Anda di halaman 1dari 9

1

CADANGAN PENYELIDIKAN
Tajuk : Pembangunan sumber manusia melalui pendekatan Kepimpinan melalui teladan. Satu tinjauan di kalangan guru sekolah menengah daerah Kulai. PENGENALAN 1. Mula diperkenalkan di seluruh negara pada 19hb Mac 1983, namun konsepnya masih kabur. 2. Pelancarannya sebagai pengiktirafan kerajaan terhadap kepentingan sumbangan organisasi kerajaan kerana membantu membangunkan negara. 3. Bertujuan mengatasi masalah sikap dan mutu keja di kalangan kakitangan awam dan termasuklah guru. LATARBELAKANG MASALAH 1. Pendekatan Kepimpinan melalui teladan perlu dipraktikkan secara menyeluruh oleh kaum guru bagi membantu mengatasi sikap negatif para pelajar dengan menjadikan guru sebagai contah ikutan para pelajar. 2. Perlu ditekankan dalam institusi pendidikan sebagai senjata serampang dua mata kerana ia berkesan merubah sikap pelajar dan para guru itu sendiri. 3. Kaum guru gagal membentuk personaliti pelajar secara lembut, sebaliknya menggunakan cara diktator dalam memaksa pelajar sehingga menwujudkan suasana tertekan dikalangan pelajar. PENYATAAN MASALAH Apakah wujudnya kurang pengamalan atau kurang kesedaran mengenai pendekatan Kepimpinan melalui teladan di kalangan kaum guru telah menjadi punca kepada berlakunya kegagalan dalam membangunkan sumber manusia di peringkat sekolah menengah secara menyeluruh. OBJEKTIF KAJIAN 1. Meninjau sejauhmana pendekatan Kepimpinan melalui teladan diamalkan oleh kaum guru di sekolah menengah. 2. Mengkaji hubungan mengenai keberkesanan antara pendekatan Kepimpinan melalui teladan dengan pembangunan sumber manusia. 3. Mengkaji adakah kelemahan dalam pembangunan sumber manusia berpunca daripada kurangnya pengamalan pendekatan Kepimpinan melalui teladan di kalangan kaum guru. 4. Mengkaji adakah kelemahan dalam pembangunan sumber manusia berpunca daripada kurangnya kesedaran mengenai pendekatan Kepimpinan melalui teladan di kalangan kaum guru. HIPOTESIS KAJIAN Hipotesis nol 1 : Tidak terdapat kaitan antara kesan pendekatan Kepimpinan melalui teladan dengan pembangunan sumber manusia di sekolah menengah. Hipotesis nol 2 : Tidak terdapat kaitan antara kurangnya kesedaran guru tentang pendekatan Kepimpinan melalui teladan menyebabkan berlakunya kelemahan dalam pembangunan sumber manusia di sekolah menengah.

Hipotesis nol 3 : Tidak terdapat kaitan antara kurangnya pengamalan pendekatan Kepimpinan melalui teladan di kalangan kaum guru menyebabkan berlakunya kegagalan dalam membangunkan sumber manusia di peringkat sekolah menengah. RASIONAL KAJIAN 1. Kejayaan dalam membentuk pelajar yang berkualiti banyak terletak dalam tanggungjawab guru sebagai agen utama di dalam sistem pendidikan. 2. Para guru perlu mengambil kira pendekatan Kepimpinan melalui teladan sebagai salah satu alternatif dalam menangani masalah kelemahan dalam strategi pembangunan sumber manusia. 3. Pembangunan sumber manusia dalam sistem pendidikan khususnya di peringkat sekolah menengah, hanya akan mencapai matlamat sekiranya guru mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk mengaplikasikan pendekatan yang tepat dan sesuai dengan kehendak emosi dan situasi pelajar pada masa kini. 4. Kajian ini diharapkan akan menjadi panduan para guru, ibubapa dan masyarakat dalam menentukan tindakan mereka, dan tidak hanya mengenakan pendekatan paksaan dalam mendisiplinkan para pelajar. 5. Pengamalan yang meluas pendekatan Kepimpinan melalui teladan akan menjadi satu budaya sekolah yang akhirnya akan menyumbang kepada pembangunan sistem pendidikan negara amnya. 6. Sekiranya pendekatan ini tidak diperluaskan penggunaannya, dikhuatiri para guru gagal mempergunakan ciri-ciri yang positif yang ada pada mereka untuk dikongsikan bersama dengan para pelajar. KEKANGAN KAJIAN 1. Kajian ini tidak mengawal faktor luaran yang boleh mempengaruhi tindakan seseorang guru supaya tidak menggunakan pendekatan Kepimpinan melalui teladan. 2. Kajian ini juga tidak mengawal faktor luaran lain yang boleh mempengaruhi pembangunan sumber manusia (pelajar) selain daripada kesan Kepimpinan melalui teladan yang ditonjolkan oleh para guru sahaja. DEFINISI ISTILAH 1. Pembangunan : Penunaian potensi dalaman seperti biji benih yang telah matang. Semua benda hidup mempunyai kemampuan dari segi biologi, psikologi dan sosiologi yang dapat dinilai dalam tahap penunaian seseorang (Fletcher: 1976). Pembangunan ialah perubahan daripada yang rendah kepada yang lebih tinggi, tetapi tidak semua perkara mesti berubah kerana ada perkara tidak boleh berubah seperti perkara berkaitan dengan agama (Muhammad AlBuraey:1992) 2. Sumber manusia : Merupakan aset-aset dalam sesuatu organisasi yang memainkan peranan penting dalam kejayaan sesuatu organisasi dengan berperanan menyokong segala misi, maltamat dan strategi organisasi (June M.L Poon: 2002) Di peringkat sekolah, para pelajar merupakan aset paling penting yang beperanan dalam memastikan matlamat sekolah tercapai. 3. Kepimpinan melalui teladan : Proses atau tindakan mempengaruhi aktiviti-aktiviti kelompok yang tersusun yang dilaksanakan dengan cara menyediakan contoh-contoh tingkahlaku dalam usaha kelompok itu

3.1 3.2 3.3 3.4

3.5

menetapkan matlamat atau mencapai matlamat (Aminuddin Mohd. Yusof: 1990). Identifikasi : Pengambilan sama ada pola tingkahlaku, pewakilan simbolik, sistem makna yang sama, atau motif, nilai unggul, rasa hati si model (Bandura:1971) Peniruan : Pengeluaran semula respon pilihan sendiri (Bandura: 1971) Pemodelan melalui proses pengekalan : Tingkahlaku diperhati dan dikekalkan dalam ingatan, dan dilaksanakan bila model dah tidak ada lagi (Bandura: 1971) Pemodelan melalui pembelajaran pemerhatian : Menumpukan perhatian dan mengamati dengan tepat ciri-ciri signifikan tingkahlaku yang dimodelkan itu dan akan diterjemahkan segera ke dalam bentuk tindakan jika ada insentif (Bandura:1971) Pemodelan melalui pembelajaran sosial : Tidak semestinya melakukan setiap suatu yang dipelajari oleh mereka dan lebih kemungkinan untuk mengambil tingkahlaku yang mereka nilai sebagai tinggi (Bandura: 1971)

METODOLOGI 1. Rekabentuk kajian Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Tinjauan menggunakan soal selidik akan ditadbir di kalangan guru-guru sekolah menengah sama ada semasa sesi persekolahan atau selepas sesi persekolahan. 2. Persampelan Populasi kajian adalah di kalangan guru sekolah menengah daerah Kulai, Johor. Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan secara rawak mudah. 3. Instrumentasi Soal selidik yang digunakan dibina berdasarkan proses peneladanan dalam konsep Kepimpinan melalui teladan yang terbahagi kepada identifikasi, peniruan, pemodelan melalui pembelajaran pemerhatian, pemodelan melalui pembelajaran sosial dan pemodelan melalui proses pengekalan. (Bandura :1977, di dalam Aminuddin Mohd. Yusof: 1990) Soal selidik tersebut akan diubahsuai selepas dilaksanakan kajian rintis menggunakan sampel yang tidak terlibat dalam kajian sebenar. JPU soal selidik adalah seperti berikut: Bentuk proses peneladanan Jumlah item Nombor item Identifikasi 3X2 1, 10, 11, 20, 21, 30 Peniruan 3X2 2, 9, 12, 19, 22, 29 Pengekalan 3X2 3, 8, 13, 18, 23, 28 Pemerhatian 3X2 4, 7, 14, 17, 24, 27 Pembelajaran sosial 3X2 5, 6, 15, 16, 25, 26

4. Analisis data Menggunakan kaedah deskriptif dalam menghuraikan tahap pengamalan pendekatan Kepimpinan melalui teladan di kalangan guru sekolah menengah. Menggunakan statistik korelasi dalam menganalisis hubungan antara keberkesanan pendekatan yang digunakan dengan pembangunan sumber manusia. Menggunakan ujian t untuk melihat perbezaan antara dua min bagi menguji hipotesis nol 2 dan hipotesis nol 3. 5. Takwim penyelidikan Tarikh
Tahun : 2004

Tindakan Membina cadangan dan sorotan penulisan Membina soal selidik dan melaksanakan kajian rintis Tadbir soal selidik di sekolah-sekolah yang terpilih Analisis data dan tafsir data Membuat laporan, kesimpulan dan cadangan Perbentangan dan seminar

