Anda di halaman 1dari 20

DAKWAH DAN PERUBAHAN

SOSIO-BUDAYA

USL 7073

TUGASAN 3 : ANCAMAN ISLAM LIBERAL TERHADAP UMAT ISLAM

Nama Pelajar: NOR FAIROZ BIN ABD MUTALIB

No Matrik: S17100391

Program: Sarjana Usuluddin

Pensyarah: DR. MOHD FAIZAL ABD KHIR

1
ANCAMAN ISLAM LIBERAL TERHADAP UMAT ISLAM

Sebagai agama wahyu yang terakhir untuk manusia sejagat, Islam amat
mementingkan sifat keaslian dan ketulenannya. Ini kerana selepas Islam tidak akan ada
sebarang agama baru yang bakal diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Taala untuk
membetulkan apa-apa pencemaran yang berlaku ke atasnya. Pencemaran yang
dimaksudkan adalah apa-apa penambahan, pengurangan, penukaran, pembatalan dan
penyelewengan ke atas ajaran-ajaran Islam. Atas kepentingan inilah Islam sentiasa
memberi peringatan kepada umatnya daripada mengubah asas agama yang bakal
mencemari keaslian dan ketulenannya.

Kelompok liberal dan modernisasi ini sudah wujud sejak kurun-kurun awal Islam
dan bergiat aktif sehinggalah ke hari ini. Nama gelaran mereka mungkin berbeza-beza
tetapi manhajnya sama sepertimana yang disebut di atas. Antara nama yang masyhur
digunakan oleh kelompok pertama ini pada masa kini adalah Islam Moden, Islam
Pembaharuan, Islam Bebas dan sebagainya, manakala nama yang masyhur di
Nusantara adalah Islam Liberal. Kelompok ini sudah juga wujud di Malaysia dan
mereka aktif menyebarkan dakyah melalui media cetak dan elektronik. Sekalipun
mereka tidak mengidentitikan diri mereka sebagai beraliran Islam Liberal, kita tetap
dapat mengenali mereka berdasarkan manhajnya.

Definisi Islam Liberal

Kamus Dewan (DBP. Kuala Lumpur 1994) mendefinisikan perkataan Liberal


sebagai 1. (bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik
(misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan), (fahaman) bebas. 2.
bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada
sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya).

Liberalisme atau Liberal adalah sebuah ideologi, pandangan filsafat, dan tradisi
politik yang didasarkan pada pemahaman bahwa kebebasan dan persamaan hak
adalah nilai politik yang utama

2
Liberalism first became a distinct political movement during the Age of
Enlightenment, when it became popular among philosophers and
economists in the Western world. Liberalism rejected the prevailing
social and political norms of hereditary privilege, state religion,
absolute monarchy and the divine right of kings. The 17th-century
philosopher John Locke is often credited with founding liberalism as a
distinct philosophical tradition. Locke argued that each man has a
natural right to life, liberty and property, while adding that
governments must not violate these rights based on the social
contract. Liberals opposed traditional conservatism and sought to
replace absolutism in government with representative democracy and
the rule of law.1

Islam sememangnya sebuah agama yang liberal. Ia membebaskan manusia


daripada belenggu penyembahan sesama makhluk, bahkan juga membebaskan
manusia daripada penindasan, kezaliman dan penghinaan sesama manusia. Islam juga
memiliki dasar yang terbuka terhadap peradaban manusia selagi mana ia tidak
melibatkan syirik yang menyekutukan Allah, perbuatan yang menyalahi syariat-Nya dan
kepercayaan kurafat yang merendahkan kedudukan manusia sehingga ke taraf
kebinatangan.

Akan tetapi, apakah yang kita maksudkan apabila kita membicarakan mengenai
Islam Liberal? Bagaimana kedua-dua istilah Islam dan Liberal ini boleh digabungkan
dan apakah yang mahu digambarkan daripada terma tersebut? Adakah ia suatu istilah
yang tepat dan betul dalam menggambarkan aliran pemikiran tersebut? Kerana apa
yang pasti, istilah ini tidak terlepas dari kritikan.

Istilah Islam Liberal pertama kali digunakan oleh para penulis Barat seperti
Leonard Binder dan Charles Kurzman. Binder menggunakan istilah Islamic
Liberalism, sementara Kurzman memakai istilah Liberal Islam. Secara tersirat kedua-
duanya mempercayai bahawa Islam itu banyak; Islam Liberal adalah salah satunya.

Chales Kurzman menyatakan,

1
Arthur Schlesinger, Jr. (1956) "Liberalism in America: A Note for Europeans" from: The Politics of Hope (Boston:
Riverside Press, 1962) M.S. 49

3
Charles Kurzman states: As noted in the introduction to the
Liberal Islam anthology, I use the term liberal to refer to basic themes
in the history of liberalism, such as democracy, freedom of thought,
social equality, and human progress. The term liberal has a variety
of meanings, to be sure, and its reputation in much of the Islamic world
has been tainted by its hypocritical introduction under colonialism. Thus
these links, and the Liberal Islam anthology itself, include some
authors and activists who may not consider themselves liberal, though
they deal seriously with liberal themes.2

Walaubagaimanapun, di kalangan Sarjana Barat mahupun Islam, istilah Islam


liberal itu dikatakan sebagai sebuah kontradiksi, atas alasan Islam dan liberal itu adalah
dua perkara yang bertentangan dan tidak mungkin wujud sebagai satu. Ini antaranya
diutarakan oleh Dr. Adian Husaini, seorang sarjana Islam Indonesia yang memegang
jawatan Ketua Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia.

Namun, hal ini sememangnya telah dinafikan sejak awal oleh Charles Kurzman
dengan menyatakan ia bukan suatu kontradiksi dalam istilah, bahkan ia sejarah
memberi gambaran bahawa Liberal Islam ini wujud secara realiti, berkembang, dan
telah melalui proses kebangkitan sepanjang abad yang lalu.

