Anda di halaman 1dari 9

Tajuk:

Menurut Undang-Undang Islam, Bapa bertanggungjawab untuk memberi nafkah kepada


Anak-anak. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Adakah anak-anak mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap kedua ibu bapa mereka.
Bincangkan.

“According to Islamic Law, A father is responsible to maintain his children. How far do
agree with the above statement
Do children have the same responsibility towards their parents. Discuss”

Skop perbincangan

Pembentangan ini akan membincangkan tentang peranan bapa dalam memberi nafkah kepada
anak-anak dan tanggungjawab anak-anak dalam memberi nafkah kepada kedua ibu bapa.
Perbincangan ini juga akan merangkumi peruntukkan undang-undang islam dan
pemakaiannya dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia. Mengkaji sejauh
mana bapa bertanggungjawab menyediakan nafkah anak selari dengan kehendak syarak dan
keperluan semasa, dan adakah kita blh bersetuju sekiranya hanya bapa sahaja yang
dipertanggungjawab? Bagaimanakah dalam keadaan bapa tidak mampu menyediakan nafkah
anak-anak, bolehkah ahli keluarga lain mengambil tanggungjawab tersebut.

Apakah yang dimaksudkan dengan nafkah


- nafkah menurut syarak membawa maksud apa-apa yang dibelanjakan oleh seseorang
suami atau bapa untuk isteri, anak-anak dan juga ahli keluarganya yang meliputi
makanan , pakaian, perubatan, tempat tinggal dan pendidikan ”
pengenalan

Kewajipan nafkah anak adalah terletak kepada bapanya. Hal ini telah
ditetapkan dalam al-Qur’an dalam surah al-Baqarah ayat 233 dan
juga hadis RasulullahSAW. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua


tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan
penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan
pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.(Al-Baqarah,2:
233)” Ayat ini menunjukkan dengan jelas bahawa bapa
bertanggungjawab dalam hal nafkah, dan bukannya ke atas ibu.

Berdasarkan hadith pula, Rasulullah SAW bersabda:

“Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan seorang lelaki yang


kedekut. Dia tidak memberi kepada saya belanja yang cukup untuk
saya dan anak saya kecuali jika tidak, saya ambil dengan tidak
diketahuinya. Rasulullah menjawab; “Ambillah olehmu daripada
hartanya sekadar yang mencukupi keperluanmu dan anakmu dengan
cara yang baik.”(Al-Bukhari, t.t).

Hadis ini menekankan kewajipan bapa ke atas nafkah sehingga


diharuskan kepada isteri untuk mencuri duit suaminya bagi
menyempurnakan pembiayaan nafkah ini, sekiranya suami atau bapa
cuai dengan tanggungjawab tersebut

Dalil-Dalil Pensyariatan Nafkah

Terdapat beberapa arahan dalam al-Quran dan juga al-Sunnah


berkenaan kewajipan melunaskan nafkah dalam Islam.Dalil –Dalil Al-
QuranFirman Allah s.w.tyang bermaksud:
The current issue and full textarchive of this journal is available at
http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat42Hendaklah orang yang mempunyai
keluasan memberi nafkah menurut kemampuannya dan orang yang
terbatas rezekinya, hendaklah memberi nafkah dari harta yang
diberikan Allah kepadanya. Allahtidak membebani seseorang
melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya.
Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan.(At-
Talaq,65: 7)Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan
sekadar kemampuan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.
kepadanya. Oleh itu, manusia yang mengalami kesempitan
perlulahsentiasa ingat sesungguhnya Allah akan memberikan
kesenangan apabila berlakunya kesusahan dan kesempitan dalam
َ ‫َلوُ َس‬
kehidupan.Dalil-Dalil Al-SunnahSabda Rasulullah s.a.w: َ‫ري‬ ‫لاَّل‬EHَِّ‫َبأ َّ ِنِإ‬
ُ ‫يدَ َل َووَّ إِّل اَ ُم ْت َذ َخأ‬،‫َ َة ْب ُت َع ْت ِن َب ْد ِن َّه َنأ َ َةشِ ئاَعْ َن ٌعلُ َج َرنا َ ْيفُسٌحي َح َشسْ َي َلوني ْطعُياَمِني ْف َكي‬،‫ْ َتالَق‬:َ
ِ ِ ِ ِ ِ
‫ِفو‬.‫ِ َكدَ َل َوو‬،‫ِكي ْف َكيُرْ َعمْ لِب‬ ِ ‫يذخاَم‬: ُ ِ ‫ُ َم ْل َع َيالَ َقف‬،‫هْ ِن َموُ َه َو ّل‬Maksudnya: Daripada
‘Aishah r.a. bahawa Hindun binti Utbah pernah bertanya, ‘Wahai
Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya Abu Sufian ialah seorang lelaki
yang kedekut dan tidak mahu memberi nafkah kepadaku dan
anakku sehingga aku mesti mengambil hartanya tanpa
pengetahuannya. Rasululllah s.a.w. menjawab: Ambillah apa yang
mencukupi bagimu dan anakmu dengan cara yang baik.(Sahih Bukhari,
Kitab Nafqah, No Hadis: 5049

