Anda di halaman 1dari 8

TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK

1.0 Pengenalan

Gambar 1: Komponen Standard Guru Malaysia (SGM)

Peningkatan mutu dan kualiti pendidikan di Malaysia dipengaruhi oleh beberapa


faktor antaranya ialah perkembangan isu pendidikan di zaman globalisasi yang sangat pesat
dan dinamik. Revolusi dan tranformasi pendidikan ini bukan hanya terjadi di luar negara,
sebaliknya negara kita juga tidak terkecuali untuk terkena tempiasnya seperti laluan kerjaya
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang boleh dikembangkan lagi dengan penerapan
nilai kelestarian global mengikut Matlamat Pembangunan Lestari (Standard Development
Goal, SDG). Justeru itu, perubahan-perubahan ini juga menjadi pemangkin untuk memacu
profesion keguruan supaya menjadi lebih profesional kerana pendidikan merupakan tunjang
yang sangat signifikan dalam menentukan kualiti masyarakat Malaysia[CITATION Sam17 \l
1033 ]. Oleh hal yang demikian guru yang profesional dalam profesion keguruan amatlah
diperlukan lebih lebih lagi guru yang mendukung Standard Guru Malaysia (SGM) dengan
penuh etika. SGM merupakan satu panduan berangka yang menggariskan beberapa aspek
kompentesi profesional keguruan yang patut dicapai oleh guru antaranya dari segi Standard
dan Keperluan yang patut disediakan oleh agensi & institusi latihan perguruan bagi
membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan seperti yang ditunjukkan
dalam Gambar 1. Oleh itu, guru yang profesional perlulah mencapai Standard 1 iaitu Amalan
Nilai Profesionalisme Keguruan, Standard 2 yang merangkumi Pengetahuan dan
Kefahaman serta Standard 3 iaitu Kemahiran PdP supaya dapat bergerak seiring dengan
transformasi pendidikan yang semakin meluas. Sebagai contoh, guru yang bepegang teguh
dengan domain diri, domain profesion dan domain sosial akan mempunyai nilai
profesionalisme keguruan yang tinggi sebagai jati dirinya [ CITATION Bah09 \l 1033 ].

2.0 Pelan Pembangunan Kerjaya Diri

Gambar 2: Peranan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Mengikut Gred

Secara lumrahnya setiap individu pasti menginginkan perkembangan dalam


kehidupannya lebih lebih lagi dari aspek perkembangan kerjaya kerana sudah pastinya kita
ada fokus yang hendak dicapai. Namun untuk mencapai fokus dalam bidang kerjaya itu
lebih-lebih lagi sebagai seorang PPP ataupun guru, terdapat beberapa perkara yang
perlulah dirangka dan dirancang terlebih dahulu bagi memastikan sasaran kerjaya tersebut
berjaya digapai dalam tempoh masa yang dianggarkan (Bahagian Pendidikan Guru, 2016).
Oleh yang demikian pelan pembangunan kerjaya diri yang dirancang dengan baik dapat
meningkatkan potensi diri bagi mana-mana guru novis yang ingin mengembangkan kerjaya
menjadi seorang guru besar.

2.1 DG 41 (Pelaksana)

Sebagai PPP yang baru menjawat jawatan awam, seorang guru yang mempunyai
tahap pendidikan setinggi Ijazah Sarjana Muda Perguruan akan berada pada gred DG 41
sebaik sahaja disahkan jawatan. Oleh yang demikian, guru tersebut akan digelar sebagai
pelaksana dalam pelan pembangunan kerjaya dirinya. Bagi mengembangkan kerjaya untuk
ke gred seterusnya iaitu DG 44, terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan dan
dilengkapkan mengikut laluan kerjaya yang ingin diambil. Antara laluan yang boleh diambil
ialah dengan menjadi Guru Cemerlang yang menerapkan Sains dalam salah satu daripada
Matlamat Pembangunan Lestari seperti Quality Education semasa merancang Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP). Contoh aktiviti yang boleh dilakukan sebagai seorang pelaksana
bergred DG 41 ialah menjadi mentor dalam melaksanakan bimbingan ataupun coaching &
mentoring dan mengambil tindakan susulan bagi memastikan matlamat Quality Education
dapat dicapai dalam komuniti sekolah dan sekolah lain yang berdekatan. Sebagai contoh,
bagi memastikan pendidikan secara inklusif dan berkualiti dapat diberikan oleh guru, guru
tersebut boleh melaksanakan inovasi mencipta alat menggunakan teknologi internet
ataupun bahan maujud yang boleh membantu mengurangkan masalah murid-murid yang
kurang kemahiran dari segi membaca dan mengira daripada terus meningkat. Melalui cara
ini, guru boleh mengadakan perbincangan dengan guru-guru dan melatih guru lain untuk
menghasilkan idea inovasi dalam PdP kerana supaya setiap murid dapat mencapai akses
pendidikan yang berkualiti. Oleh yang demikian, guru tersebut juga hendaklah memupuk
nilai sentiasa berusaha untuk mempelajari benda baharu yang di luar kebiasaan terhadap
guru-guru lain seperti aplikasi di internet mahupun pedagogi baharu menggunakan objek
maujud selaras dengan Standard Guru Malaysia yang menekankan guru untuk sentiasa
melengkapkan diri dengan ilmu perguruan.