Menurut Kurzman:

Liberal Islam is not a contradiction in terms; it is a thriving tradition


and undergoing a revival within the last generation. This anthology
presents the work of 32 prominent Muslims who are share parallel
concerns with Western liberalism: separation of church and state,
democracy, the rights of women and minorities, freedom of thought,
and human progress. Although the West has largely ignored the
liberal tradition within Islam, many of these authors are well-known in
their own countries as advocates of democracy and tolerance. Among
the authors are: `Abdul-Karim Soroush, a leading oppositional figure
in Iran; Nurcholish Madjid, a prominent Indonesian intellectual; and
`Ali `Abd al-Raziq, an Egyptian religious scholar whose writings on the
separation of church and state have been controversial since the
1920s.3

2
Kurzman, Charles (1998). Liberal Islam: A Source Book. (Oxford University Press.) m.s.10
3
Kurzman, Charles (1998). Liberal Islam: A Source Book. (Oxford University Press.) m.s.25

4
Perlu dinyatakan di sini, penafian kepada istilah Islam Liberal, tidak bermaksud
mereka menentang aliran-aliran atau idea pemikiran tersebut, begitu juga halnya bagi
mereka yang meletakkan nama Islam Liberal, terdiri daripada mereka yang menyokong
dan juga menentangnya.

Sebelum kita melanjutkan perbincangan ini, pertamanya kita mesti nyatakan


dahulu bahawa Islam itu satu dan tidak banyak. Yang nampak banyak sebenarnya
adalah mazhab dalam Islam, bukan Islam itu sendiri. Jadi istilah Islam Liberal yang
kita maksudkan disini adalah Pemikiran Islam Liberal yang merupakan satu aliran
berfikir baru dikalangan umat Islam. Inilah penegasan yang diberikan oleh Dr. Ugi
Suharto (UIAM) ketika membicarakan pemikiran Islam Liberal dan ancamannya
terhadap umat islam.

Kemudian perkara yang kedua yang kita perlu jelaskan juga adalah, pemikiran
Islam liberal ini tidak termasuk dalam mazhab Islam. Mengapa? Kerana mazhab-
mazhab dalam Islam tetap merujuk pada induk yang sama, yang disepakati, yang satu,
yang mapan, yang dipersetujui oleh seluruh umat Islam dari dahulu sehingga kini, di
berbagai negeri dan lokaliti. Adapun pemikiran Islam liberal, ia adalah suatu pemikiran
yang berupaya membebaskan dan meliberalkan umat Islam dari Islam yang satu, yang
disepakati, dan Islam yang sudah mapan (established) itu. Secara ringkasnya pemikiran
Islam liberal tidak dapat dikatakan sebagai mazhab Islam kerana pemikiran ini
bertujuan meliberalkan dan merongkai takrif Islam yang telah dipersetujui oleh seluruh
umat Islam tadi.

Natijah dari penjelasan pertama dan kedua di atas, maka lahirlah penjelasan
ketiga yang perlu kita nyatakan juga, iaitu bahawa pada hakikatnya pemikiran Islam
liberal bukan pemikiran Islam yang sebenarnya, malah lebih tepat untuk dikatakan
bahawa pemikiran Islam liberal adalah pemikiran liberal yang ditujukan kepada Islam.
Oleh itu tidak patut nama pemikiran Islam itu disandarkan padanya. Namun sebagai
bahan perbincangan kita, tidak ada salahnya kita gunakan juga frasa pemikiran Islam
liberal untuk memudahkan kita memahaminya. Sama seperti al-Quran menggunakan

5
perkataan tuhan secara kiasan (majazi) untuk sesuatu yang disembah oleh kaum
musyrikin, padahal al-Quran pada masa yang sama menyatakan bahawa tidak ada
tuhan melainkan Allah.

Akar-Akar Pemikiran Islam Liberal

Pemikiran Islam liberal berpunca dari pengaruh pandangan hidup Barat dan
peradabannya yang hegemonic dan mendominasi semua bidang kehidupan dewasa ini.
Ia merupakan percampuran antara pemikiran modernism yang cuba memberikan
tafsiran Islam yang sesuai dengan modernity dan pemikiran post-modernism yang
cuba melakukan deconstruction terhadap segala pemikiran yang sudah mapan
(established). Namun dapat dikatakan bahawa dalam pemikiran Islam liberal pengaruh
pemikiran post-modernism lebih ketara. Upaya untuk merombak (deconstruct) segala
yang sudah mapan dalam Islam, merupakan ciri utama pemikiran ini. Takrif Islam yang
telah mapan, misalnya, perlu diliberalkan dan dirombak, sehinga orang bukan Islam pun
dapat dikatakan sebagai Muslim, dan agama selain Islam pun dapat ditafsirkan sebagai
Islam juga. Al-Quran dalam bentuknya sebagai Mushaf Uthmani yang telah disepakati
oleh semua kaum Muslimin, baik Sunni maupun Syiah, juga perlu kapada
deconstruction, kononnya untuk mendapatkan wahyu Tuhan yang asal sebelum
Khalifah Uthman merasmikan mushafnya untuk seluruh kaum Muslimin.

Pemikiran Islam liberal juga memanfaatkan dan mendapatkan modal murah dari
radikalisme yang terjadi pada sebahagian kaum Muslimin. Reaksi mereka bukan hanya
tertumpu kepada golongan radikal dari kalangan kaum Muslimin semata-mata, namun
kepada Islam dan sumber-sumber Islam yang telah disalah anggap sebagai sumber
radikalisme oleh mereka. Hal ini sejalan dengan fahaman Barat terhadap Islam pada
hari ini bahawa ajaran-ajaran Islam itu sebati dengan terorisme dan pengahalang
kepada kemajuan peradaban sekular mereka. Dalam hal ini politik Barat sudah tentu
mempergunakan para pemikir Islam liberal untuk merongkai dan membongkar
(deconstruct) simpul-simpul Islam yang kukuh dari dalam tubuh umat Islam sendiri.
Barat melihat ajaran Islam sebagai benteng penghalang globalisasi peradaban sekular
yang perlu diruntuhkan (deconstruct) terlebih dahulu menerusi para pemikir liberal ini.

