Anda di halaman 1dari 30

1

JABATAN PEDIDIKAN NEGERI PERLIS











FOLIO
PROGRAM PEMBANGUNAN
GURU BARU
ORIENTASI GURU BARU
2014





DISEDIAKAN OLEH

NURUL JANNAH HJ OTHMAN
SMK SYED ALWI
KANGAR
PERLIS
2


Penghargaan
Pertama sekali, saya ingin merakamkan sejuta kesyukuran kepada Allah s.w.t yang
memberikan kekuatan untuk saya menjalankan program ini. Keduanya, saya ingin
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pentadbir yang memberikan
sepenuhnya kerjasama untuk saya menjalani program ini.
Saya berharap agar folio ini dapat memberikan saya gambaran yang lebih baik tentang
tugas-tugas guru yang bakal saya lalui. Sekian.

3

Pengenalan
Pendahuluan
Secara global, faktor guru sering dikaitkan secara signifikan dengan kualiti pendidikan yang
dicerminkan melalui peningkatan pencapaian akademik murid. Faktor guru juga banyak
diperkatakan dalam keperluan Pendidikan Abad ke-21 yang menghadapi pelbagai
perubahan dan keperluan. Seiring dengan keperluan pendidikan abad ke-21peranan utama
Bahagian Pendidikan Guru (BPG) adalah sebagai:
i. badan pengawal kualiti pendidikan guru;
ii. badan profesional keguruan;
iii. memastikan pemantapan kualiti pengajaran dan pembelajaran; dan
iv. merancang dan menyelaras pelaksanaan 15 inisiatif Makmal NKRA Kualiti Guru.
Oleh yang demikian, BPG sebagai peneraju utama dalam pendidikan guru
bertanggungjawab merealisasikan hasrat negara dalam melahirkan insan guru yang
berkualiti. Sehubungan itu, BPG perlu membangunkan satu Program Pembangunan Guru
Baharu (PPGB) yang berstruktur dan komprehensif dalam merealisasikan agenda baru
pendidikan yang berkaitan dengan melahirkan guru yang berkualiti dan relevan dengan
keperluan pendidikan kini dan akan datang.
PPGB merupakan salah satu daripada lima belas (15) inisiatif yang telah dirancang dan
dicadangkan dalam Makmal NKRA Kualiti Guru yang telah diadakan di BPG pada 8 Mac
2010 hingga 2 April 2010. YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran
telah bersetuju terhadap cadangan semua inisiatif meningkatkan kualiti guru pada 2 April
2010.
PPGB ini akan memberikan kesan yang positif terhadap sekolah, guru dan murid. Melalui
program pembangunan yang berkesan, budaya kerja cemerlang dapat diterapkan kepada
GB agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara lebih sistematik. GB akan
dibimbing oleh guru berpengalaman serta pihak pentadbir sekolah untuk melaksanakan
pembelajaran dan pengajaran (P&P) dengan lebih berkesan dan profesional. Justeru, satu
modul yang komprehensif telah dibangunkan dan dijadikan panduan untuk diguna pakai oleh
semua pihak yang terlibat ke arah memartabatkan profesion keguruan, khasnya GB di
negara ini. Pelaksanaan PPGB ini dijalankan berasaskan sekolah oleh pentadbir sekolah
dengan bantuan guru berpengalaman (senior teachers).
4

