Anda di halaman 1dari 69

PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


(TMK) UNTUK TUJUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SEKOLAH RENDAH DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

MUHAMMAD IZZUL HAZIQ BIN MOHAMMAD FAUZI

PISMP Pendidikan Islam

Ambilan Jun 2015

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

2019

i
PENGESAHAN

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada
pandangan saya karya ini telah memandai dari segi skop dan kualiti untuk
tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian

Pendidikan Islam

Tandatangan: : ……………………………………….

Nama Penyelia : ……………………………………….

Tarikh : ……………………………………….

ii
PENGAKUAN

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan : .......................................................

Nama Penyelidik : ......................................................

Tarikh : ......................................................

iii
DEDIKASI

Putera-puteri tersayang,

Noor Khalifah, Muhammad Ramzi, Muhammad Izzul Haziq, Muhammad Nur

Syahmi, Khairul Nazmi, Muhammad Haikal dan Aqilah Zahra,

Kehadiran kalian menguatkan semangat.

Buat arwah ayahanda dan bonda tersayang,

Semoga roh kalian ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Buat seisi keluarga,

terima kasih atas sokongan dan bantuan yang diberikan

Untuk Dr Shaffe Bin Mohd Daud, jasamu sentiasa dikenang

Dan

rakan-rakan seperjuangan yang berkongsi suka duka bersama.

iv
PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang… Setinggi-

tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya

maka, laporan penyelidikan tinjauan yang bertajuk “Persepsi Guru

Pendidikan Islam Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (TMK) Untuk Tujuan Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah

Rendah di Kota Samarahan, Sarawak” dapat disiapkan untuk memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Sehubungan

dengan itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia

saya, Dr. Hajah Noraini Binti Omar di atas segala nasihat, tunjuk ajar dan

bimbingan sepanjang tempoh kajian dijalankan. Tidak lupa juga pensyarah-

pensyarah terutama para penilai yang telah banyak membantu. Ucapan

ribuan terima kasih juga ditujukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia,

Jabatan Negeri Sarawak, Pejabat Pelajaran Daerah, sekolah-sekolah serta

guru-guru yang telah memberikan kerjasama dalam penyelidikan ini. Ucapan

terima kasih juga diberikan buat rakan-rakan seperjuangan dan insan-insan

lain yang terlibat secara langsung atau tidak. Diharap jasa baik diberikan

oleh semua pihak mendapat rahmat daripada Allah SWT. Terima Kasih.

v
ABTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi Guru Pendidikan Islam (GPI)
terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini memfokuskan kepada lima
persoalan kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal
selidik untuk mengukur tahap minat, kemahiran, keyakinan dan cabaran GPI
terhadap penggunaan TMK untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Tahap penggunaan TMK dikaji daripada aspek penggunaannya sebelum,
semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran. Seramai 54 orang GPI
di beberapa buah sekolah sekitar Kota Samarahan telah terpilih sebagai
responden. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical
Package for The Social Science (SPSS 24.0) untuk mendapatkan frekuensi,
min, dan sisihan piawai manakala Ujian Kolerasi Pearson digunakan untuk
menentukan hubungan antara pemboleh ubah. Dapatan kajian menunjukkan
konstruk minat (M=3.92), keyakinan (M=4.20), kemahiran (M=3.25) dan
cabaran (M=3.45) berada pada tahap yang tinggi iaitu melebihi nilai min
3.00. Hasil analisis menggunakan kolerasi Pearson menunjukkan bahawa
terhadap hubungan yang signifikan antara kesemua pemboleh ubah bebas
iaitu minat (r= .572, p<0.01), keyakinan (r= .644, p<0.01), kemahiran (r= .
801, p<0.01) dengan pemboleh ubah bersandar iaitu tahap penggunaan
TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

vi
ABTRACT

BAHASA ENGLISH

vii
SENARAI KANDUNGAN

PENGESAHAN ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABTRAK vi

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1.0 1

PENDAHULUAN 1

1.1 PENGENALAN....................................................................................1

1.2 PERNYATAAN MASALAH..................................................................2

1.3 TUJUAN KAJIAN.................................................................................3

1.3.1 OBJEKTIF KAJIAN 3

1.3.3 HIPOTESIS KAJIAN 4

1.4 SKOP DAN BATASAN KAJIAN..........................................................5

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN.....................................................................5

1.6 DEFINISI OPERASIONAL..................................................................6

BAB 2.0 9

TINJAUAN LITERATUR 9

2.1 PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN....................................9

viii
2.2 MODEL KAJIAN..................................................................................9

2.3 DAPATAN KAJIAN LALU..................................................................10

2.4 KERANGKA KONSEPTUAL.............................................................11

2.5 RUMUSAN........................................................................................11

BAB 3.0 12

METODOLOGI KAJIAN 12

3.1 PENGENALAN..................................................................................12

3.2 REKA BENTUK KAJIAN...................................................................12

3.3 PENSAMPELAN...............................................................................13

3.4 INSTRUMEN KAJIAN.......................................................................13

3.4.1 KESAHAN 15

3.4.2 KEBOLEHPERCAYAAN 16

3.5 KAJIAN RINTIS.................................................................................17

3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA..............................................18

3.7 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA...........................................19

3.8 RUMUSAN........................................................................................22

BAB 4.0 23

DAPATAN KAJIAN 23

4.1 PENDAHULUAN..............................................................................23

4.2 PROFIL RESPONDEN......................................................................24

4.3 ANALISIS PERSEPSI GPI TERHADAP PENGGUNAAN TMK


DALAM PDP................................................................................................26

4.3.1 Taburan Min Minat GPI Terhadap Penggunaan TMK dalam PdP
27

ix
4.3.2 Taburan Min keyakinan GPI terhadap penggunaan TMK dalam
PdP 28

4.3.3 Taburan Min kemahiran GPI terhadap penggunaan TMK dalam


PdP 29

4.3.4 Taburan Min cabaran GPI terhadap penggunaan TMK dalam


PdP 31

4.4 ANALISIS PENGGUNAAN TMK DALAM MENINGKATKAN


KEBERKESANAN PROSES PDP..............................................................33

4.4.1 Tahap penggunaan TMK Fasa Sebelum 33

4.4.2 Tahap Penggunaan TMK Fasa Semasa 34

4.4.3 Tahap Penggunaan TMK Fasa Selepas 36

4.5 HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI GPI TERHADAP PENGGUNAAN


TMK DENGAN TAHAP PENGGUNAAN...................................................37

4.6 PERBINCANGAN..................................................................................40

4.6.1 Maklumat latar belakang responden 40

4.6.2 Persepsi Terhadap Penggunaan TMK dalam Pengajaran dan


Pembelajaran Pendidikan Islam 41

4.6.3 Hubungan antara minat, keyakinan dan kemahiran GPI dengan


Tahap Penggunaan TMK dalam PdP 44

4.7 RUMUSAN........................................................................................45

BAB 5 46

KESIMPULAN, IMPLIKASI, CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 46

5.1 Kesimpulan Dapatan Kajian..............................................................46

5.2 IMPLIKASI.........................................................................................47

5.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN...................................................48

RUJUKAN 49

x
LAMPIRAN A 51

LAMPIRAN B 53

LAMPIRAN C 54

xi
SENARAI JADUAL

Halaman

Jadual 1: Indeks kebolehpercayaan Kajian Rintis 10


Jadual 2: Penentuan Tahap Persepsi Guru Pendidikan Islam 35
terhadap Penggunaan TMK dalam PdP
Jadual 3: Tahap Penggunaan TMk bagi Tujuan PdP Kalangan
GPI
Jadual 4: Pengkelasan Tafsiran Pekali Kolerasi
Jadual 5: Ringkasan Statistik Kajian
Jadual 6: Kekerapan dan Peratusan Responden Berdasarkan
Jantina
Jadual 7: Kekerapan dan Peratusan Responden Berdasarkan
lokasi Sekolah
Jadual 8: Kekerapan dan Peratusan Responden Berdasarkan
Kelulusan Akademik
Jadual 9: Kekerapan dan Peratusan Responden Berdasarkan
Tempoh Mengajar
Jadual 10: Min Tahap Minat GPI Terhadap Penggunaan TMK
dalam PdP
Jadual 11: Min Tahap Keyakinan GPI Terhadap Penggunaan
TMK dalam PdP
Jadual 12: Min Tahap Kemahiran GPI Terhadap Penggunaan
TMK dalam PdP
Jadual 13: Min Cabaran GPI terhadap penggunaan TMK dalam
PdP
Jadual 14: Tahap Penggunaan TMK Fasa Sebelum Pengajaran
dan Pembelajaran

Jadual 15: Tahap Penggunaan TMK Fasa Semasa Pengajaran


dan Pembelajaran
Jadual 16: Tahap Penggunaan TMK Fasa Selepas Pengajaran
dan Pembelajaran
Jadual 17: Pengkelasan Tafsiran Pekali Kolerasi
Jadual 18: Keputusan Ujian Kolerasi Pemboleh Ubah Minat,
Keyakinan dan Kemahiran dengan Tahap
Penggunaan TMK dalam PdP

xii
SENARAI RAJAH

Rajah Nama Rajah Muka


Surat
Rajah 1 - Kerangka konseptual persepsi guru 10
Pendidikan Islam terhadap penggunaan TMK
tujuan pengajaran dan pembelajaran

xiii
SENARAI SINGKATAN

Singkatan yang digunakan Merujuk kepada


dalam kajian ini.

GPI Guru Pendidikan Islam

TMK Teknologi maklumat dan komunikasi


(Information and Communication
Technology)

P&P Pengajaran dan pembelajaran

SPSS Statistical Package for The Social


Science

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia


(Ministry of Education Malaysia)

xiv
SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A SURAT KEBENARAN

LAMPIRAN B JADUAL CADANGAN PELAKSANAAN


KAJIAN (CARTA GANTT)

LAMPIRAN C INSTRUMEN KAJIAN

xv
BAB 1.0

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Pendidikan Islam merupakan teras atau asas tunjang utama dalam


proses pembentukan keperibadian, nilai dan sahsiah yang terbaik (Syaubari
Othman, 2017). Dalam era globalisasi dan perkembangan e-Pembelajaran,
negara kita memerlukan warganegara yang berpengetahuan dan
berkemahiran dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK),
berketerampilan, berilmu dan mampu menyelesaikan masalah serta
membuat keputusan (Mohd Fauzi, 2011). TMK atau Information and
Communication Teknology (ICT) merupakan elemen terpenting dalam
memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ke arah
pembentukan sistem pendidikan yang sejajar dengan kehendak semasa. Hal
ini kerana masa kini kita dikelilingi pelbagai media seperti buku, majalah,
filem, televisyen, permainan komputer, internet dan sebagainya.

