Anda di halaman 1dari 1

CADANGAN

Saban tahun semakin ramai pelancong asing menjadikan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan. Malaysia merupakan sebuah negara majoriti besar penduduknya beragama
Islam, maka sewajarnya umat Islam perlu mengambil kesempatan untuk meluaskan
pengetahuan Islam melalui pelancongan.

Langkah-langkah untuk menarik minat pelancong asing dan tempatan menziarahi


masjid bermula kepada pihak pengurusan masjid mampu mengorak langkah tertentu untuk
memakmurkan masjid. Memakmurkan masjid merupakan kesan positif untuk meningkatkan
kualiti hidup masyarakat serta negara. Antaranya, pihak pengurusan menyediakan ruang
pameran serta galeri disertakan sebuah lampiran atau risalah mengenai sejarah penubuhan
masjid di suatu sudut strategik. Selain itu, kawasan persekitaran masjid bersih dan ceria
manakala kemudahan tandas selesa dan bersih memberikan keselesaan dan secara terus
meletakkan Islam sangat menjaga dan menerapkan kebersihan terhadap umat dan sekeliling
menjadi contoh kepada pelancong atau orang ramai. Seterusnya, menyediakan kemudahan
tempat letak kenderaan yang bersesuaian, mengadakan promosi meluas kepada masyarakat
sekeliling dan pelancong asing datang melawat akan disediakan perkhidmatan pemandu
pelancong.

Kini, masjid sangat berpotensi tinggi untuk menarik pelancong dari dalam atau luar
negeri seperti Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan Masjid Putra di Putrajaya, Masjid
Terapong-Tengku Tengah Zaharah Kuala Terengganu, Masjid Kristal Jerteh Terengganu,
Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Masjid Kg Laut Kelantan dan Masjid Ulu Melaka Melaka.

Oleh itu, peranan Masjid adalah penting dalam pengembangan dakwah terhadap
masyarakat. Pelancongan agama seperti melawat masjid salah satu cara dapat menarik ramai
lagi umat untuk mengimarahkan masjid sebagai platfoam penyatuan ummah dan ekonomi
umat Islam. Mempromosikan masjid merupakan cara penyatuan umat Islam dan juga
menghidupakan kembali peranan masjid dengan segala aktivit keagamaan dan lain lain. Ini
terbukti bahawa umat Islam sampai ke puncak peradaban teragung pada suatu ketika.

Anda mungkin juga menyukai