Anda di halaman 1dari 15

HIA3033 (PEMIKIRAN ISLAM SEMASA)

TUGASAN INDIVIDU

1)ULASAN ARTIKEL JURNAL BERJUDUL LIBERALISME DAN PEMIKIRAN


PEMIMPIN DI MALAYSIA
2) ULSAN ARTIKEL JURNAL BERJUDUL ISU-ISU AGAMA DAN RUANG SOSIO-
POLITIK DI MALAYSIA

NAMA : NUR ASHIEKIN BINTI CHE HAMZAH


NOM.MATRIK : D20191087557
PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KESUSASTERAAN
MELAYU) DENGAN KEPUJIAN
KUMPULAN : E
NAMA PENSYARAH : ENCIK MUHD HASBI BIN ABDUL RAHMAN
PENGENALAN
Ulasan ini adalah berkaitan dengan pemikiran liberal terutamanaya dalam kalangan
pemimpin muslim di Malaysia.Menurut sumber daripada Oxford Dictionaries (2018)
menyatakan bahawa liberal berasal daripada perkataan Latin iaitu liber, liberalis atau liberal
yang bermaksud bebas, tidak terikat, progresif, reformis atau radikal. Berfikir secara liberal
pula bermaksud berfikir secara bebas dan terbuka, bertoleransi, berfikiran luas dan tidak
jumud (tidak terkongkong dalam sesuatu aliran pemikiran). Ia juga disebut sebagai suatu
struktur pemikiran yang mencakupi hampir seluruh aspek kehidupan manusia termasuk
sosial, budaya, politik, pendidikan, ekonomi dan agama. Bahkan, terdapat pelbagai aliran
yang wujud sepanjang sejarah kemanusiaan. Perbezaan ini berlaku kesan daripada kewujudan
pelbagai bangsa, budaya agama dan latar belakang yang ada pada setiap manusia. Di sisi
agama, Islam mengajar manusia menghormati perbezaan tersebut selagi mana aliran
pemikiran itu tidak menjejaskan pemikiran dan kepercayaan umat Islam terhadap Allah s.w.t.
Menurut Blackburn. S (1996), dalam sudut politik juga liberalism adalah pemikiran berpusat
pada individu yang dianggap sebagai memiliki hak dalam pemerintahan, termasuk persamaan
hak yang dihormati, hak berekspresi dan bertindak serta bebas dari ikatan-ikatan agama dan
ideologi.

SINOPSIS

Pemikiran liberal adalah aliran pemikiran yang berjuang untuk hak kebebasan
bersuara dan hak kebebasan beragama. Pemikiran ini dilihat memberi ancaman kepada
keharmonian beragama kerana pentafsiran yang dibuat dalam hal berkaitan agama
bergantung kepada perspektif rasional dan kontekstual. Tulisan ini memberi fokus kepada
perbahasan epistemologi pemikiran liberal dan hubungannya dengan aliran pemikiran dengan
aliran pemikiran pemimpin Muslim di Malaysia. Menggunakan kaedah kualitatif, kajian ini
turut melibatkan kaedah temu bual kepada seramai enam belas orang informan daripada
kalangan pemimpin negara, pemimpin masyarakat dan pemimpin Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO) untuk melihat realiti pemikiran ini dalam konteks di Malaysia. Informan
telah disampelkan menggunakan strategi persampelan bertujuan yang menfokuskan kepada
keperluan untuk memperolehi maklumat dengan lebih fokus dan terbuka.

