Anda di halaman 1dari 3

1.

Pengenalan
1.1. Isu Semasa Islam Liberal

Liberalisme merupakan satu falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai
politik tertinggi. Individu yang menerima dan mengamalkan konsep liberalisme ini digelar
sebagai liberal. Fahaman liberalisme ini berasal dan berkembang dari barat yang mempunyai
pandangan hidup berasaskan kebebasan. Berdasarkan fahaman ini, setiap individu
mempunyai hak tersendiri dalam melontarkan pandangan dan pendapat.

Walaubagaimanapun, mereka tidak mendasarkan pandangan-pandangan mereka kepada


satu sumber. Kita sebagai umat Islam, sentiasa berpandukan Al-quran dan as-sunnah dalam
mentafsirkan sesuatu perkara atau melontarkan pendapat. Walhal, mereka yang mengikut
fahaman liberalisme ini hanya memberi pandangan dan pendapat berdasarkan apa yang
terlintas dalam benak fikiran mereka. Hal ini demikian kerana, mereka berpegang kepada
prinsip-prinsip seperti kebebasan berfikir dan hak kebebasan bersuara.

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak gerakan Islam liberal iaitu gerakan yang
berusaha untuk menafsirkan semula Islam. Tujuan mereka adalah tidak lain hanya untuk
mengelirukan umat Islam yang hidup di akhir zaman ini. Mereka cuba untuk menafsirkan
semula Al-quran dan As-sunnah tanpa berpandukan dari sumber yang sahih. Mereka hanya
membuat tafsiran berdasarkan pandangan peribadi mereka semata-mata. Oleh hal yang
demikian, ia membawa kepada perubahan daripada maksud sebenar Al-quran dan As-sunnah
itu sendiri, sekaligus menimbulkan keraguan terhadap kepercayaan kepada apa yang telah
menjadi pegangan hidup umat Islam selama ini.
1.2. 3 Kepentingan tajuk ini untuk dianalisakan.

Jika hal ini tidak dibendung daripada awal, hal seperti fahaman islam liberal dan
pluralism agama, amalan syirik dan ajaran sesat dan akhir sekali fahaman syiah akan
berleluasa didalam negara kita. Hal ini sangat tidak diingini berlaku kerana ia akan
melibatkan masyarakat pada masa akan datang.
-Antara sifat fahaman liberalisme ialah :
 Kebebasan individu tanpa sekatan
 Mempunyai gagasan pemikiran :
 Individu lagi penting dari masyarakat
 Masyarakat wujud dalam individu
 Individu bebas dari ikatan agama

Kaedah pemikiran golongan Islam Liberal = dibelengu semangat berfikir Barat .

-Semangat berfikir Barat (menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas) :

 Kebergantungan semata-mata kepada akal manusia


 Dualisme dalam memahami realiti dan kebenaran
 Penekanan unsur perubahan dalam kewujudan yang menayangkan worldview yang
sekular
 Doktrin Humanisme (ideologi sekularisme - penilaian segalanya kepada fikrian manusia)
 Konsep tragedi (mencerminkan jiwa tidak beriman kerana kecewa dengan agama
https://pengajianislamkmb-nadiahradzi.blogspot.com/2017/09/isu-isu-semasa-berkaitan-
dengan-akidah.html
https://muftiwp.gov.my/images/pdf/penerbitan/ebook/
cabaranakidahpemikiranislamliberal/ISI_DALAM_LIBERAL_1.pdf
https://pembina.com.my/liberalisme-agen-perosak-bangsa/
https://harakahdaily.net/index.php/2017/10/13/liberalisme-perosak-islam/

Anda mungkin juga menyukai