Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pengenalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah panduan utama sistem pelajaran di
Malaysia. FPK telah digubal untuk memberi arah tuju dalam proses menentukan aspirasi dan
rancangan dalam bidang pendidikan. Proses penggubalan FPK adalah berdasarkan tiga
ideologi iaitu, Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru ( RMK 3, 1976-1980) dan Dasar
Pendidikan Kebangsaaan (1999), serta mengambil kira aspek-aspek seperti keperluan
individu, masyarakat dan negara ( KPM, 2001).
Fokus utama FPK adalah untuk membina potensi individu secara menyeluruh dalam
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
Semua ini disebabkan pembangunan modal insan yang seimbang akan menjadi aset yang
bernilai dalam pembangunan negara. Modal insan yang seimbang adalah individu yang
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan mampu menyumbang kepada
keharmonian masyarakat dan negara. Oleh itu, FPK merupakan aspek yang penting dalam
hala tuju pendidikan negara dan perlu dijadikan teras sejak dari peringkat awal pendidikan
lagi.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah sebuah insiatif
kerajaan dalam memacu transformasi sistem pendidikan Malaysia secara menyeluruh.
PPPM digubal berdasarkan kesedaran kerajaan untuk membina murid yang mampu
bersaing di peringkat antarabangsa, dengan mempunyai keupayaan untuk berfikir secara
kritis, kreatif dan berkembang secara menyeluruh.Kerajaan percaya bahawa PPPM dapat
menyediakan persekitaran pembelajaran yang memberikan peluang kepada pelajar untuk
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi serta keupayaan untuk berkerja secara
berkumpulan ( BERNAMA, 2013).
Fokus utama PPPM adalah selaras dengan fokus utama FPK, iaitu membina individu
yang mempunyai keseimbangan dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Ini
boleh dilihat dalam aspirasi- aspirasi murid yang terkandung dalam PPPM (KPM, 2012):
1)Pengetahuan
2)Kemahiran Berfikir
3)Kemahiran memimpin
4)Kemahiran dwibahasa
5)Etika dan Kerohanian
6) Identiti Nasional

Aspirasi- aspirasi ini adalah visi untuk memastikan murid mencapai potensi yang
sepenuhnya. Setiap guru, ibu-bapa dan masyarakat memainkan peranan penting dalam
membantu murid mencapai aspirasi yang diharapkan.
FPK dan PPPM banyak dipengaruhi oleh falsafah pendidikan Barat, Timur dan Islam.
Kertas ini akan membincangkan tentang pengaruh ketiga-tiga falsafah ini terhadap
penggubalan FPK dan PPPM dan bagaimana FPK boleh dijadikan panduan untuk
membentuk murid menjadi modal insan selaras dengan aspirasi negara (PPPM, 2013-2025).
2.0 Pengaruh Falsafah Pendidikan Barat, Timur dan Islam dalam FPK dan PPPM
2.0.1 Falsafah Pendidikan Barat
Falsafah pendidikan barat terdiri daripada dua mazhab, falsafah tradisional dan
falsafah moden. Falsafah tradisional terdiri daripada essensialisme dan parennialisme,
manakala falsafah moden terdiri daripada progressivisme dan eksistensialisme.

Essensialisme
Falsafah essensialisme adalah sejenis aliran pemikiran yang bersifak fleksible di
mana aliran ini boleh diubah dan tidak terikat dengan dokterin (Elias, 2010). Falsafah ini
mementingkan penguasaan kemahiran 3M, ( menulis, mengira dan membaca) dan
mementingkan pembentukan kokurikulum yang dibentuk dari mudah ke lebih susah. Aliran
ini menganggap bahawa persekolahan perlu menjadi praktikal dan menerapkan nilai seperti
usaha, sikap hormat menghormati dan disiplin. Guru merupakan elemen yang penting di
dalam fahaman essensialisme kerana mereka berperanan dalam memberi contoh kebaikan
dalam sesuatu masyarakat serta memberi pendidikan yang berkualiti. Pihak guru perlu
bersikap demokratik, kreatif dan mempunyai inisiatif dalam pengajaran supaya dapat
melaksanakan peranan mereka mengikut aliran essensialisme dengan baik ( Rahman dan
Kasa, 1986).
Pengaruh aliran essensialisme dapat dilihat dalam salah satu matlamat FPK iaitu
melahirkan individu yang berilmu pengetahuan. Ini selaras dalam PPPM di mana salah satu
aspirasi murid adalah melahirkan murid yang berpengetahuan tinggi melalui penguasaan
kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Selain itu, dalam sistem pendidikan
Malaysia guru memainkan peranan penting dalam membantu murid mencapai potensi
mereka dan menjadi model untuk menerapkan nilai nilai murni seperti hormat menghormati
dan disiplin, seperti yang ditekankan dalam aliran essensialisme.

