Anda di halaman 1dari 14

TANGGUNGAN NAFKAH ANAK TAK SAH TARAF MENURUT PERSPEKTIF FIQH DAN PERUNDANGAN

ISLAM DI MALAYSIA

NAMA PELAJAR: NORMAWADDAH BINTI RAMLI


NO. PENDAFTARAN PELAJAR: P111020
NAMA KURSUS: SARJANA UNDANG-UNDANG (PENYELIDIKAN)
FAKULTI: Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia
KOD KURSUS: UK6215 – Kaedah Penyelidikan Undang-undang

TARIKH PENYERAHAN: 10 HB JUN 2021


ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 3
PERNYATAAN MASALAH 4
OBJEKTIF PENYELIDIKAN

OBJEKTIF SECARA KESELURUHAN


OBJEKTIF SECARA KHUSUS
SKOP PENYELIDIKAN 5-6
ULASAN KEPUSTAKAAN 6-8
KEPENTINGAN PENYELIDIKAN 9
KAEDAH PENYELIDIKAN 9-10
PENGUMPULAN DATA
STRATEGI & ANALISIS DATA
RUJUKAN
11
LAMPIRAN

2
PENGENALAN

TANGGUNGAN NAFKAH ANAK TAK SAH TARAF MENURUT PERSPEKTIF FIQH DAN PERUNDANGAN

ISLAM DI MALAYSIA

Kehidupan anak tidak sah taraf sering mendapat perhatian kerana situasi yang dihadapi
mereka tidak seperti anak-anak yang lain. Stigma dan persepsi yang tidak positif oleh masyarakat
terhadap status anak tak sah taraf adalah sesuatu yang agak mengecewakan. Kesan perbuatan yang
tidak berpandukan agama Islam menyebabkan satu pihak lain juga terkesan dan menjadikan
kehidupan anak-anak tidak sempurna. Walaupun ketika kelahirannya dan seterusnya zaman kanak-
kanak masih ada insan yang sedia membantu, nasib atau masa depan mereka masih tidak menentu
apabila memasuki alam dewasa. Persoalannya, sampai bila, anak-anak tidak sah taraf ini perlu
melalui kehidupan yang merumitkan dan menanggung akibat dan kesan daripada perbuatan ibu atau
bapanya.

Pelbagai usaha dilaksanakan oleh pihak-pihak kerajaan bagi membendung masalah ini,
antaranya ialah menempatkan pesalah sosial di pusat pemulihan akhlak, mewujudkan pusat
penjagaan bayi bagi bayi yang tidak dikehendaki dan memberi latihan kemahiran diri bagi
membantu golongan yang bermasalah ini meneruskan kehidupan pada masa akan datang. Namun
adakah usaha yang dilaksanakan ini boleh mengekang perbuatan yang bersalahan dengan tatasusila
agama? Bagaimana nasib dan masa depan anak-anak yang tak sah taraf? Bagaiman tentang hak- hak
dan kepentingan kebajikan anak-anak tersebut?

Usaha-usaha yang dilaksanakan oleh badan-badan kerajaan mahupun bukan kerajaan tidak
akan membuahkan hasil sekiranya masyarakat kita tidak mempunyai kesedaran akibat dan kesan
perbuatan yang melahirkan anak tak sah taraf ini adalah suatu kesalahan dan dosa besar.

Syarak telah menjelaskan bahawa ibubapa adalah orang yang paling utama menanggung
nafkah anak-anak termasuklah segala urusan berkaitan kebajikan anak-anak tersebut .Perlu
ditegaskan bahawa anak tak sah taraf ini mempunyai hak yang sama seperti anak-anak yang sah
taraf yang mana perlu diberi perhatian tentang makan minum, Pendidikan, kebajikan dan
perlindungan yang sempurna. Maka dalam kajian ini penulis menjadikan Nafkah Anak adalah
3
persoalan utama kajian memandangkan ianya merupakan salah satu persoalan berbangkit dan
merupakan isu semasa yang juga masih belum ada jalan penyelesaian yang sewajarnya.

Meskipun secara jelas Hukum Syarak dan Undang-Undang Keluarga Islam


memperuntukkan bahawa Nafkah Anak tak Sah taraf adalah diwajibkan ke atas ibu, namun
persoalan yang akan ditimbulkan adakah semata-mata hanya Ibu yang dipertanggungjawabkan ke
atas hak nafkah anak tersebut? Tidakkah boleh berdasarkan prinsip Maqasid Syariah, yang mana
sudah sampai masanya perlu kepada peraturan yang melibatkan selain daripada ibu, lelaki atau bapa
juga harus bertanggungjawab dan memikul bersama tanggungjawab tersebut.

Oleh yang demikian, satu penelitian perlu dibuat dan di kaji terhadap permasalahan yang
timbul dalam kes -kes yang berbangkit dari anak yang dilahirkan tak sah taraf agar kebajikan anak-
anak terbela dan pihak -pihak yang terlibat tidak boleh berlepas tangan sahaja atas perbuatan yang
telah dilakukan. Oleh yang demikian, tajuk kajian adalah “Tanggungan Nafkah Anak tak sah taraf:
menurut perspektif Fiqh dan Perundangan Islam di Malaysia”.

PERNYATAAN MASALAH

Status anak tak sah taraf sering sahaja menimbulkan kesan tertentu dalam keluarga dan
masyarakat terutamanya daripada aspek nafkah dan kebajikan mereka. Kita perlu menyedari
bahawa anak tak sah taraf bukanlah seorang insan yang tidak bermaruah yang tidak mempunyai
harga diri seperti yang dianggap oleh sesetengah pihak. Kedudukan mereka sama seperti kanak-
kanak yang lain yang sah tarafnya berhak memperoleh keistimewaan, manfaat, kebajikan,
pendidikan, perlindungan dan bebas melakukan aktiviti-aktiviti harian.

Berdasarkan peruntukan yang sedia ada, ibu merupakan orang yang bertanggungjawab
memberi nafkah kepada anak tak sah taraf. Sekiranya ibu tidak berupaya dan tidak berkemampuan
akibat kemiskinan atau tidak mempunyai pendapatan maka tanggungjawab nafkah diturunkan
kepada waris ibu dan sekiranya tiada, tanggungjawab ini dibebankan ke atas bahu pihak
pemerintah.

Namun begitu, tidak ada peruntukan Hukum Syarak dan undang-undang yang boleh
mewajibkan bapa biologi yang menjadi penyebab kelahiran memberi nafkah kepada anak tak sah
taraf dan memikul tanggungjawab yang sama. Dalam erti kata lain, adakah lelaki / bapa biologi
tersebut tidak perlu memikul beban yang sama akibat dari perbuatan tersebut.
4
Berdasarkan nas dan dalil, jelas bahawa seseorang bapa berkewajipan memberi nafkah
kepada anak-anaknya. Kewajipan tersebut berasaskan tiga faktor iaitu perkahwinan, keturunan dan
pemilikan. Walau bagaimanapun, dalam konteks anak tak sah taraf, tanggungjawab memberi nafkah
dan saraan hidup yang lain terletak kepada ibunya mengikut Hukum Syarak. Ini disebabkan anak
tak sah taraf hanya dinasabkan kepada ibunya sahaja dan tidak dinasabkan kepada bapa yang
menyetubuhi ibunya. Hukum Syarak dan enakmen undang-undang keluarga Islam di seluruh negeri
di Malaysia mempunyai peruntukan yang mewajibkan setiap wanita yang melahirkan anak tak sah
taraf memberi nafkah mengikut kemampuannya 1. Tanggungjawab ibu memberi nafkah kepada
anak tak sah taraf diperuntukan dalam Seksyen 80 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-
Wilayah Persekutuan) 1984 iaitu : (1) Jika seseorang perempuan cuai atau enggan menanggung
nafkah seseorang anaknya yang tidak sah taraf yang tidak berupaya menanggung nafkah dirinya,
melainkan seorang anak yang dilahirkan akibat rogol, Mahkamah boleh, apabila hal itu dibuktikan
dengan sewajarnya, memerintahkan perempuan itu memberi apa-apa elaun bulanan yang difikirkan
munasabah oleh Mahkamah.

