Anda di halaman 1dari 25

Al-Amru bil Ma’ruf wan

Nahyu ‘anil Munkar


(menyeru kepada kebaikan dan
mencegah kemungkaran)
USTAZ NOR FAIROZ BIN ABD MUTALIB
MUKADDIMAH
 Di antara kewajipan yang terpenting, teragung, dan ciri khusus yang paling
menonjol pada umat Nabi Muhammad SAW adalah amar ma’ruf nahi munkar
iaitu menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat mungkar)
ۗ ِ ‫ بِ ْال َم ْعر‬I‫اس تَْأ ُمرُو َن‬
َ ُ‫ُوف َوتَ ْنهَ ْو َن َع ِن ْال ُم ْن َك ِر َوتُْؤ ِمن‬
ِ ‫ون بِاهَّلل‬ ِ َّ ‫ن‬‫ل‬ِ ‫ل‬ ْ
‫ت‬ ‫ج‬
َ ‫ر‬
ِ ‫خ‬ ْ ‫ُك ْنتُ ْم َخ ْي َر ُأ َّم ٍة ُأ‬
َ ُ‫اسق‬
‫ون‬ ِ َ‫ون َوَأ ْكثَ ُرهُ ُم ْالف‬
َ ُ‫ان َخ ْي ًرا لَهُ ْم ۚ ِم ْنهُ ُم ْال ُمْؤ ِمن‬ ِ ‫َولَ ْو آ َم َن َأ ْه ُل ْال ِكتَا‬
َ ‫ب لَ َك‬

 Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,


menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan
beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih
baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan
mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali Imran 110)
 Tidaksyak lagi ia adalah kewajipan seluruh kaum
Muslimin sesuai dengan kemampuan masing-masing.
 Maka, mari kita lihat, dalam menjalankan kerja-kerja atau
tugas-tugas amar makruf nahi mungkar tersebut, apakah
adab-adab yang perlu ada dan dituntut oleh Islam.
1. NIAT YANG BENAR

 Seorangyang mahu menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah


kemungkaran, wajib meluruskan niatnya semata-mata kerana Allah
SWT.
 Seseorang harus rasa termotivasi atau terdorong menjalankan tugas
ini hanya kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT, serta
menginginkan agar orang-orang yang diajak berbuat baik serta
meninggalkan keburukan itu mendapat hidayah Allah SWT.
 Hanya dengan niat yang ikhlas itulah, individu tersebut akan
mendapat pahala dan mudah-mudahan Allah akan memberikan
kebaikan yang terus mengalir berkat usahanya itu.
 Janganlah niatnya hanya kerana keduniaan, seperti upah atau gaji
yang dibayar, mahupun kemuliaan dan kemasyhuran.
2. MEMILIKI ILMU TENTANG
KAEDAH AMAR MAKRUF NAHI
MUNKAR
 Di dalam Mukhtasar Minhajul Qasidin, dinukilkan sebahagian
pesanan para salaf iaitu
 “Janganlah menyuruh berbuat baik kecuali ia menyuruh dan
melarangnya dengan lemah lembut. Sabar dalam menyuruhnya dan
sabar pula dalam melarangnya. Dia juga faham apa yang ia
perintahkan dan faham pula apa yang dia larang.”
 Oleh yang demikian, seseorang itu hendaklah memiliki ilmu tentang
apa yang ia perintahkan dan apa yang ia larang.
 Ia dilarang menyuruh dan melarang sesuatu yang ia tidak ketahui.
 Ini kerana dikhuatiri, berlaku kemungkinan di mana ia menyuruh
berbuat sesuatu padahal perkara itu tidak dituntut atau disuruh Syariat,
dan boleh jadi juga ia mencegah berbuat sesuatu yang tidak pun
dilarang oleh Syariat.
 Adalah menjadi suatu kesalahan sekiranya kita menghalalkan apa yang
dilarang oleh Allah SWT atau mengharamkan apa yang dihalalkan oleh
Allah SWT.
 Dengan ilmu juga, seorang itu akan dapat mengetahui, bilakah usaha
amar makruf itu menjadi wajib, harus atau pun haram dilakukan.
 Pertimbangan terhadap kemudaratan dan kesan daripada usaha amar
makruf nahi munkar tersebut, perlulah jua diberikan perhatian.
 Sekiranya suatu usaha amar makruf nahi munkar itu dilihat akan
membawa kemudaratan atau fitnah, maka seeloknya seorang itu mencari
jalan yang lain atau menangguhkan sebentar usahanya itu, tanpa
menafikan syariat Allah yang termaktub.
 Ibnul Jauzi dalam Talbis Iblis berkata:
 “apabila seseorang penyeru berbuat ma’ruf adalah seorang yang jahil,
maka syaitan dengan mudah akan mempermainkannya, maka kerosakan
yang timbul akan lebih besar daripada kebaikan yang ia lakukan. Dan
boleh jadi kerana kejahilannya ia melarang sesuatu yang telah
disepakati keharusannya, atau mengingkari tafsiran yang diambil
temannya, yang mana pendapat tersebut dipegang oleh sebahagian
Mazhab. Mungkin juga ia bertindak dengan merobohkan pintu,
memanjat dinding, memukul dan menuduh pelaku kemungkaran. Apabila
mereka memberi jawapan yang menyulitkan, maka timbullah pula
kemarahan pada dirinya”
3. BERSIFAT LEMAH LEMBUT

 Sentiasalah bersikap tenang ketika menyuruh dan melarang, kerana


sifat ini dicintai Allah SWT dan manusia.
 Bahkan sifat tenang dan lemah lembut inilah faktor yang
menyumbang kepada keberkesanan dakwah tersebut.
 ‫على‬
َ ‫ْطي‬
ِ ‫ َوما ال يُع‬،‫ُنف‬
ِ ‫ْطي على الرِّ فق ما ال يُعطي َعلى الع‬
ِ ‫ َويُع‬،‫ق‬
َ ‫الرِّ ف‬ ٌ ‫ِإ َّن هَّللا َ َر ِفي‬
ُّ‫ق ي ُِحب‬
‫رواه مسلم‬ ُ‫َما ِس َواه‬
 “Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut menyukai kelembutan dalam
segala urusan dan Dia memberikan pada kelembutan sesuatu yang
tidak diberikan kepada kekerasan dan selainnya.
 kata para Salaf, sikap lemah lembut merupakan syarat dalam
menyuruh dan melarang, sebagaimana firman Allah kepada Musa dan
Harun ketika ditugaskan berdakwah kepada Fir’aun.
َ ‫فَقُواَل لَهُ قَ ْواًل لَيِّنًا لَ َعلَّهُ يَتَ َذ َّك ُر َأ ْو يَ ْخ‬
 ‫ش ٰى‬
 “maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang
lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut". (Thaha ayat 44)
4. SABAR

 Suatu lagi sifat yang wajib ada pada seorang pendakwah adalah sifat sabar.
 Sekiranya dia tidak sabar, maka bagaimana dia akan mampu menahan bantahan dari orang
kebanyakan.
 Bahkan dikhuatiri, ia pula tidak dapat menahan diri daripada perbuatan maksiat dan kemungkaran
yang lain
 Kehilangan sikap sabar akan menjemput pula kemarahan dan kemarahan akan menjauhkan dirinya
dari kebenaran.
 Kemarahan menjadi sebab bencinya orang pada seseorang.
 Di suatu sudut yang lain, berapa ramai orang yang Allah bukakan hatinya hasil dari dakwah yang
sabar.
5. MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH
DAN MENINGGALKAN LARANGAN-NYA
 Seorangpendakwah perlulah terlebih dahulu
meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
 Beliau sendiri perlu melaksanakan apa yang diperintahkan
dan menjauhkan dari larangannya, apatah lagi perkara
yang sedang didakwahkannya.
 Ini selaras dengan pesanan-pesanan Allah dalam Al-Quran.
َ ُ‫تَ ْعقِل‬
 ‫ون‬ ‫اب ۚ َأفَاَل‬
َ َ‫ون ْال ِكت‬
َ ُ‫اس بِ ْالبِ ِّر َوتَ ْن َس ْو َن َأ ْنفُ َس ُك ْم َوَأ ْنتُ ْم تَ ْتل‬ َ ‫َأتَْأ ُمر‬
َ َّ‫ُون الن‬
 “Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang
kamu melupakan diri (kewajiban)mu sendiri, padahal kamu membaca
Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berpikir?” (al-Baqarah : 44)

َ ُ‫تَ ْف َعل‬
 ‫ون‬ َ ُ‫ين آ َمنُوا لِ َم تَقُول‬
‫ون َما اَل‬ َ ‫يَا َأيُّهَا الَّ ِذ‬
َ ُ‫َكبُ َر َم ْقتًا ِع ْن َد هَّللا ِ َأ ْن تَقُولُوا َما اَل تَ ْف َعل‬
 ‫ون‬
 Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan
sesuatu yang tidak kamu kerjakan?Amat besar kebencian di sisi Allah
bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. (Ash-
Shaff 2-3)
 ،‫ فيجتمع إليه أهل النار‬،‫ فتندلق أقتاب بطنه فيدور بها كما يدور الحمار في الرحى‬،‫يؤتى بالرجل يوم القيامة فيلقى في النار‬
‫ وأنهى عن‬،‫ كنت آمر بالمعروف وال آتيه‬،‫ بلى‬:‫ ما لك؟ ألم تك تأمر بالمعروف وتنهى عن المنكر؟ فيقول‬،‫ يا فالن‬:‫فيقولون‬
‫المنكر وآتيه‬

 Pada hari kiamat, akan didatangkan seorang lelaki kemudian dia dilemparkan ke
dalam Api Neraka sehingga ususnya terburai. Lantas ia berputar-putar di dalam
Neraka seperti keldai sehingga penduduk Neraka berkumpul di sekitarnya dan
mengatakan “Wahai Fulan mengapa kamu sampai di sini? Bukankah kamu
memerintahkan kami untuk berbuat baik dan melarang kami untuk berbuat
mungkar. Ia menjawab, benar, dahulu aku menyuruh kalian berbuat baik, namun
aku sendiri tidak melakukannya dan aku melarang kami berbuat mungkar,
sedang aku sendiri melakukannya.” (Al-Bukhari)
 Namun, perlu ditegaskan di sini juga bahawa bukanlah semua manusia itu sempurna.
Beralasan bahawa diri sendiri belum sempurna dan justeru itu tidak layak melakukan
amar makruf nahi mungkar, adalah alasan yang dangkal dan tidak boleh diterima.
 Ibnul Jauzi mengingatkan bahawa iblis menipu sebahagian ahli ibadah sehingga
ketika melihat kemungkaran, mereka tidak melarangnya dan mengatakan, “sungguh,
yang layak menyuruh dan melarang adalah orang yang soleh sahaja sedangkan aku
belum soleh.”
 Menurut Ibnul Jauzi ini adalah ucapan yang salah.
 Kedua-dua berbuat makruf dan mengamalkannya, KEDUA-DUANYA WAJIB.
 Salah satu kewajiban tersebut tidak gugur dengan dikerjakan atau ditinggalkan salah
satu daripadanya.
6. MENGHIASI DIRI DENGAN
AKHLAK YANG MULIA
 Sebelum ini telah disebut akhlak mulia seperti lemah lembut dan sabar.
 Selain daripada sifat itu, antara sifat lain yang perlu ada pada seorang pendakwah
ialah menunjukkan wajah yang manis, tidak lokek dengan senyuman, dermawan,
berani, baik, jujur, amanah, dan sebagainya.
 Sikap-sikap ini bukan sahaja akan mendapat ganjaran di sisi Allah, malahan menarik
perhatian orang-orang yang didekati mereka.
 Adapun akhlak yang buruk menyebabkan orang-orang di sekelilingnya, menjauhi dan
enggan menerima apa yang disampaikannya.
7. TIDAK BERTUJUAN MENDAPATKAN
DUNIA ATAU JAWATAN
 Apabila seorang menjalankan usaha dakwah kerana jawatan atau
gaji yang diterimanya semata-mata, maka dikhuatiri ia akan
mengganggu pertimbangannya dalam hal dakwah tersebut.
 Antara kesan buruk adalah seperti membuat pelbagai toleransi pada
agama Allah SWT, atau berdiam diri dengan kemungkaran yang
berlaku di hadapannya.
 Didalam kitab Minhajul Qasidin, ada
dibincangkan bagaimana seorang juru dakwah
yang berkesan adalah yang kecil
kebergantungannya kepada jawatan, gaji, atau
sokongan agar terhindar dari sifat bodek dan
mengampu.
8. TIDAK MEMPERMASALAHKAN
PERKARA KHILAFIYAH
 Utamakan lah hal yang lebih utama berbanding perkara khilafiyah
yang sekiranya dibincangkan, hanya membawa kepada
pertelingkahan berpanjangan

 Perkara yang hendak diselesaikan dalam dakwah adalah melakukan


tuntutan agama yang jelas dan menjauhi keharamaan yang jelas.

 Adapun yang selain daripada itu, berlapang dadalah.


9. MEMILIH WAKTU YANG TEPAT
UNTUK MENENTANG
KEMUNGKARAN
 Wajib bagi pendakwah mencari masa yang sesuai untuk melakukan
dakwahnya.
 Melakukan dakwah pada masa yang tidak sesuai boleh
mendatangkan mudarat berbanding hasil kebaikan dakwah yang
diharapkan.
 Contohnya, menentang atau menegur pemimpin di khalayak ramai,
atau menegur dengan cara kasar.
10. MELURUSKAN/MEMBETULKAN
SESUATU SECARA BERPERINGKAT
 ‫ فإن لم‬، ‫ فإن لم يستطع فبلسانه‬، ‫من رأى منكم منكرا فليغيره بيده‬
‫مسلم‬ ‫رواه‬ ) ‫ وذلك أضعف اإليمان‬، ‫يستطع فبقلبه‬

 Barangsiapa melihat kemungkaran, hendaklah


ia mengubahnya dengan tangan, jika tidak
mampu, dengan lisan, dan jika tidak mampu
dengan hati dan itulah selemah-lemah iman
 Seandainya ia boleh melarang kemungkaran tanpa
kerosakan, maka hendaklah ia lakukannya. Jika khuatir ia
boleh menimbulkan kerosakan dan fitnah, maka hendaklah
ia menasihati mereka dengan kata-kata.

 Sekiranyanasihat bermanfaat pun dikhuatiri akan


mendatangkan kemudaratan pula, maka cukuplah dia
membencinya dalam hatinya.
11. PRIORITI DALAM BERDAKWAH

 Hendaklah jurudakwah tahu mana dahulu yang penting dan lebih utama,
mengutamakan yang penting, dan membelakangkan yang remeh.
 Sebagai contoh, di antara melarang seorang yang sedang memukul orang lemah
dan merokok, tentulah menghalang orang yang lemah dianiaya lebih penting.

 Di antara menasihati orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya berbanding
dengan orang yang tidak menyimpan janggut, tentulah lebih utama menasihati
orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya.
12. MENJAUHKAN SIFAT KAGUM
TERHADAP DIRI SENDIRI
 Hendaklah seorang itu tidak merasa dirinya lebih baik dari pelaku maksiat, atau
memandang rendah kepada orang yang lain disebabkan merasa diri melakukan
amal kebaikan.

 Akhirnya ia bersifat sombong yang merupakan salah satu dosa besar yang
berbahaya.

 Selain itu, akan timbul perasaan kagum terhadap diri sendiri yang mendorongnya
untuk berlebih-lebihan dalam menyuruh berbuat kebaikan dan tidak melarang
perbuatan mungkar penguasanya.

Anda mungkin juga menyukai