Kedua-dua aspek ini

penting dalam melahirkan modal insan yang selaras dengan aspirasi negara.

Perennialisme
Mengikut fahaman aliran perennialisme, matlamat pendidikan adalah untuk
mengembalikan kebudayaan kerana nilai moral dan rasional manusia semakin merosot
( Elias, 2010). Aliran perennialisme percaya bahawa ciri- ciri asas manusia bersifat universal
dan tiada had masa ( Rahman dan Kasa, 1986). Pendidikan tentang prinsip asas manusia
yang bersifat universal adalah penting.Di samping itu, perennialisme mengetengahkan
prinsip kebenaran yang bersifat universal dan tidak boleh berubah-ubah. Oleh itu,
pembangunan intelek merupakan fokus utama dalam aliran perennialisme.
Salah satu cara pembangunan intelek ini boleh dicapai adalah dengan pendedahan
karya - karya cendiakawan lampau kepada murid. Murid dapat mengembangkan potensi
penaakulan mereka kerana mereka secara tidak langsung mendapat idea daripada
pembacaan karya karya cendiakwan lampau. Mata pelajaran yang ditekankan di dalam
aliran perennialisme adalah matematik, sastera dan sains. Mata pelajaran vokasional turut
diperkenalkan bagi murid- murid lemah. Semua perkara ini adalah berteraskan kurikulum
perennialisme yang mementingkan kebenaran dalam membina masyarakat menjadi
masyarakat yang rasional.
Aspek perennialisme yang dapat dilihat dalam FPK adalah dalam usaha untuk
melahirkan masyarakat yang berfikiran rasional dan mempunyai etika. Ini adalah kerana
rakyat yang berfikiran rasional dan mempunyai moral merupakan aspek yang penting untuk
membina sebuah negara yang sejahtera dan harmoni. Penekanan dalam pemikiran rasional
akan melahirkan murid yang lebih berkualiti sejajar dengan aspirasi PPPM yang ingin
melahirkan murid yang mempunyai pemikiran kritis dan kreatif. Subjek matematik dan sains
dapat membantu membimbing murid menjadi murid yang boleh berdaya saing di peringkat
antarabangsa, seterusnya membekalkan pekerja-pekerja mahir untuk pembangunan negara.

Progressivisme
Progressivisme adalah falsafah pendidikan yang fokus kepada keseluruhan murid,
dan tidak menegaskan tentang peranan guru dalam pembentukan murid. Progressivisme
ialah pembelajaran yang berbentuk induktif di mana pembelajaran ini tidak memerlukan teori
tetapi murid sendiri perlu membuat penerangan sendiri mengenai fenomena yang
didedahkan. Guru hanya berperanan dalam sebagai fasilitator dan membimbing murid dalam

penyelesaian masalah ( Sang, 2010). Pelajar diberi kebebasan dari segi fizikal dan mental
untuk mengembangkan potensi mereka.
Aliran progressivisme menyatakan bahawa kurikulum yang sesuai untuk murid
adalah kurikulum yang fleksible dan mampu berubah mengikut peredaran zaman. Kurikulum
ini adalah bertumpukan kepada pengalaman atau eksperimen, berbeza dengan kurikulum
aliran perennialisme dan essensialisme yang bertumpukan kepada subjek seperti sains dan
bahasa. Guru berperanan dalam memberi peluang kepada murid dan menyediakan aktiviti
yang meransang pemikiran murid ketika proses pembelajaran di dalam kelas.
Aspek pemikiran progressivisme dapat dilihat dalam FPK menerusi perkembangan
individu yang secara menyeluruh dan bersepadu, dari segi aspek fizikal dan mental.
Perkembangan yang menyeluruh bermaksud bakat dan potensi murid tidak boleh
dikembangkan secara berasingan, sebaiknya perlu dikembangkan secara bersepadu
( Adnan, Hamzah & Udin, 2010). Proses ini boleh berlaku melalui kurikulum progressivisme
yang memberi kebebasan kepada murid untuk mengembangkan potensi mereka dalam
aspek fizikal dan mental. Di dalam PPPM juga, aspek pemikiran kreatif dan inovatif murid
adalah salah satu aspirasi yang ingin dicapai dalam kemahiran berfikir. Pemikiran kreatif dan
inovatif dapat dicapai melalui pendidikan berteraskan aliran progressivisme yang
menggalakkan pembelajaran induktif melalui aktiviti kreatif di kelas.

Anda mungkin juga menyukai