Anda di halaman 1dari 21

KERTAS KERJA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL

PERINGKAT SEKOLAH 2016 (1437 HIJRAH)


SK KEMPADANG, 25150 KUANTAN
PANATIA AGAMA ISLAM
1. Program

: Sambutan Maulidur Rasul

2. Pendahuluan

: Majlis Sambutan Maulidurrasul merupakan natijah


daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w. ).
Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda
dan berbangga dengan baginda, sebagaimana Allah
bangga terhadap baginda dengan memuji baginda didalam
Al-Quran: "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang
mulia" (al-Qalam:4) . Majlis ini akan dimuatkan dengan
aktiviti yang agak sederhana tetapi melibatkan semua guru
dan murid muslim. Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk
memberi penyegaran semula tentang kecintaan kita umat
Islam terhadap Nabi Muhammad S.A.W. dengan kelahiran
baginda ke muka bumi ini sebagai petunjuk dan ikutan
mulia ke arah membina jati diri muslim sejati yang
mempunyai akhlak dan sakhsiah terpuji. Selain
menghayati sirah hidup baginda rasulullah S.A.W, secara
tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid
untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang
dimiliki oleh Rasulullah serta memperbanyakkan
berselawat ke atas Baginda S.A.W.

3. Matlamat

3.1 Mempertingkatkan kefahaman sejarah kelahiran

dan
hikmah maulidurrasul kepada masyarakat
sekolah.
3.2 memantapkan keimanan dan keyakinan
terhadap syiar Islam
serta sunnah Rasulullah.
3.3 mengambil iktibar tentang sejarah latar
belakang

kehidupan Rasulullah untuk diteladani.


3.4 Menanam rasa taat dan kasih terhadap
Rasulullah serta
kaum kerabat baginda.
3.5 Mencontohi akhlak mulia baginda Rasulullah saw.
3.6 Mewujudkan sifat bekerjasama,bantu membantu dan
tolong
menolong bagi memartabatkan syiar Islam.
3.7 Memperingati perjuangan dan pengorbanan baginda
untuk dicontohi.
4. Objektif
Memberi pendedahan dan membangkitkan kecintaan kepada rasulullah
disamping menjadikan Rasulullah saw sebagai idola dan contoh terbaik
dalam membentuk akhlak muslim sejati.
5. Tema

: Perpaduan Nadi Transformasi Negara

6. Aktiviti

- Sajak/ puisi
- Selawat Nabi
- Zikir dan Asmaul Husna
- Ceramah sirah dan soal jawab
- Nasyid Cinta Rasul
- Penyampaian ilmu oleh murid

7. Tarikh

24 Disember 2015 / 12 Tabiul Awwal 1437H (Tarikh

Maulidur Rasul)
8 Januari 2016 / 28 Rabiul Awwal 1437 Hijrah
(Sambutan Peringkat Sekolah)
8. Sasaran
9. Kos
dan murid.

: Semua murid,guru-guru dan kakitangan sekolah.


: mengikut jumlah kutipan sumbangan individu, guru

10. Sumber

: Sumbangan individu, guru dan murid

11. Pelaksanaan : Program ini dibincangkan dalam mesyuarat Panitia


Agama Islam.
-

menetapkan aktiviti sambutan

menentukan jawatankuasa sambutan

mengadakan majlis sambutan

mengadakan acara semasa majlis sambutan

12. Jawatankuasa : Rujuk Lampiran 1


13. Tentatif Program :
8.30 pagi

: Majlis dimulakan.

8.35 pagi

: Bacaan Doa.

8.40 pagi

: Deklamasi Sajak / Puisi Kerasulan

8.45 pagi

: Alunan Selawat (Guru dan semua

(Murid)
murid)
9.00 pagi

: Penyampaian Bibliografi Rasulullah SAW

oleh murid dan


sesi soal jawab dikendalikan oleh
guru
9.15 pagi

: Nasyid Tolaal Badru Alaina (Guru dan

murid)
9.25 pagi

: Alunan Zikir Munajat / Persembahan

9.30 pagi

: Penghayatan Perjuangan Dan

Nasyid (Murid)
Keperibadian Terpuji
Rasulullah SAW serta sesi soal jawab
kerasulan.
10.00 pagi

: Majlis bersurai.

14. Penilaian

: Kejayaan aktiviti yang dirancang dapat dinilai


melalui penyampaian, penerimaan, kawalan.
Penguasaan ilmu dan kerjasama semua pihak semasa
sambutan dijalankan.

Disediakan oleh:

####################

Disemak oleh :

LAMPIRAN 1
JAWATAN KUASA INDUK DAN AJK PELAKSANA
Pengerusi

: En. ###################

Timbalan Pengerusi

: ######################

Naib Pengerusi 1

: ######################

Naib Pengerusi 2

: ######################

Setiausaha

: ######################

Penyelaras

: ######################

Persiapan Dewan/
Backdrop

: ######################
: ######################
: ######################

Siaraya

: ######################
: ######################

Pengacara Majlis

: ######################
:

Kawalan Murid

######################

: ######################
: ######################
: ######################
: Semua
######################
aktiviti dijalankan

Kebersihan

: ######################
: ######################
: ######################

Jurugambar

: ######################

Buku program

: En

######################
Ceramah

: ######################

Aktiviti

: Semua guru Pendidikan Islam

Lampiran 2 : (Biodata Baginda Rasulullah S.A.W)


(15 minit)
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( ) adalah
pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh
alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya
Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT
kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.
Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai
khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan
kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan
erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah Subhanahu Wataala.
Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah.
Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia
dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau
juga digelar Al Amin ( )yang bermaksud 'yang terpuji'.
SOALAN 1:

1. Selain dari menjadi rasul, baginda nabi Muhammad saw juga merupakan
1.
seorang ..
2.
2. Nabi Muhammad saw dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di
3.
.
3. Gelaran al Amin yang diberikan kepada baginda rasulullah saw
BIODATA RASULULLAH S.A.W:
bermaksud
1. Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai
tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang
kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman.
Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sadiah (lebih dikenali Halimah
As-Sadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
SOALAN 2:
4. Apakah nama sebenar nabi Muhammad?
5. Kenapakah tahun kelahiran nabi Muhammad dikenali sebagai Tahun Gajah?
6. Nama ibu nabi ialah Aminah dan pengasuh pertama nabi pula bernama
Barakah al- Habsyiyyah atau dikenali sebagai
**Soalan simpanan : Jika Pengasuh pertama nabi digelar sebagai Ummu Aiman
dan siapakah pula Thuwaibah

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:


USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh
dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan / kejahatan yang wujud
didalamnya.
USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di AlAbwa (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah
SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
* Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
7. Apakah peristiwa ketika baginda rasulullah saw berusia 5 tahun?
SOALAN
: 6 tahun , ibunya Aminah meninggal dunia di sebuah kampung
8. Ketika3usia
yang bernama.
9. Semasa usia baginda 8 tahun, datuk baginda Abdul Muttalib meninggal
dunia dan dipelihara pula oleh bapa saudaranya yang
bernama

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).


* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas
urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama
Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan
tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir
pada masa itu.
USIA 14 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ketika itu usia nabi Muhammad SAW ialah 14
atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari
dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
USIA 20 TAHUN
* Menyaksikan perjanjian Al-Fudhul; perjanjian damai untuk
memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
SOALAN 4 :
10. Kenapakah nabi Muhammad saw mengikut bapa saudaranya bermusafir ke
negeri Syam?
11. Buhaira adalah seorang pendita bangsa ..
12. Baginda mula terlibat dalam peperangan ketika berusia
..
USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa
saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah)
untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
* Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan
penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan Hajarul-Aswad
ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung
perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira sebagai perlantikan menjadi Nabi dan
Rasul akhir zaman.
SOALAN 5 :

13. Baginda bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan
siapa?
14. Apakah yang menyebabkan dinding kaabah runtuh?
15. Baginda menerima wahyu ketika berusia
USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina
Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin,
12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra
SOALAN 6:
16. Baginda berhijrah ke Madinah atau Yathrib pada tarikh .. Rabiul Awwal
17. Baginda wafat ketika berusia ..tahun.
18. Sebutkan 3 orang nama anak-anak Rasulullah saw.

Lampiran 3 : Tazkirah Cinta Rasul

(25 Minit)

MAULIDUR RASUL; KEPERIBADIAN TERPUJI


PERJUANGAN DIHAYATI
Pengenalan
Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam
sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi
Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah
teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia
pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak

mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan


terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu
penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan
berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu
keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang
ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua
kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.
Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban
tahun menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi
ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam
menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan
kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu,
nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka
menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam
kesusahan, membantu anak yatim dan ibu tunggal, seorang
yang pemurah dan sebagainya.
Keperibadian Terpuji
Masyarakat Arab Quraisy amat senang dengan keperibadian
yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup
bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama
membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir.
Baginda dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang
yang baik budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga
digelar al-amin.
Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang
paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa
baginda sehingga mereka ingin membunuhnya? Mereka benarbenar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad
dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda
diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat
orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan
tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman
Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:
"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik
( Mekah ) menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk
menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka

menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan


perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang
menggagalkan perancangan jahat".
Ketokohan
Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh,
akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan
mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh
pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama
ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah
atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah
bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan
mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda
Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu
setiap umat Islam adalah bertanggungjawab mempertahankan
agama Allah.
Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang
pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat
disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika
hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian,
Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satusatunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya
diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat.
Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah
negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh
yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi
seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan
baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan
hingga ke hari ini.

Keadaan Kucar kacir


Keadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir.
Manusia pada ketika itu telah berperangai kebinatangan. Terlalu
banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat ketika itu.
Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan di negara
Parsi dan juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk,
meminum arak menjadi satu kebanggaan. Persundalan dianggap
satu keseronokan, amalan riba' berleluasa dalam perniagaan,

hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.


Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan.
Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan
untuk mengaut kekayaan. Para penguasa selalu dimuliakan
bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. Orang awam yang
lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan
untuk menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan untuk
berbuat jahat dan untuk memenuhi tuntutan nafsu. Demikianlah
gambaran masyarakat ketika baginda diutuskan. Apa yang perlu
dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah menjadikan
Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling sekali.
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu
contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa
mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,
serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak
(dalam masa susah dan senang). (al-ahzab 21).
Kesimpulan
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah
Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia
teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia
sejagat. Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat
Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan
seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana
baginda adalah teladan terbaik.

Soalan
19. ..

20.
.

Lampiran 4 : Puisi Cinta Rasul (5-10 minit)


Contoh 1 : Puisi 1

Muhammad S.A.W,
Wahai Nabiku
Sang Rembulan diantara gelap kehidupan
Engkau menjadi pelita saat pekat tanpa sinar
Engkau pantulan kasih cahaya Tuhan
Berhiaskan akhlak nan mulia
Berpakaian jubah kebersahajaan
Wahai sang imam para rasul
Adakah makhluk yang melebihi keindahan budimu
Engkau laksana bunga diantara bangkai
Laksana intan diantara bebatuan
Wahai sang penutup para nabi
Rinduku tak seperti bulan yang kau belah
Rindukku menarik airmata untuk jatuh berlinang
Akankah diri ini pantas bertemu
Walau mimpi menjadi perantara waktu
Duhai kekasih Tuhanku
Engkau kekasihku
Engkau idamanku
Engkau cintaku
Sudikah engkau menemuiku
Memberi syafaat saat tiada lagi pertolongan
Karena tanpamu,
Siapa yang akan memberi syafaat di padang mahsyar?

Contoh 2: Puisi 2
Engkaulah Suri Tauladan Kami Ya Rasulullah
Ku teperanjak kagum dengan segenap perjuangan hidupmu
Engkau sang suri tauladan yang senantiasa berjuang demi ummat
Tak pernah peduli jutaan rintangan menikam
Semuanya sirna untuk menegakkan Kejayaan Islam
Engkau tak pernah menghiraukan peluhmu
Darahmu menjadi saksi perjuanganmu
Nasib Ummat selalu kau ingat
Dengan segala cinta dan kasih sayang
Ya Rasulullah
Betapa mulianya dirimu
Kau perjuangkan semuanya demi mengangkat martabat insan
Dari kesirnaaan menuju terang bernderang
Ya Habibullah
Kesederhanaan mewarnai hidupmu
Tak pernah engkau mengeluh tentang semua hal
Kepribadianmu menjadi penawar hati ummat
Ya Rasulullah
Begitu banyak prilaku kami yang menyakitimu
Begitu sering kami mengabaikan sunnah mu
Namun cintamu untuk kami tak pernah sirna
Ya Rasulullah
Maafkan kami yang kadang melupakanmu
Maafkan kami yang sering egois
Maafkan kami yang sering mengabaikan besarnya perjuanganmu
Memilikimu menjadi kebanggaan untuk kami
Engkau bagaikan mentari yang senantiasa menebarkan kasih
Engkau adalah Kekasih Allah yang terpuji
Engkaulah tonggak Pemimpin Ummat
Allahumma salli 'ala Muhammad
Hanyalah shalawat yang dapat kami senandungkan kepangkuanmu
Engkaulah sang Junjungan Alam
Suri tauladan segala Jiwa

