Anda di halaman 1dari 35

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana telah memberikan kekuatan untuk saya menjalankan program ini. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pentadbir SJK(T) Ladang Batu Ampat yang memberikan sepenuh kerjasama untuk saya menjalani program ini dengan baik. Saya berharap agar folio ini dapat memberikan saya gambaran yang lebih baik tentang tugas-tugas guru, terutamanya dalam bidang bimbingan dan kaunseling yang bakal saya lalui.

Sekian.

PENGENALAN

Secara global, faktor guru sering dikaitkan secara signifikan dengan kualiti pendidikan yang dicerminkan melalui peningkatan pencapaian akademik murid. Faktor guru juga banyak diperkatakan dalam keperluan Pendidikan Abad ke-21 yang menghadapi pelbagai perubahan dan keperluan. Seiring dengan keperluan pendidikan abad ke-21 peranan utama Bahagian Pendidikan Guru (BPG) adalah sebagai: i. ii. iii. iv. badan pengawal kualiti pendidikan guru; badan profesional keguruan; memastikan pemantapan kualiti pengajaran dan pembelajaran; dan merancang dan menyelaras pelaksanaan 15 inisiatif Makmal NKRA Kualiti Guru.

Oleh yang demikian, BPG sebagai peneraju utama dalam pendidikan gurubertanggungjawab merealisasikan hasrat negara dalam melahirkan insan guru yangberkualiti. Sehubungan itu, BPG perlu membangunkan satu Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) yang berstruktur dan komprehensif dalam merealisasikan agenda barupendidikan yang berkaitan dengan melahirkan guru yang berkualiti dan relevan dengankeperluan pendidikan kini dan akan datang. PPGB merupakan salah satu daripada lima belas (15) inisiatif yang telah dirancang dan dicadangkan dalam Makmal NKRA Kualiti Guru yang telah diadakan di BPG pada 8 Mac2010 hingga 2 April 2010. YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah bersetuju terhadap cadangan semua inisiatif meningkatkan kualiti guru pada 2 April2010. PPGB ini akan memberikan kesan yang positif terhadap sekolah, guru dan murid. Melalui program pembangunan yang berkesan, budaya kerja cemerlang dapat diterapkan kepada GB agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara lebih sistematik. GB akan dibimbing oleh guru berpengalaman serta pihak pentadbir sekolah untuk melaksanakan pembelajaran dan pengajaran (P&P) dengan lebih berkesan dan profesional. Justeru, satu modul yang komprehensif telah dibangunkan dan dijadikan panduan untuk diguna pakai oleh semua pihak yang terlibat ke arah memartabatkan profesion keguruan, khasnya GB dinegara ini. Pelaksanaan PPGB ini dijalankan berasaskan sekolah oleh pentadbir sekolah dengan bantuan guru berpengalaman (senior teachers).

Definisi Program Pembangunan Guru Baharu Menurut Huling-Austin (1990), PPGB merupakan planned programmes intended to providesome systematic and sustained assistance, specifically to beginning teachers for at least oneschool year . BPG mendefinisikan PPGB sebagai satu program pe006Dbelajaran melalui bimbingan yang berstruktur berasaskan sekolah untuk menyokong pembangunan profesionalisme GB bagi meningkatkan kualiti guru dalam profesion keguruan. PPGB merupakan proses sosialisasi kepada profesion keguruan yang dapat membantu GB membuat penyesuaian antara ilmu dan kemahiran yang sedia ada dengan prosedur, sistem sekolah dan penguasaan pengajaran yang berkesan dan kemahiran pengurusan bilik darjah.

Rasional Walaupun sistem latihan perguruan di Malaysia merupakan antara yang terbaik di dunia,namun satu program yang formal untuk membimbing GB yang baru ditempatkan di sekolahperlu dilaksanakan. Ironinya, banyak hasil kajian menunjukkan tahun pertama merupakan tahun yang paling mencabar untuk GB (Humphrey et al., 2007;Norasmah et al., 2007;Russell, 2006). Masalah utama yang dihadapi oleh GB yang baru ditempatkan di sekolah adalah untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran bilik darjah sebenar. Di samping itu, GB perlu dibimbing untuk melaksanakan tanggungjawab memenuhi keperluan kumpulan murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang (Bartell, 2005). Kursus praperkhidmatan yang dilalui oleh GB hanya merupakan asas untuk guru memahami konsep dalam P&P dan tidak dapat menyediakan mereka untuk menghadapi realiti sebenar dalam bilik darjah. Di samping itu, seseorang guru harus terus meningkatkan pengetahuan masing-masing selaras dengan perkembangan dunia pendidikan semasa. GB perlu dibimbing untuk mengaplikasi semua pengetahuan yang diperoleh ini secara berkesan kerana kualiti pengajaran guru merupakan faktor penyumbang utama kepada pembelajaran murid (Laura et al., 2006). Guru yang berkualiti akan menghasilkan murid yang berkualiti. Guru sebagai pemangkin utama kecemerlangan murid perlu diberi pendedahan tentang pelbagai pendekatan danprogram penambahbaikan secara langsung melalui program pembangunan. Dengan caraini, profesionalisme GB itu dapat ditingkatkan bermula daripada peringkat awal ketika guru tersebut ditempatkan di sekolah buat kali pertama.

Kajian-kajian lepas menunjukkan peningkatan dalam profesionalisme guru berjaya memberikesan yang positif dari segi peningkatan ilmu dan amalan guru di sekolah, seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah (David et al., 2003). Hasil kajian menunjukkan bahawa guru yang melalui program pembangunan sepanjang tahun pertama mereka ditempatkan di sekolah, didapati menunjukkan kualiti pengajaranyang lebih tinggi dan seterusnya mampu meningkatkan kualiti pembelajaran murid(Humphrey et al., 2007). Program pembangunan menggunakan pendekatan pementoran untuk membimbing GP telahpun diterapkan dalam profesion keguruan di negara-negaramaju untuk meningkatkan kualiti GB. Amalan ini seharusnya dilaksanakan untuk meningkatkan profesion keguruan di negara ini. Tambahan pula, pendidikan yang bersifat dinamik dan global memerlukan guru yang bersedia meningkatkan kualiti dan mutu pendidikan secara berterusan. Program pembangunan menggunakan pendekatan pementoran didapati mampu memberikesan yang positif terhadap GB yang kurang berpengalaman. GB yang telah didedahkan dengan program ini didapati dapat meningkatkan kualiti pembelajaran murid hasil peningkatan kemahiran dan kualiti pengajaran guru itu sendiri (Duke et al., 2006). Disamping itu, program pembangunan juga dapat meningkatkan hubungan kolaboratif antara GB dengan semua pihak di sekolah. Kebanyakan GB mengalami kejutan transisi apabila ditempatkan di sekolah kerana mendapati latihan perguruan adalah berbeza sama sekali dengan situasi yang mereka laluisemasa mengikuti latihan perguruan dan latihan amali (Norasmah et al., 2007). GB seringkali menghadapi masalah kerana suasana pengajaran dan pembelajaran, persekitaran sekolah serta latar belakang murid adalah unik dan kompleks dan tidak sama dengan pengalaman yang mereka lalui semasa mengikuti kursus perguruan. GB menghadapi masalah bukan sahaja dalam mengendalikan aktiviti dalam bilik darjahdengan berkesan malah turut merasa sukar untuk bertindak secara proaktif dalam aktiviti kokurikulum dan pentadbiran. Konsep Pendidikan Guru Yang Bersepadu menyarankan satu program perkembangan guru yang berterusan harus bermula daripada latihan perguruan praperkhidmatan, program pembangunan sewaktu guru mula ditempatkan, dan seterusnya program perkembangan berterusan sehingga seseorang guru itu bersara (Mohammed Sani,2002). Hasil kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) menunjukkan penurunan dalam pencapaian murid Malaysia berbanding negara lain seperti Hong Kong,Singapura dan Korea Selatan (Jabatan Perdana Menteri, 2009). Pada masa yang sama,kajian ini turut mendapati kejayaan murid dipengaruhi secara langsung oleh kualiti guru yang mengajar mereka. Keadaan ini mewujudkan satu keperluan untuk menawarkan satu program pembangunan yang komprehensif dan

bersepadu untuk membimbing dan melatih GB secara berterusan. Justeru, BPG selaku peneraju utama dalam pembangunan pendidikan serta peningkatan profesionalisme keguruan bertanggungjawab untuk menyediakan satu program pembangunan yang berkesan. Program ini bertujuan meningkatkan kualiti GB yang ditempatkan di sekolah bagi memastikan perluasan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua murid dapat direalisasikan.

Objektif Program Pembangunan Guru Baharu Objektif PPGB ini adalah untuk: i. ii. membantu GB menyesuaikan komunitisekolah; diri dengan budaya, persekitaran, dan

menyediakan bimbingan yang berkesan untuk GB dalam melaksanaan amalan pengajaran sepanjang proses transisi mereka daripada pelajar kepada pengajar; meningkatkan pengetahuan tentang aspek penilaian dan pentaksiran di sekolah; meningkatkan kualiti pengajaran GB dan pembelajaran murid; menyediakan bimbingan yang berkesan untuk GB melaksanakan aktiviti kokurikulum; meningkatkan pengetahuan GB tentang aspek sosialisasi organisasi dan hal ehwal murid; meningkatkan amalan profesionalisme, kompetensi diri dan efikasi kendiri GB; membangunkan kerjasama secara kolaboratif antara GB dengan semua pihak (stakeholders).

iii. iv. v. vi. vii. viii.

Hasil Pembelajaran i. ii. iii. iv. meningkatkan kualiti pembelajaran murid dan pengajaran guru; melaksanakan amalan pengajaran sebagai pendidik dengan berkesan; meningkatkan pengetahuan tentang aspek penilaian dan pentaksiran disekolah; meningkatkan amalan profesionalisme, kompetensi diri dan efikasi kendiri;

v. vi. viii.

menyesuaikan diri dengan budaya persekitaran dan komuniti sekolah; melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan berkesan;vii.lebih berpengetahuan tentang aspek sosialisasi organisasi dan hal ehwalmurid; dan menjalin kerjasama secara kolaboratif dengan semua pihak(stakeholder)yang terlibat di sekolah.

1.0 BIODATA GURU BAHARU

BIODATA DIRI

1.1 Maklumat Diri

Nama No Kad Pengenalan Kursus dan ambilan Opsyen Alamat Rumah Nombor Telefon Bangsa Jantina Status Perkahwinan Kelayakan Akademik Kelayakan Iktisas

: Athiletchumy a/p Ramudu : 880131-08-6552 : PISMP ambilan Januari 2008 : Sains : No, 40 Jalan Luhur 25/31, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam. : 016-3108084 : India : Perempuan : Bujang : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) : Sarjana Muda Perguruan

2.0 PROFIL SEKOLAH

2.1 Maklumat Asas Sekolah

Kod sekolah Nama sekolah Alamat sekolah

: BBD0060 : SJK(T) LADANG BATU AMPAT : SJK (T) LADANG BATU AMPAT, JALAN KOTA RAJA, 41000 KLANG.

JPN PPD Status No Telefon No Fax Sesi Jenis Bantuan Jenis Murid Bahasa Pengantar Jenis Asrama Lokasi

: Jabatan Pelajaran Negeri Selangor : PPD KLANG : Beroperasi : 03-51619703 : 03-51619703 : Pagi dan Petang : Sekolah Bantuan Kerajaan : Lelaki dan Perempuan : Bahasa Tamil : Tiada Asrama : Luar Bandar

LATAR BELAKANG SEKOLAH SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini didirikan pada tahun 1920 di Ladang Batu Ampat dan disertai oleh 30 murid dan seorang guru. Penyeliaan sekolah ini dilakukan oleh pengurusan estet. Akibat Pemerintahan Jepun, sekolah ini ditutup pada tahun 1941 hingga 1944. Keseluruhan bangunan sekolah ini dibakar oleh komunis pada tahun 1951. Pada 29 hb.Jun 1951 Ladang Batu Ampat dijual dan sebelum jualannya, pihak pengurusan estet ini telah memperuntukan sebuah bangunan di Lot 10423, Geran 20033, Mukim dan Daerah Klang sebagai gantian sekolah yang terbakar. Bangunan ini yang merupakan kediaman pengurus estet diubahsuai untuk dijadikan sekolah. Kawasan sekolah meliputi 6.725 ekar dan terletak 4 batu daripada bandar Klang.

Pada tahun 1951, En. Lim Tock Swee dan rakan-rakan telah membeli seluruh kawasan ini termasuk tapak sekolah dan pada tahun 1959 tanah ini dipinda milik kepada M/S Chong Hin Trading Co.

Pendaftaran murid pada tahun 1951 adalah seramai 60 murid dan 2 orang guru. Murid-murid ini adalah daripada Jalan Uganda, Teluk Menegun, Ladang Harun, Ladang Thangamaly, Bukit Naga dan Jalan Kebun. Pecahan murid-murid ini daripada beberapa kawasan di luar Ladang Batu Ampat adalah kerana tiada sekolah Tamil daripada Batu 1 hingga Batu 7, Jalan Kampung Jawa.

Mulai tahun 1962, pendaftaran murid telah meningkat kepada 183 dengan tenaga guru seramai 7 orang dan seorang tukang kebun. Pada tahun 1962, sekolah Tamil di Ladang Harun ditutup dan digabungkan dengan sekolah Tamil Batu Ampat.

Daripada tahun 1962-1975, mendiang guru besar En.K.Kalimuthu PJK dengan izin M/S Chong Hin Trading Co. Telah mendapat bantuan pihak JKR Klang untuk kerjakerja memperbaiki bangunan sekolah di dalam dan luar. Serentak dengan itu, JKR Klang telah mengeluarkan No: JKR 1416 kepada bangunan sekolah dan membina pagar sekeliling kawasan tapak sekolah.

Dengan Bantuan kewangan beberapa pihak terutama presiden MIC kebangsaan Dato Seri S. Samy Vellu, ADUN kawasan Kota Raja Dato M. Sellathevan, PIBG Lembaga Sekolah dan Persatuan Bekas Murid, 6 bilik darjah tambahan dibina di antara tahun 1988-1990.

Pada tahun 1995 dengan sokongan dan kerjasama YB. Tuan S.S. Rajagopal, ADUN kawasan Kota Raja merangkap Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor, kerja-kerja permulaan untuk bangunan baru ini dimulakan. Majlis upacara pecah tanah untuk tapak bangunan baru dilakukan oleh YAB. Menteri Besar Selangor dan disaksikan oleh keseluruhan Ahli EXCO Selangor, Pegawai Daerah Klang, ahli-ahli PIBG, ahli-ahli bekas murid dan orang ramai.

Bangunan baru ini dengan 5 bilik darjah dan pentas boleh diubahsuaikan sebagai Dewan Orang Ramai dan mampu memuatkan 1000 orang secara theatre sitting. Dengan tambahan bilik darjah baru ini, sekolah ini sekarang mempunyai 8 bilik darjah lama, 5 bilik darjah baru, 1 bilik guru besar, 1 bilik guru, 2 bilik setor, 1 pentas dan 1

kantin.Kos pembinaan bangunan baru ini sejumlah RM 180,000.00 dibiayai oleh YB. Tuan S.S. Rajagopal dan penderma-penderma. Pendaftaran murid pada tahun 1995 adalah seramai 450 murid manakala tenaga pengajar adalah sejumlah 23 orang.

2.2 Logo, Misi, Visi dan Piagam Sekolah

WAWASAN SEKOLAH Mewujudkan insan yang berakhlak mulia, masyarakat yang liberal, adil dan saksama serta melahirkan warisan kebudayaan melalui perkembangan individu yang seimbang dari segi rohani, intelek, jasmani dan emosi.

VISI Melahirkan anak murid Yang berilmulmu pengetahuan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

MISI Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan membentuk pelajar menjadi insan yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Meningkatkan kualiti pencapaian akademik.

Meningkatkan warga pendidik yang berwawasan

PIAGAM PELANGGAN Mewujudkan suasana sekolah yang bersih, baik,menarik dan penyayang serta kecemerlangan pelajar serta menjalin kemesraan dan kesopanan dengan ibubapa dan masyarakat. PRINSIP KERJA Banyak mendengar Buat apa yang wajib

Galakan inisiatif tempatan Yakin kita boleh

Menggunakankekuatan sendiri MOTO

Berdisiplin, Bersatu dan Berjaya Berdisiplin Mengamalkan disiplin setiap waktu demi melahirkan anak murid yang bertanggungjawab.

Bersatu Bersatu dalam segala aktiviti atau kerja amal dapat membentuk perasaan berperikemanusiaan serta mengeratkan lagi persahabatan. Berjaya Pucuk pimpinan yang berdisiplin serta kerjasama pastinya akan membawa kejayaan.

2.3 Carta Organisasi

2.4 Lampiran : i) Pelan sekolah ii) Takwim Sekolah

3.0 MAKLUMAT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH

GURU BESAR Bidang Tugas Guru Besar A. Pentadbiran: Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung dalam

segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru di sekolah sebagaimana berikut: 1. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya. 2. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi semua kakitangan di bawah jagaannya. 3. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan,

penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan. 4. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan kursus dalam jawatan. 5. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian kakitangan di sekolahnya. 6. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas kakitangan sekolahnya. 7. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan. 8. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan guru. 9. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas, dan Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya. 10. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di sekolah mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa. 11. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur dan sempurna. 12. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan ditetapkan itu berjalan dengan lancar. 13. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan sempurna dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. 14. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.

15. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. 16. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang melibatkan guru dan kakitangan. 17. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

B. Kewangan: 1. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan

perbelanjaan pembangunan. 2. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran yang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa. 3. Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber pendapatan dilaksanakan dengan sempurna. 4. Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang dilakukan oleh pihak sekolah. 5. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaun dan lainlain bagi guru dan kakitangan. 6. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit. 7. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit akaun sekolah secara teratur dan kemas. 8. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar sekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja. 9. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. 10. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan dengan teratur

dan kemas kini. 11. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit dan sebagainya. 12. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan sempurna mengikut peraturan yang ada. 13. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan menentukan bahwa semuanya itu berjalan lancar.

C. Pembangunan Fizikal Sekolah: 1. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya dilakukan dengan cara yang baik dan teratur. 2. Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasan sekolah dari semasa ke semasa. 3. Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yang diadakan di sekolah. 4. Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan dan pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya.

D. Pembangunan Kakitangan: 1. Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan bukan guru untuk pengayaan dirinya. 2. Mengadakan 'in house training', kolokium, mengambil kursus di luar, kursus dalam perkhidmatan ataupun mengadakan kursus-kursus untuk kakitangan di sekolahnya. 3. Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

E. Mengajar: 1. Mengajar sekurang-kurangnya sembilan waktu seminggu dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi Guru Besar.

F. Kurikulum: 1. Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan teratur, berkesan dan mengikut perancangan. 2. Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan berjalan mengikut peraturan. 3. Merancang dan memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum di sekolah berjalan dengan sempurna. 4. Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolahnya dengan menetapkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang berkenaan. 5. Menubuhkan panitia mata pelajaran atau Lembaga Kurikulum Sekolah untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya. 6. Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran jika difikirkan perlu. 7. Menubuhkan beberapa buah jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan perlu sebagai usaha untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah. 8. Menentukan kewujudan Pusat Sumber sekolah dan Guru Besar bertanggung-jawab terhadap perkembangan dan kemajuannya. 9. Membina 'Blue Print' sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan bidang akademik.

G. Ko-Kurikulum: 1. Memastikan penubuhan persatuan, dan kelab sukan dan permainan dan pasukan-pasukan unit pakaian seragam.

2. Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik, teratur dan sempurna dengan susunan program yang lengkap, sesuai & praktikal. 3. Menentukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum seperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan juga pasukan unit berunifom.

H. Hal Ehwal Pelajar: 1. Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan bahawa

pelaksanaannya berjalan dengan berkesan. 2. Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah yang praktikal untuk dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar. 3. Menubuhkan sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada pelajar yang cergas, baik dari segi tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus dalam akademik dan sukan. 4. Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undang-undang dan Lembaga Pengawas dilaksanakan dengan baik, sempurna dan adil. 5. Untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan para pelajar, perkhidmatan yang berikut perlu diwujud dan dilaksanakan di sekolah dengan baik, iaitu:- (Bimbingan dan kaunseling, kesihatan, biasiswa dan dermasiswa, keselamatan, riadah dan sistem mentor menti).

I. Pengawasan Dan Penyeliaan: 1. Menjadi tugas dan tanggungjawab Guru Besar untuk membuat penyelidikan terhadap perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya. 2. Menjadi tugas Guru Besar untuk mengawasi dan melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, pengurusan, kewangan, pembangunan fizikal, kemajuan kakitangan pengajaran pembelajaran, kurikulum, ko-kurikulum dan dalam hal ehwal pelajar. 3. Bertanggungjawab dalam memberi bimbingan kepada Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan KO serta Penyelia Petang dalam pelaksanaan

tugas-tugas mereka. 4. Guru Besar memberi bimbingan yang diperlukan kepada kakitangan bukan guru dalam melaksanakan tugas-tugas mereka. 5. Memberi bimbingan kepada guru-guru dalam semua bidang tugas dan pengajaran mereka agar ianya menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan. 6. Pengawasan dan penyeliaan ini adalah untuk penilaian prestasi mereka yang akan dibuat pada setiap hujung tahun.

GURU PENOLONG KANAN 1

A. Bidang Tugas: 1. Melaksana dan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab Guru Besar semasa ketiadaannya di sekolah. 2. Mengajar sebilangan daripada waktu mengikut arahan Guru Besar yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

3.

Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal yang berhubungkait dengan kurikulum, pentadbiran dan pengurusan sekolah, hubungan dengan masyarakat dan juga keselamatan.

4.

Membantu Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang.

5.

Memberi segala bantuan kepada Guru Besar dalam tugas menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

6.

Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan program dan projek sekolah.

B. Senarai Tugas: 1. Memastikan pelaksanaan semua kursus pengajian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. 2. Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, semester dan lain-lainnya berjalan dengan lancar dan berkesan. 3. Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran itu dilaksanakan secara teratur dan baik. 4. Membantu dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel. 5. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan itu dilakukan dengan baik. 6. Membantu dan membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru praktikum dan guru-guru yang baru mengajar dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka. 7. Membuat kajian terhadap segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum dan mencadangkan tindakan susulan. 8. Membantu dalam merancang dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan dengan ujian, peperiksaan, penilaian dan menyarankan tindakan susulan.

9.

Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan yang ada di sekolah.

10.

Menyelaraskan segala program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

11.

Membantu dalam menentukan buku-buku teks, bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan di samping menentukan kesesuaiannya.

12.

Menyusun jadual waktu kelas dan guru dan menyediakan jadual waktu gantian bagi guru yang sakit dan mereka yang ditimpa kemalangan dan mengalami kecemasan.

C. Pentadbiran: 1. Membantu bagi menentukan beban tugas guru dan kakitangan bukan guru sekolah adalah adil dan saksama. 2. Membantu dan menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru sekolahnya. 3. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data, maklumat dan juga perangkaan yang diperlukan dari semasa ke semasa. 4. Membantu merancang takwin sekolah dan dalam menentukan program aktiviti sepanjang tahun. 5. 6. Membantu menyelia kerja-kerja semua guru dan kakitangan bukan guru. Membantu dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dalam menentukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. 7. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk audit tahunan yang teratur bagi sekolahnya. 8. Menyelaras bagi semua pungutan yuran seperti wang runcit, sewa, asrama, sukan dan permainan dan sebagainya. 9. Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah dengan memberi pandangan terhadap salah laku pelajar dengan mengambil bahagian cergas dalam mesyuaat dan juga

perbincangan. 10. Menandatangani semua cek sekolah bersama-sama dengan Guru Besar dan juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru.

D. Kebersihan Dan Keindahan Sekolah: 1. Membantu dalam merancang dan menyedia program bagi kebersihan dan keindahan sekolah. 2. Memastikan bahawa program keceriaan sekolah dilaksanakan dengan jayanya oleh mereka yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya.

E. Keselamatan: 1. 2. Merancang segala langkah keselamatan sekolah bersama-sama dengan Guru Besar. Merancang dan melaksanakan bersama-sama dengan Guru Besar, latihan mencegah kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya.

F. Kantin: 1. Membuat penyeliaan kantin sekolah bersama-sama dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

G. Buku Teks: 1. Menentukan pemilihan dan penggunaan semua buku teks dan juga buku rujukan sekolah.

H. Tugas-Tugas Lain: 1. Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana persatuan/kelab di sekolah sebagaimana yang

ditentukan oleh Guru Besar sekolah dari semasa ke semasa. 2. Mewakili Guru Besar dalam berbagai-bagai upacara dan majlis rasmi yang diadakan di luar sekolah sama ada oleh PPD, JPN, Kenterian Pendidikan ataupun yang dianjurkan oleh masyarakat setempat. Melaksanakan segala arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

GURU PENOLONG KANAN HEM Bidang Tugas :

1. Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan 1 (Pent.) 2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua. 3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan

kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah serta penyeliaan asrama. 4. Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam perkara-perkara di atas. 5. Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN HEM

Pembangunan Diri Pelajar. Disiplin 1. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai nilai murni 2. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan 3. Menjadi penasihat Lembaga Pengawas Sekolah. 4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar tatatertib dan salah laku. 5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan pelajar. 6. Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/ penjaga.

Program Perlindungan Pelajar. 1. Meracang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain diperingkat sekolah. 2. Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan.

Kesihatan 1. Menguruskan kemudahan rawatan pelajar. 2. Memastikan program-program kesihatan pelajar semasa berada di sekolah

dilaksanakan 3. Menyelaraskan penyeliaan kantin sekolah. 4. Menyelaras aktiviti kesihatan pelajar. Skim Pinjaman Buku Teks 1. Menyelaraskan pengeluaran, data pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks. 2. Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku SPBT.

3. Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan SPBT.

Biasiswa dan Bantuan. 1. Menyelenggarakan Perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan. 2. Mengemaskinikan rekod biasiswa dan bantuan 3. Menguruskan tuntutan bayaran biasiswa pelajar.