Dis Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos Sept Okt

RUJUKAN Aminuddin Mohd. Yusof (1990). Kepimpinan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. June M.L. Poon (2002). Pengurusan sumber manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Lee Yik Siong (2001). Hubungan motivasi dengan pengurusan swasta: Satu kajian kes di syarikat Tenaga Nasional Berhad. Latihan Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan pendidikan. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Sulaiman Ngah Razali (1991). Formula statistik untuk penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Saudara saudari sekalian, Saya sedang menjalankan satu kajian mengenai pembangunan sumber manusia melalui pendekatan Kepimpinan melalui teladan di kalangan guru sekolah menengah di daerah Kulai. Bersama di sini saya sertakan satu borang soal selidik mengenai perkara tersebut. Saya berharap saudara/saudari dapat meluangkan masa untuk mengisi borang ini dengan lengkap. Segala maklumat peribadi adalah DIRAHSIAKAN dan hanya digunakan untuk kajian sahaja. Di atas kerjasama tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Yang benar, . Fakulti Pendidikan Universiti Taknologi Malaysia 81310 Skudai, Johor. Bahagian A : Latarbelakang 1) Umur : . Tahun 2) Jantina : 3) Etnik : Lelaki Perempuan Melayu . Cina . India . Lain-lain . (Sila nyatakan) Guru biasa .... Guru kanan . Pengetua .. a) . b). c).

Tel :

4) Jawatan :

5) Matapelajaran yang diajar :

6) Kelulusan tertinggi : Sijil/Diploma Perguruan . Sarjana Muda . Sarjana . Doktor Falsafah . 7) Pengalaman bertugas dalam bidang perguruan : tahun 8) Guru penasihat dalam kegiatan ko-kurikulum : .. (permainan) .. ( kelab/persatuan)

Bahagian B Sila tandakan X pada ruang yang disediakan berdasarkan pilihan berikut: 1 Sangat tidak setuju Bil 1 2 3 4 5 6 7 2 Tidak setuju 3 Tidak pasti 4 Setuju 1 5 Sangat setuju 2 3 4 5

8 9 10 11 12 13 14 15

Item Pelajar yang berjaya suka mengikut tingkahlaku guru mereka Saya dapati pelajar yang berketrampilan menjadi pemimpin pelajar, adalah pelajar yang bijak mengenalpasti gaya personaliti yang sesuai baginya Saya tidak percaya bahawa pelajar yang berjaya dalam bidang akademik dan sukan bermula dari sikap suka mengikut sikap/contoh dan teladan guru yang berjaya dalam bidang tersebut Saya percaya bahawa para pelajar hanya akan menunjukkan personaliti yang baik dan daya usaha yang tinggi jika mereka mendapat pengiktirafan dari guru mereka Saya dapati bahawa pelajar yang berjaya sebenarnya telah mencontohi teladan yang ditunjukkan oleh guru tanpa disedari oleh guru mereka Saya tidak menggunakan pendidikan kepimpinan melalui teladan dengan mengambil model-model tertentu untuk tujuan mendisiplinkan pelajar kerana ia akan mengikat saya dengan satu kaedah itu sahaja Saya percaya bahawa para pelajar yang bermasalah disiplin dapat diatasi sekiranya guru berjaya mencungkil gaya tingkahlaku yang positif yang telah diamati dan diperhati oleh pelajar dalam kehidupan harian mereka Saya selalu mengingati tingkahlaku guru saya yang dianggap sebagai satu teladan sehingga mendorong saya menjadi seorang yang berjaya Pelajar yang bejaya menjadi pemimpin pelajar tidak ada kaitan dengan kebijaksanaan pelajar meniru personaliti guru Saya tidak terpikir untuk mengambil teladan yang baik pada diri saya untuk dicontohi oleh pelajar saya Saya tidak suka menggunakan kisah melalui teladan sebagai contoh yang baik dalam pengajaran kerana ia tidak berkesan dalam mempengaruhi pelajar Bagi saya, pelajar tidak ada kenyakinan diri apabila terlalu meniru tingkahlaku guru mereka Saya selalu menunjukkan tingkahlaku yang positif secara langsung untuk dicontohi para pelajar Saya merasakan tiada faedah menunjukkan teladan yang baik tetapi perlu kepada tindakan disiplin dalam mengawal pelajar yang degil dan bermasalah disiplin yang teruk Saya sudah bosan untuk menerapkan teladan kerana pelajar yang sudah dapat menilai tingkahlaku yang dianggap tinggi, namun masih juga mengikuti tingkahlaku rakan sebaya yang tidak berfaedah

16 17 18 19 20 21 22 23 24

25 26 27

28 29 30

Saya percaya bahawa pelajar yang berjaya hanya bergantung kepada pendidikan secara formal sahaja dan tidak ada kaitan dengan pembelajaran sosial melalui proses peneladanan Saya tidak suka menggunakan ganjaran sebagai satu cara memupuk penampilan yang baik dikalangan pelajar Bagi saya kaedah merangsang pelajar dengan mengambil contoh orang yang telah berjaya sebagai satu kaedah yang telah ketinggalan zaman Saya merasakan pelajar yang meniru personaliti guru adalah daripada kalangan pelajar yang lemah daya pemikiran dan imaginasinya Pelajar gagal menonjol di sekolah kerana mereka tidak ada model dikalangan guru untuk dicontohi oleh mereka Saya percaya bahawa kegagalan dalam menerapkan teladan yang baik menjadi salah satu punca kegagalan para pelajar yang terdahulu Saya percaya bahawa pelajar yang meniru tingkahlaku gurunya akan menutup daya kreativiti pelajar itu sendiri Saya tidak suka mendorong pelajar saya mengikut tingkahlaku tokohtokoh pendidik pada masa lalu kerana kebanyakan idea mereka sudah tidak sesuai digunakan pada masa kini Saya tidak sedar bahawa pelajar yang bermasalah dalam disiplin dan pelajaran juga merupakan golongan pelajar yang berpotensi dan mempunyai ketrampilan diri, cuma saya gagal mengenalpasti potensi mereka Saya tidak mahu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada pelajar yang bermasalah disiplin kerana mereka ini memang tidak tahu langsung menilai tingkahlaku yang dianggap baik Pada pendapat saya, para guru perlu berperanan utama dalam menetapkan tingkahlaku yang perlu diikuti oleh para pelajar untuk menjadi seorang yang berjaya Menunjukkan teladan yang baik dikalangan pelajar yang bermasalah dan memberi ganjaran kepada pelajar yang dapat menunjukkan perubahan yang positif bukanlah pendekatan yang terbaik untuk diamalkan oleh para guru Saya tidak suka menunjukkan tingkahlaku yang baik secara langsung di depan kalangan pelajar kerana takut dianggap sebagai menunjuknunjuk atau riak oleh rakan guru dan para pelajar Saya tidak sedar bahawa dengan meniru tingkahlaku yang baik, pelajar boleh terhindar dari masalah disiplin Saya dapati pelajar yang dapat menyelami isi hati dan kehendak gurunya akan menjadi pelajar berdisiplin dan berjaya dalam hidup Sekian. Terima kasih di atas kerjasama anda.

Perancangan awal
Tajuk : Pembangunan sumber manusia melalui pendekatan Kepimpinan melalui teladan. Satu tinjauan di kalangan guru sekolah menengah daerah Kulai. 1. Definisi Kepimpinan melalui teladan dan pembangunan sumber manusia Maksud dan tujuannya diperkenalkan. Matlamat dalam melaksanakan pendekatan tersebut. Adakah pendekatan tersebut sesuai dilaksanakan di sekolah. 2. Latarbelakang pendekatan Kepimpinan melalui teladan Penerangan secara ringkas perkembangan pendekatan tersebut pada masa kini. Sebagai serampang dua mata dalam pendidikan Institusi sekolah sebagai sasaran. Adakah pendekatan ini diiktiraf oleh masyarakat dan pihak sekolah pada masa lepas dan masa kini. Kesannya pada masa kini dan akan datang. Masalah pembangunan manusia adakah berpunca daripada guru dan adakah ia berkaitan dengan pendekatan tersebut. 3. Teori tentang Kepimpinan melalui teladan. Identifikasi Peniruan Pemodelan melalui proses pengekalan Pemodelan melalui proses pemerhatian Pemodelan melalui proses pembelajaran sosial 4. Kajian-kajian dan penulisan-penulisan yang lepas yang ada berkaitan dengan tajuk. 5. Analisis kehendak penyelidikan : Input : Latarbelakang calon yang berbeza, diperjelaskan dalam bentuk diskriptif. Proses pengenalpastian : Adakah kegagalan pembangunan sumber manusia berpunca daripada kurang pengamalan atau kurang kesedaran tentang pentingnya pendekatan Kepimpinan melalui teladan untuk diserapkan ke dalam institusi sekolah khususnya di kalangan guru yang beperanan sebagai pemimpin pelajar. Output : Adakah kegagalan pembangunan sumber manusia secara menyeluruh berkaitan dengan pendekatan yang dikaji. 6. Alat untuk mengukur perkaitan dan punca melibatkan kaedah ( soal selidik, pembacaan, pemerhatian dan perbincangan) dan item. Kaedah kutipan data paling sesuai dan pemilihan sampel adalah secara rawak mudah. Instumentasi paling sesuai, ekonomik dan mempunyai keesahan yang tinggi.

Item bina sendiri, diperbincangkan dan diperhalusi serta dipermudahkan pemahamannya. Kajian rintis mesti dilaksanakan dan pengubahsuaian akan dilakukan jika perlu.

Anda mungkin juga menyukai