Anda di halaman 1dari 28

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN

LAPORAN PEMBENTANGAN

RELATIVISME DALAM KALANGAN PELAJAR UiTM

Kumpulan : 1

Bil Nama No. ID Pelajar

1 AHMAD NABIL NAUFAL BIN MOHD FAISHAL 2022827788


(KETUA KUMPULAN)

2 NUR AFIFAH BINTI MADNAN 2022812534

3 NUR AFINA BINTI MAHAZIR 2022622544

4 ARINAH BATRISYIA BINTI ZAKARIA 2022888112

5 NUR AIN ZULAIKA BINTI NASUTION 2022490268

6 NORKHOIRUNNISSA BINTI AZMIN 2022611672

7 AMYRA BATRISHIA BT ABD ZARIN 2022491156

Laporan Pembentangan Dihantar kepada Ustaz Muhammad Najib bin Abd Wakil dalam
Memenuhi Sebahagian Keperluan untuk
CTU 552 (Falsafah dan Isu Semasa)

SEMESTER 1

1 | Page
SESI 1 2022/2023
ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN 4
1. Jenis-jenis relativisme 10
1.1 Definisi etika dan moral 10
1.1.1 Definisi Etika 10
1.1.2 Definisi Moral 11
1.2 Definisi budaya dan etnosentrisme 12
1.2.1 Definisi Budaya 12
1.2.2 Definisi etnosentrisme 13
1.3 Definisi relativisme dan subjektivisme 13
1.3.1 Definisi Relativisme 13
1.3.2 Definisi Subjektivisme 14
2. CIRI -CIRI RELATIVISME 15
2.1 Menafikan Universalisme 15
2.2 Menafikan absolutism 15
2.3 Menafikan objektivisme 15
2.4 Menafikan monism 16
ANALISIS & PERBINCANGAN 16
1. Relativisme etika dan moral di kalangan pelajar Uitm 16
2. Relativisme budaya dan etnosentrisme di kalangan pelajar uitm 17
Cabaran Ideologi Relativisme 17
3. Cabaran Ideologi Relativisme 18
3.1 Pemikir kurang jelas sama ada mereka mencipta teori atau mengarang sastera 18
3.2 Hujah-hujah pascamodernis yang sarat dengan sentimen normatif
disembunyikan 19
3.3 Pemikir dituduh mengabaikan amalan kehidupan dunia 19
3.4 Pandangan itu tidak mengiktiraf kewujudan rasional sejagat dan hanya
kewujudan realiti yang perlu diubah 19
4. Langkah menangani Cabaran Relativisme 20
4.1 Mempromosikan dan menambah baik budaya yang tersendiri 20
4.2 Menjaga identiti dan kelainan diri sendiri dengan yang lain 20

2 | Page
4.3 Memperluaskan medium penyebaran ilmu berkaitan agama, sesuai dengan
peredaran zaman. 21
5. Kesan-kesan relativisme 21
Aspek Etika 21
Aspek Budaya 22
Aspek Agama 23
RUMUSAN 25
References 26

3 | Page
PHILOSOPHY

RELATIVISME DALAM KALANGAN PELAJAR UiTM

PENDAHULUAN

Pada era yang moden ini, masyarakat kita banyak terdedah dengan pelbagai
kefahaman dan kepercayaan yang tidak selari dengan ajaran Islam terutama sekali golongan
belia yang berumur kurang daripada 18 hingga 25 tahun. Mengapa dan bagaimana perkara ini
terjadi? Kini kami akan menerangkan satu stigma yang dekat dengan kita iaitu Relativisme. Apa
itu relativisme?, mengapa dan bagaimanakah kepahamanan ini boleh berleluasa?. Disini kami
akan mengupas topik relativisme dalam kalangan pelajar UiTM.

Apa itu relativisme?, relativisme menurut dewan bahasa edisi keempat adalah satu
pemahaman bahawa kebenaran nilai moral disebabkan tidak semetinya mutlak tetapi mungkin
berbeza antara individu atau kebudayaan. Secara amnya kata dasar bagi relativisme adalah
relatif yang membawa maksud saling berkait atau mempunyai hubungan antara satu sama
lain.Relativisme juga merupakan teori atau pengetahuan bahawa penilaian adalah relatif dan
berbeza - beza mengikut situasi, peristiwa dan individu yang mengalaminya atau lebih
disifatkan sebagai tidak tetap dan mutlak. Doktrin juga menyatakan bahawa ilmu pengetahuan,
kebenaran dan nilai moral ditentukan secara berkait dengan budaya, masyarakat dan konteks
prasejarah. Mereka tidak seperti pemikiran falsafah yang lain banyak menumpukkan kepada
aspek metafizik dan saintifik, pemikiran bagi kelompok Sophist ini lebih terjerumus kepada
persoalan humanistik liberal. Pemikiran mereka telah tersebar luas dan melahirkan elemen baru
dalam pemikiran Greek dengan menjadikan falsafah lebih bersikap spekulatif dan berpusat
kepada dan berkenaan dengan pemikiran manusia itu sendiri.

4 | Page
Menurut Protagoras “man is the measure of all things”- manusia adalah ukuran kepada
semua perkara merupakan slogan yang menjadi asas kepada pemikiran relativisme. Bagi tokoh
ini apa sahaja individu dianggap kebenaran adalah benar. Menurut beliau juga “Setiap perkara
yang datang (phainesthai) kepada saya, ia adalah untuk (berdasarkan pengetahuan) saya, dan
perkara (sama) yang ditunjukkan kepada anda, ia adalah untuk (berdasarkan pengetahuan)
anda.” – Protagoras [Theaetetus, Plato]. Euripides telah wujud bangsa selain Greek yang
mengamalkan hubungan sumbang mahram sehinggakan perundangan tidak menghalang
amalan tersebut malah pengamalnya tidak rasa bersalah ataupun dihina masyarakat atas
keaibannya kerana ia diterima umum. Seterusnya Xenophanes yang merupakan pemikiran
masyarakat yang berbeza tentang tuhan. Sebagai contoh orang Ethiopia menyatakan bahawa
tuhan mereka berkulit hitam dan berhidung kemek manakala orang Thacia pula yakin bahawa
tuhan mereka bermata biru dan berambut merah. Idea - idea relativisme ini wujud pada awal
perkembangan falsafah Greek khususnya oleh berberapa tokoh Sophist seperti Xenophanes,
Protagoras dan Euripides.

Definisi Relativisme dari segi agama Islam pula adalah ianya ialah sebuah fahaman
yang memegang prinsip bahawa kebenaran tidak hanya dipandang sebagai sesuatu yang tidak
mutlak. Akan tetapi setiap manusia mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap sesuatu
perkara. Perkara yang dianggap sebagai satu kebenaran kepada sesetengah manusia tidak
semestinya akan berlaku kepada manusia yang lain. Menurut konsep tersebut, kebenaran
hanya ditentukan oleh sesiapa yang melakonkan watak tersebut, kerana setiap individu pasti
akan dipengaruhi oleh sejarah, budaya, dan psikologi. Ia boleh menjadi satu ukuran yang
mengukur suatu kebenaran untuk menjadi kompleks dan tidak pasti. Hal ini diktakan demikian
adalah kerana tidak semua mempunyai satu ukuran umum atau satu pandangan tertentu untuk
menilai suatu kebenaran. Malah bagi setiap manusia boleh berfikir bahawa kebenaran
merupakan satu kesilapan atau sebaliknya kerana ia merupakan pendapat yang adalah
berbeza.

5 | Page
Seperti yang dinyatakan di atas pencetus relativisme ini bermula daripada seorang
cendekiawan yang bernama Protagoras yang mengatakan bahawa “man is the measure of all
things” yang bermaksud “Manusia adalah ukuran semua perkara”. Secara amnya ia bermaksud
apa sahaja yang seseorang individu menganggap benar itu adalah kebenaran. Kefahaman
tersebut memberikan satu impak yang amat besar terhadap pemikiran tokoh tokoh islam. Ianya
berjaya dibuktikan melalui pelbagai pemakluman yang keluar dari segi lisan mahupun tulisan.
Seperti mana yang dinyatakan oleh Nurcholish Madjid, “Hanya Allah yang bersifat mutlak, dan
selain Allah tiada yang mutlak meskipun mengandungi kebenaran, adalah nisbi, dan
kebenarannya pun nisbi.” Kenyataan ini memberi penegasan bahawa setiap manusia yang
nisbi, perkara ini tidak dapat dicapai kesahihan akan kebenarannya. Kita harus mengetahui
bahawa apa yang berlaku dan akan berlaku dapat diubah mengikuti perkembangan semasa
dan ilmu pengetahuan. Dalam erti kata lain, setiap agama tidak boleh merasa benar atau paling
benar. Hal ini bermaksud kita perlu membuat keputusan dengan bijak dalam membuat sesuatu
keputusan dengan mengambil tahu perkara-perkara yang penting mengikut peredaran zaman.
Hal ini dikatakan demikian adalah kerana dalam keyakinan mereka memilih agama tersebut,
terdapat fikiran yang berunsurkan relativisme. Relativisme ini turut memberi kesan kepada
pemikiran keagamaan secara langsung, maka dengan itu setiap agama pasti ada terselit serba
sedikit unsur-unsur relativisme dalam ajaran mereka.

Relativisme merupakan satu virus yang mampu merosakkan pemikiran manusia dan
akan memberikan beberapa impak yang berpotensi bagi mengubah cara kita berfikir, dan
kemudian ianya melekat hingga menjadi karakteristik manusia berfikiran relativistik. Di
antaranya ialah munculnya keyakinan yang akan dicurahkan dalam bentuk lisan maupun
tulisan, ia menyatakan bahawa “manusia adalah makhluk relatif” ,maka apa sahaja yang dicapai
oleh manusia dianggap sebagai satu bersifat relatif. Kebenaran yang dianggap benar , boleh
dianggap salah oleh orang lain. Oleh hal yang demikian, ianya menjadi sebuah kekeliruan
apabila orang menunding jari menyalahkan orang lain, semata mata untuk membenarkan
pendapatnya. Malah memaksakan kebenaran kepada orang lain juga boleh dianggap sebagai
sebuah kesalahan.

6 | Page
Selain itu, terdapat juga ungkapan yang lain tentang relativisme. Seperti yang kita
ketahui “kebenaran itu relatif”. Jelasnya, ketika sesuatu yang dianggap kebenaran tidak
mendapat kepastian, maka kebenaran itu tidak berpihak pada siapa, apa, bagaimana dan
dimana ia dianggap benar. Hal ini kerana sesiapa sahaja boleh berkata benar atau sebaliknya.
Akibat wujudnya relatif , maka ada kemungkinan kebenaran itu akan dipersalahkan. Segelintir
berpendapat bahawa “kebenaran tidak akan memihak kepada sesiapa”. Di sini, kami ingin
menyatakan bahawa contoh tersebut mampu membantu masyarakat memahaminya iaitu
terdapat segelintir masyarakat yang mengatakan bahawa Tuhan itu beranak dan ada juga
segelintir menyatakan sebaliknya. Hal ini bermaksud kedua-dua pendapat tersebut dianggap
benar ia kerana ianya tidak hanya memihak dan bersifat metafizik. Maka, kebenaran harus
memihak agak kebenaran memiliki kepastian dan ukuran yang umum.

Terdapatnya relativisme yang terjadi dalam Islam adalah kerana ia dilakukan oleh para
“pembaharu” muslim. Mereka melakukan demikian adalah kerana ianya adalah impak daripada
pemihakan liberal terhadap metode historis. Metode Historis adalah metode penelitian yang
meliputi pengumpulan data dan tafsiran gejala peristiwa yang pernah timbul di masa lalu yang
menggambarkan secara kritis seluruh kebenaran kejadian atau fakta untuk membantu
mengetahui apa yang harus dikerjakan pada masa akan datang. Hal ini kerana idea sejarah
dibangunkan atas bangunan asas bahawa sejarah adalah diciptakan oleh manusia itu sendiri.
Pemahaman ini telah ewujudkan satu rumusan bahawa segala perkara yang berkait rapat
dengan Islam dari aspek akidah,syariat, mahupun Al-Quran dan Sunnah serta semua khazanah
merupakan hasil interaksi bagi setiap umat manusia. Didunia ini , agama harus digunakan
sebagai idea , dan setiap idea tersebut mungkin akan diubahsuai mengikut kesesuaian masa. .
Oleh itu, perspektif liberal bagi setiap masalah boleh berubah, walaupun kebenarannya sudah
diterima dari generasi ke generasi.

7 | Page
Secara keseluruhannya adalah doktrin relativisme yang berjaya dicetuskan oleh
protagoras telah dikembangkan oleh Nietzsche secara sengaja mahupun tidak sengaja tetapi
ianya tetap berjaya diwarisi oleh tokoh islam pada masa dan saat ini. Mereka memegang
prinsip bahawa kebenaran itu relatif, maka tidak dapat dijadikan panduan. Hal ini kerana pada
realitinya segala perkara di muka bumi ini tidak boleh dianggap relatif semuanya. Hal ini kerana
terdapat perkara yang bernilai secara mutlak. Secara kesimpulannya, tidak semua perkara
bernilai relatif dan tidak semua boleh dinyatakan bahawa ia bersifat mutlak. Walaupun hal yang
demikian, kedua-duanya tidak boleh bertukar tempat dan posisi kerana hal itu akan
mengelirukan manusia terhadap perkara tersebut, maka tidak sepatutnya perkara yang relatif
dimutlakkan dan begitu juga sebaliknya.

Konsep Relativisme ia digunakan dalam falsafah untuk nama cara tertentu untuk
memahami realiti dan pengetahuan . Menurut relativisme, yang sebenar tidak mempunyai asas
yang tetap tetapi ia berdasarkan pautan yang ada di antara fenomena ini. Mengenai
pengetahuan , relativisme memegang itu tidak mencapai mutlak. Sebagai contoh adakah kita
akan membiarkan kucing mati kebuluran diluar sana, adakah ini kelakuan yang boleh diterima
dari sudut moral? Berdasarkan relativisme moral, kelakuan yang ini tidak dapat di ta'rif sama
ada ia betul atau salah, akan tetapi ia mengambil pandangan dari sudut kepelbagaian
masyarakat itu sendiri yang menjawab soalan ini, tiada jawapan yang betul, universal dan
mutlak bagi soalan ini kerana setiap orang dan lapisan masyarakat mempunyai pandangan
yang berbeza. Bagi segelintir masyarakat akan menjawab “ya” kerana mereka beranggapan itu
bukan kucing mereka akan tetapi ada sesetengah masyarakat yang mengatakan tidak. Justeru
itu, relativisme moral beranggapan bahawa kedua - dua jawapan dari kedua - dua pandangan
masyarakat adalah betul kerana ia berdasarkan sudut pandangan yang berbeza.

8 | Page
Gambar 1: Memberikan makanan kepada kucing jalanan.

Selain itu, sebagai contoh bagi konsep relativisme etika ailah masyarakat jepun perlu
datang awal ke tempat kerja dan perlu baling selepas senior mereka pulang ataupun orang
atasan mereka pulang akan tetapi ia berbeza dengan masyarakat kita yang hanya mahu pulang
awal tanpa menunggu orang atasan pulang asalkan waktu pulang adalah tepat. Ini yang
dinyatakan sebagai relativisme etika yang berkait rapat dengan budaya masyarakat kita sendiri.
Relativisme etika adalah kesedaran bahawa manusia itu adalah berbeza antara satu sama lain.
Oleh sebab itulah, setiap masyarakat mempunyai perjalanan serta liku-liku kehidupan yang
berbeza dan menyebabkan setiap dari kita mempunyai pelbagai pandangan yang berbeza.
Mereka mampu menentukan mana satu yang baik dan mana satu yang buruk berdasarkan
etika serta pandangan mereka sendiri.

9 | Page
Gambar 2: masyarakat balik dari kerja harian.

Dunia kini kian moden menyebabkan timbulnya kefahaman relativisme


pascamodenisme.menurut kamus, pascamodenisme merupakan satu istilah yang merujuk
kepada perkembangan dalam ilmu teori kritikal, falsafah, seni bina, seni, kesusasteraan dan
budaya yang berkembang tetapi tidak menggantikan modenisme. Setiap perkara yang terjadi di
atas muka bumi pasti mempunyai sebab ataupun punca yang menjayakan sesuatu perkara
tersebut. Sebab berlakunya kemunculan ideologi ini adalah kerana gejala pascamodenisme
yang merupakan suatu reaksi hidup terhadap gerakan modernisme yang dinilai melalui
kegagalan kerana modernisme yang didukung oleh sains dan teknologi mengakibatkan
timbulnya disorientasi moral keagamaan terutama dalam aspek runtuhnya martabat seorang
manusia.

10 | Page
ISI / IDEA

1. Jenis-jenis relativisme

1.1 Definisi etika dan moral

1.1.1 Definisi Etika

Etika secara asalnya berasal dari perkataaan Yunani kuno iaitu “ethos” yang membawa
erti kebiasaan, adat, akhlak, kepribadian dan watak. Ethos juga membawa maksud adat
kebiasaan. Ia juga membawa maksud karakter. Perkataan ethos juga terdapat dalam kamus
bahasa inggeris yang bermaksud sifat moral dalam sesuatu bangsa.

Dalam bahasa Melayu, etika bermaksud kepercayaan ataupun tanggapan terhadap


sesuatu perkara sama ada ianya benar, salah, baik atau buruk. Manakala menurut Kamus
Dewan Edisi Ketiga pula, etika bermaksud ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral yang
menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Ia juga melibatkan
tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
Contohnya Etika Perkhidmatan Awam yang melibatkan kakitangan awam.
Etika ialah lebih luas daripada menganalisis apa yang betul dan salah seperti yang sering
dianggap.

Etika dalam Islam pula adalah akhlak. Ia merujuk kepada nilai akhlak atau prinsip moral
yang berdasarkan al-Quran dan Hadith. Etika Islam juga merujuk kepada nilai-nilai baik dan
dengan melakukannya seseorang akan mendapat ganjaran pahala. Selain itu ia juga dapat
ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan yang mengajarkan mana baik dan mana yang buruk
berdasarkan ajaran Allah dan RasulNya.

1.1.2 Definisi Moral

Perkataan moral berasal daripada perkataan ‘mores’ iaitu bahasa Yunani yang
membawa erti tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu,
moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait
dengan beberapa peraturan seperti tata hukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan,
undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan.

11 | Page
Dari sudut dewan bahasa dan pustaka pulamoral didefinisikan sebagai ajaran atau
pegangan tentang buruk atau baik sesuatu perbuatan iaitu kelakuan dan kewajiban, sikap atau
cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik dan buruknya sesuatu
akhlak. Ia juga berkaitan dengan apa yang betul atau adil dari segi bantuan dengan kata kata
yang mengakui kebenaran atau yang menyokong sesuatu pihak yang bukan merupakan
kebendaan. Moral juga merupakan cara melihat dan menilai sesuatu isu berhubung dengan
sesuatu tingkah laku berdasarkan pandangan jagat dan budaya sesuatu masyarakat.
Pertimbangan moral bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu.
Misalnya sistem sosial, kelas sosial dan agama yang dianuti.

1.2 Definisi budaya dan etnosentrisme

1.2.1 Definisi Budaya

Secara terbukanya budaya didefinisikan sebagai tingkah laku sosial dan norma yang
terdapat dalam masyarakat manusia. Budaya dianggap sebagai konsep utama dalam
antropologi, merangkumi pelbagai fenomena yang dihantar melalui pembelajaran sosial dalam
masyarakat manusia.

Dari pandangan istilah pula perkataan ‘budaya’ berasal daripada bahasa Sanskrit,
buddhayah iaitu kata jamak yang berasal daripada perkataan buddhi yang membawa maksud
budi dan akal. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai konsep yang dipandang oleh para
pengkaji dari pelbagai bidang dalam memberi maksud kepada budaya. Satu definisi awal
diberikan oleh ahli antropologi klasik Edward B Taylor (1871) yang menyatakan bahawa
kebudayaan ialah satu keseluruhan yang kompleks yang merangkumi ilmu pengetahuan,
kepercayaan, seni lukis, moral dan akhlak, undang-undang, adat resam dan lain-lain. Linton
(1945) menyatakan budaya ialah segala yang dipelajari dan diulangi dalam sesebuah
masyarakat, iaitu warisan sosial ahli masyarakat.

12 | Page
Selain itu, terdapat juga Kluckhohn (1949) yang mendefinisikan budaya sebagai satu
cara hidup yang tersendiri. Roucek dan Warren (1986) pula mendefinisikan budaya sebagai
satu cara hidup yang dikembangkan oleh sesuatu masyarakat untuk memenuhi keperluan
asasinya untuk terus hidup, meneruskan zuriatnya dan mengatur pengalaman sosialnya. Bagi
Noran Fauziah Yaakub (1987) pula, budaya memberi pengertian bagi segala hasil dan idea
yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sesebuah masyarakat. Kepercayaan ini
merangkumi nilai, politik, adat resam, undang-undang, peraturan, moral, institusi dan
sebagainya. Definisi yang diberikan kebiasaannya adalah bersifat ilmiah yang banyak diberikan
oleh ahli-ahli sosiologi dan antropologi.

Secara umumnya, budaya dikaitkan dengan apa-apa aktiviti yang terdapat dalam
persekitaran manusia seperti kesenian, makanan, cara sambutan perayaan, tarian, pakaian,
dan barangan yang dihasilkan. Oleh yang demikian, masyarakat perlu memahami bahawa
segala perlakuan oleh masyarakat adalah menurut sesuatu budaya.

1.2.2 Definisi etnosentrisme

Etnosentrisme membawa maksud bahawa kita menilai masyarakat lain daripada kaca
mata kita sendiri, serta memperihalkan mereka dalam peristilahan kita. Dengan demikian,
ciri-ciri ethnos yang ada pada diri kita, termasuk nilai budaya kita, dijadikan kayu ukur dalam
penilaian tersebut. Justeru itu tidak hairanlah jika orang lain atau masyarakat asing kelihatan
begitu rendah taraf sosial dan budaya mereka jika dipandang dari kaca mata ethnos kita. Dari
kandungan kamus dewan bahasa dan pustaka pula ia bermaksud pandangan atau sikap yg
percaya bahawa golongan atau kebudayaan etnik sendiri lebih unggul drpd golongan atau
kebudayaan etnik lain.

13 | Page
1.3 Definisi relativisme dan subjektivisme

1.3.1 Definisi Relativisme

Relativisme adalah aliran falsafah yang menegaskan bahawa semua sudut pandangan
sama berlaku, oleh itu, semua kebenaran adalah relatif kepada setiap individu. Relativisme
mencipta peluang di mana seseorang melakukan apa yang dirasakannya boleh dilakukan dan
kemudian mewujudkan justifikasi untuknya. Ia menunjukkan bahawa tindakan itu sentiasa relatif
maka, apa yang mungkin kelihatan tepat kepada seseorang itu adalah berdasarkan pandangan,
konteks, dan pengalaman mereka. Perkara ini berbeza dari sudut pandangan seseorang
kepada seseorang. Relativisme menolak analisa objektif tindakan dan menghuraikan bahawa
tindakan manusia tidak boleh dimasukkan ke dalam kategori tegar sebagai benar atau salah,
sebaliknya kebenaran boleh dilihat dari pelbagai sudut. Relativisme menegaskan bahawa
kebenaran adalah relatif, seperti baju perisai untuk sesuatu yang tidak benar, subjek B tidak
benar, yang merupakan pelanggaran yang jelas tentang undang-undang percanggahan. Selain
itu, walaupun segala ilmu dan tingkah laku adalah tertakluk kepada pelbagai batasan badan,
tetapi hanya menekankan syarat-syarat ini adalah kriteria yang benar, ia adalah pemikiran dan
terdapat beberapa konsep asas, seperti alam semula jadi, dengan alam semula jadi, jangan
mengelirukan analogi, dan lain-lain tempoh Qing. Di samping itu, relativisme menafikan
kesahihan sejagat yang benar, yang adalah suatu kontradiksi dari segi, kerana jika fakta
bahawa hujah ini, maka ia adalah sendiri "kebenaran universal yang sah". Sosiologi ilmu
pengetahuan dalam sains kemanusiaan dan sosial tidak boleh dibatalkan subjektiviti, ia hanya
menunjukkan pembentukan subjektiviti kepada syarat-syarat dan sebab-sebab, subjektiviti
tertanam ke dalam persatuan sejarah objektif yang sesuai; sosiologi pengetahuan tidak boleh
menukar ideologi Kemanusiaan dan Sains Sosial alam semula jadi, ia hanya boleh
mendedahkan hubungan yang tersembunyi antara pengetahuan dan kewujudan sosial, jadi
proses dasarnya sosial memainkan peranan yang penting dari tidak sedarkan diri ke dalam
kesedaran, jadi impuls amat tidak rasional di bawah pemahaman rasional dan memahami;
sosiologi ilmu tidak benar-benar menyelesaikan impian pemahaman "membayangi" isu, ia
hanya boleh meluaskan ufuk rakyat dan meningkatkan pemahaman dimensi pengetahuan,
untuk menjana wawasan sebenar untuk menyediakan keadaan yang lebih mencukupi. Ini
adalah doktrin objektiviti berkaitan dengan kemanusiaan dan sains sosial telah untuk
menawarkan.

14 | Page
1.3.2 Definisi Subjektivisme

Subjektivisme adalah doktrin falsafah yang menegaskan bahawa sumber semua


pengetahuan dan segala kebenaran bergantung pada setiap individu. Ia juga boleh dikatakan
kepada kepercayaan bahawa realiti, pada mulanya, dibentuk oleh idea-idea dan penilaian
subjektif yang dibuat oleh seseorang tentang apa yang berlaku di kepala seseorang. Yang
berkata, ia berbunyi rumit, tetapi saya pasti anda akan mendengar slogan kehidupan dalam
gaya "realiti dicipta oleh sikap kita" dan wacana lain yang memberi tumpuan kepada kesedaran
dan "mental" untuk menerangkan bagaimana sifat unsur-unsur realiti yang dicuba oleh orang
lain dari segi objektifnya. Oleh itu, subjektivisme berkait rapat dengan idealisme, yang
merupakan kepercayaan bahawa idea wujud sebelum perkara, dan relativisme, yang mana
tidak ada realiti yang telah ditetapkan sebelumnya yang melampaui pandangan dan pandangan
kita yang berbeza banyak aspek yang dihadapi. Sejarah perkembangan subjektivisme
aksiologis bermula daripada seseorang iaitu Alexsius von Meinong yang merupakan orang
pertama yang memberikan penafsiran subjektivistik terhadap nilai tetapi pemikirannya ini tentu
saja tidak lepas dari ajaran gurunya iaitu Franz Brentano yang mengajar mengenai
intensionalitas. Dalam hal ini, mengenali Meinong sahaja tidaklah cukup tetapi terdapat satu
orang lagi yang bisa dikatakan sebagai pentafsir juga yang sama-sama memperjuangkan
subjektivisme iaitu Christian von Ehrenfels.
Dari pemikiran Brentano, di mana ia menggunakan intensionalitas kesadaran untuk
menyusun dasar aksiologi yang meyakinkanya untuk memulai penyelidikan dari pengalaman
sampai objek yang diacu oleh pengalaman tersebut. Meinong meyakini bahawa persoalan atas
nilai berakar dalam kehidupan emosional manusia, dengan itu ia berusaha menjelaskan
persoalan atas nilai melalui psikologi. Baginya sesuatu memiliki nilai apabila objek dapat
memunculkan daya tarik secara emosional dari dalam diri kita. Namun begitu, Ehrenfels tidak
sependapat dengan pandangan mereka dan menyanggah bahawa teori tersebut mengandaikan
jika hanya objek yang wujud yang akan memberikan kenikmatan atau kesenangan sehingga
objek tersebut menjadi bernilai. Justeru dengan hasrat dan nafsu kita akan menemukan nilai,
dan agaknya sensasi kenikmatan dan kesenangan tidak dapat dijadikan landasan untuk hal
tersebut. Akhir sekali, subjektivisme dapat dilihat sebagai suatu aliran yang menjadikan subjek
sebagai titik tolak dalam segala perkara iaitu nilai. Nilai dipahami sebagai sesuatu yang murni
datang dari penilaian subjek, bukan dari apa yang secara objektif berlaku.

15 | Page
2. CIRI -CIRI RELATIVISME

2.1 Menafikan Universalisme

● Tidak wujud satu persetujuan sejagat berkenaan kebenaran, kebaikan dan


lain-lain.

2.2 Menafikan absolutism

● Tidak wujud nilai-nilai yang bersifat tepat dan tidak berubah seperti nilai
kebenaran, kebaikan, keburukan dan lain-lain.

2.3 Menafikan objektivisme

● Nilai kognitif, etika, dan estetika tidak bebas dari pengaruh minda (mind
independent). Nilai ini tidak mampu bebas tanpa bergantung kepada pemikiran
manusia yang saling berbeza.

2.4 Menafikan monism

● Tiada bidang yang menyediakan hanya satu pandangan, penilaian dan norma
yang tepat. Relativisme mungkin menerima nilaian tempatan (local monism)
tetapi bukan nilaian sejagat (universal monism).

16 | Page
ANALISIS & PERBINCANGAN

1. Relativisme etika dan moral di kalangan pelajar Uitm

Ilmu yang tinggi dan kesucian akhlak bukan sahaja ukuran kegemilangan masyarakat.
Tetapi tanpa nilai moral yang tinggi, seseorang itu tidak pernah sempurna dan cemerlang.
Sebagai umat Islam, kita hendaklah berpegang kepada ajaran al-Quran dan Hadis sebagai
sumber rujukan utama untuk menerapkan nilai-nilai akhlak terpuji dalam diri kita.

Imam al-Ghazali berpendapat bahawa konsep akhlak merangkumi pembangunan akhlak


dan integriti sebagaimana dalam konteks ajaran Islam. Perwatakan manusia dipengaruhi oleh
integriti, yang akan menyebabkan seseorang individu tidak hanya menekankan hubungannya
dengan Tuhan malah juga hubungan antara manusia dengan makhluk lain. Sifat jujur, benar,
amanah, adil, menepati janji, baik hati, berintegriti, istiqamah, berilmu, berkemahiran dan
keazaman perlu ada dalam diri seorang pelajar.Hal ini kerana sifat-sifat tersebut amatlah
penting dalam melahirkan seorang pelajar yang mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi.
Tambahan pula, terdapat juga isu berkaitan pembangunan etika dan moral dalam kursus yang
ditawarkan di institusi pengajian tinggi.

Relativisme moral dalam kalangan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM)


menunjukkan sikap toleransi terhadap budaya masyarakat yang berbeza. Sebagaimana yang
kita sedia maklum pelajar yang ditawarkan belajar di UiTM bukan sahaja penduduk
Semenanjung Malaysia, malah terdapat juga pelajar dari Sabah dan Sarawak yang mempunyai
pilihan untuk menyambung pengajian tinggi di UiTM. Perselisihan faham sering timbul apabila
terdapat perbezaan prinsip etika yang wujud akibat daripada perbezaan budaya. Hal ini dapat
dikaitkan dengan budaya yang berbeza yang dibawa masuk dan diungkapkan serta agama
yang diamalkan dalam kalangan pelajar. Oleh itu, toleransi yang ditekankan dalam relativisme
moral adalah penting. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya perselisihan faham
antara pelajar yang berbeza budaya dan agama. Ini dapat dibuktikan apabila para pelajar UiTM
sentiasa menunjukkan sifat hormat-menghormati terhadap kepercayaan dan budaya yang
dibawa oleh rakan-rakan mereka, bukan itu sahaja, malah ada juga pelajar yang berminat untuk
mempelajari perbezaan antara mereka bagi menambah pengetahuan tentang kebudayaan dan
keagamaan.

17 | Page
2. Relativisme budaya dan etnosentrisme di kalangan pelajar uitm

Cabaran Ideologi Relativisme

Pelbagai kefahaman antara pelajar uitm telah tersebar berlandaskan hak asasi. Setiap
orang berhak untuk bersuara dan mengemukakan kefahaman mereka demi kepentingan diri
atau sejagat. Apabila kebebasan itu diangkat, maka masing masing bebas menentukan
kebenaran masing masing. Lalu, berbagai-bagai kebenaran dilontarkan menjadi pelajar perlu
pilih pendapat mana boleh digunakan untuk panduan hidup. Oleh sebab itu, sifat etnosentrisme
lahir dikalangan pelajar. Etnosentrisme ialah pandangan atau sikap yang percaya bahawa
golongan atau kebudayaan etnik sendiri lebih unggul daripada golongan atau kebudayaan etnik
lain. Sifat ini mendatangkan impak positif atau negatif jika disalah tafsir.

Antara perkara positif kepada pelajar uitm ialah pelajar mempertahankan bangsa
mereka daripada dihina atau dipijak oleh bangsa bangsa lain. DIsamping itu , menjaga keaslian
dan keutuhan budaya sendiri . cinta akan budaya sendiri dapat disemai dalam diri pelajar.
Setiap persatuan dan kesatuan budaya sendiri dijaga. sifat ini memberikan impak yang negatif
kepada wrga uitm. Perkauman berlaku antara pelajar. Selain itu, memandang rendah kepada
etnik lain dan merasakan diri mereka lebih bagus. Secara tidak langsung, lahir sifat mazmumah
yang tidak boleh ada dalam diri manusia iaitu bangga diri kerana ia merupakan antara sifat iblis
yang dibenci oleh Allah S.W.T. mereka juga bakal malas mempelajari budaya lain jika sifat ini
terus diterapkan di dalam diri pelajar. Seterusnya, keindahan budaya lain tidak dapat
disebarkan dan ditunjukkan kepada bangsa- bangsa yang lain. Hal yang demikian, negara luar
bakal tidak tertarik akan negara sendiri lalu ia akan menyebabkan ekonomi negara mengalami
defisit. etnosentrisme banyak memberi impak negatif berbanding impak positif.

Pada kaca mata yang lain, etnosentrisme juga memberi kesan kepada perspektif yang
lain kepada pelajar uitm. Antaranya, ilmu pengetahuan tentang suku lain dari segi bahasa,
makan , budaya, kepercayaan dan lain lain berkurang. Hubungan dan persefahaman antara
bangsa akan menjadi malap seperti hilang tidak dicari, lulus tak selami. etnosentrisme banyak
memberi impak negatif berbanding impak positif.

18 | Page
3. Cabaran Ideologi Relativisme

3.1 Pemikir kurang jelas sama ada mereka mencipta teori atau mengarang sastera

Mereka yang terlibat dalam pascamoden sengaja mencampur adukkan fakta sejarah
dengan fantasi. Contohnya, filem fiksyen sains seperti Terminator dan siri televisyen Star Trek.
Cerita Terminator dan Star Trek berurusan dengan musuh dan penjahat yang wujud pada masa
hadapan dan menggabungkan watak-watak ini ke dalam kehidupan masa kini. Filem ini penuh
dengan keraguan tentang asal usul musuh itu sendiri, bagaimana dia boleh hidup pada masa
kini dan musuh itu sendiri tidak boleh mati dan tidak muncul secara fizikal. Untuk membunuh
musuh adalah sangat sukar dan terlalu sukar sehingga hanya seorang wira manusia yang akan
menang. Kualiti dan kebolehan manusia biasa dipandang rendah dan kurang mahir untuk
menangkap musuh. Hanya mereka yang mempunyai senjata yang mencukupi dan kehebatan
intelek dan fizikal sahaja yang boleh mengalahkan musuh.

3.2 Hujah-hujah pascamodernis yang sarat dengan sentimen normatif disembunyikan

Pengkritik pascamodenisme kurang tegas dalam membezakan sama ada mereka


mencipta teori atau mengarang sastera. Habermas merasakan bahawa hujah-hujah
postmodernis dalam sains memahami fenomena moden yang dipanggil pengetahuan. Dia
mempersoalkan "apakah pengetahuan yang benar" secara genealogi dan arkeologi, dalam erti
kata tertentu, dengan mengesan bagaimana pengetahuan telah berkembang selama
bertahun-tahun. Sebagai contoh, konsep "seksualiti", "manusia" dan perkara-perkara lain yang
biasa dianggap "semulajadi" sebenarnya adalah halaman yang dihasilkan oleh sains.

3.3 Pemikir dituduh mengabaikan amalan kehidupan dunia

Apabila kebenaran dan akal mati, apakah yang akan berlaku kepada pengetahuan?
Pemikir pascamoden melihat semua jenis pengetahuan, dan semua sumber pengetahuan
sebagai tiada harapan. Sebagai contoh, mereka bertanya apa itu kehidupan atau mengapa
pasaran saham runtuh. Penemuan khusus membawa kepada penerapan nilai kontingensi dan
memberi jawapan kepada makna kewujudan sebagai realiti muktamad. Pemikir pascamoden
melihat kebenaran dengan sangat ragu-ragu sehingga sihir dan sains tidak dapat dibezakan.
Pengetahuan adalah subjek imaginasi, bukan pertanyaan. Menurut mereka, untuk memahami
tingkah laku manusia, seseorang harus menggunakan fiksyen berbanding falsafah. Mereka
menindas kehidupan tanpa makna secara keseluruhan boleh digambarkan dalam muzik dan

19 | Page
seni lagu. Contohnya, koleksi Nirvana dan Gangsta Rap yang menggambarkan muzik yang
kosong jiwa dan ketidaktentuan hala tuju kehidupan yang tiada makna.

3.4 Pandangan itu tidak mengiktiraf kewujudan rasional sejagat dan hanya kewujudan
realiti yang perlu diubah

Pada pandangan ahli antropologi, tidak ada budaya yang sama antara satu sama lain di
dunia. Sebagai contoh, budaya Amerika pasti berbeza dengan budaya Eropah. Begitu juga cara
pengamalan agama di Timur Tengah, walaupun ia adalah Islam, berbeza dengan cara
diamalkan di Asia Tenggara. Jelaslah bahawa nilai-nilai budaya ini sangat pelbagai dan tidak
tepat secara matematik untuk dinilai, mengikut latar belakang sejarah, geografi, demografi dan
sosio-budaya.

Mengikut corak pemikiran pascamoden ini, ia hampir menyamai pemikiran al-Ghazali


pada zaman Pertengahan. Dengan cacian yang sedikit berbeza, al-Ghazali tidak mempercayai
kewujudan nilai akhlak yang rasional; universal mutlak. Menurutnya semua nilai telah ditentukan
oleh wahyu dan segala perbuatan manusia dirangkum dalam peraturan syariah.

20 | Page
4. Langkah menangani Cabaran Relativisme

4.1 Mempromosikan dan menambah baik budaya yang tersendiri

Peranan pelajar UiTM sendiri bertanggungjawab dalam mempromosikan budaya yang


tersendiri dengan menyebar dan memperluaskan lagi tradisi Malaysia dalam media sosial dan
media massa. Hal ini kerana, budaya perlu dihidupkan bersama-sama dalam masyarakat bagi
mengelakkan berlakunya kebergantungan ke atas barat. Misalnya melalui televisyen untuk
menayangkan dokumentasi tentang pelbagai warisan budaya seperti kesenian, nyanyian,
permainan tradisional, pakaian dan makanan. Selain itu, menggunakan radio supaya dapat
menyalurkan maklumat tentang warisan budaya Malaysia yang pelbagai. Seterusnya internet
jugalah salah satu cara yang berkesan bagi mempromosikan warisan budaya kita. Ia dapat
berhubung secara interaktif untuk mempromosikan warisan budaya Malaysia supaya dapat
diakses oleh pengguna internet seluruh dunia.

4.2 Menjaga identiti dan kelainan diri sendiri dengan yang lain

Peranan pelajar UiTM haruslah memainkan peranan dalam menjaga identiti dan
kelainan diri sendiri dengan yang lain. Antara cara untuk menjaga identiti negara ialah
mengadakan dialog antara agama. Hal ini kerana ia dapat meneruskan kesinambungan
hubungan etnik, perpaduan, keharmonian, bertolak ansur dan juga dapat menghindarkan
konflik dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Wacana akademik atau seminar juga
dapat dianjurkan oleh pihak universiti atau kerajaan untuk meningkatkan interaksi positif dalam
masyarakat majmuk Malaysia serta membincangkan kefahaman mengenai nilai agama untuk
membantu menangani isu sejagat yang menggugat manusia secara keseluruhannya. Selain itu,
pelajar haruslah sentiasa mencari peluang untuk berinteraksi dengan satu sama lain dari
kumpulan etnik yang berbeza. Masyarakat harus menguatkan jiwa, membangkitkan masyarakat
agar prihatin dalam pembangunan budaya dan bangsa yang merdeka dan tidak mudah tunduk
kepada ideologi berat ini hingga memusnahkan keluarga, bangsa, negara dan agama.
Kesannya kita tidak akan mudah terima pengaruh budaya luar dan sedar akan asal usul
sebenar.

21 | Page
4.3 Memperluaskan medium penyebaran ilmu berkaitan agama, sesuai dengan peredaran
zaman.

Dunia telah mengalami peredaran zaman. Dunia semakin maju termasuk dalam hal
berkaitan media sosial. Zaman sekarang kita sudah ada bermacam-macam platform media
sosial untuk menyampaikan ilmu berkaitan agama. Penerimaan ilmu agama tersebut juga
melibatkan ramai pihak. Contoh media sosial itu adalah Whatsapp, Facebook, Instagram dan
lain-lain. Kelab-kelab persatuan juga memainkan peranan penting dalam menghapuskan
ideologi ini agar tidak diserap masuk ke negara atau dalam kalangan pelajar ini dengan melalui
beberapa pendekatan. Pertama, menubuhkan persatuan yang berdaftar yang boleh disertai
daripada pelbagai agama yang mana bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan input
penting berkenaan bahayanya ideologi ini dan beberapa ideologi lain seperti liberalisme,
feminisme, komunisme dan lain-lain. Sebagai contoh,ideologi lain seperti liberalisme telah
menyokong dan bertindak menunjukkan taringnya dengan melakukan proses terhadap
kerajaan.

22 | Page
5. Kesan-kesan relativisme

Aspek Etika

Beberapa sudut pandangan relativisme menyatakan bahawa tidak ada kebenaran yang
mutlak bergantung kepada apa yang dipercayai oleh budaya tertentu mengenai apa yang betul
atau salah. Majority pelajar muda UiTM pada masa kini lebih meminati hingga ke tahap obses
serta mengagungkan etika dari negara-negara luar terutamanya negara barat dan juga negara
asia timur daripada menerapkan etika yang sedia ada di negara sendiri. Ini mengakibatkan
mereka sangat mudah terpengaruh dan tergolong dalam kalangan anak muda yang cenderung
untuk berpakaian yang tidak sopan. Contohnya, mereka yang meminati fashion trend masa kini
menganggap trend berpakaian yang dikenakan dengan ‘corset’ atau lebih dikenali (bengkung)
yang popular dari negara barat adalah mesra pengguna bagi para wanita hijabis sekiranya
digayakan bersama baju berlengan panjang atau pun inner. Sesetengah pihak merasakan baju
tersebut sesuai digayakan oleh mereka yang berhijab tetapi tidak menitikberatkan tentang
perkara lain yang terang-terang tidak menepati syarat berpakaian dari segi agama.

Sesetengah pelajar pada masa kini lebih menolak segala pemahaman dan pendapat
tentang etika terhadap diri sendiri dan juga negara kerana mereka berpendapat bahawa
relativisme etika dapat berlaku dimana sahaja mereka berada, tidak kira negara ataupun
agama. Mereka juga amat sukar untuk menerima sebarang nasihat atau pendapat dari orang
lain jika mereka sudah cukup cenderung terhadap satu perkara yang mereka percayai sahaja.
Ada juga manusia yang sanggup tertipu dengan dakwaan-dakwaan yang kononnya benar,
sedangkan realitinya adalah tidak sahih atau palsu. Mereka turut ‘mencipta’ kefahamannya
sendiri sekiranya tidak kene dengan selera masing-masing, kemudian mendakwa dirinya pula
yang bawa kebenaran.
Terdapat juga golongan yang mempertahankan perbuatan kejahatan demi niat dan
matlamat yang baik , kerana merasakan ianya adalah tindakan yang betul. Contoh mudah yang
dapat dilihat ialah mendedahkan aib orang lain di social media dengan niat ingin berkongsi
kebenaran atas asas ingin melakukan amar makruf nahi mungkar, sebenarnya tindakan itu
sudah pun dilarang oleh Allah SWT. Kesan ini mendorong pelajar untuk berfikiran ke arah
normalisasi kemungkaran yang bermaksud bebas melakukan kemungkaran kerana
menganggap ia adalah kebebasan individu untuk menentukan jalannya. Tidak ada niat baik
boleh dicapai dengan cara buruk, dan sebaliknya tidak ada niat buruk yang berubah baik meski
dilakukan dengan cara-cara baik.

23 | Page
Aspek Budaya

Relativisme dalam aspek budaya ini merujuk kepada pemahaman kepercayaan, nilai
dan amalan seseorang yang harus dipahami berdasarkan orang itu sendiri dan bukannya
dinilai berdasarkan dari kritikan orang lain. Impak relativisme ini mengakibatkan berlakunya
perpecahan antara kaum kerana segelintir masyarakat memilih untuk mengamalkan semua
budaya kerana mereka beranggapan cara hidup mereka sah dengan budaya-budaya yang lain.
Sebagai contoh, ade sesetengah komuniti yang kagum dengan pemikiran-pemikiran falsafah
Barat serta lebih suka bersandarkan kepada rasional pemikiran Barat itu tersendiri. Mereka
menganggap rasional orang-orang tertentu sebagai kayu ukur kebenaran, sedangkan ianya
tidak la betul.

Selain itu, relativisme juga mengakibatkan lahirnya manusia-manusia yang merasakan


budaya yang diamalkan terhadap dirinya sahaja yang betul tanpa mereka menyelidiki
budaya-budaya yang lain. Para relativisme budaya akan mendakwa bahawa seseorang itu tidak
boleh mengatakan budaya mana yang betul atau salah kerana terbukti relative dalam budaya
yang berbeza. Oleh yang demikian, sesetengah daripada mereka yang telah terdedah dengan
relativisme ini berpikir dan beraangapan bahawa mereka bebas untuk memilih mana-mana
budaya atau tradisi yang diamalkan tanpa mereka sedar bahawa perkara yang mereka lakukan
telah melanggar agama dan kepercayaan mereka sendiri. Kesan ini juga telah mengakibatkan
manusia mudah dipengaruhi dan menyesuaikan diri dengan budaya dari luar.

24 | Page
Aspek Agama

Relativisme dari segi aspek agama mampu menggoyangkan keimanan seseorang dan
juga menyelewengkan akidah mereka tanpa mereka sedari kerana pemahaman mengenai
relativisme ini sudah terang lagi bersuluh, amat bertentangan dengan konsep kehidupan
manusia yang dicipta sebagai hamba bagi sang pencipta. Contohnya, mereka yang kurang
mendalami ilmu agama akan sering tersasar dengan menghalalkan perkara yang haram.
Seterusnya, ilmu dan fatwa daripada para ulama’ tidak lagi diterapkan serta dianggap kurang
tepat kerana pemikiran pelajar-pelajar pada zaman kini lebih memilih untuk percaya kepada
perkara-perkara yang terbuka dan tidak kolot. Mereka juga mengamalkan konsep pluralisme
yang boleh dikenali sebagai kefahaman yang menyamakan semua agama dalam erti
kebenaran dan keselamatan (syurga) yang boleh dicapai menerusi mana-mana agama
sekalipun.

Selain itu, mereka juga beranggapan bahawa agama tidak lagi merupakan perkara yang
mutlak bahkan lebih mempercayai perkara-perkara lain yang lebih bersifat duniawi. Ini
menyebabkan seseorang itu akan merasa tidak yakin dan ragu-ragu terhadap agamanya
sendiri dan tidak lagi mengamalkannya. Oleh yang demikian, terlalu banyak perbuatan manusia
pada masa kini, melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan agamanya seperti
hubungan sesama jenis (LGBT), seks diluar tabi’i, tukar atau menyerupai lawan jantina, dan
sebagainya.

25 | Page
RUMUSAN

Pemikiran relativisme merupakan kudis kecil kepada pemikiran anak-anak muda pada
masa kini sekiranya tidak diberikan pendedahan awal kepada mereka. Jesteru kita sebagai
orang dewasa yang mampu mengenal pasti mana satu perbuatan yang baik atau buruk yang
tidak melanggar hukum Allah, berdasarkan alquran dan hadis maka kita mampu mengikuti atau
terapkan pemikiran tersebut dalam diri kita dan anak muda. Jangan kita bersikap endah tak
endah disebabkan sifat inilah rosak anak muda kita jangan jadi seperti peribahasa melayu
disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.

Maka ukuran yang baik dan juga buruk bagi umat Islam adalah akhlak yang mulia
berpandukan Al Quran, bukan hanya dengan suka menolong orang susah ataupun memberi
sedekah kepada fakir miskin sekiranya pemikiran ataupun perbuatan dia masih melanggar
hukum dan syariat allah. Dalam alquran turut menyatakan terdapat dua patah perkataan/kalimat
yang selalu berulang- ulang penulisannya adalah iman dan amal shalih. Beriman dan beramal
merupakan satu ungkapan yang kerap digunakan dalam ayat Alquran. Konsep iman disebut
sekali dengan konsep amal soleh dan ada juga dari ayat disebut sekali bersama-sama konsep
taubat. Dalam surah Ar- Rad allah berfirman ,“ orang- orang yang beriman dan dan
mengerjakan kebajikan maka mereka akan mendapat kebahagian dan tempat kembali yang
baik’’ ayat 29 .Akhir sekali, setiap perkara bermula dengan niat selaras dengan maksud iman
membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan dan dilakukan dengan anggota.

26 | Page
References
APA ITU FAHAM RELATIVISME ? BAGAIMANA PANDANGAN MENURUT ISLAM? BEGINI
PEMBAHASANNYA!! (n.d.). Retrieved from Pundi Amal Hasanah Umat:
https://pundiamalhasanahumat.or.id/apa-itu-faham-relativisme-bagaimana-pandangan-me
nurut-islam-begini-pembahasannya/

Aziz, D. S. (2016, March 16). Peranan NGO terhadap teori relativisme. Retrieved from Berita Harian:
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2016/03/134121/peranan-ngo-terhadap-teori-re
lativisme

BAB 2 : BUDAYA. (2014, August 16). Retrieved from PENGAJIAN MALAYSIA:


http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.com/2014/08/bab-2-budaya.html

Budaya. (2021, December 19). Retrieved from Wikipedia, Ensiklopedia bebas:


https://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya

Cabaran Ideologi Relativisme Pascamoden sebagai Reaksi dari Kegagalan Modeniti. (n.d.). Retrieved
from coggle:
https://coggle.it/diagram/XtR7y85SJgey0aBe/t/cabaran-ideologi-relativisme-reaksi-dari-k
egagalan-modeniti

etnosentrisme. (2017). Retrieved from DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA :


https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=etnosentrisme

f.aniqah. (2021, January 8). KESAN, CABARAN DAN IMPLIKASI RELATIVISME. Retrieved from
POWTOON:
https://www.powtoon.com/online-presentation/g5iB3MZTV5D/kesan-cabaran-dan-implik
asi-relativisme/?locale=en&mode=presentation

FADZIL, M. M. (2022, March 8). Relativisme dan kekeliruan menentukan kebenaran. Retrieved from
Harakahdaily:
https://harakahdaily.net/index.php/2022/03/08/relativisme-dan-kekeliruan-menentukan-
kebenaran/

Hassan, H. (2018, March 23). Niat tidak halalkan cara. Retrieved from Beita Harian:
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/03/402688/niat-tidak-halalkan-cara

27 | Page
Makna subjektivisme (apakah itu, konsep dan definisi). (2022). Retrieved from ?:
https://ms.ninanelsonbooks.com/significado-de-subjetivismo

MALIM JURNAL PENGAJIAN UMUM ASIA TENGGARA . (n.d.). Retrieved from Universiti Kebangsaan
Malaysia: https://ejournal.ukm.my/malim/article/view/44175/11364

Nordin, M. K. (n.d.). Perbahasan Baik (al-husn) dan Buruk (al-Qubh) menurut Aliran Klam Asha'irah &
Kerelevannya dalam Mendepani Relativisme. Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya.

Perbezaan Antara Absolutisme dan Relativisme I Mutlakisme vs Relativisme. (2022). Retrieved from
rasakan perbezaannya BETWEENMATES:
https://ms.weblogographic.com/difference-between-absolutism-and-relativism-307

relativisme. (n.d.). Retrieved from DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA:


https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=relativisme

Relativisme. (2018). Retrieved from Dunia pengetahuan ensiklopedia:


http://ms.swewe.net/word_show.htm/?1020951_1&Relativisme

Saputra, L. D. (2021, Jun 02). Subjektivisme Aksiologis : Menilai Sesuatu Secara Subjektif. Retrieved
from qureta:
https://www.qureta.com/post/subjektivisme-aksiologis-menilai-sesuatu-secara-subjektif

SAYA MAHU TAHU SEMUANYA RELATIVISME. (2022). Retrieved from erf-est.org:


https://ms.erf-est.org/7925-relativismo.html

TEORI MORAL RELATIVISME. (2014). Retrieved from Universiti Sains Malaysia:


https://usmjtw401.wixsite.com/etikaperniagaan/student-life#:~:text=Relativisme%20adal
ah%20kajian%20tentang%20kepelbagaian,antara%20kumpulan%20dalam%20masyaraka
t%20tunggal

28 | Page

Anda mungkin juga menyukai