Anda di halaman 1dari 9

Kemahiran klarifikasi

Kemahiran klarifikasi : kemahiran bagaimana kaunselor meminta klien membuat penjelasan lebih lanjut mengenai perkataan, frasa, kenyataan atau tingkah laku tertentu bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan tepat.(Dr. Sapora Sipon 2009 )

Tujuan klarifikasi :5M

Membantu klien memberikan penjelasan yang lebih baik. Mengelak kaunselor daripada membuat sebarang andaian. Memberi peluang dan ruang klien untuk lebih meneroka diri sendiri. Menyemak ketepatan kata-kata klien. Menguji kefahaman kaunselor.

Cara Melakukan Klarifikasi


i. Kenal pasti mesej klien yang kurang jelas dan samar-samar. ii. Meminta penjelasan dengan mengulangi semula mesej yang kurang jelas. iii. Kaunselor membuat rumusan kecil untuk kepastian. Contoh 1 : Klien : kadang-kadang saya rasa nak lari saja. Kaunselor : boleh anda terangkan apa maksud nak lari?

Contoh 2
Bahawa ada seorang laki-laki dari suku Aslam datang menemui Rasulullah s.a.w, ia mengaku telah berbuat zina, beliau berpaling darinya. Kemudian ia mengaku lagi, dan beliau berpaling darinya. Kemudian ia mengaku lagi telah melakukan zina, dan beliau berpaling darinya hingga dia bersaksi atas dirinya empat kali. Lalu Rasulullah s.a.w bertanya: "Apakah kamu gila?" Dia menjawab, "tidak." Beliau bertanya: "Apakah kamu telah menikah?" Dia menjawab; "Ya." Rasulullah s.a.w menyuruh orang tersebut untuk direjam. Setelah batu-batu menimpanya dan ia merasa tidak sanggup dan lemah, ia berlari, lalu ditangkap dan direjam lagi, lalu ia meninggal dunia. Kemudian Rasulullah s.a.w berkata perkara baik terhadapnya dan tidak mengerjakan solat jenazah ke atasnya. (Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Shahih alBukhari, Kitab Hukum Hudud, No. Hadith 6321.

Kemahiran Refleksi :
Definisi : merupakan satu usaha memahami klien dari sudut pandangan klien itu sendiri. 3 Kemahiran: IPP (Isi, Perasaan & Pengalaman) Refleksi isi:pernyataan semula oleh kaunselor mengenai idea klien dengan menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan tepat. Refleksi perasaan: pemahaman kaunselor terutama sekali perasaan yang dialami oleh klien (Maznah Baba & Zainal Madon 2003) Refleksi pengalaman: dibuat setelah kaunselor memerhatikan gerak geri tubuh badan semasa sesuatu pengalaman atau perasaan diperkatakan oleh klien.

Tujuan Refleksi Isi


Menerangkan idea yang sukar difahami kepada klien dengan sedikit perubahan pada cara penyampaiannya. Klien dapat rasakan bahawa kaunselor merasai dan memahami masalah yang dihadapinya.

Cara refleksi isi adalah seperti berikut:


Kenalpasti bahagian isi dalam mesej klien dan pastikan ia tepat. Kaunselor cuba menyatakan semua isi penting klien dengan bahasanya sendiri yang lebih ringkas, padat dan tepat. Kaunselor hendaklah menunjukkan bahawa dia memahami isi serta dapat mendengar luahan hati kliennya dengan teliti.

Contoh-contoh Refleksi
Klien

Kaunselor
Klien Kaunselor Klien Kaunselor

: kadang-kadang saya akan mimpiyang bukanbukan membuatkan saya terganggu : bermakna kamu tidak dapat tidur dan ia memberi kesan kepada hidup kamu, betul? : saya dah kata saya tak suka, meluat, tak nak tengok muka dia lagi. : Jadi awak ni benar-benar marah dengan dia. : cikgu, saya selalu bergaduh dengan rakan sampai muka saya jadi lebam. : kawan cikgu dulu pun bertumbuk sampai lebam dan ada lagi yang sampai masuk hospital sebab luka.

Contoh Hadis refleksi


Datang pula seorang perempuan dari desa Ghamid, suku Azdi, lalu dia berkata: Ya Rasulullah s.a.w, sucikanlah aku. Rasulullah s.a.w bersabda: Kesiannya, pulanglah engkau lalu minta ampun kepada Allah dan taubatlah kepadaNya. Perempuan itu berkata: Kulihat anda sengaja menyuruhku pulang seperti yang anda lakukan kepada Maiz bin Malik Rasulullah s.a.w bertanya : Boleh jelaskan mengapa begitu? Perempuan itu mangatakan bahawa dia telah hamil akibat zina. Rasulullah s.a.w bertanya lagi : Engkau sendiri yang melakukan? Jawabnya : betul ya rasulullah. Nabi s.a.w bersabda kepadanya: Tunggulah dahulu sampai engkau melahirkan Lalu perempuan itu di tanggung kehidupannya oleh seorang lelaki Ansor sampai ia melahirkan. Setelah dia melahirkan, maka diberitahukannya kepada Rasulullah s.a.w katanya: wahai rasulullah, perempuan desa Ghamid sudah melahirkan. Jawab Rasulullah s.a.w Biarkanlah dahulu kerana anaknya masih kecil, sedang orang yang akan menyusukannya tidak ada maka berdiri seorang lelaki ansor lalu dia berkata: Aku yang menanggung susunya. Kata Buraidah : Setelah itu maka dilaksanakan hukuman rejam terhadap perempuan desa Ghamid itu.(Hadis Sahih Muslim No. 1677 Jilid 3)

Penerangan hadis refleksi


Rasulullah s.a.w telah menggunakan kemahiran refleksi ini ketika berhadapan dengan perempuan di desa Ghamid. yang meminta Rasulullah s.a.w untuk mendapatkan hukuman dosa zina yang telah dilakukannya. Di dalam hadis tersebut terdapat ketiga-tiga kemahiran refleksi iaitu:

Refleksi isi : ketika Rasulullah s.a.w berkata: Engkau sendiri yang melakukan? Refleksi perasaan : ketika Rasulullah s.a.w berkata: kesiannya. Refleksi pengalaman: ketika Rasulullah s.a.w meminta perempuan desa Ghamid itu pulang seperti mana yang berlaku kepada Maiz bin Malik.

Anda mungkin juga menyukai