Definisi Program Pembangunan Guru Baharu
Menurut Huling-Austin (1990), PPGB merupakan planned programmes intended to provide
some systematic and sustained assistance, specifically to beginning teachers for at least one
school year . BPG mendefinisikan PPGB sebagai satu program pembelajaran melalui
bimbingan yang berstruktur berasaskan sekolah untuk menyokong pembangunan
profesionalisme GB bagi meningkatkan kualiti guru dalam profesion keguruan.
PPGB merupakan proses sosialisasi kepada profesion keguruan yang dapat membantu GB
membuat penyesuaian antara ilmu dan kemahiran yang sedia ada dengan prosedur, sistem
sekolah dan penguasaan pengajaran yang berkesan dan kemahiran pengurusan bilik darjah.
Rasional
Walaupun sistem latihan perguruan di Malaysia merupakan antara yang terbaik di dunia,
namun satu program yang formal untuk membimbing GB yang baru ditempatkan di sekolah
perlu dilaksanakan. Ironinya, banyak hasil kajian menunjukkan tahun pertama merupakan
tahun yang paling mencabar untuk GB (Humphrey et al., 2007;Norasmah et al., 2007;
Russell, 2006).
Masalah utama yang dihadapi oleh GB yang baru ditempatkan di sekolah adalah untuk
menyesuaikan diri dalam persekitaran bilik darjah sebenar. Di samping itu, GB perlu
dibimbing untuk melaksanakan tanggungjawab memenuhi keperluan kumpulan murid yang
terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang (Bartell, 2005).
Kursus praperkhidmatan yang dilalui oleh GB hanya merupakan asas untuk guru memahami
konsep dalam P&P dan tidak dapat menyediakan mereka untuk menghadapi realiti sebenar
dalam bilik darjah. Di samping itu, seseorang guru harus terus meningkatkan pengetahuan
masing-masing selaras dengan perkembangan dunia pendidikan semasa. GB perlu
dibimbing untuk mengaplikasi semua pengetahuan yang diperoleh ini secara berkesan
kerana kualiti pengajaran guru merupakan faktor penyumbang utama kepada pembelajaran
murid (Laura et al., 2006).
Guru yang berkualiti akan menghasilkan murid yang berkualiti. Guru sebagai pemangkin
utama kecemerlangan murid perlu diberi pendedahan tentang pelbagai pendekatan dan
program penambahbaikan secara langsung melalui program pembangunan. Dengan cara ini,
5

profesionalisme GB itu dapat ditingkatkan bermula daripada peringkat awal ketika guru
tersebut ditempatkan di sekolah buat kali pertama.
Kajian-kajian lepas menunjukkan peningkatan dalam profesionalisme guru berjaya memberi
kesan yang positif dari segi peningkatan ilmu dan amalan guru di sekolah, seterusnya
meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah (David et al., 2003).
Hasil kajian menunjukkan bahawa guru yang melalui program pembangunan sepanjang
tahun pertama mereka ditempatkan di sekolah, didapati menunjukkan kualiti pengajaran
yang lebih tinggi dan seterusnya mampu meningkatkan kualiti pembelajaran murid
(Humphrey et al., 2007). Program pembangunan menggunakan pendekatan pementoran
untuk membimbing GP telahpun diterapkan dalam profesion keguruan di negara-negara
maju untuk meningkatkan kualiti GB. Amalan ini seharusnya dilaksanakan untuk
meningkatkan profesion keguruan di negara ini. Tambahan pula, pendidikan yang bersifat
dinamik dan global memerlukan guru yang bersedia meningkatkan kualiti dan mutu
pendidikan secara berterusan.
Program pembangunan menggunakan pendekatan pementoran didapati mampu memberi
kesan yang positif terhadap GB yang kurang berpengalaman. GB yang telah didedahkan
dengan program ini didapati dapat meningkatkan kualiti pembelajaran murid hasil
peningkatan kemahiran dan kualiti pengajaran guru itu sendiri (Duke et al., 2006). Di
samping itu, program pembangunan juga dapat meningkatkan hubungan kolaboratif antara
GB dengan semua pihak di sekolah.
Kebanyakan GB mengalami kejutan transisi apabila ditempatkan di sekolah kerana
mendapati latihan perguruan adalah berbeza sama sekali dengan situasi yang mereka lalui
semasa mengikuti latihan perguruan dan latihan amali (Norasmah et al., 2007). GB seringkali
menghadapi masalah kerana suasana pengajaran dan pembelajaran, persekitaran sekolah
serta latar belakang murid adalah unik dan kompleks dan tidak sama dengan pengalaman
yang mereka lalui semasa mengikuti kursus perguruan.
GB menghadapi masalah bukan sahaja dalam mengendalikan aktiviti dalam bilik darjah
dengan berkesan malah turut merasa sukar untuk bertindak secara proaktif dalam aktiviti
kokurikulum dan pentadbiran. Konsep Pendidikan Guru Yang Bersepadu menyarankan satu
program perkembangan guru yang berterusan harus bermula daripada latihan perguruan
praperkhidmatan, program pembangunan sewaktu guru mula ditempatkan, dan seterusnya
6

program perkembangan berterusan sehingga seseorang guru itu bersara (Mohammed Sani,
2002).
Hasil kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) menunjukkan
penurunan dalam pencapaian murid Malaysia berbanding negara lain seperti Hong Kong,
Singapura dan Korea Selatan (Jabatan Perdana Menteri, 2009). Pada masa yang sama,
kajian ini turut mendapati kejayaan murid dipengaruhi secara langsung oleh kualiti guru yang
mengajar mereka. Keadaan ini mewujudkan satu keperluan untuk menawarkan satu program
pembangunan yang komprehensif dan bersepadu untuk membimbing dan melatih GB secara
berterusan.
Justeru, BPG selaku peneraju utama dalam pembangunan pendidikan serta peningkatan
profesionalisme keguruan bertanggungjawab untuk menyediakan satu program
pembangunan yang berkesan. Program ini bertujuan meningkatkan kualiti GB yang
ditempatkan di sekolah bagi memastikan perluasan akses kepada pendidikan berkualiti
untuk semua murid dapat direalisasikan.
Objektif Program Pembangunan Guru Baharu
Objektif PPGB ini adalah untuk:
i. membantu GB menyesuaikan diri dengan budaya, persekitaran, dan komuniti sekolah;
ii. menyediakan bimbingan yang berkesan untuk GB dalam melaksanaan amalan
pengajaran sepanjang proses transisi mereka daripada pelajar kepada pengajar;
iii. meningkatkan pengetahuan tentang aspek penilaian dan pentaksiran di sekolah;
iv. meningkatkan kualiti pengajaran GB dan pembelajaran murid;
v. menyediakan bimbingan yang berkesan untuk GB melaksanakan aktiviti kokurikulum;
vi. meningkatkan pengetahuan GB tentang aspek sosialisasi organisasi dan hal ehwal
murid;
vii. meningkatkan amalan profesionalisme, kompetensi diri dan efikasi kendiri GB; dan
viii. membangunkan kerjasama secara kolaboratif antara GB dengan semua pihak
(stakeholders).
Hasil Pembelajaran
i. meningkatkan kualiti pembelajaran murid dan pengajaran guru;
ii. melaksanakan amalan pengajaran sebagai pendidik dengan berkesan;
iii. meningkatkan pengetahuan tentang aspek penilaian dan pentaksiran disekolah;
iv. meningkatkan amalan profesionalisme, kompetensi diri dan efikasi kendiri;
7

v. menyesuaikan diri dengan budaya persekitaran dan komuniti sekolah;
vi. melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan berkesan;
vii. lebih berpengetahuan tentang aspek sosialisasi organisasi dan hal ehwalmurid; dan
viii. menjalin kerjasama secara kolaboratif dengan semua pihak (stakeholder) yang terlibat
di sekolah.

8

BIODATA GURU

Nama : Nurul Jannah Bt Othman
Status : Bujang
Umur : 25 Tahun
Tarikh Lahir : 12 Mac 2014
Alamat Tempat Tinggal : No. 1 Jalan Mengkuang Layar Barat,Bohor Mali,
02700 Simpang 4, Perlis
No Tel Bimbit : 013-4146412
No Tel Rumah : 04-9807792
Alamat Sekolah : Smk Syed Alwi, 01000 Kangar Perlis
No Tel Sekolah : 04-9762539
Ijazah Pertama : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Dengan
Kepujian) Tesl
Kelulusan Ikhtisas : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Tesl



9

































Bahagian 1
Profil Sekolah
10

Bahagian 1: Profil Sekolah
Kod Sekolah : Ree 0060
Nama Sekolah : Smk Syed Alwi
Alamat Sekolah : Smk Syed Alwi, 01000 Kangar Perlis
Jpn : Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
Ppd : Tiada
Status : Beroperasi
No Telefon : 04-9762539
No Fax : Tiada
Sesi : Pagi Sahaja
Jenis Bantuan : Sekolah Kerajaan
Jenis Murid : Lelaki Dan Perempuan
Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu
Jenis Asrama : Asrama Harian
Lokasi : Luar Bandar

11



























Bahagian 2
Pengurusan dan
Pentadbiran
12

Bahagian 2: Pengurusan dan Pentadbiran
PENGETUA
Tugas PENGETUA SEKOLAH
A. Pentadbiran:
Dalam bidang pentadbiran, Pengetua adalah bertanggungjawab secara langsung dalam
segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru di
sekolah sebagaimana berikut:
1. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua
kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya.
2. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi semua
kakitangan di bawah jagaannya.
3. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan,
penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan.
4. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan kursus
dalam jawatan.
5. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian
kakitangan di sekolahnya.
6. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan
tugas kakitangan sekolahnya.
7. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan.
8. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan
guru.
9. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas, dan
Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya.
10. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di sekolah
mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.
11. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur dan
sempurna.
12. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan
ditetapkan itu berjalan dengan lancar.
13. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan
sempurna dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
14. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.
15. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala
keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
16. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang
melibatkan guru dan kakitangan.
13

17. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan Pendidikan
Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

B. Kewangan:
1. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan
perbelanjaan pembangunan.
2. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran yang
dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa.
3. Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber pendapatan
dilaksanakan dengan sempurna.
4. Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang
dilakukan oleh pihak sekolah.
5. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaun dan
lain-lain bagi guru dan kakitangan.
6. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang
Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit.
7. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit
akaun sekolah secara teratur dan kemas.
8. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar
sekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja.
9. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syarat yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
10. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan dengan
teratur dan kemas kini.
11. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit
dan sebagainya.
12. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan sempurna
mengikut peraturan yang ada.
13. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan
menentukan bahwa semuanya itu berjalan lancar.

C. Pembangunan Fizikal Sekolah:
1. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya dilakukan
dengan berkaitan dengan bidang ikhtisas.
14

GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
A. Bidang Tugas:
1. Melaksana dan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab Guru Besar semasa
ketiadaannya di sekolah.
2. Mengajar sebilangan daripada waktu mengikut arahan Guru Besar yang ditetapkan dari
semasa ke semasa.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal yang berhubungkait dengan
kurikulum, pentadbiran dan pengurusan sekolah, hubungan dengan
masyarakat dan juga keselamatan.
4. Membantu Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yang mempunyai
sidang petang.
5. Memberi segala bantuan kepada Guru Besar dalam tugas menyelia dan menilai
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
6. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan, pengurusan dan
pelaksanaan program dan projek sekolah.

B. Senarai Tugas:
1. Memastikan pelaksanaan semua kursus pengajian yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan.
2. Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, semester dan lain-lainnya berjalan
dengan lancar dan berkesan.
3. Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran itu dilaksanakan secara teratur
dan baik.
4. Dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal
dan bengkel.
5. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan itu
dilakukan dengan baik dan membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru
praktikum dan guru-guru yang baru mengajar dalam menjalankan tugas-tugas harian
mereka.
6. Kajian terhadap segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum dan
mencadangkan tindakan susulan dalam merancang dan menyelaraskan hal-hal yang
berkaitan dengan djian, peperiksaan, penilaian dan menyarankan tindakan susulan.
7. Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan
pemulihan yang ada di sekolah.
8. Menyelaraskan segala program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat
Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
9. Membantu dalam menentukan buku-buku teks, bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku
bacaan di samping menentukan kesesuaiannya.
15

10. Menyusun jadual waktu kelas dan guru dan menyediakan jadual waktu gantian bagi
guru yang sakit dan mereka yang ditimpa kemalangan dan mengalami kecemasan.

C. Pentadbiran:
1. Membantu bagi menentukan beban tugas guru dan kakitangan bukan guru sekolah
adalah adil dan saksama.
2. Membantu dan menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru
dan kakitangan bukan guru sekolahnya.
3. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data, maklumat dan juga
perangkaan yang diperlukan dari semasa ke semasa.
4. Membantu merancang takwin sekolah dan dalam menentukan program aktiviti
sepanjang tahun.
5. Membantu menyelia kerja-kerja semua guru dan kakitangan bukan guru.
6. Membantu dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dalam
menentukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
7. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk audit tahunan yang teratur bagi
sekolahnya.
8. Menyelaras bagi semua pungutan yuran seperti wang runcit, sewa, asrama, sukan dan
permainan dan sebagainya.
9. Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah dengan memberi pandangan terhadap salah
laku pelajar dengan mengambil bahagian cergas dalam mesyuaat dan juga
perbincangan.
10. Menandatangani semua cek sekolah bersama-sama dengan Guru Besar dan juga
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru.

D. Kebersihan Dan Keindahan Sekolah:
1. Membantu dalam merancang dan menyedia program bagi kebersihan dan keindahan
sekolah.
2. Memastikan bahawa program keceriaan sekolah dilaksanakan dengan jayanya boleh
mereka yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya.

E. Keselamatan:
1. Merancang segala langkah keselamatan sekolah bersama-sama dengan Guru Besar.
2. Merancang dan melaksanakan bersama-sama dengan Guru Besar, latihan mencegah
kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya.


16

F. Kantin:
1. Membuat penyeliaan kantin sekolah bersama-sama dengan Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid.

G. Buku Teks:
1. Menentukan pemilihan dan penggunaan semua buku teks dan juga buku rujukan
sekolah.

H. Tugas-Tugas Lain:
1. Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana persatuan/kelab di sekolah sebagaimana yang
ditentukan oleh Guru Besar sekolah dari semasa ke semasa.
2. Mewakili Guru Besar dalam berbagai-bagai upacara dan majlis rasmi yang diadakan di
luar sekolah sama ada oleh PPD, JPN, Kenterian Pendidikan ataupun
yang dianjurkan oleh masyarakat setempat.
3. Melaksanakan segala arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari
semasa ke semasa.


17

TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
A. Bidang Tugas:
1. Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru
Besar dan GPK Pentadbiran.
2. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang
engkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko-kurikulum,
disiplin, bimbingan dan kaunseling.
4. Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur
mengikut prosedur dan peraturan.
5. Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan
kewangan berjalan dengan lancar.
6. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan
kantin sekolah berjalan dengan baik.
7. Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan
kakitangan bukan guru.
8. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar
perjalanannya menjadi lebih berkesan.

B. Senarai Tugas:
Pentadbiran
1. Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di sekolahnya.
2. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan
bahawa butirannya adalah kemas kini.
3. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu
dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan.
4. Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen dan
borang-borang yang tertentu.
5. Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertuka ke
sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini.
6. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti
sekolah.
7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama
Guru Besar, PK Pentadbiran, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah.
8. Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan
pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun.
18

C. Disiplin:
1. Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah
dilaksanakan dengan sempurna.
2. Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru,
kakitangan dan para pelajar.
3. Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab
terhadap perlantikan pengawas.
4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar
peraturan tatatertib dan salah laku.
5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai
pelajar terlibat.

D. Bimbingan dan Disiplin:
1. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
2. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
3. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang
menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan
sebagainya.
4. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan.
5. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi
pelajar-pelajar baru.

E. Program Perlindungan:
1. Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di
sekolahnya agar berjalan dengan baik.
2. Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna seperti
menguruskan kad 001 dan kad 002.
3. Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah untuk
menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat.
4. Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di
kalangan pelajar.

F. Skim Pinjaman Buku Teks:
1. Menguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para pelajar yang
bakal menerima buku teks.
19

2. Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan, pengagihan
dan hapuskira buku-buku teks di sekolahnya.
3. Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks.
4. Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya.

G. Biasiswa Dan Bantuan:
1. Menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan
pelajar yang mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang kurang berada.
2. Mengemaskinikan segala rekod biasiswa dan bantuan kewangan kepada para pelajar
di sekolah.
3. Menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan pelajar
yang layak menerimanya.

H. Kokurikulum:
Sukan Dan Permainan:
Membantu, merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di
semua peringkat.
Persatuan Dan Kelab:
Menyelaras dan menyelia segala program aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak
akademik.
Pasukan Pakaian Seragam:
Merancang strategi penglibatan para pelajar dalam program kegiatan pasukan
pakaian seragam.
Menyelaras pelaksanaan, program kegiatan pasukan pakaian seragam yang
disediakan di sekolahnya.
Koperasi Dan Simpanan Pelajar:
Menyelaraskan segala kegiatan yang berkaitan dengan program koperasi di peringkat
sekolah.
Menganjurkan bersama dengan Amanah Saham Nasional dan Bank Simpanan
Nasional atau lain-lain bank yang sesuai dengan tujuan menggalakkan penabungan di
kalangan pelajar.

Tugas Dan Tanggungjawab Lain:
Membantu dan mengenal pasti guru-guru yang berbakat dalam kegiatan kokurikulum.
Merancang dan mengadakan program latihan untuk guru-guru yang berpotensi
dalam bidang itu.
20

TUGAS PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
A. PENGURUSAN KURIKULUM:
1. Merancang pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarnya.
2. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sebagai contoh
dengan kemahiran yang ada padanya.
3. Menggunakan ABM dengan cara yang betul dan bersistematik.
4. Menentukan pelaksanaan pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan dengan lancar.
5. Merancang program unjuran keluar bilik darjah.

B KURIKULUM (SUKAN, PERMAINAN, PASUKAN BERUNIFOM, PERSATUAN DAN
KELAB):
1. Merancang takwim kegiatan setiap bidang.
2. Mengurus pemilihan peserta kumpulan elit sekolah.
3. Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti.
4. Mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya.
5. Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian pelajar.

C. PENGURUSAN:
1. Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.
2. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
3. Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum telah diambil
penjelasan.
4. Membantu dan mengurus segala penerbitan sekolah.
5. Menyelaras hari perayaan dan upacara sekolah.
6. Menyelaras pembahagian murid dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan pencapaian
prestasi aktiviti setiap rumah.
7. Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan ko-kurikulum.
8. Memastikan rekod-rekod dan data koko disenggarakan dengan baik.
9. Mengenalpasti guru/murid yang berpotensi untuk maju dengan mengadakan program
khas untuk mereka.

D. PEMBANGUNAN DIRI STAF:
1. Bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah.
21

2. Menganggotai JK Kurikulum/kokurikulum yang dibentuk oleh pihak sekolah bagi
kemudahan pelajar.
3. Bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah.
4. Menyelaras kurikulum/kokurikulum bersepadu.

E. PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR:
1. Menyertai kursus kokurikulum.
2. Menyertai kempen/perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan luar.
3. Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang bertentu.

F. SUKAN DAN PERMAINAN:
1. Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan/permainan di semua
peringkat.
2. Merancang takwim sukan dan permainan sekolah.

G. KELAB/PERSATUAN:
1. Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.

H. PASUKAN PAKAIAN SERAGAM:
1. Merancang strategi penglibatan murid dalam kegiatan pasukan pakaian seragam.
2. Menyelaras pelaksanaan kegiatan pasukan pakaian seragam sekolah.

I. SETIAUSAHA SUKAN SEKOLAH:
1. Merancang kegiatan sukan untuk dua tahun ke hadapan.
2. Menjaga dan membina kemudahan / kelengkapan peralatan sukan, mengadakan stor,
buku stok, menyimpan rekod kejohanan dan piala pusingan.
3. Mengadakan tabung sukan, kutipan yuran sukan sekolah, MSS serta menentukan
anggaran perbelanjaan bagi tiap-tiap sesi persekolahan.
4. Kegiatan tabung anugerah MSSM dari Tahun 1 serta kutipan yang diarahkan oleh
jabatan atau kementerian.
5. Menyertai pertandingan MSS daerah atau negeri.
6. Mengadakan jadual latihan sukan / olahraga/ permainan untuk murid sekolah.
7. Menjalankan tugas lain yang berkaitan dengan sukan sekolah/ MSSD/ MSST/MSSM.
22

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
1. Pengurusan kurikulum
merancang pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diajarnya.
melaksanakan pengajaran- pembelajaran yang berkesan sebagai contoh dengan
kemahiran yang ada padanya.
menggunakan ABM dengan betul dan sistematik.
menentukan pelaksanaan mata pelajaran pendidikan jasmani berjalan lancar.
merancang program aunjuran keluar bilik darjah.
2. Kokurikulum : sukan, permainan, unit beruniform, persatuan & kelab.
merancang takwim permainan setiap bidang.
memilih kumpulan peserta elit sekolah.
menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti.
mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya.
menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian murid.
3. Pengurusan
mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.
menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko-kurikulum sekolah.
menentukan langkah keselamatan setiap aktiviti kokurikulum yang dirancang telah
diambil.
membantu dan menguruskan segala penerbitan sekolah.
menyelaras hari ucapan dan perayaan sekolah.
menyelaras pembahagian murid dalam rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi
rumah.
mengurus dan menyelia setiap peralatan ko-kurikulum.
memastikan rekod-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik.
mengenalpasti guru/murid berpotensi untuk maju - mengadakan program khas untuk
mereka.
4. Pembangunan diri murid
bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah.
menganggotai jawatankuasa kokurikulum / kurikulum yang dibentuk oleh sekolah bagi
kemudahan murid.
bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah.
menyelaras kurikulum / kokurikulum bersepadu.
23

5. Perkembangan kendiri (personel synergy)
Menyertai kursus kokurikulum.
Menyertai kempen / perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan luar.
Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang tertentu.


