Anda di halaman 1dari 27

ADAB AS-SALAM

(Adab Salam)
Us. NOR FAIROZ BIN ABD MUTALIB
KULIYYAH ADAB ISLAM
PUSAT TARBIYAH NIK ZAIDAH AL MUKMINUN
MUKADDIMAH

• Mengucapkan salam iaitu assalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh, merupakan amalan
yang disyariatkan.
• Ini berdasarkan dalil-dalil dan nas-nas yang jelas
mensyariatkan serta mensunnahkan ucapan
salam, serta dorongan untuk menyebarkannnya.
1. Menyebarkan salam

• Ini termasuk perkara yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW.

• “Sebarlah salam, berilah makan, sambungkanlah tali


silaturrahim, solatlah di malam hari ketika manusia tidur, dan
masuklah ke Syurga dengan selamat” HR Imam Ahmad

• “sebarlah salam, nescaya kamu akan selamat” HR Ahmad

• “sebarlah salam nescaya kamu akan saling mencintai” HR Muslim


2. Seseorang memulai salam kepada orang
yang ditemui

• Memulai salam termasuk hak seorang Muslim atas Muslim lainnya.

• “jika engkau berjumpa dengannya (Muslim), maka ucaplah salam


kepadanya”

• Nabi pernah ditanya siapa yang memulai salam apabila dua orang
lelaki berjumpa, maka kata Nabi, “yang lebih utama
kedudukannya di sisi Allah”
3. Sentiasa menggunakan lafaz salam dalam
Islam
• Hendaklah menggunakan lafaz salam yang disyariatkan oleh Allah SWT. Ia
juga adalah lafaz antara para malaikat dan juga salam penghuni syurga.
• Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda, "Ketika Allah menciptakan
Adam dan meniupkan ruh kepadanya, dia bersin, berkata Alhamdulillah,
dan memuji Allah dengan izin-Nya". Maka Tuhan berfirman kepadanya,
“Semoga Allah merahmatimu, wahai Adam. Pergilah kepada para Malaikat
itu, sebagian mereka yang sedang duduk".Katakanlah, 'Assalamu'alaikum'.
Mereka menjawab, 'Wa ‘alaikas salam warahmatihi.” Lalu Adam kembali
kepada Tuhannya, dan Dia berfirman, “Sesungguhnya itu adalah
penghormatanmu dan penghormatan anak-anakmu di antara mereka.”
Allah kemudian menjawabnya, "Semoga Allah merahmatimu, wahai adam,".
4. Berusaha mengucapkan salam dengan
sempurna

• Mengucapkan salam dengan sempurna, pahalanya lebih besar.


• Ini seperti kisah yang tercatat dalam hadis Nabi di mana seorang
lelaki datang dan mengucapkan Assalamualaikum, lalu nabi
berkata “sepuluh”. Datang lelaki yang kedua dan mengucapkan
Assalamualaikum warahmatullah, maka Nabi mengatakan “dua
puluh’. Lalu datang lelaki yang ketiga dan mengucapkan
Assalamualaikum warahmatulla wabarakatut”, maka Nabi
mengatakan “tiga puluh”
5. Wajib menjawab salam bagi yang diberi
salam

• “hak Muslim atas Muslim yang lainnya, ada lima iaitu menjawab
salam, menjenguk yang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi
undangan, dan mendoakan yang bersin” HR AlBukhari dan Muslim
• bagi sekelompok yang sedang duduk, maka memadai salah seorang
daripada mereka menjawab salam tersebut sepertimana dinyatakn
dalam hadis.
6. Menjawab ucapan selamat dengan yang
lebih baik atau semisal dengannya

• “ dan apabila kamu dihormati dengan suatu (salam)


penghormatan, maka balaslah dengan yang lebih baik atau yang
sepadan dengannya” Al-Nisa’ :86
7. Menghindari ucapan salam yang
dikhususkan untuk orang yang telah mati

• Hindarilah salam yang dikhususkan untuk orang yang telah


meninggal dunia, iaitu “alaikassalam ya fulan”
• Ini seperti dinyatakan di dalam hadis di mana Nabi menegur orang
yang mengucapkan salam seperti itu kepadanya, kerana itu adalah
ucapan untuk orang yang telah mati. Ucaplah assalamualaika.
8. Tidak meniru salam orang bukan Islam