Contoh 3 : Puisi 3

Muhammad....
Ya Muhammad, ya Rasulullah
Hadirmu membawa cahaya
Dalam gelapnya
Alam semesta
Ya Muhammad, ya Rasulullah
Cahaya terang
Yang kau pancarkan
Terangi hati kami semua
Hati yang gelap gulita
jiwa yang gundah gulana
hadirmu...
berikan suasana damai, indah
Kau memang manusia biasa
namun tingkah laku juga akhlakmu
sungguh luar biasa
lebih indah dari permata
Sungguh engkau manusia sempurna
Dirimu teladan setiap umat manusia
Muhammad..

Contoh 4 : Puisi 4

Rasulullah SAW
Berabad-abad sudah berlalu
namun namamu masih melekat di hatiku
tak pernah aku bertemu atau berjumpa denganmu
tak pernah aku melihat langsung dakwahmu
namun sinar cahaya itu mampu menebus jaman dan ruang
menembus perbedaan di antara seluruh umat manusia
cahaya itu tak pernah redup sampai akhir zaman
Rasulullah SAW , begitu agung namamu
bergetar hati ini , menangis , rindu bertemu dengan mu
rindu pada suri tauladan yang kau berikan
rindu pada kesederhanaan dan kepedulianmu
rindu pada kedamaian yang kau ciptakan
Rasulullah SAW , rindu pada kepemimpinanmu
Cinta dan kasih sayang mu tiada tara
Rahmatan Lil Alamin , memang itulah dirimu
Umatmu sekarang banyak yang sudah menjauhi suri tauladanmu
banyak yang sudah berubah dari koridor garis awal
pun saya merasa demikian
Rasulullah SAW , aku rindu padamu
kami rindu padamu
Rasulullah Nabi Muhammad SAW
Aku yakin sinar yang kau bawa tak kan pernah padam
Allahumma Solli Ala Muhammad
semoga shalawat itu akan tetap berdengung
hingga akhir masa nanti

LAMPIRAN 5 : TOLAAL BADRI ALAINA (10 minit)

LAMPIRAN 6 : ZIKIR MUNAJAT (5-10 minit)

LAMPIRAN 8 : SELAWAT (15 minit)

LAMPIRAN 9 : DOA MAULIDUR RASUL


Pada pagi yang berbahagia ini, kami berhimpun bersama-sama bagi menjayakan majlis
sambutan maulidurrasul peringkat sekolah kebangsaan Kempadang 1437 Hijrah. Semoga
majlis ini akan memberi manfaat yang baik kepada kami. Semoga majlis ini akan
menyentap kerinduan kami kepada rasulullah saw. Semoga majlis ini akan membibitkan
kecintaan kami kepada rasulullah saw. Semoga majlis ini akan menjadi titik tolak kepada
ketaatan kami kepadaMu ya Allah dan rasul kami Muhammad saw. Semoga kami warga
SK Kempadang dan beroleh keberkatan dan keredhaan daripadaMu Ya Allah.

Berilah kami keberkatan , kebahagiaan dan kesenangan dalam kehidupan kami.


Jadikanlah kami sebagai Muslim yang sejati. Muslim yang dahagakan amal ibadah dan
ketakwaan. Makmurkanlah kesepakatan kami , perteguhkanlah ikatan ukhuwwah dan
silaturrahim antara kami. Jadikanlah kami hambaMu yang taat kepada perintahMu.
Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala
yang membawa bencana kepada kami.

Sesungguhnya kami telah banyak membuat kezaliman terhadap diri kami sendiri, dan
tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa kami kecuali Engkau. Curahkanlah keampunan
dan belas kasihan kepada kami. Sungguh Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.









.

.






.
.







Anda mungkin juga menyukai