Sekiranya ibu tidak mampu menyara nafkah tersebut, kewajipan tersebut akan berpindah
kepada waris ibu dan seterusnya akan terpikul di bahu pemerintah. Meskipun terdapat beberapa
kelemahan dari aspek pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang. Maka adalah menjadi
keperluan utama pihak yang berkenaan menyediakan peruntukkan bantuan kewangan atau
menyediakan perlindungan dan pemeliharaan yang sempurna demi kebajikan mereka.

Namun isu yang juga berbangkit apabila ibu tersebut enggan memelihara anak tak sah taraf
dengan meninggalkan anak tersebut dipelihara oleh waris ibu. Dalam masa yang sama, jika waris
ibu tidak mampu atau enggan memberi nafkah, maka menjadi kewajipan kerajaan untuk mengambil
tanggungjawab memberi perlindungan dan menyara keperluan nafkah mereka.

Oleh yang demikian, perkara yang penting yang menjadi isu dalam tanggungan nafkah anak
tak sah taraf adalah apabila terjadinya ketidakmampuan oleh ibu atau waris ibu itu, kepada
siapakah yang harus dipertanggungjawabkan perlu dirungkaikan dengan jelas dan terperinci supaya
kebajikan anak tak sah taraf ini terjamin degan sewajarnya.

1
Seksyen 80 (1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam( Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
5
OBJEKTIF PENYELIDIKAN

Kajian ini dijalankan bagi membincangkan berkenaan isu anak tak sah taraf khusus
mengenai hak nafkah. Implikasi kepada kelahiran anak tak sah taraf ini amat besar kerana anak-
anak ini tidak berdosa dan harus mendapat perlindungan yang sewajarnya.

1. Mengenalpasti kerangka perundangan berkenaan pihak manakah yang bertanggungjawab


untuk memberi nafkah kepada anak tak sah taraf berdasarkan Hukum Syarak dan
peruntukan undang-undang sedia ada .
2. Menganalisis peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pihak yang
berkuasa seperti BaitulMal, JPN, JKM dan NGO dalam perihal memelihara kebajikan
nafkah anak tak sah taraf.
3. Mencadangkan mekanisme dan langkah-langkah penambahbaikan yang wajar dilaksanakan
khusus dalam peruntukkan undang-undang Islam di Malaysia berkenaan tanggungan nafkah
anak tak sah taraf.

SKOP PENYELIDIKAN

Kajian ini membincangkan mengenai tanggungan Nafkah Anak Tak Sah Taraf menurut
perspektif Fiqh dan Perundangan Islam di Malaysia. Dalam membincangkan tajuk ini, terlebih
dahulu penelitian dibuat mengenai takrifan Anak Tak Sah Taraf dari sudut Fiqh , menurut
Keputusan Majlis Fatwa Negeri, menurut Akta, Enakmen Undang -Undang Keluarga Islam di
Malaysia serta tafsiran menurut Jabatan Pendaftaran Negara.

Seterusnya, Penulis membahagikan kajian ini kepada tiga bahagian, bahagian pertama
adalah menyentuh tentang konsep tanggunggan nafkah anak tak sah taraf menurut Fiqh dan
perundangan Islam serta fatwa-fatwa yang dikeluarkan di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri.
Manakala bahagian kedua pula adalah menjelaskan persoalan nafkah anak tak sah taraf, pihak
manakah yang harus bertanggungjawab untuk memberi nafkah kepada anak tak sah taraf
berdasarkan Hukum Syarak dan peruntukan undang-undang sedia ada. Manakala bahagian ketiga
pula adalah merupakan bahagian analisis yang menyentuh diantaranya isu selain dari ibu, dan waris
kepada ibu yang dipertanggungjawabkan tentang nafkah anak tak sah taraf, isu yang disentuh juga
termasuklah kelompongan dalam peruntukan Hukum Syarak dan undang-undang yang mewajibkan
bapa biologi yang menjadi penyebab kelahiran memberi nafkah kepada anak tak sah taraf selain
6
peranan Mahkamah, baitulmal, JPN, JKM , NGO dan mahupun institusi kerajaan atau mana-mana
agensi yang berkaitan boleh membantu dalam menyelesaikan isu nafkah anak tak sah taraf.

