Anda di halaman 1dari 5

Penyusuan Yang Sempurna

Terdapat dua syarat utama yang menyebabkan penyusuan dianggap sempurna


dan menjadikan hukum anak angkat seperti anak sendiri:-

1. Penyusuan berlaku sebelum bayi berumur dua tahun


Ia berdasarkan kepada hadith mauquf kepada Ibn Abbas RA yang diriwayatkan daripada al-
Daruqutni:-
Tidak dikira penyusuan melainkan sebelum bayi berumur
dua tahun.
Ibn Amir al-Sanani menyatakan dalam kitabnya Subul al-Salam bahawa penyusuan tidak
dianggap sempurna kecuali dalam tempoh dua tahun pertama bayi tersebut.

2. Bayi mestilah menyusu paling kurang sebanyak lima kali


kenyang
Ini berdasarkan hadith mauquf kepada Saidatina Aisyah RA yang diriwayatkan oleh Imam
Muslim RH (no. 1452) katanya:-
Pada peringkat awal penurunan al-Quran, penyusuan yang
sempurna adalah 10 kali yang mengenyangkan.
Kemudian ia dinasakhkan (dibatalkan) hukumnya kepada
lima kali kenyang, sehingalah Rasulullah SAW wafat.
Dalam kitab Subul al-Salam juga dijelaskan bahawa penyusuan yang mengenyangkan dikira
apabila bayi mula menyusu dan berhenti dengan sendiri apabila dia kenyang.

Sekiranya terhenti disebabkan bersin, terbatuk atau sendawa, kemudian menyambung


penyusuannya, ia masih dikira sekali.

Ibu Angkat Tidak Mempunyai Susu


Fahamilah bahawa ini adalah salah satu bentuk ujian Allah SWT kepada anda. Ada
pasangan yang diuji memliki zuriat, tetapi menghidap penyakit yang kronik. Ada yang diuji
dalam bentuk anaknya yang sihat, tetapi menjadi penagih dadah apabila dewasa.

Ada juga yang diuji dengan anak yang membesar dengan sihat dan berhaya, tetapi derhaka
kepada orang tuanya. Sesungguhnya kehidupan ini adalah medan ujian Allah SWT terhadap
hamba-Nya dalam musafir menuju akhirat yang kekal.

Teruskan usaha dan jangan lupa berdoa kepada-Nya.

Ibu angkat diharuskan memakan ubat yang mengeluarkan hormon bagi menghasilkan susu
dengan syarat mendapat nasihat daripada doktor pakar Muslim yang amanah.

Merujuk kepada contoh Abdullah dan Aminah sebelum ini, Ehsan disusukan oleh kakak atau
adik perempuan Aminah supaya dia menjadi anak saudara Aminah.

Atau sekiranya anak angkat itu perempuan, maka dia disusukan oleh kakak atau adik perempuan
Abdullah, supaya menjadi anak saudara susuannya.

Anak Diambil Ketika Usia Melebihi Dua


Tahun
Ketika ini, kisah kecintaan Nabi Ibrahim AS kepada anaknya mesilah dijadikan contoh
utama kepada ibu bapa angkat dan anaknya. Nabi Ibrahim AS terlalu cintakan anaknya dan
begitulah sebaliknya.

Walau bagaimanapun kedua-dua insan ini telah membuktikan cinta mereka kepada Allah SWT
adalah lebih utama dengan melaksanakan hukum-Nya. Si ayah sanggup menyembelih anak
demi ketaatan kepada Allah SWT dan si anak pasrah dengan sepenuh hatinya.
Demikianlah ibu bapa dan anak angkatnya mestilah tunduk kepada hukum Allah SWT bahawa
mereka adalah seperti orang asing walaupun telah lama hidup bersama dan kasih sayang telah
tersemat erat.

Haram Binkan Anak Kepada Bapa Angkat


Seperkara lagi yang diambil remeh oleh sebahagian masyarakat kita ialah perbuatan
membinkan anak kepada bapa angkat.

Hukumnya adalah haram.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:-


Panggilah mereka (anak-anak angkat) itu dengan nama
bapa-bapa mereka.
Surah al-Ahzab 33:5
Sekiranya perkara ini telah berlaku, maka wajib diusahakan segera agar diubah kembali kepada
nama ayahnya yang sebenar.

Insya-Allah segala kesulitan menyelesaikan proses tersebut dinilai pahala di sisi Allah SWT.
Anak angkat - Berdosa bin, binti ayah angkat

Soal Jawab bersama Mohd. Zaidi Mohd Zain


Perunding Keluarga Islam/Peguam Syarie
Soalan:
ISTERI saya adalah anak angkat yang telah dibintikan kepada bapa angkatnya semasa masih
bayi lagi. Pada masa tersebut beliau telah mempunyai nama yang dibintikan kepada bapa
kandungnya semasa dilahirkan seperti yang tercatat dalam sijil lahir.

Saya telah menikah secara wali hakim dengannya. Bagaimana caranya untuk saya membuat
pertukaran nama tersebut?

Apakah pertukaran nama ini melibatkan kedua-dua nama isteri saya dan bapa angkatnya?

Bagaimanakah pandangan Islam sekiranya isteri saya terus menggunakan nama bapa angkatnya
dan bagaimana pula dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)?
Zaki Abd Rahman
Kuala Lumpur.

Jawapan:
Tidak salah mengambil anak angkat untuk dijaga dan dipelihara. Walaubagaimana pun ibu bapa
angkat perlulah mematuhi peraturan undang-undang dan hukum syarak.

Seelok-eloknya anak angkat dipelihara daripada kecil, berumur bawah dua tahun dan disusukan
oleh isteri agar anak itu menjadi anak susuan bagi tujuan mengatasi masalah batasan aurat
apabila tinggal dan hidup bergaul dalam satu rumah.

Namun begitu, anak angkat tersebut tidak boleh dibin atau dibintikan kepada bapa angkat.

Perbuatan itu adalah salah dan berdosa. Banyak implikasi negatif daripada segi hukum dan
undang-undang jika perkara ini dibiar atau diteruskan tanpa mengubahnya semula.

Antaranya, timbul kekeliruan dan masalah dalam soal wali nikah dan juga pembahagian harta
pusaka.

Bapa angkat tidak boleh menjadi wali nikah. Oleh yang demikian, jika nama bapa angkat
diletakkan sebagai binti kepada anak, sudah pasti ia akan menimbulkan kekeliruan.

Jika bapa angkat jahil tentang hukum, berkemungkinan beliau bertindak mewalikan anak
tersebut kerana tidak mahu anak tersebut tahu bahawa ia hanyalah anak angkat.

Manakala bagi masalah mewarisi harta pusaka pula, anak angkat tidak boleh menerimanya.

Jika kedudukan anak angkat ini dirahsiakan mungkin akan menyebabkan waris atau pihak-pihak
berkenaan tidak tahu dan selanjutnya akan membuat pembahagian kepada anak angkat tersebut
sedangkan dia tidak berhak.
Dalam kes yang dikemukakan (sebagai anak angkat) telah dinikahkan oleh wali hakim.

Jika urusan itu dilakukan dengan cara betul maka nikah itu sah tetapi perlu juga dipastikan sama
ada anak angkat tersebut mempunyai wali yang sah sebelum dinikahkan oleh wali hakim.

Saya berpendapat bahawa memang wajar isteri saudara menukar nama binti kepada nama ayah
kandungnya.

Perkara ini boleh dibuat dengan cara membuat akaun bersumpah bahawa nama dan binti
sekarang adalah nama ayah angkat dan nama ayah kandung dibuktikan melalui sijil lahir.

Selepas itu, permohonan itu boleh dipanjangkan ke Pejabat Pendaftaran Negara. Bagi
meyakinkan lagi kedudukan selok-eloknya dapatkan pengesahan daripada Imam tempat asal
kelahiran isteri.

Pendapat Islam, sekiranya perkara berbintikan kepada bapa angkat ini berterusan ianya akan
memberi implikasi sebagaimana yang dinyatakan di atas.

Sehubungan dengan itu, saya menasihatkan supaya urusan pertukaran ini disegerakan.

Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1005&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kel
uarga&pg=ke_02.htm#ixzz4mPpW2W2M
Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai