Anda di halaman 1dari 4

3.

Institusi keluarga merupakan aset utama kepada pembentukan


sebuah masyarakat madani yang harmonis. Sebuah keluarga yang
bahagia dan aman akan melahirkan individu-individu yang menjadi
penjana atau penggerak utama kepada kemajuan negara. Sesebuah
negara hanya akan melonjakkan namanya di persada antarabngsa jika
setiap ahli dalam institusi kekeluargaan itu bertanggungjawab,
berdaya saing dan intelektual. Namun begitu, pada alaf baru ini, isu
kekeluargaan sering dipandang enteng dan hanya menjadi sesuatu
yang remeh bagi kebanyakkan ahli masyarakat. Dunia tidak lagi
mengambil berat tentang isu kekeluargaan, walaupun pada
hakikatnya, institusi keluarga amat penting bagi kehidupan manusia
sejagat. Natijahnya, keluarga menjadi goyah, porak- peranda dan
seolah-olah diibaratkan hanyut dan tenggela dalam arus kemodenan
dunia.

4. Kemasukan pekerja asing dinegara kita semakin


meningkat,pertambahan pembangunan dari pelbagai industri
khususnya industri pembinaan dan pertanian telah mengalakkan
kemasukkan tenaga asing kerana kos yang lebih murah dan efisien
dalam pembangunan negara.Namun begitu,disebalik kabaikan tenaga
pekerja asing ini.mereka sering dikaitkan dengan pertambahan gejala
jenayah yang kian menular di setiap pelosok negara mengakibatkan
banyak implikasi negatif disebabkan kebanjiran tenaga asing .kes
jenayah seperti merogol,menagih dadah,pencurian dan pelbagai
jenayah menjadi buah mulut masyarakat.

3. Rumah adalah salah satu keperluan yang penting kepada manusia.


Sejak zaman prasejarah lagi tempat perlindungan atau rumah telah
menjadi keperluan asas yang penting selain daripada makanan dan
minuman kepada kehidupan manusia. Evolusi dan teknologi bergerak
seiring dengan masa. Sehingga kini rumah telah menjadi
pengukur kepada taraf kehidupan seseorang dan sekali gus menjadi
satu pelaburan jangka panjang kepada pemilik rumah berkenaan. Kini
orang ramai menyatakan harga pasaran rumah semakin meningkat dan
rumah mampu milik semakin terhad. Hal ini telah menjadi isu hangat
yang sering bincangkan oleh masyarakat.
4..Usaha kerajaan dalam memastikan kejayaan atlet negara dipersada
dunia sangat dipandang serius.Melahirkan atlet negera yang bertaraf
antarabangasa bukan satu perkara yang mudah.Kementerian belia dan
sukan telah merancang pelbagai usaha dan langkah proaktif bagi
memastikan altet negara mendapatkan latihan,khidmat nasihat,dan
bantuan biarpun terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk
membentuk atlet bertaraf dunia semata-mata membuktikan negara
kita mampu melahirkan atlet yang mampu mengharumkan nama
negara,lantas menjadikan Malaysia mampu berdiri sama tinggi duduk
sama rendah dengan negara lain.

5. Malaysia merupakan sebuah negara hab pendidikan global bagi


pelajar asing untuk melanjutkan pengajian terutamanya dari  Filipina,
Indonesia, Thailand, Nigeria, Jordan, China, Arab, Pakistan, Somalia
dan sebagainya.Terdapat banyak universiti yang menjadi tumpuan
utama antaranya Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara
Malaysia (UUM), Taylor’s Universiti, dan Sunway Universiti yang
merupakan pusat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi pelajar negara
lain.Kemasukan pelajar dari luar negara bukan sahaja meningkatkan
ekonomi malah menunjukan bahawa kita mempunyai kualiti
pendidikan taraf antarabangsa

6. Minat membaca di kalangan masyarakat memang tinggi jika


dilihat daripada sambutan yang luar biasa terhadap buku dan majalah
popular yang berbentuk picisan. Bahan picisan itu boleh ditakrifkan
sebagai bahan bacaan yang tidak mendatangkan sebarang faedah
kepada pembaca. Bahan bacaan sebegini juga tidak mengandungi
unsur-unsur keilmuan dan pendidikan serta  mengandungi  humor,
hiburan, pornografi dan keganasan yang banyak. Contoh bahan picisan
ialah komik- komik dan majalah-majalah remaja.Hal ini menjadi satu
kebimbangan apabila bahan bacaan ilmiah semakin pupus ditelan
waktu.
7. Dalam usaha meningkatkan mutu sukan negara kerajaan telah
membelanjakan jutaan ringgit semata mata melahirkan atlet yang bertaraf
dunia.Ganjaran dan insentif kepada atlet sukan negara yang berjaya
mengharumkan nama negara merupakan usaha dalam menjadikan atlet
negara adalah untuk memberikan dorongan kepada mereka agar terus
berjaya dalam mengecapi kemenangan. Oleh sebab itu, atlet sukan akan
merasakan diri mereka lebih dihargai dan tidak lagi akan menganggap sukan
ini sebagai kerja sampingan yang boleh dipandang sebelah mata. Mereka
pasti akan berlatih bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa mereka
mampu untuk menjadi juara walau dengan sesiapa jua mereka
bertanding.bak kata pepatah yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih
tidak datang melayang.namun adakah setakat memberikan ganjaran dan
insentif kepada mereka mencukupi?

8. Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan


perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang
berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan
gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada
kenyataan.Penagihan dadah merupakan penyakit yang sukar diubati
dan menyukarkan rawatan dan pemulihan terhadap seseorang individu
malah implikasi dari penagihan ini bukan mengakibatkan seseorang itu
hilang kawalan malah menjadi mereka cenderung melakukan
jenayah.Oleh itu apakah langkah yang proaktif dalam menangani isu
ini yang semakin menjadi barah dalam masyarakat?

 9 Peperangan merupakan suatu peristiwa yang memberikan kesan


negatif kepada sesebuah negara. Hal ini membangkitkan kebimbangan
yang berterusan dalam kalangan masyarakat dunia. Pelbagai usaha
telah dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk
memastikan agar peristiwa peperangan ini tidak berlanjutan sehingga
meragut ribuan nyawa manusia yang tidak berdosa. Namun demikian,
usaha yang dilakukan ini ibarat mencurah air ke daun keladi kerana
perkara ini tidak mendatangkan apa-apa faedah sekalipun. Terdapat
pelbagai kesan yang dialami oleh negara yang terlibat dalam
peperangan tersebut.
10. Marcapada, dunia dan negara pascaglobalisasi dan
pascamodenisasi memperlihatkan perkembangan pesat penggunaan
media sosial bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan terutama
dengan adanya teknologi maklumat serta aplikasi dan gajet
berasaskan internet. Media sosial ini bukan sahaja berfungsi sebagai
wahana mempercepatkan penyebaran maklumat malah telah menjadi
satu medium kepada ahli perniagaan untuk memperagakan barangan
jualan mereka yang dikenali sebagai e-dagang. Hal ini kerana dengan
aplikasi e-dagang, peniaga boleh melakukan urusan jual beli dengan
pengguna melalui Internet secara mudah kerana maklumat di hujung
jari dan dunia tanpa sempadan. Seyogia, marcapada aktiviti
perniagaan Internet semakin terkenal dan mendapat sambutan dalam
kalangan masyarakat, selaras dengan kemajuan pembangunan dan
ekonomi negara.

Anda mungkin juga menyukai