Anda di halaman 1dari 2

PEGAWAI PENYIASAT

1. Pada bulan April 2013, bertugas di mana dan sebagai apa?


2. Sudah berapa lama menjadi IO pada tahun 2013?
3. Pada 13/4/2013, jam 9.52 malam kamu berada di mana? bertugas pada ketika itu?
4. Apa yang berlaku pada masa itu? Terima laporan daripada siapa?
5. Laporan ini berkaitan apa? Kamu melihat laporan tersebut? Jika saya rujuk masih
boleh camkan?
6. Setelah itu apa tindakan kamu seterusnya?
7. Siapa nama Pengadu?
8. Kejadian berlaku di mana?
9. Setelah itu apa tindakan kamu seterusnya?

TEMPAT KEJADIAN

10. Bila kamu pergi ke tempat kejadian? Di mana tempat kejadian?


11. Kamu pergi dengan siapa?
12. Setibanya di tempat kejadian, apa yang kamu lakukan?
13. Ada sebarang gambar diambil? Siapa yang ambil gambar? Berapa keping gambar di
ambil?
14. Kamu boleh camkan gambar sekiranya ditunjukkan?
15. Kamu ada sediakan Rajah Kasar? Jika saya tunjukkan boleh camkan?
16. Boleh ceritakan pada mahkamah apa yang kamu lihat semasa berada di tempat
kejadian?
17. Apa yang ada di dalam dewan - tanah/baja di dalam dewan.
18. Di mana pintu masuk dan keluar
19. Pada ketika itu,bagaimana suasana di tempat kejadian? Kamu ada berjumpa
sesiapa di situ?
20. Dewan ini milik siapa? Apakah kaitan Pengadu dan dewan ini?
21. Pengadu sewa daripada siapa? Sewa untuk apa?
22. Kebiasaanya apakah aktiviti yang dijalankan di dewan ini?

PENGADU

23. Setelah menerima laporan polis, bila kamu berjumpa dengan Pengadu? Apa yang
kamu lakukan dengan Pengadu?
24. Bagaimana pula dengan pemilik Dewan? Kamu ada berjumpa dengan pemilik
dewan?
25. Apakah hasil siasatan yang kamu jalankan berkenaan dewan tersebut?
26. Rujuk Laporan Polis Pengadu, nyatakan terdapat pekerja Pengadu yang terlibat?
Bagaimana siasatan kamu terhadap pekerja Pengadu? Siapa kah pekerja Pengadu?
Setelah kamu mendapat maklumat berkenaan pekerja Pengadu apa yang kamu
lakukan? - rakam percakapan.

HASIL SIASATAN

27. Berkenaan kes ini, siapakah yang terlibat di dalam pencerobohan dewan yang
disewa oleh Pengadu?
28. Apakah tindakan yang kamu lakukan terhadap (L) tersebut? SIapakah (L) tersebut;
nama dan apakah jawatannya ? Camkan OKT.
29. Latar belakang OKT.
30. Selain daripada OKT, penglibatan orang lain?
31. Apakah hasil siasatan yang dijalankan oleh Insp?

Anda mungkin juga menyukai