Anda di halaman 1dari 21

PEMIKIRAN POLITIK SEMASA (UL01702)

SEMESTER 1 – 2022/2023

GROUP ASSIGNMENT

TAJUK: MALAYSIA: FENOMENA


PREPARED BY: PERKAHWINAN
DIBAWAH UMUR SEBAGAI ISU YANG KRITIKAL.

LECTURER: ASSOCIATE PROFESSOR DR LAI YEW MENG

NAME MATRIX NO.


NURUL ALFINIE BINTI PENI BA22110119
NUR NABILAH BINTI ROFAIZAL BA22110287
NUR AALIA ANIESHAWANI BINTI SA’AT BA22110512
NUR AWANIS BINTI ROSLAN BA22110062
NUR NADIRA ALLYNA BINTI KAMAL ARIFFIN BA22110018
ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN
1-3
1.1 RASIONAL KAJIAN

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 4

3.0 LOKASI KAJIAN 5

4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 PENGUMPULAN DATA 6-8


4.2.1 TEMU BUAL
4.2.2 RUJUKAN KEPUSTAKAAN

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 PUNCA-PUNCA YANG MENDORONG


KEPADA PENINGKATAN FENOMENA
PERKAHWINAN DI BAWAH UMUR DI
MALAYSIA.
5.2 KESAN-KESAN AKIBAT DARIPADA 9-16
FENOMENA PERKAHWINAN BAWAH UMUR
DI MALAYSIA
5.3 LANGKAH-LANGKAH YANG SEWAJARNYA
DIAMBIL UNTUK MEMBENDUNG FENOMENA
PERKAHWINAN BAWAH UMUR DI MALAYSIA

6.0 PENUTUP 17

7.0 RUJUKAN 18-19


1.0 PENGENALAN

Perkahwinan ditakrifkan sebagai suatu ikatan yang sah antara lelaki dengan
perempuan untuk hidup sebagai suami dan isteri. Menurut pandangan Islam, perkahwinan
(nikah) adalah satu daripada peristiwa yang penting dalam kehidupan seseorang manusia
kerana menunjukkan lambang rasmi pertalian secara sah antara seorang lelaki dan
seseorang wanita. Tujuan perkahwinan diadakan untuk membentuk sesebuah keluarga,
melanjutkan keturunan, mencegah perbuatan tercela (susila) serta menjaga ketentraman
jiwa dan batin. Namun, Islam juga telah menetapkan hukum bagi individu yang ingin
menikah. Hukum menikah boleh menjadi sebagai satu hukum yang wajib, sunat, makruh
bahkan haram iaitu bergantung kepada situasi bagi individu yang hendak menikah. Hukum
wajib jika seseorang itu mampu dan sudah memenuhi syarat serta dirinya takut akan
terjerumus melakukan perbuatan dosa besar. Selain itu, hukum sunat bagi seorang yang
sudah mampu untuk berumah tangga dan mempunyai niat ataua keinginan untuk bernikah.
Manakala, hukum makruh bagi seorang yang belum berkemampuan dari segi keewangan
atau belum mempunyai ilmu dalam mendirikan rumah tangga dan terakhir sekali hukum
haram jatuh bagi individu yang tiada keinginan menjalankan kewajibannya sebagai seorang
suami atau isteri yang baik. Namun, perkahwinan pada masa ini dilihat tidak relevan apabila
melibatkan dengan isu perkahwinan dibawah umur yang sememangnya satu isu kritikal
yang tidak asing di Malaysia (Salim, 2010).

Remaja di bawah umur merupakan sekumpulan manusia yang masih belum


mencapai had umur dewasa. Dalam erti kata lain, remaja adalah kanak-kanak yang belum
dibolehkan berkahwin, belum mencapai usia matang dan belum akil baligh. Mereka juga
masib berada di bawah tanggungjawab ibu bapa. Akta penjagaan Kanak-Kanak
membahagikan tafsiran kanak-kanak kepada dua iaitu bagi kanak-kanak Islam, umur
dewasa adalah 18 tahun manakala bagi kanak-kanak bukan Islam umur dewasanya ada 21
tahun. Walaupun berlainan di antara satu sama lain, statut-statut di atas telah jelas
memberikan takrif mengenai had umur yang selayaknya bagi mereka untuk berkahwin
(Yusof, 2020).

Perkahwinan di bawah umur merujuk kepada perkahwinan yang terjadi dalam


kalangan remaja yang belum mencapai had umur minimum perkahwinan. Tidak dinafikan
Islam memberikan hak kepada wali untuk menentukan perkahwinan anak perempuan.
Namun di bawah Enakmen Keluarga Islam, usia minimum perkahwinan bagi lelaki ialah 18
tahun dan perempuan 16 tahun. Dalam pada itu, perkahwinan di bawah umur bagi
sesebuah pasangan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada pihak mahkamah dan

