Anda di halaman 1dari 12

1

FALSAFAH PENDIDIKAN DARI PANDANGAN ISLAM DAN BARAT

SUDUT

1.0

PENGENALAN

2.0

FALSAFAH PENDIDIKAN

2.1

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN

2.2

SUDUT PANDANGAN ISLAM

2.3

SUDUT PANDANGAN BARAT

2.4

PERBANDINGAN DIANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DAN BARAT

3.0

KESIMPULAN DAN PENUTUP

2 1.0 PENGENALAN

Salah satu daripada faktor yang menyebabkan berlakunya kemunduran di kalangan umat Islam dimana-manapun di dunia ini adalah kerana kelemahan didalam pendidikan. 1 Sistem pendidikan yang diamalkan di negara Malaysia merupakan amalan yang telah diwarisi daripada zaman kolonial British dan disesuaikan mengikut keperluan dan kehendak negara setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mengwujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 2 Negara mementingkan perkembangan rohaniah rakyat, jiwa kesayangan rakyatnya terhadap bangsa dan negara, perasaan tanggungjawab warganegaranya terhadap masyarakat dan kerelaan semua kaum hidup dengan penuh kasih sayang dan bantu membantu. Berdasarkan pandangan ahli fikir zaman silam iaitu Plato yang berpendapat bahawa tujuan penting pendidikan ialah untuk menghapuskan kebodohan. Manakala, seorang lagi bernama Aristotle pula menyatakan pendidikan itu untuk membolehkan manusia memilih mana yang baik dan mana yang tidak baik dilakukan didalam kehidupan. Secara definisinya, Pendidikan merupakan proses yang dengannya manusia bertujuan membimbing perkembangan manusia.3 Menurut Harman H. Honne, pendidikan merupakan satu proses abadi untuk menyesuaikan diri manusia yang bebas, insaf dan dewasa kerohanian dan fikirannya itu dengan tuhan seperti yang ternyata dalam alam aqliyah, perasaan dan kemahuan sendiri.4 Dengan itu, pendidikan ialah satu proses yang berterusan untuk membentuk manusia yang berfikiran tidak sempurna menjadi lebih sempurna dan matang disamping membentuk jiwa, intelektual dan emosi seseorang supaya menjadi teratur, serasi dan sesuai dengan kehendak insaniah. 2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN Falsafah pendidikan di Malaysia terdapat ditiga peringkat iaitu pendidikan rendah, menengah dan tinggi berdasarkan matlamat dan fungsinya tersendiri. Ia mengambilkira aspek falsafah, hasrat negara, nilai islam, nilai tradisi budaya bangsa, potensi perkembangan personaliti pelajar dan perkembangan keilmuan.5 Falsafah pendidikan nasional adalah untuk melahirkan ahli masyarakat yang berkeyakinan penuh dan berpegang kuat kepada agama dan berkeupayaan menyumbangkan bakti kepada masyarakat dan negara.
1

Zaba dan Melayu, Adnan Hj. Nawang, Berita Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur 1998 m.s. 93 Pendidikan: Konsep dan Perkembangan 2 Pusat Perkembangan Kurikulum,Falsafah Pendidikan Negara dari Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Januari 1985 3 P.H. Phenix Philosophy of Education, Holt, Rinehart & Wilson, New York 1960 didalam Asas Pendidikan suntingan W.F. Connell Dewan Bahasa & Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur 1981 4 Harman H. Honne- The Philosophical Aspects of Education, MacMillan, New York - 1976 5 Kamarudin Hj. Kachar, Strategi Penerapan Nilai-nilai Islam di Institusi Pendidikan (Dari perspektif pengurusan) Teks Publishing Sdn. Bhd. - 1989

Diantara nilai-nilai murni didalam falsafah pendidikan nasional adalah baik hati,berdikari, berhemah tinggi, hormat menghormati, perasaan kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan,kerjasama,kesederhanaan, kesyukuran, rasional, semangat bermasyarakat dan semangat kewarganegaraan.6

2.1

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN

Pendidikan di Malaysia merupakan usaha menuju kearah perkembangan maksimum potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dengan hasrat membentuk insan yang salih daripada aspek gabungan intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan estatika serta yang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Ia adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berseni budaya, berkemahiran hidup, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat serta berkemampuan memberi sumbangan bakti terhadap perpaduan, keharmonian dan kemakmuran agama, bangsa dan negara.7 Terdapat enam bidang didalam falsafah pendidikan negara iaitu 1. Intelek -untuk membolehkan masyarakat berfikir secara kritis, kreatif dan innovatif 2. Rohani -berakhlak tinggi dan murni, beragama dan mulia 3. Estatika -melindungi dan menghargai alam semulajadi 4. Sosial hidup harmonis dan perpaduan yang jitu diantara kaum 5. Emosi mantap jiwa dan rasional tindakan serta semangat nasionalis 6. Jasmani sihat dan fizikal cergas dan kesihatan terpelihara Matlamat Pendidikan Nasional adalah seperti berikut:1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
6 7

Memupuk kepercayaan dan kepatuhan pelajar kepada Tuhan Membina insan salih Meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman pelajar Meninggikan kemahiran hidup pelajar Mendidik pelajar yang berakhlak mulia, berguna dan bertanggungjawab Melatih pelajar menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat, agama dan negara Memperkembangkan potensi dan personaliti pelajar secara menyeluruh dan seimbang Melatih pelajar berinisiatif, berinovasi dan berproduktif Mematangkan pemikiran dan memantapkan jiwa pelajar dan