Hasil kajian menunjukkan pemikiran liberal ini mempunyai analogi ilmu yang sangat
panjang. Ia dipengaruhi oleh kepelbagaian keadaan sejarah dan kondisi negara termasuk
pengaruh aristorasi, industrialisasi dan agama. Pemikiran liberal juga adalah asas kepada
ketamadunan sekular yang muncul kesan daripada bantahan golongan cendekiawan Barat
terhadap sikap dan ideologi pembesar agama Kristian. Jelasnya, pemikiran liberal adalah
acuan Barat dan kesannya dapat dilihat pada cara hidup dan budaya masyarakat Barat
sekarang. Apa yang membimbangkan, hasil kajian juga menunjukkan pemikiran ini telah
meresap masuk ke dalam pemikiran sebahagian rakyat Malaysia khusunya dalam kalangan
pemimpin Muslim. Metode berfikir menurut kaedah ini perlu ditangani secara holistik kerana
pemikiran beracuan liberal ini mampu menjejaskan metode berfikir umat Islam pelbagai latar
belakang. Implikasinya, akan muncul pelbagai gerakan yang mendakwa mereka membawa
panji-panji Islam padahal prinsip-prinsip yang ditegakkan bersifat ekstrem dan bertentangan
sama sekali dengan prinsip ajaran Islam.

ULASAN/KRITIKAN

KELEBIHAN

Jurnal ini mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah penulis berusaha untuk
menunjukkan bahawa pemikiran liberalisme ini telah pun meresap masuk dalam kalangan
pemimpin Muslim di Malaysia. Apabila pembaca membaca jurnal ini, para pembaca akan
mendapat pelbagai info mengenai pemikiran liberalisme yang diamalkan oleh pemimpin
Muslim di Malaysia. Sebagai contoh, satu topik yang popular di Malaysia ialah Islam Liberal
dimana dua orang tokoh yang telah disandarkan mengenai Islam Liberal di Malaysia iaitu
Leonard Binder dan Charles Kurzman dan kedua-dua tokoh ini berpegang kepada asas
kepada pemikiran Liberal adalah rasional dan kebebasan inidvidu. Di Malaysia, ada dalam
kalangan pemimpin Muslim mengamalkan pemikiran ini dari segi politik, ekonomi,
pendidikan dan lain-lain lagi. Maka jurnal ini juga telah membuka mata pembaca mengenai
kesalahan pemimpin dalam menggunakan pemikiran Liberalisme ini dalam memimpin
masyarakat dan negara.

Setersunya, kelebihan jurnal ini juga ialah telah memberi pengetahuan kepada
pembaca mengenai kelompok-kelompok pemikir liberal yang wujud di Malaysia. Pertama,
pemikir Liberal TEGAR(LIAR) dimana kelompok ini berfikir secara liberal, mempertahan
liberalisme, berniat menyebarkan fahaman liberalisme dan lain-lain. Kedua, Liberal Awam
(AWAM) dimana kelompok ini mengamalkan liberal, ada pengetahuan tentng Islam,
mempraktikkan ajaran Islam, tidak berniat menyebarkan fahaman liberalisme dan tidak
memusuhi golongan anti liberalisme. Ketiga, Liberal Khas (LEKAS), dimana kelompok ini
berlatarbelakang lulusan agama, kuat mempertahankan tradisi, ada pengetahuan tentang
liberalisme dan tidak anti pemikiran liberal tetapi kritis terhadap liberalisme. Keempat ialah
Anti Liberal dan Liberalisme (LIHAT) dimana dimana mereka menentang ketiga-tiga
kelompok pemikiran liberal di atas, terdiri daripada pelbagai latar belakang, ada pengetahuan
tentang Islam, memusuhi pemikir liberalisme secara ekstrem dan lain-lain. Ini juga akan
mengukuhkan lagi perincian maklumat dalam jurnal ini dengan menyatakan bukti bahawa
wujudnya kelompok-kelompok pemikir Liberalisme dalam kalangan pemimpin Muslim di
Malaysia.

Disamping itu juga, jurnal ini juga telah menyedarkan pembaca mengenai kesan-kesan buruk
pemikiran liberalisme ini. Antaranya ialah menimbulkan ketidakharmonian dalam proses dan
kerukunan beragama dimana boleh dilihat melalui kelompok pertama yang mereka telah
memaksa penerapan nilai-nilai sekular-liberal ini secara konsisten kepada masyarakat. Selain
itu juga, pemikiran liberalisme ini akan mewujudkan gerakan yang mendakwa membawa
panji-panji Islam sebaliknya prinsip-prinsip yang dibawa mereka ini bersifat ekstrem dan
bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam seperti dalam kelompok keempat dimana
mereka menentang ketiga- tiga kelompok pemikir liberalisme dan sangat memusuhi pemikir
liberalisme secara ekstrem. Ini jelas menunjukkan bahawa pemikiran Liberalisme dalam
kalangan pemimpin Muslim di Malaysia ini mendatangkan kesan buruk terhadap agama,
masyarakat dan negara.

KEKURANGAN

Kekurangan pada jurnal ini ialah tidak menunjukkan sempel kajian yang jelas.
Sepatutnya, kajian jurnal ini perlu menunjukkan sampel kajian yang jelas mengenai
responden yang ditemu bual untuk menunjukkanbahawa kajian mendapat data yang jelas dan
tepat. Sebagai contoh, memaparkan soalan-soalan yang ditanya kepada responden tersebut.
Dengan ini, pembaca jurnal ini juga akan lebih memahami mengenai Liberimse dalam
pemikiran pemimpin Muslim di Malaysia. Jika tidak dipaparkan soalan-soalan yang telah
diajukan kepada responden, pembaca juga akan keliru dan tidak memahami tentang
Liberisme dalam pemimpin Muslim di Malaysia.

Seterusmya, kekurangan jurnal ini juga ialah tidak menyatakan langkah-langkah yang boleh
diambil oleh semua golongan tidak kira golongan masyarakat, pihak berkuasa dan pemimpin
negara sendiri untuk membantu membanteras Liberalisme dalm pemikiran pemimpin Muslim
di Malaysia. Sepatutnya, jurnal ini perlu disertakan langkah-langkah yang berkesan untuk
membendung masalah ini dan pembaca juga akan dapat mengenalpasti langkah-langlah yang
perlu diambil untuk mengelakkan Liberalisme dalam pemimpin Muslim di Malaysia terus
berleluasa. Hal ini juga akan menjadikan jurnal lebih efisien dan berkesan kerana sumber
maklumat yang dinyatakan boleh dijadikan panduan dan iktibar kepada pembaca.

HUBUNGAN JURNAL DENGAN MAHASISWA SEKARANG

Hubungan jurnal ini yang bertajuk Liberalisme dalam pemikiran pemimpin Muslim di
Malaysia dengan mahasisiwa sekarang dapat dilihat jika mahasiswa sekarang menjadi
pemimpin ketika berada di universiti seperti menjadi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Mahasiswa tidak sepatutnya mengamalkan bentuk pimpinan Liberalisme seperti memaksa
mahasiswa lain untuk menurut apa sahaja arahan mereka walaupun ianya salah dan
mendatangkan keburukan kepada mahasiswa lain. Ini akan menjadikan pimpinan mereka itu
terjejas dan tidak dihormati oleh mahasisiwa lain. Sepatutnya, pemimpin dalam kalangan
mahasiswa sekarang perlu mementingkan suara bersama dalam membuat sesuatu keputusan
supaya kepimpinan mereka nampak lebih kukuh dan harmoni malah dihormati oleh
mahasiswa lain. Maka. jurnal ini bolehlah dijadikan panduan kepada mahasiswa yang
menjadi pemimpin di university mereka untuk mengelakkan mereka daripada mengamalkan
pemikiran Liberilisme dalam kepimpinan mereka.

