Anda di halaman 1dari 4

Pidato

          Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang


berpegang teguh pada paksi keadilan, penjaga detik yang patuh pada
waktu, para dif jemputan,guru-guru, hadirin dan hadirat seterusnya
rakan-rakan yang dihormati sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan.
Berdirinya saya di pentas yang indah ini adalah untuk menyampaikan
pidato saya yang berbunyi “Malaysiaku Prihatin”  yang bermaksud
'Malaysia' membawa pengertian seluruh rakyat Malaysia berganding
bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam, sektor
swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan.

"'Prihatin' pula mewakili keprihatinan kerajaan dalam


mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang
merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat
Malaysia," di samping membentuk masyarakat yang patriotik dan
prihatin terhadap negara

Hadirin dan hadirat sekalian,


          
           Detik 31 Ogos 1957 mencatatkan sejarah yang tidak dapat kita
padam dari kamus sejarah negara apabila pada tarikh keramat itulah
Negara kita telah mencapai kemerdekaan apabila bendera Union Jack
telah diturunkan dan buat pertama kalinya  bendera Malaysia berkibar 
serta lagu Negaraku berkumandang. Kibaran Jalur gemilang yang diiringi
lagu Negaraku telah membakar semangat patriotik dalam jiwa rakyat
Malaysia kerana itulah tanda kemegahan Negara kita. Bertitik tolak dari
itulah Negara Malaysia kian membangun.
 Pembaharuan demi pembaharuan, kejayaan demi kejayaan telah
dicapai oleh Malaysia di bawah naungan Yang dipertuan Agong dan
tampuk pimpinan pemimpin-pepimpin yang berkarisma. Sebagai buktinya
sepanjang tempoh 50 tahun negara mencapai kemerdekaan,Malaysia
berjaya menempa nama di pesada dunia setanding dengan negara-negara
maju yang lain. Jalur gemilang telah berjaya menawan puncak Everest
dan Kutub Utara malahan juga ke ruang angkasa apabila Dr. Sheikh
Muzzafar berjaya menjadi rakyat Malaysia yang pertama ke angkasa
lepas. Tidak mustahil menjelang tahun akan datang, Malaysia mampu
menjadi sebuah Negara maju.

Hadirin sekalian,
            Malaysia Negaraku yang tercinta, penduduknya yang berbilang
bangsa hidup bersatu padu menjadikan Malaysia sebuah Negara yang
aman dan damai.Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa
bersyukur akan kesejahteraan Negara kita. Rakyat Malaysia sering
mengamalkan sikap tolong menolong ibarat ‘aur dengan tebing’ tanpa
membezakan warna kulit. Sebagai contohnya semasa bencana Tsunami,
rakyat Malaysia telah memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa
yang terlibat sama ada di Malaysia atau pun di Indonesia.

Tuan-tuan dan puan-puan,


            Pepatah Melayu pernah berkata “tak kenal maka tak cinta”
justeru, pada tahun 2007 Malaysia telah menganjurkan Tahun Melawat
Malaysia. Malaysia menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.
Ketika inilah negara mempamerkan keunikkan yang terdapat di Malaysia
iaitu dari segi kebudayaan dan juga adat resam masyarakat majmuknya.
Pelbagai perayaan disambut antaranya Hari Raya Puasa, Tahun Baru
Cina, Deepavali,  Pesta Kaamatan dan Thaipusam yang turut disertai
oleh pelancong-pelancong asing.

Disamping itu, banyak destinasi pelancongan yang menarik


diperkenalkan antaranya Pulau Langkawi yang terkenal dengan Lagenda
Mahsuri, Melaka dengan Kota Afamosa, Sabah dengan Gunung Kinabalu
yang merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara, Tanah Tinggi
Cameron, Menara KLCC, Eye On Malaysia dan lain-lain lagi. Setiap
tempat pelancongan itu mempunyai keistimewaan masing-masing. Inilah
kelebihan Malaysia Negaraku yang tercinta.

Hadirin sekalian,

Semangat Malaysia Prihatin dizahirkan bukan sahaja oleh mereka


yang bertugas di barisan hadapan, malahan rakyat daripada pelbagai
lapisan masyarakatjuga merupakan wira tidak didendang.

Masyarakat Malaysia tampil untuk memberikan bantuan dan


sokongan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. Ini petanda
baik yang membuktikan rakyat Malaysia boleh bersatu sama ada di
waktu susah apatah lagi dalam waktu senang. Perdana Menteri Malaysia,
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semangat ‘Malaysia Prihatin’ juga
hendaklah disemarakkan di segenap segi kehidupan masyarakat, bukan
sahaja dalam usaha menamatkan terus wabak COVID-19, tetapi dalam
usaha memulihkan semula ekonomi dan kehidupan rakyat ke arah yang
lebih baik.

Slogan “Malaysia Prihatin perlu kita sematkan dalam ingatan setiap


rakyat Malaysia untuk kita mengukuhkan kembali asas-asas perpaduan,
keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Perdana Menteri
menyarankan kita supaya dapat melakukannya bersama-sama beserta
keazaman dan usaha yang bersungguh-sungguh

Hadirin dan hadirat sekalian,


Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya menyampaikan serangkap
pantun:

                       Pergi ke kedai membeli asam,


Asam dibeli bersama gula,
Semangat patriotik harus ditanam,
Supaya diri cintakan negara.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai