yang mana menurut pandangan

mereka telah menindas dan mendiskriminasi hak kaum wanita. (Azalina Binti Tatar,

2015 : 197)
3

Menurut Muhammad Nur (2006 : 6), gerakan pembebasan wanita dalam dunia

Islam sering dikaitkan dengan beberapa orang tokoh wanita terkenal seperti Fatimah

Mernisi di Maghribi, Amina Wadud di Amerika Syarikat, Nawal Sacadawi di Mesir dan

Rifac at Hassan di Pakistan. Berdasarkan kepada latar belakang tokoh-tokoh tersebut,

dapat disimpulkan bahawa senario perjuangan hak wanita fahaman Islam Liberal yang

wujud hampir di setiap negara mempunyai perkaitan dan hubungan dengan golongan

kelas menengah. Secara umumnya, golongan kelas menengah boleh ditakrifkan sebagai

golongan perantara antara kelas atasan dan bawahan yang memiliki ciri-ciri seperti

mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi dan menjawat jawatan yang penting

dalam sesebuah organisasi seperti peguam, doktor, pensyarah, guru, pengurus, jurutera

dan lain-lain (Posiah 1987, Abdul Rahman 1998).

Implikasi Islam Liberal terhadap kedudukan dan penganut Islam di Malaysia

berdasarkan kes-kes yang terpilih termasuklah isu Artikel 121 (1A), isu penubuhan

Interfaith Council (IFC), isu fatwa “Sisters in Islam”, kumpulan G25, dan gerakan

LGBT. (Muhammad Nur, 2006 : 6)

Prof. Dr. Muhammad ‛Uthman el-Muhammady (2005: 7), jika dilihat dari sudut

intelektual, Islam Liberal merupakan suatu aliran yang sedang dipromosikan oleh Barat

dan setiap umat Islam perlu menyedarinya agar tidak terperangkap dalam Islam Liberal

yang bersifat liberal dalam kehidupan seharian sebagaimana pandangannya: “Pada

asasnya perkataan liberal dalam kehidupan seharian bukanlah satu perkataan negatif

malah ia adalah suatu kelebihan dan sangat dianjurkan oleh Islam. Sikap bertoleransi,
4

mengambil kira kepentingan orang lain dan bersikap mengalah kepada perbalahan

adalah sifat liberal yang positif.”

Ini berbeza dengan aliran Islam Liberal yang diperkenalkan Barat yang tidak

mengiktiraf dan menghormati huraian ilmu Islam klasik serta tidak mahu tunduk kepada

autoriti yang ada seperti ulama Usuluddin, imam mujtahid dalam menerangkan ilmu

fiqh dan ulama sufi dalam soal kerohanian. Golongan ini sebaliknya lebih senang

dengan pentafsiran sendiri, berdasarkan akal semata-mata dan hanya memilih mana-

mana huraian yang bersesuaian dengan logik akal, kononnya bagi mengikuti dan

menyesuaikan dengan perkembangan semasa. (Farahwahida & Nur Raihan, 2008 : 2)

1.3 PENYATAAN MASALAH

Pada masa ini, negara-negara Islam pada umumnya mendewakan barat dalam segala

hal. Ianya termasuk hal-hal pendidikan yang berkaitan dengan agama Islam. Buku-buku

para orientalis juga telah tersebar meluas dalam masyarakat Islam. Penghantaran para

pelajar Islam ke negara-negara barat untuk mendalami Islam juga dilihat membawa

padah kerana pulangnya mereka ke negara asal bersama-sama ideologi liberal yang

akhirnya disebarkan kepada masyarakat Islam. Hari demi hari, fahaman liberal terus

merebak dan ianya dilihat tidak mampu ditepis golongan yang tipis iman dan

menggoyah penghayatan aqidah. (Ismail, M. F., Tamuri, A. H., & Jasmi, K. A. , 2012 :

298)
5

Liberalisme merupakan pola pemikiran yang mempromosi kebebasan mutlak

sama ada dalam aspek ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan agama. Pemikiran

liberalisme muncul sebagai reaksi daripada penindasan gereja dan feudalisme terhadap

masyarakat Barat sebelum abad ke 17. Pemikiran liberalisme menolak kuasa agama

sebagai pemutus dan pembuat keputusan. Pemikiran ini bukan sahaja dianuti oleh

masyarakat Barat, malah telah mempengaruhi orang-orang Islam sehingga muncul

pandangan yang menolak autoriti agama dan menuntut kesamarataan gender seperti

harta pusaka, menjadi imam dan wali perkahwinan. Media sosial antara tempat strategik

golongan ini mempromosi liberalisme dengan pandangan yang bebas, berani dan

terbuka. Muncul pandangan yang perjuangkan kebebasan mutlak, keluar dari lunas-

lunas agama, tidak menyokong undang-undang syariah, mempertikaikan peraturan

Islam, mahkamah syariah dan autoriti agama di Malaysia. (Norsaleha, Noor Hafizah,

Abu Zaki, 2017: 293)

Pandangan ini telah mencairkan identiti Islam dengan mencampur adukkan

dengan pemikiran mengikut kerangka Barat sebagai asas pemikiran. Golongan yang

mempromosi pemikiran ini berusaha mentafsir semula Islam sesuai dengan kerangka

pemikiran rasional dan logik tanpa mengambil kira keterangan wahyu dan tuntutan

hadis Rasulullah SAW. Tafsiran semula Islam dibuat mengikut kerangka Barat yang

mengagungkan Hak Asasi Manusia sebagai paksi utama segala tindakan dan keputusan.

Pemikiran ini secara langsung cenderung kepada bentuk-bentuk pemikiran yang

dipromosikan oleh Barat pada sekitar zaman revolusi Perancis dan renaisan yang

menyaksikan kebangkitan falsafah dan pemikiran moden. Hasilnya muncul humanisme,

liberalisme, sekularisme, pluralisme, feminisme dan lain-lain isme yang meletakkan

manusia sebagai paksi membuat keputusan. Pemikiran yang muncul di Barat kesan
6

daripada penindasan gereja kepada golongan ilmuan, sarjana dan masyarakat intelektual

di Barat telah mempengaruhi pemikiran umat Islam terutamanya yang berasimilasi

dengan Barat dan kagum dengan pemodenisasian yang diperkenalkan di Barat. Hasilnya

lahirlah orang Islam yang berfikir dalam kerangka Barat dan menjadikan Barat sebagai

sumber rujukan dan asas dalam berfikir. Oleh sebab itu, pada tahun 2014, Jawatankuasa

Fatwa bagi Negeri Selangor telah memfatwakan golongan yang berpegang dengan

pemikiran liberalisme sebagai sesat dan menyeleweng daripada agama Islam.

(Norsaleha, Noor Hafizah, Abu Zaki, 2017 : 293)

Islam Liberal dilihat mampu mendominasi pemikiran umat Islam yang rapuh

imannya kerana akal dan rasional dijadikan sebagai tonggak utama yang perlu

dimanfaatkan semaksimum mungkin, sedangkan pada hakikatnya Islam membenarkan

rasionalisme dalam erti kata penggunaan akal manusia untuk mencari kebenaran dengan

bimbingan wahyu. Oleh kerana akal menjadi tunjang utama gerakan Islam Liberal, ia

mudah diterima dan ditanggapi selagi ianya mempunyai logik. Hal ini membuktikan

bahawa ancaman Islam Liberal perlu diketahui oleh umat Islam. Kegagalan untuk

memahami fahaman ini akan mengundang kecelaruan akidah yang mampu membawa

kepada kesesatan yang nyata. (Ismail, M. F., Tamuri, A. H., & Jasmi, K. A., 2012 : 295)

Golongan Islam Liberal seolah-olah berjaya menghasilkan sebuah agama baru

sesuai dengan kerangka pemikiran mereka yang jelas selari dengan worldview barat.

Ringkasnya Islam Liberal merupakan bukti kejayaan proses liberalisasi Islam iaitu

proses mengelirukan dan menghancurkan umat Islam dari dalam diri umat Islam itu

sendiri. Oleh yang demikian, kajian ini dilihat sebagai suatu titik percubaan untuk
7

membongkar pengaruh elemen Islam Liberal terhadap aqidah pelajar. Pelbagai dakwaan

mengenai fahaman liberal yang dikatakan mampu menggugat aqidah adalah berasas dan

mempunyai kebenarannya. Malah, generasi muda yang mempelajari Islam secara

formal di sekolah turut menjadi mangsanya. Hakikat ini perlu diteliti secara lebih

mendalam supaya kita tidak terlambat untuk menjalankan usaha bagi menanganinya.

Tidak dapat tidak, kita harus mengakui bahawa fahaman Islam Liberal berpotensi untuk

menjadi virus yang merosakkan aqidah dan seterusnya menggagalkan usaha

pengislahan umat Islam di Malaysia. (Ismail, M. F., Tamuri, A. H., & Jasmi, K. A. :

2012 : 298)

Pemikiran liberal ini disebarkan melalui wacana pemikiran, tulisan dan rencana

dalam media massa, media sosial dan dialog antara agama yang di adakan di universiti

dan lain-lain. Secara langsung ia mempengaruhi masyarakat Islam terutama belia-belia

Islam dengan hujah rasional dan logik. Kesannya belia hari ini cenderung melakukan

perbuatan mengikut kehendak hati dan logik akal tanpa mengambil kira pendapat agama

dan hukum halal dan haram. Kajian yang dilakukan menunjukkan terdapat belia Islam

yang mengakui manusia berhak membuat keputusan tanpa terikat dengan peraturan

agama, bebas melakukan apa sahaja mengikut kehendak seperti berzina, minum arak

dan mengamalkan LGBT dan bergaul bebas antara lelaki perempuan (Norsaleha, Noor

Hafizah, Abu Zaki, 2015 : 294).

Gagasan Islam Liberal sangat berbahaya kepada umat Islam. Tempiasnya sudah

dirasai dan ianya semakin berkembang dalam kehidupan masyarakat Islam yang rata-

rata tidak sedar mengenai pengaruh liberalisme dalam Islam. Akibatnya, tidak hairan
8

jika pada hari ini ramai yang memilih untuk berdisko, berzina, berjudi dan melakukan

apa sahaja sesuka hati kerana beranggapan bahawa mereka berhak untuk melakukan

perkara tersebut atas dasar kebebasan individu sedangkan pada hakikatnya perbuatan

tersebut bertentangan dengan hukum agama. (Ismail, M. F., Tamuri, A. H., & Jasmi, K.

A. , 2012 : 295)

Zamihan Mat Zin (2006 : ) telah membangkitkan beberapa permasalahan

berhubung 291 Islam Liberal. Antaranya ialah tiada pengetahuan asas tentang Islam

Liberal dan kegagalan memahami ancaman Islam Liberal dengan tepat. Oleh itu, kajian

awal ini amat diperlukan untuk melihat sejauhmana tahap pengetahuan pelajar

mengenai Islam Liberal dan tahap pengaruhnya terhadap penghayatan aqidah pelajar di

sekolah. Terdapat banyak elemen yang diperjuangkan oleh golongan Islam Liberal.

Namun, kajian ini hanya mengehadkan kepada dua elemen iaitu elemen sekularisme dan

pluralisme untuk melihat sejauhmana ia mampu mempengaruhi aqidah pelajar yang

telah mempelajari Islam secara formal di sekolah. Fahaman ini berpotensi untuk

mempengaruhi pelajar dan menggoyahkan aqidah mereka seterusnya membawa kepada

gejala murtad. Oleh yang demikian, tidak dapat tidak kita harus mengakui bahawa Islam

Liberal berisiko menjadi suatu ancaman yang mampu menjauhkan masyarakat daripada

ajaran Islam yang sebenar.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Secara khususnya, kajian ini bertujuan adalah untuk mencari jawapan kepada soalan-

soalan kajian berikut. Antara persoalan yang dikaitkan dalam kajian ini ialah:

1.4.1 Bagaimanakah pluralisme boleh berkembang dengan pesat?


9

1.4.2 Apakah penyebab utama wujudnya kelahiran gerakan G25 yang membawa

fahaman liberalisme dan apakah ideologi yang dibawa oleh aliran G25?

1.4.3 Apakah hujah dan peranan ilmuwan untuk menolak fahaman aliran G25?

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

1.5.1 Mengenalpasti sejarah perkembangan liberalisme dan bagaimana

fahaman ini boleh berkembang di Malaysia.

1.5.2 Mengkaji penyebab utama wujudnya kelahiran gerakan G25 dan bahaya

ideologi yang dibawa oleh aliran G25.

1.5.3 Peranan dan hujah ilmuwan untuk menolak pemikiran G25 yang

bercanggah dengan syariat Islam.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Pengkaji sangat berharap agar kajian daripada latihan ilmiah yang dijalankan ini

dapat dimanfaatkan oleh semua umat Islam. Terdapat beberapa kepentingan yang ingin

disampaikan melalui kajian ini. Antaranya ialah saya ingin memberi sedikit sebanyak

gambaran sebenar ideologi yang dibawa oleh gerakan Islam Liberal dalam masyarakat

Malaysia. Dengan adanya usaha mengkaji berkenaan gerakan Islam Liberal, pengkaji

berharap dapat membuka minda umat Islam agar tidak terkeliru dengan ideologi yang
10

dibawa oleh gerakan ini seterusnya dapat menyedarkan masyarakat agar lebih prihatin

dengan pengaruh negatif yang dibawa oleh gerakan Islam Liberal.