1
persetujuan ibu bapa (Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis, n.d.). Sehubungan dengan
itu, di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 Bahagian II
Seksyen 8 menyatakan bahawa tiada suatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah
Akta ini dan berkuatkuasa sekiranya lelaki itu berumur kurang daripada 18 tahun atau
perempuan itu berumur kurang daripada 16 tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi
kebenarannya secara bertulis dalam keadaan tertentu. Manakala bagi individu yang bukan
Islam, had umur minimum perkahwinan bermula 18 tahun bagi lelaki dan 16 hingga 17
tahun bagi perempuan dengan kebenaran (lesen) yang diberikan oleh Ketua Menteri
mengikut Seksyen 10 Undang-Undang Pembaharuan (Perkahwinan dan Penceraian) Akta
1976 [Akta 164]. Bagi negeri Sarawak mereka mengikut Undang-Undang adat mengikut
etnik dan bagi negeri Sabah, mereka mengikut Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992 iaitu
tiada had umur minimum untuk berkahwin. Tidak dilupakan masyarakat Orang Asli yang
mengikuti Akta Orang Asli 1994 dan juga tiada perundangan yang ditetapkan serta golongan
ini turut tidak mempunyai had umur minimum untuk berkahwin. Jelaslah bahawa, fenomena
perkahwinan di bawah umur perlu diambil perhatian memandangkan fenomena ini telah
menjadi sebuah isu kritikal tahun demi tahun (Lembaga Penyelidikan Undang-undang,
2001).

Namun pada 25 Julai 2019, terdapat satu mesyuarat iaitu Mesyuarat Libat Urus
Ketiga Mengenai Perkahwinan Bawah Umur yang telah dipengerusikan oleh Dr. Hishamuddin
bin Mohd Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM. Mesyuarat ini juga telah
dihadiri oleh wakil dari Kementerian / Agensi Kerajaan, wakil beberapa Majlis Agama Islam
Negeri dan wakil beberapa Jabatan Agama Islam Negeri, pakar mengenai bidang kanak-
kanak, UNICEF dan wakil Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Kebangsaan. Melalui sesi ini, satu
draf mengenai Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur
telah disediakan. Pelan ini dilaksanakan sejajar dengan objektid Dasar Kanak-Kanak Negara,
Dasar Perlindungan (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, 2020).

2
1.1 RASIONAL KAJIAN

Rasional kajian ini dijalankan kerana fenomena perkahwinan di bawah umur yang
semakin mendapat perhatian saban tahun. Oleh itu, isu ini dikaji dengan lebih mendalam
mengenai punca yang mendorong kepada peningkatan perkahwinan di bawah umur di
Malaysia. Selain itu, kajian ini turut membincangkan kesan-kesan akibat daripada fenomena
perkahwinan di bawah umur dalam politik, ekonomi dan sosial serta membincangkan
langkah-langkah yang sewajarnya diambil untuk membendung fenomena perkahwinan di
bawah umur di Malaysia. (KIV)

3
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Isu ini menjelaskan mengenai fenomena perkahwinan di bawah umur yang menjadi
sebuah isu kritikal di Malaysia.

2.2 Isu ini turut memperlihatkan punca ataupun faktor yang mendorong kepada
peningkatan perkahwinan di bawah umur di Malaysia.

2.3 Isu juga memfokuskan mengenai kesan-kesan akibat daripada fenomena


perkahwinan di bawah umur dalam politik, ekonomi dan sosial yang sentiasa
membelenggu negara Malaysia.

2.4 Membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil dan tindakan yang sewajarnya
dilakukan untuk membendung fenomena perkahwinan di bawah umur di Malaysia.

4
3.0 LOKASI KAJIAN

Peta 1 : Peta Malaysia

Sumber : Laman Web Google Maps

Lokasi kajian yang dipilih ialah Malaysia. Malaysia terletak di Benua Asia Tenggara.
Malaysia dibahagi menjadi dua bahagian oleh Laut China Selatan, daratan pertama di
Semenanjung Melaka dan yang kedua ada di Pulau Kalimantan. Dengan ini, Malaysia
mempunyai bahagian daratan dan bahagian kepulauan. Malaysia ialah sebuah negara raja
berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan
tiga wilayah persekutuan. Malaysia terletak antara 2º dan 7º ke utara garisan khatulistiwa
yang menduduki bumi dengan berkeluasan 329, 847 kilometer persegi (127, 350 batu).
Selain itu, Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan iaitu
Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia. Ibu negara bagi Malaysia ialah Kuala Lumpur.
Malaysia mempunyai populasi seramai 32.78 milion sehingga tahun 2021 (Jabatan
Penerangan Malaysia, 2017).

5
4.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi merupakan satu sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang
digunakan dalam sesuatu kegiatan displin. Selain itu, metodologi juga memberi maksud ilmu
tentang metode atau displin yang digunakan semasa melakukan kajian yang tertentu untuk
mencapai tujuan tertentu. Melalui aspek sains, metodologi adalah sesuatu pengetahuan
mengenai kajian dalam mentadbir sesuautu untuk mencapai matlamat yang dirancang.

Kajian ditakrifkan sebagai sesuatu kegiatan iaitu usaha, proses mengkaji tentang
sesuatu isu berdasarkan maklumat dan sebagainya dengan terperinci yang dikumpulkan
dalam jangka masa tertentu. Oleh yang demikian, metodologi kajian dimaksudkan dengan
sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan.

