Anda di halaman 1dari 16

JAWAPAN PENILAIAN ALTERNATIF

METODOLOGI PENYELIDIKAN UNDANG-UNDANG ISLAM


IIM3001

TAJUK CADANGAN PENYELIDIKAN:


KEGAGALAN MENUNAIKAN KEWAJIPAN NAFKAH KETIKA PERINTAH
KAWALAN PERGERAKAN: SATU KAJIAN

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR NO. MATRIK

AHMAD QAMIL BIN MOHAMAD 17059287/2

IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG


SEMESTER 1 SESI 2020/2021

JABATAN:

JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG


AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
ABSTRAK

Nafkah adalah sesuatu yang diberikan oleh seseorang suami kepada isteri, anak,
keluarga dan kerabat untuk keperluan seharian. Islam menetapkan pemberian nafkah
isteri dan anak hendaklah berasaskan kadar kifayah (mencukupi) dan ma'ruf (baik).
Perbincangan dalam kajian ini berkenaan dengan nafkah ketika perintah kawalan
pergerakan. Umum mengetahui bahawa ramai masyarakat yang terkesan dengan covid-
19 ini. Ada yang dibuang kerja, tutup kedai dan hilang punca pendapatan. Rentetan
daripada ini, pihak suami sukar untuk mencari wang demi menampung keluarga mereka.
Oleh kerana itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tentang cara mengatasi
kegagalan menunaikan nafkah ketika perintah kawalan pergerakan. Pihak suami tidak
boleh memberi alasan mudah dan tidak berusaha untuk menunaikan kewajipan nafkah
tersebut. Kajian ini menggunakan metod kepustakaan khususnya untuk mengkaji konsep
asas nafkah seperti mana yang dibincangkan oleh fuqaha’ dalam kitab kitab fiqh. Akta
Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, statistik
pendaftaran kes nafkah dan kes-kes berkaitan nafkah menjadi sebahagian rujukan dalam
kajian ini. Kesimpulannya, penulis merasakan perlu ada metod untuk mengatasi masalah
nafkah yang gagal dibayar ini supaya dapat menjaga hak dan kepentingan isteri dan
keluarga.

Kata Kunci: Nafkah, Perintah, Kawalan Pergerakan, Covid-19

PENDAHULUAN

Islam telah meletakkan tanggungjawab memberi nafkah terhadap isteri dan anak adalah
kepada suami dan bapa. Maka, pihak lelaki ini wajib berusaha untuk menunaikan
tanggungjawab ini sebaik mungkin. Perintah pemberian nafkah ada dinyatakan di dalam
Al- Quran di mana Allah berfirman:
‫س إََِّل ُو ْس َع َها‬ ِ ِ ِ
ُ َّ‫َو َعلَى الْ َم ْولُود لَهُ ِرْزقُ ُه َّن َوك ْس َوُُتُ َّن ِِبلْ َم ْع ُروف ۚ ََل تُ َكل‬
ٌ ‫ف نَ ْف‬

Maksudnya: Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu
menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut
kemampuannya.1

(Surah al-Baqarah, 2:233)

Menurut Ibn Faris, nafkah dari sudut istilah fuqaha bermaksud satu kadar yang
mencukupi yang diktiraf syarak meliputi makanan, pakaian tempat tinggal berdasarkan
miskin atau kayanya seorang suami dan bersesuaian dari segi kecukupan isteri menurut
uruf yang sesuai.2

Suami wajiblah menanggung segala keperluan isteri dan anaknya dari segi
makanan, minuman, pakaian serta tempat tinggal. Hal ini bukanlah kewajipan bagi isteri
dan jika isteri tidak mendapat hak yang secukupnya, maka si isteri berhak menuntut
nafkah terhadap suaminya itu.

Dari segi perundangan, bab nafkah ini mempunyai peruntukan dari seksyen 59
hingga 80 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Kewajipan nafkah ini telah diperuntukkan dalam seksyen 72 AUUKI 1984 bahawa adalah
menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu
berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang yang lain, sama ada dengan
mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran
sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf
kehidupannya

Berdasarkan statistik pendaftaran kes nafkah di Mahkamah Syariah seluruh


Malaysia, penulis mendapati bahawa terdapat peningkatan kes pada setiap tahun di
kebanyakan negeri. Pada tahun 2013, terdapat sebanyak 274 kes di Wilayah

1Al Quran, 2:233.


