Anda di halaman 1dari 20

KAFA

Kelas Al-Quran & Fardhu Ain


Terma & Syarat

Kami sedaya upaya memastikan maklumat dalam


panduan ini tepat tanpa sebarang kesilapan.
Mana-mana kesilapan adalah tidak disengajakan.
Anda bertanggungjawab terhadap sebarang risiko,
kerosakan dan kehilangan yang berlaku akibat
menggunakan maklumat tersebut.

Ebook Kerjaya 2
Assalamualaikum.

Panduan ini diolah dan disusun dari perkongsian


dan pengalaman calon-calon yang pernah
menghadiri temuduga Guru KAFA.
Maklumat yang diambil dari website rasmi JAKIM
serta lain-lain sumber turut ditambah bagi
melengkapkan lagi panduan ini.

EBOOK KERJAYA
ebookkerjaya.com

Kemaskini:

v1.5 — 17 Mei 2020

ebookkerjaya.com 3
Langkah Menjadi
Guru KAFA

Untuk menjadi seorang Guru KAFA anda perlu


melalui proses berikut:

Isi Borang > Hantar Borang > Temuduga > Pelantikan

** Nota:
1. Hanya calon yang berkelayakan sahaja
akan dipanggil ke sesi temuduga.
2. Temuduga terbahagi kepada 2 bahagian
iaitu Ujian Bertulis dan Ujian Lisan.

Ebook Kerjaya 4
Cara Memohon

Anda perlu mengambil borang permohonan Guru


KAFA. Kemudian isi borang dengan lengkap dan
hantarkan semula borang permohonan tersebut.
Permohonan untuk menjadi Guru KAFA dibuka
sepanjang tahun. Tetapi pengambilan dan
pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan
dan keperluan semasa.
Borang permohonan boleh diambil di:

• Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


• Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)
• Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)
• Yayasan Islam Negeri (YIN)
• Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
• Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

** Nota: Sesetengah jabatan menyediakan borang


permohonan online. Tetapi penggunaan borang
online ini belum meluas.

ebookkerjaya.com 5
Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk menjadi Guru KAFA


mengikut garis panduan JAKIM:

1. Calon hendaklah:

a. Warganegara Malaysia;
b. Umur tidak kurang dari 18 tahun dan
tidak lebih dari 60 tahun;
c. Sihat tubuh badan dan disahkan oleh
Pengamal Perubatan; dan

2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan:

a. Lulus Bahasa Malaysia atau Bahasa


Melayu;
b. Lulus Pendidikan Islam atau lulus
Pendidikan Al-Quran dan AlSunnah atau
lulus Pendidikan Syariah Islamiah; dan
c. Lulus Bahasa Arab atau yang setaraf
dengannya; atau

Ebook Kerjaya 6
3. Bagi negeri Sabah, negeri Sarawak, kawasan
pedalaman di Semenanjung Malaysia atau
kawasan yang majoriti penduduknya bukan
beragama Islam:

a. Merupakan lepasan Sekolah Menengah


Agama atau Sekolah Menengah
Kebangsaan dengan kepujian dalam
Pendidikan Islam;
b. Merupakan lepasan Pusat Latihan Islam
dan Pusat Latihan Dakwah atau Institut
Latihan dan Kemahiran JAKIM; atau
c. Menyertakan sijil-sijil pendidikan atau
pengajian agama Islam yang diiktiraf dan
disahkan oleh Jawatankuasa KAFA
Peringkat Negeri bagi penduduk bertaraf
permastautin tetap (PR) dan orang asli.

4. Tidak menjawat sebarang jawatan rasmi lain.


Bagi yang mempunyai jawatan rasmi dan
berhasrat untuk memohon jawatan Guru KAFA,
anda perlu terlebih dahulu mendapatkan
kebenaran bertulis daripada majikan.

