Anda di halaman 1dari 10

RANGKA KERJA SYARIAH UNTUK KEWANGAN ISLAM

DEFINISI SYARIAH

Dari segi bahasa, secara etimologi, syariah bermaksud pandangan dan jalan yang lurus. Ia juga
berkongsi kata dasar dengan perkataan syur’at al-ma’ yang beerti tempat keluar air yang
digunakan untuk minuman Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :

… untuk setiap umat antara kamu, Kami berikan kamu aturan, yakni syariah atau jalan yang
terang … (Surah al-Maidah :48)

Dari segi istilah pula, undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah.Syariah secara umumnya
bermaksud segala perintah yang diwahyukan oleh Allah s.w.t ke atas manusia dari segi akidah,
amaliyyah dan akhlak. Namun dalam pengertian yang khusus, syariah merujuk kepada perintah
Allah s.w.t dari segi amaliyyah sahaja. Aspek amaliyyah merujuk kepada amalan dan aktiviti
zahir manusia. Dalam pengertian yang khusus ini, syariah tidak melibatkan aspek akidah kerana
akidah merujuk kepada pegangan dan kepercayaan hati manusia, manakala akhlak pula lebih
merujuk kepada urusan pembersihan hati dan jiwa manusia.

KOMPONEN SYARIAH

(1) IBADAH

-Ibadah dari segi bahasa ialah merendah diri, tunduk, patuh , taat, menghina diri, dan
menghambakan diri kepada sesuatu.

-Ibadah dari segi istilah pula ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t, mengikut
peraturan, melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah s.w.t sebagaimana yang
ditetapkan dalam al-quran dan al-sunnah.

-Ibadah mempunyai tiga bahagian iaitu :

i)Ibadah Qalbiyyah

Ibadah yang berkaitan dengan hati.Contohnya, rasa takut, harap, mahabbah dan lain-lain.

ii)Ibadah Lisaniyyah Qalbiyyah


Ibadah berkaitan lisan dan hati.Contohnya, tahlil, tahmid, tasbih, takbir dan lain-lain.

iii)Ibadah Badaniyyah Qalbiyyah

Ibadah berkaitan anggota fizikal dan hati.Contohnya, solat, zakat, puasa dan haji.

-Terdapat dua jenis ibadah, iaitu ibadah khusus dan ibadah umum :

i)Ibadah Khusus

Ibadah utama yang telah ditentukan cara-cara dan syarat-syaratnya.Contohnya, solat, zakat,
puasa, haji dan umrah.

ii)Ibadah Umum

Termasuk semua kegiatan hidup manusia. Jika pelaksanaannya menepati atau tidak
bercanggah dengan ajaran islam, makai a akan dinilai sebagai ibadah.Contohnya, ekonomi,
politik, jihad, muamalat, munakahat dan jenayah.

-Syarat penerimaan ibadah ialah ikhlas dan mestilah menepati syariat islam.

(2)MUAMALAT

-Muamalat dari segi bahasa ialah berasal dari perkataan arab bermaksud saling bertindak,
saling membuat dan saling mengamalkan.

-Muamalat dari segi istilah pula ialah aturan Allah yang wajib ditaati yang mengatur
hubungan manusia dengan manusia dalam kaitannya dengan cara memperoleh dan
mengembangkan harta benda.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Mulk ayat 15 yang bermaksud :

Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakanm, maka berjalanlah di merata-
rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan
ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) dibangkitkan (maka hargailah
nikmatnya dan takutilah kemurkaannya).

Sabda Nabi s.a.w :


Kerja lelaki itu dengan tangannya dan jualan yang baik. (Riwayat Al-Bazzar).

-Prinsip muamalat :

i)Konsep Rububiyah

Menjelaskan tentang peraturan Allah bagi menyusun rezeki dan aktiviti ekonomi manusia
dan dialah pemilik sebenar segala sesuatu.

ii)Konsep Uluhiyyah

Konsep pengabdian merangkumi hubungan manusia dengan penciptanya dan manusia


sesama manusia.

iii)Konsep Tazkiyyah

Menjelaskan penyucian jiwa dan harta. Harta disucikan dengan zakat dan sedekah, manakala
jiwa disucikan dengan asuhan bersikap pemurah (tidak bersikap bakhil) terhadap rezeki yang
dikurniakan oleh Allah.

iv)Konsep Manusia Sebagai Khalifah

Manusia adalah pemegang Amanah dan mempunyai tanggungjawab yang perlu


dilaksanakan. Peranan khalifah adalah memakmurkan bumi. Khalifah mestilah bersikap adil
dan tidak melakukan kerosakan.

v)Konsep Persaudaraan Dan Pengorbanan

Persaudaraan adalah sebahagian daripada keimanan. Rasa kasih saying, sifat hormat-
menghormati, bertanggungjawab dan rela berkorban untuk saudaranya adalah tanda iman
seseorang. Oleh itu, tindas, menindas, memeras, bakhil dan seumpamanya tidak wujud dalam
pengamalan muamalat islam.

vi)Konsep Al-Falah Sebagai Matlamat Aktiviti Muamalat

Al-Falah ialah kejayaan didunia dan di akhirat. Kebendaan bukanlah matlamat hidup, tetapi
adalah sebagai wasilah bagi mencapai al-falah dengan mentaati Allah seperti membayar
zakat, wakaf dan bersedekah.

vii)Konsep Hak Milik


Segala harta, kekayaan dan sumber di bumi di bumi ini merupakan kepunyaan Allah. Dia
mengamanahkan anugerah ini kepada sesiapa yang dikehendakinya supaya diurus dan
dimanfaati secara kehendaknya.

-Cara bermuamalat islam :

1)Mencari harta kekayaan dengan cara yang baik dan diredhai oleh Allah s.w.t

2)Mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia dalam menjalankan urusan ekonomi dengan


pihak yang lain seperti amanah, adil, jujur, tidak menipu dan lain-lain.

3)Menjalankan sesuatu kegiatan ekonomi yang dapat memberi faedah kepada seluruh
manusia.

4)Semua kegiatan yang dijalankan hendaklah berteraskan keimanan dan ketakwaan kepada
Allah s.w.t dan syariat islam.Keimanan kepada Allah merupakan benteng untuk menghalang
seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang tidak diingini.

5)Semua kegiatan yang dijalankan bertujuan menjalinkan hubungan baik sesama


manusia.Kebaikan-kebaikan yang dilakukan semasa menjalankan kegiatan ekonomi secara
tidak langsung akan memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesame islam dan yang
bukan islam.

(3)MUNAKAHAT

-Munakahat dari segi bahasa ialah ikatan atau simpulan.

-Munakahat dari segi istilah pula ialah suatu ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan
dan batas hak dan kewajipan serta bertolong-tolongan di antara seorang lelaki dengan
seorang perempuan yang diantara keduanya bukan mahram.

Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah s.w.t dan digalakkan di dalam islam serta
dituntut oleh hukum syarak, sebagaimana sabda Rasulullah s.w.t yang bermaksud :

“Nikah itu sunnahku, maka barang siapa membenci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan
dari golonganku.” (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)
(4) JENAYAH

-Jenayah bermaksud kesalahan-kelasalahan yang dinyatakan hukumannya dalam al-quran,


as-sunnah dan sebahagian daripada mahkamah.Hukum melaksanakan hukuman jenayah
dalam islam adalah wajib.

Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 178 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman “qisas”


(balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh, iaitu : orang yang
mereka dengan orang yang mereka, hamba dan perempuan dengan perempuan.

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA meriwayatkan bahawa sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Tidak halal darah (nyawa) seseorang muslim yang mengucap bahawa tiada tuhan selain
Allah s.w.t dan bahawa aku Rasulullah s.a.w melainkan satu daripada tiga, iaitu orang yang
sudah berkahwin melakukan zina, membunuh haiwan dan orang yang meninggalkan agama,
keluar daripada Jemaah islam.” (Riwayat Muslim)

-Hukuman kesalahan jenayah ialah hudud, qisas, takzir dan sebagainya.