ULASAN KEPUSTAKAAN

Umum memahami maksud anak tak sah taraf ialah anak yang dilahirkan tanpa hubungan
pernikahan yang sah. Anak tak sah taraf disebut sebagai walad al-zina dalam bahasa Arab, yang
bermaksud anak yang lahir di luar ʿaqad perkahwinan yang sah. Anak zina pada hakikatnya suci
daripada segala dosa orang tuanya. Kesahtarafan seseorang anak amat penting untuk diberi
perhatian dan difahami secara jelas kerana mempunyai implikasi yang berbeza dari segi Hukum
Syarak. Musliha (2013) dalam kajiannya, dirumuskan bahawa seorang anak yang berstatus tak sah
taraf mempunyai hak yang tidak sama dengan anak yang berstatus sah taraf.

Kelahiran anak tak sah taraf banyak menimbulkan implikasi tertentu dalam keluarga dan
masyarakat antaranya daripada aspek nafkah. Siapakah yang perlu bertanggungjawab menjaga
kebajikan mereka seperti makan-minum, pakaian, pendidikan dan belaian kasih sayang di samping
pengurusan hidup mereka seperti berada di tempat tinggal yang selamat, penjagaan yang sempurna
dan mendapat perlindungan dari segala perkara yang boleh membahayakan diri mereka? Kita perlu
menyedari bahawa anak tak sah taraf bukanlah seorang insan yang tidak bermaruah yang tidak
mempunyai harga diri seperti yang dianggap oleh sesetengah pihak. Kedudukan mereka sama
seperti kanak-kanak yang lain yang sah tarafnya berhak memperoleh keistimewaan, manfaat,
kebajikan, pendidikan, perlindungan dan bebas melakukan aktiviti-aktiviti harian. Walaupun telah
ada undang-undang dan peruntukan yang khusus akan tetapi dalam peruntukan tersebut langsung
tidak menyebut tentang tanggungjawab bapa biologi kepada anak tak sah taraf.

Umumnya, ibu bapa adalah berkewajipan menjaga Nafkah iaitu termasuklah hal-hal
kebajikan anak-anak seperti makan-minum, pakaian, pendidikan dan belaian kasih sayang yang
merupakan keperluan harian mereka. Namun begitu, bagi anak tak sah taraf terdapat tiga pihak yang
dipertanggungjawabkan memberi nafkah kepada mereka sama ada ibu atau waris ibu atau
pemerintah.
Firman Allah SWT: “Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu
menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut
kemampuannya” (Al-Baqarah, 2 : 233).

7
Di dalam riwayat daripada Saidatina Aisyah R.A bahawa Hindun binti ‘Utbah telah
berjumpa dengan Rasulallah SAW dan berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Suffian
(suaminya) adalah seorang yang kedekut. Dia tidak memberi belanja yang cukup untuk saya dan
anak-anak kami kecuali jika saya ambil dengan tidak diketahuinya." Rasulullah SAW bersabda:
"Ambillah sekadar yang cukup untuk keperluan kamu dan anak-anak kamu dengan cara yang
baik” (Sahih Bukhari, Kitab An-Nafaqaat).
Berdasarkan kedua-dua nas di atas adalah jelas bahawa seseorang bapa berkewajipan
memberi nafkah kepada anak-anaknya. Kewajipan tersebut berasaskan tiga faktor iaitu
perkahwinan, keturunan dan pemilikan.