2Bahiyah Ahmad. “Penentuan Kifayah Adna Sebagai Jaminan Nafkah Isteri Di Dalam Islam: Kajian Kes
Di Lembah Klang, Malaysia.” International Journal of Islamic and Civilizational Studies, Vol 02 (2019):
111–26, 112.
Persekutuan Kuala Lumpur dan pada tahun 2017, kes itu meningkat kepada 301 kes.3
Hal ini menjadi kebimbangan buat masyarakat kerana pihak suami menganggap nafkah
ini perkara yang remeh dan perkara ini akan menindas pihak isteri dan anak-anak.

Maka, penulis dapat melihat bahawa perkara berhubung dengan nafkah ini
amatlah penting dan perkara ini akan jadi lebih terdesak apabila berlakunya wabak covid-
19 ini. Apabila tercetusnya wabak ini, kerajaan telah mengambil langkah untuk
melakukan Perintah Kawalan Pergerakan yang mana ia memberi kesan yang sangat
negatif terhadap sektor pekerjaan di Malaysia.

Rentetan daripada itu, ramai yang dibuang kerja dan terputus punca pendapatan
serta mengalami krisis kewangan yang teruk disebabkan oleh PKP ini. Oleh itu, pihak
suami dan bapa mengalami kesukaran untuk menunaikan kewajipan nafkah ketika wabak
ini melanda. Jadi, ada keperluan untuk membincangkan cara mengatasi kegagalan
menunaikan nafkah ini untuk memberi kelegaan kepada pihak suami, keluarga serta
masyarakat.

MASALAH KAJIAN

Isu kegagalan menunaikan nafkah ini makin tumbuh bagai cendawan selepas hujan
ketika perintah kawalan pergerakan ini dilaksanakan. Nafkah merupakan kewajipan
kepada pihak suami tetapi Perintah Kawalan Pergerakan ini telah menyekat sumber
kewangan bagi suami. Menurut Ismail Sabri, jika ekonomi negara ditutup sepenuhnya,
maka 2.8 juta rakyat Malaysia berisiko hilang kerja dan 2.5 juta lagi bakal terjejas
pendapatan.4 Krisis kewangan pasti akan berlanjutan dan perkara ini pasti akan
menjejaskan keluarga yang hanya bergantung kepada suami untuk mencari nafkah.

3Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. "Statistik Pendaftaran Kes Nafkah Mahkamah Syariah Seluruh
Malaysia - MAMPU." data.gov.my. https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/statistik-pendaftaran-
kes-nafkah-mahkamah-syariah-seluruh-malaysia, diakses pada 29 Januari 2021.
4Junus, Laupa. "2.8 juta risiko hilang kerja jika PKP dilanjutkan - Utusan Digital." Utusan Digital. January
26, 2021. http://www.utusan.com.my/berita/2021/01/2-8-juta-risiko-hilang-kerja-jika-pkp-dilanjutkan/,
diakses pada 29 Januari 2021.
Krisis kewangan ini merupakan punca utama kegagalan pemberian nafkah suami
terhadap keluarga. Perkara ini secara tidak langsung telah meningkatkan kadar aduan
tidak memberi nafkah seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah dan Ketua Hakim
Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar,
sebelum ini hanya terdapat lima aduan sebulan berkenaan aduan tidak memberi nafkah
ini, tetapi semasa PKP ini mereka telah menerima lima aduan dalam masa lima hari
sahaja.5

Apa yang boleh kita dapati daripada perkara di atas membuktikan bahawa PKP
memberi kesan yang besar terhadap kegagalan memberi nafkah kepada isteri dan
keluarga. Selain itu, sikap pihak suami juga merupakan punca kegagalan pemberian
nafkah ini berlaku. Hal ini kerana, suami tidak mahu mencari jalan lain untuk mencari
nafkah dan sentiasa mencari alasan untuk tidak mencari pendapatan. Lelaki yang
bertanggungjawab sepatutnya akan berusaha sekeras mungkin demi kebaikan isteri dan
keluarganya.

Demi menjaga maslahat isteri dan anak-anak yang tertindas ini, maka perlu ada
solusi untuk membela nasib mereka ini. Walaupun pihak isteri ini boleh membuat aduan
kepada Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah tentang
perkara ini, masih akan berlaku masalah lain seperti pihak suami tidak memberi
kerjasama untuk hadir ke mahkamah dan hal ini akan melambatkan proses tuntutan
nafkah tersebut. Oleh itu, kajian ini haruslah diteruskan supaya dapat memberikan solusi
terhadap masalah ini.

