Anda di halaman 1dari 41

EPPD 2033 PERNIAGAAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

TUGASAN INDIVIDU

NAMA : ASVINNIY A/P NADARAJAN

NO.MATRIK : A172151

FAKULTI : FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

PENSYARAH : PROF. MADYA DR. MOHD. HIZAM BIN HANAFIAH


Bab 1 : Asas – Asas Dan Perniagaan Mengikut Persepektif Islam

Soalan 1

Huraikan maksud Aqidah, Syariah, dan Akhlak di dalam Islam

1. Aqidah

Aqidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau
satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat
Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak
bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah
yang betul atau sebaliknya
Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan
ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan
adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah
sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya
patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan
dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan
dilaksanakan dalam kehidupan
Pengertian Aqidah
Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah
swt dan sifat-sifat kesempurnaanNya.
Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya
tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah
swt
Aqidah sebenar adalah Aqidah yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah

2. Syariah

Manusia mempunyai peraturan hidup ataupun undang-undang. Di dalam Islam, peraturan hidup
ini dinamakan syariah yang meliputi peraturan hidup individu, masyarakat dan negara. Malah,
peraturan ini mencakupi semua bidang kehidupan manusia seperti upacara keagamaan, moral,
keluarga, sosial, ekonomi, kewarganegaraan, sistem kehakiman, undang-undang perang serta
perdamaian dan hubungan antarabangsa. Sekarang mari kita memahami istilah syariah secara
lebih mendalam.

2
Konsep syariah

Secara etimologi, syariah bermaksud pandangan dan jalan yang lurus. Ia juga berkongsi kata dasar
dengan perkataan syur’at al-ma’ yang bererti tempat keluar air yang digunakan untuk minuman.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

… untuk setiap umat antara kamu, Kami berikan kamu aturan, yakni syariah atau jalan yang
terang …
(Sural al-Maidah: 48)

Dari segi istilah, syariah secara umumnya bermaksud segala perintah yang diwahyukan oleh Allah
s.w.t. ke atas manusia dari segi akidah, amaliyyah dan akhlak. Namun dalam pengertian yang
khusus, syariah merujuk kepada perintah Allah s.w.t. dari segi amaliyyah sahaja. Aspek amaliyyah
merujuk kepada amalan dan aktiviti zahir manusia. Dalam pengertian yang khusus ini, syariah
tidak melibatkan aspek akidah kerana akidah merujuk kepada pegangan dan kepercayaan hati
manusia, manakala akhlak pula lebih merujuk kepada urusan pembersihan hati dan jiwa manusia.

Syariah merupakan kosa kata bahasa Arab yang secara zahirnya berarti “sumber air” atau
“sumber kehidupan”. Di dalam Mukhtar al-Sihah dinyatakan Syariah ialah sumber air dan ia
merupakan tujuan bagi orang yang akan minum. Syariah adalah sesuatu yang sudah ditentukan
Allah s.w.t terhadap hamba-Nya berupa agama (jalan hidup) yang benar. Al-Qur’an
mengaplikasikan kata syariah dalam arti agama, atau dalam maksud jalan yang ditetapkan oleh
Allah s.w.t. Syariah acap kali di aplikasikan sebagai kata din dan millah yang bermakna seluruh
hukum undang-undang yang berasal dari Allah s.w.t yang terdapat dalam al-Qur’an dan hadis
yang bersifat qat’I atau terang nas nya.

3
Secara etimologi pula, Syariah bermaksud pandangan dan jalan yang lurus. Ia juga
berkongsi kata dasar dengan perkataan syur’at al-ma’ yang bererti tempat keluar air yang
digunakam untuk minuman. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :

… untuk setiap umat antara kamu, Kami berikan kamu aturan, yakni syariah atau jalan yang
terang …
(Sural al-Maidah: 48)

Dari segi istilah, syariah secara lazimnya bermaksud seluruh perintah yang diwahyukan
oleh Allah s.w.t. ke atas manusia . Syariah boleh dibahagikan kepada ibadat dan muamalat. Ibadat
membawa maksud pengabdian terhadap Allah s.w.t. dan Allah s.w.t adalah pencipta manusia
manakala manusia hanyalah hamba kepadanya. Ibadat khusus menitikberatkan aspek-aspek
praktikal mengenai penyembahan kepada Allah s.w.t dalam hubungan manusia dengan allah
manakala muamalat pula menitikberatkan perihal kehidupan manusia dan juga hubungan manusia
dengan manusia. Dalam ibadat khusus, ia dikerjakan mengikut garis panduan dan tunjuk ajar
Rasulluah s.w.t manakala di dalam urusan muamalat, perkara yang haram adalah wajib
ditinggalkan, dan manusia seharusnya mengerjakan perintah Allah s.w.t yang tidak bertentangan
dengannya.

3. Akhlak

Akhlak secara bahasa berasal dari bahasa Arab “Al Khulk” yang bermaksud sebagai tabiat,
perangai, pekerti, dan sifat seseorang. Jadi akhlak seseorang diartikan sebagai budi pekerti yang
dimiliki oleh seseorang berhubungan dengan sifat-sifat yang ada pada dirinya. Kata akhlak
berdasarkan istilah terutamanya dalam islam dimaksudkan sebagai sifat atau perangai yang sudah
menempel dalam diri seseorang dan umumnya akan ternampak dari perilaku orang tersebut.
Seseorang yang memiliki sifat baik lazimnya akan mempunyai perangai atau akhlak yang bagus
juga dan begitu juga sebaliknya seseorang yang memiliki perangai yang tidak baik cenderung
memiliki akhlak yang tercela. Kata akhlak diceritakan dalam firman Allah pada ayat berikut ini :

َّ ‫خالِ َصةٍ ِذك َْرى‬


‫الد ِار‬ ُ َ ‫ِإن َّا أ َ ْخل َْصن‬
َ ‫اه ْم ِب‬
Sesungguhnya Kami telah mensucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka)
akhlak yang tinggi yaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat.
(QS Shad : 46).

4
Akhlak Islam pula didefinisikan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang
membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Allah
s.w.t. Akhlak seseorang muslim seharusnya menzahirkan perbuatannya, perilakunya,
pertuturannya, budi bahasanya dan perwatakannya yang mencerminkan peribadi seorang muslim
yang beraqidah dan mengamalkan syariat islam. Dalam konteks inilah, akhlak yang dikehendaki
dalam Islam itu berbeza daripada konsep etika atau moral yang dicipta oleh manusia dan
bukannya asas pemikiran manusia semata-mata. Akhlak Islam lebih bersifat menyeluruh dari segi
luaran dan dalaman, zahir dan batin. Ia berasaskan kepada nilai-nilai mulia yang tetap, pasti dan
tidak berubah-ubah serta bersumberkan kepada wahyu. Bagaimanapun, perubahan dan perbezaan
dinamik masyarakat turut diambil kira dalam sistem akhlak Islam selagi ia tidak bercanggah
dengan sumber wahyu tersebut.

Soalan 5 (Bab 1)

Bincangkan keadaan-keadaan keperluan manusia dalam kehidupan di dunia berlandaskan


konsep islam

Perlaksanaan syariah dan ajaran Islam keseluruhannya bertujuan untuk menyelamatkan


dan memelihara kemaslahatan kehidupan manusia dan mengelakkan segala keburukan. Dari aspek
ajaran islam, secara terang Syariah bukan sahaja memberi panduan beribadat secara khusus tetapi
juga merangkumi berbagai-bagai keperluan dan aturan hidup. Keperluan asasi hidup manusia
yang universal adalah merangkumi perkara-perkara berikut seperti makan-minum, perumahan,
pakaian, kesihatan, pendidikan, sistem (kenegaraan) dan keselamatan. Terdapat tiga tahap
keperluan manusia. Diantaranya adalah :

1. Keperluan Daruriyyah (Darurah)

Keperluan daruriyyah adalah keperluan asas bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan
manusia di dunia dan di akhirat. Sekiranya keperluan daruriyyah tidak wujud,maka rosaklah cara
hidup manusia dan ia boleh membawa kehancuran, sama ada pada peringkat individu mahupun
negara. Keperluan asas daruriyyah ini boleh dibahagikan kepada lima perkara yang menjadi
tunjang kehidupan manusia iaitu agama, jiwa, akal, keturunan (nasab) dan harta. Ahli masyarakat
ini terdiri dari golongan fakir miskin yang sangat daif dan mengalami kesempitan hidup
contohnya seperti berpakaian compang-camping, tidak mempunyai rumah jika ada pun sekadar
tempat “berteduh” yang sangat daif dan makan- minum ibarat kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang.

5
2. Keperluan Hajiyyah (Haajiah)

Keperluan hajiyyah merupakan kebutuhan yang penting bagi manusia untuk menjamin
kelapangan hidup mereka, sekaligus menghilangkan kesempitan yang umumnya membawa
kesulitan dan kesukaran. Apabila maqasid ini tidak diambil kira, maka banyak kesukaran akan
dihadapi oleh manusia meskipun tidak ke tahap kehancuran sistem kehidupan manusia seperti
dalam keperluan daruri. Ahli masyarakat yang dapat memenuhi keperluan ini dipanggil masyakat
kelas menengah (middle class society), meraka dapat memenuhi keperluan asas hidup dengan baik
seperti penjagaan kesihatan, makan-minum, amalan pemakanan yang sempurna dan kenderaan
yang baik seiring dengan kemampuan taraf hidup mereka. Maka hajat mereka dapat diraikan.

3. Keperluan Tahsiniyyah ( Kamaliyyat)

Ahli masyarakat pada tahap ini mampu memperoleh pelbagai keperluan melebihi
keperluan asasi sehingga dianggap sebagai mempunyai tahap kemewahan di mana Allah s.w.t
mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka. Kekayaan harta benda mereka
sehingga mereka mampu memiliki rumah dan kenderaan yang mahal dan besar, mendapatkan
rawatan swasta yang mahal dan berbelanja kepada barang-barang yang mahal bersesuaian
terhadap kemampuan hidup mereka yang serba mewah.

Soalan 7 (Bab 1)

Bincangkan prinsip-prinsip perniagaan dalam islam. Huraikan persamaan dan perbezaan


yang wujud berbanding dengan prinsip perniagaan dari barat.

Di barat, mereka juga mempunyai prinsip-prinsip perniagaan, prinsip ini di ikuti melalui
suatu bentuk falsafah yaitu mengikut fikiran akal manusia semata-mata. Falsafah merupakan
suatu tunjang ilmu. Perlu diakui bahawa falsafah adalah kajian yang menyeluruh akan hakikat
ilmu. Teori falsafah Yunani (barat) kelihatan terawang-awangan dan mungkin ada kontradiksi
dengan penelitian penemuan sains hari ini adalah karena tiadanya panduan wahyu Allah SWT..
Terdapat beberapa asas prinsip-prinsip perniagaan di dalam islam mengikut al-Quran dan al-
Hadis. Di antaranya adalah asas kejujuran dan amanah, asas kebenaran (benevolence), asas
kebebasan (free will), asas kesimbangan (equilibrium), asas keadilan sosial, asas tanggungjawab
(responsibility), asas tolong-menolong (Ta’awun) dan juga asas tauhid. asas kebenaran
(benevolence)

6
Prinsip pertama, asas kejujuran dan amanah dalam jual beli. Islam menitik beratkan asas
kejujuran dan amanah didalam kehidupan manusia supaya manusia sentiasa berlaku jujur dan
tidak melakukan sebarang penipuan ketika berurus niaga. Rasullulah s.w.t pernah bersabda “Tidak
dibenarkan seorang muslim menjual satu jualan yang mempunyai aib, kecuali ia menjelaskan
aibnya”. Pada arus kemodenan hari ini, barat menepati asas kejujuran dengan tidak
menyembunyikan kecacatan barang yang dijual kepada bakal pembeli. Walaubagaimanapun,
prisip asas kejujuran dan amanah ini berlawanan dengan prinsip “Utilitarian” barat. Teori ini
adalah salah satu aliran dalam teleologis iaitu teori akibat. Mereka melihat akibat dan natijah baik
sebagai matlamat kerja mereka. Ianya diasaskan oleh pemikir Jerman iaitu Jeremy Benthan (1784-
1832) dan John Stuart Mill (1806-1873). Mereka beryakini kebaikan yang dimaksudkan
merupakan yang terbaik dan untuk dinikmati oleh seramai mungkin manfaat perbuatan itu. Bagi
mereka ungkapan seperti “jangan membohongi” dan “tepatilah janji’ merupakan sesuatu yang
umum. Hal ini boleh dilanggar seandainya ada kebaikan yang lebih besar. Teori ini
mengakibatkan manusia mula menjadi alat kajian sains. Mereka berkeinginan berfikir semaksima
yang mungkin untuk menyenangkan manusia dengan menghindarkan beberapa nilai prinsip islam.

Prinsip kedua adalah asas kebenaran (benevolence). Asas kebenaran ini dimaksudkan
adalah kebenaran universal yang mana semua aktiviti perniagaan mestilah benar menurut Syariah.
Ini termasuklah merangkumi niat awal yang hak iaitu niat berniaga kerana Allah S.W.T, tata cara
yang benar dan baik dalam empat aktiviti perniagaan iaitu pengolahan, penggunaan,kontrak jual
beli, dan juga pengagihan. Prinsip ini berlawanan dengan prinsip “machavellian" barat iaitu
matlamat menghalalkan cara. Walaubagaimanapun, sikap menepati janji dan berkata benar yang
melampau sehingga membinasakan masyarakat dan sistem pemerintahan juga adalah dilarang
dalam Islam. Berjanji dengan kelompok "musuh", bercakap benar dengan "musuh" secara terang
dilarang di dalam islam. Hal ini hakikatnya memerlukan pertimbangan semasa. Hal inilah yang
menjadikan Islam sebagai agama yang waqii'yyah iaitu mengikut zaman dan tempat.

Prinsip ketiga adalah prinsip kebebasan (free will) dan bertanggungjawab (responsibility).
Dalam islam Kebebasan dalam berkontrak mahupun dalam berjual beli adalah dianjurkan.
Kebebasan yang dimaksudkan adalah merupakan semua pihak adalah bebas dalam berkontrak sama
ada kontrak perniagaan ataupun kontrak dengan pekerja dan memenuhi isi daripada kontrak
tersebut. Demikian juga dalam jual beli semua orang adalah bebas menjual dan membeli apa sahaja
atas dasar suka sama suka dan tidak ada paksaan selagi ianya tidak melanggar syariat seperti jual
beli barang yang dilarang contohnya menjual arak, daging babi dan riba.

7
Manakala prinsip bertanggungjawab dapat dilihat dalam banyak perkara seperti pembayaran
upah pekerja yang tidak terlalu rendah serta membayar pada waktu yang dipersetujui, dan bagi
pemberi pinjaman modal keuntungan hendaklah dikira berdasarkan jumlah keuntungan (economic
return) kerana sistem riba atau bunga adalah berlawanan terhadap prinsip kebebasan dan
tanggungjawab yang dituntut dalam islam. Islam juga melarang semua variasi transaksi yang tidak
jelas seperti gharar, ikhtikar, dan sebagainya

Ini juga berlawanan dengan prinsip “deontologis” barat iaitu golongan yang tidak percaya
pada akibat. Immanuel Kant (1724-1804) mengungkapkan bahawa sikap jujur, mengikut arahan,
menepati janji serta adil merupakan tujuan utama dan bukannya akibat kerja berkenaan. Prinsip
ini mewujudkan "robot-robot" yang taat mengikut arahan programmernya tanpa menilai akibat
sesuatu arahan tersebut. Ini dapat dikaitkan dengan prinsip perniagaan barat mengikut arahan
pihak korporat tanpa memikirkan kepentingan umum. mereka masih mengamalkan sistem riba
kepada peminjam di bank-bank konvensional dan jual beli barang yang dilarang oleh syariat islam
seperti arak dan daging babi. Penumpuan tentang teori nilai moral yang berlebihan ini adalah
disebabkan mereka hanya bergantung kepada akal dan keintelektualan mereka semata-mata, tanpa
dipandu oleh pencipta mereka sendiri iaitu Allah s.w.t.

Prinsip keempat adalah prinsip keseimbangan (equilibrium) . Prinsip ini mengikut islam
bermakna seseorang peniaga tidak boleh menentukan harga atas dasar monopoli, harga harus
ditentukan berdasarkan harga pasaran (market price). Monopoli termasuk kategori
membahayakan orang lain seperti menjual barangan yang mengancam kesihatan orang lain seperti
ubat-ubatan terlarang, dadah, makanan yang tamat tempoh. Atau melakukan perkara yang
membahayakan pesaingnya dan berkemungkinan menghancurkan usaha pesaingnya, seperti
memburuk-burukkan pesaing, monopoli, menawar barang yang masih dalam proses tawar-
menawar oleh orang lain. Seorang peniaga muslim hendaknya bersikap adil dalam bersaing, dan
tidak melakukan usaha yang mengundang bahaya bagi dirinya mahupun orang lain.

Prinsip kelima adalah prinsip keadilan sosial, dalam islam harta orang kaya terdapat hak-
hak fakir miskin yang wajib dikeluarkan baik dalam bentuk zakat ataupun sedekah. Prinsip
perniagaan barat tidak mewajibkan harta kekayaan dibahagi kepada golongan yang miskin.
Namun, banyak jutawan barat hari ini mengikuti prinsip islam seperti mendermakan wang pada
institusi-institusi pengajian tinggi. Islam tidak mahu harta kekayaan berlegar-legar pada golongan
yang kaya dan mewah sahaja. Disini pentingnya keadilan sosial untuk membela semua golongan
tidak kira golongan darurah, Haajiah dan Tahsiniyyah (kamaliyyat).

8
Bab 2 : Sumber – Sumber Hukum Islam

Soalan 2

Bincangkan sumber-sumber hukum islam yang utama

Sumber utama hukum islam ialah dalil-dalil yang telah disepakati oleh para ulamak dan
terbahagia kepada empat iaitu Al-Quran, Al-Hadis/As-Sunnah, Ijmak Ulamak dan Qiyas.
Sekiranya sesuatau hukum itu tidak didapati dalam Al-Quran, maka barulah boleh dirujuk kepada
Hadis dan begitulah seterusnya. Segala hukum yang melibatkan perbuatan manusia mestilah
diambil daripada sumber-sumber hukum islam tersebut bagi memastikan ianya sentiasa di jalan
yang benar dan diredai oleh Allah s.w.t

1. Al-Quran

Al-Quran adalah sumber utama yang berada ditingkat paling atas dari segi hierarki sumber
pengambilan hukum. Semua perkara yang berlaku wajib dirujuk kepada Al-Quran. Sekiranya
hukum tersebut tiada di dalam Al-Quran, barulah perlu dirujuk kepada Hadis dan sumber-sumber
hukum yang seterusnya. Al-Quran adalah sebuah kitab suci yang mengandungi berbagai-bagi
jenis ilmu pengetahuan, undang-undang, sosial, ekonomi dan sains.

2. Al-Hadis/As-Sunnah

Para ulamak telah bersepakat menerima kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua
di dalam mengeluarkan hukum syarak. segala yang disandarkan kepada Rasulullah s.aw. sama ada
perkataan (qawl), perbuatan (fi’il), pengakuan (taqrir), sifat kejadian dan riwayat hidup Baginda,
sebelum dan sesudah Baginda dilantik menjadi Rasul. Al-Hadis/As-Sunnah diriwayatkan daripada
para sahabat, tabi’in dan seterusnya sehingga ditulis oleh para ulamak pengumpul hadis. Al-
Hadis/As-Sunnah juga merupakan wahyu daripada Allah s.w.t. Perbezaan antara wahyu al-Quran
dan wahyu Al-Hadis/As-Sunnah ialah al-Qur’an diwahyukan oleh Allah s.w.t. secara menyeluruh
meliputi lafaz dan maknanya, manakala al-Hadis/As-Sunnah pula diwahyukan oleh Allah dalam
bentuk maknanya sahaja, dan lafaznya datang daripada Rasulullah s.a.w. Walaupun wahyu al-
Qur’an sudah lengkap dan sempurna, namun manusia masih memerlukan al-Sunnah sebagai
panduan hidup mereka. Ini kerana Al-Hadis/As-Sunnah memainkan beberapa peranan penting di
samping al-Quran. Antara peranan tersebut ialah memperkuatkan hukum yang telah terdapat di
dalam Al-Quran, Memperincikan apa yang tidak diperincikan dalm Al-Quran dan membataskan
apa yang tidak dibataskan dalam Al-Quran.

9
3. Ijmak Ulamak

Ijmak Ulamak merupakan sumber hukum islam yang ketiga. Definisi ijmak adalah kata
sepakat semua ulamak Islam yang mujtahid pada suatu masa tertentu selepas wafatnya Rasulullah
s.a.w. mengenai sesuatu hukum syariah. Ini bermakna apabila para ulamak bersepakat tentang
sesuatu hukum syariah, iaitu sama ada wajib atau haram atau sunat atau makruh atau harus, maka
ia menjadi ijmak. Apabila sesuatu hukum telah dicapai secara ijmak, maka wajib bagi seseorang
selepas itu mentaati hukum tersebut. Rukun Ijmak ini dapat dibahagikan kepada empat bahagian
iaitu pertama adalah semua ulamak mujtahid sepakat mengenai hukum syarak terhadap masalah
yang berkaitan, kedua adalah wujudnya sejumlah ulamak mujtahid pada masa berlakunya sesuatu
masalah atau perkara, ketiga semua ulamak mujtahid sepakat mengenai hukum terbabit dan
keempat adalah ulamak-ulamak mujtahid sepakat mengeluarkan pendapat masing-masing secara
tegas, sama ada berupa perkataan atau perbuatan, baik secara bersendirian atau secara
berkumpulan.

4. Qiyas

Qiyas adalah sumber hukum utama islam yang keempat. Ini secara sederhana dapat
diartikan sebagai sebuah analogi. Qiyas menurut istilah ushul fiqhi, ialah menyamakan suatu
masalah yang tidak terdapat ketentuan hukumnya dalam nash Al-Quran dan Al-Hadis/As-
Sunnah, karena adanya persamaan illat hukumnya seperti motif dan hukum diantara kedua
masalah itu. Salah satu contoh Qiyas adalah perkara pelarangan minuman keras. Di dalam Al-
Quran, Allah berfirman

“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya terdapat
dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari
manfaatnya”. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: “ Yang
lebih dari keperluan.” Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu
berfikir.” ( Surah Al-Baqarah ayat 219)

Di dalam ayat tersebut, yang disampaikan adalah pengharaman tentang minuman arak.
Minuman ini merupakan minuman yang mengandung Khamar yang memabukkan. Para ulama
menafsirkan pengharaman minuman keras karena memiliki illat yang sama dengan arak iaitu
memabukkan.

10
Bab 3 : Asas – Asas Sistem Ekonomi Islam
Soalan 4 (Bab 3)

Apakah ciri-ciri utama sistem ekonomi islam dan matlamat dari sistem ekonomi islam?

Ciri-ciri utama sistem ekonomi islam adalah seperti berikut ;-

i) Ekonomi islam mengamalkan prinsip kerjasama (al-Ta’awun) berbanding teknik


pertembungan (techniques of opposites) bagi mencapai keseimbangan
(equilibrium) kesamaan hak dan peluang individu dan masyarakat untuk bersaing
dengan sihat di dalam ekonomi islam.

ii) Sumber (resources) adalah dianggap sebagai anugerah dari Allah s.w.t kepada
manusia sebagai pemegang amanah untuk dimanfaatkan dengan penuh ihsan. Islam
mengetengahkan prinsip pemegang amanah berbanding prinsip kepentingan diri
sendiri bermatlamat supaya sumber tersebut dapat ditingkatkan pada tahap
optimum, cekap, berkesan, jimat dan tidak membazir

iii) Konsep harta adalah sebagai sumber yang produktif iaitu bukan sekadar memenuhi
kepentingan peribadi (selfish ends) bagi tujuan meningkatkan pengeluaran
ekonomi negara dan tahap kehidupan.

iv) Islam mengiktiraf hak milik persendirian bermatlamat menjamin hak kebebasan
individu tetapi kepentingan masyarakat mendahuhui kepentingan individu serta
cara perolehan harta adalah melalui kaedah yang menepati hukum syarak

v) Dalam semua urusan, seseorang perlu mengamalkan sikap taqwa agar dapat
dielakkan dari aktiviti menindas, penipuan, keuntungan berlebihan, diskriminasi,
dan seumpamanya agar kerjasama sesama manusia dapat diwujudkan dan keadilan
islam dapat ditegakkan.

vi) Islam mengutamakan pemilikan awam (public ownership) bagi industry-industri


yang ada kepentingan bagi semua golongan masyarakat seperti keperluan air,
elektrik, gas dan seumpanyanya supaya masyarakat mendapat keperluan asasi yang
mencukupi serta sistem negara akan menjamin pelaksanaa keperluan secara adil.

11
Soalan 6 (Bab 3)

Secara tradisionalnya, Ekonomi islam dibahagikan kepada tiga sektor utama iaitu (1) sektor
kerajaan atau awam; (2) sektor tijari atau perdagangan (swasta), dan (3) sektor ijtima’iah
atau kebajikan. Huraikan peranan-peranan utama dalam setiap sektor ini.

1. Peranan utama sektor kerajaan atau awam dalam ekonomi silam dapat dibahagikan
kepada 3 bahagian. diantaranya adalah berfungsi sebagai pengelola peruntukan
negara, menguruskan agihan kekayaan negara dan mewujudkan kestabilan negara
secara universal.

1.1 Peranan kerajaan dalam fungsi pengelola peruntukan negara :-

i) Pentadbiran dan pengurusan harta hak milik negara seperti petroleum, biji timah,
rezab hutan dan sungai sebagai secara cekap dan efektif,
ii) Bertanggungjawab menentukan pengeluaran barangan keperluan asas rakyat.
iii) Mencegah penyorokan sumber dan pembekuan sumber

1.2 Peranan kerajaan dalam fungsi agihan kekayaan negara :-

i) Merancang dan melaksanakan Polisi Fiskal, kewangan dan pembangunan


ii) Kesaksamaan agihan berdasarkan keperluan individu bukan persamaan individu.
iii) Demokrasi ekonomi supaya setiap orang dapat bersaing secara sihat
iv) Bagi yang tidak mampu bersaing, sumbangan jaminan sosial melalui cukai, zakat,
derma , waqaf, wasiat dan sebagainya disediakan oleh kerajaan.

1.3 Peranan kerajaan dalam mewujudkan kestabilan negara :-

i) Menjaga nilai benar wang melalui kawalan inflasi


ii) Bertanggungjawab untuk menjaga kestabilan nilai wang bagi meningkatkan
kuasa beli
iii) Memerangi riba dan aktiviti fasad
iv) Mengawasi pasaran seperti mengimbangi perdagangan diantara import dan
eksport
v) Memelihara undang-undang dan ketenteraman

12
vi) Menguruskan semua sektor (awam dan swasta) melalui agensi al-hisbah

2. Peranan utama sektor tijari atau perdagangan (swasta) dalam ekonomi islam

i) Mempelbagaikan sumber rezeki yang baik dan bermanfaat melalui makanisme


pasaran yang sihat
ii) Kewajipan berusaha mendapat rezeki yang halal dan menunaikan tanggungjawab
infaq fi sabil Allah
iii) Berusaha mengembangkan harta dengan yang halal dan tidak membekukannya
atau menghadkannya.
iv) Memberi perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna secara meluas dan
secukapnya
v) Memakmurkan alam dan isi kandungannya bagi mencapai matlamat pertumbuhan
ekonomi, kestabilan dan kesejahteraan.

3. Peranan utama sektor ijtima’iah atau kebajikan dalam ekonomi islam

i) Membantu golongan lemah yangi tidak mampu seperti fakir miskin, golongan yang
teraniyaya dan warga emas yang memerlukan pertolongan.
ii) Menyediakan skim kesejahteraan sosial (al-dhaman al-ijtima’i) sama ada oleh
kerajaan atau persendirian supaya semua pihak terbela
iii) Menyediakan prasarana di peringkat asas.

13
Bab 4 : Prinsip Muamalat Dan Pelaburan Islam

Soalan 2 (Bab 4)

Bincangkan prinsip-prinsip pelaburan dalam islam dengan memberi contoh aktiviti atau
tindakan yang tidak bersesuaian bagi setiap prinsip yang dibicarakan.

Terdapat lima prinsip utama sebagai panduan untuk membuat pelaburan. Sekiranya
terdapat salah satu dari prinsip-prinsip berikut tidak dipenuhi maka pelaburan itu adalah tidak sah
dari awal atau kontrak itu terbatal.

Prinsip pertama adalah tidak melabur dalam aktiviti perniagaan yang diharamkan syarak.
Para pelabur dibenarkan untuk melabur dalam mana-mana perniagaan asalkan perniagaan tersebut
tidak telibat secara langsung ataupun tidak langsung berkaitan perniagaan seperti arak, judi,
pelacuran, dadah dan sebagainya amatlah dilarang dalam islam. Contoh aktiviti yang tidak terlibat
secara langsung kepada perniagaan arak adalah syarikat e-hailing yang hanya mengambil upah
untuk menghantar minuman termasuklah arak kepada pelanggan, syarikat pengiklan yang hanya
mengambil untung melalui ruangan iklan yang dijual termasuklah ruangan untuk mempromosikan
arak & judi dan syarikat yang hanya menjadi penaja pesta arak seperti Octoberfest yang
menyumbang kepada aktiviti haram juga adalah tidak dibenarkan dalam islam.

