Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH MERAH 1

17500 TANAH MERAH


KELANTAN.

KERTAS CADANGAN

Just Do It Clinic
Highly Immersive Programme 2019

TEMPAT: SK TANAH MERAH 1


TARIKH: 20 & 27 APRIL 2019 (SABTU)
MASA: 8.00 PAGI -4.00 PETANG
SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH MERAH 1

17500 TANAH MERAH, KELANTAN.

KERTAS KERJA

JUST DO IT CLINIC (HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME 2019)

PERINGKAT SEKOLAH

1.0 Pengenalan

Pelaksanaan program “JUST DO IT CLINIC” ini adalah sebagai salah satu usaha untuk membantu
dalam peningkatan pengguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid di sekolah ini.
Diharapkan pelaksanaan program ini mampu membantu murid-murid yang lemah, sederhana dan
cemerlang fokus dengan tahap pencapaian dan penguasaan Bahasa Inggeris masing-masing.

Selain itu, pihak Panitia Bahasa Inggeris juga berharap agar program ini mendapat kerjasama
yang sepenuhnya daripada pihak pentadbir, guru Bahasa Inggeris yang terlibat, ibubapa dan
khususnya murid-murid yang terpilih bagi memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar
dan mencapai objektifnya.

2.0 Objektif

2.1 Untuk melahirkan murid yang lebih berkeyakinan dan tidak merasa rendah diri untuk
menggunakan Bahasa Inggeris.

2.2 Untuk meningkatkan dan memupuk minat dan pengguasaan murid dalam subjek Bahasa
Inggeris di sekolah ini.
2.3 Untuk membantu murid dengan menyediakan landasan dan ruang bagi murid-murid untuk
menggunakan Bahasa Inggeris.

2.4 Untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan untuk menguasai Bahasa
Inggeris demi masa depan mereka.

2.5 Membantu pelajar meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan
dalam bidang akedamik mahupun sosial.

3.0 Nama Program

”JUST DO IT CLINIC”

4.0 Anjuran

Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1.

5.0 Tarikh

Program ini dirancang akan diadakan pada 20 & 27 APRIL 2019 (SABTU) bermula dari jam 8.00
pagi hingga 4.00 petang.

6.0 Tempat

Program ini akan diadakan di kelas masing-masing.

7.0 Sasaran
Program ini mensasarkan murid-murid yang terpilih dari tahun 5 & tahun 6 Sekolah Kebangsaan
Tanah Merah 1 iaitu seramai 30 orang.

8.0 Pengisian Program

Kelas tambahan yang berfokus mengikut kebolehan dan tahap penguasaan Bahasa

Inggeris murid-murid yang terlibat.

9.0 Struktur Organisasi

(Sila lihat lampiran A)

10.0 Tentatif Program

(Sila lihat lampiran B)

11.0 Anggaran Belanjawan

(Sila lihat lampiran C)

12.0 Penutup
Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari
semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan
Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan
dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan
yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh :- Disemak oleh:-

........................................ ........................................................

(NAZIFAH AKMAL BINTI MHD HIMMI) (FAUZIAH BINTI ISA)

Ketua Panitia Bahasa Inggeris Penolong Kanan Pentadbiran,

Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1, Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1,

17500 Tanah Merah, 17500 Tanah Merah,

Kelantan. Kelantan.

Disahkan oleh:-

........................................................

(ZAHARI BIN ISMAIL)


.........................................
Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1,

17500 Tanah Merah,

Kelantan.
Lampiran A

CARTA ORGANISASI

JUST DO IT CLINIC

AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT EN. ZAHARI BIN ISMAIL

PENGERUSI PN. FAUZIAH BINTI ISA

PENYELARAS PN. NAZIFAH AKMAL BINTI MHD HIMMI

BENDAHARI PN. SALWANI BINTI SUKRI


AHLI JAWATANKUASA KECIL

TENAGA PENGAJAR PN. NOR AZLINDA BINTI SALLEH

PN. MAZLINA BINTI ISMAIL

PN. NAZIFAH AKMAL BINTI MHD HIMMI

PN. NUR SHATRIAH LEE ABDULLAH

PENYELARAS DOKUMENTASI PN. NAZIFAH AKMAL BINTI MHD HIMMI

PN. ZURIATINA BINTI AZMI

PERSEGARAN MURID PN. MULIATI BINTI MUSTAPHA

PN. ROSLIZA BINTI ABDUL WAHAB

PENDAFTARAN PN. SALINA AB. HAMID

DISIPLIN & KAWALAN MURID PN. SALWANI BINTI SHUKRI

PN. WAN UTMA DEWI BINTI WAN ABD SAMAD


Lampiran B

Tentatif Program

20 APRIL 2019 (SABTU)

8.00 PAGI-8.10 PAGI PENDAFTARAN PESERTA

8.15 PAGI-10.30 PAGI READING CLINIC

10.30 PAGI-11.00 PAGI MINUM PAGI

11.00 PAGI-1.00 PETANG WRITING CLINIC

1.00PETING -2.00 PETANG MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZOHOR

2.00 PATANG-4.00 PETANG LISTENING & SPEAKING CLINIC

27 APRIL 2019 (SABTU)

8.00 PAGI-8.10 PAGI PENDAFTARAN PESERTA

8.15 PAGI-10.30 PAGI READING CLINIC

10.30 PAGI-11.00 PAGI MINUM PAGI

11.00 PAGI-1.00 PETANG WRITING CLINIC

1.00 PETANG -2.00 PETANG MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZOHOR

2.00 PATANG-4.00 PETANG LISTENING & SPEAKING CLINIC


LAMPIRAN C

ANGGARAN BELANJAWAN

MAKAN PAGI
RM2.00 x 30 orang x 2 hari = RM 120.00

MAKAN TENGAHARI

RM4.00 x 30 orang x 2 hari = RM 240.00

Fail & Alat tulis


30 orang x RM3.00 = RM 90.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 450.00

Anda mungkin juga menyukai