Anda di halaman 1dari 16

SYARIAH ISLAM

PENGERTIAN SYARIAH:
• Bahasa - syara’a, jalan yang lurus, sumber air
• Istilah :
a. Pembentukan dan penetapan peraturan berkaitan hukum-hukum bersifat praktikal (amali)
terhadap mukallaf dan semua perkara yang berkaitan dengannya (Abd Wahab Khallaf,
1985)
b. Perkara yang merangkumi hukum-hukum allah SWT terhadap seluruh perbuatan manusia
(al-Qardhawi,1997)
MAQASID SYARIAH
• Maqasid Syariah ialah maksud atau tujuan Syariah Islam dalam proses pensyariatan sesuatu hukum

• a. Memelihara agama

• Memelihara agama merupakan perkara paling utama bagi setiap muslim. Syariah menetapkan
hukuman bunuh bagi kesalahan murtad dan kewajipan berjihad memerangi golongan kafir harbi
yang menceroboh demi memelihara agama.
• Firman Allah SWT bermaksud:
• “Diizinkan berperang bagi orang-orang Islam yang diperangi oleh golongan penceroboh kerana
sesungguhnya mereka telah dianiaya.”
(al-Hajj, 22: 39)
• b. Memelihara nyawa

• Nyawa dan jiwa serta anggota tubuh badan adalah elemen yang amat penting bagi
seseorang manusia. Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh merosakkan
nyawa dan anggota tubuh badan manusia seperti mencedera dan membunuh orang
mahupun diri sendiri.
• Firman Allah SWT bermaksud:
“Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah maha penyayang
kepadamu.”
(al-Nisa’, 4: 29)
Syariah Islam menetapkan hukuman qisas bagi kesalahan membunuh dan
mencederakan anggota tubuh badan.
• C. Memelihara akal

• Akal merupakan suatu keistimewaan kurniaan Allah kepada manusia yang


membezakan mereka dengan makhluk-makhluk lain. Justeru, manusia wajib
memelihara akal daripada sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan
kewarasannya.
• Syariah Islam mengharamkan pengambilan arak dan dadah demi memelihara akal.
• Firman Allah SWT bermaksud:
• “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, berjudi, berkorban untuk
berhala, mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji termasuk
dalam amalan syaitan, maka jauhilah ia, agar kamu memperolehi keuntungan.”
(al-Maidah, 5: 90)
• d. Memelihara maruah dan keturunan

• Maruah dan keturunan yang mulia merupakan suatu penghormatan yang amat
dipelihara manusia. Syariah Islam melarang segala bentuk amalan yang boleh
mencemari maruah dan keturunan manusia seperti perbuatan mengumpat,
memfitnah, bergaul bebas, berzina dan meliwat.
• Firman Allah SWT bermaksud:
• “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan.”
(al-Isra’, 17: 32)
• e. Memelihara harta

• Syariah Islam mengharuskan manusia berusaha memiliki dan menguasai harta


dengan jalan yang sah dan jauh dari sebarang bentuk pencerobohan. Penguasaan
harta melalui jalan yang tidak sah seperti mencuri, merompak, amalan rasuah, riba,
berjudi dan menipu amat dilarang dan dikenakan hukuman yang berat.
• Firman Allah SWT bermaksud:
• “Dan lelaki dan perempuan yang mencuri hendaklah dipotong tangan mereka
sebagai satu balasan terhadap perbuatan yang mereka lakukan dan suatu hukuman
pencegahan dari Allah.”
(al-Ma’idah, 5:38)
• Harta yang diperolehi dari sumber yang halal ini juga perlu dibelanjakan ke jalan
kebaikan dan diredhai Allah dengan mengeluarkan zakat dan sedekan kepada yang
memerlukan
KEPENTINGAN SYARIAH DALAM
KEHIDUPAN
• 1. Untuk mendidik manusia
• Hakikatnya kehidupan manusia tidak terlepas dari ujian dan dugaan
• Firman Allah SWT bermaksud:
• “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan
mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang
dusta.”
• (Al-Ankabut : 2-3)
• Setiap ujian dan dugaan yang menimpa manusia adalah datang daripada Allah dan tujuannya adalah untuk
mendidik manusia agar lebih kuat dan menjadi insan yang lebih bertakwa. Syariat diturunkan bagi mendidik
manusia menghadapi segala ujian dan cubaan tersebut. Syariah menanamkan keimanan dan nilai-nilai amanah
dan kebenaran dalam jiwa seseorang itu. Sebahagaian dari program pendidikan dalam Islam ialah melalui
ibadah. Amalan ibadah yang disyariatkan oleh Allah ini memainkan peranan mendidik manusia supaya menjadi
ahli masyarakat yang berguna dan memberi manfaat kepada yang lain.
• 2. Penyelesai Masalah dalam kehidupan
• Syariah Islam merupakan satu peraturan yang bersifat universal dan global (Syumuliyyah). la merangkumi seluruh bidang
keperluan manusia yang meliputi aspek hubungan antara manusia dengan tuhan, hubungan sesama manusia dan alam
sekitar. Syariah memelihara lima tunjang yang menjadi pokok dan asas utama dalam memelihara keamanan dan
kesejahteraan seluruh umat manusia iaitu menjaga agama, nyawa, akal, maruah dan harta. Lima perkara tersebut dipanggil
sebagai maqasid Syariah.[4] Setiap permasalahan yang melibatkan kelima perkara ini akan diselesaikan berdasarkan
syariat Islam dengan menjadikan wahyu Illahi, hadis dan sunnah sebagai sumber rujukan utama. Syariat Islam digunakan
untuk menentukan sama ada sesuatu perkara itu wajib, harus, sunat, makruh atau pun haram dilakukan. Tujuannya adalah
untuk menjernihkan kekeliruan yang melibatkan bab-bab agama agar setiap perkara yang dilakukan mendapat keredhaan
Allah dan demi kemaslahatan manusia.

• Penghayatan yang kedua ini juga amat berkaitan dengan perhubungan masyarakat terutamanya dalam hubungan menjaga
hak asasi manusia dan tidak mencerobohinya. Jika berlaku pencerobohan maka hukuman tertentu menantinya.Hukuman
yang ditetapkan oleh syarak bukan semata-mata bertujuan untuk menghukum si penjenayah tetapi membendung
masyarakat dari melakukan jenayah tersebut. Bagi mencapai matlamat inilah disyariatkan agar melaksanakan undang-
undang jenayah Islam seperti hudud,qisas dan takzir.
• Firman Allah SWT bermaksud:
• “Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-
hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”
(al-Baqarah:229)
• 3. Penegak Keadilan

• Islam adalah agama yang adil dan seimbang. Tidak terlalu memberatkan malah memudahkan
• Firman Allah SWTbermaksud :
• “Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan”.
(Al-Hajj:78)
• Syariat islam adalah untuk memperjelaskan lagi segala garis panduan yang telah termaktub didalam kitab suci Al-
quran. Tujuannya adalah bagi memudahkan ummat manusia untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai
hukum-hukum syara’ berdasarkan dalil dan hujah yang terdapat didalam Al-quran , hadis dan sunnah Rasullullah
s.aw.
• Al-Quran mewajibkan setiap manusia berlaku adil di dalam segala urusannya, terutama daripada kalangan
pemerintah yang berkuasa.
• Firman Allah SWT bermaksud:
• Jika kamu menghukum manusia hendaklah kamu menghukum seadil-adilnya
(Al-Nisa' : 58)
• Keadilan syariah dapat dilihat dengan wujudnya kesamarataan di dalam mentaklifkan segala fardu ain. Setiap
manusia diwajibkan melaksanakan syariat Allah dan meninggalkan segala laranganNya tanpa ada kekecualian
kepada individu-individu tertentu. Keadilan akan menghasilkan pelaksanaan segala perintah Allah s.w.t dan
meninggalkan segala laranganNya.
KHILAFIYAH

• Khilafiyah dalam bahasa sering diartikan dengan “perbezaan pendapat, pandangan, atau sikap”. Masalah khilafiyah adalah
masalah yang hukumnya tidak disepakati para ulama. perbezaan pendapat di antara kalangan umat Islam bukan hanya terdapat
dalam masalah fiqh saja, tetapi khilafiyah juga mencakupi berbagai macam hal

• Faktor Penyebab Khilafiyah


 
a. Teks agama yang tidak qati’e
• Dalam sumber ajaran Islam, sering ditemukan ayat al-Qur’an atau hadis
• Rasulullah yang bersifat dzanni al-dalalah (memiliki berbagai kemungkinan makna). Diantara ayat al-Qur’an yang bersifat
dzanni al-dalalah adalah ayat 228 surah al-Baqarah sebagai berikut:
• …….‫روء‬
JJ‫ق‬ ‫ثة‬JJJ‫ث‬
‫انفسھن ال‬
JJJ‫تربصن ب‬JJ‫ات ی‬J‫مطلق‬JJ‫وا‬
‫ل‬
“Wanita-wanita yang ditalak, hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru’....”