Perubahan penggunaan TMK dalam dunia pendidikan masa kini


sememangnya memberi cabaran yang amat besar terhadap profesion
keguruan. Perubahan ini menjadikan guru perlu lebih bersedia meningkatkan
kemahiran mereka dalam menjadikan komputer sebagai teknologi
pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang
kurang berasaskan inovasi teknologi (Othman Md. Johan, 2011). Kini,
pengetahuan dan kemahiran TMK sudah disepadukan dalam kurikulum
sekolah, terutamanya di institusi penguruan dan institusi pengajian tinggi
yang menjadi tempat latihan bakal guru. Setiap guru pelatih mesti menguasi
kemahiran TMK, begitu juga dengan guru-guru sekolah tidak ketinggalan
dengan menghadiri kursus-kursus TMK yang dianjurkan.

1
Pelbagai usaha dilakukan oleh KPM untuk memastikan para guru di
negara ini dilengkapi dengan kemahiran TMK yang dapat digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Antaranya dapat
dilihat dengan wujudnya Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 4 Minggu
Pembestarian Sekolah. Fokus program pembestarian ini ditumpukan kepada
pengintegrasian bahan sumber digital dalam pengajaran dan pembelajaran
yang memerlukan guru dan murid berkemahiran menggunakan TMK
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005). Sasarannya adalah untuk
membestarikan 300,000 orang guru sekolah rendah dan menengah
menjelang 2010 di seluruh Malaysia dan ianya memerlukan komitmen
daripada semua pihak.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Selaras dengan kemajuan industri 4.0, sistem pendidikan perlu


berubah dari pembelajaran yang hanya menekankan hafalan kepada
pembelajaran merangsang pemikiran dan kreativiti dengan mengambil kira
tahap dan gaya pembelajaran pelajar. Menurut Alessi dan Trollip (2001)
menyatakan bahawa pembelajaran menerusi ICT mempunyai banyak
kelebihan. Hal ini disokong oleh Mat (2010) yang menyatakan bahawa
menggabungkan diantara multimedia dan proses pengajaran dan
pembelajaran telah menjadi trend yang global dan juga mendapat sokongan
yang kuat dari pihak kerajaan Malaysia dalam menggabungkan teknologi di
dalam bilik darjah.

Walaubagaimanapun, Rohaya (2003) menyatakan bahawa apa yang


berlaku di sekolah secara realitinya menunjukkan sistem pengurusan
sekolah dan kaedah pengajaran guru masih belum berupaya mendukung
penggunaan bahan bantu mengajar berunsurkan TMK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mereka. Para guru lebih cenderung
mengamalkan kaedah mengajar secara pedagogi konstruktivisme,
pembelajaran aktif, pembelajaran kooperatif dan penyelesaian masalah

2
berbanding menggunakan kaedah yang melibatkan komputer (Zainuddin,
2007). Kebanyakkan guru-guru yang tidak menggunakan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada kalangan guru-guru lama dan
juga guru yang lebih selesa menggunakan kaedah ‘tradisional’ tanpa
memerlukan sokongan teknologi pendidikan terkini (Mohd Fauzi Abd
Radzak, 2011) Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk melihat
sejauh mana guru pendidikan Islam mempunyai minat dan keyakinan
terhadap penggunaan TMk dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.

1.3 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi guru Pendidikan Islam


termasuklah tahap minat, keyakinan, kemahiran dan cabaran yang dihadapi
oleh GPI terhadap penggunaan TMK bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran.

1.3.1 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk:

1. Mengenal pasti tahap minat guru Pendidikan Islam terhadap


penggunaan TMK untuk tujuan proses pengajaran dan pembelajaran
2. Mengenal pasti tahap keyakinan guru Pendidikan Islam terhadap
penggunaan TMK dalam meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran
3. Mengenal pasti tahap kemahiran guru Pendidikan Islam dalam
menggunakan TMK untuk tujuan proses pengajaran dan
pembelajaran

3
4. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi guru Pendidikan Islam dalam
mengintegrasikan TMK untuk tujuan proses pengajaran dan
pembelajaran
5. Menentukan sama ada wujud hubungan yang signifikan antara tahap
minat, keyakinan dan kemahiran guru Pendidikan Islam terhadap
penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran

1.3.2 SOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana persepsi guru


Pendidikan Islam untuk menggunakan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka. Dapatan kajian ini akan digunakan sebagai informasi
untuk menjawab persoalan-persoalan kajian seperti berikut:

1. Apakah tahap minat guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan


TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
2. Apakah tahap keyakinan guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan
TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
3. Apakah tahap kemahiran guru Pendidikan Islam terhadap
penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
4. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi guru Pendidikan Islam dalam
mengintegrasikan TMK untuk tujuan proses pengajaran dan
pembelajaran?
5. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap minat,
keyakinan dan kemahiran guru Pendidikan Islam terhadap
penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

1.3.3 HIPOTESIS KAJIAN

Berdasarkan persoalan kajian, tiga hipotesis nul kajian ini telah dibentuk dan
hipotesis-hipotesis tersebut adalah seperti berikut:

4
H01: Tidak terdapat hubungan signifikan antara tahap minat guru
Pendidikan Islam terhadap penggunaan TMK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah.

H02: Tidak terdapat hubungan signifikan antara tahap kemahiran guru


Pendidikan Islam terhadap penggunaan TMK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah.

H03: Tidak terdapat hubungan signifikan antara tahap keyakinan guru


Pendidikan Islam terhadap penggunaan TMK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah.

1.4 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini menfokuskan tentang tahap minat, kemahiran, keyakinan


dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru pendidikan Islam dalam
mengintegrasikan unsur TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bagi mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah. Kajian ini ialah kajian
berbentuk deskriptif dan menggunakan instrumen soal selidik sebagai
kaedah pengumpulan data. Pemilihan sampel kajian adalah secara rawak
yang terdiri daripada guru-guru Pendidikan Islam yang sedang mengajar
mata pelajaran Pendidikan Islam di sekitar Kota Samarahan. Kajian ini
dilaksanakan selama 3 bulan bermula Januari sehingga Mac 2019 termasuk
tempoh 1 bulan internship di sekolah.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Tahap persepsi guru Pendidikan Islam yang ditunjukkan dalam kajian ini
diharap dapat memberi manfaat kepada pihak sekolah untuk merancang
program dan strategi yang lebih efektif untuk membudayakan
pengintegrasian TMK dalam PdP guru bukan sahaja kepada guru Pendidikan
Islam. Selain itu, kajian ini mampu memberi panduan kepada pihak sekolah

5
untuk mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru khususnya
guru Pendidikan Islam dalam mengintegrasikan TMK di dalam PdP mereka

Kepentingan kepada guru Pendidikan Islam sendiri adalah agar kajian


ini dapat memberi gambaran akan kepentingan pengintegrasian TMK di
dalam PdP pada masa kini sekali gus dapat membantu guru Pendidikan
Islam mengenal pasti kelemahan yang menjadi halangan untuk
melaksanakannya di sekolah.

1.6 DEFINISI OPERASIONAL

1.6.1 Persepsi

Takrif persepsi oleh Wagner dan Hollenbeck (1995) adalah proses di


mana seseorang memilih, mengurus, menyimpan dan mentaksir maklumat
yang telah dikumpulkan melalui lima deria pancaindera. Dalam erti kata lain,
persepsi adalah bagaimana seseorang memberi makna dan rangsangan
terhadap sesuatu perkara berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang
pernah dialami oleh individu. Oleh yang demikian, persepsi dalam konteks
kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana guru pendidikan Islam memberi
rangsangan terhadap penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan kepada minat, keyakinan, kemahiran dan juga
cabaran.

1.6.2 Minat

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, minat adalah kecenderungan


atau keinginan kepada sesuatu. Minat seseorang terhadap sesuatu objek
akan lebih kelihatan apabila objek tersebut sesuai sasaran dan berkaitan
dengan keinginan dan keperluan seseorang yang bersangkutan (Sardiman,
1990). Berdasarkan pendapat Crow dan Crow (1988) dapat diambil

6
pengertian bahawa individu yang mempunyai minat terhadap belajar, maka
akan terdorong untuk memberikan perhatian terhadap pelajaran tersebut.
Oleh yang demikian, dalam kajian ini, minat guru adalah lebih menjurus
kepada sejauh mana guru mempunyai rasa minat dan perhatian untuk
menggunakan elemen-elemen TMK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka di dalam bilik darjah.

1.6.3 Kemahiran

Menurut Schermerhorn (2005), kemahiran merupakan kebolehan


untuk mentaksirkan pengetahuan kepada tindakan yang memaparkan
kecekapan seseorang. Hal ini sejajar dengan pengertian yang telah
ditetapkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), kemahiran
sebagai kemampuan untuk mencapai dengan jayanya sesuatu yang
memerlukan pengetahuan khusus, kebolehan, atau kecekapan. Dalam kajian
ini, kemahiran guru lebih menjurus kepada kecekapan guru dalam
mengunakan elemen-elemen TMK dan mengamalkannya di dalam bilik
darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

1.6.4 Keyakinan

Perkataan keyakinan berasal dari kata dasar ‘yakin’ yang bermaksud


betul-betul percaya tentang kebenaran, kemampuan dan sebagainya (Kamus
Dewan Bahasa Edisi Keempat). Keyakinan adalah suatu sikap yang
ditunjukkan oleh manusia apabila merasakan diri cukup tahu terhadap
sesuatu pengetahuan atau kemahiran. Keyakinan dalam konteks kajian ini
adalah sejauh mana keyakinan guru Pendidikan Islam terhadap
pengintegrasian unsur TMK dalam proses P&P di sekolah.

7
1.6.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Ahmad Fuad (2003) menyatakan bahawa teknologi maklumat dan


komunikasi merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari,
mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampaikan
maklumat secara efektif, pantas dan banyak lagi bagi membantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini, pengkaji melihat teknologi
maklumat dan komunikasi sebagai alat atau medium elektronik seperti
penggunaan Microsoftt Powerpoint, e-pembelajaran, Frog VLE, internet dan
sebagainya sebagai tujuan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan juga
di luar bilik darjah.