Selain itu juga, jurnal ini juga akan membuka mata mahasiswa sekarang yang menjadi
seorang pemimpin di universiti mengenai keburukan Liberilisme dalam pimpinan mereka
seperti akan mewujudkan satu keadaan yang akan mengganggu keharmonian dan
kesejahteraan seluruh warga university. Misalnya, jurnal ini ada mengatakan bahawa
Librilisme ini akan mewujudkan gerakan yang bersifat ekstrem jika ada yang menentang
mereka. Maka mahasiswa akan tahu bahawa mereka akan cenderung bersifat ekstrem jika ada
dalam kalangan mahasiswa lain tidak menerima tindakan yang dilakukan mereka dan akan
mewujudkan ketidakharmonian dalam pimpinan mereka. Maka mahasiswa tidak akan
mengamalkan Liberalisme dalam kepimpinan mereka dan berusaha sedaya upaya untuk
menjdaikan pimpinan mereka sebuah kepimpinan yang berjaya dan dihargai oleh orang lain.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa jurnal ini membuktikan pemikiran
Liberalisme ini telah meresap masuk dalam kepimpinan Muslim di negara kita. Terdapat
beberapa kelompok pimpinan yang telah terpengaruh dengan pemikiran ini dimana boleh
dilihat ianya merupakan satu bentuk pimpinan yang bertentangan dengan pimpinan yang
sebenar terutamaya di negara kita kerana ianya boleh memberi kesan yang buruk seperti
mengganggu keharmonian negara dan akan mewujudkan gerakan yang bersifat ekstrem. Oleh
itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mengelakkan pemimpin Muslim daripada terus
terpengaruh dengan pemikiran ini dan usaha untuk memberi panduan kepada pemimpin
Muslim juga perlu dilakukan agar mereka mendapat tunjuk ajar yang baik dalam melaksana
sebuah kepimpinan yang akan menjadikan mereka seorang pemimpin yang berwibawa dan
dihormati segenap masyarakat. Malah, jurnal ini juga dapat dijadikan panduan berguna
kepada pembaca seperti golongan mahasisiwa yang ingin menjadi pemimpin supaya mereka
tidak mengamalkan pimpinan Liberalisme yang pastinya akan mendatangkan kesan yang
buruk kepada kepimpinan dan mahasiswa yang lain.
RUJUKAN

Khalif Muammar Harris. (2018). Islam dan Liberalisme: Antara Maslahan dan Mafsadah.
Khalif Muammr, “ Islam dan Liberalisme: Antara Maslahan dan Mafsadah “, 20 (1),
1-52. Diambil daripada
https://ejournal.um.edu.my/index.php/afkar/article/view/15386

Wan Adli Wan Ramli. ( 2014). Menangani cabaran Liberalisme dalam kalangan Muslim
berdasarkan konsep Ijmak. Jurnal Usuluddin. 27-49. Diambil dari
file:///C:/Users/admin/Downloads/7482-241-15966-1-10-20170930.pdf

Wan Ismail W Dagang et al. (2015). Ancaman pemikiran aliran Islam Liberal kepada umat
Islam: Satu sorotan kajian. Sains Humanika. 5(3), 77-85. Diambil dari
http://eprints.utm.my/id/eprint/56035/1/MohdNasirMasroom2015_AncamanPemikira
nAliranIslamLiberal.pdf
LAMPIRAN
PENGENALAN

Secara umumnya istilah sekularisme sering diguna pakai merujuk kepada sistem
politik yang diamalkan di sesebuah negara. Sistem politik yang bertunjangkan sekularisme
memperjuangkan prinsip pemisahan antara agama dan negara. Dalam bahasa Inggeris konsep
ini sering dirujuk sebagai "the separation of church and state”. Ini bermaksud agama tidak
boleh campur tangan dalam pentadbiran sesebuah negara. Manakala negara pula tidak boleh
campur tangan dalam urusan agama. Istilah sekularisme mula diperkenalkan pada tahun 1851
oleh seorang penulis British bernama Holyoake (1896). Walaupun demikian, ini bukanlah
bermaksud bahawa fahaman sekular itu tidak wujud sebelum tahun tersebut. Ini kerana
sekularisme sentiasa dikaitkan dengan kebebasan berfikir. Konsep fikiran bebas ini telah
wujud di sepanjang sejarah manusia sebenarnya. Fikiran bebas merupakan satu konsep yang
membawa maksud manusia mempunyai kebebasan berfikir tanpa dipengaruhi sebarang
unsur-unsur luar yang sudah sedia diterima oleh masyarakat seperti autoriti, tradisi atau
sistem kepercayaan yang sedia ada dan diterima pakai terutamanya perkara-perkara yang
berkaitan dengan agama.

Tujuan penolakan kesemua unsur ini ialah untuk mengelakkan wujudnya sebarang bias atau
pandangan berat sebelah yang akan menghasilkan keputusan yang tidak adil terhadap sesuatu.
Persoalannya, jika fikiran manusia menolak pengaruh kesemua unsur ini, apakah yang perlu
dirujuk oleh manusia dalam melayari bantera kehidupan? Jawapan kepada persoalan ini ialah
manusia perlu mencari sendiri jawapan kepada setiap persoalan melalui penyelidikannya
sendiri. Penyelidikan itu pula mestilah bersifat fizikal dan material yang terikat dengan masa
dan ruang. Penyelidikan dilakukan demi menghasilkan pembuktian fizikal dan material
mengenai masalah yang sedang dipersoalkan. Pembuktian fizikal dan material ini ialah apa
yang diistilahkan sebagai pembuktian empirikal. Menurut aliran ini hanya menerusi
pembuktian empirikal manusia akan mencapai ilmu dan kebenaran. Kepercayaan atau
fahaman yang berpegang kepada aliran ini diistilahkan sebagai empirisisme dalam bidang
falsafah di bawah topik epistemologi. Kenapa pula perlukan pembuktian empirikal yang
berasaskan fizikal dan material? Jawapannya ialah menurut aliran ini, hanya pembuktian
empirikal yang dapat menghasilkan keputusan yang objektif.
SINOPSIS

Jurnal ini berkisahkan hasrat untuk menyebarluaskan teori modenisasi sebagai


formula pembangunan yang ajaib ke seluruh dunia telah dilaksanakan dengan jayanya oleh
barat. Pada permukaannya barat berpandangan bahawa nikmat kehidupan yang mereka
nikmati hasil daripada kemajuan dan pembangunan yang mereka capai perlu dikongsi
bersama dengan manusia lain di dunia ini. Agar dengan itu semua orang boleh mengecapi
nikmat kehidupan moden yang mereka rasai. Lalu mereka menggunakan kaedah kolonialisme
dan imperialisme dalam usaha memastikan hasrat tersebut terlaksana sepenuhnya. Pada
dasarnya mereka mempunyai strategi agar pasaran sentiasa wujud untuk barang dagangan
hasil revolusi industri, sekaligus menjamin ekonomi mereka mansang selamanya. Pakej
kolonialisme dan imperialisme turut memuat sekali pandang dunia yang, menurut mereka,
sesuai untuk membangun dan maju cara mereka. Pandang dunia tersebut sama sekali berbeza
dengan pandang dunia lokal yang mereka jajahi. Sekularisme merupakan pandang dunia yang
datang bersekali dalam kerangka teori modenisasi. Sejak itu, dari segi falsafah sosial,
bermulalah konflik pengisian ruang sosio-politik lokal antara agama dan sekularisme. Situasi
sebegini turut terjadi di Malaysia. Sebagai contoh, wujudnya isu-isu agama dan sekularisme
dalam ruang sosio-politik di Malaysia.

ULASAN/KRITIKAN

KELEBIHAN

Kelebihan artikel jurnal ini yang pertama ialah menerangkan dengan sangat terperinci
tentang sekularisme ini boleh meresap masuk di Malaysia. Sebagai contoh, jurnal ini
menerangkan sekularisme ini berkait rapat dengan sejarah kemerdekaan negara kita dan ia
terhasil daripada rundingan pemerintah negara dengan pemerintah negara British. Malah,
buah tangan sekularisme ini merupakan apa yang dikonsepsikan oleh Said (1994) sebagai
imperialisme budaya (cultural imperialism). Menurut Said (1994) lagi, imperialisme budaya
merupakan bahagian yang paling bahaya daripada isi keseluruhan sebuah penjajahan. Ini
kerana berbanding penjajahan fizikal dan material, penjajahan budaya merupakan penjajahan
akal fikiran yang seterusnya akan mencorakkan kehidupan sesebuah masyarakat. Dengan ini,
pembaca jurnal ini akan lebih memahami mengenai konsep sekularisme yang sebenar.

Seterusnye, kelebihan junal ini juga ialah memberi sesuatu makna perkataan berdasarkan
bukti yang tepat seperti menyatakan sumber-sumber rujukannya. Misalnya, jurnal ini
menyatakan istilah sekularisme mula diperkenalkan pada tahun 1851 oleh seorang penulis
British bernama Holyoake (1896). Holyoake menyataka bahawa ini bukanlah bermaksud
bahawa fahaman sekular itu tidak wujud sebelum tahun tersebut. Ini kerana sekularisme
sentiasa dikaitkan dengan kebebasan berfikir. Dengan ini, jelaslah bahawa jurnal ini
mempunyai kualiti yang agak baik kerana mengandungi sumber maklumat yang sahih dan
boleh dijadikan panduan kepada pembaca yang lain.

Selain itu juga, kelebihan jurnal ini ialah menyatakan secara jelas mengenai isu-isu
sekularisme yang terjadi di Malaysia seperti dalam aspek sosio-politik di Malaysia. Misalnya,
jurnal ini menyatakan bahawa dalam arena politik, kerangka kerjanya ialah kerangka politik
moden-sekular. Ini bermakna segala yang berlaku dan diambil kira hanyalah berdasarkan
angka dan fakta. Tidak ada roh dalam aktiviti politik moden-sekular. Tidak ada konsep dosa
dan pahala serta tiada konsep redha dan murka Tuhan dalam aktiviti politik moden-sekular.
Inilah kerangka berpolitik yang diajar oleh British ke seluruh dunia umumnya, dan ke seluruh
bekas tanah jajahannya khasnya. Inilah juga falsafah politik yang diamalkan oleh majoriti
negara di dunia sama ada negara maju mahupun mundur. Namun, dalam masa yang sama
terdapat pihak yang mengajukan politik agama yang memperjuangkan penubuhan negara
teokrasi. Dengan ini, pembaca akan memahami dengan lebih jelas mengenai sekularisme
dalam sosio-politik dengan lebih jelas.

KEKURANGAN

Kekurangan yang ada pada jurnal ini yang pertama ialah tidak menyatakan sampel
kajian mengenai kajian ini. Sebagai contoh, jurnal ini sepatutnya menjalankan pengumpulan
maklumat melalui responden-responden di sesuatu tempat untuk mengenalpsti bahawa
masysrakat di negara ini benar-benar tahu dan memahami mengenai sekularisme yang terjadi
di Malaysia. Jurnal ini juga perlu menyertakan soalan-soalan yang akan ditanya kepada
reponden supaya pembaca jurnal ini lebih memahami dan yakin akan kesahihan jurnal ini.
Malah sekaligus akan membuktikan jurnal ini mempunyai kualiti yang baik dan boleh
dijadikan panduan.
Selain itu juga, kekurangan yang ada pada jurnal ini ialah tidak menerangkan cabaran
ataupun langkah-langkah yang boleh diambil oleh semua golongan dalam menangani
sekularisme ini. Sepatutnya, jurnal ini perlu menyatakan hal tersebut dengan jelas supaya
pembaca jurnal ini akan mendapat satu maklumat yang berguna di mana akan membantu
mereka untuk mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengekang sekularisme ini. Jika
tidak dinyatakan, pembaca tidak dapat mengambil langkah yang betul untuk mengekang
sekularisme ini. Malah ia juga akan menjadikan jurnal ini lebih sistematik dan teratur untuk
dijadikan rujukan kepada pembaca.

HUBUNGAN JURNAL DENGAN MAHASISWA SEKARANG

Hubungan artikel jurnal ini dengan mahasisiwa sekarang ialah dapat dihubungkait
apabila mahasiswa menjadi pemimpim di university mereka. Terbukti bahawa sosio-politik
dalam sekularisme ini telah menafikan Tuhan sebagai kuasa mutlak yang tertinggi dalam
menentukan apa jua dasar kehidupan. Oleh itu, melalui jurnal ini, mahasisiwa akan mendapat
ilmu mengenai sekularisme dan mendapat maklumat mengenai kelemahannya. Sebagai
contoh, mereka akan tahu bahawa untuk menjadi pemimpin, Tuhan perlulah menjadi
keutamaan kerana Tuhan kita yang berkuasa sepenuhnya. Oleh itu, mahasisiwa sepatutnya
perlu menjalankan kepimpinan yang berteraskan suruhan Allah.s.w.t dan berlandaskan ajaran
agama Islam dengan mengelakkan melakukan perkara yang dilarang-Nya semasa menjadi
pemimpin seperti menganiaya mahasiswa lain, tidak bertolak ansur dan tidak
bertanggungjawab dalam memimpi. Oleh itu, jurnal ini sanaht berkait rapat dengan
mahasiswa sekarang terutamnya mahasisya yang menjadi pemimpin di universiti mereka agar
mereka dapat menjalankan kepimpinan yang mengikut syariat dan tidak bertentangan dengan
agama.

Seterusnya, hubungan jurnal ini dengan mahasiswa sekarang ialah jurnal ini akan memberi
info berguna kepada mahasisiwa untuk memilih pemimpin yang berguna seperti ketika
pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Jurnal ini telah menerangkan ciri-ciri
kepimpinan sekularisme yang telah dilakukan oleh pemimpin terutamnaya pemimpin barat
dimana ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada nasib rakya, masyarakat dan
negara. Oleh itu, melalui pembacaan jurnal ini, mahasisiwa akan dapat mengenalpasti calon-
calon MPP yang telah menggunakan unsur sekularisme dalam kepimpinan mereka dan
mereka juga dapat menentukan calon-calon MPP yang menjalankan kepimpinan yang
berlandaskan ajaran agama sekaligus akan dapat membantu mewujudkn keharmonian dan
ketenteraman di universiti mereka.

KESIMPULAN

Secara tuntasnya, begitu banyak lagi isu yang boleh diperhatikan dan difahami
berkaitan dengan pertembungan antara agama dan sekularisme dalam kehidupan masyarakat.
Setiap satu daripada yang telah dibincangkan di atas boleh dibincangkan secara tersendiri
menurut sesuatu isu itu dalam bentuk perbincangan yang mendalam. Kesimpulan yang boleh
kita perolehi daripada perbincangan di atas ialah kesan penjajahan budaya itu, sama ada kita
mahu atau tidak mahu menerima hakikatnya, begitu mendalam sehingga mengganggu-gugat
identiti jati diri yang sedia pada sesebuah masyarakat. Aspek penjajahan yang sering
diberikan perhatian lebih kepada penjajahan bentuk fizikal dan material. Malah dapat
disimpulkan bahawa jurnal ini telah memberi panduan yang berguna kepada pembaca untuk
dijadikan tunjuk ajar kerana mempunyai banyak maklumat yang jelas dan tepat walaupun
jurnal ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Juga, jurnal ini
mempunyai hubungan yang rapat dengan mahasisiwa sekarang dimana mahasisiwa boleh
memanfaatkan info dari jurnal ini untuk dijadikan panduan dalam kepimpinan mereka.
RUJUKAN

Mohd Aizam Mas’od. (2012). Serangan ideologi Barat terhadap pemikiran umat Islam dan
implikasinya kepda iman. Jurnal Penyelidikan Islam. 2(1). 100-118. Diambil dari
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/34227/Article_6.PDF

Salina Mat Sehor et al. (2017). Metafizik Islam menangani unsur sekularisme pendidikan
moden masa kini. Metafizik Islam Menanagani Unsur Sekularisme. 2(1). 30-159.
Diambil dari file:///C:/Users/admin/Downloads/MetafizikIslam.pdf

Ugi Suharto. (2002). Al-Attas dan Al- Qaradawi mengenai Islam dan Sekularisme.
Prolegomena to the Methaphysics of Islam. 3 (1). 143-164. Diambil dari
file:///C:/Users/admin/Downloads/6022-109-13228-1-10-20170905.pdf
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai