Anda di halaman 1dari 4

Skrip pencerita

EMAK

Salam sejahtera kepada semua hadirin dan hadirat sekalian.


Pada hari ini kita akan menyaksikan sebuah drama yang boleh
menjadi teladan kepada diri kita yang bertajuk “Emak”.

Jam telah menunjukkan 6.30 petang. Emak berdiri di hadapan pintu.


Wajah emak kelihatan resah. Kebetulan pada waktu itu ayah baru
balik dari sawah.

Tiap-tiap hari ayah akan bertanya soalan yang sama kepada emak.
Emak akan menjawab soalan ayah dengan penuh perhatian. Ini kerana
emk sangat mengambil berat tentang anak-anaknya.

Masa terus berlalu. Anak-anak mak sudah dewasa dan berkerjaya.


Pada hari itu semua anak mak pulang ke kampung. Ayah yang baru
balik dari sawah bajunya basah kerana hujan turun sejak tengah hari.

Angah hanya menjengketkan bahu..Fokusnya pada telifon bimbit.


Adik langsung tidak memberi apa-apa respon pun kerana asyik dengan
permainan PUBG. Tidak ada sesiapa tahu dan tergerak hati untuk tahu
emak di mana. Mereka sibuk dengan hal masing-masing. Ayah berdiri
di depan pintu menunggu emak. Hatinya resah kerana sudah senja
emak masih belum pulang. Dia risau kerana sejak kebelakangan ini
emak selalu mengadu sakit lutut. Ayah risau kerana dalam keadaan
hujan yang semakin lebat ini macam-macam perkara yang tidak
diingini boleh berlaku.

Dari jauh kelihatan emak sedang berjalan sambil memakai payung


yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar daripada kainnya.
Emak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi emak
untuk membawa sesuatu untuk anak-anaknya apabila mengetahui
anak-anak kesayangannya pulang ke kampung. Baju emak basah kena
hujan.

Ayah menemankan mak makan. Mak menyuapkan nasi perlahan-


lahan, masih mengharapkan anak mak makan bersama-sama.

Emak teringat kata-kata ayah, “kita tidak usah susahkan anak-anak,


selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pon. Mereka ada
kehidupan masing-masing.”

Pada suapan terakhir setitis air mata emak jatuh ke pinggan. Kuih koci
masih belum diusik.

Mak pergi menemui Ilahi setelah 10 hari bertarung nyawa melawan


virus Covid-19 yang menjangkitinya
Mengikut rekod doktor, emak dijangkiti melalui anak jiran yang baru
balik dari percutian di Bali. Kebetulan anak jiran itu ada melawat
emak ketika emak demam panas di rumah.

Saat mak dikuburkan tiada sesiapa dapat menatap wajah terakhir


emak. Baik ayah atau anak-anak hanya dapat melihat dari jauh jasad
emak disemadikan di tanah perkuburan.

Emak tidak sempat merasa diusung atas bahu anak-anak emak menuju
ke destinasi terakhir. Itulah impian terakhir emak. Ayah sedih kerana
sudah tiada lagi suara-suara yang akan menjawab pertanyaannya.
“Mana Along?”
“Mana Angah?”
“Mana Adik?”
Hanya emak yang rajin menjawab soalan-soalan ayah itu dan jawapan
emak tidak pernah silap. Bagi anak-anak yang ditinggalkan, hanya
tangisan yang dapat mengungkapkan kekesalan mereka.

Kawan-kawan sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


Janganlah kita lupa kejayaan kita pada hari ini ialah pengorbanan yang
mereka curahkan.
Wahai ibu yang ku kasihi,
Aku sangat rindukan belaianmu,
Sesungguhnya kasih dan sayangmu,
Tidak ternilai..

Pesanan terakhir saya, jalanilah norma hidup baru sebaik-baiknya.


Jagalah kebersihan diri dan penjarakan fizikal. Tanda pagar kita jaga
kita.

Anda mungkin juga menyukai