Prinsip kedua adalah tiada jaminan terhadap keuntungan berdasarkan modal. Syarikat
tidak dibenarkan untuk menjamin keuntungan berdasarkan peratusan modal yang dilaburkan
kepada para pelabur. Namun penetapan jaminan keuntungan boleh dibuat berdasarkan keuntungan
sebenar syarikat tersebut iaitu di akhir tahun kewangan, seperti kaedah pemberian dividen
sesetengah koperasi , saham amanah dan sebagainya. Islam melarang sama sekali jaminan yang
dibuat ke atas modal yang dilaburkan kerana ia melibatkan unsur riba. Ini juga bagi membela
pihak pelabur dan daripada mengalami kerugian. Sepatutnya kedua-dua belah pihak patut
menanggung kerugian bersama-sama. Contoh aktiviti yang menjamin keuntungan berdasarkan
modal adalah seperti Skim Cepat Kaya, Skim Ponzi dan Skim Piramid. ketiga-tiga skim ini
menjaminkan keuntungan dangan berjanji bahawa wang pelaburan pelabur akan dipulangkan
kembali beserta faedah atau keuntungan yang dijanjikan tersebut. Selain daripada itu, mustahil
bagi syarikat untuk menjamin dan menetapkan keuntungan sedangkan untung dan rugi itu berlaku
pada masa hadapan dan di luar jangkaan sesiapa.

14
Prinsip ketiga adalah tiada unsur Gharar iaitu unsur ketidakpastian atau elemen
perjudian. Ketidak pastian yang dimaksudkan di sini adalah sesuatu perniagaan haruslas jelas dari
mana sumber pendapatan modal, kemana dan bagaimana sumber itu digunakan ataupun
diagihkan. Unsur Gharar boleh mengakibatkan kerugian sebelah pihak sahaja. Memajak pokok
yang masih muda & tidak pasti hasilnya dan operasi syarikat-syarikat insurans konvensional juga
merupakan contoh kepada gharar kerana akad jual-beli polisi insurans tidak jelas akan apa yang
dijual belikan. Sekiranya timbulnya musibah, tidak jelas dari mana sumbernya untuk memberikan
pampasan.

Prinsip keempat adalah tiada unsur paksaan dalam membuat keputusan pelaburan.
Paksaan menurut istilah fiqh ialah membawa orang lain melakukan apa yang tidak disetujuinya di
mana orang itu tidak akan memilih untuk melakukannya jika dia dibiarkan sendirian. Oleh itu,
paksaan merupakan sesuatu yang dilakukan oleh seseorang tanpa kerelaan hatinya sendiri dan ia
dilakukan akibat tekanan yang telah dikenakan oleh pihak lain. kewujudan elemen paksaan dalam
sesuatu kontrak akan mengakibatkan kontrak itu tidak sah disebabkan tidak memenuhi syarat atau
rukun jual beli. Oleh itu sebarang bentuk pelaburan yang mempunyai unsur paksaan adalah
diharamkan oleh Islam. Contoh tindakan paksaan adalah seseorang rakan niaga memaksa rakan
niaga yang lainnya untuk membuat pelaburan ke atas kepentingan si pemaksa, islam amat
melarang hal ini daripada terjadi.

Prinsip kelima adalah tidak mempunyai unsur riba. Riba ialah pertambahan yang berlaku
dalam urusniaga barang-barang ribawi atau dalam urusniaga hutang. Dalam islam riba
diharamkan kerana ia adalah penindasan golongan kaya ke atas golongan miskin. Kesannya
jurang perbezaan pendapatan diantara orang kaya dan orang miskin akan bertambah. Orang kaya
bertambah kaya, orang miskin bertambah miskin. Contoh aktiviti pelaburan yang melibatkan riba
ini adalah pelaburan dalam ekuiti hutang dimana peminjam dikehendaki membayar faedah di atas
pinjaman yang dibuat. Faedah yang dikenakan itu merupakan riba yang diharamkan oleh islam.

15
Bab 5 : Riba Dalam Muamalah

Soalan 2 (Bab 5)

Jelaskan maksud bahan ribawi?

Ada beberapa bahan yang termasuk bahan ribawi, iaitu suatu barang yang apabila ditukar
boleh terjadi riba jual-beli di dalamnya. Riba jual beli terjadi apabila barang yang ditukar tidak
sama timbangan atau sukatan atau semasa penyerahan barang-barang tertentu atau matawang pada
ketika berjual beli atau secara tukar menukar , bahan atau barangan tersebut yang sama sejenis.
Hadis Rasullullah s.w.t menjelaskan bahan sejenis ini yang disebut sebagian bahan ribawi adalah
seperti berikut :

“Emas dengan emas, perak dengan perak, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam
dengan garam, serupa dengan serupa, unjuk-berunjuk ( secara kontan/tunai) ; Sesiapa juga yang
membayar lebih atau meminta (mengambil) lebih maka dia telah terlibat dengan riba. Orang yang
mengambil dan yang membayar adalah sama.”
(Riwayat Muslim, al-Tirmidhi, al-Nasa’i.)

Berdasarkan hadis Rasulullah s.w.t, dapat kita rumuskan bahawa bahan ribawi terbahagi
kepada dua bahagan iaitu Mata Wang dan Bahan Makanan Asas. Ulama islam telah
mengkhususkan emas dan perak dalam apa sahaja bentuk dan bahan-bahan lain yang diterima
pakai sebagai wang. Dari segi bahan makanan asas pula, Ulama islam telah mengkiaskan kepada
semua jenis makanan asas yang lain, yakni megikut makanan asas setempat. Maka di Malaysia ini
meluputi beras, tepung gandum, minyak masakan, daging binatang yang telah diproses dan
sebaginya.

16
Soalan 12 (Bab 5)

Terangkan kedudukan jual beli secara tukaran di antara :

(a) Daging lembu dengan daging kambing dengan sama timbangan secara serentak.

Sah dan dibenarkan jika dilakukan secara tunai dan diterima pada kontrak di meterai
kerana tukaran daging lembu dengan daging kambing melibatkan tukaran tidak sama jenis
dan mempunyai kadar perbezaan jenis yang berbeza.

(b) Daging lembu dengan daging lembu sama timbangan tetapi tidak pada waktu yang
sama (tertangguh)

Tidak sah dan diharamkan kerana urusniaga ini adalah contoh Riba al-Nasiah atas sebab
berlakunya penangguhan bayaran pada waktu yang berbeza.

(c) Menjual daging yang diproses dengan kambing yang masih hidup.

Tukaran jenis ini adalah dilarang sama sekali di dalam islam sepertimana oleh Hadis yang
diriwayatkan oleh Malik dalam Muwatto’, hadis mursal Said bin al-Musayyab “Nabi s.a.w
melarang jual beli haiwan dengan daging”.

(d) Jual beli emas dengan perak

Sah dan dibenarkan jika sama timbangan dan serah menyerah didalam satu majlis.
Walaupun emas dan perak mempunyai ‘illah yang sama iaitu matawang tetapi emas dan
perak adalah dua barang ribawi yang berlainan jenis. Maka nilai perak mestilah sama
dengan nilai emas, sebagai contoh 10 gram emas bersamaan dengan 25 gram perak maka
urusniaga ini sah asalkan urusniaga ini berlaku secara tunai.

(e) Jual beli barang kemas dengan wang ringgit Malaysia secara hutang

Tukaran jenis ini adalah dilarang sama sekali jika dibuat secara hutang, tangguh ataupun
ansuran. Urusan jual beli adalah secara tunai sahaja. Emas perlu diserahkan kepada
pembeli setelah bayaran penuh diterima.

17
Bab 6 : Kontrak (Akad) Perniagaan Dalam Islam

Soalan 2

Dengan merujuk kepada ayat al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 282, huraikan syarat-
syarat kontrak dalam islam.

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang
ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu
menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah
mengajarkannya, meka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu
mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan
janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang
lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka
hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari
orang-orang lelaki (di antaramu). Jika tak ada dua oang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan
dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa maka yang
seorang mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka
dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil maupun besar sampai batas
waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih menguatkan persaksian
dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah mu'amalahmu itu), kecuali
jika mu'amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa
bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan
janganlah penulis dan saksi saling sulit menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian), maka
sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah; Allah
mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
(Surah al-Baqarah ayat 282)

Syarat-syarat kontrak jual-beli dalam islam berdasarkan ayat diatas adalah syarat sighah.
Sighah diertikan sebagai perkataan yang dilafazkan oleh kedua belah (penjual dan pembeli atau
wakil mereka) sebagai tanda persetujuan mereka bagi melangsungkan jual beli tersebut. Ucapan
yang pertama dilafazkan sama ada dari penjual atau pembeli, dinamakan Ijab dan yang kedua,
sebagai jawapan kepada yang pertama dinamakan Qabul.

18
Syarat pertama adalah hendaklah mencatatkan hutang tersebut secara bertulis (bil
Kitabah) tidak kira sama ada sikit atau banyak hutang tersebut bagi mengelakkan penipuan,
rujukan masa akan datang dan menjaga hak orang yang memberi hutang supaya tidak teraniaya.
Penulis hutang tersebut mestilah menulis hutang tersebut secara terang dan jelas dan hendaklah
bersikap amanah dan jujur. Penulis dilarang sama sekali mengurangkan jumlah hutang tersebut
agar tidak ada berlaku penipuan dalam urusan jual-beli.

Syarat kedua adalah perlunya saksi dalam penulisan hutang itu. Ini adalah kerana, jika
berlaku sebarang perkara yang tidak di ingini pada masa akan datang, saksi-saksi ini boleh
dipanggil untuk memberi keterangan. Islam juga memberi panduan saksi tersebut haruslah dua
orang lelaki yang adil. Sekiranya seorang saksi terlupa maka seorang lagi saksi boleh
mengingatkan saksi tersebut. Sekiranya tidak mampu menyediakan dua orang saksi, cukup
sekadar seorang lelaki dan dua orang perempuan yang adil.

Syarat ketiga adalah jika pihak yang menjalankan aktiviti bermu’amalah itu kurang upaya
dari segi fizikal ataupun mental, Ijab dan Qabul boleh dibuat melalui wakil yang jujur dan di
percayai. Ijab dan Qabul juga boleh dibuat memalui isyarat dan gerakan tangan terutamanya bagi
golongan bisu dan tuli. Ulama Maliki berpendapat bahawa tawaran secara isyarat adalah sah
hukumnya. Isyarat boleh dilakukan oleh orang yang tidak cacat kerana apa yang penting ialah
orang yang membuat tawaran hendaklah memaklumkan akan tawaran tersebut kepada pihak
kedua dan pihak kedua tersebut pula faham akan syarat tersebut.

Bab 7 : Kontrak – Kontrak Perniagaan Berteraskan Akad Amanah Dan Tabarruat

Soalan 3

Perniagaan Elektrico Enterprise menjual alat-alat elektrik berjenama. Perniagaan


menawarkan skim bayaran ansuran mudah 6 kali bayaran, 12 kali bayaran, 18 kali
bayaran dan 24 kali bayaran berasakan Al-Bai’ Bithaman Ajil (ABBA). Skim ini
diperkenalkan bagi membolehkan para pelanggan membeli barang keperluan. Encik
Roslan Ahmad telah menandatangi perjanjian 12 kali bayaran dan akan membuat bayaran
pertama pada keesokan harinya iaitu apabila barangan dihantar ke rumah. Walau

19
bagaimanapun, pada keesokan harinya beliau telah bertukar fikiran dan ingin mengambil
skim 24 kali bayaran .

Dikehendaki :

Terangkan kedudukan kontrak asal 12 kali bayaran dan Hasrat pelanggan untuk menukar
kepada 24 kali bayaran pula dari sudut kontrak dalam islam.

Kedudukan asal kontrak asal 12 kali bayaran adalah terbatal dan tidak sah kerana telah
berlaku Khiyar Majlis. Khiyar Majlis berlaku apabila Encik Roslan Ahmad selaku pihak yang
berakad berhak menarik balik akad walaupun akad tersebut telah dipersetujui, akan tetapi majlis
jual-beli tersebut masih tidak sempurna kerana barang yang dipesan oleh pembeli masih lagi tidak
diterima dan bayaran pertama belum dikutip oleh pihak Elektrico Enterprise. Encik Roslan selaku
pembeli mempunyai tempoh bertenang (Cooling Off Period) selama mana beliau tidak menerima
barangan dan kutipan bayaran pertama oleh Elektrico Enterprise iaitu seperti yang telah
dipersetujui pada keesokan harinya. Beliau juga berhak menukar kontrak dari 12 kali bayaran
kepada 24 kali bayaran bersesuaian dengan kemampuan kewangan beliau.

Bab 9 : Zakat Perniagaan

Soalan 6 (Bab 9)

Berikan rumusan akan kepentingan dan kelebihan zakat

Zakat merupakan salah satu dari lima rukun islam yang diwajibkan dan difardhukan ke
atas seseorang muslim untuk mengeluarkan sebahagian harta mereka kepada orang-orang yang
layak menerimanya. Kewajipan ini terpakai apabila sesorang muslim mencukupi syarat-syarat
yang mewajibkannya mengeluarkan zakat seperti ada harta yang melebihi nisab dan mencukupi
haul tahunan. Diantara kelebihan dan kepentingan berzakat adalah :-

1. Zakat dapat memelihara harta daripada diceroboh dan didengki oleh orang-
orang jahat. Ini juga berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w bermaksud :-

“ Dirikanlah kubu akan harta kamu dengan mengeluarkan zakat (iaitu terselamat harta-
harta itu dari dicuri, hilang dan tercicir) dan jadikanlah akan sedekah kamu sebagai

20
ubat atau penawar dan angkatkanlah bala’ atau ujian ke atas kamu dengan banyak
berdoa.”
(Riwayat At-Tabrani dan Abu Naim dan Al-Khatib)

2. Zakat dapat membersihan, menyucikan harta dan diri manusia.

Zakat membersihkan manusia dari sifat kekikiran dan cinta yang berlebih-lebihan
kepada harta benda dunia dan zakat dapat mensucikan atau menyuburkan sifat-sifat
kebaikan dalam hati mereka (akhlak yang baik) dan memperkembangkan
(memberkati) harta benda mereka. Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T yang
bermaksud ;-

“ Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan
(1) mereka dan mensucikan(2) mereka, dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya
doa kamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.’
(At-Taubah:Ayat 103)

3. Manusia akan lebih menghayati akan konsep Isttikhlaf pada diri mereka dan
membuahkan banyak manfaat kepada individu dan juga masyarakat. Antara
hikmat-hikmat Isttikhlaf adalah seperti berikut :-

i) Mengekang perasaan berlebihan harta.


ii) Mudah terima perintah Allah akan hal harta
iii) Tidak menahan harta untuk menegakkan agama atau menolong kaum yang
lemah.
iv) Perkuat jiwa dan semangat orang miskin menuntut hak mereka.
v) Beri hak kuasa untuk mengawasi penggunaan harta oleh orang yang kaya.

4. Zakat dapat mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara golongan kaya


dan miskin

21
Hal ini kerana zakat hanyalah kepada golongan yang tidak berkemampuan , dimana
jika mereka mampu bekerja, maka zakat dapat membantu mereka untuk bergiat dan
bekerja. Jika mereka golongan yang lemah maka zakat dapat membantu keperluan asas
mereka untuk hidup.

Soalan 15 (Bab 9)

Terangkan istilah-istilah berikut :

i. Milik tak sempurna

Pemilikan tidak sempurna (milk al-naqis) bermaksud seseorang itu memiliki salah satu
daripada dua unsur dalam sesuatu harta sama ada zat (fizikal) atau manfaatnya sahaja di
mana berlakunya pemilikan tidak penuh ke atas salah satu daripada dua unsur tersebut dan
bukan kedua-duanya sekali. Dalam erti kata lain, pemilikan tidak sempurna ialah
pemilikan yang tidak memberikan hak sepenuhnya kepada pemiliknya. Terdapat beberapa
ciri yang menentukan sesuatu itu dikatakan milk al-naqis:

1) Pemilikan itu bersifat terbatas waktu, tempat dan sifat pemilikan

2) Pemilik tidak boleh mewariskan harta atau hak manfaat yang dimilikinya

3) Pemanfaat harta milk al-naqis bertanggungjawab menguruskan harta itu

4) Apabila habis tempoh, maka harta atau hak manfaat sesuatu harta hendaklah diserahkan
semula kepada pemiliknya yang sempurna. Walaubagaimanapun, jika penyerahan itu
menimbulkan kemudaratan kepada pemilik manfaat contohnya tempoh sewaan tanah
ladang telah tamat tetapi hasilnya belum dapat dituai, maka manfaat tanah tersebut kekal di
tangan pemilik manfaat dan beliau dikehendaki membayar sewaan tanah sehingga hasil
tanamannya dituai.

ii. Liabiliti operasi

Liabiliti Operasi adalah liabiliti perniagaan yang lahir daripada aktiviti operasi dan yang
telah dimanfaatkan tetapi belum dijelaskan bayarannya. Sebagai contoh, pemiutang
perdagangan, gaji yang belum bayar, sewa yang belum bayar, bil eletrik, bil telefon, bil air,

22
cukai harta, cukai perniagaan dan seumpamanya. Hanya liabiliti semasa operasi yang
dibenarkan ditolak daripada aset semasa bagi pengiraan zakat.

iii. Mudir dan muhtakir

Zakat perniagaan bagi barangan mudir, iaitu peniaga runcitan yang tidak menunggu
kenaikan harga barangan sebelum menjualnya. Menurut fuqaha Mazhab Malik, peniaga ini
wajib menunaikan zakat dan tidak dikenakan syarat haul terhadap barangannya. Namun
haul peniaga dikira berasaskan haul modal harta asal dia mula berniat untuk menjalankan
perniagaan ataupun tarikh dia mula membeli barang perniagaan. Nilai barangan ini
dicampurkan kepada wang tunai dan ditolak hutang-piutang perniagaan yang ada (tidak
termasuk harta tetap). Sekiranya jumlah pendapatan atau bakinya telah cukup atau
melebihi nisab, maka zakat wajib ditunaikan.

Zakat perniagaan bagi barangan muhkatir (spekulasi), iaitu peniaga yang membeli
barangan dan menunggu sehingga harganya di pasaran meningkat sebelum menjualnya.
Jumhur (kecuali mazhab Maliki) menyatakan peniaga ini wajib mengeluarkan zakat setiap
tahun walaupun dia tidak menjual barangan berkenaan. Namun fuqaha Maliki menegaskan
bahawa hutang barang perniagaan yang diberikan oleh muhtakir kepada pembeli tidak
wajib dikeluarkan zakatnya kecuali muhkatir itu telah menerima pembayaran hutang
tersebut.

iv. Liabiliti kewangan

Liabiliti Kewangan dalam perniagaan adalah bersumberkan dari urusniaga pinjaman


kewangan atau yang melahirkan hutang kewangan samaada jangka panjang, sederhana
atau jangka pendek. Hutang kewangan juga memenuhi syarat Milik Sempurna. Contoh
Liabiliti Kewangan adalah pinjaman kewangan, bon, overdraf, pajakan modal, hutang dari
Al-Bai’ Bithaman Ajil (ABBA), Al-’Inah, dan lain-lain yang seumpamanya tidak

23
dibenarkan ditolak semasa pengiraan zakat kerana merupakan sumber yang dikenakan
zakat.

v. Kaedah Syariiyah

Kaedah Syariiyah adalah kaedah kedua selain daripada Kaedah Urfiiyah yang disyariatkan
kepada barang yang diperniagakan. Kaedah ini mengambil kira kedudukan aset semasa
perniagaan, ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan. Contoh Kaedah Syariiyah
adalah seperti berikut :-

Aset semasa bersih = Aset Semasa Milik Sempurna – Liabiliti Semasa Operasi sahaja
Bab 10 : Etika Muamalah Islam

Soalan 2 (Bab 10)

Perkara berhubung dengan etika perniagaaan banyak di perbincangkan kerana perniagaan


yang tidak beretika menimbulkan ketidakadilan kepada pengguna. Bincangkan 5 prinsip
etika perniagaan dalam islam

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka etika didefinasikan sebagai prinsip moral atau
nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia.
Kamus Oxford pula mentakrifkan etika sebagai satu kumpulan atau set prinsip-prinsip moral yang
mempengaruhi keadaan. Dari segi istilah pula, etika didefinasikan sebagai “ A set of moral
principles, especially ones relating to or affirming a specified group, field, or form of conduct and
behaviour ”. Berikut merupakan prinsip-prinsip etika perniagaan dalam islam :-

1. Amanah (Integrity)

Amanah adalah prinsip akauntabiliti kepada Allah S.W.T. Amanah mempunyai beberapa
maksud. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, amanah atau amanat diertikan sebagai
sesuatu yang dipercayakan kepada seseorang. Maksud ini boleh digunakan untuk barangan
atau sesuatu yang dipercayakan untuk disimpan. Maksud kedua iala kepercayaan yang
diletakkan kepada seseorang. Apabila kepercayaan itu dipenuhi maka akan terhasillah rasa
ketenteraman dalam diri ataupun jiwa manusia, manakala dari segi istilah pula amanah
ialah melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada hambanya.
Terdapat dua amanah yang perlu dilaksanakan oleh manusia iaitu amanah Allah S.W.T
kepada manusia yang terdiri dari suruhan dan larangannya serta amanah sesama manusia
yang perlu disempurnakannya seperti dalam organisasi, masyarakat dan juga kepada

24
kerajaan. Prinsip amanah ini ditegaskan dalam Al-Quran melalui firman Allah S.W.T yang
bermaksud :

“ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada
ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara
manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan
(suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya
Allah itu mendengar dan melihat.”
(An-Nisa’ : Ayat 58)

2. Keadilan

Keadilan merupakan salah satu etika yang perlu ada dalam diri semua manusia tidak kira
seseorang itu islam ataupun tidak dan islam menuntut kita berlaku adil walaupun kepada
pihak yang kita tidak sukai (musuh). Menurut Ibnu Jarir al-Asqolani, adil ( ‫ )العدل‬Beliau
menjelaskan adil (‫)العدل‬ sebagai meletakkan sesuatu perkara itu pada tempat yang
sepatutnya tanpa kurang sedikitpun atau penambahan sesuatu. Prinsip keadilan ini tidak
terhad di dalam organisasi tetapi dalam setiap tindakan seperti perletakan harga, kualiti
pengeluaran, layanan kepada pekerja, persekitaran dan keputusan perniagaan.

Sebagai contoh, prinsip keadilan dalam pekerjaan melibatkan semua pihak bermula
daripada pengurusan tertinggi sehinggalah ke pekerja biasa. Menjadi tanggungjawab pihak
atasan untuk memberikan tugas yang berpatutan dengan kemahiran seseorang dan
memberikan ganjaran yang setimpal dengan kerja mereka. Pekerja pula perlu
melaksanakan amanah yang telah ditetapkan dengan sebaik mungkin kerana sekiranya
sesuatu tugasan itu tidak dijalankan dengan sempurna akan memberikan kesan terhadap
prestasi sesebuah organisasi. Ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T dalam Al-Quran
melalui firmannya yang bermaksud :

“ Sesungguhnya Allah memerintahkan keadilan , berbuat kebaikan dan memberi kerabat-


kerabat, dan Tuhan melarang perbuatan keji, perlanggaran dan kedurhakaan. Dia
mengajari kamu supaya kamu mengerti.”
(An-Nahl:Ayat 90)

25
3. Kebenaran

Prinsip kebenaran adalah nilai asas etika dan sangat dituntut dalam islam. Maksud dari
kebenaran adalah niat, sikap dan perilaku yang betul dalam setiap tindakan, sentiasa
memastikan setiap aktiviti muamalat yang dijalankan adalah benar, tepat dan sah. Setiap
muslim perlu bersikap benar dalam percakapan, perjanjian, penulisan, penghantaran,
kenyataan, pertemuan dan seumpamanya. Prinsip ini juga meliputi kebajikan dan juga
kejujuran. Aplikasi kebenaran dalam muamalat menurut imam Al-Ghazali :

i) Memberikan zakat dan sedekah


ii) Memberikan kelonggaran waktu pada pihak yang berhutang dan bila perlu
mengurangi beban hutangnya.
iii) Menerima pengembalian barang yang telah dibeli.
iv) Membayar hutang sebelum penagihan datang.
v) Adanya sikap kesukarelaan antara kedua belah pihak yang melakukan transaksi,
kerja sama atau perjanjian bisnis.
vi) Adanya sikap ramah, toleransi, baik dalam menjual, membeli dan menagih hutang.
vii) Jujur dalam setiap proses transaksi bisnis.
viii) Memenuhi perjanjian atau transaksi bisnis.

Prinsip kebenaran ini telah dijelaskan dalam al-Quran sebagaimana beberapa firman Allah
S.W.T seperti berikut :-

“Hai orang-orang beriman! Patuhlah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-
orang yang benar!” (At-Taubah: ayat 119)

26
Allah juga berfirman yang bermaksud :-

“(Dengan itu) Allah akan menyiksa lelaki dan perempuan yang beriman palsu, dan lelaki
dan perempuan yang mempersekutukan Tuhan. Allah menerima taubat lelaki dan
perempuan yang beriman, dan Allah itu pengampun dan penyayang.” (Al-Ahzab: ayat 73)

4. Keikhlasan

Ikhlas mengikut dalam Kamus Dewan bermaksud dengan hati suci, tidak menipu, atau
tidak berpura-pura. Ia diambil dari perkataan Bahasa arab iaitu kholaso, atau bentuk
akarnya adalah khuluuson atau kholaason, yang bermakna jernih dan bersih daripada
pencemaran. Manakala dalam Kamus al-Farid pula menerangkan maksudnya sebagai
sincerity, honest, loyalty, iaitu kejujuran. Ungkapan ikhlas ini menggambarkan akan
perihal bersih , jernih, suci dan murni daripada pencampuran atau pencemaran sifat buruk
lain. Jika seseorang berkata “Aku memuliakan ketaatanku hanya kepada Allah.”. Ia bererti,
tujuan memuliakan ketaatanya hanya kerana Allah tanpa ada perasaan riak. Al-Fairuz
berkata “Ikhlaskanlah kerana Allah” bermakna meninggalkan sifat riyak dan menunjuk-
nujuk.

Ikhlas juga merupakan istilah tauhid. Pengertian ikhlas menurut istilah syarak dalah seperti
yang dinyatakan oleh Ibnul Qayyimadalah seperti yang berikut “Mengesakan Allah Yang
Hak dalam berniat melakukan ketaatan, bertujuan hanya kepadanya tanpa
mempersekutukannya dengan sesuatu apapun. Seseorang yang ikhlas adalah seseorang
yang tidak mengharapkan penghargaan dan tidak menginginkan memuji kebaikan walau
seberat zarah sekalipun. Apa yang diinginkan hanyalah redha Allah S.W.T semata-mata.
Allah juga telah berfirman dalam alquran yang bermaksud :-

“Dan mereka hanya diperintahkan supaya menyembah Allah dengan tulus ikhlas beragama
untuk menyembah Allah semata-mata, berdiri lurus mengerjakan sembahyang,
membayarkan zakat dan itulah agama yang betul.”
(Al-Bayyinah : Ayat 5)

27
Prinsip keikhlasan mempunyai banyak hikmah, diantaranya adalah dapat mewujudkan
kecekapan dan peningkatan dalam produktiviti. Ianya juga dapat mengelakkan manipulasi
hak orang, menjadikan seseorang itu benar, telus, rajin, bertanggungjawab dan sentiasa
beramanah dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab.

5. Persaudaraan

Persaudaraan jika dilihat dari sudut konsepnya adalah Ukhwah dan merupakan asas kepada
kesatuan umat manusia dalam sesebuah entiti masyarakat. Budi pekerti seseorang itu
bukan bergantung kepada bangsa, warna kulit, keturunan, pangkat atau hartanya, tetapi
diukur berasaskan ketinggian akhlak yang terpuji. Dalam kerangka persaudaraan ini,
interaksi sosial sesama manusia perlu mengikut adab-adab yang telah digariskan oleh
Islam. Bagi mencerminkan persaudaraan menurut lunas-lunas syara’ maka konsep
persaudaraan ini perlu didasari dengan ikatan akidah yang kuat. Oleh yang demikian,
konsep persaudaraan yang berteraskan ikatan rabbani menjadi asas dan instrumen yang
efektif kepada perpaduan seluruh umat Islam. Ini kerana, ikatan rabbani bersifat universal
dan bersifat kualitatif tanpa mengira perubahan masa dan zaman.

Islam menganggap semua manusia itu adalah bersaudara. Sikap ini harus diamalkan oleh
ahli perniagaan terhadap pekerjanya, pelanggan dan juga orang awam. Prinsip Ini akan
mewujudkan suasana damai dan harmoni dan menjauhkan sifat dengki sesama sendiri.
Pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w, Baginda telah berjaya membentuk satu
masyarakat yang bersatu padu dan harmoni antara masyarakat Islam dan bukan Islam.
Baginda telah memainkan peranan penting dalam mengimbangi hubungan intergrasi yang
bersepadu antara masyarakat Islam dengan kaum Yahudi dan Nasrani. Kepentingan konsep
persaudaraan sangat ditekankan kepada umat manusia dalam mengimbangi tuntutan hablu
min al-Allah (hubungan dengan Allah) dan hablu minannas (hubungan sesama manusia).
Prinsip ini juga telah dijelaskan dalam al-Quran oleh Allah S.W.T dengan firmannya yang
bermaksud :-

28
“ Dan berpegang eratlah kamu sekalian dengan tali Allah, dan janganlah kamu bepecah
belah. Ingatlah kurnia Allah kepada kamu, ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, lalu
dipersatukannya hati kamu (dalam agama Allah) sehingga dengan kurnia Allah itu, kamu
menjadi bersaudara. Dan kamu dahulu berada di tepi lobang neraka, maka dilepaskan
Allah daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan keterangan-keteranganNya kepada kamu
supaya kamu menurut jalan yang benar.”
(Al-Imran : Ayat 103)

Bab 11 : Prinsip Pengurusan Perniagaan Menurut Islam

Soalan 2

Nyatakan dasar-dasar utama dalam pengurusan islam

1. Mencari keredhaan Allah dan Al-Falah sebagai Matlamat

Matlamat seseorang muslim dalam semua hal termasuklah dalam pengurusan ialah untuk
mendapatkan keredaan Allah S.W.T atau kejayaan dala erti kata lain “Al-Falah”. Dari sudut
islam pula konsep al-falah yang ditekankan ialah untuk mendapat keuntungan, kebahagian dan
kejayaan bukan sahaja di alam dunia tetapi kejayaan tersebut berterusan hingga ke alam
akhirat. Golongan manusia yang mendapat nikmat tersebut adalah kelompok manusia yang
memperolehi kejayaan yang hakiki atau distilahkan sebagai al-falah. Terdapat tujuh ciri-ciri
yang perlu ada dalam diri seseorang menurut al-quran surah al-Mu’minun ayat 1 – 11 supaya
menjadi seorang hamba yang taat dan patuh kepada perintah Allah, serta dikasihiNya
seterusnya menjadi hamba yang memperoleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

1. Mereka yang beriman akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan kerana mereka menyakini
Allah, rasul dan hari akhirat dan mendapat balasan syurga yang kekal selamanya.