6
Dalam upaya meruntuhkan bangunan ajaran Islam yang kukuh, pemikiran Islam
liberal tidak segan silu mengambil kajian-kajian orientalis, metodologi kajian agama lain,
ajaran human right dalam konteks humanisme Barat, falsafah sekularisme, dan
pandangan-pandangan yang bercanggah dengan Islam. Untuk menyempurnakan
penyamaran mereka terhadap kaum Muslimin awam dan supaya tetap dikatakan
pemikiran itu sebagai bahagian dari Islam, pemikiran Islam liberal juga menggunakan
bahan-bahan dari turath dan persuratan Islam dengan mengambil bahan-bahan yang
kontroversial dan marginal. Alasan mereka, bahan-bahan yang menyokong mainstream
Islam adalah hasil dari persekongkolan para ulama dan para penguasa di zaman
dahulu. Bahan-bahan itu adalah construction ulama yang perlu kepada
deconstruction supaya pemikiran umat Islam bertambah maju, seiring dengan
kemajuan sekularisme Barat.

Pemikiran Islam Liberal di Indonesia :jaringan Islam Liberal

Dalam konteks Indonesia ada disertasi yang ditulis oleh Greg Barton pada tahun
1995 mengenai kemunculan pemikiran liberal di kalangan pemikir Indonesia. Disertasi
yang asalnya bertajuk The Emergence of Neo-Modernism: A Progressive, Liberal
Movement of Islamic Thought ini kemudiannya diterjemahkan dalam bahasa Indonesia
menjadi satu buku yang bertajuk Gagasan Islam Liberal di Indonesia: Pemikiran
Neomodernisme Nurcholis Madjid, Djohan Effendi, Ahmad Wahib, dan Abdurrahman
Wahid, yang diterbitkan atas kerjasama Paramadina, Yayasan Adikarya Ikapi, dan
Ford Foundation pada tahun 1999. Pemikiran Islam liberal, yang biasa disingkat
sebagai Islib (kebiasaan Masyarakat Indonesia dalam membuat singkatan perkataan),
kemudian dipopularkan oleh satu kumpulan para pemuda dengan menubuhkan satu
rangkaian kerjasama di dalam dan di luar negara, yang mereka namakan sebagai
Jaringan Islam Liberal (JIL).4

Apa yang akan dibincangkan ini adalah beberapa isu pokok dalam pemikiran
Islam liberal yang berkembang di Indonesia, seperti termuat dalam idea-idea mereka di

4
Greg Barton, The Emergence of Neo-Modernism: A Progressive, Liberal Movement of Islamic Thought
(New York, 1995) m.s. 87

7
laman Jaringan Islam Liberal. Memang terlihat jelas bahawa pemikiran-pemikiran liberal
yang dilontarkan oleh golongan ini merupakan penyerapan dan pengaruh dari isu-isu
pemikiran yang berkembang di dunia Barat. Proses pembaratan dan globalisasi kultural
yang berjalan di Indonesia selama ini telah melahirkan golongan pemikir yang merasa
selesa dengan pemikiran agama seperti yang terjadi di Barat. Islib kini menjadi satu lagi
jentera globalisasi, bukan dalam bidang ekonomi, tapi dalam bidang agama. Seperti
juga nasib agama-agama di Barat, Islib hendak menjadikan Islam sama seperti Kristian
atau Faham Yahudi di Barat yang tunduk dengan kehidupan duniawi, dengan cara
membebaskan umat Islam dari ajaran-ajaran Islam yang tulin menerusi tafsiran atau
perubahan ajaran Islam itu sendiri sehingga sesuai dengan selera dan agenda Barat.
Hal ini sesuai dengan motto dan syiar Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia iaitu
Islam Yang Membebaskan. Pembebasan yang pertama, seperti yang terjadi di dunia
Barat, adalah menerusi proses sekularisasi dan sekularisme yang berambisi
membebaskan umat manusia dari pengaruh-pengaruh alam ruhani.

INTIPATI PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL SEBAGAI ANCAMAN TERHADAP UMAT


ISLAM.

1. Sekularisasi dan Sekularisme

Sejak permulaan tahun 1970 isu sekularisasi di Indonesia telah dilancarkan oleh
seorang sarjana agama yang bernama Drs. Nurcholis Madjid yang ketika itu menjawat
sebagai Ketua Umum Pengurus Besar Himpunan Mahasiswa Islam (HMI). Dalam
ucapannya pada 2hb Januari 1970 yang bertajuk Keharusan Pembaharuan Pemikiran
Islam dan Masalah Integrasi Umat (Arena 1), begitu juga dalam artikelnya yang lain
yang bertajuk Sekali Lagi Tentang Sekularisasi (Arena 2), Cak Nur, nama panggilan
Nurcholis, telah memperkenalkan istilah sekularisasi kepada masyarakat Islam
Indonesia dengan mendakwa bahawa sekularisasi tidaklah dimaksudkan penerapan
sekularisme. Bahkan menurutnya proses sekularisasi itu merupakan proses Islami
seperti tertuang dalam permulaan kalimah syahadah (La Ilaha) itu sendiri. Beliau
jelas-jelas mengatakan bahawa, Agama Islam bila diteliti benar-benar dimulai dengan
proses sekularisasi lebih dulu. Justru ajaran Tauhid itu merupakan pangkal tolak
proses sekularisasi besar-besaran.