Ibid Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Januari 1988

4 10. Memupuk perpaduan negara dan integrasi nasional8 Secara amnya falsafah pendidikan yang di amalkan di Malaysia merupakan satu pengolahan daripada sistem pendidikan barat yang berlainan dengan falsafah pendidikan Islam yang menekankan konsep-konsep pendidikan seumur hidup, pembangunan seluruh potensi (roh, akal & jasad) secara padu mencakupi aspek kognitif, efektif & volitional, menyampaikan dua fungsi iaitu hamba kepada Allah dan khalifah Allah, memakmurkan seluruh alam, kesepaduan dan kesempurnaan iman, ilmu dan amal salih dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat.9 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Petunjuk:

Pelajar

Lingkungan Falsafah

Proses penerimaan perkembangan ilmu dan pengalaman daripada aspek intelek, rohani, estatika, sosial, emosi dan jasmani oleh pelajar Aktiviti tanggungjawab & sumbangan pelajar kepada masyarakat Masyarakat

8 9

Ibid Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi & Methodlogi, Ahmad Mohd. Salleh, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam - 1997

FALSAFAH PENDIDIKAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Pendahuluan


Falsafah merupakan komponen yang paling utama dan tertinggi dalam pendidikan , ini kerana sikap manusia yang ingin dilahirkan bergantung kepada falasafah yang disalurkan melalui pendidikan . Jika falsafah pendidikan itu berteraskan kebendaan dan keduniaan , maka ianya akan melahirkan masyarakat yang hanya mementingkan keduniaan semata-mata sebagaimana firman Allah dalam surah al-Jathiah , 45 : 24 yang bermaksud : Dan mereka berkata : Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita didunia ini .. 10

Konsep Falsafah Pendidikan Islam


Assyaibani mendefinasikan Falsafah Pendidikan Islam sebagai melaksanakan teori dan metode falsafah dibidang pengalam manusia yang dipanggil pendidikan.11 Falsafah Pendidikan Islam juga berusaha melahirkan individu yang soleh, dan seterusnya melahirkan warganegara yang beriman dan beramal soleh sebagaimana yang dituntut oleh Allah dalam firmanNya surah al-Asr , 103 : 1-3 yang bermaksud : Demi Masa , Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh , berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran 12 . Ia juga berusaha melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari segi kebendaan dan rohani . Oleh itu insan yang dididik berteraskan falsafah Pendidikan Islam akan bersifat taqwa , iffah ,ikhlas , benar dalam percakapan , amanah dalam pekerjaan , istiqamah dalam tingkah laku dan seterusnya memiliki sifat-sifat kemanusiaan yang tinggi seperti al-rahmah, berbuat baik kepada jiran , suka menolong orang-orang yang lemah , menghormati hak-hak orang lain serta berusaha kearah melahirkan insan yang berkeperibadian tinggi . Menurut Mohd. Kamal Hassan ( 1987) falsafah pendidikan Islam juga menekankan konsep-konsep berikut : 1. Pendidikan seumur hidup . 2. Pembangunan seluruh potensi ( Roh ,akal dan jasad) secara sepadu mencakupi aspek kognitif , efektif dan volitional . 3. Menyampaikan dua fungsi : a) Sebagai hamba kepada Allah (ubudiyyah) b) Sebagai khalifah Allah ( Pentadbir diatas muka bumi) 4. Memakmurkan seluruh alam . 5. Kesepaduan dan kesempurnaan iman , ilmu dan amal soleh. 6. Kebahagian hidup didunia dan diakhirat . 13 Abdul Rahman Aroff (1988) menyatakan bahawa matlamat terakhir falsafah pendidikan Islam ialah untuk melengkapkan setiap individu manusia dengan pengetahuan Islam supaya ia dapat hidup sebagai seorang yang beriman , berakhlak tinggi , berpengetahuan dan beramal soleh . Disamping itu pengetahuan itu juga dapat menyedarkan manusia tentang tugas utamanya sebagai khalifah Allah , dan tarafnya sebagai hamba Allah di muka bumi ini. 14

Ciri-Ciri Falsafah Pendidikan Islam


Falsafah pendidikan Islam mestilah bercirikan dan berteraskan panduan dan asas yang telah ditetapkan dalam agama Islam. Allah taala telah mengariskan ciri-ciri dan syarat-syarat tertentu yang mesti digunapakai dalam merangka dasar falsafah pendidikan Islam . Manusia tidak boleh mencipta falsafahnya sendiri tanpa merujuk dan berpandukan ketetapan Allah . Falsafah pendidikan yang tidak menepati kehendak ciri-ciri falsafah pendidikan Islam dengan sendirinya terkeluar daripada pengertian pendidikan Islam. Falsafah pendidikan Islam mesti menjurus dan membawa kepada keredhaan Allah bukan sahaja didunia tetapi juga diakhirat. Ia juga mesti tidak terkeluar daripada konsep beribadat kedapa Allah . Ini jelas sebagaimana firman Allah dalam surah yang bermaksud Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melaikan untuk beribadat kepada Ku 15 .
10

Sheikh Abdullah Basmeih , 1985 , Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran , Kuala Lumpur , Bahagian Hal Ehwal Islam , Jabatan Perdana Menteri , hlm 1337
11 12 13 14 15