SKOP KAJIAN

Penyelidikan ini memfokuskan kepada penyelesaian masalah kegagalan membayar


nafkah ketika perintah kawalan pergerakan ini dijalankan. Memandangkan skop kajian
akan tertumpu kepada skop pelaksanaannya di Malaysia atau lebih tepat lagi di Wilayah

5Fadzilah, Marfika Adnan Haris. "PKP: Aduan tidak beri nafkah meningkat | Berita Harian." Berita Harian.
April 17, 2020. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/678103/pkp-aduan-tidak-beri-nafkah-
meningkat, diakses pada 29 Januari 2021.
Persekutuan Kuala Lumpur, maka hanya pelaksanaannya di WPKL sahaja yang akan
disentuh. Penulis memilih lokasi WPKL ini adalah kerana penduduk di WPKL mempunyai
kadar kos sara hidup yang tinggi.

Dari aspek undang-undang pula, penulis melihat kepada Jabatan Kehakiman


Syariah Malaysia disebabkan ia adalah agensi kerajaan yang diberikan tanggungjawab
untuk menguruskan aduan tentang tuntutan nafkah. Selain itu, penulis akan merujuk
kepada keputusan-keputusan terhadap kes yang melibatkan tuntutan nafkah di dalam
Jurnal Hukum bagi kes yang telah diterbitkan pada tahun 2015 hingga 2020 adalah
kerana mengambil kira tempoh penyelidikan yang singkat dan untuk melihat kepada pola
permasalahan kes tuntutan nafkah melalui keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah
Syariah.

Kemudian, akta yang akan dirujuk pula adalah Akta Undang-Undang Keluarga
Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Hal ini kerana mengambil kira tempat kajian
yang dilakukan.

PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah definisi nafkah dari segi hukum syarak dan perundangan?


2. Bagaimana pengamalan nafkah di Malaysia?
3. Bagaimana cara mengatasi masalah kegagalan memberi nafkah ketika Perintah
Kawalan Pergerakan?

OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini, beberapa objektif kajian dan tujuan telah ditetapkan bagi menjadi kayu
ukur kadar keberkesanan dan kejayaan kajian ini. Terdapat banyak objektif yang dapat
dikemukakan bagi memastikan kertas ini berada di landasan yang tepat. Antara objektif
utama kertas ini adalah:
1. Mengkaji definisi nafkah dari segi hukum syarak dan perundangan.
2. Menganalisis pengamalan masyarakat di Malaysia tentang pemberian nafkah
kepada isteri dan keluarga.
3. Mencadangkan cara yang efisyen untuk mengatasi kegagalan memberi nafkah
ketika Perintah Kawalan Pergerakan.

KEPENTINGAN KAJIAN

1. Memberi penerangan dan penjelasan tentang definisi nafkah kepada


masyarakat menurut hukum syarak dan perundangan semasa.
2. Mengumpulkan data tentang pengamalan masyarakat dalam pemberian
nafkah di Malaysia.
3. Membentangkan cadangan untuk mengatasi masalah kegagalan dalam
memberi nafkah ketika Perintah Kawalan Pergerakan.

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi Pengumpulan Data


Melalui kajian kualitatif ini, penulis menggunakan pelbagai kaedah untuk pengumpulan
data. Pengumpulan data adalah perlu untuk membantu menguatkan elemen yang
dibuktikan dalam kajian penulis. Berikut adalah metodologi pengumpulan data yang
digunakan oleh penulis dalam kajian ini.

1. Kepustakaan

Penulis menggunakan metod pengumpulan data-data bersifat kualitatif dengan cara


kepustakaan dalam mencari maklumat sekunder yang berkaitan dengan Nafkah dan
Perintah Kawalan Pergerakan. Antara data kepustakaan yang dikumpul dalam kajian ini
termasuklah petikan fatwa dari laman sah kerajaan, statut-statut yang diluluskan oleh
perundangan dan kajian terdahulu oleh pakar dan ilmuan yang relevan dengan tajuk
kajian. Penulis telah berkunjung ke perpustakaan awam untuk mendapatkan sumber
rujukan di atas. Selain itu, penulis juga telah membuat carian di laman sesawang yang
berautoriti untuk mendapatkan data dengan lebih banyak lagi.