Selain itu, kajian ilmiah ini juga dapat membantu pihak berkuasa seperti Jabatan

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jabatan Agama Negeri, Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM) dan juga agensi kerajaan yang lain dalam meneliti bahaya gerakan

Islam Liberal yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat kerana atas dasar

kelonggaran hukum hakam yang dibawa oleh mereka. Seterusnya pihak berkuasa juga

boleh mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menangani perkembangan gerakan

Islam Liberal ini. Penulis juga mengharapkan agar kajian ini berguna kepada pihak

kerajaan dalam usaha mengenalpasti ideologi yang dibawa oleh gerakan Islam Liberal

seterusnya mengambil tindakan susulan yang sewajarnya bersesuaian dengan kehendak

syarak. Ini kerana kelompok gerakan Islam Liberal ini semakin mendapat tempat dalam

masyarakat berpendidikan tinggi bahkan berjaya mempengaruhi pemikiran masyarakat

awam.

Kajian ini juga diharap dapat memberikan input yang berguna untuk pengkaji-

pengkaji seterusnya yang berminat untuk mengupas perbincangan mengenai gerakan

Islam Liberal ini dengan lebih terperinci terutamanya dalam mengenal pasti doktrin

ajaran dan faktor penerimaan masyarakat terhadapnya. Kajian ini perlu diperluaskan

kerana masyarakat perlu diberi pendedahan dan kesedaran mengenai bahayanya gerakan

ini. Dikhuatiri pemikiran Islam Liberal berjaya menguasai dan mendominasi pemikiran

masyarakat Islam di Malaysia keseluruhannya.

1.7 SKOP DAN BATASAN KAJIAN


11

Melalui kajian ini fokus pengkaji adalah untuk mengenalpasti, menganalisis isu

terkini Islam Liberal G25 dan kecenderungan menyebarkan pemikiran liberalisme

kepada masyarakat awam di Malaysia. Antara alasan mereka ialah mahu membentuk

masyakarat Islam yang terbuka dan bertamadun tinggi. Walhal ianya adalah produk

pemikiran barat yang mahu merosakkan akidah dan pemikiran umat Islam supaya

menjauhi agama Islam. Golongan Islam Liberal G25 ini besar kesannya terhadap

masyarakat kerana majoriti antara mereka adalah orang-orang yang berpendidikan

tinggi dan latar belakang pendidikan mereka dari luar negara. Sebagaimana kita

maklum, pemikiran generasi muda akan mencorak pengamalan agama Islam di masa

akan datang. Kesannya amat mempengaruhi pemikiran dan sosial masyarakat Islam di

Malaysia. Skop kajian ini ialah Islam Liberal G25 di Malaysia sahaja.

1.8 KAJIAN LITERATURE

Perbahasan mengenai liberalisme telah banyak dibincangkan oleh asatizah dan

pengkaji-pengkaji lepas. Terdapat banyak buku, artikel dan lain-lain yang membawa

penjelasan tentang liberalisme itu sendiri. Antara artikel, jurnal dan makalah yang

menjadi rujukan pengkaji adalah seperti berikut:

Norsaleha, Noor Hafizah, Abu Zaki (2017 : 1), Pengaruh Pemikiran Liberal Dalam

Media Sosial. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh pemikiran liberal

dalam media sosial. Dapatan kajian mendapati kumpulan belia berisiko terpengaruh

dengan pemikiran liberal mempunyai rangkaian yang saling membantu sama ada dari

sudut sokongan moral dan pendapat yang saling menyokong antara satu sama lain.
12

Kajian juga mendapati kumpulan berisiko ini hanya dianggotai oleh sekumpulan kecil

anak muda tetapi lantang bersuara dan memberi pandangan terhadap isu-isu semasa

terutamanya isu-isu yang melibatkan syariat Islam, mahkamah syariah dan autoriti

agama di Malaysia. Kajian ini menyumbang kepada pembuat dasar negara bagi

meletakkan satu garis panduan yang melibatkan belia dan penggunaan media sosial.

Muhammad Bin Mohd Zin@Zakaria (2017 : 2), Penyebaran Fahaman Liberalisme

Dalam Portal Berita Online Di Malaysia. Kajian ilmiah ini bertujuan mendedahkan

unsur liberal yang terdapat dalam artikel-artikel di portal berita online. Pengkaji

terpanggil untuk meneliti, menganalisis dan mengenalpasti tentang idea liberalisme

serta bagaimana ia disebarkan. Antara medium yang pengkaji kenalpasti ialah medium

atas talian yang berbentuk portal berita online. Penulis-penulis portal berita online

tersebut dilihat cuba mengelirukan umat Islam dengan memperkenalkan konsep

keterbukaan yang cenderung ke arah pemikiran liberalisme. Pengkaji menganalisis

artikel-artikel penulis berfahaman liberalisme mengikut kecenderungan isu yang sering

menjadi ulasan mereka. Pengkaji berharap dengan dapatan kajian ini masyarakat akan

menjadi peka dan berhati-hati dengan penulis portal berita online berfahaman liberal

yang dikenalpasti, serta sedia menapis setiap berita yang dibaca di portal berita online

sebelum menerimanya.

Mohd Aderi, Khadijah & Asawati Suhid (2015 : 23), Guru Muslim dan Cabaran

Ideologi Liberalisme. Kertas kerja ini akan membincangkan berkaitan fahaman

liberalisme, konsep guru muslim, menifestasi fahaman liberalisme dan cabaran guru

muslim mendepani liberalisme. Kertas konsep ini juga menyentuh berkaitan tiga prinsip
13

utama dalam fahaman liberalisme yang menjadi asas untuk merosakkan umat Islam

iaitu prinsip rasional, prinsip keterbukaan dan kebebasan intelektual. Impak kepada

pendidikan sekiranya tidak ditangani dengan betul oleh guru muslim, maka akan

merosakkan generasi pelajar yang bakal mencorakkan masa depan negara.

Khalif Muammar (2011) Islam dan Liberalisme. Makalah ini diambil dari laman

web Institut Kajian Strategik Malaysia (IKSIM). Ianya membicarakan definisi

liberalisme, sejarah asal usul liberalisme, penulis membicarakan prinsip asas yang

menjadi tunjang kepada liberalisme yang ada pada hari ini. Walaubagaimanapun,

makalah ini tidak menekankan tentang bagaimana untuk membendung pemikiran

liberalisme kerana penulis terarah memahamkan pembaca tentang konsep liberalisme

secara menyeluruh serta kritikan Islam terhadap liberalisme.

Wan Adli Wan Ramli (2014) Menangani Cabaran Liberalisme Dalam Kalangan

Muslim Berdasarkan Konsep Ijmak. Artikel ini membicarakan betapa pentingnya

memahami liberalisme supaya masyarakat dapat menangkis hujah liberalisme.

Diutarakan juga penelitian penulis terhadap liberalisme berdasarkan kerangka akidah

dan pemikiran Islam. Setelah penulis menganalis teks utama liberalisme, natijahnya ia

membawa kebergantungan keterlaluan terhadap kebebasan individu dalam

mengeluarkan pendapat sendiri tanpa merujuk pendapat ijmak sehingga timbul

kekeliruan dan salah tafsir hal-hal akidah dan pemikiran Islam.

1.9 METODOLOGI KAJIAN


14

Rangka kerja metodologi dalam kajian penyelidikan melancarkan proses

mengumpul data. Kajian penyelidikan dikategorikan kepada penyelidikan kualitatif

dan penyelidikan kuantitatif. Penyelidikan kualitatif merujuk kepada kajian yang

dijalankan memerlukan pemerhatian yang teliti, manakala penyelidikan kuantitatif

merujuk kepada kajian yang dijalankan melibatkan statistik. Kajian penyelidikan

kualitatif dan kuantitatif dapat ditentukan melalui data primer atau data sekunder.

(Ang Kean Hua, 2016 : 17)

Data primer didefinasikan sebagai data yang berasal dari sumber asli atau

pertama, manakala data sekunder didefinasikan sebagai data yang telah

dikumpulkan oleh pengkaji lain. Data primer boleh dikategorikan kepada aktif dan

pasif. Data primer aktif boleh dibahagikan kepada menemu ramah secara langsung

(melalui bersemuka antara penyelidik dan responden) dan menemu ramah secara

tidak langsung (contohnya melalui telefon, surat, teknologi). Data primer pasif boleh

dibahagikan kepada berstruktur dan bersifat rahsia, berstruktur dan bersifat terbuka,

tidak berstruktur dan bersifat rahsia serta tidak berstruktur dan bersifat terbuka.

(Ang Kean Hua, 2016 : 17)

Data sekunder melibatkan bentuk tulisan seperti jurnal, buku, majalah, rekod-

rekod lepas, laporan dan dokumen, internet, tesis, cerpen, surat khabar), serta

pandangan dan pendengaran (ucapan, tayangan gambar dan video, lagu, cerita).

Walaupun data sekunder mempunyai kelebihan dan kelemahan, namun data

sekunder dan data primer bergantung antara satu sama lain dalam membantu

penyelidik menyelesaikan masalah masyarakat melalui pencapaian objektif kajian

atau hipotesis kajian dalam kajian penyelidikan. (Ang Kean Hua, 2016 : 17)
15

Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang akan menggunakan cara pengumpulan data

dan analisis data. Pengkaji membincangkan sejarah liberalisme dan mengkaji G25 yang

dibawa dan cenderung mengulas sesuatu isu dan hukum mengikut kaca mata

liberalisme. Melalui kajian ini pengkaji akan menerangkan tentang ancaman pemikiran

liberalisme yang boleh mendatangkan kekeliruan serta menggugat syariat umat Islam.