Asyaibani (1979) Ibid . , hlm 1725. Mohd. Kamal Hassan , 1987 Abdul Rahman Aroff Ayat

6 Asyaibani (1979) merumuskan bahawa falsafah pendidikan Islam mesti mengandungi cirri-ciri dan syaratsyarat tertentu seperti berikut : 1. Falsafah pendidikan Islam hendaklah sesuai dengan roh Islam ,aqidah dan undang-undang Islam . Tanpa syarat ini ia tidak dinamakan pendidikan Islam. 2. Falsafah pendidikan Islam hendaklah berkaitan dengan realiti masyarakat dan hubungannya dengan kebudayaan , sosial , ekonomi dan politik . 3. Pembinaan haruslah didasarkan kepada aspek kehidupan manusia yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan cabangnya serta pengalamn kemanusiaan . 4. Falsafah pendidikan Islam adalah bersifat universal yang didasarkan kepada faktor sosial , budaya , spiritual, ekonomi , politik, pendidikan , psikologi dan sebagainya . 5. Falsafah pendidikan Islam hendaklah bersifat memilih supaya ia sesuai dengan roh Islam. 6. Falsafah pendidikan Islam hendaklah didasarkan kepada contoh yang jelas. 7. Falsafah pendidikan Islam seharusnya bebas dari pertentangan dan percanggahan antara prinsip-prinsip dan kepercayaan yang menjadi dasrnya dan antara prinsip-prinsip ini dengan perlaksaan amalinya . 8. Falsafah pendidikan Islam seharusnya bersifat dinamik , berkembang , sesuai dengan perkembangan penyelidikan dan kajian-kajian dalam pendidikan yang pelbagai. 16 Kesimpulannya , pendidikan Islam mestilah mengandungi falsafah tertentu yang lahir dari pengertian Islam . Setiap sistem pendidikan dalam masyarakat Islam tidak harus disusun menurut falsafah yang bertentangan dengan roh Islam . Kesilapan dalam merangka falsafah pendidikan yang tidak bertepatan dengan kehendak Islam akan memberikan kesan keatas pembentukan masyarakat dan boleh menghakis identiti umat Islam dan menggugat masa depan mereka.

Cabang Atau Hakikat Falsafah Pendidikan Islam


Falsafah pendidikan Islam adalah berasaskan dari tasawwur Islam secara menyeluruh dan berkisar disekitar tiga cabang atau hakikat yang besar iaitu hakikat Ketuhanan, Hakikat Alam dan Hakikat manisia. 1. Hakikat ketuhanan Nadiat Jamaluddin( 1983) menyatakan bahawa hakikat ketuhanan merupakan konsep rububiyyah dan uluhiyyah Allah , dimana segala urusan diserah kepada Allah yang mencipta manusia dan alam . Allah merupakan punca dan sebab dalam urusannya menyebabkan wujudnya kainat ini. 2. Hakikat alam Alam dijadikan antara tanda-tanda kebesaran Allah . Manusia akan mendapat tasawwur yang jelas tentang kewujudan Allah melalui pemerhatiannya terhadap alam dan seluruh isi kandungannya. 3. Hakikat manusia Manusia pula adalah sebahagian daripada alam , tetapi alam dijadikan untuk kemudahan manusia supaya manusia dapat menggunakanya untuk mengabdikan diri kepada Allah . Hubungan manusia dengan alam adalah dalam bentuk manusia sebagai tuan , tetapi dalam masa yang sama manusia mesti menunjukkan bahawa ia adalah hamba kepada Allah. Manusia juga bertindak sebagai khalifah Allah diatas muka bumi . 17 Ketiga tiga hakikat ini adalah untuk mebentuk manusia. Ini bermakna bahawa proses pembentukan dan pendidikan itu tidak boleh terkeluar daripada landasan atau hakikat yang telah dibincangkan. Wahyu yang pertama diturunkan iaitu dalam surah al-alak ayat 1- 4 yang bermaksud Bacalah wahai Muhammad , dengan nama Tuhanmu yang mencipta (sekalian makhluk ) Ia menciptakan manusia dari segumpal darah beku , bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah , yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.18 Wahyu yang pertam ini mengandungi perintah yang menyuruh manusia belajar mengenal Tuhan, memahami fenomena alam , memahami diri sendiri serta menghayati bahawa cara hidup yang baik adalah tergolong dalam prinsip akidah , ilmu dan amal . Ketiaga-tiga perkara ini dianggap sebagai teras kepada falsafah pendidikan Islam. 19 Abdul Rahman Aroff (1988) menyatakan cabang dan skop pendidikan Islam amat luas dan menyeluruh , mencakupi perkara-perkara seperti pendidikan tauhid, pendidikan akal, pendidikan kesihatan, pendidikan akhlak , pendidikan akidah, pendidikan emosi , pendidikan estetika, dan pendidikan sosial. 20
16 17