2. Temubual

Metode temu bual digunakan kepada responden yang relevan dan mempunyai autoriti
bagi setiap isu atau permasalahan yang bersangkutan dengan kajian ini.Dalam kajian ini
penulis menggunakan kaedah separa berstruktur dalam menemuramah beberapa pihak
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam subjek kajian penulis. Penulis
akan bertanyakan soalan yang telah dirangka dan akan meneruskan temubual
berdasarkan jawapan yang diberikan oleh responden. Antara responden yang kami
menemubual adalah pihak daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Penulis
merasakan responden ini penting untuk ditemu bual adalah kerana pihak JKSM yang
terlibat dalam menangani aduan tentang tuntutan nafkah.

Metodologi Penganalisisan Data


Penulis menggunakan pelbagai kaedah untuk menganalisis data yang bersifat kualitatif
ini Analisis data adalah perlu supaya penulis dapat menghubung kaitkan fakta yang
ditemui dengan kajian yang ditulis. Berikut adalah metodologi penganalisisan data yang
digunakan oleh penulis dalam kajian ini.

1. Metode Induktif

Memandangkan kajian penulis adalah kajian pemahaman. Maka, penulis menggunakan


kaedah induktif untuk membentuk kesimpulan setelah data-data dikumpul dan
diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Hanya selepas penulisan siap barulah penulis
dapat menyimpulkan dengan tepat tentang tajuk penyelidikan ini. Kesimpulan yang
dibentuk haruslah mengandungi perkara berkaitan nafkah Perintah Kawalan Pergerakan,
2. Metode Deduktif

Melalui pendekatan deduktif pula, penulis akan menjadikan konsep dan teori sebagai
asas kepada rangka kerja dan pelaksanaan kajian. Penulis akan mengaitkan teori yang
dijumpai melalui metod pengumpulan data tersebut dan mengaitkan dengan masalah
yang dikaji. Teori yang berkaitan dengan nafkah akan dikaitkan dengan teori perintah
kawalan pergerakan dan mungkin akan menimbulkan satu teori baru dalam kajian ini.

ULASAN KAJIAN LEPAS

Dalam bahagian ulasan kajian lepas, beberapa penulisan terdahulu telah dikumpulkan
bagi membantu penulis untuk membuat penelitian berkenaan isu ini dan justifikasi
kenapa perkara ini perlu diketengahkan.

Menurut Ibnu Rozali dalam artikelnya yang bertajuk “ Konsep Memberi Nafkah
bagi Keluarga dalam Islam”, nafkah berasal dari kata “infaq” yang bermaksud derma,
infaq juga boleh diertikan sebagai belanja. Nafkah bermaksud sesuatu yang diberikan
oleh seseorang suami kepada isteri, anak, keluarga dan kerabat untuk keperluan
seharian.6

Seterusnya, menurut Bahiyah Ahmad dalam artikelnya yang bertajuk “Penentuan


Kifayah adna sebagai Jaminan Nafkah Isteri di dalam Islam: Kajian kes di Lembah Klang,
Malaysia”, beliau ada menyatakan pendapat daripada Ibn Faris tentang istilah nafkah dari
sudut fuqaha. Ia bermaksud satu kadar yang mencukupi yang diktiraf syarak meliputi

6Rozali, Ibnu. “Konsep Memberi Nafkah Bagi Keluarga Dalam Islam.” Jurnal Intelektualita: Keislaman,
Sosial Dan Sains vol 6, no. 2 (2017): 189–202. https://doi.org/10.19109/intelektualita.v6i2.1605. Hlmn
191.
makanan, pakaian tempat tinggal berdasarkan miskin atau kayanya seorang suami dan
bersesuaian dari segi kecukupan isteri menurut uruf yang sesuai.7

Selain itu, dalam artikel yang bertajuk “Hak Anak Terhadap Nafkah Dalam
Perundangan Islam: Sejauh Manakah Bapa Bertanggungjawab Menanggung Nafkah
Anaknya” yang ditulis oleh Badruddin Hj. Ibrahim dan Azizah Mohd, mereka menyatakan
bahawa para fuqaha bersepakat bahawa individu utama yang bertanggungjawab untuk
menanggung dan memberikan nafkah terhadap anak-anaknya ialah bapa. Bapa
bertanggungjawab sepenuhnya untuk memberikan nafkah kepada anaknya dan
tanggungjawab ini tidak dikongsi dengan orang lain8

Dapat disimpulkan di sini bahawa, maksud nafkah adalah pemberian dari suami
kepada isteri dan anak mencakupi makanan, pakaian tempat tinggal mengikut
kemampuan suami dan kecukupan isteri dan anak.

