Anda di halaman 1dari 10

MENDEDAHKAN KONSEP HADHANAH

KUMPULAN 5
AHMAD MUQRI BIN ABDUL HAMID
M01SPE15F042
MUAMMAR BIN MOKHTAR

BIL.
1

PENGERTIAN DAN HUKUM HADHANAH

HAK HADHANAH

SYARAT SYARAT HADHANAH

SEBAB SEBAB GUGUR HADHANAH

TEMPOH HADHANAH

Pengenalan

Selepas berlaku pembubaran sesebuah perkahwinan, hadhanah iaitu penjagaan anak-anak adalah
hak seorang ibu. Namun, ianya tertakluk kepada beberapa perkara:
Sekiranya anak-anak di bawah usia mumaiyiz iaitu 9 tahun bagi perempuan dan 7 tahun bagi lelaki,
maka mereka berhak dipelihara oleh ibu mereka (isteri). ibu berhak memohon hak lanjutan
penjagaan sehingga usia anak mencapai 11 tahun bagi perempuan dan 9 tahun bagi lelaki. Selepas
usia tersebut, mahkamah akan memberi pilihan kepada anak-anak untuk memilih samada ingin
bersama ibu atau bapa mereka.
Mumaiyiz bermaksud berkemampuan untuk membuat keputusan membezakan antara yang baik dan
buruk.
Walau bagaimanapun, hak penjagaan anak-anak di bawah usia mumaiyiz bukanlah hak mutlak
seorang ibu. Ini bererti seorang ibu boleh hilang kelayakan untuk menjaga dan memelihara anakanaknya walaupun anak-anak tersebut masih di bawah umur.
Kelayakan penjagaan
Kelayakan yang perlu bagi seorang ibu untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anaknya
ialah:
seorang Islam
sempurna akal
berumur yang melayakkannya memberi kepada anak itu penjagaan dan kasih sayang yang
mungkin diperlukan oleh anak itu
berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiyah
tinggal di tempat di mana anak itu tidak mungkin terdedah kepada apa-apa akibat buruk dari segi
akhlak atau jasmani.
Kelayakan seorang ibu akan hilang jika:
ibu itu bernikah dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan anak itu. Hak
tersebut akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan.
ibu itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka
ibu itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa anak itu menjalankan
pengawasan yang perlu ke atas anak itu kecuali pulang ke tempat lahirnya.
ibu itu murtad
ibu itu mencuaikan atau menganiayai anak itu
Sekiranya seorang ibu hilang kelayakan terhadap penjagaan anak-anaknya, undang-undang
memperuntukkan bahawa hak tersebut akan berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut
susunan keutamaan iaitu:
Nenek sebelah ibu hingga ke atas
Bapa
Nenek sebelah bapa hingga ke atas
Kakak atau adik perempuan seibu sebapa
Kakak atau adik perempuan seibu

