Anda di halaman 1dari 3

Kertas Kerja Gotong Royong Perdana Peringkat Sekolah 11 Julai 2013

Anjuran: SJK (T) LADANG MAYFIELD,


13300 TASEK GELUGOR, PULAU PINANG.

1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pettandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong Perdana bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Adalah menjadi harapan agar para murid, ibu bapa, guru serta warga SJK (T) Ladang Mayfield akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.

2.0 OBJEKTIF

2.1

Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria.

2.2

Melaksanakan maksimum.

amalan

kebersihan

bagi

mencapai

kepuasan

yang

2.3

Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid, ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti

yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah. 2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan. 2.5 Menggembeleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.

3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan : 11 Julai 2013 (Khamis) Tempat Masa : Kawasan sekitar SJK (T) Ladang Mayfield : 7.30 pagi 8.30 pagi

4.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

Tidak perlukan sebarang perbelanjaan. Menggunakan peralatan yang terdapat dalam kawasan sekolah.

Disediakan oleh ... (RAMZANAH BINTI SULAIMAN & (REETA A/P LOGENAZAN) Guru Pelatih IPG KSAH, SJK (T) Ladang Mayfield, 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Disahkan oleh, (LAKSHIMI A/P THANIMALAI) Guru Besar, SJK (T) Ladang Mayfield, 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Anda mungkin juga menyukai