Anda di halaman 1dari 30

ADAB AL-INTI’AL Kuliyyah Adab-adab Islami

‫)ا النتع ا (ل‬ NOR FAIROZ BIN ABD

ADAB MEMAKAI KASUT MUTALIB


MUKADDIMAH
Jika seseorang hendak berjalan, maka dia
memerlukan sesuatu sebagai alas kaki, seperti
sepatu, sandal, selipar, kasut, capal dan lain-lain.

Tujuannya adalah untuk melindungi kaki dari


sebarang kecederaan atau memastikan kebersihan
kaki.
1. NIAT YANG BENAR
Ketika memakai kasut, hendaklah seorang berniat dengan niat
yang baik iaitu antara lain demi melindungi kaki dan menjaga
kebersihan serta bagi mensyukuri nikmat Allah SWT.

Janganlah ia memiliki sifat yang salah seperti menunjukkan sifat


sombong kerana memakai sepatu berharga mahal dan lain-lain
2. MEMPERLIHATKAN NIKMAT
Memperlihatkan nikmat dengan erti kata lain menzahirkan kesyukuran
kepada Allah SWT yang telah memberikannya nikmat memakai kasut, suatu
nikmat yang mungkin kadang-kala kita terlepas pandang untuk
mensyukurinya.

Juga, entah berapa ramai manusia dalam dunia ini yang tidak mampu
membeli atau memiliki sepasang kasut yang selesa dan bagus untuk dipakai.

Maka tidak hairanlah ia merupakan suatu nikmat yang wajib disyukuri.


3. MEMILIKI BANYAK KASUT
BAGI YANG BERKEMAMPUAN
Kita dianjurkan memiliki banyak kasut selagi mana tidak berlebih-lebihan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “perbanyakkanlah kasut kalian kerana
seseorang itu disebut berkenderaan selama mana ia berkasut” (HR Muslim)

Maksudnya di sini ialah seseorang itu akan bergerak lebih selesa seumpama orang
yang berkenderaan kerana kasut yang baik itu akan memberikan keselesaan ketika
berjalan, menjaga kaki dari benda yang keras seperti batu atau tajam seperti berduri,
kotoran, kepanasan dan lain-lainnya ketika di jalan.
4. MERAPIKAN KASUT
Maksud di sini adalah sentiasa menjaga keberadaan atau keadaan kasut
tersebut agar dapat dipakai dengan sempurna. Contohnya, membersihkan
kasut, serta menjahitnya apabila koyak.
Semua ini dilakukan selagi mana tidak menimbulkan perasaan bongkak
dan bermegah-megahan.
Memakai kasut yang koyak rabak sehingga mengundang perhatian orang
lain juga sebaik-baiknya dielakkan sekiranya ia mampu membaiki atau
menggantikan kasut tersebut. Melainkan dia seorang yang fakir, maka
tidaklah mengapa.
Dari segi hukum fiqh, kasut yang sudah koyak dan tidak dapat menutup
tapak kaki, maka ianya tidak boleh disapu ketika hendak wuduk.
5. MEMERIKSA KEBERSIHAN
KASUT
Hendaklah seseorang menjaga kebersihan kasutnya atau
seliparnya dari sebarang najis yang mungkin menempel di
mana-mana bahagian kasut atau selipar tersebut.

Kadang-kadang, kita akan berhadapan dengan


kemungkinan untuk bersolat dalam keadaan memakai
kasut. Sebelum bersolat, disyariatkan untuk menyapu
kasutnya bagi memastikan kebersihan.
6. DUDUK KETIKA MEMAKAI
KASUT
Dianjurkan memakai kasut dalam posisi duduk, dan jangan
memakainya ketika berdiri. Ini kerana berdasarkan suatu hadith riwayat
Imam Tirmidzi, Nabi SAW pernah melarang memakai kasut sambil
berdiri.
Al-Munawi berkata: Perintah tersebut adalah berupa suatu anjuran
(bukanlah larangan secara mutlak) kerana memakai sambil duduk lebih
mudah dan lebih elok untuk kako. Ini juga mengelakkan kasut dari
rosak.
Begitu juga, memakai kasut sambil berdiri dikhuatiri akan
menampakkan aurat.
Ibnul Athir pula berkata, anjuran ini adalah langkah berhati-hati kerana
7. MENGIBASKAN KASUT
SEBELUM MEMAKAI
Anjuran mengibaskan kasut atau menghentak kasut ke tanah sebelum memakai ini
adalah bagi menghindari sengatan binatang berbisa yang mungkin terdapat dalam
kasut tersebut.
Mungkin pula dia akan membunuh suatu binatang atau serangga yang tidak berbisa
yang duduk di dalam kasut itu, tatkala ia memasukkan kaki ke dalam kasut tersebut.

Begitu juga, dengan menghentak kasut sebelum memakainya, akan mengeluarkan


sisa batu dan tanah dalam kasut tersebut yang boleh menggangu keselesaan
pemakainya.
8. MENDAHULUKAN SEBELAH
KANAN
 ‫إذا انتعل أحدكم فليبدأ باليمنى وإذا خلع فليبدأ بالشمال ولينعلهما‬
‫جميعا أو ليخلعهما جميعا‬
Apabila salah seorang kamu memakai kasut, maka mulakan dengan yang
kanan, dan apabila ia hendak menanggalkan kasut tersebut, maka mulakan
dengan yang kiri. Hendaklah ia memakai atau menanggalkan kedua belah
kasut itu bersama-sama. (HR Muslim)

Hadis ini juga selaras dengan kecenderungan Nabi dalam mendahulukan


kanan sebelum kiri dalam banyak urusan kehidupan Baginda SAW.
9. MEMAKAI KEDUA KASUT
SEKALIGUS
Sepertimana disebutkan dalam hadis di atas, hendaklah memakai atau melepaskan
kedua belah kasut bersama-sama.
Jangan lah ia berjalan dengan memakai sebelah kasut sahaja.

،‫ذا انقطع شسع أحدكم فال يمش في نعل واحدة حتى يصلح شسعه‬
‫ وال يأكل بشماله‬،‫وال يمش في خف واحد‬
“apabila tali kasut kamu putus, maka janganlah ia memakainya sebelah saja
sehingga ia memperbaiki tali yang putus tersebut dan janganlah berjalan
dengan sebelah kasut sahaja.” (HR Muslim)
10. TIDAK MEMAKAI ALAS
KAKI YANG BERTULIS NAMA
ALLAH
Seorang muslim sudah tentu sekali dilarang dari melakukan perbuatan-perbuatan
yang menghina kesempurnaan agamanya. Ini termasuklah dalam hal memakai alas
kaki yang tertulis nama Allah.
Alas kaki, kasut dan sandal seumpama ini semakin banyak beredar di dalam
masyarakat, berpunca dari perbuatan musuh-musuh Islam yang sengaja mahu
mempermainkan agama Allah.
Maka, tidak boleh memakai sandal bertulis nama Allah kerana ia menghina
kemuliaan dan kesempurnaan Allah.
Begitu juga jangan dipakai sandal yang mencantumkan syiar-syiar agama di atasnya
seperti kaabah, masjid dan lain-lain.
11. TIDAK MENYERUPAI
ORANG MUSYRIK
Tidak boleh memakai kasut yang mungkin tertulis nama-
nama Tuhan orang Musyrik atau mengandungi
pengagungan terhadap agama mereka, contohnya gambar
salib dan lain-lain.

Ini semua adalah berdasarkan larangan umum untuk tidak


menyerupai orang-orang musyrik dan kewajipan untuk
berbeza dengan mereka.
12. TIDAK MEMAKAI KASUT
TUMIT TINGGI
Seorang wanita hendaklah menghindari kasut atau sepatu bertumit tinggi kerana ia
dapat mengganggu kesihatannya dan mengundang perhatian kaum lelaki, walaupun hal
ini merupakan kebiasaan kebanyakan kaum wanita.

Ini berdasarkan kaedah umum yang menganjurkan wanita untuk tidak menarik
perhatian orang ramai apabila ia berjalan.

َ ِ‫واَل يَضْ ِرب َْن بَِأرْ ُجلِ ِه َّن لِيُ ْعلَ َم َما ي ُْخف‬
‫ين ِم ْن ِزينَتِ ِه َّن‬
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan. (Surah Al-Nur ayat 24)
Maka, selaras itu juga, dianjurkan agar wanita
menjauhi sepatu yang berwarna menyala agar tidak
menarik perhatian lelaki seperti merah dan kuning,
demi untuk menjauhi fitnah dan prasangka.

Yang terbaik adalah untuk berserderhana dalam


berpakaian.
Mr. Edmund Lee, Pengarah Urusan MyOrtho & Pakar Orthotik dan Prostetik
1. Masalah yang kerap berlaku adalah bunion (hallux valgus) iaitu ibu jari kaki masuk ke
dalam ke arah jari kedua mengakibatkan benjolan pada bahagian luar kaki di sebelah ibu
jari kaki
2. Pemakaian kasut tumit tinggi yang bertutup di hadapan dan runcing menyebabkan
darah tidak dapat bergerak dengan betul akibat tersekat
3. Betis memendek dan tegang kerana tumit tertolak ke atas menyebabkan kaki kerap
mengalami kekejangan dan sakit di bahagian tumit
4. Kulit pada bahagian kaki menerima tekanan akan mengeras termasuklah bahagian
tapak kaki, di bawah jari dan bahagian tepi hujung kaki
5. Kesakitan lutut menyebabkan badan tidak stabil
6. Saraf bengkak/menebal pada bola kaki iaitu morton’s neuroma, pembesaran tulang di
belakang tumit (kecacatan haglund) dan jari bengkok (claw hammer)
7. Sakit tulang belakang – pinggul condong ke depan dan menambahkan lengkungan pada
tulang belakang
14. LELAKI DILARANG
MENYERUPAI WANITA DAN
WANITA DILARANG
MENYERUPAI LELAKI
Seorang lelaki tidak boleh memakai kasut yang khusus dipakai wanita dan begitulah
juga sebaliknya.

Ini berdasarkan kaedah umum yang difahami dari hadis Rasulullah SAW yang
melarang lelaki menyerupai perempuan dan sebaliknya.

Dalam hadis riwayat AlBukhari, disebutkan bahawa Nabi SAW melaknat lelaki yang
menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.
15. BERMEWAHAN DALAM
MEMILIH KASUT
Sebahagian orang ada yang sanggup membelanjakan wang yang banyak demi
membeli kasut yang mahal.
Sekiranya ia ada keperluan seperti keselesaan dan tujuan tertentu seperti
hiking, pekerjaan industry dan sebagainya, maka ini tidaklah mengapa.

Tetapi yang dilarang adalah sengaja bermewah dengan kasut sehingga


membawa kepada bermegah-megahan.

Maka ini sudah tentu adalah suatu pembaziran dan ianya dilarang dalam
agama.
16. MEMAKAI DUA KASUT
YANG MEMANG
PASANGANNYA
Seorang Muslim dianjurkan mengelakkan untuk memakai kasut yang bukan
pasangannya seperti model berbeza, warna berlainan, dan sebagainya.

Kerana yang demikian itu seumpama apa yang dilarang oleh Nabi SAW dalam hadis
iaitu memakai pakaian yang syuhrah (sensational)

Dengan itu, demikianlah adab-adab memakai kasut.

Anda mungkin juga menyukai