Kakak atau adik perempuan sebapa


Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa
Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu
Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa
Emak saudara sebelah ibu
Emak saudara sebelah bapa
Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai residuari (penjaga)
pengertian hadhanah
PENGERTIAN Dari sudut bahasa, hadanah bererti menjaga dan mengasuh anak kecil dengan
menanggung nafkah dan mendidiknya. Perkataan hadanah diambil daripada perkataan al-hidn yang
bererti rusuk atau dada. Ia dikaitkan dengan pengasuhan kerana pada kebiasaannya pengasuh
meletakkan kanak-kanak yang diasuh di atas rusuknya atau pangkuannya (Al-Sayyid Sabiq. 1994).
Dari sudut syara, erti hadanah diberikan dengan berbagai definisi. Dalam mazhab al-Shafie ia
disebut sebagai menjaga orang yang tidak boleh bersendirian menguruskan dirinya daripada perkara
yang menyakitkannya kerana ia tidak mumayyiz lagi seperti kanak-kanak dan orang besar yang
gila. Juga dengan mendidiknya (mendidik orang yang dijaga) dengan perkara yang memberin
maslahah kepadanya sama ada berkaitan pemeliharaan makanan, minuman dan sebagainya (Dr.
Mustafa Al-Khin, Dr. Mustafa Al-Buqha & Dr. Ali Al-Syarbaji. 2000).
Mazhab Hanafi pula mentakrifkan hadanah sebagai mendidik kanak-kanak yang tidak dapat
menguruskan diri sendiri menurut umur tertentu oleh orang yang berhak terhadapnya, iaitu
dikalangan keluarganya (Ahmad Mahmud Al-Shafii. 1991).
Ada juga pendapat yang mengatakan hadanah itu adalah mengawal kanak-kanak kecil, orang lemah,
orang gila atau orang yang kurang waras daripada apa-apa bahaya yang boleh merosakkannya,
menurut kemampuan dengan cara mendidik dan menjaganya, seperti membersih tubuh badannya,
memberi makanan dan apa-apa jua yang boleh mendatangkan kerehatan kepadanya.
Hukum hadhanah
Hukum hadanah ke atas kanak-kanak adalah wajib, kerana mengabaikannya bererti
membiarkannya kepada bahaya dan kebinasaan. Kewajipan hadanah ini lebih tertumpu
kepada ibu, kerana ibu mempunyai cirri-ciri dan sifat yang lebih sesuai untuk tujuan
pengasuhan jika dibandingkan dengan bapa, sekalipun bapa telah berkahwin lain. Lagipun
seorang ibu tiri tidak akan dapat mengasuh seorang kanak-kanak dengan sebaik mungkin
yang boleh dilakukan oleh ibu kandung. Berdasarkan kedudukan ini, Islam telah
menetapkan hak hadanah kepada seorang ibu. Nabi Muhammad s.a.w pernah
menetapkan hak hadanah kepada seorang ibu selama mana dia belum berkahwin lain.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Engkau lebih berhak terhadapnya selama engkau belum berkahwin.
(Riwayat Ahmad dan Abu Dawud)
Hak dan tanggungjawab ibu akan berterusan sehingga kanak-kanak tersebut mencapai
umur mumayyiz, iaitu 7 tahun. Setelah itu, kanak-kanak tersebut boleh membuat pilihan
samada ingin terus hidup bersama ibunya atau ingin hidup bersama bapanya. Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud:
Wahai anak! Ini bapamu dan ini ibumu, peganglah tangan siapa yang kamu suka antara
mereka berdua. Lalu anak itu memegang tangan ibunya, lantas ibunya membawa ia
pergi. (riwayat Imam Ahmad)

hak hadhanah
Pada dasarnya, Islam telah menetapkan hak hadanah kepada seorang ibu kecuali jika
terdapat sebab-sebab yang boleh menggugurkan hak dan tanggungjawab tersebut. Ini
sebagaimana yang disebut di dalam hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh
Abdullah bin Umar bahawa seorang wanita pernah berkata kepada Rasulullah s.a.w yang
bermaksud:
Sesunngguhnya anak yang berada dalam dukungan ini sayalah yang menyusukannya,
tetapi sekarang bapanya telah menceraikan saya dan dia mahu mengambil anak ini
daripada saya, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu lebih berhak ke atas ini selagi
kamu belum berkahwin. (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud)
Oleh yang demikian, hanya dengan perkahwinan seorang ibu dengan lelaki lain yang
dapat menggugurkan hak dan tanggungjawab hadanah terhadap seorang ibu. Ini
sebagaimana yang telah disepakati oleh majoriti ulama fikah yang mensyaratkan hak dan
penjagaan anak akan gugur dari seorang ibu sekiranya ibunya berkahwin dengan lelaki
lain.
Ada juga pendapat dari segelintir ulama fikah seperti Imam al-Hasan al-Shaybani dan ibn
al-Hazm al-Andalusi yang mengatakan bahawa, walaupun seorang ibu telah berkahwin
dengan lelaki lain, hak dan tanggungjawab ini tidak akan gugur. Pendapat ini dibuktikan
dengan sebuah hadis Nabi s.a.w yang meriwayatkan bahawa Anas bin Malik tetap kekal
dalam penjagaan ibunya, walaupun ibu kandungnya telah berkahwin dengan lelaki lain.
Semasa Ummu Salamah dikahwini oleh Rasulullah s.a.w, beliau turut diberi hak untuk
memelihara anaknya hasil daripada perkahwinannya dengan suami yang pertama.
Demikian juga dalam kes penjagaan anak perempuan Saiyidina Hamzah yang menjadi
rebutan antara Saiyidina Ali, Jafar bin Abi Talib dan Zayd bin Harithah, kerana masingmasing mempunyai hubungan persaudaraan dengan anak perempuan Saiyidina Hamzah.
Menurut Ali, anak perempuan tersebut adalah anak perempuan bapa saudaranya
(Saiyidina Hamzah ialah bapa saudaranya), sedangkan Zayd bin Harithah berkata bahawa
anak perempuan Saiyidina Hamzah adalah anak saudaranya kerana Nabi Muhammad
s.a.w telah mempersaudarakan Saiyidina Hamzah dengan Zayd bin Harithah. Jafar bin
Abi Talib pula mengakui bahawa anak tersebut adalah anak perempuan kepada saudara
iparnya kerana isteri Jafar adalah emak saudara kepada anak tersebut. Lalu Rasulullah
s.a.w membuat keputusan, anak itu dijaga oleh isteri Jafar kerana dia adalah emak
saudara (khalah) kepada anak perempuan Saiyidina Hamzah, walaupun perempuan itu
telah berkahwin dengan Jafar bin Abi Talib.
Masalah yang biasa diketengahkan dalam bab ini adalah untuk menentukan pihak yang
paling berhak memelihara kanak-kanak selepas penceraian ibubapa ataupun kematian
ibubapa. Berikut dikemukakan pendapat-pendapat para ulama mazhab fikah:
a) Mazhab Hanafi
Mazhab Hanafi berpendapat bahawa hak dan tanggungjawab memelihara anak hasil
daripada pencerraian adalah hak bersama saudara-saudara perempuan kepada ibu-ibu
kanak tersebut iaitu dengan didahulukan oleh ibu dan ibu kepada ibunya (neneknya). Jika
tidak ada nenek sebelah ibunya, maka hak itu berpindah kepada nenek sebelah bapa (ibu

kepada bapa kanak-kanak tersebut), kemudian saudara perempuan ibu kanak-kanak


seibu sebapa, diikuti saudara perempuan seibu, saudara perempuan sebapa, anak
perempuan daripada saudara perempuan seibu sebapa, anak perempuan daripada
saudara perempuan seibu dan seterusnya. Jika tiada juga waris atau pihak yang
dinyatakan, maka mestilah dicari wanita-wanita yang ada hubungan adik-beradik kepada
ibu atau bapa kanak-kanak itu.
b) Mazhab Maliki
Mazhab Maliki pula berpendapat bahawa hak dan tanggungjawab hadanah adalah hak
ibu, kemudian ibu kepada ibu (nenek) hungga ke atas, saudara perempuan ibu seibu
sebapa (emak saudara), saudara perempuan ibu yang seibu, saudara perempuan ibu
kepada ibu kanak-kanak (al-khalah li al-umm, atau saudara perempuan nenek sebelah ibu
kanak-kanak), saudara perempuan ayah kepada ibu kanak-kanak (al-ammah al-umm,
atau saudara perempuan datuk daripada sebelah ibu kanak-kanak), saudara perempuan
bapa kepada bapa kanak-kanak (al-ammah al abb atau saudara perempuan dattuk
daripada sebelah bapa kanak-kanak) hingga ke atas.
c)Mazhab Syafii
Mazhab Syafii berpendapat bahawa penjagaan kanak-kanak itu ialah hak ibu, ibu kepada
ibu (nenek sebelah ibu) hingga ke atas dengan syarat dia mestilah pewaris, kemudian
bapa kepada kanak-kanak tersebut, ibu kepada bapa kanak-kanak, ibu kepada ibu kepada
bapa kanak-kanak hingga ke atas dengan syarat mereka adalah pewaris, barulah disusuli
orang yang paling dekat daripada kerabat-kerabat ibu, seterusnya orang yang paling dekat
daripada kerabat-kerabat bapa kanak-kanak itu. Ringkasnya dapat dikatakan dalam
mazhab Syafii bahawa orang yang utama sekali berhak mengasuh kanak-kanak adalah
ibunya, kerana belas kasihan serta kasih saying dapat diberikan dengan sepenuh hati dan
seikhlas murni. Mengikut mazhab Syafii, jika ibu telah hilang kelayakan untuk mengasuh
atau meninggal dunia, hak tersebut akan berpindah kepada. i. Nenek sebelah ibu hinnga
ke atas. ii. Bapa. iii. Nenek sebelah bapa hingga ke atas. iv. Kakak atau adik perempuan
seibu sebapa. v. Kakak atau adik perempuan seibu. vi. Kakak atau adik perempuan
sebapa. vii. Anak perempuan kepada kakak atau adik perempuan seibu sebapa. viii. Anak
perempuan kepada kakak atau adik perempuan seibu. ix. Anak perempuan kepada kakak
atau adik perempuan sebapa. x. Emak saudara sebelah ibu. xi. Emak saudara sebelah
bapa. xii. Waris lelaki yang boleh menjadi waris kanak-kanak sebagai asabah.
d) Mazhab Hanbali
Mazhab Hanbali berpendapat bahawa orang yang lebih berhak untuk memelihara anak
hasil daripad penceraian ialah ibunya, ibu kepada ibu (nenek sebelah ibu), kemudian iibuibu kepada nenek sebelah ibu hingga ke atas, disusuli bapa kepada kanak-kanak, ibu
kepada bapa (nenek sebelah bapa), ibu-ibu kepada nenek sebelah bapa hingga ke atas,
kemudian datuk, saudara perempuan ibu yang seibu sebapa, saudara perempuan ibu
yang seibu, saudara perempuan ibu yang sebapa, kemudian saudara perempuan bapa
yang seibu sebapa, saudara perempuan bapa yang seibu saudara perempuan bapa yang
sebapa dan seterusnya.

