Anda di halaman 1dari 32

TAJUK : ANCAMAN LIBERALISME G25 DI MALAYSIA

BAB 2

PENDAHULUAN

2.1 PENGENALAN

Penulisan dalam kajian ini akan mengetengahkan perbincangan mengenai Liberalisme

yang lebih tertumpu pada gerakan liberalisme G25 di Malaysia. Pada bab ini, pengkaji

akan menerangkan sejarah perkembangan liberalisme agama secara umum dan

bagaimana pemikiran liberalisme ini boleh berkembang di negara kita dan apa yang

lebih hebat lagi apabila wujudnya gerakan-gerakan tertentu yang memperjuangkan

2.2 KONSEP ISLAM LIBERAL LIBERALISME

Pada akhir abad ke-20 Masihi, umat Islam digemparkan dengan fenomena baru di mana

terdapat satu kumpulan yang mempromosikan diri mereka sebagai Islam Liberal yang

telah menghebohkan dunia Islam dengan persoalan-persoalan kontroversi dan gagasan

yang berani. Aliran Islam Liberal cukup terkenal di Indonesia. Bagaimanapun masih

tifak ramai yang menganggap bahawa fahaman ini mempunyai jaringan dan hubungan

yang luas bukan sahaja di dunia Islam bahkan hampir di seluruh dunia. (Muhamad Faiz

Ismail et.al, 2012: 1)

Kalimah ‘Liber’ diambil daripada bahasa Latin yang bermakna bebas mahupun

merdeka. Menurut Kamus Dewan 2013, liberalisme membawa maksud fahaman yang
liberal, pemikiran dan juga pendirian yang mahukan demokrasi serta kebebasan dalam

kegiatan ekonomi. (Mohd Aderi et.al, 2015: 24)

Menurut Wan Adli (2012: 7), liberal dari segi bahasa bermaksud longgar, luas,

terdedah, bertimbang rasa, berfikiran bebas, tepat, teliti manakala dari segi istilah,

liberalisme merupakan salah suatu kerangka aliran pemikiran yang melengkapi

keseluruhan sudut kehidupan manusia, antaranya sosial, budaya, politik, pendidikan,

ekonomi dan agama. Jadi, boleh disimpulkan bahawa liberalisme ialah satu aliran yang

meringankan dan melonggarkan dogma keagamaan di mana setiap hubungan perlu

bebas daripada wahyu sama ada melibatkan hubungan sesama manusia, alam mahupun

Tuhan. Maka untuk menjayakan motif ini, pejuang liberal sanggup membuat penafsiran,

perubahan dan juga penghapusan dalam agama. (Wan Adli, 2012: 7).

Istilah Islam Liberal direka oleh pihak Barat dengan helah utama mereka untuk

mengaburkan mata umat Islam seperti Islam Fundamentalime, Islam Moderate dan

sebagainya. Ghalibnya, istilah-istilah dicipta Barat hanya untuk memperdaya umat

Islam termasuklah nama-nama yang digunakan di dalam jurusan pengajian Islam.

(Tengku Intan & Muhd Najib, 2013: 83)

Sebilangan umat Islam terpedaya dengan pendekatan yang dibawa gerakan

Liberal dalam menghayati dan memahami agama Islam. Charles Kurzman menyatakan

bahawa Asaf Ali Ashgar Fyzee merupakan salah seorang Muslim yang merancang

untuk menamakan dengan nama Islam Liberal dan Asaf bersetuju bahawa wahyu perlu

diubahsuai.
Selain itu, nama lain bagi Islam Liberal ialah modenis, positivis, ijtihadis,

progresif, reformis, neo-modenis, moderat, enlightened Islam, protestan Islam, modenis

dan juga transformasionis. Abdou Filali-Ansary menyatakan sehingga kini, hanya nama

Islam Liberal sahaja diterima dan digunapakai secara meluas. Hal ini jelas menunjukkan

bahawa liberalisme semakin berkembang pesat sehinggakan penyokong mereka tidak

mempunyai sepakat biarpun dalam menentukan nama gerakan mereka. Ebrahim Moosa

bersetuju bahawa aliran ini masih dikaji dan diterokai dan golongan ini lebih tertumpu

pada pentafsiran semula tentang Islam, di mana mereka tidak bersetuju dengan ijmak

mahupun jumhur ulama’ tradisional. (Wan Adli Wan Ramli, 2012: 9)

Nama Islam Liberal diperoleh daripada buku yang dikarang oleh Charles

Kurzman yang bertajuk Liberal Islam: A Source Book. Charles Kurzman merupakan

seorang ahli akademik dalam bidang sosiologi Carolina Utara di Chapel Hill, Amerika.

Antara ideologi yang diperjuangkan oleh Charles Kurzman di dalam bukunya ialah

berkaitan dengan demokrasi negara, hak-hak kebebasan individu, wanita dan juga hak-

hak orang bukan Islam di mana penyokong dan pengikut beliau bersetuju dengan

ideologi yang diperjuangkan itu. (Ramli Awang, 2012: )

Dr. Ahmad Zaki menggambarkan liberalisme ialah pegangan pengikut agama

bahawa ilmu dan peradaban terkini berkehendakkan kepada penilikan semula peraturan,

sistem agama kepada pandangan baharu yang berakarkan kepada falsafah dan

perundangan semasa. Sistem keagamaan perlu kepada takwilan baharu supaya selari

dan seiring dengan tamadun moden dunia. (Tengku Intan & Muhd Najib, 2013: 84)
Liberalisme adalah ideologi Barat yang muncul bersama-sama dengan

gelombang modenisme dan postmodernisme, yang telah mempengaruhi sistem

pemikiran politik, sosial, ekonomi dan agama Barat. Sistem politik, ekonomi,

pendidikan, sosial, budaya Barat diperkenalkan secara sistematik ke dunia Islam,

termasuk sistem pemikiran agama. Sekarang, pemikiran agama Barat sangat pantas

mencerobohi wacana agama Islam khususnya dalam teologi dan undang-undang.

(Hamid Fahmy. 2012: 184)

Istilah liberal dan liberalisme berasal dari Latin yang telah mengalami

perubahan konseptual dari masa ke masa. Pada mulanya liberal bermaksud percuma,

bukan hamba atau keadaan ketika seseorang bebas (merdeka) dari pemilikan pihak lain.

Sehingga akhir abad lapan belas perkataan liberal hanya bermaksud "seorang lelaki

yang bebas", tetapi kemudian perkataan liberal ini juga digunakan untuk sifat-sifat akal

(pemikiran) dan watak, yang dianggap kekal menjadi orang-orang yang menduduki

kedudukan sosial yang lebih tinggi berdasarkan kekayaan dan pendidikan mereka.

(Hamid Fahmy, 2012: 184)

Oleh itu, istilah ini digunakan untuk merujuk kepada mereka yang berpendidikan

masyarakat kelas menengah di Barat yang telah membuka ruang berfikir secara bebas

(Liberalisme Lama). Seterusnya, liberal bermakna intelektual yang bebas, berfikiran

luas, jujur, terbuka, terbuka dan ramah. Kini, liberalisme difahami sebagai ideologi

politik yang berpusat pada kepentingan individu, di mana semua orang mempunyai hak

yang sama untuk menyertai kerajaan, dihormati untuk menyatakan idea dan bebas

bertindak tanpa agama dan sekatan ideologi. Dalam konteks sosial, liberalisme

ditafsirkan sebagai etika sosial yang membela kebebasan dan kesamaan umum. Menurut
Alonzo L. Hamby, seorang profesor Sejarah Universiti Ohio, liberalisme adalah

ideologi ekonomi dan politik yang menekankan kebebasan, kesaksamaan dan peluang.

(Hamid Fahmy, 2012: 184-185)

Definisi di atas menunjukkan bahawa liberal merangkumi politik, sosial, pemikiran

ekonomi dan agama terhadap individu itu. Malah, pada akhirnya abad kelapan belas,

perkataan itu semakin banyak telah diterapkan kepada kecenderungan dalam intelektual,

agama, politik, dan kehidupan ekonomi, yang menekankan pembebasan manusia dari

perintah semula jadi, moral, dan ketuhanan. Kecenderungan mereka kembali kepada

prinsip Revolusi Perancis (1789) yang dianggap sebagai Magna Charta Liberalisme.

Prinsip paling asas menegaskan kebebasan yang mutlak yang tidak mengawal

pemikiran, agama, hati nurani, kepercayaan, ucapan, akhbar, dan politik. (Hamid

Fahmy, 2012: 185)

Kesan pemikiran ini adalah pengasingan dan penyisihan agama dari kehidupan

peribadi seseorang secara mutlak dengan mengabaikan ajaran agama Kristian dan gereja

sebagai institusi awam, undang-undang, dan sosial. Sebaliknya, mereka mengamalkan

autonomi mutlak kepada setiap individu. Ini menandakan penafian kuasa mana-mana

pihak. (Hamid Fahmy, 2012: 185)

Oleh itu, liberalisme dari sudut sosial dan politik telah jelas meminggirkan

agama. Agama tidak mempunyai tempat di atas sosial dan politik. Apabila liberalisme

memasuki pemikiran agama Katolik dan Protestan gereja menjadi subordinat untuk

kepentingan politik dan humanisme. Dalam keadaan ini masalah pertama adalah
masalah konsep ketuhanan. Sebenarnya, liberalisme adalah semata-mata dengan

pandangan dunia postmodernisme yang didominasi oleh doktrin relativisme. (Hamid

Fahmy, 2012: 185)

Menurut pendapat yang dikeluarkan oleh Wan Adli (2012), liberalisme dapat

disimpulkan sebagai pemikiran yang ingin melonggarkan kepercayaan keagamaan

dimana manusia perlu dibebaskan dari kongkongan undang-undang dan peraturan yang

ditetapkan oleh Tuhan. Konsep liberalisme difahamkan membawa bahaya kepada

akidah dan syariat umat Islam kerana ia meminggirkan agama dan tidak suka hidup

beragama. (Shahrul Nazmi & Nurimanah. 2018: 14)

Liberalisme agama dapat dikonstruk sebagai fahaman yang memperjuangkan idea

dan ajaran yang bertentangan dengan Islam di mana mereka mentafsir ayat Al-Quran

dengan megikut hawa nafsu dan harta fikiran nafsu dan mereka tidak mahu

mengamalkan undang-undang Islam yang mana mereka menganggap bahawa undang-

undang Islam hanya menyekat kebebasan manusia di mana apa sahaja undang-undang

yang menyentuh hak privasi dan kebebasan manusia adalah salah dan perlu dihapuskan

walaupun undang-undang it bersumberkan daripada Al-Quran dan Al-Hadith. Mereka

juga beranggapan bahawa urusan dunia mestilah dipisahkan dari urusan keagaamaan.

(Shahrul Nazmi & Nurimanah. 2018: 15)


2.3 SEJARAH ISLAM LIBERAL

Menurut Muhammad (2017: 16), titik awal permulaan sejarah pemikiran liberalisme

dikenalpasti bermula di Eropah iaitu sekitar abad ke 16 lagi. Kemunculan Islam Liberal

merupakan kesan sampingan dari kelahiran Liberalisme di dunia Barat dimana

Liberalisme wujud selepas wujudnya aliran modensime. Aliran-aliran ini wujud kerana

komplikasi yang dihadapi oleh orang Kristian dan Yahudi. (Tengku Intan & Muhd.

Najib. 2013: 84)

Wan Adli (2014: 30) menyatakan di dalam makalahnya, mengikut sejarah Barat,

aliran liberal muncul dalam pengalaman sejarah Kristian Protestan. Pemberontakan

Gereja Protestan menyebabkan lahirnya pelbagai gerakan pemikiran modenisme,

sekularisme dan liberalisme agama dengan menafsirkan isu-isu keagamaan secara

terbuka. Hal ini berlaku rentetan dari gereja yang menyangkal dan memperkecilkan

autoriti keagaamaan yang telah sedia ada. Akhirnya, orang awam dan juga pihak yang

tidak berautoriti mengambil peluang untuk mengeluarkan tafsiran dan hujah-hujah

baharu terhadap prinsip-prinsip agama.

Menurut John Schwarzmantel (1998: 68), pemikiran liberalisme mula wujud dan

diperjuangkan ketika zaman Renaissance di mana asas kepada aliran liberalisme ini

ialah kebebasan individu dan juga prihatin serta mengambil berat untuk saling

melindungi dari pihak yang mengganggu kebebasan ini.

Kemunculan Liberalisme di Eropah merupakan tindak balas dan pemberontakan

terhadap kuasa gereja yang melakukan penganiayaan dan penipuan terhadap golongan
lemah yang menggunakan nama Tuhan.

Pada zaman Renaissance terjadi percanggahan pemikiran di antara para

cendekiawan Eropah dengan pendeta Gereja Barat dan juga berlaku perselisihan antara

sains dan agama. Krisis ini yang menyebabkan berlaku pengasingan kehidupan dari

agama di Barat di mana agama sebagai budaya sahaja. Kepercayaan dan sentimen ini

mempengaruhi pemikiran umat Islam sehingga terlahirnya nama Islam Liberal yang

dicipta oleh pihak Barat. Keadaan ini dinyatakan berlaku pada zaman kekalahan

kerajaan Uthmaniyyah dan pada masa sama, perkembangan Eropah menggerakkan

sesetengah Dunia Islam melakukan perpindahan ilmu pengetahuan dari Barat. Pada fasa

pertama ianya berlaku dari sudut teknologi namun pada hujungnya terjerumus dalam

politik, kemanusiaan dan juga hasil pemikiran berasaskan Barat. Kemajuan dan

kejayaan negara Eropah telah mempengaruhi Dunia Islam. (Tengku Intan & Muhd.

Najib. 2013: 84)

Implikasi dari penaklukan dan penjajahan, liberalisme tersebar luas di negara

Islam. Umat Islam bukan sahaja dijajah dari segi pemikiran, bahkan mereka

diperkenalkan dengan undang-undang pemerintahan, pentadbiran kerajaan dan juga

sistem pendidikan sekular Barat. Antara punca lain pula ialah kelemahan umat Islam

sehingga berkembangnya usaha untuk memodenkan pemikiran masyarakat Islam.

Realitinya, pertumbuhan modenisme, sekularisme dan liberalisme agama di Barat turut

melebar luas di negara Islam. Mengikut pendapat Dr. Ahmad Zaki menyatakan

bahawa pengaruh luar telah masuk ke dalam pemikiran umat Islam akibat jelmaan

aliran modenisme dan liberalisme. (Tengku Intan & Muhd. Najib. 2013: 84)
Pihak gereja menyangkal sebarang penemuan sains yang dianggap bertentangan

dengan gereja, bahkan pada waktu itu para saintis dituduh sebagai ahli sihir dan mereka

dibunuh tanpa asbab yang teguh. Selain itu, provokasi dan api kemarahan petani-petani

juga merupakan punca yang membangkitkan masyarakat Eropah secara besar-besaran.

Hal ini kesan dari sikap golongan bangsawan yang suka menganiayai dan mendesak

petani untuk berusaha serta bekerja tanpa diberikan sebarang gaji. Para petani juga turut

dikenakan dengan pelbagai cukai manakala golongan gereja pula mendapat keuntungan

yang besar di samping hidup dalam kemewahan atas penindasan yang dilakukan pada

rakyat bahawa yang secara terang-terang bahawa perbuatan ini menyalahi doktrin dan

prinsip agama Kristian. (Muhammad, 2017: 17)

Permusuhan terhadap gereja berjaya tersebar luas sehingga keseluruh pelosok

dunia Eropah sehingga ke Amerika. Ideologi yang mereka bawa seperti

memperjuangkan kebebasan individu atas nama Hak Asasi Manusia, memperjuangkan

sistem demokrasi, persamarataan hak antara lelaki dan perempuan. (Muhammad, 2017:

17)

Leonard Binder merupakan seorang tokoh yang menelaah pemikiran dan

masalah politik negara Timur Tengah dan negara Islam titik. Beliau telah mengeluarkan

bukunya yang bertajuk Islamic Liberalism: Critique Of Development Ideologies. Besar

kebarangkalian pendukung fahaman Islam liberal mendapat idea dari dua orang tokoh

ini dan mereka cuba menyebarkan ideologi Islam liberal di dalam masyarakat Islam. .

(Ramli Awang, 2012: )


Menurut Marzuki, gerakan Liberalisme tersebar di Tanah Melayu disebabkan

beberapa faktor. Antaranya ialah perkembangan sistem pendidikan moden di mana

sistem ini telah melahirkan tanggapan dan idea baharu terutamanya dari Barat.

Seterusnya, ialah perkembangan dan pertumbuhan teknologi mempengaruhi pentas

penyebaran informasi dalam masyarakat Melayu. Masyarakat mudah menerima sesuatu

maklumat baharu mengikut perasaan dan emosi semata-mata tanpa mencari kebenaran

yang sebenar. Isu-isu semasa seperti pluralisme dan liberalisme agama turut disebarkan

oleh pengamal media. Akhir sekali, liberalisme turut mendapat galakan dan Ketiga, idea

liberal ini mendapat dukungan dan galakan dari non-Muslim. (Tengku Intan & Muhd.

Najib. 2013: 84)

Pengaruh liberalisme begitu luas tersebar dan berkembang pesat hingga

mencetuskan berbagai pemberontakan kemerdekaan dan perindustrian serta reformasi

sosial dan ekonomi. Ideologi liberalisme berjaya menyusuk masuk ke dalam seluruh

aspek kehidupan manusia seperti liberalisme ekonomi, budaya, politik, dan juga agama.

(Muhammad, 2017: 18)

Hassan Ahmad (2006) menyatakan bahawa di Malaysia sudah mulai muncul

saranan supaya semua agama itu sama dan hal ehwal agama hendaklah dianggap

sebagai soal peribadi seseorang individu tanpa campur tangan orang lain. Hal ini

menyebabkan aliran pemikiran seperti sekularisme, pluralisme dan liberalisme turut

tersebar dalam kalangan orang Islam. Antara pejuang Liberalisme ialah ialah Akbar Ali,

Zainah Anwar dan Farish A. Noor (Mohd Rumnaizuddin, 2005). . (Muhamad Faiz

Ismail et.al, 2012: 290)


2.4 PRINSIP ISLAM LIBERAL

Selain itu, gagasan pemikiran dan teologi liberal moden ini membangkang pegangan

tradisional. Kewujudan liberalisme ini pada asasnya disebabkan oleh keengganan

terhadap pegangan dan kepercayaan sebelumnya yang menyatakan bahawa agama dan

akal wajar dan berkait antara satu sama lain secara serasi. Namun begitu, zaman

Englightenment (zaman Pencerahan) menjadikan prinsip rasional yang mengikut

rasionalisme dan emperisisme. Kepercayaan ini menolak sentimen mukjizat yang ada

dalam ajaran agama Kristian di mana kepercayaan ini melihat ajaran agama bercanggah

dengan akal. Daniel (2007 : 493) menerangkan bahawa pemikiran liberalisme memutar

belitkan agar ajaran agama Kristian disusun dan digubah semula agar sejajar dengan

penolakan cerita-cerita mukjizat.

Secara adatnya, umat Islam mengatur kehidupan mengikut wahyu iaitu Al-

Quran dan Al-Hadith. Di sini dapat kita fahami bahawa wahyu salah suatu kaedah yang

menyusun atur kehidupan manusia. Masyarakat Islam sedaya upaya mendisiplinkan dan

mencorakkan kehidupan mereka agar selari dengan wahyu yang diturunkan. Adapun

begitu, mereka mengaku dan bersetuju terdapat beberapa keadaan tertentu yang

berkehendakkan kepada sifat bertolak ansur untuk memenuhi tuntutan wahyu.

Contohnya, beransur-ansur dalam merealisasikan peraturan dan hukum-hakam syariat.

Kesimpulannya ialah yang dituruti adalah wahyu, bukan kelaziman dan kebiasaan

manusia; dan yang ditukar adalah kebiasaan dan adat itu. (Wan Adli, 2014: 30)

Tujuan utama aliran Liberalisme ialah ingin membentuk tafsiran moden tentang

ajaran Islam. Ajaran baharu ini yang menjadi ukuran dalam menambah dan

mengasingkan pemikiran tradisi yang dikira telah ketinggalan zaman. Apa yang
dimaksudkan dengan pemikiran tradisi ialah pegangan yang dibawa oleh Ahli Sunnah

Wal-Jamaah seperti mana yang kita tahu bahawa gerakan ASWJ ini sudah teguh

menjadi kepercayaan umat Islam. (Wan Adli Wan Ramli, 2012: 9-10)

2.5 CIRI-CIRI PEMIKIRAN FAHAMAN ISLAM LIBERAL

Kumpulan Islam Liberal ini memiliki pelbagai fahaman yang berbeza yang menjadi

asas perjuangan mereka. Salah satunya ialah ideologi mereka yang menyokong dan

mempertahankan idea fahaman pluralisme agama di mana menurut pendapat yang

dikeluarkan oleh Jaffary Awang dan Kamarudin Salleh di dalam bukunya Pemikiran

Islam dan isu-isu semasa, bahawa kumpulan pluralisme agama merupakan fahaman

pemikiran yang bersetuju dengan hak kesamarataan agama di mana semua agama

adalah benar iaitu menuju kepada Tuhan yang satu. (Mazlan et.al, 2003: 40)

Islam Liberal sentiasa berkait rapat dengan fahaman Pluralisme kerana

penyokong Islam Liberal menyatakan bahawa pluralisme adalah satu wadah yang

paling penting untuk semua agama di dunia ini. Hal ini menyebabkan pelbagai

fenomena baharu ini menimbulkan pelbagai masalah dalam akidah dan syariat sehingga

mereka mencampuradukkan dengan pelbagai agama. (Majlis Agama Islam Selangor,

2015 : 25 )

Pada awalnya, fahaman pluralisme ini telah dibentuk oleh W.C Smith di Barat

dengan nama “universal theology of religion” dan akhirnya fahaman ini telah

disebarkaan oleh John Hick serta Hans Kung dengan lebih meluas sebelum
diperkenalkan ke dunia Islam. Di sini dapat kita fahami bahawa golongan pluralisme

agama ini yakin bahawa semua agama adalah sama dan benar. (Mazlan et.al, 2003: 40)

Islam Liberal sentiasa berkait rapat dengan fahaman Pluralisme kerana

penyokong Islam Liberal menyatakan bahawa pluralisme adalah satu wadah yang

paling penting untuk semua agama di dunia ini. Hal ini menyebabkan pelbagai

fenomena baharu ini menimbulkan pelbagai masalah dalam akidah dan syariat sehingga

mereka mencampuradukkan dengan pelbagai agama. (Majlis Agama Islam Selangor,

2015 : 25 )

Menurut Khalif Muammar (2006), pengikut fahaman Islam Liberal mengkritik

dan menyangkal autoriti agama dan mereka juga berkehendak bahawa seseorang

individu mendapat kebebasan untuk berijtihad mengeluarkan hukum dalam persoalan

agama mengikut akal mereka. Ciri-ciri yang perlu ada mestilah tidak bersifat mutlak

iaitu relativisme di mana kebenaran tidak boleh dimiliki oleh mana-mana individu. Oleh

sebab kebenaran untuk bebas berijtihad ini dilaksanakan, maka fahaman ini banyak

mengambil pandangan dan merujuk karya yang dikarang oleh orientalis Barat. Antara

pengasas fahamn ini ialah Leonard Binder dan juga Charles Kurzman. Mereka telah

berusaha berikhtiar memperjuangkan pemikiran mereka seperti autonomi berijtihad

tanpa sebarang halangan daripada mana-mana pihak, hak penyamarataan agama,

penolakan syariah dan lain-lain. (Mazlan et.al, 2003: 40-41)

Akibat daripada kebenaran dan kelonggaran dalam berijtihad mengeluarkan

hukum, jadi kumpulan Islam Liberal menginginkan supaya Al-Quran ditafsirkan

kembalu kerana menurut mereka karya tafsiran ulama’-ulama’ tradisional telah


ketinggalan zaman dan tidak relevan dengan situasi dan keadaan sekarang. Mereka juga

berpandangan bahawa untuk mentafsir Al-Quran tidak memerlukan seseorang untuk

mengikuti disiplin dan tatatertib ilmu seperti Asbab Nuzul, Nasikh wa al-Mansuh dan

sebagainya. Selain itu, perkara-perkara yang berkait dengan sunnah Rasulullah juga

dianggap tidak sesuai untuk diamalkan pada zaman sekarang, hanya sesuai diamalkan

pada zaman Rasulullah SAW. (Mazlan et.al, 2003: 41)

Ciri-ciri ketiga ialah golongan Islam Liberal menyatakan bahawa pelaksanaan

syariah Islam tidak wajar dilaksanakan lagi kerana pelaksanaanya pada waktu ini tidak

lain tidak bukan hanya memberi impak buruk dan negatif kerana mereka menganggap

sistem syariah Oslam bertentangan dengan hak asasi dan keperluan manusia dan tidak

relevan dengan kemajuan masa kini. Dengan menggunakan alasan ini juga, gerakan ini

sewenang-wenanganya ingin mengubah dan menstruktur kembali sistem hukum

perundangan Islam seperti sistem harta pusaka dan warisan, hudud, menyamaratakan

hak wanita dan hak lelaki seperti wanita boleh menjadi imam dalam solat dan pemimpin

negara, kewajipan menutup aurat bagi kaum wanita, keharusan poligami, kebenaran

untuk perkahwinan silang agama serta undang-undang agama yang dikatakan

mengganggu hak asasi dan kebebasan manusia. (Mazlan et.al, 2003: 41)

Seterusnya, Islam Liberal juga dikatakan berkait dengan idea yang dibawa oleh

aliran modenisme. Motif aliran modenis memadalah untuk memperjuangkan kebebasan

masyarakat daripada kongkongan dan sekatan budaya, hukum syarak dan juga amalan

tradisi yang menghalang kejayaan dan kemajuan sesebuah masyarakat. Gerakan Islam

Liberal yang memberi fokus dalam menjayakan motif dan tujuan pemikiran modenisme
kerana bagi mereka untuk mrncapao sesebuah kejayaan dan kemajuan mereka tidak

perlu terikat dengan mana-mana peraturan yang menyempitkan. (Mazlan et.al, 2003:

41)

Akhir sekali, aliran Islam Liberal menyokong dan memperjuangkan aliran

gerakan kemerdekaan atau pembebasan wanita. Gerakan feminisme di Barat

berkehendak untuk membentuk keserupaan iaitu tidak ada perbezaan hak di antara

lelaki dan perempuan (gender equality). Aliran feminisme Islam Liberal lazimnya

menginginkan persamaan hukum-hakam syariah antara lelaki dan wanita. Perbezaan

hukum syarak dan hak antara wanita dan lelaki Islam dianggap tidak adil saksama dan

tidak masuk akal kerana mereka bertanggapan wanita dan lelaki itu dicipta dari perkara

yang sama. Kesimpulannya, setiap perkara yang menjadi hak kaum lelaki, mestilah juga

diperoleh menjadi hak wanita. Sebarang perbezaan sama ada ciri-ciri keistimewaan

yang terdapat di antara lelaki dan wanita mestilah dihapuskan kerana bagi mereka ia

bersifat diskriminasi dan menindas kaum wanita. (Mazlan et.al, 2003: 41-42)

Apabila fahaman liberalisme menyusup masuk ke dalam pemikiran keagamaan,

maka konsep dan asas-asas ajaran agama Kristian banyak berubah dan bertukar.

Menurut pendapat Nicholas F. Gier dari University of Idaho, Moscow, ciri-ciri

pemikiran tokoh-tokoh liberal Barat Amerika Syarikat adalah seperti berikut: (Hamid

Fahmy Zarkasyi. 2009: 8)

Pertama, mereka yakin dan percaya pada Tuhan, tapi bukan Tuhan dalam

kepercayaan Kristian Ortodok. Sifat-sifat Tuhan menurut Kitab Suci dan prinsip agama
ialah Tuhan sebagai manusia dengan ciri-ciri tertentu dan eksklusif telah disangkal oleh

kumpulan liberal karena mereka lebih berkehendak kepada konsep Tuhan yang

bersumberkan dari akal fikiran manusia. Tuhan mengikut kepercayaan golongan ini

dianggap tidak mengetahui kehidupan manusia secara terperinci dan tidak masuk

campur dengan urusan makhluk. (Hamid Fahmy Zarkasyi. 2009: 8)

Kedua, golongan liberal mengasingkan antara doktrin keagamaan Kristian dan

prinsip moral Kritstian di mana mereka menekankan bahawa seseorang yang beragama

Kristian dan non-Kristian mestilah saling menghormati daan berbuat baik antara satu

sama lain. Dengan membawa penekanan sebegini, mereka seolah-olah ingin

menunjukkan bahawa orang atheist sekalipun dapat menjadi seseorang yang berakhlak

mulia. (Hamid Fahmy Zarkasyi. 2009: 8-9)

Ketiga, kaum liberal tidak ada yang percaya pada ajaran Kristian Orthodok.

Mereka menolak doktrin-doktrin Triniti, ketuhanan Jesus, wanita yang melahirkan,

kitab suci “Bible” sebagai kalam Tuhan secara literal, alam ghaib seperti takdir, neraka,

setan dan penciptaan dari tiada kepada ada (creatio ex nihilo). Salah satu doktrin selain

percaya akan adanya Tuhan adalah keabadian jiwa. (Hamid Fahmy Zarkasyi. 2009: 9)
Keempat, golongan liberal mengasingkan pentadbiran gereja dan negara.

Mereka beranggapan bahawa Tuhan dan agama Kristian tidak terdapat dalam undang-

undang kehidupan duniawi manusia. (Hamid Fahmy Zarkasyi. 2009: 9)

Kelima, mereka berpegang pada kebebasan dan toleransi beragama. Kebebasan

dan toleransi beragama di sini bermaksud seseorang berhak untuk bebas menganut

agama dan bebas untuk tidak beragama. (Hamid Fahmy Zarkasyi. 2009: 9)

Ideologi Islam Liberal

a) Perihal negara

Islam Liberal mengemukakan idea disamping mengaitkannya dengan ajaran Islam.

Antaranya ialah ideologi yang dibawa yang berkait dengan perihal kenegaraan.

Fahaman ini telah menyatakan bahawa dunia Islam tidak pernah dikenal di dalam

sejarah kerana bagi mereka negara ini adalah merupakan kehidupan yang bersifat

keduniaan semata-mata di mana pembentukan negara berdasarkan rasional akal dan

kemasyarakatan sementara agama pula bersifat kerohanian dan urusan peribadi. Justeru

itu masalah dunia (negara) tidak boleh dicampur adukkan dengan urusan akhirat

(agama). Islam tidak berkait langsung dengan urusan kenegaraan dimana mereka

mendakwa bahawa Islam ini tidak mempunyai konsep tentang negara dan pemerintahan

negara. Rasulullah SAW sendiri hanya melakukan kerja-kerja dakwah dan

menyampaikan risalah Islam sahaja. Baginda juga tidak mengetuai satu institusi politik

fahaman. (Ramli Awang, 2012: )


Mereka juga mendakwa bahawa Al-Quran dan Sunnah juga tidak pernah menyuruh

untuk mendirikan negara Islam. Di sini jelas tergambar bahawa fahaman Islam liberal

menganut sekularisme di mana mereka ingin memisahkan kehidupan dunia dengan

kehidupan akhirat. Mereka kembali menggunakan hujah dan ideologi-ideologi murtad

yang ditaja oleh barat berkait dengan Islam dan kenegaraan. mereka gemar

mengutarakan idea-idea lama yang telah dikeluarkan oleh Syeikh Ali Abdul Raziq

(1888- 1966 Masihi) padahal para ulama bersepakat untuk menolak pemikiran ini.

(Ramli Awang, 2012: )

b) Menyatakan semua agama adalah sama

Menurut Hartono & Agus (2004: 17), penyokong-penyokong Islam Liberal

menyatakan bahawa semua agama adalah sama di mana mereka menganggap semua

agama menuju jalan kebenaran. Jadi, bukan Islam sahaja agama yang benar. Di sini

sudah jelas, bahawa fahaman ini ragu-ragu dah menolak kenyataan Al-Quran yang

menyatakan bahawa hanya Islam sahaja agama yang benar dan diredhai di sisi Allah

Ta'ala. Firman Allah SWT:

‫اْلَيْو َم َأْك َم ْلُت َلُك ْم ِد يَنُك ْم َو َأَمْتْم ُت َعَلْيُك ْم ِنْع َم يِت َو َر ِض يُت َلُك ُم اِإْل ْس اَل َم ِد ينًا‬

Terjemahan: "…telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah

cukupkan nikmatku kepada kamu dan aku telah redhakan Islam itu menjadi

agama untuk kamu…

(Surah Al-Maidah, 5: 3)
‫يِف ِخ ِة ِم ِس‬ ‫ِم‬ ‫ِم ِد‬
‫َو َم ن َيْبَتِغ َغْيَر اِإْل ْس اَل يًنا َفَلن ُيْق َبَل ْنُه َو ُه و اآْل َر َن اَخْل ِر يَن‬

Terjemahan:

dan sesiapa yang mencari agama selain Islam koma maka tidak akan diterima

daripadanya koma dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi

(Surah Ali ‘Imran, 3: 85)

‫ِع ِه‬ ُۗ
‫ِإَّن الِّديَن نَد الَّل اِإْل ْس اَل ُم‬

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.