MAQASID SYARIAH

Perkataan maqasid dari sudut bahasa merupakan jamak kepada perkataan maqasad yang
membawa maksud pegangan, punca, sasaran, kelurusan, keadilan dan kesederhanaan.Dengan
lain perkataan, istilah ini merujuk kepada maksud objektif, tujuan, niat yang membawa erti
berasaskan kenyataan atau fakta sebenar.Manakala syariah berasal daripada perkataan syara’a
yang bermaksud sumber air yang tidak pernah putus dan terus mengalir, memulai sesuatu
pekerjaan dan menjelaskan, menerangkan serta menunjukkan jalan.Dari segi istilah pula ia
merangkumi keseluruhan apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada umat manusia melalui
Rasul-Nya nabi Muhammad s.a.w .

KOMPONEN MAQASID AL-SYARIAH

1.Hifz al-Din (Menjaga Agama)


Dalam konteks Malaysia, memelihara agama bermakna untuk mengelakkan apa-apa yang
mungkin melanggar apa-apa yang mungkin melanggar dan memusnahkan asas-asas, yang
termasuk mempertahankan negara dan kedudukan islam sebagai Agama Persekutuan dan
agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni sebagaimana yang
termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

2.Hifz al-Nafs (Menjaga Nyawa)

Memelihara nyawa adalah memelihara maruah, persaudaraan dan kesaksamaan social,


keadilan, keselamatan hidup, harta dan maruah, pemerintahan yang baik, mengurangkan
kadar kemiskinan dan memenuhi keperluan pekerjaan, pengagihan saksama pendapatan
dan kekayaan, perkahwinan dan kehidupan keluarga yang stabil, perpaduan sosial dan
pengurangan jumlah jenayah serta keamanan dan kestabilan.

3.Hifz al-Aql ( Menjaga Akal)

Pemeliharaan akal ertinya memberi perlindungan kepada akal manusia dari apa-apa yang
akan merosakkan.Akal wajib dipelihara dan dipupuk dengan nilai-nilai mulia dan ilmu
pengetahuan yang bermanfaat. Semua unsur-unsur yang menjurus pada kehilangan dan
merosakkan akal serta pemikiran seperti arak, dadah serta filem yang merosakkan, sudah
semestinya dibanteras dan dihalang dengan segera.

4.Hifz al-Nasal (Menjaga Keturunan)

Konsep memelihara keturunan melibatkan perlindungan dan pemeliharaan keturunan. Ia


adalah penting untuk membentuk masyarakat yang sihat, produktif dan berkesan.
Keturunan wajib dipelihara demi menjaga sistem sosial dalam masyarakat.Apabila
keturunan telah rosak dengan sebab menyalahi agama dan tabi’e manusia seperti
penzinaan, liwat, lesbian, gay, dwiseksual dan sebagainya, maka struktur sosial akan
menjadi kacau bilau dan akhirnya akan runtuh jalur keturunan yang suci serta
merosakkan maruah agama, bangsa dan negara.
5.Hifz al-Mal (Menjaga Harta)

Memelihara harta bermakna melindungi kekayaan masyarakat daripada kehancuran dan

dari peralihan harta ke tangan orang lain dengan cara yang tidak sah termasuk larangan
terhadap ketidakadilan, menafikan hak dan sebagainya. Sebagai pemerintah wajib
memlihara dan mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba, penipuan, rasuah,
monopoli yang tidak seimbang, cetak rompak, menipu hak intelek, manipulasi pasaran
dan segala bentuk penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi akan merugikan.

KAEDAH-KAEDAH FIQH BERKAITAN KEWANGAN ISLAM

Kaedah fiqh adalah suatu ilmu yang berkaitan penjelasan tentang hukum-hukum yang
umum.Kaedah fiqh boleh ditakrifkan sebagai hukum syarak secara keseluruhan yang
merangkumi pelbagai masalah hukum fiqh. Terdapat pelbagai kaedah fiqh yang telah
diperkenalkan oleh para ulama’ bagi menyelesaikan permasalahan-permasalahan baru yang
timbul saban hari. Kaedah-kaedah yang diperkenalkan jelas memberi impak yang positif dalam
memelihara kemaslahatan ummah kini.