Syarat syarat hadhanah

Terdapat pelbagai pendapat mengikut mazhab dalam meletakkan syarat kepada seorang penjaga
(hadinah). Menurut mazhab Syafii, seseorang pengasuh itu msetilah memenuhi syarat-syarat
berikut:
I) Islam. Seorang ibu yang kafir atau murtad tidak boleh dan tidak berhak mengasuh kanak-kanak
kecil. ii. Berakal. Orang gila tidak boleh menjadi pengasuh kecuali gilanya itu terlalu sedikit, seperti
sehari dalam masa setahun. iii. Beramanah. Orang perempuan yang mempunyai sifat khianat tidak
berhak menjadi penjaga atau pengasuh, kerana dia tidak akan menjaga kanak-kanak itu dengan
sebaik mungkin. iv. Baliqh. Kanak-kanak kecil perlu kepada orang yang lebih dewasa, lebih-lebih
lagi untuk urusan muamalat. v. Perempuan yang baik serta bermoral tinggi. Perempuan fasik,
seperti penzina, peminum arak, pencuri dan sebagainya tidak berhak menjadi pengasuh. vi.
Merdeka. Hamba tidak berhak menjadi pengasuh kepada kanak-kanak. vii. Tinggal bersama kanakkanak yang diasuh. viii. Jika pengasuh itu ibunya sendiri, disyaratkan dia belum lagi berkahwin
dengan lelaki lain. Jika dia berkahwin dengan seseorang daripada mahram kanak-kanak tersebut,
hak pengasuhan itu tidak gugur jika bekas suaminya rela. ix. Mempunyai tempat tinggal. Kanakkanak tidak boleh diserahkan kepada ibu atau pengasuh lain jika mereka tidak mempunyai tempat
tinggal tetap, sama ada milik sendiri atau rumah sewa. x. Jika pengasuh kanak-kanak merupakan
seorang wanita asing, disyaratkan suaminya mestilah mempunyai pertalian saudara dengan kanakkanak berkenaan.
Mazhab Hanbali mengatakan antara syarat-syarat penjaga adalah seperti berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Islam.
Berakal iaitu tidak gila dan tidak matuh.
Tidak fasik.
Penjaga bukan seorang hamba.
Tidak buta atau kurang penglihatan.
Tidak mengalami sakit sopak atau kusta. Hak penjagaan akan gugur sekiranya penjaga
mempunyai sakit sopak atau kusta.
vii. Penjaga tidak berkahwin dengan lelaki lain yang tiada mempunyai hubungan kekeluargaan
dengan anak itu. Jika penjaga itu berkahwin dengan saudara terdekat kepada anak tersebut,
maka ibu kepada anak itu berhak memeliharanya.
Tegasnya, sekiranya pengasuh berkahwin dengan lelaki lain, dia tidak berhak untuk
memelihara anak itu. Akan tetapi sekiranya dia berkahwin dengan saudara terdekat anaknitu,
maka dia berhak menjaganya.
Mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa syarat-syarat penjaga samaada dia seorang lelaki
atau seorang perempuan adalah seperti berikut:
i. Berakal. Penjaga yang gila tidak boleh menjadi penjaga walaupun dia waras untuk
sebentar sahaja.
ii. Berkuasa untuk melakukan kerja. Orang yang sudah tua atau lanjut umur, orang buta,
bisu, pekak dan orang yang sentiasa sakit tidak boleh menjadi penjaga.
iii. Sekiranya anak yang dipelihara itu perempuan, maka penjaganya mestilah berkuasa
mengawasi dan menjaga kanak-kanak itu daripada melakukan sifat-sifat buruk khususnya
perbuatan-perbuatan yang didorong oleh nafsu dan syahwat. Jika penjaga tidak sanggup
untuk menghalang dan mencegah anak itu daripada melakukan sifat-sifat buruk yang
disebutkan, maka lebih baik penjaga mengundurkan diri.
iv. Penjaga mestilah seorang yang amanah kepada agama, bukan peminum arak atau
penzina.
v. Penjaga mestilah seorang yang sihat daripada semua penyakit yang berjangkit seperti
sopak atau kusta.

