Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PEMBANGUNAN GURU BAHARU

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP)


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAMOL, BELURAN
BIL.2/2014

REFLEKSI UMUM
Pada umumnya pengalaman 3 bulan pertama di sekolah adalah sangat berharga dan
penting dalam pengadaptasian guru dengan budaya sekolah dan Pengajaran & Pembelajaran
(P&P) yang ditugaskan. Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) adalah satu inisiatif
yang saya kira amat baik dan ia melambangkan keprihatian Kementerian Pelajaran Malaysia
dan semua pegawai dari peringkat pusat, Pejabat Pendidikan Daerah dan dari pihak sekolah
sendiri itu sendiri.

Program Pementoran yang dilaksanakan dalam Program Pembangunan Guru Baharu ini
amat berkesan bagi saya kerana merasakan adanya pihak atau individu untuk saya merujuk
apa sahaja kekusutan dan permasalahan yang saya hadapi selama saya menyesuaikan diri.
Sememangnya sebagai guru baharu, segalanya adalah baru bagi saya. Pengalaman semasa
menjalani sesi praktikum selama 4 bulan adalah sangat terhad dan tidak merangkumi segala
yang guru harus laksanakan secara realitinya di sekolah.

Bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan akan memastikan guru berkualiti dapat
dihasilkan dan membendung apa jua masalah guru baharu dalam menyesuaikan dir dan
keadaan di sekolah yang seringkali dihadapi guru baru. Sememangnya mencegah adalah lebih
baik dan lebih mudah daripada merawat.

Sepanjang fasa orientasi, saya merasakan bahawa saya telah mendapat pengalaman
yang sangat berharga dan saya bersedia menjadi guru untuk jangka masa yang lebih lama.
Tugas sebagai guru dirasakan amat sesuai bagi saya yang berjiwa kental dan mengutamakan
pendidikan berdasarkan konsep Guru Penyayang. Pelajar harus dianggap seperti anak sendiri
supaya didikan dapat dialirkan dengan ikhlas dan berkesan. Selain P&P, saya menyedari tugas
guru lebih besar dan banyak dari berada di dalam kelas. Kita harus sentiasa bersedia memikul
pengurusan sekolah secara bekerjasama kerana kejayaan sesebuah sekolah adalah hasil
usahasama semua pihak, bukan hanya pengetua, atau sesetengah guru, atau pelajar sahaja.
Semua guru harus memikul tanggungjawab ini dah harus ikhlas dalam melaksanakan semua
tugas yang tidak terbatas kepada P&P sahaja. Ini juga memberi pendedahan kepada saya
tentang pengurusan organisasi yang cemerlang.
LAPORAN PEMBANGUNAN GURU BAHARU
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAMOL, BELURAN
BIL.2/2014

KEKUATAN / KELEMAHAN / KEKANGAN /


ISU BERBANGKIT
Saya merasakan kekuatan hasil daripada program orentasi ini dapat menjadikan tugas
guru menjadi lebih lancar. Menambahkan ilmu pengetahuan guru baharu. Tugas guru lebih
sistematik dengan adanya program ini. Selain itu, tanggungjawab sebagai guru dapat
dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan memberikan keyakinan dan motivasi kepada guru
baharu.

Manakala kelemahan program ini ialah jadual program tidak dapat diikuti sepenuhnya
kerana kekangan masa yang timbul.

Dari segi kekangan, sebagai guru, banyak tugasan sedia ada selain menyiapkan
tugasan PPGB ini. Jadi guru mungkin agak tertekan dari segi prioriti kerja kerana semuanya
harus dilaksanakan secepat mungkin. Waktu P&P sudah memenuhi waktu persekolahan/kerja
guru jadi masa untuk membuat tugasan lain agak terhad. Tetapi tidak dinafikan segalanya
sangat mampu dilakukan oleh guru cuma mungkin tekanan akan timbul.

CADANGAN
Saya mengharapkan template laporan disediakan dengan lebih informasi tentang apa
yang diingini oleh pihak pengurusan PPGB kerana saya sendiri sedikit keliru apa yang saya
harus tuliskan diruangan Bidang/Aspek.

Pada keseluruhannya, Program Pembangunan Guru Baharu ini amat bermakna bagi
saya kerana saya mendapat perhatian mentor dan pihak pengurusan sekolah membantu saya
dalam menyesuaikan diri dengan budaya dan persekitaran sekolah.

Anda mungkin juga menyukai