Dalam konteks anak tak sah taraf pula, tanggungjawab memberi nafkah dan saraan hidup
yang lain terletak kepada ibunya mengikut Hukum Syarak. Ini disebabkan anak tak sah taraf hanya
dinasabkan kepada ibunya sahaja dan tidak dinasabkan kepada bapa yang menyetubuhi ibunya.
Kewajipan ibu memberi nafkah kepada anaknya telah dinyatakan di dalam al-Quran :”Janganlah
menjadikan seseorang ibu menderita kerana anaknya” (Al-Baqarah, 2 : 233).

Waris ibu merupakan pihak kedua yang dipertanggungjawabkan oleh Hukum Syarak untuk
menyara nafkah anak tak sah taraf sekiranya ibu tidak berupaya untuk melaksanakan
tanggungjawab tersebut. Ini disebabkan beberapa faktor tertentu antaranya kemiskinan, tidak
mempunyai pekerjaan, melarikan diri daripada keluarga akibat malu dengan perbuatan terkutuk dan
takut menerima risiko jika dihadapkan ke mahkamah. Firman Allah “dan waris juga menanggung
kewajipan yang tersebut (jika bapa tiada)”(Al-Baqarah, 2 : 233)

Dr Wahbah al-Zuhaily (1989) menyatakan bahawa waris ibu yang bertanggungjawab


memberi nafkah anak tersebut ialah ;
”Ibu adalah waris, jadi wajib ke atasnya membiayai nafkah dengan jelas daripada
nas al-Quran. Jika anak kecil itu ada nenek dan saudara lelaki maka ke atas nenek
satu per enam dan yang selebihnya ditanggung oleh saudara lelaki. Dengan ini
jadilah susunan pembiayaan nafkah mengikut susunan pewarisan. Maka
sebagaimana nenek di sini mendapat habuan pusaka satu per enam, ia wajib
membiayai nafkah juga satu per enam dan sebagaimana habuan pusaka yang
selebihnya bagi saudara lelaki maka begitu pula ia wajib membiayai nafkah yang
selebihnya setelah nenek membiayai satu per enam. Jika berhimpun ibu bapa di
sebelah ibu (nenek dan datuk di sebelah ibu) maka pembiayaan nafkah wajib ke atas
emak ibu (nenek) kerana ia adalah ahli waris”

8
Selanjutnya, Dr Yusuf al-Qardhawi (1995) menjelaskan adalah menjadi kewajipan pihak
pemerintah untuk memastikan kebajikan anak tak sah taraf khususnya dalam memelihara aqidah
Islam jika ibu yang melahirkannya beragama Islam. Begitu juga, kebajikan mereka untuk mendapat
nafkah dan perlindungan di samping menguruskan kehidupan mereka sama seperti kanak-kanak
yang lain. Pandangan beliau adalah berdasarkan fatwa yang telah difatwakannya iaitu :

”Adalah suatu yang ditetapkan oleh Syarak bahawa seseorang anak apabila kedua
ibu bapanya menganut agama yang berbeza, maka dia akan mengikut agama ibu
bapanya yang terbaik. Ini bagi mereka yang ayahnya diketahui. Maka apatah lagi
dengan yang tidak diketahui ayahnya? Dia adalah seorang muslim tanpa ragu-ragu
lagi. Masyarakat muslim bertanggungjawab menjaga dan menanggung nafkah
kehidupannya serta mengelokkan tarbiahnya. Janganlah mengharapkan semata-
mata kepada ibu malang yang ditimpa bala. Di dalam Islam, kerajaan
bertanggungjawab terhadap penjagaan anak ini dengan perantaraan kementerian
atau institusi tertentu”.

Dalam hadis sahih yang disepakati Rasulallah (S.A.W) telah bersabda :”Dari
Abdullah Bin Umar RA berkata : Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulallah SAW
bersabda : Setiap kamu adalah penjaga dan kamu semua bertanggungjawab terhadap apa
yang kamu jaga”(Sahih Bukhari, Kitab al-‘Itqu).

Dalam Peruntukkan undang-undang islam yang terdapat di seluruh Malaysia khusus


merujuk kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam seperti di Kedah,2 Wilayah
Persekutuan3, Selangor 4
dan Negeri Sembilan 5
turut memperuntukkan dengan jelas yang
mewajibkan ke atas setiap wanita yang melahirkan anak tak sah taraf memberikan nafkah mengikut
kemampuannya.
“ jika seseorang perempuan cuai atau enggan menanggung nafkah seseorang anaknya yang
tak sah taraf yang tidak berupaya menanggung nafkah dirinya, melainkan seorang anak yang
dilahirkan akibat rogol, mahkamah boleh apabila hal itu dibuktikan dengan sewajarnya,

2
Seksyen 81 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah), 2008
3
Seksyen 80, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984
4
Seksyen 81 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor), 2003
5
Seksyen 81 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan), 2003
9
memerintahkan perempuan itu memberikan apa-apa elaun bulanan yang difikirkan munasabah
oleh Mahkamah”
Berdasarkan penelitian penulis mendapati perbincangan yang lalu banyak memberi tumpuan
kepada kedudukan nasab anak tersebut dari segi status, hak nafkah yang disabitkan kepada
ibu,Waris Ibu dan Pemerintah berbanding kepada penyelesaian kepada nafkah anak tak sah taraf
yang mana tanggungjawab juga harus dikenakan kepada bapa biologi anak tak sah taraf tersebut
yang menjadi persoalan kajian ini. Diantara Artikel-Artikel yang dirujuk oleh Penulis adalah seperti
berikut :-

Paizah Ismail (2003) Anak tak sah taraf dari perspektif syariah dan
perundangan islam di Malaysia
Nora Abdul Hak (2004) Hak Kanak-Kanak Dari Aspek Hadhanah Dan
Nafkah: Di Bawah Undang-Undang Keluarga
Islam Di Malaysia

Abdul Ghani Ahmad dan Nuarrual Hilal Md Kewajipan Menanggung Anak Tak Sah Taraf:
Dahlan (2016) Satu Kajian Kes Di Negeri Kedah

Sa’odah Binti Ahmad dan Rojanah Binti Anak Tak Sah Dalam Konteks Undang-Undang
Kahar (2017) Keluarga Islam di Malaysia

Mariatul Shima Che Ambi, Nur Syakiran Anak Tak Sah Taraf : Implikasi Dan Resolusi
Akmal Ismail, Dr (2017) Melalui Dasar Awam Kajian Kes Di Negeri
Pulau Pinang” Prosiding Persidangan
Antarabangsa Kelestarian Insan 2017
(INSAN2017)

Azizah Mat Rashid , Noor Aziah Mohd Awal, Menangani Masalah Kelahiran Anak Tak Sah
Ahmad ‘Azam Mohd Shariff, Nor ‘Adha Abd Taraf di Malaysia: Peranan Perundangan
Hamid & Tengku Azira Tg. Zainuddin (2019) Jenayah Syariah dalam Masyarakat

Wan Abdul Fatah Wan Ismail , Syahirah Faktor dan Penyelesaian Isu Anak Tak Sah
Abdul Syukor, Lukman Abdul Mutalib, Dalam Kalangan Masyarakat Islam di Malaysia
Ahmad Syukran Baharuddin, Zulfaqar Mamat
& Nik Salida Suhaila Nik Salleh(2020)

Oleh yang demkian, penulis berpendapat bahawa hasil dari kajian -kajian terdahulu, adalah
sesuatu yang signifikan apabila kajian ini mengupas secara mendalam berkenaan dengan
tanggungan hak -hak nafkah anak tak sah taraf selain daripada menjadi kewajipan kepada Ibu,
Waris Ibu dan Pemerintah. Ditinjau daripada perspektif ini, isu yang harus dibangkitkan ialah
mengenai tanggungjawab bapa biologi / lelaki yang menyetubuhi seorang perempuan sehingga
melahirkan anak tak saraf itu tidak harus berlepas tangan dan tidak memikul sama beban dalam

10
tanggungan nafkah khususnya. Oleh itu, penelitian yang mantap haruslah dibuat dan di dalami
supaya permasalahan ini dapat dirungkai agar keadilan semua pihak dapat dicapai.

KEPENTINGAN PENYELIDIKAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk menjadi rujukan dan kajian pembelajaran, serta memberi
sumbangan kepada hasil penulisan sedia ada berkaitan hak-hak nafkah anak tak sah taraf terhadap
perspektif perundangan sivil dan Islam khususnya.

Seterusnya, kajian ini berperanan untuk merungkai kelemahan, kelompongan sdalam


undang-undang disamping mencadangkan penambahbaikan dalam membela hak anak yang tak sah
taraf.
Kajian ini juga amat diperlukan kerana ianya merupakan isu semasa yang berlaku dalam
masyarakat kita pada hari ini yang mana boleh dijadikan sandaran dan idea untuk mencari jalan
penyelesaian terhadap implikasi nafkah anak tak sah taraf.

Selain itu, hasil kajian ini juga penting yang boleh dijadikan bahan rujukan oleh badan
penggubal undang-undang di Malaysia dalam usaha pengharmonian undang-undang serta dasar
sedia ada yang berkaitan dengan perihal nafkah anak tak sah taraf Islam di Malaysia.

KAEDAH PENYELIDIKAN

Kaedah yang digunakan oleh penulis ini berbentuk kualitatif sosial dan undang-undang
berdasarkan data primer dan sekunder berkaitan dengan anak tak sah taraf. Kaedah kepustakaan
adalah asas utama dalam penulisan ini yang menganalisa secara induktif dan deduktif merujuk dalil-
dalil usul fiqh Islam dan undang-undang sehingga mencapai satu kesimpulan yang kukuh dalam
mengenal pasti pihak yang wajib memberi nafkah kepada anak tak sah taraf.

Dalam melaksanakan kajian ini beberapa metod penyelidikan digunakan. Antara metod-
metod tersebut ialah :-

1. Metod Pengolehan dan Penganalisaan Data

11
Data-data yang diperolehi dianalisa untuk mendapatkan hasil kajian yang terbaik. Dalam
mengolah dan menganalisis data, penulis menggunakan dua metod yang difikirkan wajar iaitu
metod induktif dan deduktif .

(a) Induktif
Metod ini bermaksud menganalisa data melalui pola berfikir yang mencari pembuktian
hal-hal yang bersifat khusus untuk sampai kepada dalil yang bersifat umum 6. Metod ini
digunakan bagi melakukan analisis terhadap data yang diperolehi berkaitan dengan
status anak tak sah taraf dan implikasi yang timbul dalam perkara nafkah. Maklumat
tersebut dikumpulkan secara berterusan bagi mencari penyelesaian terhadap isu yang
dikaji.

(b) Deduktif
Metod ini digunakan dalam menganalisis data serta membuat kesimpulan berdasarkan
pola berfikir dengan mencari pembuktian dengan berpijak kepada dalil-dalil yang
bersifat umum kepada hal yang khusus7. Metod ini penulis gunakan bagi membuat
analisis data-data yang diperolehi. Seterusnya satu penilaian dan kesimpulan dibuat
berdasarkan sumber-sumber tersebut mengenai persoalan kajian. Hasilnya ia dijadikan
fakta bagi mengukuhkan pengkajian yang dibuat.