ASAS PEMBERIAN NAFKAH


Nafkah anak adalah
PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG SEDIA ADA

HUKUM SYARAK BERKAITAN DENGAN NAFKAH


- SYARAT MEWAJIBKAN NAFKAH
- NAFKAH ANAK PEREMPUAN
- NAFKAH ANAK LELAKI
- NAFKAH KEDUA IBU BAPA

UNDANG-UNDANG NEGARA UAE/ALGERIA/MAGRIBI

CADANGAN
- Supaya memasukkan undang-undang yang mewajibkan wali/waris/ kerabat
membayar nafkah

Siapa waris / kerabat lelaki mengikut tertib asabah

Kesimpulan

Hukum Syarak telah mewajibkan nafkah anak disediakan oleh bapa.

Kewajipan membayar nafkah anak berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 233
yang menyatakan dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu
menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang menurut kemampuannya.
Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya.�
Seksyen 73 Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 memperuntukkan,
Kewajipan menanggung nafkah anak adalah jatuh kepada bapa sama ada anak itu berada
dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi
mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang
munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar
kosnya.

Jumhur Fuqaha berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadith sependapat menyatakan bahawa
seorang bapa wajib memberi nafkah untuk anak-anaknya dengan syarat:

1. Bahawa anak itu belum boleh berdikari. Bagi anak perempuan sehingga ia berkahwin atau
sehingga ia ada pekerjaan.
2. Bahawa anak itu miskin tidak mempunyai harta sendiri untuk menafkahkannya.
3. Bapa itu mampu memberi nafkah.

Manakala seksyen 80 Enakmen tersebut memperuntukkan bahawa hak anak-anak terhadap


nafkah akan terhenti apabila anak itu mencapai umur 18 tahun. Tetapi seksyen ini juga
membenarkan Mahkamah, atas permohonan anak, atau seseorang lain, untuk melanjutkan
tempoh perintah nafkah tersebut bagi membolehkan anak menyambung pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi atau untuk mengikuti latihan lanjut.
Seperti yang dinyatakan di atas, bapa sememangnya berkewajipan dalam memberi nafkah
terhadap anak-anaknya sehingga anak tersebut belum berkahwin bagi anak perempuan. Adalah
wajar memberi hak nafkah kepada anak yg masih belajar walaupun telah baligh. Ini adalah selari
dengan keperluannya dan keadaannya yang masih lagi belajar di Universiti.

Merujuk kepada kadar nafkah yang telah diperintahkan oleh Mahkamah, dapat dinyatakan di sini
bahawa sesuatu kadar nafkah yang telah diperintahkan oleh Mahkamah tidaklah kekal dan boleh
diubah. Perubahan kadar nafkah tersebut adalah berdasarkan kepada kemampuan bapa,
keperluan anak-anak tersebut dan taraf ekononomi semasa.
Permohonan untuk mengubah perintah ini boleh dibuat oleh orang yang memberi nafkah, orang
yang menerima nafkah, dan bagi anak yang belum baligh, penjaganya.

NAK adalah anugerah Allah SWT kepada suami isteri dan penyeri sebuah rumah tangga.
Sebagai ibu bapa, tentunya mempunyai tanggung jawab terhadap anak-anak mereka. Anak
mempunyai hak terhadap ibu bapanya. Hak anak bermula dengan nasab yang sah dan dari
situ maka lahirlah hak-hak seperti; hak nafkah, pendidikan dan lain-lain.

Nafkah anak adalah kewajipan bapa berasaskan surah al-Baqarah ayat 233 yang
bermaksud: …Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu
menuntut yang sepatutnya… Ayat ini diperkuatkan oleh hadis Rasulullah SAW kepada Hindun,
“Ambillah sekadar yang mencukupi untukmu dan anakmu dengan cara yang maaruf.”
Pada pandangan ulama jumhur, anak-anak yang berhak kepada nafkah adalah anak yang
sah taraf, anak kepada anak (cucu) yang furu’ ke bawah.

Siapakah yang wajib membayar nafkah? Jika berasaskan surah al-Baqarah di atas, maka
yang wajib nafkah ialah bapa sekiranya ia masih hidup dan mampu.

Menurut ulama Hanafi, jika bapa tidak mampu kerana fakir atau tidak sihat untuk bekerja,
maka nafkah hendaklah ditanggung oleh datuk sebelah bapa atau ibu kepada anak-anak.
Nafkah yang dibiayai oleh datuk kepada anak atau ibunya ketika bapa anak tidak mampu
memberi nafkah kerana kesempitan wang, maka jumlah tersebut boleh dituntut semula.
Dalam hal ibu anak dan datuk sebelah bapa ada bersama untuk membiayai nafkah anak
ketika ketiadaan bapa, maka jumlahnya ialah 1/3 bagi ibu dan 2/3 bagi datuk.

Bagi ulama Maliki nafkah adalah kewajipan bapa sahaja.

Ulama Shafie berpandangan bahawa kewajipan nafkah adalah bapa dan jika dia tidak
mampu, ia jatuh kepada ibu. Jika ada ibu anak, saudara lelaki dan datuk, maka bahagian
nafkah adalah 1/3 seorang. Imam Shafie berpendapat datuk berkewajipan membiayai
nafkah cucunya dalam ketiadaan bapa. Jumlah nafkah anak adalah mengikut kemampuan
pemberi nafkah.

Ulama Shafie juga berpandangan bahawa nafkah anak yang tidak berbayar adalah hutang
jika diputuskan oleh mahkamah atau jika bapa dengan sengaja enggan membiayai nafkah.

Enakmen

Pada hari ini nafkah anak boleh dituntut melalui enakmen undang-undang keluarga Islam.
Menurut seksyen 73, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003:

(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan
selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya,
sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada
dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan
pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf
kehidupannya atau dengan membayar kosnya.

(2) Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang
bertanggungan di bawah Hukum Syarak, supaya menanggung nafkah atau memberi
sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di
mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya
menanggung nafkah mereka.

Jika dilihat daripada peruntukan ini, bapa berkewajipan menanggung nafkah anaknya.
Nafkah bermakna tempat tinggal, makan, minum, pakaian, perubatan dan pelajaran
mengikut kemunasabahan dan kemampuannya.
Nafkah menurut Syarak ialah mengeluarkan belanja
kepada mereka yang wajib atas seseorang itu
mengeluarkan untuk anak-anaknya, termasuklah semua
hajat dan keperluan seharian seperti makanan,
minuman, pakaian, tempat tinggal, ubat-ubatan dan
sebagainya.
Kewajipan bapa mengeluarkan belanja nafkah kepada
anak adalah berdasarkan firman Allah s.w.t dalam
Surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud : ”Dan ibu-
ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama
dua tahun genap, iaitu bagi yang hendak
menyem[purnakan penyusuan itu, dan kewajiban
bapa ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu
itu menurut cara sepatutnya.  Tidaklah diberatkan
seseorang melainkan menurut kemampuannya.
Janganlah seorang ibu itu menderita kerana
anaknya dan (jangan juga menjadikan) seorang
bapa menderita kerana anaknya ; dan waris juga
menanggung kewajipan tersebut (jika bapa tiada).
Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu
menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan
(yang telah dicapai oleh) mereka sesudah
berunding, atas mereka berdua tidaklah salah
(melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-
anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak
ada salahnya bagi kamu serahkan (upah) yang
kamu berikan itu dengan cara yang patut.”
Seksyen 73 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
Selangor memperuntukkan kewajiban seorang bapa
menanggung nafkah anak. Seksyen 73 (1) berbunyi –
“Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah
Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah
menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung
nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam
jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada
dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal,
pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran
sebagaimana yang munasabah memandang kepada
kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan
membayar kosnya. “
Kadar nafkah yang diwajibkan hendaklah sekadar
menurut keperluan dan hajat, menurut keadaan dan
kemampuan orang yang berkewajipan itu. Firman Allah
s.w.t dalam surah at-Talak ayat 7
bermaksud : “Hendaklah orang yang berkemampuan
memberi nafkah menurut kemampuanya. Dan orang
yang telah ditetapkan ke atas reskeinya, maka
hendaklah ia mengeluarkan belanja (nafkah)
berdasarkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah
s.w.t. Tidak dibebankan oleh Allah seseorang itu
melainkan setakat apa yang diberikan oleh Allah
kepadanya. Nescaya Allah akan menjadikan
sesudah kesempitan itu kelapangan.”
Seseorang bapa bertanggungjawab menanggung
belanja nafkah anak-anaknya sehingga anak lelaki
mencapai umur baligh dan anak perempuan sehingga
berumahtangga. Kewajipan ini adalah tidak bersyarat
dan mutlak, tidak kiralah samada anak-anak itu berada
dalam jagaannya atau tidak. Sesetengah pihak cuba
menafikan hak anak-anak mendapat nafkah atas alasan
bahawa dia tidak dapat berjumpa anak atau dihalang
dari berjumpa anak oleh bekas suami atau bekas isteri.
Kewajipan membayar nafkah dan hak lawatan anak
adalah dua perkara yang berbeza dan tidak boleh
dijadikan syarat atau alasan untuk menafikan dan
menidakkan  hak anak bagi mendapat pembiayaan
nafkah.
Sekiranya anak-anak belum boleh berdikari, anak itu
miskin dan tidak mempunyai harta sendiri dan pada
masa yang sama bapa itu mampu memberi nafkah,
maka bapa tersebut masih bertanggungan untuk
memberikan nafkah, walaupun anak bukan di bawah
jagaannya.
Jika anak itu seorang perempuan, menurut mazhab
Syafie dan Maliki, wajib nafkahnya ke atas bapa
sehingga anak itu bersuami. Manakala menurut mazhab
Hanafi dan Hanbali, tidak wajib ke atas bapa
memberikan nafkah kepada anak perempuan yang
sudah besar dan boleh berusaha sendiri. Pandangan
mazhab Hanafi dan Hanbali ini lebih sesuai dengan
keadaan kini, di mana kebanyakan anak perempuan
pada masa kini walaupun sudah bersuami telah berkerja
dan berpendapatan untuk menampung diri sendiri. Jadi
sekiranya anak perempuan telah berkerja dan boleh
menanggung nafkah diri sendiri, walaupun belum
berkahwin, maka kewajipan bapa untuk membayar
nafkah kepadanya akan tamat.
Seorang anak lelaki yang belum berkahwin, sihat dan
berupaya menyara diri sendiri, bukanlah menjadi
tanggungan ke atas si bapa. Namun mahkamah Syariah
boleh atas permohonan anak tersebut atau mana-mana
orang lain untuk melanjutkan perintah nafkah kepada
suatu tempoh akan datang sebagaimana yang difikirkan
munasabah, termasuklah bagi membolehkan anak itu
melanjutkan pelajaran atau latihannya. Pada masa kini,
kebanyakan anak-anak yang berumur 18 tahun dan ke
atas masih di bangku sekolah atau di pusat pengajian
tinggi, yang masih memerlukan biaya bagi menampung
yuran pengajian dan sara hidup mereka.
Begitu juga jika anak itu cacat atau kurang upaya (OKU)
disebabkan hilang upaya dari segi akal atau jasmani,
yang tidak mampu bergerak aktif seperti manusia
normal yang lain, serta tidak mampu untuk hidup
berdikari, maka bapa masih bertanggungan
mengeluarkan belanja untuk nafkah anak tersebut,
walaupun umur mereka telah melebihi 18 tahun.
Seksyen 80 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
Selangor 2003 memperuntukkan - “Kecuali-(a) jika
sesuatu perintah mengenai nafkah seseorang anak
dinyata sebagai selama tempoh yang lebih singkat; (b)
jika sesuatu perintah itu telah dibatalkan; atau (c) jika
sesuatu perintah itu dibuat untuk-(i) seseorang anak
perempuan yang belum berkahwin atau yang, oleh
sebab sesuatu hilangupaya dari segi otak atau jasmani,
tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya; atau (ii)
seorang anak lelaki yang, oleh sebab sesuatu
hilangupaya dari segi otak atau jasmani, tidak
berkebolehan menanggung nafkah dirinya, perintah
nafkah hendaklah tamat apabila anak itu mencapai
umur lapan belas tahun, tetapi Mahkamah boleh atas
permohonan oleh anak itu atau oleh seseorang lain,
melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-
apa tempoh tambahan yang difikirkannya munasabah,
bagi membolehkan anak itu mengikuti pelajaran atau
latihan lanjut atau lebih tinggi.”

Pada masa ini, tiada perundangan khusus, sama ada


di persekutuan atau negeri
peringkat, menangani isu nafkah ibu bapa Islam.
Walau bagaimanapun, boleh dicadangkan bahawa
hak ibu bapa Islam
untuk menuntut penyelenggaraan disediakan di
Malaysia. Berbanding dengan
ibu bapa bukan Islam, hak ini terkandung dalam
perundangan undang-undang keluarga Islam

Anda mungkin juga menyukai