4.1 PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data ialah sebuah proses di mana mengumpul dan mengukur


maklumat berdasarkan pembolehubah yang disasarkan dalam sebuah sistem yang telah
sedia ada. Bagi melaksanakan kajian ini, kaedah temu bual, buku, jurnal dan rujukan
internet adalah pengumpulan data yang digunakan. Sumber primer dan juga sumber
skunder merupakan jenis data yang dikumpul bagi menjalankan kajian ini. Sumber primer
yang digunakan ialah temu bual. Sumber primer adalah sumber atau bahan yang belum
diolah atau dicetak iaitu bahan yang masih dalam keadaan asal seperti bentuk kertas dan
juga sumber yang asli dan belum ditafsir. Manakala sumber skunder ialah bahan yang telah
diolah, dicetak dan disebarkan kepada umum. Dalam pada itu, rujukan internet juga adalah
sumber skunder yang digunakan bagi kajian ini.

6
4.2.1 TEMU BUAL

7
4.2.2 RUJUKAN KEPUSTAKAAN DAN RUJUKAN INTERNET

Kaedah rujukan kepustakaan seperti buku-buku, jurnal dan surat khabar digunakan
dalam melaksanakan kajian ini bagi mendapatkan maklumat-maklumat tambahan melalui
data skunder.

Selain itu, internet juga merupakan sebuah laman sesawang yang dapat digunakan
untuk mencari maklumat-maklumat mengenai kajian yang dijalankan ini. Oleh itu, rujukan
internet digunakan untuk mencari segala bahan atau info-info yang penting dan berkaitan
dengan kajian yang dilaksanakan ini.

8
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini menerangkan berkaitan punca atau faktor yang mendorong kepada
peningkatan perkahwinan di bawah umur di Malaysia, memperlihatkan kesan-kesan akibat
daripada fenomena perkahwinan di bawah umur dalam politik, ekonomi dan sosial serta
langkah-langkah yang perlu diambil dan tindakan yang sewajarnya dilakukan untuk
membendung fenomena perkahwinan di bawah umur di Malaysia. Hasil daripada rujukan
perpustakaan yang telah dilakukan juga ada pada bahagian ini. (sekali temu bual tpi belum
buat lagi)

5.1 PUNCA-PUNCA YANG MENDORONG KEPADA PENINGKATAN


FENOMENA PERKAHWINAN DI BAWAH UMUR DI MALAYSIA.

Tidak dinafikan statistik peningkatan perkahwinan di bawah umur yang berlaku ini
didorong oleh beberapa faktor. Antaranya ialah punca pendapatan yang rendah dan
kemiskinan. Hal ini terjadi demikian kerana ibu bapa tidak mempunyai pendapatan yang
cukup untuk menampung perbelanjaan anak-anak mereka sehingga mereka cenderung
berfikir bahawa perkahwinan merupakan satu cara untuk meringankan beban mereka
sekaligus dapat membantu mereka dari segi kewangan. Beban yang dimaksudkan disini
ialah berkaitan dengan kos yang tinggi untuk menyediakan makan, minum, pakaian dan
pendidikan. Jelaslah bahawa, kesempitan akal fikiran yang dimiliki oleh segelintir ibu bapa
diluar sana sebenarnya telah mengubah nasib anak-anak mereka menjadi lebih buruk
kerana perkahwinan bukan satu-satunya peluang untuk meraih pendapatan yang lebih
(Sanip, 2022).

Selain itu, stigma dan norma sosial terhadap perkahwinan bawah umur yang
dijadikan sebagai pilihan terbaik dalam masyarakat untuk menyelesaikan masalah juga satu
daripada punca yang mendorong kepada peningkatan fenomena perkahwinan di bawah
umur di Malaysia. Hal ini demikian kerana persepsi sesetengah masyarakat yang sering
mengatakan ‘perkahwinan baik untuk mengelak maksiat’ dan ibu bapa yang bertindak ingin
membendung dan menjaga batas anak-anak mereka daripada terus melakukan masalah
sosial seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dadah dan sebagainya. Namun,
perkara ini sering disalah ertikan dan terdapat banyak lagi cara yang boleh dilakukan oleh
ibu bapa untuk mengelakkan daripada anak mereka terlibat dengan gejala sosial
Permasalahannya terjadi apabila ibu bapa tidak ambil tahu mengenai kesan daripada

9
berkahwin di usia yang muda dengan masalah ekonomi negara kita pada masa ini dan tidak
menyedari kesan negative perkahwinan bawah umur terhadap kanak-kanak atau remaja
(Bernama, 2020).

