Anda di halaman 1dari 2

HURAIAN BERKAITAN UNSUR EMOSI

Setelah diteliti, dapat dirumuskan bahawa terdapat enam elemen utama yang terdapat di dalam unsur emosi yang terdapat di dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( PFK ). Pertamanya ialah berkaitan dengan sahsiah yang baik. Ini membawa maksud keperibadian yang murni dan terpuji. Ianya meliputi tingkah laku dan gaya kehidupan harian seseorang. Di sini, seseorang yang mempunyai unsur emosi yang baik akan bertindak dengan keperibadian yang terpuji selaras dengan kehendak FPK. Emosi yang baik juga pada hakikatnya dapat membentuk insan yang seimbang yang mana pembentukan ini lahir apabila emosi berada di dalam keadaan yang baik dan terkawal. Seperti yang ditekankan di dalam PFK, unsur emosi adalah salah satu unsur utama bagi pembentukan insan seimbang. Seterusnya ialah dalam pembentukan emosi yang stabil di mana emosi yang stabil ini dapat membentu seseorang bertindak dengan lebih munasabah dan terancang. Ianya juga membentuk akhlak yang mulia dan kehidupan yang lebih terjamin. Keempat ialah kawalan tingkah laku. Ini bermaksud, emosi yang baik mampu membentuk tingkah laku yang terkawal.tingkah laku yang terkawal pula mampu membentuk insan yang lebih berkualiti. Seterusnya ialah pembentukan jiwa individu yang mantap. Ini akan membentuk semangat perpaduan yang kuat dan terjalin erat. Semangat perpaduan ini akan menghasilkan kehidupan yang harmoni dan seimbang. Selain daripada itu, jiwa yang baik emosinya akan menghasilkan insane yang sanggup berkorban jiwa dan raganya. Terakhir ialah EQ atau Emotional Intelligence . Ianya juga boleh disebut sebagai kecerdasan emosi yang berkaitan dengan pengurusan emosi dan perasaan. Emosi dan perasaan yang dapat diuruskan dengan baik mampu membentuk insan yang lebih

cemerlang dan seimbang. Secara keseluruhannya, terdapat sembilan jalan yang mampu membentuk kecerdasan emosi dan iaitu apabila individu itu mempunyai sikap sabar, syukur, tawaduk, baik sangka, amanah, hubungan silaturahim, tawakal, ikhlas dan takwa. Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa unsur emosi yang terdapat dalam PFK adalah merupakan unsur yang penting dimana ianya akan menghasilkan insan yang harmonis dengan diri sendiri dan orang lain. Selain itu, insan yang stabil emosi dan jiwanya pasti mempunyai ketahanan dalam menghadapi cabaran hidup serta sanggup berdepan dengan apa jua masalah yang timbul. Ini adalah merupakan pemangkin sebenar dalam pembangunan modal insan selaras dengan kehendak Negara kita dalam memastikan falsafah Pendidikan Kebangsaan dimartabatkan dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai