Anda di halaman 1dari 2

[Untuk pengetahuan ab2,laptop ana tiada wording arab,jadi,boleh lah rujuk al-Quran masing-

masing. Memetik kata-kata Syeikh Sulaiman Moola sewaktu Conference Muhammad The Heroes :
Al-Quran is not for your shelves,but Al-Quran is for yourself]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Tadabbur Surah Yusuf (12) Makkiyah-111 ayat
Para pembaca yang mempunyai senyuman yang indah,
Ana tertarik untuk menghuraikan secara ringkas mengenai bentuk-bentuk ujian yang dirasai oleh
Nabi Allah Yusuf a.s.
Secara keseluruhannya,surah ini merupakan satu unit yang padu yang membahaskan dengan jelas
mengenai pokok perbicaraannya,suasana,bayangan-bayangan,saranan-saranan,serta membawa ciri-
ciri zaman genting yang mencemaskan.
Ketika Rasulullah S.A.W. menghadapi kesepian,kesedihan dan tersisih dalam masyarakat jahiliyyah
Quraysy sejak berlakunya Tahun Duka (iaitu kematian isteri baginda yang tercinta,Saidatina Khadijah
serta bapa saudaranya,Abu Talib serta beberapa siri pemulauan ke atas baginda dan kaum muslimin
yang lain), maka tepat dengan waktu inilah Allah menceritakan kepada nabi-Nya yang mulia,kisah
saudaranya yang mulia, iaitu kisah Nabi Yusuf bin Yakub bin Ishaq bin Ibrahim.
Muslimin muslimat,ab banin wa banat,
Apa agaknya ujian yang Nabi Yusuf hadapi?
Ujian-ujian yang nabi Yusuf a.s. rasai semasa hayatnya,antaranya ialah tipu daya adik beradiknya
sendiri,dibuang ke dalam perigi yang penuh dengan ketakutan dan kengerian,menjadi hamba abdi
yang berpindah seperti barang dagangan dari satu tangan ke satu tangan di luar kemahuannya dan
tanpa mendapat perlindungan dan pembelaan dari keluarganya,juga ujian menghadapi fitnah
tipudaya perempuan al-Aziz.
Bukan itu saja,baginda juga diuji dengan ujian kesenangan dan memegang kuasa yang mutlak dalam
mengendalikan urusan bekalan makanan rakyat jelata dan memerintah mereka. Dan pelbagai lagi
siri ujian yang ditempuhi oleh Nabi Allah Yusuf a.s. dengan penuh kerendahan hati.
Namun,disebalik kesakitan dan kesusahan yang baginda hadapi,baginda masih tetap teguh
menyebarkan dakwah dengan penuh keikhlasan kepada Allah. (RUJUKAN : TAFSIR FI ZILALIL QURAN)
Para pembaca yang budiman:
Ana tertarik untuk membawa kata-kata akhir yang diungkapkan oleh Pengarah Tafsir Fi Zilalil Quran
ini:
Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku dan kau siram pusaraku dengan air matamu maka diatas tulangku
yang hancur luluh nyalakanlah obor buat umat mulia ini dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalann mendapatkan KEKASIH yang sedang merindu taman-taman di
syurga TUHAN-ku bangga menerimaku burung-burungnya berkicau riang menyambutku bahagialah
hidupku dialam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur dan alam ini akan disinar fajar lagi biarlah rohku terbang
mendapatkan rindu-NYA janganlah gentar berkelana di alam abadi nun di sana fajar sedang
memancar

*pesanan akhir ini di tulis beliau beberapa ketika sebelum beliau menemui syahid pada hari Isnin 13
Jamadil Awal 1386 bersamaan 29 Ogos 1966
Kalau benar engkau seorang pejuang,bersiap sedialah dengan mahar yang harus dibayar.
Bukan dengan mudah melafaz aku seorang pejuang namun pabila diri diuji sedikit,terus
menangis meninggalkan jalan yang telah dilalui sejak sekian lamanya. Aku bercakap bukan
kerana aku paling benar,tapi kerana aku pernah tersalah,kerana itu aku bercakap supaya
kalian tidak menjadi seperti aku.
# Jangan mengalah dari terus melangkah ke destinasi yang ingin kita tuju. Yakinlah,dalam perjalanan
mencari hakikat ketuhanan,pasti Allah telah sediakan teman-teman yang akan bersama-sama
membantu kita dalam mencapai cita-cita ini. Berdoalah,moga dikurniakan teman yang soleh dan
solehah,agar perjalanan kita yang tempang ini,dapat dilengkapkan dengan kehadiran seorang insan
bernama TEMAN. Ya muqallibal qulub,tsabbit qulubana ala dinik waala toatik..

(maaf atas segala kekurangan)

Anda mungkin juga menyukai