(Surah Ali ‘Imran, 3: 19)

Fahaman Liberalisme membenarkan perkahwinan silang agama di mana mereka

menganggap semua agama adalah sama. Jadi, mereka menggunakan istilah ahli kitab itu

sendiri dengan memasukkan semua agama dalam konsep ahli kitab dengan alasan

bahawa setiap agama mempunyai kitab masing-masing. Oleh itu mereka layak digelar

sebagai ahli kitab, di mana gelaran ini bukan hanya untuk kaum Yahudi dan Nasrani

sahaja. Oleh itu, fahaman ini mengizinkan perkahwinan bukan dari agama yang sama.

Contohnya wanita Islam boleh berkahwin dengan lelaki Ahli Kitab. (Ramli Awang,

2012: )
c) Mempertikaikan hukuman orang yang keluar dari agama Islam

Golongan Islam liberal menafikan hadis Rasulullah SAW tentang hukuman orang

yang keluar daripada Islam.

‫ِد‬
‫َمْن َبَّد َل يَنُه َفاْقُتُلوُه‬

Maksudnya: Sesiapa yang menukar agamanya maka hendaklah dibunuh. (Hadis

sahih)

Golongan ini menyatakan bahawa hadis di atas bercanggah dengan ayat Al-

Quran yang memberi manusia kebebasan dalam menganut agama.

‫ِم‬
‫ۚ َفَم ن َش اَء َفْلُيْؤ ن َو َم ن َش اَء َفْلَيْك ُفْر‬

Terjemahan: Maka sesiapa yang mahu beriman kurma hendaklah yang beriman;

dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.

(Al-Kahfi, 18: 29)

‫اَل ِإْك َر اَه يِف الِّديِن‬

Terjemahan: Tidak ada paksaan dalam ugama.

(Surah al-Baqarah, 3: 256)


Isu kebebasan beragama berbeza dengan isu orang yang keluar daripada Islam.

Sememangnya, Islam tidak mendesak seseorang untuk menganut agama Islam.

Penerimaan seseorang untuk memeluk Islam mestilah bersifat sukarela. Ada pun begitu,

jika seseorang itu telah menganut agama Islam maka dia hendaklah akur dengan

hukum-hukum Islam. Jika seseorang keluar daripada agama Islam, maka hukuman

bunuh akan dijalankan di atas sebab mereka murtad. Di sini jelas bahawa hadith tentang

pelaksanaan hukuman yang setimpal iaitu bunuh terhadap mereka yang keluar daripada

Islam dengan ayat Al-Quran yang membawa maksud kebebasan beragama tidak boleh

ditafsirkan secara zahir malah mempunyai maksud maksud yang tersendiri. (Ramli

Awang, 2012: )

Pada zaman Rasulullah SAW sendiri, jika seseorang menolak dan menafikan

perlaksanaan hukuman bunuh bagi orang yang murtad, mereka dianggap menghina

sunnah fi’liyyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan membawa kepada murtad

nya seseorang dari Islam. (Ramli Awang, 2012: )

Dari sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa Islam liberal sebenarnya

sedang berjalan untuk menjatuhkan dan merosakkan nilai dan sistem ajaran Islam secara

keseluruhan. Hal ini telah diteliti oleh Hartono Ahmad Jaiz dan Agus Hassan Basri

(2004: 54) di mana mereka menyatakan bahawa gagasan Islam liberal adalah seperti

berikut:-

i) Membandingkan Al-Quran dengan kitab agama lain dan memberi

kebebasan dalam mentafsir Al-Quran.


ii) Menyalahgunakan istilah-istilah tertentu yang digunapakai di dalam

Islam seperti iman, mukmin dan kafir.

iii) Merosakkan Syariat Islam dan mengikut jejak langkah Yahudi.

iv) Ragu-ragu keabsahan Mushaf utsmani dan mencipta Al-Quran yang

kritis.

Contoh Ucapan Pejuang Islam Liberal

a) KH Abdul Rahman mantan presiden Republik Indonesia (1999- 2001

Masihi) menyatakan bahawa lafaz Assalamualaikum boleh ditukar

dengan ucapan selamat pagi. (Ramli Awang, 2012: )

b) Abdul Rahim merupakan salah seorang senjata himpunan mahas+swa

Islam. Dia menganggap semua agama itu sama sahaja dan syurga yang

dihuni oleh Karl Max setanding dengan syurga Nabi. (Ramli Awang,

2012: )

c) Nurcholis Madjid (1939 - 2005 masihi) merupakan salah seorang yang

terkenal dan memperjuangkan fahaman Islam liberal di mana dia

dikenali dengan gelaran cak Nur. Beliau pernah ditanya tentang

persoalan kekafiran iblis lalu beliau menjawab dengan mengambil

pandangan Ibnu Arabi iaitu iblis kelak akan masuk syurga bahkan di

tempat yang tertinggi kerana dia tidak mahu sujud kecuali Allah sahaja,

dan inilah Tauhid yang murni. (Hartono & Agus, 2004: 76).
Beliau juga beranggapan bahawa semua agama itu sama tiada beza iaitu

sama-sama menyembah yang Maha Esa dan sama-sama redha dan pasrah

iaitu (muslimun) kepadaNya. (Hartono & Agus, 2004: 57),

d) Pejuang jaringan Islam liberal yang bernama Ulil Abshar Abdalla pernah

menyatakan bahawa semua agama tiada beza antara satu sama lain iaitu

menuju jalan kebenaran. Jadi Islam bukanlah agama yang paling benar

dan kenyataan beliau bahawa jilbab yang paling penting adalah sekadar

cukup memakai pakaian yang memenuhi standard umum (public

decency), beliau juga pernah mengungkapkan bahawa larangan

berkahwin disebabkan agama yang berbeza sudah tidak relevan lagi.

(Ramli Awang, 2012: )

e) “Dalam sebuah forum SIS, mereka menyatakan bahawa

“Islam bermaksud penyerahan diri kepada ketentuan Tuhan dan

bukannya atas ketentuan manusia dan mendakwa bahawa kebebasan

beragama bermaksud kebebasan menukar agama berdasarkan kenyataan

mereka. Bagaimana mungkin umat Islam mempertahankan konsep

kebebasan beragama untuk sesiapa yang ingin menganuti Islam

sedangkan pada masa yang sama menidakkan kebebasan untuk

meninggalkan Islam? Keimanan secara paksaan boleh menimbulkan sifat

atau suasana hipokrit” (SIS Forum (Malaysia), 2012). (Mohd Hambali

et.al, 2017: 8)
Sudah terang lagi bersuluh bahawa gerakan ini memperjuangkan gagasan idea

yang boleh membawa kepada kekufuran dengan menyangkal urusan agama dari

pelbagai sudut iaitu yang berkait dengan pemerintahan negara, menyatakan bahawa

agama selain Islam juga betul dan diredhai di sisi Allah, menggalakkan agar wanita juga

bebas tanpa ada had batasan di mana wanita juga boleh menjadi ketua negara atau

imam, memberi kebebasan berijtihad secara mutlak iaitu sesiapa sahaja boleh

menafsirkan Islam walaupun tidak memenuhi syarat-syarat yang ditentukan.

