Anda di halaman 1dari 11

AKIKAH

FEKAH

Konsep
akikah

Hukum akikah

Rukun dan
syarat akikah

Pelaksanaan
akikah

Hikmah
akikah
Perbezaan
akikah dan
persamaan
antara korban
dan akikah
Amalan
sunat ketika
menyambut
kelahiran
bayi
Menyambut
hari lahir

Akikah ialah penyembelihan binatang al-anam yang dilakukan ketika


mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan.Ia dilakukan sebagai tanda
kesyukuran kepada Allah disamping untuk mengisytiharkan kelahiran cahaya
mata mereka. Akikah merupakan sunah Rasulullah seperti yang diriwayatkan
dalam hadis berikut:
Maksudnya : Daripada Samarod katanya : Rasulullah bersabda tentang
akikah : Setiap kanak-kanak bergantung pada akikahnya, disembelih
untuknya pada hari ketujuh, diberi nama dan dicukur rambutnya.
Perkataan al-murtahi dalam hadis di atas memberi erti anak tersebut tidak
memberi syafaat kepada kedua ibu dan bapanya pada hari kiamat nanti jika
ibu bapanya tidak melakukan akikah untuknya.

MENU

Hukum melakukan akikah ialah sunat muakkad, meskipun bapa bayi itu dalam
kesempitan.Rasulullah pernah melakukan akikah dan demikian juga para sahabat baginda.
Maksudnya : Daripada Ibnu Abas radiallahuanhu katanya : Rasulullah telah melakukan
akikah kepada Hasan dan Husin dengan dua ekor kibash tiap-tiap seorang.
Berdasarkan hadis tersebut adalah afdal bagi ibu bapa yang berkemampuan melakukan
akikah dengan dua ekor kambing untuk seorang anak lelaki dan seekor kambing untuk anak
perempuan.Sekiranya mereka kurang berkemampuan memadai dengan seekor kambing
sahaja untuk tiap-tiap seorang seperti yang dilakukan oleh Rasulullah untuk Hasan dan
Husin.
Seekor unta atau lembu boleh dikongsi oleh tujuh orang sama ada untuk tujuan akikah
sahaja atau sebahagian untuk akikah dan sebahagian yang lain untuk tujuan penyembelihan
biasa. Akikah tidak boleh dilakukan dengan menggunakan wang kanak-kanak itu sendiri
kerana ia adalah tabarruk berbentuk sedekah. Jika wang kanak-kanak itu telah digunakan
maka ia hendaklah diganti semula.
Tuntutan akikah ialah sehingga kanak-kanak itu baligh. Akikah juga sunat dilakukan untuk
kanak-kanak yang telah meninggal dunia.

MENU

RUKUN-RUKUN AKIKAH

SYARAT-SYARAT AKIKAH

BINATANG AKIKAH

SAMA SEPERTI BINATANG YANG


DIJADIKAN KORBAN

MASA AKIKAH

IA BOLEH DILAKUKAN PADA BILABILA MASA. SEBAIK-BAIKNYA


SEMBELIHAN AKIKAH DILAKUKAN
PADA HARI KETUJUH KELAHIRAN BAYI

ORANG YANG DITUNTUT MEMBUAT


AKIKAH

BAPA BAYI ADALAH AFDAL


MELAKUKAN AKIKAH

MENU

MASA : Akikah adalah afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi.Jika tidak boleh dilakukan pada hari
tersebut,ia boleh dilakukan pada hari keempat belas atau pada hari kedua puluh satu.Sekiranya akikah
tidak dapat juga dilakukan pada hari-hari yang berkenaan, ia bolehlah dilakukan pada hari-hari yang lain.
BINATANG : Jenis binatang yang boleh dibuat akikah ialah binatang al- anam sama seperti binatang yang
boleh dibuat korban. Demikian juga mengenai umur dan keadaan fizikal binatang-binatang tersebut.
PEMBAHAGIAN DAGING : Daging akikah sunat dimasak dengan masakan yang agak manis dan dibuat
kenduri. Ini berbeza dengan korban, dagingnya sunat diagih-agihkan dalam keadaan mentah.
Disunatkan juga supaya tidak mematahkan tulang binatang akikah kecuali pada sendirinya. Kaki binatang
akikah sunat disedekahkan kepada bidan yang menyambut bayi tersebut. Ini sesuai dengan saranan
Rasulullah. Menurut riwayat daripada Al-Hakim, Saidatina Fatimah melakukannya menurut perintah
Rasulullah.Pada hari akikah itu juga disunatkan mencukur semua rambut bayi sama ada bayi itu lelaki
ataupun perempuan.Rambut yang dicukur itu hendaklah ditimbang dan ibu bapa disunatkan bersedekah
dengan emas atau perak seberat timbangan rambut bayi itu.Amalan in adalah menurut sunah Rasulullah.
Maksudnya : Daripada Saidina Ali bin Abi Talib katanya : Rasulullah telah melakukan akikah untuk Hasan
dengan seekor kambing.Baginda menyuruh Fatimah dengan berkata : Cukur dan timbanglah rambut
Hasan dan brsedekahlah menurut beratnya dengan perak.

MENU

1. Melahirkan kesyukuran kepada Allah atas kurniaan zuriyat yang diharap akan
menyambung keturunan disamping menurut sunah Rasulullah.
2. Mengeratkan silaturahim diantara keluarga bayi dengan jiran-jiran dam
masyarakat setempat.
3. Mengalakkan orang yang mendapat cahaya mata untuk bersedekah.
4. Memberi penghayatan Islam sejak awal-awal lagi.
5. Sebagai pengumuman supaya masyarakat dapat menumpang gembira.
6. Dapat mengelakkan daripada timbulnya fitnah.

MENU

PERKARA

KORBAN

AKIKAH

MASA

HARI RAYA HAJI DAN HARI-HARI


TASHRIK

BILA-BILA MASA

TUJUAN

MENGHAMPIRKAN DIRI KEPADA


ALLAH DAN MENGENANG
KEMBALI PERISTIWA
PERGORBANAN NABI IBRAHIM

KESYUKURAN KERANA
KELAHIRAN ANAK

HUKUM

SUNAT MUAKKAD

SUNAT MUAKKAD

PEMBAHAGIAN DAGING

AFDAL DAGING MENTAH

AFDAL DAGING YANG TELAH


DIMASAK

PENERIMA DAGING

TIDAK BOLEH DIBERIKAN


KEPADA ORANG BUKAN ISLAM

TIDAK BOLEH DIBERIKAN


KEPADA ORANG BUKAN ISLAM

BILANGAN BINATANG

TIDAK DITUNTUT

LELAKI DUA DAN PEREMPUAN


SATU BAHAGIAN

JENIS BINATANG

BINATANG AL-ANAM

BINATANG AL-ANAM

MEN
U

1. Disunatkan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri bayi yang dilahirkan. Amalan
ini bertujuan memperdengarkan kalimah-kalimah tauhid kepada bayi sebagai suara
pertama yang masuk ke telinganya.Amalan tersebut diharap akan memberi kesan yang
mendalam jiwanya sebelum bayi itu dideahkan kepada suara-suara yang lain.
2. Disunatkan melakukan takhnik iaitu membelah mulut bayi pada hari akikah dengan
buah tamar atau yang seumpamanya. Takhnik afdal dilakukan oleh seseorang yang
soleh.
3. Disunatkan juga memberi nama kepada bayi dengan nama yang baik seperti yang
terdapat dalam Asmaul-Husna iaitu dengan menambah perkataan Abdul dipangkalnya,
seperti Abdul Rahman, Abdullah dan lain-lain.Disunatkan juga menamakan bayi dengan
nama rasul dan nabi.Bayi perempuan pula sunat diberi nama dengan nama isteri-isteri
Rasulullah seperti Khadijah,Aisyah dan sebagainya.Begitu juga dengan nama anak
perempuan baginda seperti Fatimah,Zainab dan lain-lain.Disamping itu anak-anak yang
telah meninggal dunia atau bayi yang gugur dari kandungan juga sunat diberi nama
masing-masing.Adalah makruh menamakan anak-anak mereka dengan nama yang tidak
baik, atau nama-nama yang tidak mempunyai makna-makna.Rasulullah pernah menukar
nama yang tidak baik kepada nama yang lebih baik.

MENU

Fenomena baru yang menjadi ikutan masyarakat di Malaysia sejak beberapa


lama ialah menyambut hari lahir.Mengadakan majlis yang sedemikian tidaklah
salah selagi tidak ada acara-acara yang bertentangan dengan syariat
Islam.Antara cara yang boleh dibuat bagi menyambut hari lahir mengikut Islam
ialah mengadakan jamuan makan dan doa selamat.Ia hendaklah diadakan
secara sederhana, tidak membazir dan tidak melanggar adab pergaulan yang
ditetapkan oleh syariat Islam.
Jika majlis itu dihidangkan dengan arak, diiringi dengan tari-menari serta
berlaku pergaulan bebas diantara lelaki dengan perempuan, maka ia adalah
haram.Umat Islam sepatutnya tidak terikut-ikut dengan budaya barat dalam
menyambut sambutan hari lahir seperti amalan meniup lilin.

MEN
U

THE END

PRESENTED BY :
SYAZWINA NABILA
NUR MAISARAH
PUTERI NURIN EZZANY
NUR ALIYA

Anda mungkin juga menyukai