Asyaibani Nadiat jamaludin 18 ayat 19 zawawi 20 Rahman aroff

Prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Islam


Diantara prinsip-prinsip yang terkandung dalam falsafah pendidikan Islam adalah seperti berikut : 1. Prinsip yang menjadi dasar pandangan Islam terhadap alam sejagat. 2. Prinsip yang menjadi dasar pandangan Islam terhadap manusia. 3. Prinsip yang menjadi dasar pandangan Islam terhadap masyarakat . 4. Prinsip yang menjadi dasar pandangan Islam terhadap pengetahuan manusia. 5. Prinsip yang menjadi dasar pandangan Islam terhadap akhlak.21 2.3 Falsafah Pendidikan dari sudut pandangan barat. Apabila kita membicarakan tentang falsafah umumnya serta falsafah pendidikan khususnya dari sudut pandangan barat maka kita secara langsung atau tidak langsung akan merujuk segala pendapat tokokh-tokoh dari barat, penulis serta pendapat-pendapat dan teori-teori yang bermula di barat dan mana-mana sumber yang membincangkan falsafah dari perspektif barat sama ada di zaman sebelum masehi, zaman kegelapan Eropah, zaman Renainssance atau zaman moden. 2.3.1 Permulaan falsafah barat Falsafah secara umumnya mempunyai konsep yang berbeza mengikut pandangan ahli-ahli falsafah tertentu. Socrates misalnya, mengatakan bahawa falsafah tidak lain dari usaha melalui penyelidikan sejati untuk mencapai kebajikan melalui kaedah berpusat kepada manusia dan tingkahlakunya. Plato menyatakan bahawa falsafah ialah usaha untuk mencari kearifan melalui proses dialektik (menyiasat kebenaran) dan usaha untuk mengetahui hal keadaan jiwa manusia. Thomas Aquinas, tokoh falsafah zaman Kristian pula berpendapat falsafah ialah alat untuk menetapkan kebenaran ketuhanan sekadar yang dapat dicapai oleh akal manusia. Tokoh zaman Renainssance (1450-1600) seperti Thomas Hobbes merumuskan falsafah ialah ilmu pengetahuan yang menerangkan hubungan sebab dengan hasil. Pada zaman moden, tokoh seperti Bertrand Russell merumuskan falsafah sebagai kritik (mencari sesuatu yang ketidakselarasan dalam asas-asas ilmu) terhadap pengetahuan. Ini berbeza dengan pendapat John Dewey yang merumuskan falsafah sebagai suatu alat untuk membuat penyesuaian di antara lama dengan yang baru. 22 Definisi dan konsep falsafah pendidikan barat Seterusnya, apa pula yang dikatakan sebagai falsafah pendidikan khususnya yang berkaitan dengan dunia barat. Perkembangan falsafah pendidikan terbahagi kepada tiga zaman. Pertama, falsafah pendidikan Yunani yang menjadi asas dalam pembentukan pendidikan barat merupakan zaman kewujudan ahli-ahli falsafah seperti Thales (585 S.M), Anazimender (546 S.M), Phytogoras (532 S.M), Anaxogoras (500 S.M), Plato (428 S.M), Aristotle (384 S.M) dan beberapa orang lagi yang terkenal. Zaman kedua ialah zaman falsafah Kristian dan tokohnya seperti Thomas Aquinas. Zaman moden pula menampakkan falsafah pendidikan moden yang diutarakan oleh tokoh-tokoh seperti Bertrand Russell, John Wild, John Dewey, Immanuel Kant dan ramai lagi. Menurut Tajul Ariffin Noordin, falsafah pendidikan moden menurut perspektif barat hanyalah hasil daripada pemikiran dan pencarian manusia yang semata-mata berasaskan potensi akal, pancaindera dan pengalaman. 23 Harry S. Broudy pula berpendapat bahawa tidak satu pun penulisan (buku) secara tepat mengandaikan sebarang pemahaman mengenai skop, kaedah dan kesusasteraan berkaitan falsafah pendidikan. 24 Menurut G. Terry Pge dan J.B. Thomas, falsafah pendidikan adalah cabang kepada ilmu pendidikan yang mana menghuraikan tentang objektif pendidikan dan nilai. 25
21 22

2.3.2

Hasan laggulung Abd. Fatah Hasan (penyusun), 1982, Pengenalan falsafah pendidikan, Pusat Pengajian Kemanusiaan Bahagian Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, hlm 8-11. 23 Tajul Ariffin Noordin, 1993, Perspektif falsafah dan pendidikan di Malaysia, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 3. 24 Harry S. Broudy, 1961, Building a philosophy of education, Ed. Ke-2, Prentice Hall Inc, Englewood Cliffs. N.J., hlm 11. 25 G. Terry & J.B. Thomas dlm Abd. Fatah Hasan, op-cit., hlm 109.