Pengurusan 1. Menguruskan dan mengemaskinikan buku rekod pendaftaran pelajar. 2. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar. 3. Menguruskan pertukaran pelajar. 4. Menyemak buku kedatangan harian pelajar. 5. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran Sijil Berhenti Sekolah. 6. Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah 7. Membantu merancang takwim sekolah.

Ko-Kurikulum Sukan dan Permainan

1. Membantu merancang , melaksanakan dan menyelia kegiatan sukan dan permainan pada semua perigkat. 2. Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah. Kelab/Persatuan 1. Menyelaraskan dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak Unit Beruniform 1. Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan unit beruniform tersebut di peringkat sekolah. akademik.

Pembangunan Organisasi 1. Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/ penjaga. 2. Mengadakan kursus/ latihan untuk personal. Pembangunan Kendiri 1. 2. Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu. Menghadiri seminar, kursus dan bengkel

3. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah. 4. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan.

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Bidang Tugas: Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar/PK Pentadbiran/ PK HEM

Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam aspek pengurusan kokurikulum Menyelia dan menilai aktiviti Kokurikulum sekolah

Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan kokurikulum sekolah

SENARAI TUGAS (KOKURIKULUM) BIDANG PERSATUAN / KELAB


Merancang kegiatan persatuan dan kelab Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab Menyelia kegiatan persatuan dan kelab Menyelaras aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah

UNIT BERUNIFORM

Merancang kegiatan persatuan dan kelab Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab Menyelia kegiatan persatuan dan kelab Menyelaras aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah

SUKAN DAN PERMAINAN


Merancang kegiatan persatuan dan kelab Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab Menyelia kegiatan persatuan dan kelab Menyelaras aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah

PENTADBIRAN Menyelaras proses penubuhan kelab dan persatuan/Sukan dan permainan serta unit pakaian seragam Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum Menyediakan anggaran perbelanjaan pengurusan kokurikulum Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam kokurikulum yang diambil Membantu sekolah dalam segala jenis pengelolaan atau penganjuran dalam program yang melibatkan kokurikulum

Menyelaras Hari-Hari Perayaan dan Upacara Sekolah Menyelaras pengagihan murid mengikut aktiviti dalam kegiatan kokurikulum untuk meningkatkan tahap pencapaian Mengurus alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum Memastikan rekod dan data kokurikulum dilengkap dan dihantar satu salinan ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Mengurus kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang kokurikulum Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan menyusun serta merancang latihan untuk mereka Menyelaras tuntutan Skim Takaful Malaysia Berhad bagi kes-kes kamalangan yang layak dituntut Merancang aktiviti kokurikulum untuk aktiviti selepas peperiksaan dan semasa cuti sekolah (jika perlu)

TUGAS-TUGAS LAIN Menganggotai Jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa Melaksanakan arahan dan tugas yang diamanahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa

4.0 PENCAPAIAN SEKOLAH 5.0 SENARAI JAWATAN DAN BIDANG TUGAS GURU BAHARU 5.1 Jawatan Kurikulum : guru matapelajaran Bahasa Inggeris,Guru matapelajaran

Sains, guru matapelajaran Bahasa Melayu,setiausaha panitia pendidikan jasmani 5.2 Jawatan Kokurikulum AJk bulan sabit merah, ajk persatuan rukun Negara, ajk bola jaring 5.3 Jawatan Hal Ehwal Murid (HEM) 5.4 Jawatan Pengurusan dan Pentadbiran (jika berkaitan)penolong setiausaha pusat sumber 5.5 Tugas-tugas Lain bendahari sukan tahunan 5.6 Lampiran : i) Carta Organisasi Panitia Mata Pelajaran, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid ii) Jadual Waktu Mengajar/ Jadual Aktiviti 6.0 LAPORAN FASA ORIENTASI 6.1 Laporan Harian/Mingguan (LAMPIRAN A) 6.2 Lampiran : i) Bahan Edaran ii) Pamphlet/Brosheur/Buku Program 7.0 LAPORAN AKTIVITI PEMENTORAN 7.1 Laporan Aktiviti/ Sesi Perjumpaan@Bimbingan/ Program (LAMPIRAN C) 7.2 Laporan Kajian Tindakan (LAMPIRAN B) 7.3 Lampiran : i) Bahan Edaran ii) Risalah/ Buku Program 8.0 REFLEKSI DAN PENILAIAN PPGB 8.1 Refleksi Umum (pandangan, perasaan, harapan dan lain-lain) Kebanyakan bilik darjah tidak dilengkapi dengan pemancar LCD. Sekolah ini turut dilengkapidengan kemudahan perkhidmatan yang baik dari segi perkhidmatan untuk guru dan jugauntuk murid. Contohnya kemudahan mesin fotostat dan faks. Staf-staf sokongan di pejabatbanyak membantu guru-guru dalam mengendalikan kerja-kerja yang memerlukan mesintersebut.Ibu bapa atau penjaga boleh berhubung dengan pihak sekolah secara bersemuka, melaluitelefon. Pihak sekolah sentiasa menitikberatkan pandangan serta pendapat ibu bapa keranaia merupakan tanggungjawab sekolah untuk mendidik dan menjaga keselamatan anakmereka. Sebagai contoh, semasa mesyuarat agung PIBG yang diadakan semua usul yangdikemukan oleh ibu bapa telah dibincang bersama untuk kepentingan kedua-dua belah pihakiaitu pihak penjaga dan pihak sekolah. 8.2 Kekuatan/ Kelemahan/ Kekangan/ Halangan/ Isu-isu Berbangkit