2. Mereka yang khusyuk dalam solat dengan memberi tumpuan mengingati Allah dengan
merasakan kebesaran-Nya dan takutkan azab-Nya.

3. Mereka yang menjauhi perkara-perkara yang melalaikan. Contohnya seperti bohong,


mencela, berbual perkara yang tidak berfaedah dan sebagainya

29
4. Mereka yang mengeluarkan zakat sebagai tanda menyucikan diri dan harta daripada sifat
kedekut dan mementingkan diri.

5. Mereka yang menjaga kehormatan daripada segala perbuatan maksiat seperti berzina,
homoseks liwat dan sebagainya yang diharamkan oleh Allah.

6. Mereka yang menjaga amanah dan janji iaitu apabila diberi amanah, mereka tidak khianat
dan apabila berjanji, mereka ia tidak pula memungkiri.

7. Mereka yang menjaga solat dengan menunaikannya tepat pada waktunya dan
menyempurnakan rukun-rukun serta syarat-syaratnya.

2. Melaksanakan makruf dan mencegah kemungkaran

Di antara tanggungjawab penting orang yang beriman ialah usaha pihak pengurusan
menyuruh melakukan amal yang baik (al-amr bi al-Ma’ruf) dan mencegah segala
kemungkaran (al-Nahy ‘an al-munkar). Islam tidak mengiktiraf jika perkara makruf
dilakukan bersama perkara mungkar. Di dalam al-Quran. Allah berfirman:

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan dari kalangan manusia, kerana kamu
menyuruh melakukan yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, di samping kamu
beriman kepada Allah.”
(Surah ali Imran: 3:110)

Pentingnya perlaksanaan amar makruf dan nahi mungkar ialah kerana Islam memandang
bahawa selagi kekufuran dan kemungkaran berleluasa di muka bumi, selama itulah akidah
dan syariat Islamiah tidak berkembang. Demikian juga apabila berleluasanya
kemungkaran di kalangan kita sehingga kemungkaran tersebut mampu membentuk dan
mencorak suasana tidak baik dan akan membawa pengaruh yang besar kepada masyarakat
Islam khususnya yang lemah iman mereka sehingga menjadikan mereka terikut-ikut
dengan budaya mungkar tersebut. Daripada abu Sa’id al Khudri RA berkata, beliau
mendengar Nabi SAW bersabda :

30
“Barang siapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia ubah dengan tangan, jika
tidak mampu hendaklah dengan lisan, dan jika tidak mampu hendaklah dengan hati. Yang
demikian itu adalah selemah-lemah iman.”
[Riwayat Muslim (78)]

Dan juga dalam surah Al-Imran ayat 104, Allah berfirman yang maksudnya :-

“Dan hendaklah ada dari antara kamu satu golongan yang mengajak (manusia) kepada
bakti, dan menyuruh (mereka berbuat) kebaikan, dan melarang (mereka) dari kejahatan;
dan mereka itu ialah orang-orang yang mendapat kejayaan.”
(Al-Imran : Ayat 104)

3. Shariah sebagai sumber ilmu dan nilai

Menururt konteks pengurusan islam, objektif umum sesebuah organisasi seharusnya tidak
lari daripada matlamat umum syariah islamiah. Maqasid ini membuktikan bahawa Islam
ialah sistem hidup yang lengkap, komprehensif, relevan pada bila-bila masa dan sudah
tentu boleh dilaksanakan dalam apa-apa jua urusan kehidupan .Garis panduan yang ideal
ini adalah untuk memastikan segala keperluan,kehendak dan aspirasi kehidupan dapat
dipenuhi serta terpelihara. Hal ini juga selari dengan prinsip maqasid syariah iaitu
menjamin serta melindungi maruah,kepentingan dan serta kehormatan individu di samping
memelihara keharmonian hubungan sesama manusia. Oleh itu,untuk mencapai objektif
pengurusan islam,strategi,etika dan budaya yang ingin dikembangkan dalam sesebuah
organisasi perlu seiring dengan matlamat syariah islam.

Dalam pada itu, seperti yang telah disepakati oleh Imam Syartibi dan Al Ghazali bahawa
matlamat-matlamat syariat berkenaan merangkumi lima komponen maqasid yang sangat
mustahak iaitu Hifz al-Aql (akal), Hifz al-Din (agama), Hifz al-Mal (harta), Hifz al-Nafs
(nyawa) dan Hifz al-Nasb (keturunan), iaitu setiap perundangan hukum itu mestilah
bertujuan melindungi atau memelihara kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan nasab
atau keturunan umat manusia. Komponen penting maqasid ini membuktikan bahawa Islam
adalah sistem hidup yang lengkap, komprehensif, relevan pada bila-bila masa dan sudah

31
tentu boleh dilaksanakan dalam apa jua urusan kehidupan. Garis panduan yang ideal ini
adalah bagi memastikan segala keperluan, kehendak dan ispirasi kehidupan dapat dipenuhi
serta terpelihara. Hal ini juga selari dengan prinsip maqasid syariah iaitu menjamin serta
melindungi maruah, kepentingan dan serta kehormatan individu di samping memelihara
keharmonian hubungan antara manusia.

Allah S.W.T juga berfirman dalam al-Quran yang bermaksud :

“Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan dan kesejahteraan


kepada sesiapa yang mengikuti keredaan-Nya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka
dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang , dengan izin-Nya ;
dan (dengannya juga ) tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.”
(Al-Maidah : Ayat 16)

4. Manusia sebagai Khalifah

Mengikut perspektif silam, manusia dan alam adalah makhluk ciptaan Allah, tetapi
manusia mempunyai taraf yang lebih tinggi berbanding makhluk lain. Sementara asal usul
manusia itu bermula daripada manusia pertama yang diciptakan Allah, iaitu Nabi Adam,
dan bukannya jelmaan daripada makhluk lain, Allah juga menyatakan dengan jelas tujuan
manusia dicipta, iaitu sebagai khalifah di bumi. Hakikat ini dapat dilihat dalam firman-
Nya yang bermaksud :

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak


menjadikan seorang khalifah di bumi.”
(Surah al-Baqarah, ayat 30)

Sesuai dengan kejadian manusia itu dicipta sebagai khalifah di bumi, maka Allah yang
Maha Pencipta bukan saja mencantikkan kejadian manusia itu, malah menganugerahkan
nikmat akal untuk membezakannya daripada makhluk lain. Dengan akal dan berpandukan
pula ajaran Islam yang syumul lagi lengkap, maka peranan dan tanggungjawab manusia
sebagai khalifah tentunya besar dan berat. Ia bukan hanya sekadar menyempurnakan
tanggungjawab terhadap penciptanya saja, malah bertanggungjawab terhadap
hubungannya sesama manusia dan memakmurkan sumber-sumber alam sekitar.

32
Pendeknya, Islam meletakkan keseluruhan tanggungjawab ini di bawah satu peranan
umum iaitu pengabdian yang sepenuhnya, hanya kepada Allah. Firman-Nya, bermaksud:

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu
(Allah).” (Surah az-Zarriyat, ayat 56)

Islam mengajar penganutnya yang juga khalifah di bumi ini, supaya dapat mengimbangi
kehidupan dunia dan kehidupan di akhirat sewajarnya. Di samping menganjurkan umatnya
supaya beramal sebagai bekalan pada akhirat, Islam tidak pernah pula melarang umatnya
daripada berusaha untuk kesejahteraan hidup di dunia

Bab 12 : Sistem Perbankan Islam

Soalan 8

Bincangkan perbezaan di antara perbankan islam dengan perbankan konvensional.

Sistem perbankan Islam boleh didefinisikan sebagai suatu sistem perbankan yang prinsip
perjalanan dan amalannya berlandaskan hukum Islam atau dalam bahasa Arab disebut sebagai
Syariah. Ini bererti segala operasi yang terdapat di dalam bank sama ada urusan penyimpanan
wang mahupun urusan pembiayaan dilakukan berlandaskan hukum-hakam Syariah. Penggunaan
prinsip ini juga meliputi transaksi-transaksi bank yang lain seperti urusan kiriman wang, surat-
surat jaminan, surat-surat kredit dan tukaran wang asing. Terdapat tiga faktor penting yang
membezakan sistem perbankan islam & sistem perbankan konvensional. Faktor-faktor tersebut
adalah asas penubuhan, Tadbir urus Korporat dan operasi, dan Produk dan perkhidmatan.