 Al-Umar Bi Maqasidiha
Kaedah ini membawa maksud tiap-tiap perkara itu menurut tujuannya atau setiap perkara
diambil kira berdasarkan niatnya. Oleh itu amalan-amalan yang dilakukan oleh mukallaf
bergantung kepada apa yang diniatkannya.Contohnya semasa akad jual beli penjual dan
pembeli hendaklah disertakan niat semasa akad jual beli berlangsung, jika tidak disertai
dengan niat maka jual beli tersebut tidak sah.
 Al-Yakin La Yazulu Bi al-Syak
Kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang telah diyakini, tidak akan hilang dengan
wujudnya syak melainkan dengan adanya dalil yang mengubah hukum
tersebut.Contohnya kehalalan sesuatu kontrak sehingga dibuktikan dengan sebaliknya.
 Al-Masyaqqah Tajlibu al-Taysir
Kaedah ini bermaksud apabila terdapat kesukaran atau kesulitan daam melakukan
perintah Allah, maka perintah itu diringankan iaitu tidak seperti asal.Contohnya dalam
konsep takaful dengan reinsurance, bai tawarruq dan sebagainya.
 Al-Darar Yuzal
Kaedah ini bermaksud kemudaratan dihilangkan.Ia digunakan dalam menentukan hukum
bagi masalah baharu yang menimbulkan kerosakan pada orang lain, termasuklah sesuatu
yang menjadi hak mereka.Contohnya jika seseorang itu membeli barang tetapi rupa-
rupanya barang tersebut rosak, maka dia mempunyai hak untuk membatalkan urusan jual
beli ini kerana mudarat mesti dihilangkan melainkan jika bersetuju untuk diganrtikan
dengan barang lain.
 Al-Adat Muhakkamatun
Kaedah ini bermaksud adat diterima sebagai hukum.Ia merangkumi cara pelaksanaan
akad-akad seperti verbal atau online.

PERANAN IJTIHAD DAN MUJTAHID DALAM PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM

Ijtihad adalah suatu proses pengeluaran hukum-hukum syarak dari dalil-dalilnya.Ijtihad


dilakukan bagi mengeluarkan hukum bagi isu-isu yang timbul yang tidak terdapat jawapannya
dalam al-quran dan al-sunnah.Bagi sesuatu yang telah dinyatakan hukum maka tidak lagi
dibenarkan berijtihad.Mujtahid ialah para ulama’ yang melakukan ijtihad perlu memenuhi
syarat-syaratnya.Ijtihad yang benar akan mendapat dua pahala, manakala yang salah akan
mendapat satu pahala sahaja.

IJTIHAD DALAM KEWANGAN ISLAM

Ijtihad dalam kewangan islam ialah semasa melaksanakan kolektif (ijtihad jamaie) melalui
jawatankuasa syariah (AJS). Penasihat syariah dalam sesuatu jawatankuasa syariah terdiri dari
latar belakang syariah dan juga bukan syariah.Bilangan yang ditetapakan oleh Bank Negara
Malaysia untuk bank dan takaful antara 3-5 sekurang-kurangnya.Penasihat syariah perlu
mempunyai kemampuan untuk berijtihad.Proses kepatuhan syariah dalam sesebuah institusi
kewangan islam itu dilaksanakan melalui fungsi beberapa unit seperti unit Syariah Review,
Syariah Audit, Syariah Risk Management dan sebagainya.

TUGAS PENASIHAT SYARIAH DI BANK-BANK ISLAM

Jawatankuasa Syariah bertanggungjawab untuk memberikan nasibat objektif dan wajar kepada
IFI bagi memastikan matlamat dan operasi, perniagaan, hal ehwal dan aktivitinya mematuhi
syariah ini termasuk :

(a) Memberikan keputusan atau nasihat kepada IFI mengenai penggunaan sebarang
ketetapan MPS atau piawaian mengenai perkara syariah yang terpakai kepada
operasi, perniagaan, hal ehwal dan aktiviti-aktiviti lain.
(b) Memberikan keputusan atau nasihat tentang perkara yang memerlukan rujukan.
(c) Memberikan keputusan atau nasihat mengenai operasi, perniagaan, hal ehwal dan
aktiviti yang boleh mencetuskan peristiwa ketidakpatuhan syariah.
(d) Menyokong langkah pembetulan untuk menangani kejadian ketidakpatuhan syariah.

Anda mungkin juga menyukai