Anda di halaman 1dari 7

Bayan Linnas pada kali ini adalah merupakan pembaharuan kepada isu

pendermaan organ yang telah kami terbitkan dalam s iri Bayan Linnas pada
tahun 2015 yang lalu. Memandangkan terdapat keperluan untuk
memperluaskan organ-organ dan tisu yang boleh didermakan selaras
dengan perkembangan semasa dan penemuan perubatan masa kini, maka
kami telah membuat penambahan berkaitan isu di atas. Justeru, Bayan
Linnas pada kali ini kami tajukkan dengan Pembaharuan Pandangan
Hukum Berkenaan Pendermaan Organ dan Tisu.

Definisi Pendermaan Organ/ Tisu

Pendermaan organ/ tisu ialah proses mendermakan sebahagian organ atau


tisu daripada tubuh badan kita untuk tujuan pemindahan atau transplantasi
kepada orang lain yang memerlukan kerana kegagalan atau kerosakan
organ atau tisu tersebut. Selepas transplantasi (pemindahan) organ,
seseorang itu dapat meneruskan kehidupan dan hidup dengan kualiti ya ng
lebih baik. (Lihat Derma Organ di portal rasmi MyHEALTH Kementerian
Kesihatan Malaysia, http://www.myhealth.gov.my/derma-organ/)

Isu Pendermaan Organ

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangs aan bagi Hal Ehwal


Ugama Islam Malaysia Kali Pertama yang bersidang pada 23 -24 Jun 1970
telah membincangkan berkaitan Pemindahan Jantung dan Mata.
Persidangan telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung
orang mati kepada orang yang hidup adalah dib enarkan (harus) dalam
Islam, dan di atas kebenarannya pertimbangan -pertimbangan berikut
hendaklah diambilkira:

• Di dalam keadaan yang mendesak dan mustahak, bahawa nyawa


penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan
pemindahannya adalah difikirkan berjaya.
• Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah
dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya.
• Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak
ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggota -anggotanya
• Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma
sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau
dari kaum keluarga atau keluarganya di dalam kematian akibat
kemalangan.

Pemindahan organ juga dibenarkan bagi memenuhi tuntutan memelihara


nyawa manusia yang merupakan salah satu daripada tuntutan maqasid al-
Syariah (objektif Syariah). Ia berasaskan kepada beberapa sumber seperti
firman Allah SWT:

‫يد بِ ُك مُ ا لْ عُ ْس َر‬
ُ ِ‫يد ال لَّـهُ بِ ُك مُ ا لْيُ ْس َر َوََل يُر‬
ُ ِ‫يُر‬
Maksudnya: Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak
menghendaki kamu menanggung kesukaran.

Surah al-Baqarah (185)

Al-Qurtubi berkata: Dan wajah ayat ini bersifat umum pada lafaznya di
dalam semua perkara yang berkaitan agama. (Lihat al-Jami' li Ahkam al-
Quran, 1/201)

Syeikh al-Maraghi berkata: Sekiranya dilakukan tanpa menimbulkan


sebarang masalah atau kesukaran faktor orang yang melaksanakannya
memandangkan tiada sebab yang mengharuskan keringanan hukum pada
saat sedemikian. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 1/365)

Begitu juga hadith Nabi SAW berkenaan kemudharatan perlu dihapuskan,


seperti hadis daripada Abi Sai’d al -Khudri R.A, bahawa Rasulullah SAW
bersabda:

ِ ‫ََل ضَ رر وََل‬
‫ض َر َار‬ َ ََ
Maksudnya: “Tidak boleh melakukan perbuatan yang memudharatkan diri
sendiri dan orang lain.”

Riwayat Ibn Majah (2341) dan al-Daruqutni (4/228) dan


Imam Malik (2/746) dalam al-Muwatta’.

Imam Ibn Daqiq al-‘Id menyebut, bahawa al-Mahasini berkata: “Yang


dimaksudkan dengan merugikan adalah melakukan sesuatu yang
bermanfaat bagi dirinya, tetapi menyebabkan orang lain mendapatkan
mudharat.” Ini adalah pendapat yang benar. (Lihat Syarh al-Arba'in al-
Nawawiyyah fi al-Ahadith al-Sahihah al-Nabawiyyah, hlm. 83)

Sebahagian ulama berkata: “Yang dimaksud dengan kamu membahayakan


iaitu engkau merugikan orang yang tidak merugikan kamu. Sedangkan yang
dimaksudkan saling merugikan iaitu engkau membalas orang yang
merugikan kamu dengan hal yang tidak setara dan bukan untuk membela
kebenaran.” (Lihat al-Kafi Syarah Arba’in al-Nawawi, hlm. 302)

Begitu juga, terdapat banyak kaedah fiqh yang menunjukkan bahawa boleh
melakukan kemudharatan yang paling ringan antara dua kemudharatan.
Antaranya:
‫َّه َم ا‬ ِ ‫ض م ْف س َد ََت ِن روعِ ى أَعْ ظَم ه م ا ضَ ررا ِِب رتِ َك‬ ِ
ُ ‫أَخ ف‬
َ ‫اب‬ ْ ًَ َ ُ َ َ ُْ َ َ َ ‫ار‬ َ َ‫إ ذَ ا تـَ ع‬
Maksudnya: “Apabila bertembung di antara dua kemudharatan hendaklah
diraikan mudharat yang lebih besar dengan mengambil mudharat yang lebih
kecil.”

Mudharat yang lebih besar juga hendaklah dihilangkan dengan mengambil


mudharat yang lebih kecil berdasarkan kaedah:

ِ ‫َخ‬
َ ‫َّررِ ا أل‬ ِ
‫ف‬ َ ‫َش ُّد يـُ َزا ُل ِب ل ض‬
َ ‫َّر ُر ا أل‬
َ ‫ال ض‬
Maksudnya: “Kemudharatan yang berat hendaklah dihilangkan dengan
kemudharatan yang kecil.”

Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa,


peratusan jumlah penderma organ di Malaysia sebagai sebuah negara
Islam dilihat agak rendah berbanding peratusan penderma organ di negara
Islam lain seperti Iran dan Turki. Begitu juga fatwa hanya terhad kepada
pemindahan jantung dan mata sahaja.

Justeru KKM mencadangkan supaya dibuat semakan dan penambahbaikan


kepada Fatwa Kebangsaan yang telah dikeluarkan pada tahun 1970
berkenaan hukum pendermaan mata dan jantung yang telah difatwakan
sebagai harus untuk diperluaskan kepad a organ dan tisu yang lain yang
tidak dinyatakan di dalam fatwa sedia ada.

Atas asas tersebut, Bayan Linnas ini dikemukakan sebagai penjelasan


hukum terhadap pendermaan organ membabitkan jantung, mata dan organ -
organ yang lain.

Isu dan Permasalahan

Isu pendermaan organ ini membabitkan hukum syarak yang memerlukan


kepada pandangan yang tuntas dan memerlukan jawapan kepada persoalan
yang timbul. Perbincangan ini dimulakan dengan merujuk kepada ahli
ikhtisas dan pakar.[1]

Para ulama’ berbeza pandangan dalam isu pendermaan dan pemindahan


organ ini kepada dua pandangan iaitu harus dan haram.

Haram: Antara mereka yang berpandangan sebegini adalah Syeikh


Mutawalli al-Sya’rawi[2], Syeikh Ahmad bin Ahmad al-Khalili[3], Syeikh ‘Abd
al-Salam Rahim al-Sukkari[4], Sayyid Muhammad Qutbuddin[5] dan Syeikh
Sharif Muhammad ‘Abd al-Qadir.[6]

Harus: Secara umumnya, inilah pandangan majoriti pengkaji -pengkaji juga


institusi-institusi fatwa di seluruh dunia[7] termasuk Malaysia. Antara tokoh
yang mengharuskannya adalah Syeikh Jad al-Haq ‘Ali Jad al-Haq[8], Syeikh
‘Abd al-Rahman al-Sa’di, Syeikh Ibrahim al-Ya’qubi[9], Dr. Ahmad
Sharafuddin[10], Dr. Rauf al-Shalabi (beliau mengharuskannya dengan
syarat organ/anggota tubuh tersebut daripada penderma yang masih
hidup)[11], Dr. Abd al-Jalil Shalabi (bahkan beliau berpandangan ianya
wajib)[12], Dr. Mahmud ‘Ali al-Sartawi[13], Dr. Hashim Jamil Abdullah.[14]

Mengikut rekod, fatwa keharusan pemindahan dan pendermaan organ telah


dikeluarkan oleh Perlis (1965)[15], Sarawak (1996)[16], Selangor
(2000)[17], Johor (2001)[18] dan Pulau Pinang (2010)[19]. Manakala
Wilayah Persekutuan sudah pun mengeluarkan pandangan hukum
dalam Bayan Linnas “Pendermaan Organ (2015)[20], Al-Kafi Li Al-Fatawi
Ke- 528: Hukum Menerima Darah Dan Organ Daripada Non -
Muslim (2017)[21] dan Al-Kafi Li Al-Fatawi Ke- 114: Hukum Pemindahan
Dan Pendermaan Darah Silang Agama (2015)[22], Al-Kafi Li al-Fatawi Ke-
480: Mati Otak Namun Masih Terdapat Tindakan
Refleks (2016) [23] dan Irsyad al-Fatwa Ke-100: Adakah Brain Death Dikira
Sebagai Kematian.