Kemudian, dalam artikel yang ditulis oleh Raihanah Azahari, Bahiyah Ahmad dan
Asmak Ab Rahman, yang bertajuk “Penentuan Kadar Kifayah Dan Ma’ruf Nafkah Anak
Dan Isteri: Kajian Terhadap Penghakiman Mahkamah Syariah”. Mereka menyatakan
bahawa menurut peruntukan undang-undang keluarga Islam di Malaysia, penaksiran
nafkah isteri dan anak dalam menentukan jumlah sesuatu nafkah dibayar itu haruslah
melihat kepada kemampuan suami dan keperluan isteri dan anak dengan mengira kadar
nafkah itu berbanding pendapatan suami. 9

Selain itu, Bahiyah Ahmad dalam artikel yang bertajuk “Penentuan Kifayah adna
sebagai Jaminan Nafkah Isteri di dalam Islam: Kajian kes di Lembah Klang, Malaysia”,
ada menyatakan bahawa keputusan kes yang berkaitan dengan kadar tuntutan nafkah di

7Bahiyah Ahmad. “Penentuan Kifayah Adna Sebagai Jaminan Nafkah Isteri Di Dalam Islam: Kajian Kes
Di Lembah Klang, Malaysia.” International Journal of Islamic and Civilizational Studies Vol 02 (2019):
111–26. Hlmn 112.
8
Badruddin Ibrahim; Azizah Mohd. “Hak Anak Terhadap Nafkah Dalam Perundangan Islam: Sejauh Manakah Bapa
Bertanggungjawab Badruddin Ibrahim; Azizah Mohd. (2013). Hak Anak Terhadap Nafkah Dalam Perundangan
Islam: Sejauh Manakah Bapa Bertanggungjawab Menanggung Nafkah Anaknya. Jurnal Kanun, .” Jurnal Kanun 25,
no. 2 (2013): 255–72, Hlmn 263
9 Bahiyah Ahmad, Raihanah Azahari, and Asmak Ab Rahman. “Penentuan Kadar Kifayah Dan Ma’ruf

Nafkah Anak Dan Isteri: Kajian Terhadap Penghakiman Mahkamah Syariah.” Jurnal Syariah 21, no. 3
(2013): 311–42.Hlmn 146
Malaysia ini tidak konsisten kerana tiada satu kaedah pentaksiran nafkah yang seragam
dalam sistem kehakiman syariah negara ini.10

Kajian di atas membuktikan bahawa kadar nafkah di Malaysia ini mengikut


kemampuan suami dan keperluan isteri dan anak. Tetapi wujud masalah berkenaan
dengan kadar tuntutan nafkah ini apabila mahkamah tidak konsisten dalam membuat
keputusan. Hal ini kerana hakim menggunakan budi bicara mereka sendiri dalam
menaksirkan kes-kes nafkah di mahkamah dan tiada kaedah yang boleh
menyeragamkan penaksiran nafkah ini.

Seterusnya, menurut Hasanuddin Yusuf Adan dan Mohamad Firdaus Bin Tokimin
dalam artikel mereka yang bertajuk “Keputusan Mahkamah Rendah Syariah Kuantan
Pahang Tentang Tunggakan Nafkah Pasca Perceraian Menurut Hukum Positif Malaysia
Dan Hukum Islam”, nafkah merupakan hak isteri yang wajib diberikan oleh pihak suami
walaupun sudah bercerai. Isteri boleh menuntut nafkah iddah,nafkah anak serta nafkah
tertunggak yang belum dilunaskan oleh suami semasa perkahwinan berlangsung.11

Perkara di atas telah membela hak isteri yang selama ini ditindas oleh suami.
Walaupun selepas perceraian berlaku, si isteri masih mempunyai hak untuk menuntut
nafkah yang tertunggak mengikut kemampuan suami dan keperluan isteri.