2.1 DG 44 (Penggerak)

Sebagai Guru Cemerlang yang bergred DG44 yang ingin meneruskalan lagi kerjaya
ke peringkat seterusnya, guru tersebut mestilan menjadi seorang pakar rujuk dalam
bidangnya, mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar serta mahir dalam
kemahiran ICT. Bukan sahaja pelaksana, guru tersebut juga perlulah menjadi penggerak
kepada kemajuan pendidikan negara dengan berupaya menjana idea baharu dan berkongsi
idea tersebut dengan rakan sejawat yang lain serta menyediakan tindakan susulan bagi
sesuatu pembaharuan. Sebagai contoh, hasil data daripada inovasi PdP tersebut boleh
digunakan untuk membuat kajian tindakan atau tinjauan untuk menyumbang kepada
pendidikan negara dan sebagai tindakan susulan kepada inovasi yang telah dihasilkan. Hasi
maklumat yang berjaya diperoleh boleh dikongsikan dengan pendidik yang lain supaya
boleh diaplikasikan di sekolah masing-masing. Melalui cara ini, pendidikan berkualiti bukan
hanya berlaku kepada murid-murid malahan berlaku juga kepada guru yang sentiasa
berusaha untuk melengkapkan diri dengan Amalan Profesionalisme Berterusan di dalam
SGM. Dalam pada itu, guru juga boleh mengadakan aktiviti untuk menguji tahap kemahiran
membaca dan menulis terhadap murid sekolahnya dengan mengaitkan aktiviti pembacaan
dengan wabak COVID-19. Misalnya, mengadakan aktiviti Membaca Berita Secara Atas
Talian yang berkisarkan tentang COVID-19 ataupun mana mana penyakit lain. Jadi
matlamat Good Health and Well Being dalam Matlamat Pembangunan Lestari juga dapat
dicapai kerana murid didedahkan dengan cara mengurangkan dan menghindarkan diri
daripada penyakit.

2.2 DG 48 (Pembimbing & Mentor)

Sebagai guru Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Siswazah (PPPS) DG 48, guru


sudah boleh memangku jawatan sebagai guru besar sesuai dengan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan [ CITATION Moh11 \l 17417 ]. Namun, perlu diingat bahawa
semakin tinggi jawatan yang dipegang, semakin besarlah tanggungjawab yang digalas
kerana sudah berada pada fasa pembimbing dan mentor bagi guru-guru lain. Oleh yang
demikian, terdapat beberapa peranan yang perlu dijalankan oleh guru tersebut antaranya
ialah mengenal pasti kekurangan sumber dalam bidang tugas. Sebagai contoh, sebagai
seorang Guru Besar yang prihatin dengan masalah tekanan dan stress yang dihadapi oleh
guru-guru di sekolahnya, Guru Besar tersebut boleh melaksanakan dan menghasilkan satu
ruangan istirehat di Taman Sains yang sentiasa diselenggara untuk menjadi lokasi bagi
guru-guru untuk berehat dan menenangkan fikiran. Melalui cara ini Guru Besar tersebut
bukan hanya menjadikan sekolah lebih cantik dan cukup fasiliti, malahan menjada kesihatan
mental guru-gurunya selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari iaitu Good Health and
Well Being. Antara tugas lain yang boleh dilaksanakan oleh Guru Besar ini juga ialah
membuat perancangan pelajaran dan aktiviti bagi menghasilkan suasana kondusif bagi
pembelajaran murid merentas pelbagai kebolehan pembelajaran sesuai dengan Teori
Kepelbagaian Kecerdasan dan juga boleh digunakan untuk mencapai matlamat Quality
Education di dalam SDG. Sebagai contoh, bagi pembelajaran Sains, tidak semua murid
suka mempelajari Sains dengan membaca dan bereksperimen. Ada juga yang suka
menghafal beberapa proses seperti fotosintesis, asid dan alkali serta jenis jenis haiwan
melalui mnemonik. nyanyian dan pergerakan. Jadi, Guru Besar tersebut boleh menyediakan
satu ruangan Sains yang dilengkapi dengan televisyen atau radio yang memaparkan lagu-
lagu, tarian mahupun nyanyian mnemonic tersebut pada waktu pagi,rehat dan waktu tamat
sesi persekolahan. Lebih bagus lagi untuk memupuk standard Kemahiran PdP dalam SGM
serta pencapaian nilai Quality Education, guru Sains sekolah itu sendiri yang diminta untuk
menyanyi dan direkodkan untuk ditayangkan di televisyen itu. Melalui cara ini, bukan hanya
potensi Guru Besar itu sahaja sebagai pembimbing dan penjana idea yang berjaya
dikembangkan, malahan bakat dan potensi guru-guru Sains di sekolah itu juga dapat
dikembangkan kerana boleh keluar dari zon selesa untuk mendidik anak murid mengikut
kebolehan murid-murid yang berbeza.
3.0 Isu, cabaran serta perundangan dalam kerjaya guru