8
Pendapatnya yang aneh dan mengelirukan itu telah mendapat bantahan keras
secara ilmiah oleh Prof. Dr. H.M. Rasjidi, yang ketika itu menjawat sebagai profesor
Institut Agama Islam Negri (IAIN). Dalam satu bukunya yang bertajuk Koreksi
Terhadap Drs. Nurcholis Madjid Tentang Sekularisasi yang terbit tahun 1972, Prof.
Rasjidi menyatakan bahawa Nurcholis telah menggunakan perkataan sekularisasi
lantas memberikan arti semahunya sendiri, padahal istilah sekularisasi dan sekularisme
itu adalah istilah yang sudah mapan dari segi maknanya, dan kedua-duanya tidak boleh
dipisahkan. Seolah-olah Nurcholis ingin menunjukkan kepada masyarakat Islam di
Indonesia bahawa proses sekularisasi itu tidak semestinya bersifat negatif dalam
pandangan Islam. Bahkan sekularisasi itu menjadi sesuatu yang sangat sebati dengan
Islam, karena akar sekularisasi itu sudah ada pada kalimah tauhid itu sendiri.

Sebenarnya Nurcholis Madjid telah terpengaruh dengan cara analisis Harvey


Cox dari kalangan pemikir Kristian yang mengatakan bahawa akar sekularisasi itu
sudah ada dalam ajaran-ajaran Bible. Cak Nur memang membaca karya Harvey Cox,
The Secular City, yang terbit tahun 1965 dan ketika itu menjadi best-seller di Amerika.
Nurcholis kemudian mengambil gagasan utama Cox itu untuk diterapkan pada Islam.
Namun beliau tidak memberitahu masyarakat awam bahwa gagasan sekularisasi itu
adalah diciplak dari pemikiran Harvey Cox.

Disinilah kerancuan pemikiran Cak Nur yang telah mencampur-adukkan antara


istilah yang memiliki arti yang sudah mapan dengan pengertian bahasa semata-mata.
Disini juga telah terlihat adanya usaha-usaha untuk menjungkir-balikkan makna-makna
ilmiah yang sudah established dan mapan serta mengelirukan orang awam dengan
pengertian baru tanpa tanggung jawab ilmiah sama sekali.

2. Pluralisme Agama

Apa yang dimaksudkan dengan pluralisme agama adalah faham yang


menyamakan semua agama. Faham ini lahir sebagai akibat sekularisme and proses
sekularisasi masyarakat Barat. Secara ringkasnya terdapat empat aliran pemikiran
pluralisme agama yang berkembang sekarang ini: (1) Civil Religion; (2) Global

9
Theology; (3) Transcendent Unity of Religions; dan Syncretism. Dua yang pertama
lahir di Barat akibat faham sekularisme, dan dua yang terakhir merupakan reaksi
terhadap sekularisme. Namun yang menjadi intipati fahaman pluralism pada hari ini
banyak berkisar kepada aspek yang keempat iaitu Transcendent Unity of Religions,
atau penyatuan rentas agama.

Ajaran Transcendent Unity of Religions (TUR), atau penyatuan rentas agama ini
membahagikan agama-agama besar dunia (Islam, Kristian, Yahudi, Budha, Hindu, dll.)
kepada dua struktur utama; Exoteric (Luaran/Zahir) dan Esoteric (Dalaman/Batin).
Agama-agama ini menurut mereka hanya berbeda pada struktur luarannya dan
zahirnya sahaja, sedangkan strukur dalamannya dan batinnya adalah sama, iaitu
menuju pada tuhan yang satu. Pemikir Barat yang mengembangkan faham TUR adalah
Rene Guenon (lahir di Perancis tahun 1883) yang kemudian menganut Islam serta
Frithjof Schuon (lahir di Jerman tahun 1907) juga kemudian menganut Islam dan
menukar nama menjadi Isa Nuruddin Ahmad, sementara dalam dunia Islam faham ini
mendapat sokongan dari Seyyed Hossein Nasr yang berlatar belakang Syiah.

Fahaman ini kelihatannya telah cuba disederhanakan oleh beberapa sarjana


seperti Houston Smith dengan sebuah permisalan segitiga, dimana Tuhan berada di
titik tertinggi, sementara semua agama mengalir ke bawah dari titik tersebut; begitu juga
pada masa yang sama semua agama naik dari bawah ke atas saling berdekatan dan
akhirnya bertemu di titik puncak itu. Menurut mereka, itulah titik transcendent dimana
semua agama-agama bersatu di situ. Faham ini kemudiannya semakin mendapat
tempat di kalangan generasi muda.

3. Al-Quran Edisi Kritis

Isu Quran Edisi Kritis (QEK) juga datang dari kelompok islam Liberal ini. Mereka
mempunyai agenda untuk mengedit al-Quran yang sedia ada. Bagi mereka teks-teks
al-Quran yang beredar dikalangan kaum Muslimin hari ini mengandungi banyak
permasalahan yang memerlukan pengeditan semula secara kritikal. Sejarah
pembukuan al-Quran dan berbagai macam qiraah (ragam bacaan) yang wujud dalam

10
tradisi umat Islam dijadikan modal oleh golongan ini untuk merealisasikan projek
mereka.