Dalam artikel “Langkah Pencegahan Pandemik Covid 19 Melalui Perintah


Kawalan Pergerakan: Satu Maslahah” yang ditulis oleh Irwan bin Mohd Subri, beliau
menyatakan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) merupakan langkah
pencegahan dan berjaga-jaga oleh pihak kerajaan Malaysia bagi menangani isu wabak
covid-19.12

10
Bahiyah Ahmad. “Penentuan Kifayah Adna Sebagai Jaminan Nafkah Isteri Di Dalam Islam: Kajian Kes
Di Lembah Klang, Malaysia.” International Journal of Islamic and Civilizational Studies Vol 02 (2019):
111–26. Hlmn 113.
11
Yusuf Adan, Hasanuddin, and Mohamad Firdaus Bin Tokimin. “Keputusan Mahkamah Rendah Syariah Kuantan
Pahang Tentang Tunggakan Nafkah Pasca Perceraian Menurut Hukum Positif Malaysia Dan Hukum Islam.” Media
Syari’ah 20, no. 2 (2020): 222. https://doi.org/10.22373/jms.v20i2.6516, Hlmn 224.
12
Irwan Mohd Subri. “Langkah Pencegahan Pandemik Covid 19 Melalui Perintah Kawalan Pergerakan:Satu
Maslahah: Covid 19 Pendemic Prevention Step Through Movement Control Order:A Maslahah.” Journal of Fatwa
Management and Research 1, no. 1 (2020): 65–98. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol22no1.325, Hlmn 66
Langkah ini merupakan satu inisiatif yang baik daripada kerajaan supaya dapat
mengawal penyebaran covid-19 yang boleh meragut nyawa. Walaupun begitu, langkah
ini mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri kepada negara.

Selain itu, menurut Abdul Rashid Aziz dalam artikel yang bertajuk “Pengangguran
dalam kalangan Tenaga Kerja Semasa Wabak COVID-19”, beliau menyatakan bahawa
dalam data perangkaan didapati jumlah penganggur telah meningkat kepada 610 ribu
orang (17.1 peratus) pada tahun 2020 kepada 521 ribu orang pada tahun 2019. Kadar
pengangguran yang tinggi ini dipengaruhi oleh impak negatif PKP ke atas pasaran buruh.
Dianggarkan jumlah ini akan terus meningkat kerana PKP ini masih diteruskan covid-19
masih belum reda.13

Kemudian, beliau juga merujuk kajian yang dilakukan oleh Mohd Zaky Zainudin,
di mana apabila PKP ini dilaksanakan banyak pekerja mengalami pengangguran
disebabkan sektor pekerjaannya terjejas termasuklah sektor pelancongan, penerbangan,
perniagaan, industri kreatif, perumahan, pembuatan, perniagaan, sumber manusia,
perubatan swasta, perkhidmatan profesional, pertubuhan bukan kerajaan (NGO),
pertanian dan perladangan.

Kadar pengangguran ini memberi kesan yang buruk terhadap ekonomi serta
mengakibatkan rakyat Malaysia hilang punca pendapatan. Jika PKP ini masih lagi
diteruskan, kemungkinan ramai rakyat Malaysia yang akan tergolong dalam kalangan
B40 kerana mempunyai masalah kewangan dan tidak mempunyai simpanan yang
mencukupi.

Melalui kajian-kajian lepas yang telah ditelusuri, dapat disimpulkan bahawa kajian
penyelidikan terhadap kegagalan menunaikan nafkah mempunyai lapang penyelidikan
yang luas dan memberi ruang kepada penulis untuk mengkaji dengan melihat kepada
sisi pandang yang pelbagai. Pengkaji juga mendapati bahawa telah banyak kajian yang
berkaitan nafkah ini tetapi kebanyakannya hanya mengaitkan dengan penentuan kifayah

13
Abdul Rashid Aziiz. “Pengangguran Dalam Kalangan Tenaga Kerja Semasa Wabak COVID-19.” Malaysian Journal
of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 5, no. 11 (2020): 1–9. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i11.539. Hllmn
3.
dan ma’ruf sahaja. Masih kurang kajian yang mengaitkan isu nafkah ini dengan isu covid-
19 atau PKP. Oleh itu masih ada kelompongan yang wujud dalam kajian berkenaan isu
nafkah dan boleh ditambah baik dalam kajian ini. Oleh itu, penting untuk kajian ini
diperluaskan dan dikaji dengan lebih mendalam supaya nasib isteri dan anak yang tidak
mendapat nafkah terus terbela.