2. Pengumpulan Data

Melalui metod ini, segala data yang berkaitan dengan tajuk kajian dikumpulkan dan
diperolehi melalui pelbagai sumber iaitu melalui media eletronik seperti internet dan media bukan
internet seperti kitab-kitab fiqh, buku , jurnal , tesis, disertasi serta akta atau enakmen yang
terlibat.Data maklumat adalah salah satu maklumat yang paling penting dalam satusatu kajian dan
ianya digunakan untuk menerangkan sesuatu yang tersirat dan menganalisis kajian tersebut.
Bagi maksud mencapai objektif kajian yang dinyatakan di atas, pengkaji akan menganalisis
maklumat-maklumat daripada sumber-sumber akademik di perpustakaan seperti statut
perundangan, buku, jurnal, artikel yang berkaitan anak tak sah taraf Islam, majalah, akhbar dan
sebagainya bagi membolehkan penulis membuat tinjauan dan ulasan yang komprehensif dan
relevan dengan tajuk kajian.
6
Abd Halim Mat Diah(1987),Satu Contoh Huraian Metodologi.Kuala Lumpur. Fakulti Usulluddin Akademi Pengajian
Islam, h.117
7
Imam Bernadib (1982), Arti dan Metode Sejarah Pendidikan. Yogyakarta: Penerbit AP-IKIIP, h 52
12
RUJUKAN

Ibn Rushd, Bidayah al-Mujtahid (al-Qahirah: Matba‘ah al-Kuliyyat al-Azhariyyah, 1966), 2 : 352.

Ibn Hazm al-Zahiri (1972), al-Muhalla, al-Qahirah: Matba’ah al-Muniriyyah, 10:385.


Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (Damshiq: Dar al-Fikr, 1985), 7 : 675.

Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Syahirah Abdul Syukor, Lukman Abdul Mutalib, Ahmad Syukran
Baharuddin, Zulfaqar Mamat & Nik Salida Suhaila Nik Saleh “Faktor dan Penyelesaian Isu
Anak Tak Sah Taraf Dalam Kalangan Masyarakat Islam di Malaysia”, Insla E- Proceedings
Vol 3 No 1 pp 136-146 Oktober 2020.

Nora Abdul Hak. (2004, 21 - 22 Julai). Hak Kanak-Kanak Dari Aspek Hadhanah Dan Nafkah: Di
Bawah Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia. Kertas Kerja Simposium Kebangsaan
Kebajikan Kanak-Kanak. Gurney Resort Hotel and Residences. Pulau Pinang.

Abdul Majid Omar. (2013, 18 Mac). Kedudukan Anak Tak Sah Taraf : Dari Aspek Pandangan
Syarak, Nasab Dan Perwarisan Serta Kekeluargaan Islam, Kertas Kerja Kempen Sah Nikah
- Sah Nasab, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM, & ILIM,
Bangi.

Paizah Hj Ismail. (2013) “Anak Tak Sah Taraf dari Perspektif Syariah dan Perundangan Islam di
Malaysia”, Jurnal Fiqh, No. 10 (2013), p. 77-90.

Abd Gahani Ahmad dan Nuarrual Hilal Md Dahlan.( 2016). “Kewajipan Menanggung Nafkah Anak
Tak Sah Taraf: Satu Kajian Kes Di Negeri Kedah”. Kanun 28(2):214-244

Sa’odah binti Ahmad dan Rojanah binti Kahar, (2016) “Anak Tak Sah Taraf Dalam Konteks
Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia” Project: FAMILY LAW.
13
Azizah Mat Rashid, Noor Aziah Mohd Awal, Ahmad ‘Azam Mohd Shariff, Nor ‘Adha Abd Hamid
& Tg. Noor Azira Tg. Zainudin. (2019) Menangani Masalah Kelahiran Anak Tak Sah Taraf
di Malaysia: Peranan Perundangan Jenayah Syariah dalam MasyarakatAkademika 89(Isu
Khas 2/Special Issue 2), 2019: 5-16

Mariatul Shima Che Ambi, Nur Syakiran Akmal Ismail, Dr “ Anak Tak Sah Taraf : Implikasi Dan
Resolusi Melalui Dasar Awam Kajian Kes Di Negeri Pulau Pinang” Prosiding Persidangan
Antarabangsa Kelestarian Insan, 2017 (INSAN2017) Ayer Keroh, Malacca, Malaysia , 1-2
November 2017.
Akta Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984
Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor (2003).
Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957.

14

Anda mungkin juga menyukai