Walaupun projek ini pastinya akan menemui kegagalan atas dasar keyakinan
kita bahawa Allah lah yang menurunkan Al-Quran dan mememeliharanya, tetapi isu
yang mereka lontarkan tentunya boleh menyebabkan keraguan masyarakat awam
terhadap keaslian kitab suci al-Quran itu sendiri. Mereka mengungkit-ungkit semula
sejarah pembukuan al-Quran ditangan Saidina Uthman. Dituduhnya Khalifah Uthman
membakar mushaf-mushaf yang lain dengan menggunakan kuasa politiknya, sehingga
hanya Mushaf Uthmani sahaja yang layak beredar di dunia Islam. Dituduhnya pula
para ulama al-Quran bersekongkol dengan para penguasa politik, seperti Ibnu Mujahid,
dalam memonopoli qiraah-qiraah yang sekarang dibaca oleh umat Islam. Perhatikan
kata-kata pendokong QEK ini:

Sebagian besar kaum Muslim mayakini bahwa al-Quran dari halaman pertama
hingga terakhir merupakan kata-kata Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
secara verbatim, baik kata-katanya (lafdhan) amaupun maknanya (manan). Keyakinan
semacam itu sesungguhnya lebih merupakan formulasi dan angan-angan teologis (al-
khayal al-dini) yang dibuat oleh para ulama sebagai bagian dari formulasi doktrin-
doktrin Islam. Hakikat dan sejarah penulisan al-Quran sendiri sesungguhnya penuh
dengan berbagai nuansa yang delicate (rumit), dan tidak sunyi dari perdebatan,
pertentangan, intrik (tipu daya), dan rekayasa.

Projek Quran Edisi Kritis ini sebenarnya dahulunya adalah usaha gigih kaum
orientalis seperti G. Bergstrasser, Arthur Jeffery, dan Otto Pretzl yang menggeluti
bidang al-Quran. Namun setelah perang dunia kedua, ketika bahan-bahan yang
mereka kumpulkan hancur lebur dihentam bom peperangan, semangat mereka untuk
meneruskan projek ini menjadi kendur.

Kini minat para orientalis itu untuk memunculkan Quran Edisi Kritis tidak
terdengar lagi. Tapi sayangnya projek yang sudah terkubur itu kini ingin dibangkitkan

11
kembali oleh golongan Islamm Liberal seperti di Malaysia. Mudah-mudahan ini hanya
menjadi angan-angan mat jenin sahaja.

4. Hermeneutika

Belum habis isu al-Quran Edisi Kritis (QEK) ditimbulkan, isu hermeneutika pula
diketengahkan. Apabila QEK bertujuan merombak al-Quran yang sedia ada,
hermenuetika pula bertujuan merubah orientasi tafsir al-Quran yang selama ini menjadi
tradisi umat Islam dari zaman berzaman. Walaupun kedua-duanya berbeza tujuan,
tetapi terkait dan terikat satu sama lain. Hermeneutika pada asalnya adalah metodologi
penafsiran Bible, kemudian dikembangkan oleh seorang pemikir Protestant, Friedrich
Schleiermacher, menjadi aliran falsafah moden, lantas oleh segolongan kaum liberal
diterapkan kepada penafsiran al-Quran.

Dalam tradisi kajian Bible, para pemuka Kristian memang mengakui bahawa
teks-teks Bible bukanlah keseluruhannya wahyu Tuhan. Didalamnya terjadi
percampuran antara firman Tuhan dan karangan-karangan manusia, selain bahasa
wahyu yang asal juga sudah tiada. Oleh itu dikembangkanlah suatu metodologi
pentafsiran yang disebut sebagai hermeneutika untuk mencari nilai kebenaran Bible itu
sendiri. Encyclopaedia Britannica menyatakan:

For both Jews and Christians throughout their histories, the primary
purpose of hermeneutics, and of the exegical methods employed in
interpretation, has been to discover the truths and values of the
Bible.

Berbeza dengan hermeneutika, tujuan tafsir bukanlah untuk mencari nilai


kebenaran al-Quran, kerana kaum Muslimin telah sepakat bahawa al-Quran
keseluruhannya adalah kalamullah, dan sekaligus kebenaran (al-haq) itu sendiri.

Dalam perbahasan falsafah pula, hermeneutika sentiasa melihat sebuah karya


dari sudut tiga serangkai (triadic relation); teks (text), pengarang (author), dan pembaca
(reader). Ketika Bible dihadapakan kepada tiga sudut pandang ini, maka para ahli

12
teologi Kristian juga mengakui bahawa teks-teks Bible bukanlah wahyu Tuhan, bahawa
Bible ada pengarangnya, dan bahawa pembaca Bible mempunyai jarak, baik masa
mahupun bahasa, dengan dengan wahyu Tuhan yang sebenarnya, sehingga si
pembaca tidak dapat secara langsung memahami firman Tuhan itu sendiri. Bahkan
mereka juga mengakui bahawa teks-teks Bible mempunyai masalah yang banyak. Jadi
apabila teks-teks itu sudah bermasalah, bukankah tafsirannya juga akan bermasalah?
Itulah dilema yang terjadi dalam hermeneutika Bible; disatu sisi hermeneutika diberi
tugas untuk memperbetulkan teks, dan disisi lain dituntut membuat penafsiran terhadap
teks itu sendiri.

Apabila hermeneutika diterapkan dalam pengajian al-Quran, maka teks-teks dan ayat-
ayat al-Quran akan dipertanyakan dahulu kebenarannya; betulkah ia kalamullah,
bukankah ia telah bercampur dengan kata-kata manusia, bukankah bahasa yang
digunakan juga adalah bahasa manusia yang menjadi bagian dari budaya dan sejarah
manusia, apakah Tuhan bercakap dalam bahasa Arab, dan lain-lain pertanyaan yang
akan merongkai keimanan kaum Muslimin terhadap al-Quran al-Karim

5. Feminisme

Gerakan feminisme Barat yang bertujuan mewujudkan persamaan lelaki dan


perempuan (gender equality), juga mempengaruhi pemikiran Islam Liberal. Feminisme
biasanya menuntut persamaan hukum-hakam syariah antara lelaki dan wanita.
Perbezaan hukum syara antara wanita dan lelaki Islam dianggap tidak adil oleh
golongan ini. Di Indonesia hal ini ditandai dengan munculnya sebuah kertas kerja yang
bertajuk Counter Legal Draft Atas Kompilasi Hukum Islam (CLD-KHI) oleh satu
jawatankuasa Kelompok Kerja Pengarusutamaan Gender (PUG) Departemen Agama
Republik Indonesia yang dipimpin oleh Dr. Musdah Mulia. Diantara isu-isu liberal dan
controversial yang ditimbulkan dalam CLD-KHI ini adalah:

1. Poligami tidak sah dan mesti dinyatakan batal secara undang-undang.


2. Perkahwinan yang berbeza agama, termasuk antara Muslimah dan bukan Islam
mesti dikira sah.

13
3. Masa iddah bukan hanya untuk wanita sahaja, tapi juga untuk laki-laki. Masa
iddah laki-laki adalah 130 hari.
4. Isteri boleh juga menjatuhkan talak.
5. Bahagian warisan anak laki-laki dan anak wanita adalah sama.

