Anda di halaman 1dari 5

Pengajian/Pendidikan Islam (Dakwah dan Kepimpinan)

Keberkesanan Pembangunan Personaliti Unggul Pelajar Melalui Pembelajaran Dan Pengajaran Adab Dan Akhlak Islamiah

Rusliza Binti Othman (780418-02-5548) SBP Integrasi Batu Rakit Kuala Terengganu, Terengganu

1. Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

i.

Menilai tahap pemahaman modul adab dan akhlak Islamiah dalam sukatan mata pelajaran pendidikan Islam Tingkatan 1 , 2 , 3 , 4 , dan 5 responden.

ii. iii.

Mengenalpasti tahap personaliti unggul responden. Mengenalpasti hubungan antara tahap keberkesanan pembelajaran dengan tahap personaliti unggul responden.

iv.

Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti unggul responden.

v.

Mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan pembelajaran dan pengajaran modul adab dan akhlak Islamiah dalam Pendidikan Islam.

2. Latar belakang kajian

Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara.

Bidang pembelajaran adab dan akhlak Islamiah diajar khusus dalam bidang Akhlak Islamiah. Adab yang telah diperoleh dan diamalkan di peringkat sekolah rendah perlu dipertingkatkan lagi di sekolah menengah. Adab ini berdasarkan cara hidup muslim dalam hubungannya dengan Allah s.w.t, diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara. (Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM, 2002). Untuk merealisasikan matlamat ini, sukatan mata pelajaran pendidikan Islam dalam bab adab dan akhak Islamiah telah digubal meliputi:

1. Adab dalam kehidupan seharian 2. Adab dalam kehidupan bersosial 3. Adab dalam menunaikan ibadat 4. Adab terhadap ibu bapa dan keluarga 5. Adab menuntut ilmu 6. Adab terhadap Allah dan rasul Sehubungan itu, guru-guru Pendidikan Islam memikul tanggungjawab yang besar untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Islam (FPI).

Namun, sejak kebelakangan ini, masalah sosial dalam kalangan pelajar sekolah sering disebut-sebut dan telah dianggap sebagai suatu fenomena serius (Abd Jalil, 2000). Pelbagai gejala sosial dan aktiviti yang dianggap menyimpang dari norma-norma dan nilai-nilai masyarakat melibatkan ramai pelajar sekolah. Masyarakat Malaysia sering didedahkan melalui media cetak dan media elektronik tentang berita-berita serta perangkaan-perangkaan yang

menunjukkan masalah pelajar-pelajar sekolah yang semakin hari semakin meningkat (Khalim dan Wan Zulkifli, 2009), sekaligus memberi suatu gambaran tentang gejala kemerosotan nilai akhlak yang sedang dialami oleh pelajar Islam di negara ini.

Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap keberkesanan pembelajaran dan pengajaran modul adab dan akhlak bagi mata pelajaran Pendidikan Islam yang sepatutnya berperanan sebagai pendinding kepada keruntuhan akhlak pelajar pada masa kini.

Pendidikan Islam yang diajar di sekolah sewajarnya menjadi pemangkin dalam membentuk personaliti unggul dalam kalangan pelajar berdasarkan penerapan nilai-nilai murni yang termaktub dalam sukatan mata pelajaran.

3. Skop Kajian / Rangka Kajian

Kajian ini menganalis kefahaman dan pengamalan responden terhadap sukatan pelajaran modul adab dan akhlak Islamiah di sekolah menengah. Tahap keberkesanan responden diambil kira daripada segi penghayatan responden terhadap modul tersebut.

4. Metodologi Kajian

4.1 Reka Bentuk Kajian 4.1.1 Kajian Perpustakaan

Kaedah ini dipilih untuk mendapatkan data dan bukti dari kajian lain yang telah didokumenkan seperti jurnal,kertas seminar, buku dan akhbar. 4.1.2 Kajian Lapangan

Proses kajian lapangan dijalankan dalam bentuk soal selidik. Responden bagi soal selidik akan dipilih secara purposif terdiri daripada pelajar tingkatan lima lelaki dan perempuan dengan pelbagai latar belakang sosio-ekonomi yang belajar di 3 buah sekolah melibatkan sekolah berasrama penuh, maktab rendah sains MARA dan sekolah menengah harian di daerah Kuala Terengganu.

4.2 Instrumen Kajian Instrumen utama yang akan digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik bagi mengumpul maklumat daripada responden. Soalan-soalan yang dibina adalah berdasarkan kepada persoalan dan objektif kajian yang telah ditetapkan. Selain itu responden juga diminta untuk memberi pandangan secara bertulis terhadap isu yang dikaji. Kekerapan pilihan jawapan, peratusan serta purata pilihan jawapan akan dianalisis bagi tujuan menjawab persoalan kajian.

5. Rangka Jadual Kerja

Jadual kerja untuk menjalankan kajian ini yang dijangka akan mengambil masa 6 bulan (24 minggu) adalah seperti berikut :

Bil 1 2 3 4 5 6 7

Aktiviti Menyediakan kertas cadangan Meneliti kajian lalu/teori/metadologi Merangka instrument kajian Mengumpul data Menganalisis data Menulis disertasi Pembetulan disertasi Jumlah

Anggaran Masa 3 minggu 4 minggu 3 minggu 6 minggu 3 minggu 4 minggu 1 minggu 24 minggu

6. Kepentingan Kajian Dapatan kajian ini diharap: i. Dapat memberi sedikit gambaran tentang status penghayatan akhlak yang menjadi antara objektif utama pendidikan di negara ini.

ii.

Akan menjadi pemangkin terhadap usaha bagi membentuk personaliti unggul dalam kalangan pelajar berdasarkan penerapan nilai-nilai murni yang termaktub dalam sukatan mata pelajaran

iii.

Dapat dijadikan panduan untuk sebarang langkah penambahbaikan terhadap kaedah pembelajaran dan pengajaran modul adab dan akhlak bagi mata pelajaran Pendidikan Islam

iv.

Dapat membuka ruang kepada kajian lanjutan untuk mengenalpasti secara lebih mendalam tentang punca kepada keruntuhan akhlak pelajar Islam.

7. Bibliografi

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hamidah Hussin & Saudah Mohamad (2008), Program Bestari Solat dalam Kalangan Murid-Murid: Satu Tinjauan. Jurnal Pendidikan PKPSM 2008, No.3: 29-43

Azhar Ahmad (2007). Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad. (1999). Bidayatul Hidayah. Pustaka Darus Salam

Anda mungkin juga menyukai