vi. Penjaga mestilah seorang yang cerdik dalam pengurusan harta dan bukan seorang yang
pembazir.
vii. Jika penjaga itu wanita, maka disyartiatkan dia bukanlah seorang yang sering didatangi
lelaki asing, kecuali jika wanita berkahwin dengan mahram anak itu. Jika penjaga sering
didatangi oleh lelaki asing, maka haknya sebagai penjaga akan gugur.
Di dalam mazhab Maliki, Islam dan samaada lelaki atau perempuan tidak menjadi syarat
dalam hak hadanah. Jika pengasuh bukan seorang Islam dan ditakuti dia memberikan kanakkanak itu makanan yang haram seperti daging babi, maka pengasuh itu hendaklah diawasi
oleh orang Islam bukan pengasuh itu dilarang untuk mengasuhnya. Jika pengasuhnya adalah
seorang lelaki, maka disyaratkan pengasuh itu hendaklah ada bersamanya seorang wanita
yang turut sama mengasuh kanak-kanak itu seperti isterinya atau amahnya (hambanya).
Akan tetapi pengasuh itu hendaklah mahram iaitu bukan lelaki yang boleh dikahwini oleh
kanak-kanak tersebut.

Sebab- sebab gugur hadhanah


Mazhab Maliki dan kebanyakan mazhab yang lain berpandangan bahawa hak Hadhanah boleh
gugur dengan empat (4) sebab sebagaimana berikut :
1Hadhinah berpindah ke kawasan yang jauh, yang mana melebihi enam (6)ekar. sekiranya wali
mahdhun atau hadhinah bermusafir melebihi dari enam (6) yakni tidak kurang daripadanya, maka
gugrlah hak hadhinah tersebut dan anak itu diberikan kepada walinya melainkan jika wali tersebut
bermusafir bersama-sama.
-Mazhab Hanafi : Gugur hak hadhanah sekiranya ibu yang telah diceraikan (janda) bermusafir ke
Negara yang jauh, yang mana bapa kepada anak tersebut tidak mampu untuk menziarahinya (di
pagi hari);
-Mazhab Syafie : Gugur hak Hadhanah dengan musafir ke tempat yang tidak
selamat/membahayakan atau musafir dengan niat pindah ke tempat tersebut samaada dalam tempoh
yang lama atau sekejap.
-Mazhab Hanbali : Gugur hak Hadhanah apabila Hadhinah bermusafir ke negara lain yang mana
jaraknya adalah sama seperti jarak yang membolehkan qasar atau lebih.
2.Darar pada anggota badan Hadhin seperti gila dan kusta.
3.Fasiq atau kurangnya pendidikan agama.
4.Hadhinah berkahwin lain dan telah bersetubuh dengan suami barunya. Jika ibu kepada anak
tersebut mengahwini mahramnya, maka hak Hadhanah tersebut tidak gugur dan pandangan ini
disepakati ulama.
Rasulullah s.a.w bersabda :