Bibit-bibit feminisme di Malaysia juga sudah mulai muncul. Kewujudan kumpulan


Sisters In Islam (SIS) yang dahulunya didirikan oleh Amina Wadud kini mulai
mempengaruhi anak-anak wanita tokoh-tokoh negarawan Malaysia. BBC News (On
Line) 11hb Mac 2006 misalnya telah menyiarkan kenyataan Marina Mahathir yang
konon di Malaysia wanita Muslim menjadi mangsa apartheid. Kata Marina, We should
also note that only in Malaysia are Muslim women regressing; in every other Muslim
country in the world, women have been gaining rights, not losing them seperti yang
dipetik BBC. Kenyataan beliau itu sebenarnya bercanggah dengan realiti sebenar
dimana wanita di Malaysia memainkan peranan yang lebih aktif dalam semua bidang
kerjaya dibandingkan dengan kebanyakan wanita di negara-negara Islam lainnya.
Amina Wadud, tokoh pendiri SIS, yang belum lama ini menggemparkan dunia Islam
dengan bertindak sebagai khatib dan imam solat Jumaat, masih mendapat sokongan
kuat dari SIS. Laman Web SIS sampai hari ini (12 Mai 2006) masih lagi manyiarkan
konon hujah-hujah yang mendokong wanita menjadi imam bagi lelaki. Selain itu kitapun
tahu juga adanya hubungan komunikasi antara SIS dan JIL di Indonesia. Sebahagian
mereka biasa berkunjung ke pejabat JIL di Jalan Utan Kayu, Jakarta untuk berdiskusi.

Implikasi-implikasi Terhadap Kedudukan dan Penganut-penganut Islam di


Malaysia

Apakah implikasi-implikasi idea Islam liberal terhadap kedudukan Islam dalam konteks
negara Malaysia dan sekaligus ancamannya terhadap masa hadapan keberagamaan
umat? Bagi menjawab pertanyaan tersebut, kita paparkan di sini beberapa senario yang
sedang hangat dibicarakan oleh pelbagai pihak.

14
Isu Artikel 121(lA)

Peristiwa kematian Muhammad Abdullah Murthy, seorang pengembara Gunung


Everest, punya hikmah yang tersendiri kepada Islam dan umatnya di negara ini. Protes
besaran-besaran masyarakat bukan Islam yang berpengaruh di Malaysia beserta
dengan kelompok Muslim liberal adalah membuktikan dengan jelas di hadapan kita
bahawa gerakan untuk memencilkan semula martabat Mahkamah Syari'ah di Malaysia
sedang hebat menyemarak. Mereka mahu menobatkan semula Mahkamah Sivil
warisan penjajahan Inggeris di dalam sistem perundangan negara. Dakwaan mereka
ialah berlakunya penafian hak diadili bagi orang-orang bukan Islam dalam kes-kes yang
telah melibatkan pertukaran agama "masuk Islam". Kes ini telah dibesar-besarkan pada
khalayak antara bangsa bahawa Mahkamah Syariah telah campur tangan urusan hidup
orang-orang bukan Islam lalu mendiskriminasikan mereka. Tanpa asas yang kukuh
perkara 121 (1 A) telah dipersalahkan. (Demi Masa, ABIM, 15 Mei 2006, ms.4). Apa
yang lebih menyedihkan lagi, ada pula beberapa orang Menteri Kabinet Islam yang
membuat kenyataan mengguris hati sanubari masyarakat Islam. Dato' Sri Mohd. Nazri
Abdul Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana telah membuat kenyataan di akhbar-akhbar
tempatan pada 16hb. Januari, 2006, dengan kenyataan seperti berikut: "Jika kita
membiarkan Mahkamah Syari'ah yang memutuskan isu ini (pertukaran agama),
keadilan mungkin tidak terlaksana kerana ia menyebelahi pihak Islam". (Demi Masa,
ABIM, 15 Mei, 2006, ms. 5).

Meskipun Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, telah
dapat meredakan ketegangan isu sensitif tersebut terutama setelah sembilan orang
Menteri Bukan Islam turut menyampaikan bantahan rasmi kepadanya, pengumuman
Perdana Menteri di Parlimen Malaysia telah melegakan masyarakat Islam. Katanya
Kerajaan Malaysia tidak akan meminda Artikel 121 (IA). Walau bagaimanapun,
kelompok liberal Islam masih terus membuat road show di beberapa buah bandar raya
di negara ini untuk meneruskan usaha berlakunya pindaan.

Mutakhir pada bulan lalu, Kumpulan Artikel 11, telah berhadapan dengan
bantahan besar-besaran dari Badan Anti IFC (gabungan NGO-NGO Islam di Pulau

15
Pinang) setelah mereka mengadakan seminar tertutup di Cititel Hotel, George Town,
Pulau Pinang. Badan Anti IFC tidak berpuas hati kerana mereka dihalang tidak boleh
menyertai seminar tertutup itu.