Di sini jelas bahawa motif Islam liberal hanya untuk memutarbalikkan hakikat

sebenar Islam dan memberi kekeliruan kepada umat Islam dan tujuan yang sebenar

mereka adalah untuk menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar

bahkan pada satu tahap gerakan ini akan berjaya untuk membawa seseorang untuk

keluar daripada Islam dan membawa mereka memeluk pegangan yang baru seperti

sekularisme, humanisme, demokrasi dan lain-lain. (Ramli Awang, 2012: )

Demokrasi adalah salah satu wacana yang paling berpengaruh yang disamping

membentuk sejumlah pemikiran asas iaitu derivation seperti kebebasan melahirkan

pendapat dan berfikir, penyamarataan kedudukan agama, kesetaraan dan persamaan

gender, pergaulan antara budaya dan tamadun peradaban. Kurzman sendiri

mengungkapkan:

“ The first trope of Liberal Islam hold thatt the shariah requires democracy and

the second trope holds that the shariah allows democracy.” (Ramli Awang,

2012: )
Greg Barton memaklumkan bahawa Islam liberal di Indonesia mempunyai

beberapa prinsip:-

1) Pentingnya konstektual dalam ijtihad

2) Komitmen terhadap kerasionalan dan pembaharuan

3) Sambutan terhadap pluralisme sosial dan pluralisme agama

4) Pengasingan agama daripada parti politik (Ramli Awang, 2012: )

Tokoh-tokoh Islam liberal di Indonesia menjadikan fahaman sekularisme

sebagai salah satu wacana penting dalam gerakan liberalisme Islam. gerakan ini ketara

menunjukkan bahawa mereka mahu membina sebuah negara sekular dimana mereka

mengeluarkan pendapat mereka secara terbuka dan mendapat sokongan kuat daripada

tokoh-tokoh Islam di Indonesia. golongan Islam liberal lebih tertarik untuk mendengar

hujah daripada tokoh liberalisme seperti Muhammad Akaoun, Charles kurzman, Ali

Abdul Raziq dan Ahmad Khan daripada mendengar dan mengambil nas-nas Al-Quran.

bagi mereka Quran sudah tidak relevan lagi, dan perlu dibuat perubahan dengan

mentafsir kembali nas-nas Al-Quran supaya sesuai dengan keadaan semasa yang lebih

menuju kepada gaya kehidupan Barat. hujah-hujah ulama Islam dianggap lapuk dan

jumud tetapi mereka mengalu-alukan dan sangat gembira jika ulama memberi sokongan

kepada idea mereka. (Ramli Awang, 2012: )


Mereka bangga dan lebih percaya dengan gagasan Islam liberal melebihi

kepercayaan mereka terhadap nas-nas al-quran di mana mereka lebih selesa dengan

gagasan Islam Liberal, Islam Progresif, Islam Hadhari, Islam Moderat dan lain-lain lagi

istilah dan nama-nama yang dicipta oleh mereka demi kepentingan mereka sendiri motif

mereka tidak lain tidak bukan yang pertama ialah ingin mempengaruhi masyarakat

Islam dengan budaya barat yang dilihat seolah-olah kelihatan seperti berteraskan

prinsip-prinsip ilmu Islam. (Ramli Awang, 2012: )

Mereka ingin menghalang penyebaran Islam daripada terus mara kerana mereka

takut untuk berhadapan dengan kekuatan gerakan Islam dan mengembalikan zaman

kegemilangan Islam. Justeru itu, mereka cuba untuk mempengaruhi pemikiran umat

Islam untuk tertarik dengan gagasan idea Islam liberal kerana idea yang dibawa

kelihatan lebih senang dan mudah. Ajaran-ajaran yang menyimpang daripada syariat

Islam telah berjaya menyerap masuk ke dalam pemikiran umat Islam. Ajaran ini

menggunakan nama-nama yang bersifat Islam dan berselindung dengan amalan-amalan

kerohanian yang sedia ada pada ajaran Islam. Walaubagaimanapun, penyelewengan

tersebut masih dapat dikesan apabila umat Islam menjadikan neraca al-quran dan al-

Sunnah sebagai timbangan dan pengukur sama ada salah atau betulnya sesuatu perkara.

(Ramli Awang, 2012: )

Kegagalan umat Islam untuk menghayati isi Al-Quran Dan Al-Sunnah telah

mendedahkan mereka kepada penyelewengan daripada syariat Islam yang sebenar.

Gerakan ini berselindung dan bersandar atas nama Islam kerana untuk mempengaruhi

masyarakat Islam titik. Oleh itu pengkaji menyarankan agar kita kembali berpegang
kepada ajaran yang berpandukan Al-Quran As-Sunnah dan mengikuti cara dan

pegangan Salaf As-Soleh. (Ramli Awang, 2012: )

KESIMPULAN

Pengaruh kumpulan ini semakin tersebar luas kerana mereka mempunyai

rangkaian antarabangsa dan sering mengadakan pelbagai program bersama masyarakat.

Kebanyakan program adalah yang dianjurkan adalah berbentuk seni dan hiburan bagi

menarik perhatian golongan muda. Manakala, untuk menambat hati golongan

profesional serta akademik, mereka akan menganjurkan program bersifat pemikiran dan

juga akademik. Golongan ini semakin bergerak aktif untuk memperjuangkan kebebasan

beragama menerusi blog serta karya seni seperti muzik, filem dan persembahan teater.

Kumpulan seni ini juga semakin hari semakin berani menghasilkan yang mesej secara

terang-terang bahawa inti patinya bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan adat

ketimuran melalui karya seni dan penulisan seperti buku, artikel dan juga puisi. (Majlis

Agama Islam Selangor, 2015 : 70-71)

Dalam masa yang sama, aktivis atau pengikut kumpulan berkenaan gigih untuk

menonjolkan imej dan paparan yang berbeza supaya penampakan mereka seperti

seorang pemikir dan intelektual. Mereka menyanjung tinggi pemikiran dan karya

beberapa tokoh falsafah barat seperti Karl Marx, Soren Kierkegaard, Friedrich Nietzshe

dan Lord Byron yang terkenal dengan ideologi anti ketuhanan dan komunisme sebagai

‘kitab’ ajaran mereka. (Majlis Agama Islam Selangor, 2015 : 70-71)


Umumnya, kumpulan ini menyokong perlu diberi pemikiran liberalisme dan

pluralisme dengan alasan bahawa setiap individu hak kebebasan termasuk hal ehwal

kepercayaan seseorang. Mereka juga menyatakan bahawa peraturan dan undang-undang

yang menghalang seseorang memilih prinsip adalah sesuatu yang sia-sia kerana

kepercayaannya pada zahirnya golongan tersebut akur pada undang-undang tersebut

tetapi jiwa, pemikiran dan hidup mereka memilih sebaliknya. (Majlis Agama Islam

Selangor, 2015 : 71)

Individu yang menetap di negara-negara sekular dan liberal, bebas untuk

mengamalkan mana-mana agama atau fahaman. Mereka berpendapat bahawa negara-

negara yang menonjolkan imej agama melakukan penindasan dan ketidakadilan pada

agama atau fahaman minoriti dalam negara berkenaan. (Majlis Agama Islam Selangor,

2015 : 73)
RUJUKAN

1. Hamid Fahmy Zarkasyi. 2012. Liberalism, Liberalization and Their Impacts of

Muslim Education: Special Case of Indonesian Intellectuals. Institut Studi Islam

Darussalam (ISID) Gontor Ponorogo. Indonesia.

2. Shahrul Nazmi Sannusi & Nurimanah Seman. 2018. Pembingkaian Isu

Liberalisme Agama Dalam Portal Berita Di Malaysia.

3. Daniel von Wachter. 2007. Protestant Theology. London.

4. Hadis Sahih Riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Abu Daud, Al-Tirmizhi, Al-Nasaie,

Ibn Majah

5. Hamid Fahmy Zarkasyi. 2009. Liberalisasi Pemikiran Islam: Gerakan Bersama

Missionaris, Orientalis Dan Kolonialis. Institut Studi Islam Darussalam (ISID)

Gontor, Ponorogo

6. Hartono Ahmad Jaiz & Agus Hasan Bashori. 2004. Menangkal Bahaya JIL Dan

FLA. Pustaka Al-Kautsar.

7. John Schwarzmantel. 1998. The Age Of Ideology : Political Ideologies From

The American Revolution To Postmodern Times. London.

8. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). 2015. Gejala Agnostik Satu Ancaman

Akidah, Perpustakaan Negara Malaysia.

9. Mazlan Ibrahim, Latifah Abdul Majid, Jaffary Awang, Muhd Najib Abdul

Kadir, &Fadlan Mohd Othman.2003. Islamic Studies In Malaysia Ipt In

Addressing Liberal. Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia


10. Mohd Aderi Che Noh, Khadijah Abdul Razak & Asmawati Suhid. 2015. Guru

Muslim dan Cabaran Ideologi Muslim: International Journal Of Islamic Studies

And Arabic Language Education.

11. Mohd Hambali Rashid, Siti Suhaila Ihwani, Nik Mohd Zaim Ab Rahim,

Zaharah Mustaffa, Aminuddin Hehsan, Zulkifli Tukiman. 2017. Pengaruh

Liberalisme Terhadap Masyarakat Islam Di Lembah Klang: Tinjauan Awal

Pengaruh Dan Faktor Penularan. Ayer Keroh. Melaka.

12. Muhamad Faiz Ismail et.al, 2012: 1

13. Muhammad Bin Mohd Zin@Zakaria. 2017. Penyebaran Fahaman Liberalisme

Dalam Portal Berita Online Di Malaysia. Jabatan Dakwah Dan Usuluddin. Kolej

Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

14. Ramli Awang. 2012. Akidah Kehidupan Muslim Analisis Aspek-Aspek

Penyelewengan. Universiti Teknologi Malaysia

15. Tengku Intan Zarina Tengku Puji & Muhd. Najib Abdul Kadir. 2013. Kritikan

Muslim Liberal Terhadap Ulum al-Quran: Suatu Kecenderungan Baru dalam

Tafiran al-Quran. Jurnal Islamiyyat

16. Wan Adli Wan Ramli. 2012. Bahaya Liberalisme Dan Pluralisme Agama. Majlis

Agama Islam Negeri Johor, Johor.

17. Wan Adli Wan Ramli. 2014. Menangani Cabaran Liberalisme dalam Kalangan

Muslim Berdasarkan Konsep Ijmak. Program Wacana Ilmu Siri 1/2013.

Universiti Putra Malaysia.Tengku Intan Zarina Tengku Puji & Muhd. Najib

Abdul Kadir. 2013. Kritikan Muslim Liberal Terhadap Ulum al-Quran: Suatu

Kecenderungan Baru dalam Tafiran al-Quran. Jurnal Islamiyyat 35(2): 83-88.


2.6 Akidah Dalam Muslim

Gerakan Islam liberal adalah gerakan terkini yang sedang berkembang dengan pesatnya,

bukan hanya di Malaysia bah fahaman ini turut tersebar meluas di Indonesia. Gerakan

ini telah menyelewengkan umat Islam daripada pegangan akidah Islam yang sebenar di

mana fahaman Islam Liberal ini mengandungi tiga jenis unsur iaitu sekularisme,

inklusifisme, dan juga pluralisme.

Sekularisme adalah pemisahan kehidupan dunia dengan agama manakala

inklusifisme adalah fahaman yang menganggap menganggap semua agama tiada

kebenaran secara mutlak di mana kita tidak boleh mengakui bahawa agama kita sahaja

yang benar. Satu agama dengan agama-agama lain saling memerlukan di mana boleh

terjadi agama kita salah dan agama-agama lain yang benar jadi agama-agama ini saling

isi mengisi kekurangan antara berbeza daripada sudut

teknikal sahaja jadi mengikut fahaman ini kita tidak boleh menilai agama orang lain

dengan ciri-ciri agama yang kita anuti. (Ramli Awang, 2012: )

Meskipun sebelum ini telah wujudnya aliran modenisme, namun begitu

liberalisme Tidak boleh disandarkan kepada aliran modenisme kerana aliran ini

bergerak secara Harmoni dan Seiring dengan turutan wahyu. Sepertimana yang dapat

kita lihat dalam pemikiran yang dibawa oleh Muhammad Bin Abdul Wahab (m. 1729),
Jamaluddin Azzabadi (m. 1899), Syeikh Muhammad Abduh (m. 1905), Sayyid Rasyid

Reda (1865-1935), Hassan al-banna (1906- 1949), Syed Qutub (1906-1966), Al-

Maududi (1903- 1979) dan juga Muhammad Iqbal Al-Lahori (1877- 1938), aliran ini

sangat berlainan dengan Islam liberal kerana Islam liberal begitu ketara dalam

meletakkan posisi wahyu dimana mereka seperti ingin membebaskan diri mereka

daripada wahyu tersebut dan mereka turut meletakkan sebagai nombor satu melebihi

wahyu itu sendiri. (Ramli Awang, 2012: )

ADA JAWAPAN UNTUK BAB 4 MENDEPANI ISLAM LIBERAL


RUJUKAN TAJUK PENGAJIAN ISLA DI IPT

Anda mungkin juga menyukai