KERANGKA BAB

Dalam kertas kajian ini, kami akan membahagikan bab dalam beberapa bahagian
sesuai mengikut isi yang ingin diketengahkan dalam bab tersebut. Pembahagian bab
dalam kertas kajian ini adalah seperti berikut:

BAB 1: PENDAHULUAN
1.1 Masalah Kajian
1.2 Persoalan Kajian
1.3 Objektif Kajian
1.4 Skop Kajian
1.5 Metodologi Kajian
1.6 Ulasan Kajian Lepas

BAB 2: PENGENALAN NAFKAH


2.1 Definisi Nafkah
2.2 Nafkah menurut Pandangan Fuqaha’
2.3 Pengamalan Nafkah di Malaysia
2.4 Hubungkait Nafkah dan Perintah Kawalan Pergerakan
BAB 3: PUNCA KEGAGALAN MENUNAIKAN KEWAJIPAN NAFKAH KETIKA
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
3.1 Masalah Kewangan
3.2 Masalah Individu

BAB 4: SOLUSI UNTUK MENUNAIKAN KEWAJIPAN NAFKAH KETIKA PERINTAH


KAWALAN PERGERAKAN
4.1 Mencari Alternatif Pekerjaan Lain
4.2 Pengurusan Kewangan Yang Cekap
4.3 Memanfaatkan Bantuan Kerajaan

BAB 5: KESIMPULAN
5.1 Rumusan

PENUTUP

Pemberian nafkah merupakan perkara asas dalam kehidupan berumah tangga. Perkara
ini terletak di bawah tanggungan lelaki. Maka, dengan apa cara sekalipun,selagi tidak
bertentangan dengan syariat Islam, pihak suami haruslah mencari nafkah untuk
menanggung keluarganya. Kesan buruk dari perlaksanaan Perintah kawalan pergerakan
ini merupakan salah satu ujian yang diberikan oleh Allah. Ujian ini adalah untuk menguji
iman manusia dan ingin mengajar kita supaya lebih berusaha dalam mencari rezeki.
Ramai rakyat Malaysia telah dibuang kerja semasa tempoh PKP ini, tetapi terdapat
segelintir yang dibuang kerja tersebut berusaha untuk mencari rezeki di medan yang lain
dan akhirnya berjaya mendapat pendapatan yang lebih daripada sebelum ini. Oleh itu,
penulis mengharapkan kertas kerja ini akan dapat memberi manfaat kepada masyarat
serta dapat membela nasib pihak isteri dan anak yang tidak diberikan nafkah oleh suami
yang tidak bertanggungjawab.
RUJUKAN

Abdul Rashid Aziiz. “Pengangguran Dalam Kalangan Tenaga Kerja Semasa Wabak COVID-
19.” Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) vol 5, no. 11 (2020):
1–9. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i11.539.

Ahmad, Abd, and Nuarrual Md Dahlan. “Kewajipan Menanggung Nafkah Anak Tak Sah Taraf:
Satu Kajian Kes Di Negeri Kedah.” Kanun: Jurnal Undang-Undang Malaysia vol 28, no. 2
(2016): 214–44.

Ahmad Yani Nasution, and Moh Jazuli. “Nilai Nafkah Istri Dalam Pandangan Ulama Klasik Dan
Kontemporer.” TERAJU vol 2, no. 02 (2020). https://doi.org/10.35961/teraju.v2i02.164.

Azahari, Raihanah, Bahiyah Ahmad, and Asmak Ab Rahman. “Determination of Kifayah


(Adequateness ) and Ma ’ruf ( Goodness ) for Maintenance for The Wife and Child : An
Analysis of The Judgement of The Shariah Courts.” Shariah Journal vol 20, no. 2 (2012):
145–62.

Badruddin Ibrahim; Azizah Mohd. “Hak Anak Terhadap Nafkah Dalam Perundangan Islam:
Sejauh Manakah Bapa Bertanggungjawab Badruddin Ibrahim; Azizah Mohd. (2013). Hak
Anak Terhadap Nafkah Dalam Perundangan Islam: Sejauh Manakah Bapa
Bertanggungjawab Menanggung Nafkah Anaknya. Jurnal Kanun, .” Jurnal Kanun vol 25,
no. 2 (2013): 255–72.

Bahiyah Ahmad. “Penentuan Kifayah Adna Sebagai Jaminan Nafkah Isteri Di Dalam Islam:
Kajian Kes Di Lembah Klang, Malaysia.” International Journal of Islamic and
Civilizational Studies vol 02 (2019): 111–26.

Bahiyah Ahmad, Mazni Abd Wahab, Raihanah Azahari, and Asmak Ab Rahman. “Pentaksiran
Nafkah Anak Berasaskan Kriteria Kifayah Dan Ma’ruf : Kajian Kes Di Malaysia,” 2003.

Bahiyah Ahmad, Raihanah Azahari, and Asmak Ab Rahman. “PENENTUAN KADAR


KIFAYAH DAN MA’RUF NAFKAH ANAK DAN ISTERI: KAJIAN TERHADAP
PENGHAKIMAN MAHKAMAH SYARIAH.” Jurnal Syariah vol 21, no. 3 (2013): 311–
42.

Fadzilah, Marfika Adnan Haris. "PKP: Aduan tidak beri nafkah meningkat | Berita Harian."
Berita Harian. April 17, 2020.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/678103/pkp-aduan-tidak-beri-nafkah-
meningkat, diakses pada 29 Januari 2021.

Ibnu Rozali. “Konsep Memberi Nafkah Bagi Keluarga Dalam Islam.” Jurnal Intelektualita:
Keislaman, Sosial Dan Sains vol 6, no. 2 (2017): 189–202.
https://doi.org/10.19109/intelektualita.v6i2.1605.
Irwan Mohd Subri. “Langkah Pencegahan Pandemik Covid 19 Melalui Perintah Kawalan
Pergerakan:Satu Maslahah: Covid 19 Pendemic Prevention Step Through Movement
Control Order:A Maslahah.” Journal of Fatwa Management and Research vol 1, no. 1
(2020): 65–98. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol22no1.325.

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. "Statistik Pendaftaran Kes Nafkah Mahkamah Syariah
Seluruh Malaysia - MAMPU." data.gov.my.
https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/statistik-pendaftaran-kes-nafkah-mahkamah-
syariah-seluruh-malaysia, diakses pada 29 Januari 2021.

Junus, Laupa. "2.8 juta risiko hilang kerja jika PKP dilanjutkan - Utusan Digital." Utusan
Digital. January 26, 2021. http://www.utusan.com.my/berita/2021/01/2-8-juta-risiko-hilang-
kerja-jika-pkp-dilanjutkan/, diakses pada 29 Januari 2021.

Nor’asyiqin Hamzah. “Dan Kebajikan Kanak-Kanak Menurut Undang-Undang Keluarga Islam


Di Malaysia : Kajian Dari Perspektif Konvensyen Hak Kanak-Kanak 1989 Nor ’ Asyikin
Binti Hamzah Akademi Pengajian Islam,” 2018.

Nurul Izzah Izzati Hashim, Wafaa Yusof, and Zuliza Mohd Kusrin. “Pengabaian Kanak-Kanak
Dan Jaminannya Menurut Syarak Dan.” Pengabaian Kanak-Kanak Dan Jaminannya
Menurut Syarak vol 4 (2019): 18–28.

Sulistyaningsih, Puji, and Siti Anisah. “Pemberian Mut ’Ah Dan Nafkah Iddah Dalam Perkara,”
2017, 39–59.

Yelwa, Mansur Isa. “Protection of Wife’S Right To Maintenance in Islamic Law and Its
Implementation in the Malaysian Islamic Family Law.” IIUM Law Journal vol 21, no. 2
(1970): 209–31. https://doi.org/10.31436/iiumlj.v21i2.102.

Yusuf Adan, Hasanuddin, and Mohamad Firdaus Bin Tokimin. “Keputusan Mahkamah Rendah
Syariah Kuantan Pahang Tentang Tunggakan Nafkah Pasca Perceraian Menurut Hukum
Positif Malaysia Dan Hukum Islam.” Media Syari’ah vol 20, no. 2 (2020): 222.
https://doi.org/10.22373/jms.v20i2.6516.

Zainury, Mohd Azlim. "Pasca PKP: Majikan terkesan, pekerja hilang kerja." Sinarharian. 1 Mei,
2020. https://www.sinarharian.com.my/article/81403/KHAS/Wacana/Pasca-PKP-Majikan-
terkesan-pekerja-hilang-kerja, dicapai pada 29 Januari 2021.

Anda mungkin juga menyukai