1. Asas penubuhan

Beberapa aspek dalam asas tunjang kepada penubuhan Sistem Perbankan Islam dan Sistem
Perbankan Konvensional adalah seperti berikut :-

Bi Sistem Perbankan Islam Sistem Perbankan Kovensional


l

33
1 Wahyu daripada Allah S.W.T Pemikiran Manusia

Sumber rujukan utama dalam membentuk sistem Sumber rujukan utama untuk membentuk
perbankan islam ini adalah Al-Quran dan Sunnah sistem perbankan konvensional yang lahir
diikuti dengan Ijmak dan Qiyas dari akal dan pengalaman manusia, maka ia
terdedah dengan seibu satu kelemahan
Sebagai pencipta alam ini, sudah tentunya Allah kerana manusia itu sifatnya adalah tidak
S.W.T lebih tahu “manual” yang paling sesuai berdaya dan lemah.
untuk digunakan oleh manusia bagi menjamin
kehidupan yang sejahtera di dunia ini.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:


“Kitab Al-Quran ini, tidak ada keraguan padanya;
petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.”
(Surah Al-Baqarah[2:2])

34
2. Iman dan Taqwa Kepuasan Duniawi

Pelaksanaan sistem Islam memerlukan iman & Tidak dipandu dengan nilai iman & taqwa
taqwa di dalam diri, maka setiap peraturan Allah dan untuk kepuasan duniawi yang
adalah amanah. Setiap amanah tidak akan berpandukan kepada keuntungan dan
dipandang rendah oleh setiap mukallaf yang pengabaian nilai-nilai yang diterapkan oleh
bertaqwa. Islam. Oleh yang demikian, dalam
pengendalian perbankan konvensional,
Firman Allah S.W.T banyak perkara yang tidak sehaluan dengan
kehendak Islam berlaku.
“Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut
hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah
langit dan bumi serta segala yang ada padanya.
Bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran
yang menjadi sebutan baik; mereka tidak juga
mahu menerimanya.”
(Surah Al-Mukminun [23:71])
3. Keredhaan Allah & Manusia Kepuasan Manusia

Setiap urusniaga yang dijalankan akan Urusniaga yang dijalankan adalah untuk
berpayungkan kehendak Islam iaitu mendapat mendapat kepuasan hati sebilangan pihak
keredhaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T. sahaja tanpa memikirkan maslahah ummah
semata-mata serta menyumbang dan mengambil dan tidak dipandu oleh panduan Ilahi yang
kira keharmonian manusia dan maslahah ummah akhirnya boleh membawa kepada
permasaalahan di dalam kehidupan manusia.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Adakah orang yang menurut keredhaan Allah itu


sama seperti orang yang kesudahannya mendapat
kemurkaan dari Allah? Sedang tempat kembalinya
ialah neraka jahanam, dan itulah seburuk-buruk
tempat kembali.”
(Surah Ali Imran [3:162])

35
4. Keadilan dan kerjasama (‘adl wa ihsan) Keuntungan

Adil ialah meletakkan sesuatu di tempatnya yang Amalan urusniaga yang terkeluar dari garis-
betul. Keadilan dalam Islam ialah bersifat garis panduan muamalah Islam dimana ia
menyeluruh iaitu memenuhi keadilan ke atas mengenepikan mana-mana aspek yang akan
semua pihak yang berkontrak. Manfaat yang Allah mengahalang daripada mengaut keuntungan
S.W.T. kurniakan dikongsi Bersama dengan maksima dan menyebabkan keadilan sosial
pihak-pihak yang terlibat. tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil,


berbuat baik dan memberi bantuan kepada kaum
kerabat; dan melarang daripada melakukan
perbuatan mungkar dan kezaliman. Ia mengejar
kamu supaya kamu mengambil peringatan.”
(Surah Al-Nahl [16: 90])

2. Tadbir Urus Korporat dan Operasi

Sistem Perbankan Islam juga berbeza daripada sudut tadbir urus korporat dan operasi dimana
nilai-nilai islam dan akhlak sangat ditekankan dalam urusniaga kewangan islam.

Bi
Perkara Sistem Perbankan Islam Sistem Perbankan Konvensional
l
1. Pemantauan Segala urusan perbankan Islam akan Tidak mempunyai pemantauan
dipantau oleh Ahli/Majlis Jawatankuasa dari segi Syariah
Penasihat Syariah dan Audit Syariah.
Mereka adalah individu yang
bertanggungjawab dalam memastikan
kepatuhan hukum Syariah di sesebuah
bank.
2. Patuh Syariah Semua operasi dan perlaksanaan Operasi yang dijalankan tidak
perbankan islam hendaklah mematuhi mematuhi Syariah tetapi hanya
kehendak Syariah sebagai asas undang- mematuhi undang-undang
undang (license-to-operate) konvensional

36
3. Lebihan Memperoleh keuntungan dengan cara Mengaut keuntungan melalui
adalah untung yang tidak bercanggah dengan Islam. pelbagai cara tanpa
bukan riba’ Keuntungan (profit) adalah terhasil mempedulikan adakah ia
daripada kontrak jual beli dan mematuhi syarak atau sebaliknya.
perkongsian untung rugi (pelaburan). “Interest” terhasil daripada
lebihan (pertambahan) daripada
jumlah pinjaman/hutang yang
diberikan.
4. Zakat Terlibat dalam pembayaran zakat. Ia Tidak ada peruntukan untuk
merupakan tanggungjawab sosial pihak mengeluarkan zakat. Syarikat
perbankan Islam. perbankan hanya membayar
cukai dan menyumbang kepada
program Corporate Social
Responsibility (CSR)
5. ‘Aqad Sistem Kewangan Islam adalah Operasinya adalah tidak
(Kontrak) berteraskan akad yang telah dipersetujui berteraskan akad-akad yang sah
oleh Syarak iaitu setiap urusniaga yang dari sudut Syarak dan
dijalankan hendaklah berteraskan ‘aqad kebanyakkannya terlibat dalam
yang mempunyai kontrak persetujuan sistem pinjaman yang berteraskan
dan kerelaan keatas kedua-dua belah riba. Ia juga berdasarkan kontrak
pihak seperti Bai’ Bithaman Ajil (BBA), bertulis yang sah mengikut
Wadi’ah, Mudarabah, Musyarakah dan undang-undang buatan manusia
sebagainya. Ia merupakan satu ikatan
yang berteraskan jaminan, amanah,
tanggungjawab dan persaudaraan.

3. Produk dan Perkhidmatan

37
Aspek lain yang membezakan di antara perbankan Islam dan perbankan konvesional adalah
melalui produk-produk yang dipasarkan. Antara perbezaan tersebut ialah:

Bil
Sistem Perbankan Islam Sistem Perbankan Konvensional
.
1. Tidak terlibat perjudian dan spekulasi Urusniaga yang melibatkan perjudian
dan spekulasi
2. Beraskan jual beli Berasaskan riba’

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah : 275,


“…Padahal Allah telah menghalalkan jual beli
(berniaga) dan mengharamkan riba..”
3. Urusniaga hendaklah jelas Urusniaga melibatkan perkara yang
tidak pasti
4. Menawarkan produk yang berasaskan takaful Menawarkan produk berdasarkan
insurans konvensional.
5. Dikenakan bayaran ganti rugi (ta’widh) yang akan Dikenakan penalty dalam bentuk caj
dimasukkan ke akaun amal jariah untuk lewat bayar secara “Compounding”
melaksanakan Corporate Social Responsibility
(CSR)
6. Setiap asset atau komiditi untuk diniagakan wajib Tidak semestinya mempunyai aset
wujud dan dimiliki oleh penjual
7. Keuntungan terhasil daripada aktiviti urus niaga jual Keuntungan terhasil daripada faedah
beliatau pelaburan yang melibatkan ekonomi benar keatas transaksi pembiyaan atau
pelaburan
8. Keuntungan adalah tidak tetapdan mengikut kadar Kadar keuntungan dalah tetap dan
yang dipersetujui oleh pihak bank dan pelanggan faedah pulangan adalah dijamin

Bab 13 : Takaful : Sistem Insurans Islam

Soalan 7

38
Nyatakan perbezaan di antara takaful dengan insurans konvensional.

Perbezaan di antara takaful dengan insurans konvensional adalah seperti yang berikut :-

Bil Perkara Takaful Insurans


.
1. Sumber Al-Quran dan Sunnah Perundangan dan kawal-selia
2. Akta Akta Takaful 1984 Akta Insurans 1963
3. Akad Tabarru’, Wakalah, Mudharabah, Jual beli/ Kontrak
Waqaf
4. Pengurusan Majlis Penasihat Syariah Tiada Majlis Penasihat Syariah
5. Jaminan Perkongsian risiko sesama peserta Pemindahan risiko kepada
melalui tabarru’
syarikat melalui kontrak
6. Keuntungan 1. Perkongsian diantara pengendali 1. Hak milik syarikat
dengan peserta berasaskan 2. Surplus jika wujud tidak akan
Mudharabah. (20/80) diagihkan
2. Surplus jika wujud akan diagihkan
7. Operasi Bebas daripada riba’, gharar dan Terlibat dalam riba’, gharar dan
maisir maisir

8. Pelaburan Patuh Syariah Secara terbuka dan tidak patuh


Syariah
9. Sistem 1. Pengasingan dana yang jelas 1. Pengasingan dana yang tidak
Perakaunan
2. Zakat adalah diwajibkan jelas
3. Caruman diasingkan mengikut 2. Zakat adalah tidak diwajibkan
tabung 3. Premium tidak diasingkan

10. Pendapatan 1. Fi wakalah (ujrah) 1. Premium


Syarikat
2. Perkongsian mudharabah 2. Untung pelaburan
pelaburan 3. Denda lewat (Surcaj)
11. Fi 1. Milik peserta dan bukan milik Milik Syarikat sepenuhnya
Syarikat
2. Diagihkan ke dalam tabung

Bab 14 : Ar-Rahnu : Sistem Pajak Gadai Islam

Soalan 5

Bincangkan kelebihan-kelebihan ar-rahnu berbanding pajak gadai konvensional

Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah:

39
1. Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)

Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian
pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam
perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana
riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah
sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.

2. Nilai Gadaian Tidak Merosot

Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta
tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti
rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum
digadai.

3. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan

Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya
apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang
barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan
tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari
nilai barang gadaian.

4. Keselamatan sekuriti cagaran

Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima
gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang
diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah
pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima
gadaian.

5. Caj perkhidmatan Yang Rendah

Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn


melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional.
Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan

40
pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang
pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.

6. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.

Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku
semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur
penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada
pemberi gadaian.

7. Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah

Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan
pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam.
Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh
semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta
wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan
tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.

8. Pemberitahuan berkaitan dengan pencairan sekuriti cagaran secara berhemah

Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang
gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah
habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar
balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan
dilelongkan.

9. Nilai Gadaian Yang berpatutan dan tidak menindas

Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang
Pajak Gadai tidak menetapkan nilai atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-
Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian
yang digadai oleh penggadai.

41

Anda mungkin juga menyukai