Anda di halaman 1dari 2

HALANGAN-HALANGAN AL-AHLIYYAH

Di dalam Al-Ahliyyah terdapat beberapa halangan (‘Awarid Al-Ahliyyah) yang boleh menghilangkan
kelayakan. Kewujudannya akan menghalang seseorang dari membuat transaksi dan menguruskan
harta dalam beberapa keadaan tertentu.Halangan terbahagi kepada dua bahagian:
1. ‘Awarid Samawiyah (halangan semulajadi): iaitu yang tiada bagi seseorang itu dalam mendapatkan
ikhtiar dan memperoleh.
2. ‘Awarid Muktasabah (halangan yang diperoleh): iaitu yang menjadi bagi seseorang telah masuk
dan ikhtiar pada penghasilannya. ‘Awarid Samawiyah banyak berubah seperti gila, ‘atah, al-ighma’,
tidur, dan sakit maut. ‘Awarid Muktasabah seperti mabuk, safih, dan hutang. Gila: ialah hilang akal
berkembang darinya kegoncangan. Dan hukumnya sama ada ia berterusan atau putus-putus, maka
tiada keahlian atau kelayakan dalam hal wujudnya . Maka menjadi perbelanjaan (tasaruf) orang gila
dari segi perkataan atau perbuatan seperti bukan mumayyiz dan batal serta tiada kesan
perbelanjaan itu . Orang yang gila juga terlepas daripada hukuman jenayah kerana tiada akal .
Al-‘atah: ialah kurang atau lemah pada akal, darinya berkembang lemah dalam pemikiran dan
kesedaran. Seseorang itu pada masa dia bercakap seperti berfikiran waras dan seperti insan normal,
kadang-kadang keadaan dia seperti orang yang sangat marah. Mindanya seperti kanak-kanak . Orang
yang terencat akal ini juga bercampur aduk dalam berkata-kata. Dan yang membezakan terencat
akal dari gila ialah padanya tidak memukul, tidak merayau, dan tidak mencium sesuka hati.
Hukumnya sama seperti hukum kanak-kanak yang mumayyiz iaitu tergolong dalam ahliyyah al-ada’
naqisah pada tasaruf dan aqad-aqad .
Penyakit ini terbahagi kepada dua:
a) Terencat akal yang serius, iaitu orang yang mengalaminya akan kehilangan daya sedar dan daya
faham sama sekali. Keadaan orang ini sama seperti gila.
b) Terencat akal yang tidak serius, iaitu orang yang mengalaminya masih mempunyai daya sedar dan
dapat membezakan antara sesuatu perkara dengan perkara yang lain. Bagaimanapun, daya sedarnya
itu tidak sama dengan orang yang normal. Orang yang terencat akal secara serius tidak mempunyai
kelayakan untuk melaksana kerana asas penting bagi kelayakan ini iaitu akal dan tamyiz tidak ada.
Walau bagaimanapun, kelayakannya untuk menerima tetap ada. Orang yang terencat akal secara
tidak serius masih memiliki kelayakan untuk melaksana secara tidak sempurna, sama seperti kanak-
kanak yang mumayyiz. Segala kewajipan atau hak yang semestinya dilaksanakan sendiri seperti solat,
puasa, dan sebagainya tidak wajib dilaksanakannya. Sementara hak dan kewajipan yang boleh dibuat
oleh orang lain sebagai ganti tetap dianggap wajib ke atasnya. Begitu juga dengan urusan yang
menghasilkan keuntungan kepadanya dianggap sah. Manakala yang merugikannya pula dianggap
tidak sah. Dalam urusan yang berkemungkinan rugi dan untung, dia perlu mendapat keizinan
daripada wali atau penjaga terlebih dahulu.
Al-ighma’ (pitam atau pengsan): ialah hilang kekuatan pemikiran dan bergerak dengan sebab sakit
pada hati. Ia menyerupai tidur pada kehilangan akal. Tidur adalah semulajadi dan al-ighma’ adalah
tidak semulajadi. Maka menjadi hukumnya satu dalam berbelanja iaitu dibuang dan batal kerana
tiada niat di sisi orang yang pitam atau pengsan .
An-Naum (tidur): ialah sesuatu yang ada hubungan dengan ibadah. Mereka yang tidur tiada
mempengaruhi Ahliyyah al-wujub. Tidur adalah suatu perkara yang semulajadi bagi manusia pada
fitrah tersusun atau tidak tersusun. Orang yang tidur adalah terlarang dari beramal. Diibaratkan
orang yang tidur itu seperti orang yang mughma’.
As-sukr (mabuk): ialah hal yang berlaku kepada manusia di mana tersembunyi pada akal. Maka
hilang akal pada manusia dan tidak dapat membezakan di mana yang baik atau buruk. Mabuk ada
dua jenis: iaitu mabuk dengan cara yang mubah (harus) seperti hasil daripada ubat atau keadaan
yang tak dapat dikawal dan mabuk dengan cara yang haram seperti mabuk meminum arak atau
benda-benda yang memabukkan. Hukumnya menurut masyhur di sisi Malikiyyah, Ibnu Taimiyyah,

Anda mungkin juga menyukai