1.9.1 Metodologi Pengumpulan Data

Berikut adalah metode-metode pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji :

i. Kajian Perpustakaan

Kajian perpustakaan sangat penting untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan

dengan kajian yang dilakukan. Kajian perpustakaan sangat penting bagi

seseorang pengkaji kerana untuk mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan

dengan kajian yang lalu dan melalui kajian perpustakaan pengkaji dapat

mendalami kajian yang dilakukan.

Pengkaji telah mendapatkan sumber-sumber rujukan bercetak seperti buku-buku

rujukan dan kajian-kajian lepas dengan mengunjungi beberapa buah perpustakaan

seperti Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Perpustakaan

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan juga Perpustakaan Awam Negeri

Terengganu. Pengkaji telah menggunakan akses sebagai pelajar di universiti untuk

menggunakan kemudahan yang ditawarkan oleh perpustakaan UniSZA secara


16

optimum untuk meminjam dan juga menggunakan bahan-bahan rujukan untuk

kajian oleh penyelidik. Selain daripada itu, rujukan-rujukan bercetak yang

dibekalkan oleh sekolah-sekolah, Jabatan Agama Islam dijadikan sebagai sumber

rujukan oleh pengkaji dalam membina kajian ini. Kajian perpustakaan telah banyak

membantu pengkaji dalam mencari bahan sejarah perkembangan Liberalisme dan

juga kesan Islam Liberal kepada agama. Pengkaji dapat meluaskan pengetahuan

berkaitan dengan tajuk yang dikaji daripada kajian perpustakaan yang dilakukan.

Pengkaji juga turut memanfaatkan kemudahan terkini iaitu penulis mendapatkan

bahan yang diperlukan melalui perpustakaan atas talian seperti menggunakan laman

OPAC UniSZA untuk mencari buku-buku yang berkaitan dengan tajuk kajian.

Metod ini juga memudahkan pengkaji untuk mendapatkan jurnal, artikel, akhbar

dan membantu pengkaji untuk mendapatkan bahan yang lebih banyak lagi.

ii. Metode Dokumentasi

Metode pengumpulan data menggunakan metode dokumentasi dengan merujuk

kepada sumber primer dan sekunder. Sumber primer adalah karya-karya daripada

sarjana Islam dan Barat. Sumber sekunder pula terdiri daripada karya akademik

sarjana semasa yang merangkumi penulisan buku, jurnal, akhbar dan laman

sesawang. Kesemua maklumat yang diperoleh daripada sumber primer dan sekunder

adalah berkaitan liberalisme agama. Keseluruhan data dikumpulkan menggunakan

kaedah tekstual. Kaedah tekstual membolehkan pengkaji menyatakan dan membuat

pentafsiran sendiri berdasarkan sumber maklumat yang diperoleh. Analisis data pula

dilakukan dengan menggunakan pendekatan deskriptif. (Shahirah & Mohd Safri,

2018 : 3)
17

Pengkaji menggunakan metode ini dalam usaha pengumpulan data dengan

mengkaji buku, artikel-artikel, dokumen, jurnal dan makalah yang berkaitan dengan

tajuk kajian ini. Dokumen yang digunakan dalam kajian ini adalah bahan yang

berkaitan liberalisme.

iii. Metode Penyelidikan Sejarah

Melalui metode ini membantu pengkaji mengetahui lebih mendalam asal usul

liberalisme sehingga dapat mengetahui bagaimana ia menyerap menjadi salah satu

fahaman yang dianuti orang Islam. Kebenaran sejarah yang pengkaji dapati

bergantung kepada kreadibiliti sumber yang diambil, sama ada dari sumber premier

atau sekunder. (Muhammad, 2017)

iv. Teknik Temu bual

Teknik temu bual boleh diguna sebagai metod utama pengumpulan data, digabung

dengan metod lain atau hanya dijadikan pendekatan kajian (Robson 2011). Bagi

kajian yang mengguna reka bentuk kajian kes, temu bual adalah teknik yang baik

bagi mengumpul data (Yin 2009). Temu bual adalah teknik kajian yang boleh

diterima bagi mencari isu yang berkaitan dengan polisi maklumat (Wenger et al. dlm.

Forrest 2006).
18

1.9.2 Analisis Dalam Penyelidikan Kualitatif

i. Metode deskriptif

Menurut Nazir (1988: 63) dalam Buku Contoh Metode Penelitian, metode deskriptif

merupakan suatu metode dalam meneliti status sekelompok manusia, suatu objek, suatu

set kondisi, suatu sistem pemikiran ataupun suatu kelas peristiwa pada masa sekarang.

Tujuan dari penelitian deskriptif ini adalah untuk membuat deskripsi, gambaran, atau

lukisan secara sistematis, faktual dan akurat mengenai fakta-fakta, sifat-sifat serta

hubungan antara fenomena yang diselidiki.

Metode Induktif

Metode ini digunakan untuk mengkaji secara kritikal data yang diperolehi

berkenaan dengan pemikiran liberalisme penulis portal berita online. Melalui

pembacaan ini pengkaji akan berikan kesimpulan umum di bab tiga.

Sebagaimana diketahui, portal-portal berita online ini mempunyai jutaan

pembaca setiap hari. Kesempatan ini telah dimanfaat sebaik mungkin oleh penulis

bebas di portal-portal berita online ini. Oleh itu, pengkaji memilih untuk

mendedahkan jumlah angka yang tepat supaya masyarakat dan pengkaji

menyedari hakikat pengaruh portal berita online yang tidak boleh dinafikan

dalam mencorak pemikiran dan sikap masyarakat. Dalam bab seterusnya

pengkaji akan memperkenalkan satu persatu penulis di portal- 38 portal berita

online dan menganalisis tema-tema serta isu semasa yang diulas berdasarkan

kerangka liberalisme yang dikenalpasti dalam tulisan mereka.


19

ii. Metode Deduktif

Metode ini digunakan bagi menguji kebenaran anggapan bahawa kebanyakan

portal berita online cenderung ke arah fahaman liberal yang didapati sepanjang

pengkajian sama ada ia tepat atau palsu. Melalui metode ini pengkaji akan dapat

meneliti maklumat dapatan kajian dengan lebih kritikal di bab empat.

Pengkaji telah memperkenalkan portal-portal berita online yang dipilih

berdasarkan kriteria-kriteria digariskan. Selain itu, mendedahkan data jumlah

pembaca yang mengunjungi portal-portal berita online dalam Bab Tiga.

Manakala dalam Bab Empat ini, pengkaji mendedahkan isu-isu yang dimanipulasi

oleh penulis bebas yang mempunyai tulisan kecenderungan ke arah pemikiran

liberal di portal-portal berita online . Seterusnya, artikel-artikel di setiap portal-

portal berita online akan dianalisis mengikut kedudukan pembaca paling tinggi

hingga ke paling rendah. Nama-nama penulis akan dinyatakan serta tajuk-tajuk

juga dipetik dalam memudahkan pengkaji mengenapalsti isu yang dibangkitkan


20

1.10 DEFINISI ISTILAH / OPERASIONAL

Kajian ini bertajuk “Ancaman Pemikiran Liberalisme G25 di Malaysia”.

Sebelum menerangkan mengenai lebih lanjut tentang topik ini, pengkaji terlebih dahulu

akan menerangkan beberapa istilah yang digunakan untuk menyusun tajuk kajian ini.

Istilah-istilah tersebut antaranya ialah perkataan Ancaman, Liberalisme, Aliran G25,

Malaysia.

Imam al-Ghazali menekankan di dalam salah satu karyanya yang penting, al-

Munqidh min al-Dalal bahawa pentingnya seseorang ilmuwan memahami hakikat

sebenar perkara yang dibahaskan sebelum ia boleh mengkritik atau menerimanya.

Beliau menegaskan seseorang yang mengkritik sesuatu perkara tanpa terlebih dahulu

memahaminya dengan mendalam adalah ibarat orang yang memanah dengan mata yang

tertutup. (Dr Khalif Muammar, 2011 : 1)

Ancaman

Menurut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan Edisi Baharu (2010 : 15), ancaman beerti

ugutan, gertakan dan gugatan manakala Kamus Bahasa Malaysia (1998 : 15), ancaman

pula membawa maksud sesuatu yang mengancam ; perihal atau perbuatan mengancam.

Liberalisme
21

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Liberalisme (Liberalisme. Pusat Rujukan

Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.

http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=liberalisme. Diakses 29 Sept 2017) ialah

fahaman yang liberal, fahaman atau pendirian yang mahukan demokrasi serta kebebasan

dalam kegiatan ekonomi.

Manakala menurut Muammar (2011 : 4) turut menerangkan dalam bukunya bahawa

liberalisme jika dilihat dari segi bahasa, asal perkataan semata, bermaksud keadaan

yang bebas. Di sini liberalisme adalah faham yang menegaskan kebebasan yang tabi’i

bagi manusia tiada perbezaan dari segi makna. Seperti yang kita sedia maklum manusia

diciptakan bebas, dengan maksud bahawa ia tidak dilahirkan sebagai hamba kepada

orang lain, ini bermakna ia tidak sepatutnya berada dalam belenggu ciptaan manusia. Di

sini liberalisme atau liberty adalah perkara yang berlawanan kepada perhambaan,

penindasan da keadaan tertawan.

Secara umumnya, golongan Islam Liberal tidak menzahirkan diri mereka

sebagai orang yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan yang

menyeru kepada pengkajian semula agama, pentafsiran semula al-Qur’an serta penilaian

semula syariat dan hukum-hukum fiqh. Mereka menolak tafsiran daripada Rasulullah

dan para sahabat serta ulama mujtahid yang menurut mereka kolot dan ketinggalan

zaman. Menurut Mohammad Ariffin (2009:8), fahaman Islam Liberal menyakini

bahawa agama perlu bersesuaian dengan peredaran semasa walaupun terpaksa

menafikan hukum-hakum agama yang telah thabit secara putus (qat’ i). Mereka juga

percaya sekiranya terdapat hukum yang tidak menepati zaman, kemodenan, hak-hak
22

manusia, dan tamadun global, maka hukum itu perlu ditakwilkan mengikut kesesuaian

pemikiran mereka atau sebolehnya digugurkan.

G25

G25 adalah sekelompok orang Melayu yang berpengaruh, dan sebagai organisasi

masyarakat sipil, kami dapat memainkan peran konstruktif sebagai suara moderat dalam

agama. G25 terdiri dari sekelompok individu, kaya dengan pengalaman dalam berbagai

bidang dengan beragam pandangan tetapi memiliki tujuan dan visi yang sama

Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki entiti masyarakat yang bersifat

pluralistik. Ia terdiri daripada kalangan masyarakat majmuk yang hidup bersama dengan

kewujudan pelbagai agama dan kaum sejak sebelum kemerdekaan dicapai pada tahun

1957. (Muhammad Nazmi, Jaffary Awang, Muhammad Helmy, 2016 : 64)

Malaysia didasari oleh penduduk yang berbilang bangsa. Masyarakat pluraliti ini

membawa bersama perbezaan kehendak dan kemahuan sekaligus mahu menjaga

kepentingan kaum mereka sendiri. Bagi sebuah negara yang dihuni oleh masyarakat

berbilang kaum,agama dan budaya, perpaduan adalah sangat penting dalam menjamin

keharmonian negara. Perpaduan merupakan intipati yang sering dilaungkan oleh

pemimpin dalam menjamin kelangsungan keamanan negara. Rentetan itu banyak


23

medium yang digunakan bagi mewujudkan dan mengutuhkan perpaduan khususnya di

Malaysia sebagai langkah memastikan negara tidak kucar- kacir akibat persengketaan

antara kaum dan antaranya adalah menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantara

kepada perpaduan kaum. (Norayu Basir, 2012 : 1)

1.11 SUSUNAN BAB

Penulisan dalam kajian ini akan mengetengahkan perbincangan mengenai

Liberalisme yang lebih tertumpu pada gerakan liberalisme G25 di Malaysia. Pada bab

pertama, pengkaji akan menjelaskan tentang latar belakang masalah berserta

permasalahan kajian punca dan sebab kewujudannya. Di dalam bab ini juga turut

menyenaraikan definisi tajuk, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian,

pembahagian bab, kajian literature dan juga metodologi bagi mendapatkan bahan kajian

dan menganalisis data yang ingin dikaji. Pada bab kedua, pengkaji akan menerangkan

sejarah perkembangan liberalisme agama secara umum dan bagaimana pemikiran

liberalisme ini boleh berkembang di negara kita dan apa yang lebih hebat lagi apabila

wujudnya gerakan-gerakan tertentu yang memperjuangkan fahaman liberalisme.

Pada bab ketiga, pengkaji akan menghuraikan dengan lebih lanjut kelahiran gerakan

G25, pemikiran aliran ini dan bahayanya kepada syariat umat Islam. Pengkaji akan

menyenaraikan dan menghuraikan dengan lebih lanjut gagasan yang dibawa oleh

gerakan G25 manakala pada bab keempat, pengkaji akan menyediakan hujah-hujah

untuk menolak pemikiran ini dan peranan ilmuwan Islam dalam menghadapi G25

kerana sudah terang lagi bersuluh gerakan ini membawa fahaman yang bercanggah
24

dengan prinsip agama Islam. Pada bab terakhir, penulis akan membuat rumusan,

cadangan dan penutup terhadap kajian yang dijalankan


25
26

RUJUKAN

1) Khalif Muammar. 2011. Islam dan Liberalisme. Institut Kajian Strategik

Malaysia (IKSIM)

https://translate.google.com/translate?hl=en&sl=ms&u=https://
www.researchgate.net/publication/
328214051_ANCAMAN_ALIRAN_PEMIKIRAN_LIBERAL_TERHADAP_AK
IDAH_AHLI_SUNNAH_WAL_JAMAAH&prev=search -rujukan english

Anda mungkin juga menyukai