Maksdnya : Kamu lebih berhak memeliharanya selama mana kamu belum berkahwin lagi.
Pemulangan hak Hadhanah[1]
Sekiranya hak Hadhanah tersebut gugur kerana adanya halangan sebagaimana yang dinyatakan di
atas dan halangan tersebut telah hilang (hapus) adakah hak hadhanah tersebut akan dikembalikan
kepadanya? Para fuqaha mempunyai dua (2) pendapat berhubung dengan masalah ini, iaitu :
Pandangan Mazhab Maliki (yang mashyur) : Sekiranya hak hadhanah gugur disebabkan oleh
alasan atau keuzuran seperti sakit, kawasan yang berbahaya (tidak selamat), perpindahan wali

dengan mahdhun ke suatu tempat dan juga safar disebabkan menunaikan ibadah haji, kemudian
alasan atau keuzuran tersebut hilang dengan sembuhnya dari sakit, keadaan kembali aman dan
sekembali dari safar tersebut. Dalam hal seperti ini, hak hadhanah yang gugur tersebut
dikembalikan kepadanya.
Manakala, sekiranya ibu tersebut berkahwin baru dengan ajnabi (orang yang bukan mahram) dan
telahpun bersetubuh atau bermusafir dengan pilihannya tanpa sebarang keuzuran dan kemudian dia
bercerai samaada secara fasakh atau talaq atau cerai mati atau dia kembali dari safar dengan pilihan
sendiri (ikhtiari), maka dalam hal keadaan ini hak hadhanah tersebut tidak dikembalikan kepadanya.
Hal ini kerana hak hadhanah tersebut telah gugur dengan pilihannya tanpa sebarang keuzuran.
Majoriti ulama (Hanafi, Syafie dan Hanbali) : Sekiranya gugur hak hadhanah tersebut disebabkan
adanya halangan dan kemudian hilangnya halangan tersebut, maka hak hadhanah tersebut
dikembalikan kepada pemiliknya samaada alasan tersebut secara paksaan ataupun pilihan.
Mazhab Hanafi berpendapat hak hadhanah diberikan kepada isteri yang diceraikan secara bain
walaupun sebelum habis tempoh eddah, manakala bagi talaq rajie pula hendaklah selepas habis
tempoh eddah isteri tersebut. Mazhab Syafie pula menyatakan bahawa isteri yang diceraikan
berhak mendapat hadhanah sebelum habis tempoh eddahnya dengan syarat suami redha mahdhun
dijaga di dalam rumahnya dan sebaliknya. Hanabilah pula berpendapat bahawa isteri yang
diceraikan berhak mendapat hak hadhanah sungguhpun perceraian berlaku secara talaq rajie.

tempoh hadhanah

Seksyen 72. Tempoh hadhanah.


(1) Hak seorang hadhinah bagi menjaga seorang anak tamat setelah anak itu mencapai umur tujuh tahun,
jika anak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika anak itu perempuan:
Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh, atas permohonan seorang hadhanah membenarkan ia menjaga
anak itu sehingga anak itu mencapai umur sembilan tahun, jika anak itu lelaki dan umur sebelas tahun jika
anak itu perempuan.
(2) Selepas umur tersebut dalam seksyen-kecil (1) hadhanah turun kepada bapa, dan jika anak itu lelaki
mencapai umur mumaiyiz, anak itu berhak memilih untuk tinggal dengan ibu atau bapanya melainkan jika
Mahkamah memutuskan selainnya.

Apabila kanak-kanak telah dewasa dan dapat berdikari

Apabila kanak-kanak mampu mengurus segala keperluan asas seperti makanan dan pakaian
Apabila kanak-kanak mencapai umur mumayyiz
Apabila kanak-kanak mencapai umur tujuh tahun bagi lelaki dan sembilan tahun bagi perempuan

PENGERTIAN DAN HUKUM HADHANAH


HAK HADHANAH
SYARAT SYARAT HADHANAH
SEBAB SEBAB GUGUR HADHANAH
TEMPOH HADHANAH

rujukan
http://nailahramli.blogspot.my/2015/10/gugur-hak-hadhanah-dan-pemulangan-hak.html
http://rnffamily.blogspot.my/2010/04/hak-penjagaan-anak-hadanah-dari-segi.html
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/100ae747c7250
8e748256faa00188094/7051c94bbe2f7823482570740011e5ce?OpenDocument
https://sites.google.com/site/ensiklopediamelayuh/Home/hadanah/tempoh-hadanah-berakhir

Anda mungkin juga menyukai