Anda di halaman 1dari 2

Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun.

Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai
kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu
bagi setiap manusia.

Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?

Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,

Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak
dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku
yang salah?

Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak
akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.

Jodoh?

Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?

Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada


perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin,
bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada
seorang suami atau suami kepada seorang isteri?

Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan?


Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan
ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas
sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya

Mari Menjadi Hamba kepada pencipta

Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-


kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang
sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka
adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal
yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.

Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa
mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah
Untuk Menyihatkan IMAN!

Jangan terlalu fikirkan cinta

Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya.
Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat
persediaan, dan lakukan ta'aruf dan seterusnya. Islam itu
dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang
menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.

Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.

Lihatlah cinta yang sebenar ini!

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana


orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-
naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-
KU."

artikel ini sudah diterbitkan di portal iluvislam.com . diterbitkan semula di ilmi-


islam.com kerana penulis merupakan penulis di ilmi-islam.com

Anda mungkin juga menyukai