Anda di halaman 1dari 1

Sistem Pendidikan melahirkan pekerja mahir

-Sistem Pendidikan berperanan melahirkan tenaga mahir melalui Latihan Teknikal dan Vokasional
(TVET). Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menyediakan program dan latihan yang khusus kepada
graduan bagi melatih dan perlengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan berdasarkan sektor dan
bidang yang mereka ceburi.

- Usaha sistem Pendidikan dalam program pembangunan modal insan penting dilaksanakan untuk
melahirkan tenaga kerja yang berkualiti tinggi,berkemahiran dan berpengetahuan, serta kreatif dan
inovatif.Melalui pembangunan profesion guru dan tenaga pengajar yang berkualiti dapat melahirkan
generasi pekerja mahir di masa depan.

-Sistem Pendidikan juga meyediakan program latihan dan kemahiran bagi meningkatkan kemahiran
graduan kejuruteraan dan pekerja teknikal selaras dengan keperluan pasaran. Misalnya, kerajaan
menyediakan dana bagi mempergiat “Program Industrial Skill Enchancement” di Pusat Latihan
Kemahiran Negeri bagi meningkatkan kemahiran graduan dan pekerja. Graduan jurusan lain juga
digalakkan untuk mengembangkan kompetensi dan keboleh pasaran. Misalnya,melalui Program
Pentauliahan Profesional, Pembangunan Sukan, keusahawanan, Skim Pengurusan Keboleh pasaran
Siswazah, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).Semua program dan Latihan yang disediakan
khusus untuk melahirkan pekerja mahir.

- Sistem pendidikan juga berusaha dari masa ke semasa mengikut kesesuaian keperluan organisasi dan
perkhidmatan agar dapat memenuhi keperluan dan peruntukan pekerja mahir dalam sektor
perindustrian dan perkhidmatan.Hal ini sejajar dengan perubahan perkembangan teknologi terkini dan
ilmu yang baharu yang perlu dipelajari bagi memastikan generasi masa akan datang dapat bersaing
dan mengadaptasi sebarang pembaharuan.

Anda mungkin juga menyukai