Seterusnya, punca yang mendorong kepada peningkatan fenomena perkahwinan di


bawah umur di Malaysia ialah kekurangan atau ketiadaan pendidikan kesihatan reproduktif
seksual (SRH) dan pendidikan keibubapaan. Hal ini berlaku demikian kerana remaja-remaja
pada masa ini tidak tahu akan kewujudan dan kurang memahami mengenai pendidikan dan
perkhidmatan kesihatan reprodktif seksual atau sexual reproductive health (SRH) serta
tidak tahu kepentingan bagaimana melindungi diri daripada aktiviti yang menyebabkan
kehamilan. Dalam pada itu, terdapat juga kajian menyatakan bahawa perkahwinan di usia
yang muda cenderung untuk mengalami risiko kesihatan akibat hubungan seks, berisiko
mengandung pada usia yang muda iaitu berkemungkinan melahirkan bayi cacat serta
berisiko kematian semasa bersalin sebanyak tiga kali ganda berbanding dengan wanita yang
berusia 20-24 tahun. Kajian ini juga telah menunjukkan bukti bahawa sistem daya tahan
kanak-kanak atau remaja bawah umur adalah rapuh berbanding dengan wanita dewasa. Hal
ini terjadi kerana tiada pendedahan awal mengenai kesihatan dan risiko yang akan dihadapi
jika berkahwin di usia yang muda. Dalam pada itu, ibu bapa juga tidak memainkan peranan
yang penting iaitu tidak memberikan pendidikan mengenai keibubapaan terhadap anak-anak
ini telah mendorong kepada peningkatan bilangan kedatangan kanak-kanak atau remaja
yang menerima perkhidmatan di hospital serta di klinik. Namun, fenomena ini masih
dianggap sebagai isu yang bukan kritikal di Malaysia sedangkan jika tidak diambil perhatian
fenomena ini akan terus-menerus menjadi barah dalam sistem kekeluargaan (Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, 2020).

Di samping itu, kekurangan akses kepada pendidikan dan kehadiran ke sekolah yang
rendah juga punca yang mendorong kepada peningkatan fenomena perkahwinan di bawah
umur. Hal ini berlaku demikian kerana ketidaksedaraan ibu bapa mengenai kepentingan
pendidikan ke atas kanak-kanak. Misalnya terdapat kajian yang dijalankan mengenai senario
kanak-kanak yang dipergunakan oleh ibu bapa untuk bekerja bagi membantu keluarga
menjana pendapatan isi rumah. Seharusnya kanak-kanak atau remaja ini diberikan peluang
untuk merealisasikan impian mereka supaya mereka berpotensi untuk masa depan yang
cerah selaras dengan obligasi negara terhadap Konvensyen Hak Kanak-Kanak (Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, 2020).

10
Undang-Undang longgar yang memperuntukkan permohonan berkahwin di bawah 18
tahun juga satu daripada punca yang mendorong kepada peningkatan fenomena
perkahwinan di bawah umur di Malaysia. Hal ini demikian kerana tiada tindakan ke arah
menaikkan had umur minimum perkahwinan bagi perempuan di bawah undang-undang
keluarga Islam. Sememangnya sudah sedia maklum, had umur perkahwinan di Malaysia
adalah berbeza-beza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Enakmen Keluarga Islam
dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303]
sememangnya telah menetapkan had umur minimum perkahwinan bagi orang Islam ialah
18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan dan hal yang sama turut dipakai kepada
orang yang bukan beragama Islam. Setakat ini sekitar tahun 2018, kerajaan telah
mencadangkan usia minimum perkahwinan dinaikkan kepada 18 tahun dan cadangan
tersebut telah dipersembahkan kepada pre-council Majlis Raja-Raja pada tahun yang sama
(Sanip, 2022). Namun menjelang 2020, hanya enam negeri sahaja yang bersetuju iaitu
Pulau Pinang, Sabah, Johor, Melaka, Perak dan Kedah manakala enam buah lagi negeri iaitu
Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak dan Terengganu menolak terhadap cadangan
tersebut. Permasalahannya ialah isu perkahwinan di bawah umur ini telah menjadi sebuah
fenomena yang sangat tidak asing lagi dalam kalangan kita apabila statistik daripada
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah merekodkan permohonan perkahwinan
bawah umur dari tahun 2013 hingga 2018 adalah sebanyak 5,823 dengan 974 dicatatkan di
Sarawak. Dalam pada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengeluarkan satu
catatan yang menyebut mengenai perkahwinan kanak-kanak dari hukum syarak dan
mencadangkan agar kerajaan menggubal undang-undang yang lebih adil dan rasional
dengan menitikberatkan nas syarak dan masalah iaitu institusi keluarga yang penuh belas
kasihan dan cinta. Jelaslah bahawa, kerajaan perlu menetapkan umur minimum
perkahwinan di bawah umur dinaikkan dan empat peruntukan undang-undang iaitu Akta
Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam di negeri-negeri, Seksyen 10 Undang-Undang Pembaharuan (Perkahwinan
dan Penceraian) Akta 1976, Undang-Undang Adat Sabah dan Sarawak serta Hal Ehwal
berhubung pentadbiran adat Orang Asli di bawah Akta Orang Asli 1994 perlu
dipertimbangkan (Yusof, 2020).

Dalam pada itu, punca yang mendorong kepada peningkatan fenomena perkahwinan
di bawah umur ialah penyelarasan data perkahwinan dan penceraian bawah umur yang
tidak komprehensif. Hal ini terjadi demikian kerana kurangnya pendedahan mengenai data
perkahwinan dan penceraian bawah umur. Pihak kerajaan seperti Jabatan Perangkaan

11
Malaysia (DOCM) hendaklah memastikan data mengenai perkahwinan dan penceraian
bawah umur adalah komprehensif dan menepati keperluan semasa. Misalnya, dengan
menyediakan statistik setiap tahun data perkahwinan dan penceraian orang Islam dan yang
bukan Islam termasuklah umur 18 tahun mengikut jantina, etnik, umur dan negeri di
Malaysia. Menurut laporan Statistik Perkahwinan dan Penceraian Malaysia 2020, penceraian
dalam kalangan rakyat Malaysia telah meningkat sebanyak 12% pada 2019 iaitu 56, 975 kes
berbanding dengan tahun sebelumnya sebanyak 50, 862 kes. Kadar penceraian ini berlaku
apabila penceraian umum bagi lelaki meningkat dari 6.5 kepada 7.2 per seribu populasi
lelaki berkahwin berumur 18 tahun dan keatas. Kecenderungan yang serupa juga berlaku
kepada kepada wanita yang telah mencatatkan peningkatan dari 7.0 kepada 7.7 per seribu
populasi wanita berkahwin berusia 16 tahun dan keatas. Jelaslah bahawa, pentingnya untuk
umum mengetahui mengenai penyelarasan data perkahwinan dan penceraian bawah umur
supaya menjadi peringatan kepada setiap lapisan masyrakat bahawa tingginya risiko
berkahwin di usia yang muda (The Office Of Chief Statiscan Malaysia Department Of
Statistics, Malaysia, 2021).

5.2 KESAN-KESAN AKIBAT DARIPADA FENOMENA PERKAHWINAN DI


BAWAH UMUR DI MALAYSIA.

Walaupun perkahwinan di bawah umur di Malaysia ini menjadi sebuah ‘trend’ yang
diikuti ramai, namun kesan daripada perbuatan ini haruslah dititikberatkan. Tambahan pula,
fenomena perkahwinan di bawah umur di Malaysia ini lebih membawa impak negatif
berbanding impak positif terutamanya terhadap remaja perempuan. Antara impak yang
akan ditekankan ialah dari segi kesihatan dan pendidikan.

Remaja merupakan golongan yang berumur 18 tahun kebawah, iaitu umur dimana
remaja masih didalam fasa peralihan daripada zaman kanak-kanak kepada dewasa. Oleh itu,
perkahwinan di bawah umur ini secara tidak langsung boleh mengganggu kesihatan mental
dan fizikal remaja terutamanya remaja perempuan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana
perkahwinan di bawah umur bermakna mereka tercenderung untuk melakukan aktiviti
seksual lebih awal dan risiko untuk mereka hamil awal juga amatlah tinggi. Remaja yang
hamil berisiko tinggi untuk menghadapi masalah mental seperti kemurungan dan tekanan
yang melampau kerana tidak mempunyai persediaan untuk menjadi ibu bapa
memandangkan proses untuk membesarkan anak itu amatlah rumit (Dr. Wan Fadhilah,
2011). Tambahan pula, secara biologinya, remaja di bawah umur belum bersedia untuk

12
menjalani proses kehamilan secara sihat memandangkan sistem daya tahan remaja bawah
umur adalah lebih rapuh berbanding wanita dewasa (Haziqah, 2022). Dalam pada itu, umur
18 tahun kebawah merupakan umur yang belum mencapai tahap kematangan rahim untuk
melahirkan anak. Justeru, hamil pada usia yang muda boleh memungkinkan risiko
melahirkan bayi yang cacat dan bayi pramatang selain berhadapan dua kali ganda
komplikasi ketika melahirkan yang berkemungkinan mengakibatkan keguguran dan juga
turut mengancam nyawa remaja hamil (Siti Ayshah, 2022). Dengan itu, adalah tidak
mustahil untuk menjangkakan kadar kemurungan selepas bersalin semakin tinggi tinggi
dikalangan remaja hamil berbanding Wanita hamil yang lebih tua.

Umur remaja merupakan umur dimana mereka sedang masih meneroka alam
dewasa dan sibuk dalam memikirkan soal pelajaran dan masa hadapan masing-masing.
Maka, amatlah tidak wajar untuk mereka menggadaikan masa hadapan mereka dengan
menggalas tanggungjwab yang besar dan berat pada usia semuda itu. Tambahan pula,
remaja juga akan tercenderung untuk mengalami tekanan yang melampau memandangkan
menempuhi alam perkahwinan ini bukanlah mudah. Faktor kewangan, tanggungjawab
sebagai suami isteri, memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap rumah tangga,
memahami sikap dan perangai antara satu sama lain, pertelingkahan sesama suami isteri
dan pelbagai lagi cabaran perlu ditempuh oleh remaja, yang sudah semestinya belum cukup
matang dan memerlukan tunjuk ajar daripada orang yang lebih tua.