Secara lebih umum, pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus


Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al -Bakri boleh dilihat dalam buku
beliau, Pemindahan dan Pendermaan Organ yang diterbitkan pada 2012
oleh PSN Publications.

Dalil Pengharaman[24]

Bagi para ulama’ yang berpegang bahawa pemindahan dan perdermaan


organ adalah haram, mereka berpegang kepada beberapa hujah.
Antaranya:

• Firman Allah SWT:

ِ‫وََل تـُ لْ قُ وا ِِبَي دِ ي ُك م إِ ََل ال تـَّه لُ َك ة‬


ْ ْ ْ َ
Maksudnya: “…dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke
dalam bahaya kebinasaan.”

Surah al-Baqarah
(195)
• Anggota badan dan seluruhnya pada hakikatnya adalah milik Allah
SWT. Maka, ianya diharamkan pengambilannya kerana tidak ada izin
daripada-Nya.[25]
• Kaedah “ ‫ح ي ٍّ؛ ف َ ه ُ َو ك َم ي ْ ت َ ت ِه‬
َ ‫ِم ْن‬ ‫ ” َم ا أ ُب ِ ي َن‬bermaksud “Semua yang
terpisah/terpotong dari yang hidup maka hukumnya sebagaimana
bangkainya.” Maka, apa jua organ dan tubuh badan yang terpotong
dari yang hidup, dikira sebagai najis. Di sisi mazhab Syafie,
pendermaan najis tidak dibenarkan.[26]
• Mereka menqiyaskan dengan pandangan Imam al -Nawawi berhubung
hukum haram mendermakan anggota tubuh badannya untuk dimakan
oleh mereka yang terpaksa selain dirinya.[27]

Dalil Keharusan[28]

Bagi para ulama’ yang berpegang bahawa pemindahan dan perdermaan


organ adalah harus, mereka berpegang kepada beberapa hujah:

• Firman Allah SWT:

ِ ‫وتـَ ع اونُوا ع لَى ا لْ ِبِ وال تـَّ ْق وى وََل تـَ ع اونُوا ع لَى ْاْلِ ِْْث وا لْ ع ْد و‬
‫ان‬ َ ُ َ َ ََ َ َ َ َ ََ َ
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat
kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong -tolongan pada
melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”

Surah al-Ma’idah (2)

• َ ‫ ” َم ا أ ُب ِ ي َن ِم ْن‬yang
Sekiranya, kita mengambil kaedah “ ‫ح ي ٍّ؛ ف َ ه ُ َو ك َم ي ْ ت َ ت ِه‬
bermaksud “Semua yang terpisah/terpotong dari yang hidup maka
hukumnya sebagaimana bangkainya”, dan menganggap organ dan
tersebut adalah najis, maka hukum rawatan dengan najis adalah
dimaafkan dan sah solat dengannya sebagaimana pandangan Imam
al-Nawawi[29]. Dalam masa yang sama, jumhur fuqaha’
berpandangan bahawa anak Adam adalah suci samada hidup atau
mati.[30]
• Ia termasuk dalam pengorbanan sebagaimana firman Allah SWT
Surah al-Ma’idah ayat 2[31] dan Surah al-Hasyr ayat 9[32].
Pengorbanan kepada orang sakit juga adalah sebahagian daripada
sunnah Nabi SAW.[33]
• Pendermaan organ diqiyaskan dengan jihad nyawa.

Sumber keharusannya juga berasaskan kepada beberapa kaedah -kaedah


fiqh iaitu:
• Segala urusan itu mengikut tuj uannya ( ‫اص دِ َه ا‬
ِ َ‫)ا ألُم ور ِِبَق‬
ُُْ
Dalam kaedah fiqh ini, sesuatu perbuatan dinilai berdasarkan niat dan
tujuan ia dilakukan. Tujuan pemindahan organ adalah bagi menyelamatkan
nyawa pesakit dan mampu mengelakkan kemudharatan yang lebih besar
dengan melakukan kemudharatan yang lebih ringan. Pemindahan organ
tidak dilakukan dengan niat jahat seperti menghina dan menyiksa mayat,
bukan untuk tujuan jual beli, bahkan dilakukan untuk menyelamatkan
nyawa.

• Kemudharatan perlu dihilangkan ( ‫َّر رُ يُ َزال‬


َ ‫[ )ال ض‬34]

Menghilangkan kemudharatan adalah salah satu tuntutan syarak. Dalam


konteks pemindahan organ, rawatan ini memenuhi matlamat pemeliharaan
nyawa manusia. Ganjarannya adalah suatu yang dijanjikan Allah menerusi
firman Allah SWT:

‫َّاس ََجِ يعً ا‬ ْ ‫اه ا فَ َك أ َََّّنَا‬


َ ‫أَح يَا ال ن‬ َ َ‫أَح ي‬
ْ ‫َومَ ْن‬
Maksudnya: “Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang
manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia
semuanya”

Surah al-Maidah (32)

Rawatan pemindahan organ adalah pilihan kepada mudharat yang paling


kurang berbanding kemudharatan yang besar. Apabila bertembung dua
mudharat, kaedah membenarkan kepada pemilihan kemudhara tan yang
lebih kecil. Dalam konteks pemindahan organ, kemudharatan yang besar
ialah membiarkan pesakit yang memerlukan organ itu meninggal dunia.
Kaedah ini meletakkan supaya keutamaan diberikan kepada menghindar
kerosakan. Organ apabila disumbangkan boleh memberi manfaat kepada
mereka yang masih hidup, apatah lagi jika organ itu tidak dimanfaatkan, ia
akan hancur juga apabila dikebumikan.

ِ ‫ال تـَّي‬ ِ
• Kesukaran membawa kepada kemudahan ( ‫س ْي‬ ْ ُ ‫ش قَّ ةُ ََتْ ل‬
‫ب‬ َ ‫)امل‬
َ
Pemindahan organ adalah suatu kemudahan bagi mengatasi kesukaran
yang dihadapi oleh pesakit-pesakit kegagalan organ peringkat akhir. Ini
bertepatan dengan ayat al-Quran “Allah mengkehendaki kamu beroleh
kemudahan, dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggun g kesukaran.”
(Surah al-Baqarah, ayat 185)

Syarak membenarkan kelonggaran kepada orang yang berada dalam


kemudharatan dengan membenarkan perkara yang haram bagi
menghilangkan kemudharatan yang menimpa, dengan syarat tidak ada
pilihan yang halal baginya. Da lam konteks ini, pilihan terakhir bagi
menyelamatkan pesakit ialah melalui rawatan pemindahan organ.

Kesimpulan

Dengan meneliti isu-isu dan masalah yang telah dikemukakan, pendermaan


organ dan tisu adalah harus dan amat digalakkan.

Dengan perkembangan semasa dan penemuan perubatan masa kini, maka


kami berpendapat perlunya diperluaskan organ -organ yang boleh
didermakan seperti buah pinggang, jantung, hati (heper), paru-paru dan
pankreas. Tisu-tisu yang boleh didermakan adalah mata, tulang, kulit dan
injap jantung. Akan tetapi, haram mendermakan atau melakukan
pemindahan testis dan rahim kerana ia berkait rapat dengan nasab
keturunan.

Begitu juga dengan kemajuan perubatan terkini, sewajarnya dikaji alternatif


seperti organ-organ tiruan atau pengambilan darip ada organ haiwan kerana
ia adalah jauh lebih baik daripada mengambil hak seseorang manusia. Hal
ini kerana keluar daripada khilaf adalah sunat dan digalakkan. Ini
sebagaimana yang telah kami cadangkan dalam siri Bayan Linnas
“Pendermaan Organ” pada tahun 2015 yang lalu. [35]

Alhamdulillah, Cadangan Semakan dan Penambahbaikan Fatwa


Berkenaan Organ dan Tisu ini telah dikemukakan kepada ahli-ahli
Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia dan mesyuarat telah bersetuju dengan cadangan
ini. Kami sendiri melihat akan keperluan untuk diperluaskan lagi konsep
derma organ dan tisu kerana maslahat masyarakat umat masa kini untuk
keselesaan hidup dengan sebab pendermaan seperti ini.

Semoga dengan kenyataan seperti ini akan menambahkan lagi semangat


rakyat Malaysia terutamanya orang Islam untuk menderma organ dalam
usaha mentahqiqkan maslahat pesakit selaras dengan prinsip ta’awun bi al-
bir wa al-taqwa.

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah semoga masyarakat Malaysia


sentiasa hidup dalam keadaan sihat, aman sentosa, penyayang,
kerahmatan dan kasih sayang serta saling bantu -membantu. Amin.

Akhukum fillah,

SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al -Bakri,

Anda mungkin juga menyukai