5. Bagi pelantikan semula Guru KAFA yang telah


berusia melebihi 60 tahun atau yang akan
mencapai usia tersebut dalam tempoh kontrak
yang baharu, proses pelantikan adalah tertakluk
kepada kelulusan Ketua Pengarah JAKIM.

ebookkerjaya.com 7
Tempoh Lantikan

Pelantikan Guru KAFA adalah:

a. Lantikan secara kontrak untuk tempoh 1


tahun.
b. Boleh dilantik semula dengan membuat
permohonan memperbaharui kontrak
pelantikan.
c. Permohonan memperbaharui kontrak
perlu dibuat secara bertulis dalam tempoh
3 bulan sebelum tamat tempoh kontrak.

Ebook Kerjaya 8
Tugas & Tanggungjawab

Antara tugas Guru KAFA termasuklah:

1. Menyediakan Rancangan Pengajaran


Tahunan dan Rancangan Pengajaran
Harian di dalam Buku Rekod Mengajar;
2. Menandatangani Buku Kedatangan Guru
setiap kali hadir bertugas;
3. Merekod kehadiran murid dalam Jadual
Kedatangan Murid;
4. Melaksanakan Pengajaran dan
Pembelajaran mengikut garis panduan
JAKIM;
5. Menyediakan laporan kehadiran Bulanan
Guru KAFA;
6. Memastikan keselamatan murid sentiasa
terjaga dan diawasi sepanjang perjalanan
KAFA; dan
7. Melaksanakan tugas-tugas lain yang
diarahkan dari semasa ke semasa.

ebookkerjaya.com 9
Persediaan Temuduga

Temuduga Guru KAFA terbahagi kepada 2


bahagian:

1. Ujian Bertulis
2. Ujian Lisan

** Nota: Pastikan anda hadir ke temuduga dengan


membawa alat tulis dan memakai pakaian yang
sesuai.

Ebook Kerjaya 10
Ujian Bertulis

Soalan Ujian Bertulis Guru KAFA adalah berbentuk


soalan subjektif. Anda diberikan masa selama 1 jam
untuk menjawab soalan.
Ikut arahan yang diberikan untuk menjawab soalan
ujian.
Dalam ujian lisan, soalan ditulis dengan tulisan jawi
dan anda juga perlu menjawab menggunakan
tulisan jawi.
Soalan boleh merangkumi topik-topik berikut:

a. Sirah
b. Al-quran
c. Tajwid
d. Akhlak
e. Fekah
f. Tauhid
g. Jawi
h. Bahasa Arab
i. Sahsiah

ebookkerjaya.com 11
Contoh Soalan Al-Quran

Dalam bahagian ini anda akan diminta untuk


menulis ayat Al-Quran beserta barisnya sekali.
Contoh:
• Tuliskan ayat 1-5 surah Al-Fatihah dengan
resam Uthmani.
• Tuliskan ayat 1-5 surah Yasin dengan
resam Uthmani.

Contoh Soalan Sirah

Banyak topik yang boleh ditanya berkaitan sirah.


Antaranya, kisah-kisah nabi, hijrah nabi
Muhammad, peperangan dalam Islam, wahyu
pertama dan kiblat orang Islam.
Contoh:
• Bila nabi Muhammad s.a.w menunaikan
haji widak?
• Siapakah sahabat nabi yang telah
menggantikan nabi ditempat tidurnya
sewaktu nabi berhijrah?

Ebook Kerjaya 12
Soalan Bahasa Arab

Dalam bahagian ini anda boleh diminta untuk:


• Menterjemahkan bahasa arab ke bahasa
melayu atau sebaliknya.
• Buat ayat berdasarkan perkataan arab
yang diberikan.
Soalan berkaitan dengan mufrat, musanna dan
jamak juga boleh tanya dalam bahagian ini.