Kekuatan

Pada pendapat saya, kemudahan perkhidmatan mesin fotostat dan faks memainkanperanan yang besar dalam pembangunan bahan-bahan mengajar untuk P&P. Guru-gurudapat membuat salinan lembaran kerja bagi setiap murid di dalam kelas.Seperti yang dimaklumkan, pihak sekolah tidak memandang remeh segala maklum balasyang diterima daripada ibu bapa. Pihak sekolah sentiasa mencuba untuk bertindak sertamerta apabila sesuatu perkara perlu diselesaikan antara kedua-dua belah pihak. Ini keranahak mereka sebagai pelanggan perlu dijaga supaya kualiti pendidikan yang ditawarkan olehsekolah dapat dipertingkatkan.

Kelemahan Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kemudahan perkhidmatan yang disediakan didalam bilik guru adalah terhad. Terdapat dua mesin pencetak yang disediakan, tetapi tiadamesin fotostat untuk guru-guru gunakan bagi membuat salinan lembaran kerja.Seperti yang dimaklumkan, pihak sekolah tidak memandang remeh segala maklum balasyang diterima daripada ibu bapa. Pihak sekolah sentiasa mencuba untuk bertindak sertamerta apabila sesuatu perkara perlu diselesaikan antara kedua-dua belah pihak. Ini kerana hak mereka sebagai pelanggan perlu dijaga supaya kualiti pendidikan yang ditawarkan oleh sekolah dapat dipertingkatkan.Pemancar LCD jarang digunakan oleh guru-guru termasuk saya mungkin kerana iamemakan masa yang banyak untuk disiap sediakan. Secara umumnya, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah ini adalah baik. Namun begitu, terdapat beberapa aspek yang boleh dibaik pulih bagi memantapkan lagi pengurusan ICT.

8.3 Cadangan Pada pendapat saya, guru-guru boleh diberi pendedahan tentang cara-cara menggunakan pemancar LCD di dalam kelas secara maksima dan berkesan. Selain itu, saya mencadangkan supaya pemantauan dan penambahbaikan fasiliti komputer dilakukan dengan lebih kerap supaya kemudahan akses kepada ICT dapat dipertingkatkan.Pengurusan ICT yang baik akan malancarkan perjalanan P&P, sekaligus memajukan lagipembangunan sekolah ini.Sekolah juga boleh mewujudkan blog atau laman web supaya ibu bapa dapat sama-samamenyaksikan pencapaian murid-murid secara virtual. Dengan cara tersebut, ibu bapa dapat menonton video atau melihat gambar anak-anak

mereka di samping memberi pendapat.Sekolah ini mempunyai blog tetapi ia kurang diaktifkan. Selain itu, pihak sekolah juga bolehmenampal gambar-gambar penglibatan murid di papan kenyataan di sekolah untuk tontonan ibubapa. Secara tidak langsung, mereka akan lebih menghargai pencapaian sekolah dalam mendorong anak-anak mereka menjadi murid yang berjaya.

9.0 LAMPIRAN BERKAITAN 9.1 Pekeliling 9.2 Dasar-dasar KPM (NKRA, KPI)

1.2 Lampiran : i) Salinan Surat Penempatan/ Lantikan ii) Salinan Borang Pengesahan Melapor Diri iii) Salinan Borang Maklumat Diri iv) Salinan Sijil-sijil Akademik dan Ikhtisas

Anda mungkin juga menyukai