Akhirnya 500 orang para pengikut Badan Anti IFC telah menyebabkan pihak
keselamatan mengarahkan supaya Kumpulan Artikel 11 membatalkan program
tersebut. Kita sememangnya bersetuju dengan kenyataan YAB Perdana Menteri
Malaysia bahawa isu-isu antara kaum yang berlainan agama hendaklah ditangani
dengan adil dan hati-hati. Bagaimanapun, pandangan Wong Chun Wai, Ketua
Pengarang akhbar The Star supaya isu-isu seperti perkahwinan, cerai, penjagaan anak
dan upacara pengkebumian diputuskan oleh pimpinan agama-agama di Malaysia
adalah jelas menunjukkan bahawa golongan bukan Islam tidak mahu menerima hakikat
otoriti Mahkamah Syari'ah sebagai pemutus muktamad dalam semua subjek Islam di
dalam negara ini. Pimpinan bukan Islam sekali lagi ghairah menggunakan logik yang
salah apabila berbicara tentang otoriti agama Islam di Malaysia. Dalam hal ini, mereka
sering menuduh otoriti agama Islam di Malaysia bersikap "holier-than- thou" (anda lebih
suci daripada orang lain) serta mempunyai fikiran sempit dari segi pendekatan agama
agama seperti tidak mahu menerima pandangan dari lain-lain agama. Sikap yang
sedemikian kononnya adalah satu rintangan kepada usaha reformasi isu-isu agama di
negara ini. (Sunday Star, 22 Mei, 2006, ms. 31).

Selanjumya golongan bukan Islam dan Muslim liberal juga tidak berpuas hati
dengan isu pertukaran agama dari segi undang-undang. Hal ini dapat dilihat dari kes
Mahkamah Tinggi Persekutuan yang telah tidak membenarkan Aishah Begum
Nahurghani yang telah membuat afidavit untuk keluar dari agama Islam pada 17hb.
Januari, 2006. Hakim Datuk Md Raus Shariff telah membenarkan permohonan JAWI
untuk menolak permohonan tersebut. Peguam Gobind Singh Deo yang telah mewakili
Nanthini (nama Hindu Aishah) berhujah dengan pandangannya yang menyebut
bahawa, "Mahkamah Syari'ah adalah lebih rendah dari Mahkmah Tinggi Perseketuan,
Sabah dan Sarawak seperti yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan. " (New
Straits Times, 18 Januari, 20056, ms.17). Dari dua insiden di atas, kita dapat
memahami bagaimana perjuangan para 'ulama, ilmuan, ahli-ahli perundangan, NGO-

16
NGO Islam dan lain sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957 untuk menaikkan taraf
Mahkamah Syari'ah mahu digugat semula.

Penentangan Terhadap Konsep Dan Perlaksanaan Syari'at Islam

Golongan liberal Islam di negara ini telah menyatakan penolakan mereka


terhadap perlaksanaan syari'ah terutama yang berkaitan dengan hukum hudud di
Kelantan dan Terengganu. Tanpa menafikan bahawa terdapat beberapa masalah
tertentu dalam pelaksanaan hudud di negara ini, sikap kritis dan sinis golongan liberal
Muslim telah menyebabkan orang-orang bukan Islam di negara ini meraih peluang dan
ruang untuk mengkusutkan lagi kefahaman mereka terhadap syari'at Islam. Hari ini
terdapat beberapa ahli parlimen bukan Islam yang begitu vokal menentang syari'at
Islam dalam sesi-sesi parlimen. Nampaknya mereka menjadi berani kerana sebahagian
besar ahli-ahli parlimen Muslim tidak sensitif dengan keperluan untuk menjelaskan
konsep syari'at Islam secara objektif dan komprehensif.

Selain itu fenomena pemikiran Islam juga menampakkan taringnya lagi apabila
mereka mengkritik keras tindakan pihak berkuasa JAWI menahan beberapa gadis
Melayu yang telah menari bogel di Disco al-Zzauq, Kula Lumpur. Tindakan JAWI dilihat
sebagai kasar dan bertentangan dengan kebebasan individu seperti yang
diperuntukkan dalam HAM. Sekali lagi, ada menteri-menteri yang beragama Islam
membantah tindakan JAWI itu. Golongan liberal Muslim begitu "alergic" dengan polis
moral. Dengan lain perkataan, Muslim liberal tidak mahu mendukung prinsip "amar
ma'ruf nahi munkar" lagi.

Alasannya ialah kerana Malaysia adalah negara majmuk bangsa dan agama.
Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan kenyataan Dato' Qng Ka Ting Menteri
Perumahan Dan Kerajaan Tempatan yang tidak mahu polis moral diwujudkan di dalam
institusi Pihak Berkuasa Tempatan bagi mengawal tingkal laku rakyat yang tidak
bersopan di khalayak ramai. Piawaian moral yang digunakan hanya apabila seseorang
itu bogel, tindakan undang-undang boleh diambil. Selain itu undang-undang negara

17
tidak dapat dikenakan untuk memantau dan membenteras amalan yang tidak bersopan
di tempat-tempat awam kerana ianya bertentangan dengan kebebasan individu.

Respons Terhadap Pemikiran Islam Liberal

Idea-idea provokatif liberal Islam sememangnya dapat disanggah dengan


menggunakan manhaj pemikiran Islami yang muktabar. Bagaimanapun, respons kita
sebagai seorang Muslim tidak cukup dengan emosi sahaja. Kita perlu
membahaskannya secara terbuka dan objektif kerana faktor suasana yang semakin
mencabar pada masa kini. Barangkali antara pendekatan yang terbaik ialah dengan
kembali mengkaji metodologi Imam al-Ghazali (r.h). Seperti yang telah terbukti bahawa
Imam al-Ghazali telah telah mendapat tentangan hebat dari ahli-ahli falsafat di
zamannya. Walau bagaimanapun, Imam al-Ghazali (r.h) telah berjaya menggunakan
pendekatan ilmiah bagi menangkis pemikiran rasionalisme yang begitu kuat
pengaruhnya pada zaman itu.

Dalam konteks al-Qur'an sebagai sebuah Kitab Suci bagi umat Mam, Profesor
Dr. M. M. Al-Azami, seorang ilmuan Muslim di Univeriti Ummul Qura, Mekah, telah
menghasilkan sebuah karya yang sungguh tinggi nilai keserjanaanya. Karya tersebut
memang layak dinobatkan antara tulisan yang terbaik pada abad ini bagi menyanggah
pemikiran kontroversi Islam liberal.

Dalam kata pengantar Penerbit Pustaka Gema Insani, Jakarta, Indonesia,


dinukilkan kata-kata berikut: "Dengan buku ini Profesor 'Azami menempatkan dirinya di
garda depan sebagai ulama terkemuka pembela kemurnian dan keautentikan Al-Qur'an
di tengah-tengah upaya serius kaum orientalis menggempur al-Qur'an. Profesor 'Azami
membuktikan bahawa al-Qur'an adalah Kalamullah, mukjizat badi hingga akhir zaman."
(M. M. Azami, Sejarah Teks al-Qur'an Dari Wahyu sampai Kompilasi, Jakarta, 2005).
Semantara Profesor Mohd. Kamal Hassan, mantan Rektor UIAM, dalam kata pengantar
mengenai buku ini, turut mengaprisiasikan karya Profesor 'Azami dengan kata-kata
berikut: "..Karya ini sangat penting untuk disemak apalagi dalam cuaca akademis pasca
pemerintahan Soeharto yang banyak diwarnai polirisasi pemikiran yang begitu

18
beragama yang, kadang-kadang, cenderung destruktif terhadap kesucian ajaran Islam."
(M. M. 'Azami, Sejarah Teks al-Qur'an: Jakarta, 2005, ms. xxiii).

Gagasan Islam liberal nampaknya terjebak dengan filsafat Barat dari segi roh
dan kaedahnya yang hanya bertuhan kepada akal (rasionalisme) semata-mata. Atas
nama objektiviti dan saintifik, golongan Islam liberal terpengaruh dengan metodologi
Barat dan mahu meruntuhkan metodologi keilmuan Islam yang telah diterima pakai
sejak ribuan tahun lalu. Adalah suatu yang jelas kepada kita bahawa metodologi
keilmuan Islam masih terus utuh kerana ia bertunjangkan al-Qur'an dan al-Sunnah -dua
sumber epistemologi yang dapat menghadapi tentangan zaman. Para ilmuan Muslim
dalam semua bidang pengetahuan agama ('ulum naqliyyah) dan ('ulum aqliyyah) telah
dapat mengembangkan ilmu-ilmu Islam seperti ilmu fiqh dan usul fiqh pada tahap
keilmiahan yang tinggi. Keupayaan mereka menghadapi persoalan-persoalan baru
yang timbul dalam masyarakat Islam pada zaman silam sehingga ke hari ini adalah
kerana mereka dapat memahami dengan jelas dan tepat apa yang diistilahkan sebagai
prinsip thabit (perkara yang tetap) dengan mutaghayyir (perkara yang berubah-
berubah) dalam sumber-sumber Islam seperti al-Qur'an, al-Sunnah dan Syari'ah.

Jadi, dapatlah kita simpulkan di sini bahawa idea-idea Islam liberal yang
kononnya berpaut kepada hujah-hujah al-Qur'an dan al-Sunnah, sebenarnya telah
menyimpang dari tafsiran-tafsiran konvensional 'ulama salaf dan khalaf yang muktabar.
Dalam hubungan ini, Profesor al-Qaradawi mengingatkan kita supaya berusaha sedaya
mungkin untuk menguasai manhaj ilmu-ilmu Islam secara komprehensif sebelum
membuat satu-satu rumusan pemikiran baru. Jadi, kita mesti bersikap kritis dan objektif
apabila membicarakan pemikiran Islam liberal. Ini ialah kerana pemikiran-pemikiran
nadir seumpama itu memang sentiasa ada pada setiap zaman. Fenomena sedemikian
itu sudahpun diperingatkan oleh Junjungan Muhammad (saas) bahawa umatnya akan
terpecah kepada 73 kelompok, hanya sanya SATU sahaja yang dapat dikategorikan
sebagai golongan yang benar.

Penutup

19
Akhir sekali, demi menyelamatkan kesucian 'aqidah dan syari'at terutama dalam
kalangan generasi muda yang akan mewarisi masa hadapan masa Islam dan umatnya
di Malaysia, kita hendaklah beriman kukuh dengan al-Qur'an yang telah ditanzilkan oleh
Allah (SWT) dan al-Sunnah sebagai dua sumber utama yang pasti dapat
menyelamatkan kehidupan. Justeru, kewajipan umat ialah untuk meningkatkan
keupayaan memahami ajaran Islam dengan sedalam mungkin. Hanya dengan
penguasaan segala cabang ihnu Islam serta beramal dengan ilmu-ilmu tersebut secara
ikhlas, maka Allah (SWT) akan terus membimbing para ilmuan Muslim di atas jalan
yang benar. Ingatlah bahawa manusia Muslim yang berpaling dari jalanNya yang lurus
pasti akan menemui KERUGIAN yang amat besar pada Hari Akhirat nanti. Ingatlah
peringatan al-Qur'an: "laitu orang-orang yang menghalang halangi (manusia) dari jalan
Allah dan menginginkan jalan itu menjadi bengkok, dan mereka kafir kepada kehidupan
akhirat." (Surah al-'Araf: 45).

Pelbagai usaha wajar kita lakukan. Pendekatan yang terbaik seperti yang dianjurkan
oleh para ilmuan Muslim mu'tabar pada hari ini ialah gabungan antara ilmu warisan (al-
turath) dan al-mu'asar (kontemporer) . Insya-Allah, Allah (SWT) akan memberi
bimbingan (hidayah) kepada kita semua. Wallahu 'alam bis sawab.

20

Anda mungkin juga menyukai