Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Kesihatan merupakan nikmat dan anugerah Allah yang terindah kepada seluruh
umat manusia. Ia juga merupakan salah satu aset yang terpenting di dalam kehidupan
seseorang individu. Kesihatan adalah kesesuaian tubuh badan manusia untuk melakukan
segala perkara kebiasaannya dengan penuh kesempurnaan. Dalam erti kata yang lain,
seorang individu yang tidak sihat adalah mereka yang tidak mampu melakukan perkara atau
perbuatan hariannya dengan sempurna. Jika keadaan ini berlaku, manusia akan mencari
alternatif dengan segala bentuk kesembuhan yang ada. Method atau kaedah perubatan
yang pelbagai akan diserasikan agar mencapai satu matlamat kesihatan yang sempurna.
Namun, segala kaedah atau metodologi perubatan dan kesembuhan yang dicari semestinya
terikat dengan lembaran syariat Tuhan Yang Esa. Ini penting kerana penggunaan kaedah
pengubatan yang betul mestilah bertepatan dengan syara’ serta berlandaskan landasan
syariat dan ilmu yang benar.

2.0 PEMINDAHAN ORGAN

2.1 DEFINISI

Pemindahan organ ialah proses mendermakan sebahagian organ atau tisu daripada tubuh
badan kita untuk tujuan pemindahan atau transplantasi kepada orang lain yang memerlukan kerana
kegagalan atau kerosakan organ atau tisu tersebut. Selepas transplantasi (pemindahan) organ,
seseorang itu dapat meneruskan kehidupan dan hidup dengan kualiti yang lebih baik. Secara
mudahnya, ia adalah suatu proses untuk menggantikan organ atau tisu yang tidak berfungsi kepada
organ atau tisu yang lebih sihat dan masih berfungsi kepada orang lain.

2.2 JENIS-JENIS ORGAN YANG BOLEH DIDERMAKAN

Organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggang, jantung,


hati (heper), paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleh didermakan
adalah mata, tulang, kulit dan injap jantung.

2.3 HUKUM PEMINDAHAN ORGAN

Dalam konteks Islam, hukum mengenai pemindahan dan


pendermaan organ tidak dibincangkan secara khusus dalam sumber
utama hukum iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Ini kerana pemindahan dan
pendermaan organ merupakan perkembangan perubatan yang bermula
pada abad ke-20. Oleh itu, para alim ulama’ islam telah membincangkan
tentang perkara ini dengan mengeluarkan pandangan-pandangan
berkaitan pemindahan organ yang bersifat ijtihadi iaitu ijtihad yang
dilakukan berdasarkan pendekatan-pendekatan fikah. Secara asasnya,
hokum pemindahan organ adalah “Harus” kerana ia memenuhi tuntutan
memelihara nyawa manusia yang merupakan salah satu daripada maqasid
al-syar‘iyyah Namun, perbahasan tentang perkara ini berbeza mengikut
pandangan ulama’ kerana sebahagiannya berpendapat diharuskan
manakala sebahagian yan lain berpendapat tidak diharuskan mengikut
kepada hujah masing-masing.

2.3.1 PANDANGAN YANG MENGHARUSKAN

Pemindahan organ diharuskan di dalam islam dengan syarat :

1. Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit.


2. Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma
atau penerima organ.
3. Pendermaan organ dilakukan dengan ikhlas, dan niat untuk
membantu kerana Allah.
4. Pendermaan organ perlu mendapat keizinan penderma dan ahli
keluarga atau warisnya.

Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah membincangkan tentang


permasalahan pemindahan organ ini secara khususnya pemindahan
jantung dan mata. Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa
pemindahan jantung dan mata orang yang telah meninggal dunia kepada
orang yang masih hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam, dengan
syarat-syarat berikut :

i. Dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerima


adalah bergantung kepada pemindahan tersebut dan difikirkan
pemindahan tersebut berjaya.
ii. Dalam pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan
terlebih dahulu.
iii. Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak
ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggota-anggotanya.
iv. Kebenaran hendaklah diperoleh daripada penderma-penderma
sebelum pemindahan sebarang anggota (dalam kematian biasa) atau
daripada kaum keluarga (dalam kematian akibat kemalangan).

Bagi para ulama yang berpegang bahawa pemindahan organ ini


diharuskan adalah bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan


dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan
dosa”

( Al-Maidah :
2)

Terdapat beberapa hadis Rasulullah yang menyatakan tentang


kemudharatan perlu dihapuskan seperti hadis Sa’id Al-khudri R.A,
Rasulullah bersabda yang bermaksud :

“Tidak boleh melakukan perbuatan yang memudharatkan diri sendiri


dan orang lain”

( Riwayat Ibnu Majah & Al-


Daruqutni )

2.3.2 PANDANGAN YANG TIDAK MENGHARUSKAN

Terdapat sebilangan kecil ulama yang berpendapat bahawa


pemindahan organ ini adalah haram kerana mendatangkan darurat kepada
penderma khusunya bagi mereka yang masih bernyawa.

Ini adalah bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri ke dalam


lembah kebinasaan”

( Al-
Baqarah : 195 )
Secara jelasnya, Allah melarang hambanya untuk menjatuhkan kita
ke dalam sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudharatan dan
kerosakan. Seseorang yang tabarru’ dengan sebahagian anggotanya boleh
membawa kepada kebinasaan dan ini tidak dituntut oleh islam. Perkataan
kebinasaan di dalam ayat tersebut merupakan lafaz umum bahawa segala
jenis perbuatan yang membawa ke arah kebinasaan tersebut. Justeru itu,
memotong anggota badan diri sendiri menuju ke arah hilangnya manfaat
dan membawa kebinasaan.

“ ‫ميتَتِ ِه‬ ِ ِ‫”ما أُب‬


ْ ‫ني م ْن َح ٍّي؛ َف ُه َو َك‬
َ َ

Bermaksud : Semua yang terpisah/terpotong dari yang hidup maka


hukumnya adalah sebagaimana bangkai.

Maka, apa jua organ ataupun tisu yang terpotong dari yang hidup, ia
dikira sebagai najis. Di sisi mazahab Ima Syafi’e, perdermaan najis tidak
dibenarkan.

2.4 TARJIH TERHADAP PEMINDAHAN ORGAN

Berdasarkan kepada perbezaan pandangan ulama di dalam


permasalah pemindahan organ ini, saya menerima pandangan sebahagian
ulama yang berijtihad mengatakan hukum pemindahan organ ini adalah
harus kerana keperluan seseorang itu untuk meneruskan kelangsungan
hidupnya sebagai seorang manusia yang sempurna dan normal. Selain itu
juga, menyelamatkan nyawa manusia adalah merupakan merupakan
tanggungjawab setiap individu kerana pemeliharaan nyawa merupakan
salah satu maqasid syariah yang perlu dijaga dan dipelihara dengan
sebaiknya. Saya lebih terbuka ke arah pendapat ulama yang mengatakan
hukumnya harus adalah berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud
:

Oleh sebab itu, kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israel,
bahawa sesiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang
itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana mebuat kerosakan di muka
bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya.
Sesiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah
dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.

( Al-Maidah :
32 )

Allah telah menjelaskan kepada seluruh umat manusia berkenaan


dengan tuntutan menjaga nyawa dan kehidupan seseorang yang lain.
Justeru, maka masuk padanya siapa yang menderma untuk saudaranya
dengan anggotanya sendiri yang bertujuan untuk menyelamatkan
saudaranya atau mengembalikan penglihatan yang sudah hilang
daripadanya.

Selain itu juga, saya mendapati bahawa terdapat kaedah fiqhiyyah


yang bertepatan dengan keharusan pemindahan organ ini iaitu :

“ ‫”اَلضََّر ُر يَُزال‬

Maksudnya : Kemudharatan mestilah dihapuskan

Kaedah ini menunjukkan bahawa rukhsah (keringanan) seseorang


yang mempunyai mudharat ataupun mendesak keadaannya untuk segera
menghilangkannya. Jadi, kaedah ini menjelaskan bahawa menghilangkan
mudharat lebih utama kerana ia merupakan salah satu daripada maqasid
syariah iaitu memelihara nyawa.
Kaedah fiqhiyyah yang saya dapati sesuai dengan keharusan
pemindahan organ ini juga adalah :

“ ‫اص ِد َها‬
ِ ‫”اَألُمور مِب ََق‬
ُ ُْ

Bermaksud : Segala urusan mengikut tujuannya

Kaedah ini menyatakan bahawa sesuatu perbuatan yang dilakukan


dinilai berdasarkan kepada niat dan tujuan seseorang itu. Tujuan asal
pemindahan organ adalah untuk menyelamatkan nyawa pesakit dan
mampu mengelakkan kemudharatan yang lebih besar iaitu membawa
kepada kematian. Pemindahan organ tidak berlaku atas niat dan
perbuatan yang jahat seperti menyeksa pesakit bahkan dilakukan untuk
menyelamatkan nyawa.

2.5 ISU PEMINDAHAN ORGAN

Salah satu isu pemindahan organ yang menjadi permasalahan umat


islam adalah berkenaan dengan pemindahan organ orang bukan islam
sebagai penderma kepada orang islam sebagai penerima. Hal ini adalah
kerana berlaku keraguan di kalangan orang islam yang menganggap
bahawa sekiranya berlaku proses transplan ataupun pemindahan organ
daripada orang bukan islam dikhuatiri akan mendatangkan kemudharatan
yang lebih besar kepada penerima disebabkan oleh faktor pemakanan dan
gaya hidup mereka.

Maka, jawapannya ialah tiada larangan dalam syarak bagi


memindahkan organ orang bukan islam kepada orang islam kerana organ
manusia tidak bersifat islam ataupun kufur bahkan ia merupakan salah
satu alat yang memudahkan manusia untuk melaksanakan tanggungjawab
mereka di dalam kehidupan seharian. Apabila organ tersebut dipindahkan
daripada orang bukan islam kepada orang islam, maka ia menjadi
sebahagian daripada organnya untuk meneruskan kelangsungan hidupnya.
Menurut pandangan Dr Yusuf al-Qaradhawi yang menyatakan bahawa
perkara yang dimaksudkan islam dan kufur seseorang itu bukanlah pada
anggota badannya akan tetapi pada roh manusia itu.

2.6 IMPAK PEMINDAHAN ORGAN

Antara kesan baik daripada pemindahan organ ini adalah dapat


membantu menyelamatkan jutaan manusia daripada berlakunya kematian
disebabkan oleh kegagalan funsi anggota badan yang utama seperti
jantung. Dengan adanya proses ini, ia dapat memberi satu jaminan yang
pasti kepada penerima untuk meneruskan kehidupannya seperti manusia
normal. Maka, ini dapat memberikan dorongan dan semangat kepada para
pesakit terutamanya yang berada dalam keadaan yang kritikal bahawa
adanya suatu kaedah yang boleh membantu dirinya untuk kembali pulih
daripada sakit yang menderita.

Selain itu juga, apabila berlakunya proses pemindahan organ ini,


maka akan timbul kesedaran kepada seluruh manusia turut memberi
sumbangan mereka kepada orang awam dengan mendermakan organ
ataupun tisu untuk disalurkan kepada mereka yang lebih memerlukan dan
terdesak. Sesetengah masyarakat yang prihatin memulakan mendermakan
organ sebagai langkah awal supaya boleh menyelamatkan lebih ramai
nyawa manusia yang berada dalam keadaan dharurat ataupun yang lebih
memerlukannya.

Terdapat juga kesan buruk dengan berlakunya proses pemindahan


organ ini iaitu kewujudan aktiviti pemerdagangan organ. Ini adalah
disebabkan oleh kekurangan penderma organ daripada rakyat Malaysia
yang terlalu kecil dan sedikit. Maka, sindiket-sindiket mengambil peluang
dan kesempatan ini dengan menjalankan aktiviti penjualan organ ataupun
tisu secara haram. Aktiviti ini bermula dengan menculik manusia
terutamanya kanak-kanak untuk diambil organnya kemudian dijual kepada
mereka yang memerlukannya dengan kadar bayaran yang tinggi. Oleh itu,
pesakit-pesakit yang terdesak akan membelinya walaupon dengan harga
yang tinggi disebabkan keperluannya memandangkan ianya sahaja
alternatif yang terdekat berbanding menunggu ikhsan daripada
masyarakat.

3.0 PENUTUP

Pemindahan organ merupakan salah satu kaedah perubatan moden


yang dapat menyelamatkan banyak nyawa. Hukumnya adalah diharuskan
selagi menepati kehendak yang ditetapkan oleh syarak. Perdermaan organ
juga telah melahirkan individu yang lebih bertanggungjawab untuk
menghulurkan bantuan antara satu sama lain tanpa mengira latar
belakang agama, bangsa dan bahasa. Oleh itu, kita mestilah sentiasa
mensyukuri nikmat kesihatan anggota badan yang dikurniakan oleh Allah
kerana ia merupakan anugerah yang terbesar dengan menghargainya
serta berkorban untuk kemaslahatan umat sejagat.

Anda mungkin juga menyukai