Anda di halaman 1dari 2

Kemerdekaan membawa definisi yang amat bermakna kepada sesebuah negara yang sudah bebas

daripada pemerintahan penjajah. Ia juga ibarat harta yang bernilai dalam menentukan kedaulatan negara
dan bangsa.

Negara kita juga tidak ketinggalan merasai nikmat


kemerdekaan yang sebenar. Dalam menghayati dan mempelajari sejarah, kita dapat merasai erti
pengorbanan yang sebenar meskipun kebanyakkan daripada kita tidak pernah melalui zaman dijajah
ketika itu.

Malah, belajar sejarah juga menjadikan kita mengetahui bagaimana hendak menghargai sejarah negara
dan bangsa kita sendiri. Bahkan, kemerdekaan sendiri sudah tertulis sebagai sebuah sejarah yang besar
dalam negara kita.

Namun, sejauh manakah pemahaman masyarakat kita mengenai erti kemerdekaan yang sebenar?
Melihat daripada fenomena pada masa kini, mungkin penghayatan kemerdekaan sudah kurang dirasai
oleh generasi masa kini.

Mungkin, mereka lupa dalam mendalami erti pengorbanan nenek moyang dahulu yang bertungkus lumus
memperjuangkan kemerdekaan.

Dalam banyak buku sejarah mendefinisikan kemerdekaan sesebuah negara adalah kuasa yang dimiliki
rakyat negara tersebut. Biasanya, sesebuah negara runtuh bukan disebabkan orang luar tetapi bangsa
dalam negara sendiri.

Malah, hal ini juga amat menyedihkan sekali apabila saban hari kita semakin menerima dengan terbuka
budaya-budaya negatif dari negara barat menular masuk ke negara kita.

Pakar Sejarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Nazarudin Zainun berkata, erti 'harfiah' merdeka ialah
bebas yang bermaksud kebebasan adalah bebas daripada apa-apa belenggu.

"Dari konteks bahasa pula, merdeka bermaksud berubah-ubah. Dulu, merdeka merujuk kepada
merdekanya seorang hamba tetapi, sejak adanya penjajahan, erti kemerdekaan telah berkembang
menjadi besar baik dari segi makna mahupun tindakan.
Namun, maksud merdekanya seorang hamba berbeza makna dengan merdekanya sesebuah negara.
Bagi para pejuang, kemerdekaan itu tentu sekali mempunyai pengertian yang berbeza berbanding
mereka yang sudah lahir dalam sebuah negara yang sedia merdeka, katanya kepada Malaysian Digest.

Tambahnya, pengertian kemerdekaan bagi generasi muda adalah untuk mengisi kemerdekaan dan pada
masa sama memastikan kemerdekaan yang dikecapi terus kekal melindungi agama, bangsa dan negara
dari segi mental serta fizikal.

"Pemahaman kita mengenai kemerdekaan perlulah difahami dengan betul dan tepat barulah roh
kemerdekaan itu boleh meresap dalam jiwa kita sehingga kita yakin dan percaya bahawa menjiwai erti
kemerdekaan sebenar adalah sangat penting.

Generasi muda haruslah berusaha gigih dalam mempertahankan kemerdekaan negara kita dari terus
dibelenggu fitnah serta hasutan daripada pelbagai sudut terutama sekali melalui media sosial. Jika dulu,
untuk menakluki sesebuah negara itu, tentera asing perlu datang secara fizikal dalam mengawal
pentadbiran negara kita tetapi kini, tidak lagi.

"Dengan hanya menyebarkan fitnah, maka dengan mudah sesebuah negara itu akan runtuh dan
merosakkan minda rakyat sendiri. Lihat sahaja contoh di negara-negara Timur Tengah.

"Segalanya bermula dengan fitnah melalui media sosial yang mudah disebarkan. Lahirlah generasi muda
yang mempunyai kekuatan untuk memberontak seperti yang berlaku di Mesir sekarang, katanya.

Katanya, sewaktu tanah air kita ditakluki penjajah, mereka akan sedaya upaya menyekat pemahaman
kita mengenai sesuatu perkara dari aspek mental dan fizikal.

Namun, setelah negara kita diberikan kemerdekaan oleh pihak British, segala sistem berubah menjadi
sekata. Kalau dilihat, tiada sekatan dari segi fizikal tetapi persoalannya apakah sekatan dari segi mental
juga tiada?

Anda mungkin juga menyukai