Contoh Soalan Jawi

Dalam bahagian ini, anda akan diminta untuk


menjawikan perkataan yang diberi.
Contoh:
Jawikan perkataan
• Universiti
• Internet
• Transformasi

ebookkerjaya.com 13
Soalan Lain Yang Boleh Ditanya

Kebanyakan soalan yang akan ditanya adalah


berkaitan dengan pengetahuan asas agama Islam.
Contoh:
• Bila solat difardhukan
• Hukum ibadah korban
• Beza korban dan akikah
• Dalil dosa dan pahala
• Rukun iman dan rukun Islam
• Sifaf wajib bagi Allah
• Hujum tajwid
• Tuliskan doa qunut beserta baris
• Nabi ulul-azmi

Ebook Kerjaya 14
Ujian Lisan

Format ujian lisan Guru KAFA sama seperti


temuduga kerja biasa. Bezanya hanya pada soalan
yang ditanyakan sahaja.
Soalan ayat hafazan kebiasaannya akan ditanya
pada awal sesi temuduga. Anda akan diminta untuk
membacakan beberapa surah lazim.
Soalan yang ditanya banyak berkaitan dengan ilmu
asas agama. Selain itu anda perlu juga perlu tahu
sedikit sebanyak berkaitan negeri anda.
Contohnya, nama sultan dan menteri besar. Ambil
tahu juga tentang isu semasa yang berkaitan hal
ehwal agama Islam.

ebookkerjaya.com 15
Dalam temuduga guru KAFA, antara soalan yang
boleh ditanya adalah:

• Nyatakan rukun Islam dengan lengkap


• Nyatakan rukun iman dengan lengkap
• Apakah syarat sah solat?
• Sebutkan rukun wuduk
• Siapa Pengarah JAKIM Selangor?

• Siapa Yang Dipertuan Agong Malaysia?


• Siapa Perdana Menteri Malaysia?
• Nyatakan syarat wajib puasa
• Berapa jumlah ayat Al-Quran?
• Apakah sifat harus bagi Allah?

• Apakah visi JAIS?


• Apakah misi JAIS?
• Baca ayat Al-Quran ini.
• Apakah perkara yang membatalkan puasa?
• Nyatakan 5 malaikat dan tugasnya

Ebook Kerjaya 16
• Sebutkan rukun wuduk
• Sebutkan sifat wajib bagi Allah
• Sebutkan sifat wajib bagi rasul
• Nyatakan rasul yang wajib diketahui
• Sebutkan syarat wajib puasa

• Apakah hukum tajwid ini?


• Siapakah nama sultan Selangor?
• Apakah sifat mustahil bagi Allah?
• Apakah sikap mustahil bagi rasul?
• Siapakah khalifah Islam yang pertama?

• Apakah kipas dalam bahasa arab?


• Apakah seratus dalam bahasa arab?
• Apa yang anda tahu tentang KAFA?
• UPKK itu untuk murid darjah berapa?
• Kenapa anda mahu jadi guru KAFA?

ebookkerjaya.com 17
Rujukan Tambahan

Sebagai rujukan tambahan, kami rekomen


ebook di bawah. Ia sesuai dijadikan bahan
rujukan untuk semua temuduga kerja
kerajaan.
Klik [ DI SINI ] atau imbas kod QR sebelah
untuk maklumat lanjut.

Mudah difahami dan


dipraktikkan oleh semua.
Menjimatkan masa untuk
membuat persediaan temuduga
Panduan langkah demi langkah.
Persediaan sebelum, semasa dan
akhir temuduga.
Update percuma selama 3 tahun.
Dapatkan versi kemaskini secara
percuma.

Ebook Kerjaya 18
Kisah Kejayaan

Rujukan Temuduga
Jawatan Kerajaan
Klik [ DI SINI ] atau
imbas kod QR sebelah
untuk maklumat lanjut.

ebookkerjaya.com 19
Akhir Kata

Moga ebook ini dapat memberi gambaran ringkas


kepada anda tentang cara untuk menjadi seorang
Guru KAFA.
Kami doakan anda akan menjadi seorang pendidik
yang hebat.
Jika anda dapati terdapat maklumat yang kurang
tepat, mohon maklumkan kepada kami melalui
emel di support@ebookkerjaya.com

Salam Kejayaan,

EBOOK KERJAYA
ebookkerjaya.com

Ebook Kerjaya 20

Anda mungkin juga menyukai