• Dalam bahasa Arab, seperti dikatakan al-Raghib al-Isfahani kata alqar’u, memiliki dua makna, iaitu al-thuhru (suci) dan al-
haidah (haid atau menstruasi). Oleh karena kata ini memiliki dua makna, maka wajar terjadi khilafiyah di kalangan kaum
muslimin, ketika memahami perkataan tersebut.
b. Teks agama yang bertentangan

• Terdapat teks agama khususnya hadis yang bertentangan antara satu sama lain, misalnya teks hadis tentang
membaca surah al-Fatihah bagi makmum (Al-Tirmizi: 2003:80), yang berbunyi:
• ‫ال صالة لمن لم یقرأ بفاتحة الكتاب‬
• “Tidak sah solat, bagi orang yang tidak membaca surah al-Fatihah.”

• Menurut hadis ini, setiap orang yang melaksanakan solat, wajib membaca surah al-Fatihah. Makna hadis ini begitu
umum, iaitu mencakupi solat sendiri dan solat berjamaah. Dalam solat berjamaah, baik imam maupun makmum
wajib membaca surah al-Fatihah. Disamping itu, terdapat hadis lain (Ibnu Majah 2004:272), yang bertentangan
makna dengan hadis di atas, iaitu sebagai berikut: 
• “Orang solat menjadi makmum, maka bacaan imamnya sudah cukup mewakili bacaan makmum.”

• Menurut hadis ini, makmum tidak perlu membaca surah Al-Fatihah. Dengan kenyataan seperti ini, maka terjadilah
khilafiyah dalam kalangan umat Islam. Sebahagian umat Islam, ada yang mendirikan solat dengan membaca surah
al-fatihah ketika ia solat sendiri, maupun ketika solat berjamaah, baik ketika ia menjadi imam maupun ketika ia
menjadi makmum. Sebahagian lagi ada yang membaca surah al-Fatihah hanya ketika solat sendiri, dan ketika
menjadi imam solat berjamaah. Sedangkan ketika ia menjadi makmum, ia tidak membaca surah al-Fatihah.
c. Perbezaan dalam menerima sumber hukum.
• Perbezaan dalam masalah ini, adalah perbezaan ulama mujtahid dalam menetapkan sumber hukum Islam. Ada sebahagian
ulama yang hanya menerima dua sumber, iaitu al-Qur’an dan Hadis. sebahagian lagi ada yang menerima al-Qur’an, hadis,
ijma‘ dan qias. Bahkan sebahagian ulama yang lain menerima al-Qur’an, hadis, ijma’, dan qias, serta al-masalih al-mursalah,
‘amal ahli madinah dan sebagainya. Bagi kelompok yang menganggap sumber hukum Islam hanya al-Qur’an dan hadis,
maka segala yang dihasilkan oleh manusia, apakah ijma’ para sahabat, qias, amal ahli madinah, dan masalih al-mursalah,
tidak dapat dijadikan sumber hukum Islam. Sebaliknya, bagi kelompok yang menganggap sumber hukum Islam, tidak
terbatas pada al-Qur’an dan hadis, maka sumber-sumber selain al-Qur’an dapat dijadikan sumber hukum. Hujah kelompok
kedua ini, adalah bahwa banyak ayat al-Qur’an maupun hadis Rasulullah yang masih bersifat dzanni al-dalalah. Dalam
keadaan ini, ijma’ para sahabat, qias dan sebagainya boleh menjadi rujukan umat Islam.
 
• Salah satu contoh ajaran agama yang tidak secara tegas (qat'ie) disebutkan dalam al-Qur’an atau hadis, adalah zakat binatang
ternakan berupa ayam atau kuda. Bila yang dijadikan dalil adalah ayat atau hadis sahaja, maka ayam dan kuda tidak termasuk
kelompok binatang yang diwajibkan zakat kerana tidak terdapat dalil dalam dua sumber hukum tersebut, yang mengharuskan
kaum muslimin untuk mengeluarkan zakat ayam dan kuda. Padahal hasil yang diperoleh dari pemeliharaan ayam dan kuda
cukup besar, dan tidak kalah dari hasil pemeliharaan kambing,kerbau atau lembu. Oleh karena itu, perlu digunakan qias.
Kemudian muncullah sebuah hasil ijtihad berupa qias, yang mewajibkan zakat ayam atau kuda. Hasil qias inilah yang
dijadikan sumber hukum, tentang wajibnya zakat ayam atau kuda, bukan bersumber langsung dari al-Qur’an dan hadis.
Untuk mengambil jalan tengah antara dua golongan tersebut, ada yang memilih sumber hukum tersebut menjadi dua, iaitu
sumber primer (utama), dan sumber sekunder( sumber kedua). Yang termasuk sumber primer adalah al-Qur’an dan hadis.
Sedangkan yang termasuk sumber sekunder adalah ijma’, qias, al-masalih almursalah, amal ahl al-madinah, dan sebagainya.
d. Perselisihan mengenai kesahihan hadis.

• Perselisihan dalam hal ini sering terjadi, sebab beberapa sanad atau perawi hadis ada yang
diperselisihkan nilainya oleh ahli hadis. Si A, misalnya, sebagai perawi hadis, dapat diterima
riwayatnya oleh sebahagian ahli hadis, dan ia ditolak riwayatnya oleh ahli hadis yang lain.
Contohnya Abu Laila dianggap sebagai perawi hadis yang memenuhi syarat oleh sebahagian ahli
hadis. Oleh karena itu, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Laila, dikategorikan sebagai hadis
shahih oleh al-Bukhari. Sebaliknya, Abu Laila dianggap sebagai perawi hadis yang tidak
memenuhi syarat sebagai perawi hadis oleh sebahagian ahli hadis seperti al-Nasa’i. Oleh karena
itu, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Laila, dianggap sebagai hadis da’if oleh al-Nasa’i. Kesan
dari perbezaan penilaian ulama terhadap Abu Laila tersebut adalah hadis yang diriwayatkan oleh
Abu Laila, tidak selamanya sahih, tetapi bergantung kepada siapa yang menilai Abu Laila. Hadis
riwayat Abu Laila dapat menjadi sahih, jika yang menilainya adalah al-Bukhari dan menjadi daif,
bila dinilai oleh al-Nasa’i.
• Penyelesaian Terhadap Masalah Khilafiyah

• Menurut ulama hadis, bila terdapat hadis yang saling bertentangan dalam sesuatu
persoalan, maka terdapat beberapa cara untuk menyelesaikannya, iaitu:

a. al-Tarjih
• Dari segi bahasa, al-tarjih adalah menguatkan. Al-Tarjih, sebagai penyelesai dalam
masalah hadis ialah dengan melakukan penelitian terhadap hadis-hadis yang bertentangan,
untuk mengetahui hadis yang sahih dan hadis yang dhaif dan hadis yang lebih shahih
daripada hadis yang bernilai shahih saja, hadis yang bernilai mutawatir daripada hadis
yang bernilai ahad.
b. Al-Jam’u.
• Al-jam’u, dari segi bahasa bererti mengumpulkan. Dalam konteks hadis-hadis yang
bertentangan maksud, al-jam’u mengkompromikan maksud hadis yang bertentangan, sehingga
tidak lagi bertentangan. Komprominya, ialah dengan menganggap bahwa hadis yang
mewajibkan membaca al-fatihah adalah ketika solat bersendirian manakala hadis yang tidak
mewajibkan membaca al-fatihah adalah ketika solat berjamaah bagi makmum.

c. Nasikh Mansukh
• Jika kaedah al-tarjih dan al-jam’u, tidak dapat menyelesaikan hadis-hadis yang bertentangan
maksud, maka kita boleh menggunakan kaedah ketiga, iaitu al-nasikh wa al-mansukh. Nasikh,
dari segi bahasa, adalah menghapus, atau membatalkan. Sedangkan mansukh adalah yang
dihapus atau dibatalkan. Menurut ulama hadis, nasikh mansukh hadis adalah membatalkan
atau menghapus berlakunya hukum yang ditetapkan terlebih dahulu, dengan adanya atau
munculnya hukum baru yang ditetapkan setelahnya. Contohnya terdapat dua hadis yang
bertentangan dari segi matan. Untuk menyelesaikannya menggunakan kaedah nasikh mansukh,
hadis yang menyuruh sahabat untuk menulis hadis sebagai nasikh dan hadis yang melarang
sahabat untuk menulis hadis ialah mansukh. 

Anda mungkin juga menyukai