8 Falsafah pendidikan juga didefinisikan sebagai sama dengan falsafah dari proses pendidikan atau falsafah dari disiplin pendidikan. 26 Jadi secara umumnya boleh dirumuskan bahawa falsafah penddikan sebenarnya merupakan suatu sistem kepercayaan, pegangan dan prinsip umum dalam membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Falsafah pendidikan yang pesat dalam menggunakan bahasa Inggeris di seluruh dunia sebenarnya dijangka bermula atau dibangunkan oleh John Dewey, seterusnya melalui revolusi perkembangan ilmu falsafah telah membentuk ilmu falsafah pendidikan yang lebih berbentuk analitikal. 27 2.3.3 Fungsi falsafah pendidikan barat Berdasarkan pandangan penulis atau sarjana dari barat, falsafah pendidikan berperanan sebagai pembangun kepada teori-teori pendidikan. Salah satu fungsi falsafah pendidikan ialah untuk membolehkan kita menganalisis pendidikan kepada aspek yang lebih sinifikan yang menjadi asas kepada pembangunan teori pendidikan. 28 Oleh yang demikian sesetengah penganalisis dalam bidang falsafah pendidikan di barat berpendapat bahawa sepatutnya dalam memahami ilmu falsafah pendidikan seharusnya kita membahagikan kajian dan analisis terhadap falsafah pendidikan itu kepada bahagian falsafah dan pendidikan, falsafah dalam pendidikan, falsafah untuk pendidikan, dan falsafah pendidikan itu sendiri. Dari ini, maka mudah untuk memahami apakah peranan falsafah dalam membangunkan teoriteori pendidikan yang wujud. Justeru, dengan cara demikian maka proses pembangunan pendidikan akan dapat dirancang dan diuruskan dengan berkesan. Manakala bagi John Paul Strain, fungsi falsafah pendidikan ialah untuk mengenalpasti dan menjelaskan justifikasi mengenai pendidikan dan justifikasi tersebut pula boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu teori, psikologi dan sosial. 29 Ini bermaksud segala penjelasan yang dihasilkan tersebut akan menjadi suatu analisis asas dalam menggerakkan praktikal falsafah pendidikan. Contohnya, justifikasi sosial iaitu ilmu falsafah pendidikan menganalisis hubungan manusia dengan hidupan lain. Hasil daripada analisis tersebut diguna pakai dalam praktikal pendidikan. Oleh sebab itulah, beliau berpendapat bahawa falsafah pendidikan adalah cabang yang unik dalam ilmu falsafah manusia. 30 Menurut John Paul Strain lagi, falsafah pendidikan telah mencapai tahap yang boleh membawa fenomena kewujudan dimensi kehidupan manusia yang berintelektual. 31 2.3.4 Cabang falsafah pendidikan barat Di barat, kebanyakan sarjana falsafah mengkategorikan falsafah pendidikan kepada empat cabang yang utama iaitu metefizik, epistemologi, aksiologi dan logik. Metefizik dalam bahasa Greek ialah meta bermaksud selepas. 32 Oleh itu, metafizik pada awalnya bermaksud segala yang datang selepas kejadian fizik alam ini. Metafizik adalah cabang kepada falsafah pendidikan yang memberikan perhatian utama kepada realiti atau kewujudan mutakhir. 33 Kewujudan ini menjurus kepada persoalan mengenai perkara seperti alam, jiwa atau roh dan juga kehidupan. Kewujudan mutakhir ada dua jenis iaitu wujud umum dan wujud mutlak. Wujud umum mengkaji tentang benda yang bersifat umum (berubah atau hilang), manakala wujud mutlak pula mengkaji tentang sesuatu yang ada secara benar-benar ada dan tidak ada permulaan dan tidak ada penghujungnya. Ia akan kekal wujud secara berterus-terusan tanpa perubahan. Oleh yang demikian, metafizik ini merupakan ilmu yang mendalami masalah dari peringkat awal hingga akhir setiap perkara yang wujud. Bagi menjelaskan lagi bidang metafizik, kita lihat persoalan-persoalan yang biasa ditimbulkan. Persoalan tentang metafizik adalah berkaitan dengan maksud alam sejagat, kewujudan Tuhan, manusia dan hidupan lain, kebebasan manusia, apakah erti kehidupan, surga dan neraka, akal dan badan dan banyak lagi. Secara ringkasnya, boleh kita katakan metafizik adalah
26 27

Ibid. Paul Smeyers & James D. Marshall, 1995, Philosophy and education; Accepting Wittgensteins challenge, Kluwer Academic Publishers, London, hlm 18. 28 Philip G. Smith, 1965, Philosophy of education; Introductory studies, Harper & Row, New York, hlm 70. 29 John Paul Strain, 1971, Modern philosophies of education, Random House, New York, hlm 3. 30 Ibid, hlm 5. 31 Ibid, hlm 8. 32 Abd. Fatah Hasan, op-cit, hlm 18. 33 Tajul Ariffin Noordin, op-cit, hlm 3.

9 ilmu falsafah yang membicarakan apa yang kekal dan apa yang berubah. Harry S. Broudy juga sependapat dalam menyatakan bahawa metafizik merupakan alat untuk kita percayakan tentang realiti, tentang pokok dan langit, kematian dan kebebasan, dunia dan diri sendiri. 34 Manakala epistemologi yang menjadi cabang kedua dalam falsafah pendidikan barat, adalah berkaitan tentang teori pengetahuan dan perihal mengetahui. Perkataan epistemologi adalah berasal dari gabungan dua perkataan Greek iaitu episteme dan ologi yang masing-masing membawa maksud pengetahuan dan kajian mengenai. Ringkasnya, epistemologi memberi makna kajian mengenai pengetahuan. 35 Menurut Harry S. Broudy pula, epistemologi ialah cabang falsafah yang mana mempelajari tentang struktur, kaedah dan kesahihan ilmu pengetahuan. 36 Oleh itu, epistemologi ini mempunyai hubungan langsung dengan kaedah pendidikan, cara pengajaran dan kebenaran tentang ilmu yang dipelajari. Persoalan yang sering diwujudkan dalam epistemologi ialah berkaitan tentang apa yang dapat diketahui oleh seseorang, tentang kebenaran, tentang sesuatu penemuan dan pemikiran serta ilmu yang dikemukakan untuk keperluan pendidikan oleh seseorang pendidik. Penemuan di sini bukan bermaksud penemuan sains kerana ahli epistemologi berbeza dengan ahli sains. Mereka lebih berminat tentang konsep dan juga fakta. Konsep yang dimaksudkan seperti konsep perasaan, pengamatan, pembelajaran dan pengukuhan. Ahli epistemologi perlu memberi perhatian dan mendalami konsep kerana kesilapan dalam memberikan atau menggunakan konsep akan menyebabkan penerangan yang salah tentang fakta yang dikemukakan. Manakala dari segi penerangan teori pengetahuan, epistemologi mengemukakan teori yang sistematik mengenai pengetahuan, isi kandungannya, kaedah penggunaan dan batas ilmu pengetahuan tersebut. Terdapat empat jenis teori utama yang digunakan iaitu rasionalis, intuitionis, empiricis dan pragmatis. Kesemua teori itu berbeza kaedah dalam menjeniskan ilmu pengetahuan. Rasionalis adalah pandangan yang menyatakan bahawa pengetahuan mengenai alam diketahui oleh akal tanpa melalui deria. Intuitionis pula mengatakan bukan semua pengetahuan didapati dari pengalaman tetapi sebahagiannya telah sedia ada pada seseorang. Empiricis pula mengatakan bahawa semua pengetahuan adalah didapati dari pengamatan, pengalaman atau gerak kerja. Manakala pragmatis pula mengatakan pengalaman penting untuk mengambarkan realiti. Seterusnya, cabang falsafah pendidikan yang ketiga menurut pandangan barat ialah aksiologi. Aksiologi dari sudut pandangan barat ialah bidang kajian tentang nilai. Nilai tersebut melibatkan nilai baik dan nilai buruk. Isu yang dikaitkan dengan nilai pula ialah berkenaan keobjektifan nilai atau kesubjektifan nilai, bersifat peribadi atau tidak peribadi. Ini bermaksud nilai itu boleh berubah atau tetap dan adakah nilai itu mempunyai peringkat. Isu kedua yang dikaitkan dengan nilai ialah tentang ukuran yang harus digunakan untuk membuat pertimbangan moral. Nilai yang subjektif bermakna nilai yang diletakkan oleh manusia menurut kesukaannya, sedangkan nilai yang objektif merupakan nilai yang wujud dengan sendirinya tanpa mengikut kesukaan manusia. 37 Contoh yang paling sesuai ialah tentang nilai cantik. Pandangan yang berbeza bagi sesuatu kecantikan yang berubah mengikut pandangan manusia dan ukurannya pun berbeza tahap sama ada terlalu cantik atau sederhana cantik. Manakala bagi nilai yang objektif, sukar untuk kita bayangkan dari sudut penilaian manusia mengenai alam. Contoh nilai yang objektif ini melibatkan sifat ketuhanan, iaitu Tuhan yang maha adil, Tuhan yang maha pemurah dan banyak lagi. Cabang aksiologi ini juga dari kaca mata barat boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu etika dan estetika. Bidang etika ialah berkaitan dengan kajian tentang nilai moral dan peraturan kelakuan yang baik dan betul. Sebaliknya bidang estetika pula mengkaji nilai kecantikan dan seni. Justeru itu, bidang etika dan estetika ini amat perlu untuk diasimilasikan dalam diri pelajar melalui sistem pembelajaran dan
34 35

Harry S. Broudy, op-cit, hlm 11. Abd. Fatah Hasan, op-cit, hlm 31. 36 Harry S. Broudy, op-cit, hlm 11. 37 Tajul Ariffin Noordin, op-cit, hlm 5.

10 pendidikan oleh golongan pendidik dan masyarakat. Salah satu sebabnya ialah pembentukan tingkahlaku dan persepsi pelajar sangat dipengaruhi oleh pandangan mereka tentang pengertian baik dan buruk, indah atau cantik dan apa kesannya terhadap diri mereka sendiri dan juga kepada masyarakat umumnya. Namun begitu, Harry S. Broudy dalam tulisan beliau tidak sependapat dengan pandangan di atas. Beliau memisahkan antara etika dengan estetika sebagai satu sub bidang dalam falsafah pendidikan. Pengertian beliau mengenai etika dan estetika adalah sama. Etika ialah kajian tentang falsafah moral berkenaan penilaian mengenai sesuatu yang memuaskan atau tidak memuaskan, betul atau salah, baik atau buruk, sifat baik atau tidak. 38 Estetika pula, disiplin kajian mengenai penilaian tentang objek yang cantik dan hodoh. 39 Cabang falsafah pendidikan yang keempat menurut pandangan barat ialah logik. Perkataan logik ini berasal dari perkataan Greek iaitu logos. Dalam bahasa Greek perkataan logos ini bermaksud ayat, perbincangan atau undang-undang yang menggunakan prinsip-prinsip yang rasional. 40 Logik ialah satu kaedah berfikir yang mengandungi pemikiran yang betul, bersistematik, beradab dan yang boleh dipercayai. Apabila kita menggunakan sesuatu pernyataan dan pernyataan tersebut membentuk pernyataan baru, maka ianya disebut sebagai penyimpulan logik. Terdapat dua bentuk logik iaitu logik deduktif dan logik induktif. 41 Logik deduktif bermaksud dari pernyataan umum kita membentuk pernyataan khusus. Logik induktif pula berkaitan dengan pernyataan khusus akan membentuk generalisasi atau pernyataan umum. Walau bagaimana pun, segala pertimbangan dan pembentukan pernyataan baru tersebut hanya melibatkan akal semata-mata dan oleh itu ia terdedah kepada kemungkinan berlaku kesilapan. Selain daripada dua bentuk logik tadi, terdapat dua lagi logik yang berbeza. Logik tersebut ialah logik Matematik dan logik simbolik. 42 Perbezaan dua logik ini berbanding logik deduktif dan induktif ialah kemungkinan untuk berlaku kesilapan tidak wujud kerana hukumnya adalah tetap. Sebagai contoh, bila orang lain menyatakan empat tambah empat sama dengan lapan maka jawapannya tetap lapan, dan tidak ada wujud pemikiran lain atau kaedah lain yang boleh menghasilkan jawapan yang berbeza. Logik simbolik pula, konsep darab, bahagi, campur dan tolak adalah tetap kerana tidak ada konsep atau pandangan lain yang menyatakan dua darab dua dengan dua bahagi dua adalah sama jawapannya. Ini kerana dua darab dua jawapannya empat, manakala dua bahagi dua jawapannya satu. 2.3.5 Fahaman falsafah pendidikan barat Perkembangan falsafah pendidikan di barat telah berjaya mewujudkan fahaman yang berbeza-beza. Antara fahaman yang jelas wujud dan dipraktikkan di barat ialah fahaman idealisme, fahaman realisme, fahaman pragmatisme, fahaman progressivisme, fahaman perennialisme, fahaman essentialisme dan fahaman reconstructionisme. Memandangkan kerja kursus ini menjurus kepada persoalan tentang perbandingan falsafah pendidikan Islam dengan falsafah pendidikan barat, maka huraian tentang perkaitan antara cabang falsafah pendidikan barat dengan fahaman falsafah yang dinyatakan tadi tidak akan disentuh. Kajian ini lebih menjurus kepada penghuraian tentang konsep dan tokoh-tokoh sarjana barat yang terlibat dalam mempelopori dan memperkembangkan fahaman tersebut. Fahaman idealisme. Fahaman ini merupakan fahaman yang tertua sekali di barat. Ia melibatkan kajian tentang perkara yang berkaitan dengan idea, roh, akal, perkara dunia yang nyata dan tidak nyata yang berlaku di alam universal. 43 Menurut fahaman ini, oleh kerana jiwa, akal, roh, nafsu dan banyak lagi yang wujud dalam diri manusia maka adalah perlu manusia mempergunakan, membimbing dan memperkembangkan jiwa dan akal ke arah pembentukan kesempurnaan diri. Idealisme mempunyai dua bentuk asas iaitu idealisme metafizik yang menekankan semua realiti berpunca dari kerohanian dan fikiran. Manakala idealisme epistemologi berkaitan tentang persoalan pengetahuan dari otak yang diperolehi dari keimanan, taakulan, intuisi dan kaedah saintifik akan diterima oleh manusia walau wujud
38 39

Harry S. Broudy, op-cit, hlm 12. Ibid. 40 Abd. Fatah Hasan, op-cit, hlm 93. 41 Tajul Ariffin Noordin, op-cit, hlm 6. 42 Abd. Fatah Hasan, op-cit, hlm 99-100. 43 Ibid, hlm 133.