• Tidak boleh meniru salam orang bukan Islam baik dalam bentuk
ucapan atau gerakan mereka, kerana menyerupai mereka adalah
diharamkan.
• Nabi melarang meniru salam orang yahudi iaitu dengan isyarat jari
dan salam orang Nasrani iaitu dengan telapak tangan.
9. Tidak memulai salam kepada Ahlul Kitab
dan orang Musyrik

• ‫س اَل ِم‬
َّ ‫ارى بِال‬
‫ص ا‬‫اَل تا ْب ادؤُوا اا ْليا ُهو اد اوالنَّ ا‬
• Maksudnya: “Janganlah kalian memulakan ucapan salam kepada
orang Yahudi dan juga Nasrani.”
• Menurut Imam al-Mawardi dalam kitabnya (Lihat al-Hawi al-Kabir, 14/148), dengan
mengemukan dua pandangan.
• Iaitu harus dan dibolehkan memberi salam kepada bukan Islam kerana ucapan salam
adalah adab dan sunnah. Justeru, sudah tentu orang Islam lebih dituntut untuk
melakukannya. Namun, orang Islam hanya perlu menyebut: “Assalamu‘alaika”
dengan lafaz tunggal dan jangan menyebut dengan lafaz jama’ “Assalamu ‘alaikum”
sepertimana ucapan kepada orang Islam yang lain bagi membezakan orang Islam dan
bukan Islam.
• Dilarang memberi salam kepada bukan Islam sehingga mereka (bukan Islam) yang
memulakan terlebih dahulu. Ini berdasarkan kepada hadith Nabi SAW berikut:
• ‫علا ْي ُك ْم‬ ‫سلَّ ُموا ا‬
‫ او ا‬:‫علا ْي ُك ْم فاُقُولُوا‬ َّ ‫ فاَلا ت ا ْب ادأُو ُه ْم بِال‬،‫غدًا ِإلاى يا ُهو اد‬
‫ فاإ ِ اذا ا‬،‫سَلا ِم‬ ‫ب ا‬
ٌ ‫ِإنِي ارا ِك‬
• Maksudnya: “Sesungguhnya aku akan pergi kepada Yahudi esok, Janganlah kalian
memulai memberi salam kepada orang Yahudi, namun sekiranya mereka memulai
memberi salam, maka katakanlah: Wa ‘alaikum.”
10. Membalas ucapan salam orang bukan
Islam dengan waalaikum


• Maksudnya: “Sesungguhnya aku akan pergi kepada Yahudi esok,
Janganlah kalian memulai memberi salam kepada orang Yahudi,
namun sekiranya mereka memulai memberi salam, maka
katakanlah: Wa ‘alaikum.”
11. Orang yang lebih muda, rombongan yang lebih
sedikit, dan berkenderaan hendaklah memulai
salam
• Dari Abu Hurairah -raḍiyallāhu 'anhu-, bahwasanya Rasulullah -
ṣallallāhu 'alaihi wa sallam- bersabda, “Hendaklah yang
berkendara mengucapkan salam kepada yang berjalan kaki, dan
yang berjalan kaki mengucapkan salam kepada yang duduk, dan
yang berjumlah sedikit mengucapkan salam kepada yang
berjumlah banyak.”
12. Mengucapkan salam ketika meninggalkan
majlis

• “ jika salah seorang dari kamu mendatangi majlis, hendaklah ia


mengucapkan salam, dan demikian jika ia bangkit (untuk
meninggalkan majlis), hendaklah ia mengucapkan salam. Salam
yang pertama tidak lebih utama daripada salam yang terakhir” HR
Ahmad
13. Berjabat tangan dan mengucapkan salam
ketika bertemu

• Ini adalah perkara yang diajarkan dalam Islam.


• ‫غ ِف ار لا ُه اما قا ْب ال أا ْن ياتافا َّرقاا‬
ُ ‫ ِإ ََّل‬،‫ان‬
ِ ‫صافا اح‬ ِ ‫اما ِم ْن ُم ْس ِل امي ِْن يا ْلتا ُِقيا‬
‫ فاياتا ا‬،‫ان‬
• Maksudnya: “Tidaklah ada dua orang muslim itu apabila bertemu,
lalu bersalamanan, melainkan akan diampunkan dosa keduanya
sebelum mereka berpisah.” [Riwayat Ahmad (18547)]
14. Mengulang ucapan salam jika ada sesuatu
yang memisahkan antara kedua orang

• “jika dua orang Muslim berjalan bersama-sama lalu keduanya


dipisahkan oleh pohon atau batu atau tembok, maka apabila
bertemu kembali, hendaklah salah seorang dari mereka
mengucapkan salam kepada yang lainnya dan hendaklah mereka
saling mengucapkan salam” HR alBaihaqi
15. Jika seorang masuk ke Masjid, janganlah
mengucapkan salam sehingga ia mengerjakan solat
tahiyatul masjid
• Ini difahami berdasarkan hadis di mana seorang lelaki masuk ke
masjid dan solat tahiyatul masjid, kemudian mendatangi nabi dan
mengucapkan salam. Lalu nabi menyuruhnya mengulangi solat.
Ulama mengatakan nabi tidak menyuruhnya memberi salam
sebelum solat
16. Memberi salam sebelum bertanya

• “ ucapkanlah salam sebelum bertanya, siapa sahaja yang bertanya


kepadamu sebelum ia mengucapkan salam, maka janganlah kalian
menjawabnya” HR Ibn Adi dalam al-Kamil

• Salam sebelum kalam, HR Attirmidzi


17. Tidak mengucapkan salam ketika buang
hajat

• Tidak selayaknya mengucapkan salam kepada orang yang sedang


membuang air besar atau kecil. Juga tidak patut untuk orang
tersebut mengucap salam.
• “aku tidak suka menyebut nama Allah SWT melainkan dalam
keadaan suci” HR Muslim
18. Mengulangi ucapan salam sebanyak tiga
kali jika belum didengar

• Rasulullah SAW mengucapkan salam tiga kali, juga ketika hendak


mula berbicara, baginda menyebut salam tiga kali.
• Ia antara lain untuk membolehkan orang yang jauh mendengar.
19. Melembutkan suara ketika mengucapkan salam
bila mendatangi orang yang sedang tidur

• Ini sesuai dengan petunjuk Nabi di mana Nabi akan memberi salam
kepada orang yang jaga, tanpa mengganggu orang yang sedang
tidur.
‫‪20. Jika dalam suatu majlis ada orang muslim dan‬‬
‫‪bukan muslim, maka tetaplah memberi salam‬‬

‫‪• Menjawab kepada isu di atas, hukum memberi salam kepada‬‬


‫‪kumpulan yang terdiri padanya orang-orang Islam dan orang-orang‬‬
‫‪bukan Islam adalah harus dan dibolehkan. Hal ini bertepatan‬‬
‫‪dengan satu peristiwa yang ditunjukkan oleh Nabi SAW sendiri.‬‬
‫‪Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Usamah Bin Zaid R.A,‬‬
‫‪beliau berkata:‬‬
‫سا امةا •‬ ‫ف او ارا اءهُ أ ُ ا‬ ‫اف ت ا ْحتاهُ قا ِطيفاةٌ فا اد ِكيَّةٌ اوأا ْر اد ا‬ ‫علا ْي ِه ِإ اك ٌ‬ ‫ارا ا‬ ‫ب ِح ام ً‬ ‫ي صلى هللا عليه وسلم ار ِك ا‬ ‫أ ا َّن النَّ ِب َّ‬
‫اك قا ْب ال او ْقعا ِة با ْد ٍر احتَّى ام َّر بِ ام ْج ِل ٍس فِي ِه‬ ‫ج او اذ ا‬ ‫ِ‬ ‫ث ب ِْن ْالخ ْاز ار‬ ‫ار ِ‬ ‫عباا ادةا فِي بانِي ْال اح ِ‬ ‫س ْع اد بْنا ُ‬ ‫او ُه او ياعُو ُد ا‬
‫َّللا ب ُْن أُبا ٍى او ِفي ْال ام ْج ِل ِس ا‬
‫ع ْب ُد َّ ِ‬
‫َّللا‬ ‫ان او ْاليا ُهو ِد ِفي ِه ْم ا‬
‫ع ْب ُد َّ ِ‬ ‫عبا اد ِة األ ا ْوث ا ِ‬‫ط ِمنا ْال ُم ْس ِل ِمينا او ْال ُم ْش ِر ِكينا ا‬ ‫أ ا ْخَلا ٌ‬
‫َّللا ب ُْن أُبا ٍى أ ا ْنفاهُ ِب ِر ادائِ ِه ث ُ َّم قاا ال َلا تُغ ِاب ُروا‬
‫ع ْب ُد َّ ِ‬ ‫ع اجا اجةُ ال َّدابَّ ِة اخ َّم ار ا‬ ‫س ا‬ ‫ت ْال ام ْج ِل ا‬
‫غ ِشيا ِ‬ ‫ب ُْن ار اوا احةا فالا َّما ا‬
‫علا ْي ِه ُم ْالُقُ ْرآنا …‬
‫َّللا اوقا ارأا ا‬
‫عا ُه ْم ِإلاى َّ ِ‬ ‫ف فانازا ال فا اد ا‬ ‫ي صلى هللا عليه وسلم ث ُ َّم اوقا ا‬ ‫علَ ْي ِه ُم النَّ ِب ُّ‬ ‫علا ْيناا ‪ .‬فَ َ‬
‫سلَّ َم َ‬ ‫ا‬
• Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW menunggang seekor keldai yang
mana di bawahnya ada kain dari fadak (sejenis kain yang elok) dan
Baginda memboncengkan Usamah di belakangnya untuk menziarahi
Sa’ad Bin Ubadah di perkampungan Bani al-Harith Bin Khazraj. Ini
berlaku sebelum peperangan Badar. (Di tengah perjalanan) Baginda
melewati suatu majlis yang bercampur antara orang-orang Islam dan
orang-orang musyrikin, penyembah berhala dan orang-orang Yahudi. Di
kalangan mereka terdapat ‘Abdullah Bin Ubay. Majlis itu juga dihadiri
oleh ‘Abdullah Bin Rawahah. Ketika melihat debu bekas dekap langkah
kami, maka ‘Abdullah Bin Ubay menutup hidungnya dengan kainnya
sambal berkata: “Janganlah kalian bangkitkan debu sehingga mengenai
kami”. Maka Nabi SAW memberi salam kepada mereka, kemudian
berhenti dan turun dari keldai. Baginda SAW mengajak mereka kepada
Allah dengan membacakan ayat-ayat al-Quran kepada mereka…”
21. Mengucapkan salam apabila melewati
anak kecil

• Memberi salam kepada anak-anak dapat menarik hati dan


menenangkan jiwa mereka.
• Ini dapat difahmi dari kebiasaan nabi SAW yang tawaduk dan selalu
mengucapkan salam kepada kelompok kanak-kanak.
• Drpd Anas bin Malik ‫رضي هللا عنه‬bahawa sesungguhnya dia bertemu
dengan kanak-kanak lalu mengucapkan salam kepada mereka dan
berkata: Baginda Nabi ‫ﷺ‬melakukan hal seperti itu kepada
mereka. [HR Imam Bukhari dalam kitab Adab]
22. Mengucapkan salam apabila melewati
sekelompok wanita.
• Drpd Asma binti Yazid ‫رضي هللا عنها‬bahawasanya Nabi ‫ﷺ‬pernah melintas di
masjid, dan sekelompok wanita sedang duduk-duduk. Baginda ‫ﷺ‬
mengucapkan salam dan memberikan isyarat dengan tangannya, lalu
berkata, “Jauhkanlah darimu daripada mengingkari pemberi nikmat, dan
jauhkanlah dirimu daripada mengingkari pemberi nikmat.” Salah seorang
di antara mereka berkata: Wahai Nabi , ‫هللا‬kami berlindung kepada ‫هللا‬
daripada mengingkari nikmat-nikmat . ‫هللا‬Nabi ‫ﷺ‬bersabda, “Ya,
sesungguhnya salah seorang di antara kamu sekalian sudah lama
sendirian (menjanda). Kemudian ketika dia sedang marah lalu berkata:
Saya tidak pernah melihat dari (suami)nya kebaikan sama sekali. Maka
yang demikian itu merupakan pengingkaran akan nikmat-nikmat , ‫هللا‬dan
demikian juga merupakan pengingkaran terhadap pemberi nikmat. [HR
Imam Bukhari dalam kitab Adab]
23. Dianjurkan menyampaikan salam kepada
orang lain.

• Terdapat banyak petunjuk dalam hal ini.


• Antaranya ketika mana Nabi SAW berkata kepada Aisyah RA,
“sesungguhnya Jibril menyampaikan salam kepadamu”, lalu Nabi
menjawab “atasnya keselamatan dan rahmat Allah. HR Bukhari
• Begitu juga pernah seorang lelaki mendatangi Nabi dan
menyatakan bahawa ayahnya mengirim salam. Lalu Nabi
menjawab, bagimu dan ayahmu salam. HR Abu Dawud

Anda mungkin juga menyukai