24













Bahagian 3: Fizikal
dan Prasarana
Sekolah
25

Bahagian 3: Fizikal dan Prasarana Sekolah

Kelas

Kantin sekolah

Pintu masuk pra sekolah

Bahagian dalam pra sekolah

Kawasan permainan pra sekolah

Kawasan permainan pra sekolah
26


Pintu masuk pusat sumber sekolah

Bahagian dalam pusat sumber sekolah

27

















Bahagian 4: Penilaian
Guru
28

Bahagian 4: Penilaian Guru
Refleksi Umum
Kebanyakan bilik darjah tidak dilengkapi dengan pemancar LCD. Sekolah ini turut dilengkapi
dengan kemudahan perkhidmatan yang baik dari segi perkhidmatan untuk guru dan juga
untuk murid. Contohnya kemudahan mesin fotostat dan faks. Staf-staf sokongan di pejabat
banyak membantu guru-guru dalam mengendalikan kerja-kerja yang memerlukan mesin
tersebut.
Ibu bapa atau penjaga boleh berhubung dengan pihak sekolah secara bersemuka, melalui
telefon. Pihak sekolah sentiasa menitikberatkan pandangan serta pendapat ibu bapa kerana
ia merupakan tanggungjawab sekolah untuk mendidik dan menjaga keselamatan anak
mereka. Sebagai contoh, semasa mesyuarat agung PIBG yang diadakan semua usul yang
dikemukan oleh ibu bapa telah dibincang bersama untuk kepentingan kedua-dua belah pihak
iaitu pihak penjaga dan pihak sekolah.
Kekuatan
Pada pendapat saya, kemudahan perkhidmatan mesin fotostat dan faks memainkan peranan
yang besar dalam pembangunan bahan-bahan mengajar untuk P&P. Guru-guru dapat
membuat salinan lembaran kerja bagi setiap murid di dalam kelas.
Seperti yang dimaklumkan, pihak sekolah tidak memandang remeh segala maklum balas
yang diterima daripada ibu bapa. Pihak sekolah sentiasa mencuba untuk bertindak serta
merta apabila sesuatu perkara perlu diselesaikan antara kedua-dua belah pihak. Ini kerana
hak mereka sebagai pelanggan perlu dijaga supaya kualiti pendidikan yang ditawarkan oleh
sekolah dapat dipertingkatkan.
Kelemahan
Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kemudahan perkhidmatan yang disediakan di
dalam bilik guru adalah terhad. Terdapat dua mesin pencetak yang disediakan, tetapi tiada
mesin fotostat untuk guru-guru gunakan bagi membuat salinan lembaran kerja.
Seperti yang dimaklumkan, pihak sekolah tidak memandang remeh segala maklum balas
yang diterima daripada ibu bapa. Pihak sekolah sentiasa mencuba untuk bertindak serta
merta apabila sesuatu perkara perlu diselesaikan antara kedua-dua belah pihak. Ini kerana
29

hak mereka sebagai pelanggan perlu dijaga supaya kualiti pendidikan yang ditawarkan oleh
sekolah dapat dipertingkatkan.
Pemancar LCD jarang digunakan oleh guru-guru termasuk saya mungkin kerana ia
memakan masa yang banyak untuk disiap sediakan. Secara umumnya, pengurusan
teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah ini adalah baik. Namun begitu, terdapat
beberapa aspek yang boleh dibaik pulih bagi memantapkan lagi pengurusan ICT. Pada
pendapat saya, guru-guru boleh diberi pendedahan tentang cara-cara menggunakan
pemancar LCD di dalam kelas secara maksima dan berkesan. Selain itu, saya
mencadangkan supaya pemantauan dan penambahbaikan fasiliti komputer dilakukan
dengan lebih kerap supaya kemudahan akses kepada ICT dapat dipertingkatkan.
Pengurusan ICT yang baik akan malancarkan perjalanan P&P, sekaligus memajukan lagi
pembangunan sekolah ini.
Sekolah juga boleh mewujudkan blog atau laman web supaya ibu bapa dapat sama-sama
menyaksikan pencapaian murid-murid secara virtual. Dengan cara tersebut, ibu bapa dapat
menonton video atau melihat gambar anak-anak mereka di samping memberi pendapat.
Sekolah ini mempunyai blog tetapi ia kurang diaktifkan. Selain itu, pihak sekolah juga boleh
menampal gambar-gambar penglibatan murid di papan kenyataan di sekolah untuk tontonan
ibu bapa. Secara tidak langsung, mereka akan lebih menghargai pencapaian sekolah dalam
mendorong anak-anak mereka menjadi murid yang berjaya.



30


















Bahagian 5: Lampiran
Berkaitan

Anda mungkin juga menyukai