11 bukti yang bertentangan dengannya. Idealisme dalam pendidikan boleh dihuraikan kepada dua tahap iaitu penekanan kepada latihan intelektual dan kepercayaan kepada keistimewaan manusia. 44 Antara tokohtokoh yang terlibat dalam fahaman ini ialah George Berkeley, Burler, Froebel, Leibniz, Kant, Plato, Fichte dan G.W.F.Hegel. Fahaman Realisme. Mazhab (fahaman) realisme yang dikenali sebagai mazhab materialisme atau naturalisme berpendirian bahawa pengetahuan ialah gambaran yang baik dan tepat daripada kebenaran. 45 Ini membawa pengertian bahawa segala pengetahuan yang baik yang diperolehi di dunia ini mengambarkan kebenaran tentang dunia dan alam lain. Selain itu, realisme merupakan permahaman tentang keadaan yang sebenarnya berlaku, cara manusia berfikir dengan berpegang kepada kebenaran yang nyata serta melibatkan pancaindera. Fahaman ini berpegang kepada prinsip iaitu terdapat sebuah dunia yang mempunyai kewujudan sebenar tetapi belum diketahui oleh manusia (kepercayaan yang dipegang oleh realisme agama), Kewujudan manusia telah membongkar kewujudan sekarang ini dan pengetahuan tentang kewujudan tersebut telah memberi panduan kepada manusia dalam memahami kelakuan individu dan sosial (kepercayaan yang dipegang oleh realisme natural dan sains yang telah menolak kebenaran wahyu). Tokoh-tokoh yang terlibat dalam fahaman ini ialah Aristotle, Broudy, Pestalozzi, Immanuel Kant, Radelais, Francis Bacon dan John Amos Comenius. Fahaman pragmatisme. Perkataan pragmatisme berasal daripada istilah Greek iaitu pragma yang bererti kerja. Pragmatisme bolehlah dimaksudkan sebagai kaedah mengatur dan mengurus perkara yang harus dilakukan oleh seseorang. 46 Kewujudan fahaman falsafah ini ialah bertujuan untuk membantu manusia membina kehidupan serta untuk membantu manusia memenuhi keperluan mereka. Jadi, berdasarkan teori pragmatisme, segala aktiviti intelek dan cara berfalsafah manusia adalah bertujuan untuk menghapuskan kesusahan yang timbul. Kesusahan yang timbul dari pengalaman semasa berinteraksi dengan persekitaran hanya dapat diatasi dengan kebolehan individu dalam menyelesaikan masalah masing-masing. Manakala, kejayaan dalam menyelesaikan masalah sebenarnya banyak dibantu oleh pendidikan kerana dari pendidikan manusia memperolehi kemahiran dan kaedah yang canggih dalam menyelesaikan masalah dalam kehiduapan. Antara tokoh-tokoh fahaman ini ialah William James, Charles Peirce, John Locke, Jean-Jacques Rousseau, Charles Darwin, John Dewey dan Ferdinand C.S. Schiller. Salah satu fahaman lain yang banyak persamaan dan mempraktikkan banyak ajaran pragmatisme ialah fahaman progressivisme dan tokoh utamanya ialah John Dewey. Oleh kerana kedua-dua fahaman ini hampir sama maka fahaman progressivisme tidak dibincangkan di sini. Fahaman Perennialisme. Menurut fahaman ini, prinsip-prinsip dasar pendidikan untuk seluruh manusia adalah kekal dan tidak berubah mengikut zaman. Fahaman ini berlandaskan kepada kepercayaan bahawa segala prinsip moral dan corak pendidikan adalah sama dan berbentuk universal, maka ia perlu dipatuhi semua masyarakat. Prinsip-prinsip dasar pendidikan yang dimaksudkan ialah manusia secara amnya adalah sama dan pendidikan haruslah sama untuk semua manusia, manusia adalah makhluk yang rasional (berakal) dan pendidikan hendaklah menjurus kepada pembentukan rasionaliti 47 atau dengan kata lain manusia perlu melakukan sesuatu tingkahlaku atau perbuatan yang baik sahaja (yang rasional) sama ada melalui bimbingan atau pertimbangan peribadi. Prinsip ketiga, penyelarasan manusia terhadap kebenaran (ilmu pengetahuan), dan prinsip yang terakhir ialah ilmu dan pendidikan adalah suatu persediaan bagi manusia untuk meneruskan kehidupan. 48 Antara tokoh-tokoh fahaman ini ialah Thomas Aquinas, Hutchins, Adler, Aristotle dan Richard Livingston. Fahaman essentialisme. Fahaman ini amat berbeza dengan fahaman lain kerana ahli falsafah essentialisme menolak semua label yang cuba untuk mengkategorikan fahaman tersebut kepada satu sistem falsafah sama ada sistem falsafah tradisional atau sistem falsafah semasa dalam masyarakat. Fahaman essentialisme ini berlandaskan kepada prinsip iaitu manusia bertanggungjawab terhadap dirinya
44 45

John Paul Strain, op-cit, hlm 125. Tajul Ariffin Noordin, op-cit, hlm 8. 46 Ibid, hlm 10. 47 Abd. Fatah Hasan, op-cit, hlm 173-174. 48 Ibid, hlm 175-176.

12 sendiri untuk menetapkan matlamat dan membuat keputusan yang bebas daripada norma kumpulan. 49 Prinsip tersebut jelas menunjukkan kepada kita bahawa falsafah essentialisme ini berpendapat semua pemikiran yang wujud adalah pemikiran seseorang individu yang tidak terikat atau terikut dengan falsafah individu lain atau pemikiran semasa dalam masyarakat tersebut. Asas fahaman ini, cuba memperjuangkan kebebasan dalaman manusia dalam menentukan hala tuju kehidupan masing-masing. Namun begitu, falsafah ini nampaknya terlalu bersifat individualistik, subjektif kerana dipengaruhi intuisi, emosi dan penghayatan seseorang dan kebarangkalian segala tindakan yang akan diambil akan bertentangan dengan norma masyarakat setempat. John Paul Strain pula berpendapat bahawa essentialisme cenderung kepada perkembangan sastera atau seni yang berasaskan kewujudan dalaman diri dan pengurusan kehidupan melebihi mana-mana program falsafah. 50 Antara tokoh-tokoh fahaman ini ialah William C. Bagley, Henry Morrison, Thomas Briggs, Frederick Breed, Isaac L, Kandel, Rass Funney dan William Brickman.
51

Fahaman Reconstructionisme. Fahaman ini bepegang kepada kepercayaan bahawa tujuan utama pendidikan ialah menyusun semula masyarakat untuk menemui krisis kebudayaan dalam kehidupan manusia sekarang. 52 Fahaman ini berpendapat bahawa sains tingkahlaku (behavioral sciences) dapat memberikan gambaran sebenar dalam membantu usaha pembaharuan sosial. Oleh yang demikian, maka amat perlu ilmu pendidikan sains tingkahlaku ditekankan dalam pendidikan manusia sejagat agar suatu susunan sosial yang baru dapat diwujudkan. Pembaharuan dan susunan sosial yang baru membawa kepada gambaran masyarakat yang melaksanakan demokrasi tulen, penyusunan kehidupan masyarakat secara demokrasi sesuai dengan peraturan baru dan seterusnya penerimaan nilai-nilai sosial dan peraturan antarabangsa. Antara tokoh-tokoh utama fahaman ini ialah Goerge Counts dan Harold Rugg.

49 50

Tajul Ariffin Noordin, op-cit, hlm 13. John Paul Strain, op-cit, hlm 470. 51 Abd. Fatah Hasan, op-cit, hlm 177. 52 Ibid, hlm 180.

Anda mungkin juga menyukai