Gambar 3: Isu-isu yang dihadapi oleh guru-guru sejak tahun 2008 hingga 2013.

Sebagai seorang penjawat awam yang berkhidmat untuk negara, guru atau pendidik
haruslah dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan bidang profesion
perguruan secara berterusan. Melalui sumbangan terhdap pendidikan negara, secara tidak
langsung, guru tersebut juga dapat memaksimumkan potensi dirinya namun perkara ini
dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya ialah kurang pengetahuan dan amalan yang
mengikut kod etika profesion keguruan itu sendiri serta kurang motivasi intrinsik dalam
menjadi guru yang berjiwa pendidik. Jika dilihat dalam Rajah mm, terdapat pelbagai isu dan
konflik yang timbul dalam komuniti guru sejak tahun 2008 sehingga 2013 dari masalah guru
yang tidak bertanggungjawab dengan masa perkhidmatan sehinggalah ke tahap
merosakkan masa depan anak muridnya sendiri dengan merogolnya. Oleh yang demikian,
dalam mengekalkan kemurnian dan keluhuran profesion perguruan, para guru perlu
berdepan dengan beberapa isu dan cabaran sebagai satu ujian dalam menjadi lebih
profesional.

Cabaran pertama yang harus didepani oleh para guru dalam mengharungi kerjaya
guru ialah berpegang utuh dengan kod etika profesion keguruan yang sepatutnya diamalkan
oleh segenap lapisan pendidik yang bercitra diri unggul. Apabila kod etika pofesion
keguruan tidak disemat di dalam sanubari, guru-guru akan terdoronng untuk melakukan
perkara perkara seperti ponteng kerja, curi tulang, membelasah murid, rasuah dan juga
merogol anak murid. Hal ini demikian kerana, kod etika profesion keguruan merupakan satu
mekanisme yang bertujuan menjadi benteng pertahan diri dan melindungi diri seseorang
guru itu daripada melakukan perkara perkara yang akan mencemarkan nama baik institusi
pendidikan dan tidak melambangkan jiwa seorang pendidik. Jadi sekiranya seseorang guru
itu tidak mengamalkan nilai yang terdapat dalam kod etika profesion keguruan seperti
bertanggungjawab, jujur dan komited, potensi serta kompetensi guru tersebut akan
merudum dan membuatkan institusi pendidikan yang sedang dibina dengan megah ini kian
runtuh. Profesion keguruan juga akan mula dipandang serong oleh lapisan masyarakat
kerana mereka sudah mempunyai tanggapan buruk dan memukul rata semua guru.
Sekiranya perkara ini terjadi, kemampuan guru tersebut untuk melaksanakan pendidikan
yang menyokong misi Qauality Education dalam Matlamat Pembangunan Lestari akan
diragui kerana dirinya sendiri tidak menjadi seorang pendidik yang berkualiti. Oleh yang
demikian, para guru perlulah kuat menepis dugaan dan cabaran yang melanggar kod etika
profesional keguruan kerana setiap perkara yang dilakukan oleh guru bukan sahaja
melambangkan jati diri sahaja malahan melambangkan profesionnya juga.

Cabaran lain yang dihadapi oleh para pendidik ialah kurangnya motivasi intrinsik
dalam diri untuk menjadi seorang pendidik yang cemerlang. Selain motivasi luaran, motivasi
dalaman juga amat diperlukan untuk menjadi guru yang sentiasa komited dengan tugasan
yang perlu dilaksanakan untuk mengembangkan potensi diri secara menyeluruh terutama
sekali sekiranya guru tersebut ingin mengembangka kerjayanya dalam profesion keguruan.
Namun demikian, reformasi dan pembaharuan kokurikulum dan kukurikulum sekolah dari
semasa ke semasa telah mengheret guru untuk berhadapan dengan pelbagai tugas yang
mencabar, berat, dan menguji kesabaran sehingga mereka merasa rasa terbeban dengan
tugas-tugas tersebut. Beban tugas guru yang semakin mencabar dan bertambah akan
mempengaruhi motivasi guru yang seterusnya akan memberi kesan terhadap keefisienan
kerja guru [ CITATION Arz18 \l 17417 ]. Oleh yang demikian, guru yang tidak mempunyai
motivasi intrinsik akan lebih mudah terdorong untuk melakukan perkara perkara yang
bertentangan dengan prinsip pegangan guru yang profesional. Contohnya, oleh kerana
terlalu burn out, guru tidak mempunyai semangat untuk menghasilkan kerja yang bermutu
tinggi kerana masalah beban kerja yang terlampau banyak, perlu menyiapkan kerja seperti
pemfailan serta bilangan murid dan kelas yang perlu diajar semakin bertambah membuatkan
guru berasa bodan penat dengan profesion keguruan. Sekiranya guru tersebut gagal
mengawal diri dan hanya membiarkan rasa bosan dan penat menguasai diri, kemungkinan
besar guru boleh melempiaskan amarahnya terhadap murid-murid. Mendukung salah satu
daripada Matlamat Pembangunan Lestari iaitu Good Health and Well Being, bukan hanya
kesihatan fizikal sahaja yang perlu dijaga, kesihatan mental para pendidik juga perlu
dipastikan berada dalam keadaan seimbang supaya tidak melakukan sesuatu di luar
kawalan. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru yang profesional, segala pembaharuan
yang yang dilaksanakan hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang meminta agar guru sentiasa beribawa dan
bijak menangani pelbagai masalah.

3.0 Penutup

Profesionalisme dalam bidang perguruan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang


enteng oleh masyarakat bahkan para guru itu sendiri, sebaliknya, profesionalisme perlulah
disanjung tinggi dan setiap guru perlulah berusaha untuk menjaga profesionalisme keguruan
daripada tercemar. Terdapat banyak cara yang boleh diamalkan oleh guru untuk
memastikan nilai profesionalisme dalam diri sentiasa dipupuk antaranya melibatkan diri
dengan komuniti guru yang memahami dan saling menasihati dan bukannya yang saling
melemahkan. Hal ini demikian kerana, setiap kali guru tersebut berasa lemah, tidak
bersemangat dan tidak bermotivasi, mereka aka nada sistem sokongan yang akan sentiasa
memberikan idea dan cadangan untuk menyelesaikan yang dihadapi. Selain itu, guru itu
sendiri juga perlu sedar bahawa tanggungjawab sebagai seorang pendidik bukanlah tugas
yang mudah dan tidak semua guru mempunyai jiwa pendidik. Oleh yang demikian, tepuk
dada tanya selera dan nilai sendiri nilai profesionalisme dalam diri setiap individu yang
bergelar guru kerana dari guru yang cemerlang, lahirlah generasi murid yang terbilang.

Rujukan

Arzizul, A., & Dg Noriza, A. K. (2018). Pengaruh Beban Tugas dan Motivasi Terhadap Keefisienan Kerja
Guru Sekolah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(2), 77-84.

Bahagian Pendidikan Guru. (2009). Standard Guru Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pelajaran
Malaysia .

Bahagian Pendidikan Guru. (2016). Deskripsi Tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Azrone, S. (2011, Mac 16). Biar adil lantik guru besar. Retrieved from BH Online:
http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2011/03/biar-adil-lantik-guru-besar.html

Samruhaizad, S. @., & Azahan, A. (2017). Pendidikan Sebagai Komponen Kualiti Hidup. Asian Journal
of Environment, History and Heritage, 1(1),, 267-280.

Anda mungkin juga menyukai