Selain memberi impak terhadap kesihatan mental dan fizikal pelajar, perkahwinan di
bawah umur ini turut memberi impak yang besar terhadap pendidikan remaja. Tidak dapat
disangkal lagi bahawa perkahwinan pada awal usia boleh membataskan pendidikan
seseorang remaja, tidak kira lelaki atau perempuan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana
perkahwinan boleh menyekat peluang remaja untuk ke sekolah dan menyambung pelajaran
ke peringkat yang lebih tinggi (Nik Wajis, et al., 2020). Walaupun tiada bukti jelas yang
boleh dijadikan sebagai bukti kukuh, namun terdapat banyak kes di Malaysia dimana remaja
terpaksa menamatkan zaman persekolahan mereka lebih awal bagi memenuhi
tanggungjawab sebagai suami isteri. Ketidakmampuan untuk mengurus masa antara
tanggungjawab pelajaran dan urusan rumah tangga boleh mengakibatkan remaja untuk
tercicir dalam pembelajaran mereka disamping menyebabkan mereka hilang minat untuk
meneruskan pelajaran (Dr Mohd Shaiful, 2018). Hal ini boleh menyebabkan bakat dan
potensi yang terdapat didalam diri remaja tidak dapat dikembangkan dan lebih teruk lagi,
ketiadaan sijil-sijil pembelajaran di peringkat tinggi juga boleh menyebabkan remaja sukar

13
untuk mendapat kerja yang tetap dan berpendapatan tinggi. Untuk kesan dalam jangka
masa panjang, risiko untuk hidup dalan kemiskinan juga tinggi di kalangan remaja.

5.3 LANGKAH-LANGKAH YANG SEWAJARNYA DIAMBIL UNTUK


MEMBENDUNG FENOMENA PERKAHWINAN DI BAWAH UMUR DI
MALAYSIA.

Perbezaan pemikiran, kefahaman dan interpretasi undang-undang serta kesan


daripada perkahwinan di bawah umur membawa kepada perbahasan dalam kalangan
masyarakat di Malaysia. Perkahwinan di bawah umur boleh dikategorikan sebagai amalan
tradisional yang memberi kemudaratan kepada kesihatan kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini
mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak demi
menangani fenomena perkahwinan di bawah umur di Malaysia. Antaranya adalah
menyediakan platform penyampaian Pendidikan Kesihatan Reproduktif Seksual (SRH)
kepada ibu bapa dan remaja. Hal ini bertujuan untuk memastikan golongan remaja diberi
pendedahan kepada pendidikan seksual dan mendapat akses mengenai pendidikan ini
melalui sumber yang benar dan diiktiraf. Bukan itu sahaja, melalui langkah yang
dicadangkan ini diharapkan supaya golongan remaja memahami kepentingan untuk
melindungi diri daripada aktiviti-aktiviti yang menyebabkan kehamilan terutamanya bagi
remaja perempuan. Malah, daripada langkah ini ia juga memastikan ibu bapa mendapatkan
pendidikan mengenai keibubapaan dan mampu berkomunikasi mengenai pendidikan
kesihatan reproduktif seksual dengan anak-anak. Walaupun terdapat segenlintir ibu bapa
yang malu untuk bercakap dengan anak-anak mereka mengenai pendidikan ini namun ianya
penting untuk mengelakkan golongan remaja terlibat dalam aktiviti yang tidak sepatutnya
sehingga boleh membawa kepada berlakunya perkahwinan di bawah umur (Hisham, et al.,
2019).

Seterusnya, langkah lain yang dicadangkan dalam kajian ini adalah melalui
pemurnian peruntukan di dalam Akta dan Enakmen berkenaan perkahwinan remaja dengan
memperuntukkan secara jelas dan spesifik keadaan, situasi atau faktor yang membenarkan
perkahwinan dilakukan. Akta dan Enakmen merupakan undang-undang yang menjadi
panduan dan rujukan setiap negeri dalam perkara yang melibatkan perkahwinan. Saban
tahun, lambakkan permohonan terhadap perkahwinan remaja di atas faktor tiada
peruntukan secara spesifik atau penanda aras yang membenarkan perkahwinan golongan
remaja di Malaysia. Oleh itu, wajar untuk menjelaskan dengan spesifik tentang keadaan,

14
situasi atau faktor yang membenarkan perkahwinan golongan remaja dalam akta atau
enakmen. Melalui peruntukkan yang jelas di dalam sebuah akta atau enakmen akan
memberi garis panduan kepada hakim dalam membenarkan perkahwinan dan memberi
kefahaman yang jelas kepada masyarakat khususnya berkaitan dengan perkahwinan
melibatkan golongan remaja. Dalam masa yang sama, peruntukkan yang jelas berkaitan
dengan perkahwinan golongan remaja amatlah penting supaya tiada penindasan yang
berlaku kepada mereka dan kebenaran yang diberikan untuk berkahwin tidak bertentangan
dengan hokum syarak kerana terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada
perkahwinan di bawah umur seperti keterlanjuran, desakkan keluarga, faktor ekonomi dan
persekitaran. Secara tidak langsung, pemurnian dan penambahbaikkan terhadap undang-
undang dari semasa ke semasa memainkan peranan penting demi menjaga kemaslahatan
dan hak remaja (Nik Wajis, et al., 2020).

Selain itu, menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada lapan belas (18)
tahun bagi kanak-kanak perempuan. Secara umumnya, had umur minimum bagi perempuan
untuk berkahwin adalah enam belas (16) tahun. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa
had umur minimum yang diperuntukkan di dalam akta dan enakmen masih rendah. Walau
bagaimanapun, sesetengah masyarakat tidak membantah had umur minimum perkahwinan
tersebut malah beranggapan bahawa golongan remaja masa kini lebih matang dari
perkembangan minda dan fizikal mereka. Hal ini tidak sepatutnya dijadikan penanda aras
yang membenarkan mereka berkahwinan di usia yang muda kerana faktor kesihatan dan
pendidikan juga perlu diberi perhatian. Kebanyakan kes perkahwinan di bawah umur dilihat
menyekat peluang pendidikan remaja untuk menamatkan pendidikan di peringkat sekolah
atau menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi disebabkan komitmen
dan tanggungjawab mereka terhadap keluarga. Dengan mengambil langkah menaikkan had
umur minimum perkahwinan kepada lapan belas (18) tahun bagi kanak-kanak perempuan
dapat memberi hak utama kepada mereka iaitu hak pendidikan dan dapat mengelakkan
mereka daripada dibebani dengan masalah kesihatan di usia yang masih muda. Pihak
kerajaan bertanggungjawab dalam memainkan peranan mereka mengambil langkah untuk
menetapkan had umur minimum perkahwinan kerana ia merupakan isu di bawah Taqyid Al-
Mubah iaitu bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak namun semua ini tidak
bertujuan untuk mengharamkan apa yang Allah SWT halalkan (perkahwinan) (Nik Wajis, et
al., 2020).

Di samping itu, langkah yang turut dicadangkan dalam kajian ini adalah dengan
menyediakan mekanisme dan platform perbincangan mengenai norma sosial dan stigma

15
pelbagai pihak terhadap isu-isu perkahwinan di bawah umur. Segelintir masyarakat di
Malaysia khususnya sering menganggap bahawa perkahwinan merupakan perkara yang
mudah dan baik untuk dilakukan. Tidak dinafikan bahawa perkahwinan adalah perkara yang
baik untuk dilakukan namun ia menjadi kurang baik apabila ibu bapa di Malaysia
menganggap perkahwinan di bawah umur itu sebagai perkara yang normal untuk dilakukan.
Terdapat juga segelintir masyarakat yang menganggap bahawa perkahwinan sebagai suatu
jalan penyelesaian masalah. Keindahan yang sering dilihat oleh masyarakat dalam paparan
kaca television memberi persepsi dan pandangan positif kepada kanak-kanak atau golongan
remaja untuk berkahwin di usia yang masih muda tanpa memikirkan tanggungjawab yang
perlu digalas dan dugaan yang akan ditempuhi. Ibu bapa, guru dan pihak kerajaan
seharusnya menangani isu perkahwinan di bawah umur ini melalui Pelan Komunikasi
Strategi iaitu menyediakan mekanisme dan platform untuk menyediakan maklumat
mengenai kesan negatif perkahwinan di bawah umur, pendidikan seksual, dan kepentingan
hak kanak-kanak seperti Forum Perdana, Seminar Pendidikan, Bengkel, Program Siswa Siswi
dan sebagainya. Secara umumnya, norma sosial dan stigma masyarakat terhadap
perkahwinan di bawah umur harus diberi kesedaran agar mereka sentiasa cakna dan
memahami isu, reality dan keadaan persekitaran dengan sebaiknya. Bukan itu sahaja,
dengan meningkatkan kesedaran dan pendedahan terhadap perkahwinan di bawah umur
terhadap kanak-kanak memainkan peranan penting terhadap mereka untuk memahami dan
mengetahui hak-hak yang sepatutnya dinikmati oleh mereka. Ibu bapa pula harus cakna
dan menjadi pihak utama dalam membanteras fenomena perkahwinan di bawah umur
malah tidak menjadikan ia sebagai satu medium penyelesaian masalah seperti keterlanjuran
atau untuk menutup aib keluarga (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan
Masyarakat, 2020).

16
6.0 PENUTUP

Secara keseluruhan, kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa


masyarakat bersetuju bahawa fenomena perkahwinan di bawah umur sebagai isu
yang kritikal. Tidak dinafikan fenomena perkahwinan bawah umur semakin
berleluasa. Hal ini, berkemungkinan disebabkan perbezaan latar belakang
sosiobudaya. Selain itu, latar belakang etnik yang berbeza juga mempengaruhi
kajian ini. Malah jika dilihat dalam konteks pembangunan sosioekonomi juga didapati
tahap pembangunan masih di belakang berbanding pembangunan bandar-bandar
lain di Semenanjung. Sehubungan itu secara amnya penerimaan terhadap
perkahwinan pada umur remaja masih tidak diterima oleh masyarakat umum.

Kajian ini mendapati tidak semua individu yang berkahwin di usia remaja
mendapat sokongan yang baik atau diterima oleh ibu bapa. Selain daripada ibu bapa
pihak-pihak lain juga perlu memberi pengetahuan yang secukupnya kepada para
remaja tentang hal perkahwinan ini. Hal ini adalah kerana, perkahwinan merupakan
salah satu isu yang perlu dititikberatkan kerana isu yang sangat penting kepada
semua manusia.

Akhir sekali, penambahbaikan dari segi akta dan enakmen negeri-negeri yang
berkenaan dengan perkahwinan yang melibatkan kanak-kanak mahupun remaja
amatlah penting agar isu ini kekal relevan dari semasa ke semasa dengan melihat
kesesuaian zaman dan juga gaya hidup masyarakat sekarang. Oleh itu, Pendidikan
yang tinggi di peringkat kanak-kanak sangat penting kerana dengan adanya
Pendidikan yang tinggi dapat membina generasi dan institusi keluarga yang lebih
baik dan berkualiti di pada masa hadapan.

17
7.0 RUJUKAN

Bernama, 2020. Pelan strategi tangani punca perkahwinan bawah umur dilancar. [Online]
Available at: https://www.sinarharian.com.my/article/66191/berita/nasional/pelan-strategi-tangani-
punca-perkahwinan-bawah-umur-dilancar
[Accessed 28 November 2022].

Dr Mohd Shaiful, E., 2018. Perkahwinan Bawah Umur: Perlu Dibimbangi?. [Online]
Available at: https://www.mmgazette.com/perkahwinan-bawah-umur-perlu-dibimbangi-dr-mohd-
shaiful-ehsan/
[Accessed 9 12 2022].

Dr. Wan Fadhilah, b. W. I., 2011. Kesan & Akibat Kehamilan Remaja. [Online]
Available at: http://www.myhealth.gov.my/kesan-a-akibat-kehamilan-remaja/
[Accessed 7 12 2022].

Haziqah, A., 2022. Kahwin Bawah Umur Bawa Banyak Kesan Negatif – MUDA. [Online]
Available at: https://sumberkini.my/kahwin-bawah-umur-bawa-banyak-kesan-negatif-
muda/#:~:text=PETALING%20JAYA%3A%20Perkahwinan%20bawah%20umur,dan%20fizikal%20kana
k%2Dkanak%20tersebut.
[Accessed 5 12 2022].

Hisham, H., Khan, I. N. G., Shukor, H. A. & Yusof, N., 2019. Perkahwinan Bawah Umur Menurut
Perspektif Undang-Undang Jenayah Islam Dan Undang-Undang Sivil Di Malaysia. [Online]
Available at: chrome-
extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/http://conference.kuis.edu.my/mfifc/images/E-
Proceeding-2019/08-Kahwin_bawah_umur-Hasnizam_Hashim.pdf
[Accessed 30 November 2022].

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis, n.d. Perkahwinan Bawah Umur. [Online]
Available at: https://jksn.perlis.gov.my/
[Accessed 27 November 2022].

Jabatan Penerangan Malaysia, 2017. Maklumat Malaysia - Lokasi. [Online]


Available at: https://www.malaysia.gov.my/portal/content/142?language=my
[Accessed 28 November 2022].

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, 2020. Pelan Startegi Kebangsaan
Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur. [Online]
Available at: chrome-
extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/
Dokumen/Pelan%20Strategi%20Perkahwinan%20Bawah%20Umur/BUKU%20PELAN.pdf
[Accessed 27 November 2022].

Lembaga Penyelidikan Undang-undang, 2001. Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-


Wilayah Persekutuan) 1984 - akta 303. Kuala Lumpur: International Law Book Services.

18
Nik Wajis, N. R., Sahid, M. M., Hj Mohammad Yunus, M. I. & Baharli, N. S., 2020. Perkahwinan Kanak-
kanak di Malaysia: Had Umur Minimum Dan Implikasinya. Malaysian Journal Of Syariah and Law,
December.

Salim, S., 2010. Konsep Perkahwinan Dalam agama islam - pdf free download. [Online]
Available at: https://adoc.pub/konsep-perkahwinan-dalam-agama-islam.html
[Accessed 27 November 2022].

Sanip, S. A., 2022. Perkahwinan bawah umur dikhuatiri beri kesan negatif. [Online]
Available at: https://www.bharian.com.my/rencana/minda-
pembaca/2022/01/906446/perkahwinan-bawah-umur-dikhuatiri-beri-kesan-negatif
[Accessed 28 November 2022].

The Office Of Chief Statiscan Malaysia Department Of Statistics, Malaysia, 2021. Kenyataan media
bagi Perangkaan Perkahwinan Dan Perceraian, Malaysia,2021. [Online]
Available at: chrome-
extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/5_Gall
ery/2_Media/4_Stats%40media/4-
Press_Statement/2021/12%20Dis/KAHWIN%20CERAI%2C%20MALAYSIA%202021.pdf
[Accessed 28 November 2022].

Yusof, M. F., 2020. Perkahwinan Awal Usia Menurut Undang-Undang. [Online]


Available at: https://people.utm.my/fathi/awalusia/
[Accessed 27 November 2022].

19

Anda mungkin juga menyukai