Anda di halaman 1dari 11

(ADAB KE 19)

AL-TASMIYAH C

(MEMBERI NAMA)
Kuliyyah Adab-adab Islami
NOR FAIROZ BIN ABD MUTALIB
pendahuluan
• Memberi nama yang baik kepada anak adalah termasuk
dalam kebaikan orang tua terhadap anaknya.

• Tidak dinafikan, kadang-kadang nama seseorang itu akan


memberikan kesan yang besar dalam hidup seseorang
individu tersebut.
1. Memberikan nama pada usia 7 hari
, ُ َ‫ َويُحْ ل‬,?‫ ُت??? ْذبَ ُح َع ْنهُ? َي?? ْو َم? َس ?ابِ ِع ِه‬,?‫“ك? ُّل ُغاَل ٍم? ُمرْ تَهَ ٌن ِب??? َعقِيقَتِ ِه‬
•  "‫ق َويُ َس َّمى‬ ُ
• “Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih
pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.”
(HR At-Tirmizi)
• Antara hikmahnya supaya memberi masa untuk
memikirkan nama yang baik dan tidak pula berlengah-
lengah.
2. Memilih nama yang baik
• ‫إن أحب أسمائكم إلى هللا عبد هللا وعبد الرحمن‬

• “nama yang paling disukai di sisi Allah SWT adalah Abdullah dan
Abdurrahman”
• Demikian juga nama-nama lain seperti Muhammad, Ahmad, Mahmud,
Abdurrahim dan lain-lain
• Memberikan nama yang baik dengan harapan anak membesar menjadi anak
yang baik juga
3. Memilih nama yang Islami
• para ibu bapa diingatkan supaya memberikan nama yang
baik kepada anak-anak sesuai dengan identiti muslim.
• Jangan pula sampai menamakan anak-anak dengan nama-
nama menyerupai orang kafir kerana terpengaruh dengan
trend dan sebagainya.
4. Tidak memberikan nama yang
terlarang
•  ‫لئن عشت إن شاء هللا ألنهين أن يسمى رباح ونجيح وأفلح ونافع‬
‫ويسار‬
• Jika umurku panjang, aku akan melarang seseorang
dinamai dengan Rabah, Najih (yang sabar), Aflah
(yang beruntung), Nafi’ (yang bermanfaat) dan Yasar
(kemudahan)
• Demikian itu adalah nama yang dilarang oleh Nabi SAW.
• Namun, ketika diminta menjelaskan mengapa nama-nama ini dilarang, Nabi
menjelaskan kerana nanti jika seseorang bertanya apakah Yasar ada?, dan
ternyata dia tiada lalu dijawab tiada Yasar (kemudahan).
• Demikianlah peranan nama yang besar dalam perhubungan kita sesama
masyarakat.
5. Tidak memberikan nama yang buruk
• Di antara contoh nama yang buruk ialah Kalb (anjing),
Jumrah (kerikil) dan nama lain.
• Ada juga keadaan di mana diberikan nama haiwan kepada
anak-anak seperti hayawan, ghurab dan sebagainya. Ini
juga tidak menurut perintah agama
• Begitu jugalah dilarang menamakan dengan anak dengan
gelaran yang tidak islamik. Cth Beik, Pasha, Afandi dll
6. Tidak menggabungkan nama Muhammad
dengan gelaran nabi, Abul Qasim
• Ini sebenarnya sabit dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud,
“pakailah namaku dan jangan pakai gelaranku”
• Demikian juga Nabi pernah melarang menggunakan gelarannya
Abul Qasim
• Ada yang berpendapat bahawa larangan ini hanya ketika Nabi
masih hidup. Namun yang lebih selamat adalah meninggalkan terus
dari menamakan sedemikian.
7. Menukar nama yang buruk dengan
nama yang baik
• Antara Sunnah Nabi SAW juga adalah apabila Nabi SAW didatangi oleh
seseorang yang bernama buruk atau kurang baik, Nabi akan menukar nama
orang tersebut.
• Sebagai contoh, Nabi pernah didatangi oleh seorang bernama Ashiyah
(wanita yang derhaka), lalu nabi menukar kepada Jamilah. Begitu juga Nabi
pernah menukar nama Barrah(yang sentiasa berbuat baik) kepada Zainab
kerana nama tersebut mengandungi pujian terhadap diri sendiri.
8. Boleh memberikan nama julukan, timangan kepada
anak kecil atau seorang yang belum punyai anak.

• Nabi SAW pernah memberi julukan kepada saudara Anas


yang pada saat itu masih kecil.
• “Hai Abu Umair (saudara Anas)! Apa yang telah dilakukan
oleh Nughair (burung kecil).
• Begitu juga nabi memberi nama julukan Abu Abdillah
kepada Aisyah.

Anda mungkin juga menyukai