1.6.6 Guru Pendidikan Islam

Menurut Hawkins (2003) dan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka


edisi Keempat, guru ditakrifkan sebagai individu yang kerjayanya mengajar
atau juga dikenali sebagai pengajar atau pendidik. Mook Soon Sang (2009)
pula menjelaskan bahasa guru adalah pendidik dan pengasuh bertujuan
melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan aspek mendidik dan mengasuh
murid-murid. Dalam konteks kajian ini, guru pendidikan Islam adalah individu
yang mempunyai kriteria profil yang khusus untuk mengajar mata pelajaran
pendidikan Islam di sekolah rendah sekitar Kota Samarahan.

8
BAB 2.0

TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN

Pada bab ini, penyelidik akan membincangkan berkaitan teori atau


model kajian yang digunakan. Selain itu, penyelidik juga mengemukakan
dapatan kajian lalu yang pernah dilakukan dan hasil dapatan tersebut
dinyatakan secara ringkas oleh penyelidik. Dapatan kajian tersebut mestilah
tidak melebihi 10 tahun agar ianya releven dengan bidang kajian.
Seterusnya adalah penghasilan kerangka konseptual konsep iaitu rajah yang
mengandungi anak panah serta penerangan visual yang jelas dan padat
untuk memberi penyelidik memberi gambaran tentang perkaitan hubung kait
antara pemboleh ubah yang terdapat dalam kajian.

2.2 MODEL KAJIAN

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan model kajian yang pernah


dibuat oleh Othman Mohd Johan (2011) berkaitan persepsi guru-guru
Pendidikan Islam terhadap penggunaan ICT untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran Sekolah Kebangsaan di Daerah Kluang. Persepsi dalam
model kajian Othman Mohd Johan mengambil kira aspek minat, keyakinan,
kemahiran dan juga cabaran. Edwards dan Richmond (2000) menyatakan
bahawa persepsi dalam konteks guru bermaksud kesanggupan seorang guru
memikul tanggungjawab yang meliputi aspek-aspek seperti minat, sikap,
keyakinan dan kemahiran. Keyakinan dan kemahiran merujuk kepada
kefahaman, kecekapan dan kepintaran seseorang terhadap sesuatu perkara
atau melakukan sesuatu perkara (Tay Meng Guat, 2015). Hal ini selaras
dengan Fullan (1991) yang berpendapat bahawa reaksi guru dan pentadbir

9
sekolah secara individu terhadap perubahan berkait rapat dengan latar
belakang, kecekapan, sikap dan persepsi mereka terhadap kelebihan
peribadi dan kelebihan pendidikan yang timbul dari perubahan

2.3 DAPATAN KAJIAN LALU

Di dalam kajian yang dijalankan oleh Othman Mohd Johan dan


Lukman Dinyati (2011) penyelidik mendapati guru-guru mempunyai minat
tinggi (86.95%) dalam menggunakan komputer, menggunakan internet
sebagai medium maklumat dan sedia meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran TMK melalui pelbagai usaha ke arah meningkatkan
profesionalisme keguruan.

Berbeza dapatan kajian yang dijalankan oleh Khadijah dan Shahrin


(2006) mendapati bahawa amalan pengajaran guru Pendidikan Islam masih
tidak memanfaatkan TMK sebagai BBM. Manakala kajian yang dilakukan
oleh Wan Khairuddin (2006) mengukuhkan dapatan tersebut yang
menunjukkan bahawa persepsi guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan
TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berada pada tahap
sederhana (min=3.60) dan min yang paling rendah (min=3.07) adalah
tentang TMK boleh menjadikan proses P&P tidak memenuhi sukatan
pelajaran.

Menurut Ismail Sheikh Ahmad, Fattawi Mokhtar & Wan Mohd Rani
(2007), walaupun surat pekeliling ikhtisas bil. 6/2003 berkaitan dasar
penggunaan media dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran telah
diedarkan, namun dapatan menunjukkan tahap pengintegrasian BSD dalam
pengajaran dan pembelajaran masih di tahap kurang memuaskan.

Zaini Baba, Shahrin Azim, Azizi Yahaya & Chia Swee Yee (2009) pula
dalam kajiannya mendapati faktor-faktor yang menyokong pelaksanaan
dasar TMK adalah kesedaran terhadap kepentingan TMK, kerjasama antara
warga sekolah, peralatan yang lengkap, kursus dan pendedahan TMK
kepada guru, dan insentif untuk guru.

10
2.4 KERANGKA KONSEPTUAL

Kerangka konsep seperti ditunjukkan di dalam Rajah 1 menunjukkan


gambaran keseluruhan perjalanan kajian dan perkaitan di antara elemen-
elemen yang terlibat.

Persepsi
(Othman Md Johan,
2011) Penggunaan TMK
Guru untuk tujuan
- Tahap Minat
Pendidikan Pengajaran dan
- Tahap Kemahiran
Islam Pembelajaran
- Tahap Keyakinan
- Cabaran

Hubungan antara persepsi Guru Pendidikan


Islam terhadap penggunaan TMK untuk tujuan
Pengajaran dan Pembelajaran

Rajah 1: Kerangka Konseptual Persepsi Guru Pendidikan Islam terhadap


penggunaan TMK bagi Tujuan Pengajaran dan Pembelajaran

2.5 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan tinjauan literatur


tentang teori, model dan dapatan kajian yang pernah dijalankan oleh
penyelidik sebelum ini. Tinjauan literatur amat penting untuk memantapkan
lagi kajian yang hendak dijalankan berpandukan dapatan yang diperolehi
daripada kajian lain.

11
BAB 3.0

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Kajian ini bertujun untuk mengenalpasti persepsi terhadap


penggunaan TMK dalam PdP guru Pendidikan Islam di sekolah rendah
sekitar Kota Samarahan. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang
soal selidik untuk melihat tahap minat, keyakinan dan kemahiran terhadap
penggunaan TMK dalam tujuan pengajaran dan pembelajaran. Data yang
dikumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for The Social
Science (SPSS 22.0) untuk mendapatkan frekuensi dan min manakala
kolerasi Pearson digunakan untuk mencari perbezaan dan hubungan antara
pemboleh ubah.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Menurut Babbie (1988), reka bentuk kajian adalah kunci utama dalam
menentukan hasil sesuatu kajian melalu tata cara pengolahan data yang
dikumpul secara terancang dan sistematik. Reka bentuk kajian merupakan
satu pelan terperinci yang menerangkan bagaimana sesuatu kajian
dijalankan, pengukuran ke atas pemboleh ubah, pemilihan sampel,
pengumpulan data untuk digunakan dalam analisis, pengujian, hipotesis dan
penganalisisan keputusan.

Kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif dan kolerasi.


Kajian deskriptif bertujuan untuk mengenalpasti dan melaporkan perkara
sebenar yang berlaku (Mohd. Fauzi, 2011. Manakala, kajian kolerasi pula
bertujuan untuk mengenal pasti darjah hubungan antara dua atau lebih
pemboleh ubah (Gay et. Al, 2006). Menurut Majid Konting (2004), kajian
deskriptif berbentuk penerokaan biasanya menggunakan kajian kolerasi
12
untuk mengenal pasti pemboleh ubah yang berkaitan dengan fenomena
pendidikan.

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah kajian tinjauan


untuk mendapatkan maklumat. Menurut Noraini Idris (2010), kajian tinjauan
sangat berguna apabila penyelidik hendak mengumpul data berhubung
dengan fenomena yang tidak dapat diperhatikan secara langsung. Soal
selidik juga digunakan bagi memudahkan pengkaji untuk mendapatkan data
daripada responden yang ada di merata tempat serta masa yang terhad bagi
mendapatkan maklumat yang tepat (Noraini Omar, 2008). Oleh itu,kaedah
kajian tinjauan dalam kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana persepsi
dan tahap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran guru
Pendidikan Islam di sekolah rendah.

3.3 PENSAMPELAN

Menurut Mohd Yusof (2005), populasi ialah sekumpulan besar individu


yang hendak dikaji. Manakala sampel ialah kumpulan yang akan dikaji yang
diperolehi daripada populasi. Pensampelan merupakan suatu proses memilih
kumpulan individu untuk sesuatu penyelidikan daripada suatu kumpulan
individu yang mewakili kumpulan besar yang dipilih (Noraini Idris, 2010).
Sampel kajian ini terdiri daripada 52 orang Guru Pendidikan Islam yang
mengajar di beberapa buah sekolah sekitar Kota Samarahan. Penentuan
bilangan sampel bagi mewakili populasi dalam kajian ini ditentukan dengan
menggunakan jadual penentuan saiz sampel oleh Krejcie dan Morgen
(1970).

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Oleh kerana penyelidikan yang dijalankan memerlukan populasi yang


besar, penggunaan soal selidik sebagai alat ukur adalah lebih praktikal dan

13
berkesan kerana dapat mengurangkan perbelanjaan, masa dan tenaga bagi
pengumpulan data (Majid Konting, 1998).

Instrumen kajian ini adalah set soal selidik yang telah diubahsuai oleh
pengkaji berdasarkan soal selidik yang telah direkabentuk oleh Mohd Fauzi
bin Abd Radzak (2011), yang bertajuk “Pengintegrasian Bahan Sumber
Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bestari di Sekolah-Sekolah
Selangor”. Pengkaji mengadakan perbincangan dengan penyelia bagi
memantapkan lagi keberkesanan soal selidik.

Hal ini kerana penggunaan soal selidik sebagai alat kajian disifatkan
sebagai satu cara mendapatkan jawapan secara tepat dan benar (Mohd.
Majid Konting, 2004). Jawapan yang diberikan oleh responden tidak
dipengaruhi oleh tingkah laku penyelidik kerana penyelidik tidak hadir sama
semasa responden menjawab soal selidik. Set borang soal selidik
dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu bahagian A, B, dan C.

Bahagian A

Soalan-soalan yang berkaitan dengan demografi responden. Item yang


terdapat di dalam bahagian A adalah seperti di bawah:

i. Jantina
ii. Umur
iii. Pengalaman mengajar di sekolah
iv. Lokasi Sekolah
v. Kelayakan akademik

Bahagian B dan C

Instrumen bahagian B digunakan untuk melihat persepsi guru


Pendidikan Islam terhadap penggunaan TMK bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Bahagian ini merangkumi 4 aspek bagi menjawab

14
aspek minat (item A1-A5), keyakinan (item B1-B5), kemahiran (item C1-C5)
dan cabaran (item D1-D5).

Bahagian C mengandungi 15 item bagi mendapatkan maklumat


tentang kekerapan dan min penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran. Item-item pada bahagian ini menilai sejauh mana tahap
penggunaan TMK dalam proses PdP Guru Pendidikan Islam dalam bilik
darjah. Penyelidik mengkategorikan penggunaan TMK dalam PdP kepada
fasa ‘sebelum’ pengajaran (item A1-A5), fasa ‘semasa’ pengajaran (item B1-
B6) dan fasa ‘selepas’ pengajaran (item C1-C4).

Instrumen dalam kajian ini, item-item diukur menggunakan skala


Likert. Skala Likert digunakan kerana ia dapat memberikan gambaran yang
lebih jelas dan tepat melalui maklum balas responden (Yahya Buntat, 2011).
Setiap soalan yang dibina adalah berpandukan kepada pemboleh ubah yang
hendak diuji oleh penyelidik. Responden hanya perlu setuju atau tidak
terhadap item-item dengan menanda pada skor yang diberikan. Rujuk
Lampiran C.

3.4.1 KESAHAN

Kesahan kandungan merupakan penilaian yang sistematik ke atas isi


kandungan ujian untuk menentukan sam ada domain tingkah laku yang
diukur mewakili keseluruhan sesuatu domain (Noraini Idris, 2010). Mohd.
Majid Konting (2004) menyatakan bahawa kesahan sesuatu instrumen boleh
ditingkatkan sekiranya penyelidik mengambil kira penilaian oleh pihak yang
pakar dalam bidang yang hendak dikaji. Sehubungan dengan itu, untuk
memastikan item-item yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang
tinggi, penyelidik telah melakukan proses penyemakan spesifikasi ujian oleh
panel pakar rujuk yang telah menyemak item dan memberi komen sama ada
item-item tersebut meliputi semua kandungan yang hendak diuji.

15
3.4.2 KEBOLEHPERCAYAAN

Kebolehpercayaan merujuk kepada kestabilan dan ketekalan dalaman


instrumen dalam mengukur sesuatu konsep (Babbie, 1998). Sesuatu
instrumen yang mempunyai nilai kebolehpercayaan dikatakan sebagai alat
ukur yang stabil. Ini bermaksud, pengukuran yang dijalankan menggunakan
alat ukur itu akan menunjukkan perbezaan atau kesamaan markah yang
tekal atau konsisten antara individu-individu yang sama atau yang lain
(Mohd. Majid Konting, 2004). Dalam mengukur kebolehpercayaan item,
penyelidik menggunakan kaedah Cronbach Alpha. Penyelidik menetapkan
angka 0.6 sebagai indeks kebolehpercayaan paling minimum bagi setiap
items (Mohd Majid Konting, 2004). Sekiranya pekali alfa Cronbach instrumen
melebih 0.6, kebolehpercayaan instrumen kajian berkenaan adalah baik dan
sesuai digunakan. Menurut Best & Kahn (2005), kebolehpercayaan ujian
bermakna item yang digunakan sesuai dengan kontruk yang ingin diukur
serta merujuk kepada pengulangan yang konsisten dalam keputusan ujian.

Penyelidik telah menguji kebolehpercayaan instrumen kajian dengan


mentadbir kajian rintis pada bulan Februari 2019. Analisis data soal selidik
kajian rintis dibuat menggunakan perisian SPSS versi 24.0 untuk
mendapatkan nilai Cronbach alpha. Hasil analisis indeks kebolehpercayaan
Cronbach alpha setiap item adalah melebih aras yang ditetapkan iaitu 0.6
dengan nilai keseluruhan adalah 0.971. Hasil dapatan indeks
kebolehpercayaan kajian rintis boleh dilihat dalam jadual 1 di bawah.

16
Jadual 1

Indeks kebolehpercayaan Kajian Rintis

Konstruk Pekali Alfa


Cronbach
B: Persepsi GPI terhadap Penggunaan TMK dalam PdP
Minat 0.835
Keyakina 0.965
Kemahiran 0.816
Cabaran 0.836
C: Tahap Penggunaan TMK dalam PdP GPI
Sebelum PdP 0.913
Semasa PdP 0.942
Selepas PdP 0.918

KESELURUHAN 0.971

bersambung…

Berdasarkan kepada nilai pekali yang diperoleh tersebut,


menunjukkan bahawa item-item tersebut mempunyai nilai kebolehpercayaan
yang mencukupi untuk digunakan dalam kajian. Keputusan telah dibuat
dengan kesemua item telah diterima dalam kajian sebenar.

3.5 KAJIAN RINTIS

Item soal selidik yang digunakan sebagai instrumen kajian perlu


dipastikan kesahan dan kebolehpercayaan. Sebelum kajian rintis dijalankan,
borang soal selidik ini telah disemak oleh penyelia. Hal ini bertujuan untuk
memastikan sama ada soalan tersebut mudah difahami dan tidak
mengelirukan. Kajian rintis soal selidik adalah berguna bagi mengenalpasti
kekeliruan dan item bermasalah yang wujud dalam item soal selidik.
Menurut Azizi Yahaya et. Al (2006), kajian rintis adalah bahagian kajian yang
penting dan perlu kerana ia menyediakan maklumat tentang bagaimana soal
selidik sebenarnya memainkan peranan dalam lapangan yang ingin dikaji.
Kajian rintis dijalankan adalah bertujuan untuk menguji kesahan dan

17
kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik yang dibina sekaligus
mengkaji masalah-masalah yang akan timbul sewaktu proses sebenar
pengumpulan data dijalankan.

Seramai 10 orang guru di Kota Samarahan telah dipilih sebagai


responden dalam kajian rintis. Kesemua responden kajian rintis yang dipilih
bukanlah daripada responden sebenar dalam kajian ini. Responden ini
mempunyai ciri yang sama seperti responden kajian sebenar iaitu guru
Pendidikan Islam yang mengajar di sekolah sekitar Kota Samarahan.

Secara umumnya, maklum balas daripada responden yang terlibat


menunjukkan tiada masalah yang dihadapi dalam memahami arahan dan
seterusnya dalam menjawab item-item yang disenaraikan.

3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Sebelu melaksanakan kajian, setiap penyelidik perlu mendapatkan


kelulusan menjalankan kajian daripada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan Malaysia (BPPDP) Kementerian Pelajaran
Malaysia, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan juga Institut
Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPKTAR)

Bagi mendapatkan senarai populasi Guru Pendidikan Islam di sekolah


sekitar Kota Samarahan, penyelidik berjumpa dengan wakil Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) Kota Samarahan dengan kebenaran daripada
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Setelah senarai populasi diperoleh,
penyelidik menghubungi pihak sekolah yang berkenaan untuk makluman dan
seterusnya penyelidik menghantar soal selidik kepada responden melalui
Ketua Panitia Pendidikan Islam dengan kebenaran Guru Besar. Masa yang
diberikan responden untuk menjawab soal selidik adalah dalam tempoh 1
minggu. Setelah tamat tempoh yang diberikan. Penyelidik pergi sendiri ke
sekolah untuk mendapatkan semula soal selidik yang telah dijawab.

18
3.7 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan analisis kuantitatif. Menurut


Noraini Idris (2010), analisis kuantitatif ialah proses mempamerkan data dan
mentaksirkan data kuantitatif. Analisis kuantitatif digunakan untuk membuat
generalisasi terhadap populasi berdasarkan data yang diperoleh daripada
sampel kajian. Statistik deskriptif digunakan untuk meringkas suatu set data
dengan menggunakan ukuran kecenderungan memusat iaitu min, mod,
median dan ukuran serakan iaitu sisihan piawai. Bagi analisis deskriptif ini,
penyelidik akan menggunakan perisisan pengaturcaran ‘Statistical Package
For Social Science’ (SPSS). Menurut Mohd. Majid Konting (2004)
penganalisisan data berstatistik menggunakan perisian pengaturcaraan
SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang tepat. Manakala statistik inferensi
pula adalah untuk melihat tentang dua pemboleh ubah, iaitu analisis tentang
perbezaan atau analisis tentang hubungan antara dua pemboleh ubah
(Noraini Idris, 2010).

Dalam kajian ini, penyelidik akan menggunakan dua jenis statistik


asas iaitu deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif atau perihalan
digunakan untuk mengira kekerapan min, peratusan dan sisihan piawai.
Responden diminta memberi respon kepada setiap item dengan memilih
salah satu daripada skala Likert yang disediakan dalam soal selidik, iaitu 1=
Sangat Tidak Setuju (STS), 2= Tidak Setuju (TS), 3= Kurang Setuju (KS), 4=
Setuju (S) dan 5= Sangat Setuju (SS). Persepsi terhadap kesemua konstruk
ditentukan berdasarkan jumlah skor min terhadap setiap penyataan dalam
soal selidik. Kaedah menggunakan selang kelas untuk menetapkan tahap
pencapaian pada markah skala Likert seperti ini adalah kaedah yang biasa
digunakan dalam kajian sains sosial (Garson, 2009). Pembahagian tahap
persepsi responden ditentukan menggunakan kaedah membahagikan
perbezaan antara skala Likert tertinggi dan terendah dengan tiga tahap iaitu
rendah, sederhana, dan tinggi seperti dalam jadual 2 di bawah

Jadual 2

19
Penentuan Tahap Persepsi Guru Pendidikan Islam terhadap Penggunaan
TMK dalam PdP

Nilai Min Tahap


<2.5 Rendah
2.5 – 3.5 Sederhana
>3.5 Tinggi
Sumber : Ubah suai daripada Mohd Fauzi Abd Radzak (2011)

bersambung…

Bagi menguji tahap penggunaan TMK dalam PdP, pengkaji


membahagikan min tahap penggunaan kepada tiga tahap seperti di bawah:

Jadual 3

Tahap Penggunaan TMK bagi Tujuan PdP dalam Kalangan GPI

Nilai Min Tahap


1.00 – 2.99 Rendah
3.00 – 3.99 Sederhana
4.00 – 5.99 Tinggi
Sumber : Noraini Omar (2008)

Responden yang memilih skala 1 dan 2 dicampurkan untuk dijadikan


tahap rendah. Manakala responden yang memilih skala 3 masih kekal pada
tahap sederhana dan responden yang memilih tahap 4 dan 5 dicampurkan
untuk dijadikan tahap tinggi.

Analisis Inferensi merupakan analisis lanjutan yang dilakukan untuk


memperjelaskan selanjutnya dapatan analisis deskriptif. Pengkaji
menggunakan Ujian Kolerasi Pearson untuk mendapatkan hubungan
memandangkan pemboleh ubah dikaji menggunakan skala sela. Ujian ini
dijalankan untuk melihat hubungan antara tahap persepsi GPI terhadap
penggunaan TMK bagi tujuan PdP di sekolah sekali gus menjawab hipotesis
serta persoalan kajian. Tafsiran berkenaan indeks kolerasi boleh dirujuk
menurut panduan Miller (1991) seperti dalam jadual 4 di bawah

20
Jadual 4

Pengkelasan Tafsiran Pekali Kolerasi

Kekuatan Hubungan Nilai


Sedikit atau Tiada Hubungan 0.00 – 0.20
Hubungan yang Lemah 0.20 – 0.40
Hubungan yang Sederhana 0.40 – 0.60
Hubungan yang Kuat 0.60 – 0.80
Hubungan yang Sangat Kuat 0.80 – 1.00
Sumber : Miller, 1991

Jadual 5 di bawah menunjukkan ringkasan statistik yang telah


digunakan bagi menjawab persoalan kajian.

Jadual 5

Ringkasan statistik

Bil Persoalan Kajian Ujian Statistik


1. Data demografi responden Frekuensi, min
2. Apakah tahap minat guru Pendidikan Islam Frekuensi, min
terhadap penggunaan TMK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran?
3. Apakah tahap keyakinan guru Pendidikan Islam Frekuensi, min
terhadap penggunaan TMK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran?
4. Apakah tahap kemahiran guru Pendidikan Islam Frekuensi, min
terhadap penggunaan TMK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran? bersambung…
5. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi guru Frekuensi, min
Pendidikan Islam dalam mengintegrasikan TMK
untuk tujuan proses pengajaran dan pembelajaran?
6. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara Pekali Pearson
tahap minat, keyakinan dan kemahiran guru
Pendidikan Islam terhadap penggunaan TMK
dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

3.8 RUMUSAN

21
Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan reka bentuk kajian
yang digunakan iaitu kajian kuantitatif. Seterusnya, persampelan yang
digunakan adalah berbentuk rawak dimana sampel tersebut merupakan guru
Pendidikan Islam sekolah rendah di sekitar Kota Samarahan. Disamping itu,
kajian ini menggunakan instrumen kajian berbentuk borang soal selidik yang
dijalankan ke atas saiz populasi yang besar. Sebelum kajian dijalan, proses
kesahan dan kebolehpercayaan dilakukan untuk memastikan item yang
disoal mengukur apa yang sepatutnya diukur. Kajian rintis dijalankan keatas
beberapa orang GPI yang dipilih secara rawak bagi menentukan
kebolehpercayaan dan mengenalpasti masalah-masalah yang timbul semasa
kajian dijalankan.

22
BAB 4.0

DAPATAN KAJIAN

4.1 PENDAHULUAN

Bab ini akan membentangkan dapatan kajian hasil penganalisisan data


yang dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 24.0. Statistik deskriptif
digunakan untuk mengelaskan kekerapan dan peratus demografi dari segi
jantina, lokasi sekolah, kelayakan akademik dan pengalaman mengajar.
Manakala nilai min dan sisihan piawai akan menerangkan item-item persepsi
umum GPI terhadap penggunaan TMK yang meliputi keempat-empat aspek
yang dikaji iaitu tahap minat, keyakinan, kemahiran dan juga cabaran-
cabaran. Seterusnya, dapatan berkaitan tahap penggunaan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan GPI termasuklah aspek
sebelum, semasa dan selepas. Penganalisiaan data juga diterangkan untuk
menjelaskan objektif-objektif kajian seperti berikut:

i. Mengenal pasti tahap minat guru Pendidikan Islam terhadap


penggunaan TMK untuk tujuan proses pengajaran dan pembelajaran
ii. Mengenal pasti tahap keyakinan guru Pendidikan Islam terhadap
penggunaan TMK dalam meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran
iii. Mengenal pasti tahap kemahiran guru Pendidikan Islam dalam
menggunakan TMK untuk tujuan proses pengajaran dan
pembelajaran
iv. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi guru Pendidikan Islam dalam
mengintegrasikan TMK untuk tujuan proses pengajaran dan
pembelajaran
v. Menentukan sama ada wujud hubungan yang signifikan antara tahap
minat, keyakinan dan kemahiran guru Pendidikan Islam terhadap
penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

23
Sebanyak 60 set soal selidik telah diedarkan kepada responden kajian
yang merupakan sampel bagi keseluruhan populasi manakala soal selidik
yang dipulangkan oleh responden dan dapat diproses adalah sebanyak 53
set. Jumlah ini merupakan 88% daripada keseluruhan soal selidik yang
diedarkan. Menurut Ary, Jacobs dan Razaveih (2002) menyatakan bahawa
75% hingga 90% pulangan soal selidik diperlukan bagi mencapai matlamat
kajian.

4.2 PROFIL RESPONDEN


Dapatan maklumat latar belakang responden adalah sebagaimana berikut:

4.2.1 Jantina

Jadual 6 menunjukkan taburan responden mengikut jantina. Majoriti


responden adalah terdiri daripada guru perempuan iaitu seramai 30 orang
(56.6%) berbanding guru lelaki seramai 23 orang (43.4%). Dapatan ini
adalah normal dalam situasi pendidikan di Malaysia memandangkan jumlah
guru-guru perempuan jauh melebihi jumlah guru-guru lelaki (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2001)

Jadual 6:

Kekerapan dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina

Jantina Bilangan Peratus(%)


Lelaki 23 43.4
Perempuan 30 56.6
JUMLAH 53 100

4.2.2 Lokasi Sekolah

24
Jadual 7 menunjukkan taburan lokasi sekolah yang agak seimbang antara
sekolah bandar dan di luar bandar. Bilangan responden dari sekolah luar
bandar adalah seramai 39 orang (73.6%) berbanding responden dari sekolah
bandar seramai 14 orang (26.4%)

Jadual 7

Kekerapan dan Peratusan Responden Berdasarkan Lokasi Sekolah

Lokasi Sekolah Bilangan Peratus(%)


Bandar 14 26.4
Luar Bandar 39 73.6
JUMLAH 53 100

4.2.3 Kelayakan Akademik

Jadual 8 menunjukkan bilangan responden mempunyai kelayakan Ijazah


Sarjana Muda adalah seramai 46 orang (86.8%) berbanding yang
mempunyai Sijil/Diploma adalah seramai 7 orang (13.2%). Majoriti
responden merupakan pemegang ijazah dalam perguruan.

Jadual 8

Kekerapan dan Peratusan Responden Berdasarkan Kelulusan Akademik

Jantina Bilangan Peratus(%)


Sijil/Diploma 7 13.2
Ijazah 46 86.8
JUMLAH 53 100

4.2.4 Pengalaman Mengajar

Bagi pengalaman mengajar responden adalah agak sekata. Jadual


frekuensi berkumpul (Jadual 9) yang dibina menunjukkan kebanyakan

25
responden telah mempunyai pengalaman mengajar antara 8 ke 12 tahun
iaitu seramai 17 orang (32.1%). Ini diikuti dengan responden yang
mempunyai pengalaman mengajar antara 12-20 tahun iaitu seramai 16
orang (30.2%). Seramai 8 responden (15.1%) mempunyai pengalaman
mengajar antara 4 – 7 tahun manakala seramai 7 responden (13.2%)
mempunyai pengalaman mengajar kurang dari 4 tahun. Akhir sekali, seramai
5 orang responden (9.4%) mempunyai pengalaman mengajar di bawah tiga
tahun.
Jadual 9

Kekerapan dan Peratusan Responden Berdasarkan Kelulusan Akademik

Jantina Bilangan Peratus(%)


1 – 3 tahun 5 9.4
4 – 7 tahun 8 15.1
8 – 12 tahun 17 32.1
13 – 20 tahun 16 30.2
>21 tahun 7 13.2
JUMLAH 53 100

4.3 ANALISIS PERSEPSI GPI TERHADAP PENGGUNAAN TMK


DALAM PDP

Dalam bahagian ini, pengkaji akan membuat analisa terhadap


persepsi GPI terhadap penggunaan TMK dalam PdP berdasarkan minat,
keyakinan, kemahiran dan juga cabaran.

4.3.1 Taburan Min Minat GPI Terhadap Penggunaan TMK dalam PdP

Analisis ini dilakukan untuk menjawab persoalan kajian pertama iaitu


apakah tahap minat GPI terhadap penggunaan TMK dalam PdP di sekolah.
Dapatan kajian menunjukkan persepsi responden terhadap minat adalah

26
positif di mana min keseluruhannya adalah 3.92 iaitu tahap tinggi. Hal ini
menggambarkan guru-guru Pendidikan Islam sentiasa peka akan
perkembangan teknologi pendidikan semasa.

Jadual 10

Min Minat GPI terhadap penggunaan TMK dalam PdP

Item STS TS KS S SS Min S.P

1. berminat untuk 0 0 4 35 14
4.19 .557
mempelajari kemahiran (0%) (0%) (7.5%) (66.0%) (26.4%)
TMK
2. sentiasa membaca 0 1 14 32 6
3.81 .652
artikel berkaitan TMK (0%) (1.9%) (26.4%) (60.4%) (11.3%)
3. mengutamakan unsur 0 0 9 38 6
3.94 .534
TMK dalam PdP (0%) (0%) (17.0%) (71.7%) (11.3%)
4. sentiasa peka
0 2 7 39 5
terhadap perkembangan 3.89 .610
(0%0 (3.8%) (13.2%) (73.6%) (9.4%)
teknologi terkini
5. berbincang dengan 0 2 8 40 3
3.83 .580
rakan sejawat (0%) (3.8%) (15.1%) (75.5%) (5.7%)

Item yang mempunyai nilai min tertinggi adalah item A1, saya berminat
untuk mempelajari kemahiran mengintegrasikan TMK dalam PdP (M= 4.19,
S.P= .56). Hal ini mengambarkan bahawa setiap guru mempunyai minat dan
keinginan untuk mempelajari kemahiran TMK untuk diterapkan di dalam PdP.
Manakala min bagi item A2, Saya sentiasa membaca artikel berkaitan TMK
merupakan min terendah iaitu 3.81.

4.3.2 Taburan Min keyakinan GPI terhadap penggunaan TMK dalam


PdP

Analisis ini dilakukan untuk melihat persoalan kedua iaitu tahap keyakinan
GPI terhadap keberkesanan TMK dalam PdP berbanding kaedah-kaedah
tradisional dalam mengajar subjek Pendidikan Islam pada masa kini. Secara
keseluruhan, nilai min bagi kesemua kontruk keyakinan adalah tinggi iaitu
M=4.2.

Jadual 11

27
Min keyakinan GPI terhadap penggunaan TMK dalam PdP

Item STS TS KS S SS Min S.P

1. Penggunaan TMK
0 1 2 26 24
memberi manfaat yang 4.38 .657
(0.0%) (1.9%) (3.8%) (49.1%) (45.3%)
banyak
2. Menjadikan PdP Guru 0 1 2 28 23
4.40 .566
lebih aktif dan berkesan (0%) (1.9%) (3.8%) (52.8%) (43.4%)
3. Releven berbanding 0 3 7 22 21
4.15 .864
kaedah tradisional (0%) (5.7%) (13.2%) (41.5%) (39.6%)
4. Mengintegrasikan TMK
0 2 8 35 8
dalam PdP setelah 3.92 .675
(0%0 (3.8%) (15.1%) (66.0%) (15.1%)
berkursus
5. PERLU ubah kaedah ke
0 1 6 30 16
arah mengintegrasikan 4.15 .690
(0%) (1.9%) (11.3%) (56.6%) (30.2%)
TMK

Min item tertinggi bagi konstruk keyakinan adalah item B2, saya yakin
penggunaan TMK menjadikan PdP guru lebih aktif dan berkesan dengan
nilai min=4.40 dan S.P=.566. Hal ini menunjukkan GPI yakin akan
keberkesanan dan penggunaan TMK berupaya untuk mencorak PdP yang
lebih bermakna. Sebanyak 45.3% responden sangat setuju bahawa
penggunaan TMK memberi manfaat yang banyak (M=4.38, S.P=.657).

Responden juga bersetuju bahawa penggunaan TMK adalah lebih


releven berbanding kaedah tradisional (M=4.15, S.P= .864). Hal ini dapat
dilihat hanya 5.7% tidak setuju dan 13.2% kurang bersetuju manakala 81.1%
setuju dan sangat setuju terhadap item ini. Selain ini, 66.0% responden
bersetuju dan 15.1% sangat setuju untuk mengintegrasikan dan
mengamalkan TMK dalam PdP setelah diberi peluang berkursus (M=3.92,
S.P= .675). Begitu juga seramai 86.8% setuju dan sangat setuju bahawa
perlu untuk mengubah kaedah pengajaran daripada kaedah konvensional
atau tradisional kearah pengintegrasian TMK (M=4.15, S.P= .690)

4.3.3 Taburan Min kemahiran GPI terhadap penggunaan TMK dalam


PdP

28
Analisis ini dilakukan untuk melihat persoalan ketiga iaitu tahap
kemahiran GPI terhadap penggunaan TMK dalam PdP. Secara keseluruhan,
nilai min bagi kesemua kontruk kemahiran adalah sederhana iaitu M=3.25

Jadual 12

Min tahap kemahiran GPI terhadap penggunaan TMK dalam PdP

Item STS TS KS S SS Min S.P

1. Mempunyai kemahiran 1 6 16 21 9
3.58 .969
yang cukup (1.9%) (11.3%) (30.2%) (39.6%) (17.0%)
2. Memasukkan unsur
2 3 23 21 4
grafik dan audio dalam 3.42 .864
(3.8%) (5.7%) (43.4%) (39.6%) (7.5%)
powerpoint
3. Menggunakan alat
4 16 27 5 1
pengarangan untuk 2.68 .864
(0%) (5.7%) (13.2%) (41.5%) (39.6%)
menghasilkan pakej PdP
4. Mengambil masa tidak
6 11 18 17 1
lama menghasilkan 2.92 1.03
(11.3%) (20.8%) (34.0%) (32.1%) (1.9%)
powerpoint
5. Selesa menggunakan
1 3 12 35 2
bahan digital milik orang 3.64 .736
(1.9%) (5.7%) (22.6%) (66.0%) (3.8%)
lain

Bagi item C1 iaitu saya mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk


mengintegrasikan TMK dalam PdP mempunyai nilai min yang tinggi iaitu
M=3.58, S.P= .969 dimana sebanyak 56.6% respondan bersetuju mereka
mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengintegrasikan TMK dalam PdP.
Bagi item C2 iaitu saya mempunyai kemahiran untuk memasukkan unsur
grafik dan audio dalam persembahan powerpoint bagi tujuan PdP
mempunyai nilai min tahap sederhana iaitu M=3.41, S.P=.864. Sebanyak
43.4% kurang bersetuju, 5.7% tidak setuju dan 3.8% sangat tidak setuju
bahawa mereka mempunyai kemahiran untuk memasukkan unsur grafik dan
audio dalam powerpoint mereka.

Min terendah dalam kontruks ini adalah item C3 iaitu saya


menggunakan alat pengarangan seperti Hot Potatoes, Authorware, Adobe
Flash dan sebagainya untuk menghasilkan pakej PdP dengan nilai M=2.68,
S.P=.827. Sebanyak 11.3% sahaja yang bersetuju mereka menggunakan
alat pengarangan tersebut di dalam pdp mereka manakala 50.9% kurang
setuju, 30.2% tidak setuju dan 7.5% sangat tidak bersetuju.

29
Seterusnya, item C4 iaitu saya mengambil masa yang tidak lama
untuk menghasilkan suatu powerpoint bagi tujuan pdp mempunyai nilai min
yang rendah iaitu M=2.92, S.P= 1.034. Keseluruhan peratus yang tidak
bersetuju (66%) lebih banyak berbanding yang bersetuju (34%) menunjukkan
bahawa majoriti responden mengambil masa yang agak lama untuk
menghasilkan satu powerpoint bagi tujuan pdp. Hal ini mendorong mereka
untuk selesa menggunakan bahan sumber digital milik orang lain dalam pdp
mereka (M=3.64, S.P= .736). Sebanyak 66.0% bersetuju dan 3.8% sangat
bersetuju mereka lebih selesa untuk menggunakan bahan-bahan sedia ada
yang diperolehi dari luar. Manakala sebanyak 22.6% kurang bersetuju
menunjukkan responden tidak selesa atau kurang berkemahiran untuk
menggunakan bahan daripada luar.

4.3.4 Taburan Min cabaran GPI terhadap penggunaan TMK dalam


PdP

Analisis ini dilakukan untuk melihat persoalan keempat iaitu cabaran yang
dihadapi GPI dalam menggunakan TMK dalam PdP. Secara keseluruhan,
nilai min bagi kesemua item dalam kontruk cabaran ini adalah sederhana
iaitu M=3.45.

Jadual 13:

Min Cabaran GPI terhadap penggunaan TMK dalam PdP

Item STS TS KS S SS Min S.P

1. Sekolah mempunyai 0 1 11 32 9
3.92 .675
akses internet (0%) (1.9%) (20.8%) (60.4%) (17.0%)
2. Masa yang cukup 4 9 11 27 2
3.26 1.04
untuk merancang (7.5%) (17.0%) (20.8%) (50.9%) (3.8%)
3. Sekolah mempunyai
peralatan komputer yang 2 3 26 20 2
3.32 .803
mencukupi untuk (3.8%) (5.7%) (49.1%) (37.7%) (3.8%)
digunakan dalam PdP
4. Sekolah ad
4 11 18 16 4
menyediakan insentif 3.09 1.06
(7.5%) (20.8%) (34.0%) (30.2%) (7.5%)
kepada guru

30
5. Mudah mendapatkan 1 1 12 36 3
3.74 .684
sumber dari luar (1.9%) (5.7%) (22.6%) (67.9%) (5.7%)

Bagi item D1, sekolah saya mempunyai akses internet yang


membolehkan saya melayari internet mempunyai nilai min yang tinggi iaitu
M=3.92, S.P= .675 dimana sebanyak 60.4% bersetuju dan 17% sangat
bersetuju. Manakala hanya 20.8% responden tidak bersetuju sekolah mereka
mempunyai akses yang membolehkan untuk melayari internet. Secara
keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan kebanyakkan sekolah rendah di
Kota Samarahan mempunyai kemudahan internet dan guru mudah
mendapatkan mengekses kemudahan tersebut.

Kekangan masa dan tugas yang membebankan turut menjadi cabaran


kepada para guru untuk mengintegrasikan TMK dalam PdP. Berdasarkan
item D2 saya mempunyai masa yang cukup untuk merancang
pengintegrasian TMK dalam PdP menunjukkan bahawa sebanyak 20.8%
responden kurang setuju, 17% tidak setuju dan 7.5% sangat tidak setuju. Hal
ini menunjukkan bahawa responden tidak mempunyai masa yang cukup
untuk menghasilkan bahan sumber digital menggunakan TMK untuk
diaplikasikan di dalam PdP. Namun begitu, 50.9% bersetuju bahawa masa
tidak menjadi cabaran untuk merancang pengintegrasian TMK dalam PdP
kerana sedar akan manfaatnya.

Sebanyak 49.1% kurang bersetuju, 5.7% tidak setuju dan 3.8% sangat
tidak setuju terhadap item D3 sekolah saya mempunyai peralatan komputer
yang mencukupi untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
(M=3.32, S.P= .803). Hal ini menjadi cabaran kepada para guru untuk
melaksanakan TMK dalam PdP sekiranya kemudahan asas seperti
komputer, pemancar LCD dan sebagainya terhad.

Item D4 iaitu pihak sekolah saya ada menyediakan insentif kepada


guru-guru yang menggunakan komputer dalam PdP mempunyai nilai min
yang sederhana iaitu 3.09. Sebanyak 30.2% menyatakan setuju bahawa
sekolah mereka ada menyediakan insentif kepada guru-guru yang
menggunakan TMK dalam PdP manakala 34% kurang setuju, 20.8% tidak
setuju dan 7.5% sangat tidak setuju. Seterusnya, sebanyak 67.9%

31
responden bersetuju bahawa mereka mudah untuk mendapatkan sumber-
sumber TMK dari luar untuk digunakan dalam PdP. Manakala 22.6%
responden menyatakan tidak bersetuju. Kesukaran untuk mendapatkan
sumber TMK dari luar menjadi cabaran kepada guru-guru umunya untuk
melaksanakan pengingtegrasian TMK dalam PdP.

4.4 ANALISIS PENGGUNAAN TMK DALAM MENINGKATKAN


KEBERKESANAN PROSES PDP

Pada kontruk ini, pengkaji melihat tahap penggunaan TMK dalam


kalangan GPI dalam PdP bilik darjah. Terdapat 15 item yang merujuk kepada
penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran dalam soal selidik
yang memerlukan responden untuk memilih skala antara 1-5 mewakili tahap
kekerapan penggunaan. Pengkaji mengandaikan skala 1, 2 dan 3 sebagai
tidak pernah manakala 4 dan 5 sebagai pernah. Penggunaan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran dikategorikan kepada tiga fasa iaitu sebelum,
semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran. Fasa sebelum dinilai
pada item A1 sehingga A5 manakala fasa semasa dinilai pada item B1
sehingga B6 dan fasa selepas dinilai pada item C1 sehingga C4.

4.4.1 Tahap penggunaan TMK Fasa Sebelum

Penggunaan TMK fasa ‘sebelum’ pengajaran dan pembelajaran


merangkumi 5 item. Sebelum min penggunaan TMK dibentangkan, terlebih
dahulu pengkaji telah mengemukakan taburan kekerapan dan peratusan
tahap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bagi fasa

32
sebelum (Jadual 14). Taburan peratusan yang dikemukakan adalah
mengikut susunan kekerapan dan peratusan daripada tertinggi kepada
terendah.

Didapati kekerapan tertinggi responden yang pernah menggunakan TMK


pada fasa sebelum pengajaran dan pembelajaran adalah dalam
mendapatkan sumber daripada pelbagai sumber seperti portal, laman web,
CD Pendidikan dan sebagainya (83%). Ini diikuti dengan menyediakan nota
ringkas atau lembaran kerja menggunakan MS Words (83%), membuat
perancangan yang rapi sebelum menggunakan TMK dalam PdP (83%),
memasukkan unsur grafik dalam persembahan powerpoint (75.5%) dan akhir
sekali memasukkan unsur audio dalam persembahan powerpoint (67.9%)

Jadual 14

Tahap Penggunaan TMK Fasa Sebelum Pengajaran dan Pembelajaran

1 2 3 4 5
Pernyataan n n n n n M SP
(%) (%) (%) (%) (%)

A4 Mendapatkan sumber 0 0 9 40 4 3.9


.490
(0.00 (0.0) (17.0 (75.5) (7.5) 1
daripada pelbagai sumber
A3 Menyediakan nota
ringkas/lembaran kerja 0 1 8 38 6 3.9
.583
menggunakan Ms word (0.0) (1.9) (15.1) (71.7) (11.3) 2
dan sebagainya

A1 Membuat perancangan 0 2 7 37 7 3.9


.645
rapi (0.0) (3.8) (13.2) (69.8) (13.2) 2
A2 Memasukkan unsur grafik
1 2 10 34 6 3.7
dalam powerpoint .769
(1.9) (3.8) (18.9) (64.2) (11.3) 9

A5 Memasukkan unsur audio


1 3 13 32 4 3.6
dalam powerpoint (1.9) (5.7) (24.5) (60.4) (7.5) 6
.783

4.4.2 Tahap Penggunaan TMK Fasa Semasa

Penggunaan TMK fasa ‘semasa’ pengajaran dan pembelajaran


merangkumi enam penyatan item. Berdasarkan Jadual 15 dapatan

33
menunjukkan sebanyak 66.1% pernah menggunakan perisian powerpoint
dan CD Pendidikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Daripada
jumlah ini, sebanyak 1.9% sangat bersetuju dan diikuti 64.2% bersetuju.
Manakala, sebanyak 28.3% tidak bersetuju diikuti 3.8% tidak bersetuju dan
1.9% sangat tidak bersetuju pernah menggunakan perisian powerpoint dan
CD Pendidikan sebagai bahan bantu mengajar di dalam PdP.

Bagi item B2 sehinga B6, pengkaji melihat tahap penggunaan TMK dalam
empat mod pengajaran iaitu mod tutorial, aplikasi, komunikasi, dan
penerokaan. Sebanyak 49.1% pernah menggunakan mod tutorial dalam
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer manakala 43.4%
kurang bersetuju.

Sebanyak 52.8% responden pernah menggunakan mod aplikasi dalam


fasa ini dengan 1.9% sangat setuju dan 50.9% setuju. Bakinya sebanyak
39.6% kurang setuju, 5.7% tidak setuju dan 1.9% sangat tidak setuju pernah
menggunakan mod aplikasi berbantukan komputer.

Penggunaan mod komunikasi dan penerokaan pula menunjukkan


dapatan yang sama iaitu sebanyak 56.6% menyatakan pernah
menggunakannya pada fasa ini. Daripada jumlah ini, sebanyak 3.8% sangat
setuju dan 52.8% setuju. Manakala 35.8% kurang setuju, 3.8% tidak setuju
pernah menggunakan mod komunikasi dan penerokaan dengan berbantukan
komputer.

Dapatan keseluruhan bagi item fasa ‘semasa’ pengajaran dan


pembelajaran dapat dilihat dalam jadual 15

Jadual 15

Tahap Penggunaan TMK Fasa Semasa Pengajaran dan Pembelajaran

1 2 3 4 5
Pernyataan n n n n n M SP
(%) (%) (%) (%) (%)

B1 Menggunakan perisian 1 2 15 34 1
3.60 .689
powerpoint dan CD (1.9) (3.8) (28.3) (64.2) (1.9)
Pendidikan

34
B2 Menggunakan mod
tutorial berbantukan 1 3 23 25 1
3.42 .719
(1.9) (5.7) (43.4) (47.2) (1.9)
pdp
B3 Menggunakan mod
aplikasi berbentukan 1 3 21 27 1
3.45 .722
(1.9) (5.7) (39.6) (50.9) (1.9)
pdp
B4 Menggunakan mod
2 2 19 28 2
komunikasi berbentukan 3.49 .710
(3.8) (3.8) (35.8) (52.8) (3.8)
pdp
B5 Menggunakan mod
2 2 19 28 2
penerokaan (3.8) (3.8) (35.8) (52.8) (3.8)
3.49 .710
berbantukan pdp
B6 Menggunakan
1 2 15 32 3
persembahan (1.9) (3.8) (28.3) (60.4) (5.7)
3.64 .736
multimedia

4.4.3 Tahap Penggunaan TMK Fasa Selepas

Dalam kategori penggunaan TMK fasa ‘selepas’ pengajaran dan


pembelajaran pula, dapatan menunjukkan tahap kekerapan yang sederhana.
Min keseluruhan bagi item C1 sehingga C4 adalah 2.95. Melalui dapatan
dalam jadual 16, majoriti responden tidak pernah menggunakan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran pada fasa ini. Nilai min tertinggi pada fasa ini
adalah item C2 pelajar mengintegrasikan sumber daripada internet dalam
proses menyiapkan tugasan yang saya berikan (M= 3.41, S.P= .795). Pada
item ini, sebanyak 52.8% bersetuju manakala bakinya 37.7% kurang
bersetuju, 5.7% tidak setuju dan 3.8% sangat tidak setuju.

Bagi item C1 saya mempunyai laman web dan memasukkan sumber


berkaitan dengan mata pelajaran atau toplik yang diajar menggunakan
perisian seperti Edmodo, Frog VLE dan sebagainya (M=2.64, S.P=1.05),
mojoriti responden tidak bersetuju dengan peratus kekerapan sebanyak
77.3% berbanding responden yang setuju dengan nilai peratus kekerapan
sebanyak 22.7%.

Sebanyak 28.3% responden bersetuju pelajar mencari maklumat


tambahan yang berkaitan pelajaran melalui internet dan membincangkannya

35
di dalam kelas (M=3.11, S.P= .724). Manakala, sebanyak 58.5% kurang
bersetuju, 9.4% tidak setuju dan 3.8% sangat tidak setuju.

Bagi item C4 iaitu meminta pelajar menghantar tugasan yang berkaitan


dengan topik pelajaran melalui internet dan membincangkannya di dalam
kelas (M= 2.64, S.P= .810), hanya 13.2% bersetuju pernah
melaksanakannya. Manakala majoriti tidak pernah dengan peratus
kekerapan 39.6% kurang setuju, 43.4% tidak setuju, dan 3.8% sangat tidak
setuju.

Jadual 16

Tahap Penggunaan TMK Fasa Selepas Pengajaran dan Pembelajaran

1 2 3 4 5
Pernyataan n n n n n M SP
(%) (%) (%) (%) (%)
C1 Memasukkan sumber
atau topik menggunakan 7 19 15 10 2
2.64 1.06
(13.2) (35.8) (28.3) (18.9) (3.8)
perisian
C2 Pelajar mengintegrai
sumber internet dalam 2 3 20 27 1
3.42 .795
(3.8) (5.7) (37.7) (50.9) (1.9)
menyiapkan tugasan
C3 Pelajar mencari
maklumat tambahan di 2 5 31 15 0
3.11 .725
(3.8) (9.4) (68.5) (28,3) (0.0)
dalam internet
C4 Pelajar menghantar
tugasan melalui internet 2 23 21 6 1
2.64 .811
dan membincangkannya (3.8) (43.4) (39.6) (11.3) (1.9)
di dalam kelas

4.5 HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI GPI TERHADAP PENGGUNAAN


TMK DENGAN TAHAP PENGGUNAAN

Persoalan kajian kelima adalah bertujuan untuk melihat sama ada


wujud hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah bebas iaitu tahap
36
minat, keyakinan dan kemahiran GPI dengan pemboleh ubah bersandar iaitu
tahap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji telah
menggunakan ujian kolerasi Pearson untuk mendapatkan maklumat
mengenai hubungan yang signifikan atau tidak terdapat hubungan yang
signifikan. Hal ini sekali gus menjawab sama ada hipotesis kajian diterima
atau ditolak. Tafsiran berkenaan indeks kolerasi dirujuk menurut panduan
Miller (1991) seperti di dlam jadual 17 di bawah.

Jadual 17

Pengkelasan Tafsiran Pekali Kolerasi

Kekuatan Hubungan Nilai


Sedikit atau tiada hubungan 0.00 – 0.20
Hubungan yang Lemah 0.20 – 0.40
Hubungan yang Sederhana 0.40 – 0.60
Hubungan yang Kuat 0.60 – 0.80
Hubungan yang Sangat Kuat 0.80 – 1.00

Jadual 18

Keputusan Ujian Kolerasi pemboleh ubah minat, keyakinan dan kemahiran


dengan tahap penggunaan TMK dalam PdP

Pemboleh ubah Tahap Penggunaan TMK

r p

Minat .572** .000


Keyakinan .644** .000
Kemahiran .801** .000
r= Kolerasi Pearson p= signifikan

37
**signifikan pada aras 0.01

Jadual 18 di atas menunjukkan keputusan ujian kolerasi Pearson


antara pemboleh ubah minat, keyakinan dan kemahiran GPI dengan tahap
penggunaan TMk di dalam pdp. Keputusan ujian kolerasi ini akan menjawab
hipotesis nul kajian seperti di bawah.

Ho1: Tidak terdapat hubungan signifikan antara tahap minat guru


Pendidikan Islam terhadap penggunaan TMK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah
rendah

Berdasarkan dapatan analisis kolerasi yang terdapat pada jadual 18,


didapati terdapat hubungan yang signifikan antara minat dan tahap
penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan
Islam (r= .572, p<0.01). Kekuatan hubungan menurut Miller (1991) adalah
sederhana. Oleh yang demikian, hipotesis nul (Ho1) adalah ditolak dan
hipotesis alternatif diterima di mana terhadap hubungan signifikan di antara
tahap minat guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan TMK dalam proses
PdP Pendidikan Islam

Ho2: Tidak terdapat hubungan signifikan antara tahap keyakinan guru


Pendidikan Islam terhadap penggunaan TMK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah
rendah.

38
Dapatan analisis kolerasi yang terdapat pada jadual 18 mendapati
bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap keyakinan guru
Pendidikan Islam dan tahap penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran. Nilai p= 0.00 adalah lebih kecil daripada nilai signifikan 0.01
dan nilai r= 0.644. Kekuatan hubungan kolerasi adalah kuat. Oleh yang
demikian, hipotesis nul (Ho2) ditolak dan hipotesis alternatif diterima di mana
terdapat hubungan yang signifikan antara tahap keyakinan guru Pendidikan
Islam dan tahap penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Ho2: Tidak terdapat hubungan signifikan antara tahap kemahiran guru


Pendidikan Islam terhadap penggunaan TMK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah
rendah.

Jadual 18 menunjukkan keputusan ujian kolerasi antara tahap


kemahiran guru Pendidikan Islam dengan tahap penggunaan TMK dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah.
Menurut dapatan analisis tersebut, didapati terdapat hubungan di antara
pemboleh ubah kemahiran dan tahap penggunaan TMK dengan nilai
signifikan adalah p= 0.00 dan nilai kolerasi r= 0.801 (r=0.801, p<0.01). Oleh
yang demikian, hipotesis nul (Ho3) adalah ditolak dan hipotesis alternatif di
mana terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kemahiran guru
dengan tahap penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam di sekolah. Kekuatan hubungan adalah sangat kuat (Miller,
1991) kerana untuk menggunakan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran, kemahiran adalah perkara yang dititik beratkan untuk
memastikan kelancaran dan pelaksanaan TMK dalam pdp menjadi lebih
berkesan.

4.6 PERBINCANGAN

39
Perbincangan kajian akan menyentuh aspek persamaan dan percanggahan
dapatan kajian ini berbanding kajian-kajian lalu. Berikut dikemukakan
perbincangan dapatan kajian berdasarkan objektif dan persoalan kajian.

4.6.1 Maklumat latar belakang responden

Kajian ini melibatkan seramai 53 orang responden yang terdiri


daripada guru-guru Pendidikan Islam yang mengajar di sekolah rendah di
sekitar Kota Samarahan, Sarawak. Tujuan pemilihan tempat di Kota
Samarahan, Sarawak adalah mudah untuk pengkaji mendapatkan data serta
jimat dari segi kos dan masa. Pada umumnya, bilangan responden wanita
lebih banyak berbanding responden lelaki. Keadaan ini adalah biasa dengan
jumlah bilangan guru wanita memang melebih bilangan guru lelaki di seluruh
Malaysia iaitu sebanyak 293,660 guru wanita dan 124,408 guru lelaki (KPM,
2014). Majoriti responden adalah berkelulusan berkelulusan ijazah
pendidikan dan mengajar di kawasan luar bandar.

4.6.2 Persepsi Terhadap Penggunaan TMK dalam Pengajaran dan


Pembelajaran Pendidikan Islam

Penilaian persepsi dilakukan terhadap 4 aspek iaitu minat,


keyakinan, kemahiran dan cabaran-cabaran yang dihadapi guru Pendidikan
Islam terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dapatan kajian menunjukkan responden memberi persepsi yang positif
terhadap keempat-empat konstruk tersebut. Dapatan menunjukkan konstruk
minat (M= 3.92), keyakinan (M= 4.20), kemahiran (M= 3.25) dan cabaran-
cabaran (M= 3.45) berada melebihi nilai min 3.00. Hal ini menunjukkan
responden mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan TMK
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di dalam bilik darjah

40
i. Tahap minat
Responden menunjukkan minat, peka dan keinginan untuk
mengetahui lebih lanjut terhadap penggunaan TMK dalam pdp. Selain itu,
responden juga selalu berbincang dengan rakan sejawat bagi memurnikan
kaedah pengajaran yang mengintegrasikan TMK. Dapatan ini memberi
gambaran bahawa dari segi tingkah laku, guru-guru bersikap positif dan akan
menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Dapatan
ini menyokong kajian oleh Shahril Sabudin (2006) yang menyatakan dari segi
tingkah laku, guru-guru bersikap positif dan akan menggunakan teknologi
komputer di makmal sains dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
Begitu juga dapatan kajian yang dilakukan oleh Siti Fatimah Ahmad dan Ab.
Halim Tamuri (2010), kajian mendapati majoriti guru j-Qaf seramai 165
(61.1%) bersetuju dan 84 orang (31.1%) sangat setuju bahawa mereka minat
menggunakan komputer dalam pengajaran berbanding 20 orang guru (7.4%)
kurang setuju menyatakan bahawa mereka tidak berminat menggunakan
komputer dalam PdP. Hal ini sekaligus memberi petanda bahawa guru-guru
sudah bersedia bagi melaksanakan cita-cita dan hasrat KPM untuk
mengintegrasi dan menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
Meskipun demikian, masih terdapat segelintir guru yang tidak melihat
penggunaan TMK sebagai satu perkara yang memberi keuntungan kepada
guru mahupun murid-murid.

ii. Tahap Keyakinan


Berdasarkan kajian ini jelaslah bahawa guru-guru Pendidikan Islam
mempunyai keyakinan bahawa penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran berupaya memberi manfaat yang banyak kepada murid-murid
dengan kekerapan responden yang bersetuju sebanyak 94.4%. Faedah yang
diperoleh dengan menggunakan TMK di dalam bilik darjah harus
dimanfaatkan sepenuhnya kerana dapatan kajian menunjukkan banyak
kebaikan penggunaan teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran (Siti
Fatimah Ahmad, 2010). Bagi item B4, majoriti responden bersetuju bahawa
mereka lebih yakin untuk menggunakan TMK setelah menghadiri kursus-
kursus yang berkaitan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Melvina Chun Hui

41
Ching (2010), guru yang pernah menghadiri kursus TMK lebih bersikap
positif dan bersedia menggunakan TMK dalam pengajaran mereka
berbanding dengan guru-guru yang tidak pernah menghadiri kursus kerana
mereka tidak mempunyai pengetahuan serta kemahiran untuk
mengendalikan komputer dan mengaplikasikan TMK dalam pengajaran.
Justeru, guru-guru yang tidak pernah menghadiri sebarang kursus TMK
harus didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran penggunaan TMK
melalui kursus-kursus yang dianjurkan agar mereka lebih berkeyakinan
dalam menggunakan TMK dalam pengajaran mereka.

iii. Tahap Kemahiran


Dalam kontruks kemahiran pula, min keseluruhan berada pada tahap
sederhana (M=3.25). Dapatan kajian menunjukkan 30.2% responden kurang
setuju, 11.3% tidak setuju dan 1.9% sangat tidak setuju mereka mempunyai
kemahiran yang mencukupi untuk mengintegrasikan TMK dalam PdP.
Dapatan ini mempunyai persamaan dengan kajia Fariza Khalid (2007) di
mana dalam kajiannya, beliau mendapati aspek kemahiran merancang dan
pengetahuan untuk mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran berada pada tahap yang lemah.

Min tertinggi ialah 3.64 iaitu item C5 di mana 66% menyatakan


mereka selesa menggunakan bahan TMK milik orang lain dalam PdP
mereka. Pada item C4, sebanyak 62.1% responden menyatakan mereka
mengambil masa yang lama untuk menghasilkan suatu powerpoint bagi
tujuan PdP. Oleh kerana itu, guru-guru lebih selesa untuk menggunakan
bahan yang sedia ada sama ada diperolehi daripada orang lain mahupun
menggunakan CD Pendidikan yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Sebanyak 30.2% kurang setuju, 11.3% tidak setuju dan 1.9% sangat tidak
setuju mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk mengintegrasikan TMK
dalam PdP. Guru-guru lebih tertumpu pada penggunaan komputer dan TMK
untuk tujuan penyediaan kertas kerja dan soalan-soalan peperiksaan,
menganalisis pencapaian pelajar dan membuat penyediaan nota-nota
(Johari Hassan, 2008).

42
iv. Cabaran-cabaran
Bagi aspek cabaran-cabaran yang dihadapi GPI dalam
mengintegrasikan TMK dalam PdP, min terendah adalah pada item D4
(M=3.09) di mana sebanyak 62.3% bersetuju pihak sekolah mereka tidak
menyediakan insentif kepada guru-guru yang menggunakan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian ini menggambarkan
kurangnya pengiktirafan terhadap guru yang menggunakan TMK dalam PdP
mereka. Menurut Ely (1990), kewujudan pengiktirafan ini boleh meningkatkan
motivasi dalam kalangan guru untuk terus menggunakan komputer dalam
pengajaran mereka. Melihat kepada persepsi yang rendah dalam kondisi ini,
pihak pentadbir sekolah haruslah memberi ganjaran berbentuk dalaman
seperti peluang naik pangkat, pengiktirafan secara rasmi, atau kemudahan
mengikuti kursus-kursus lanjutan berkaitan TMK kepada guru yang
mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bagi item D2 iaitu saya mempunyai masa yang cukup unuk


merancang pengintegrasian TMK dalam PdP (M= 3.26) menunjukkan
persepsi responden adalah sederhana. Dalam hal ini 45.3% responden
menyatakan mereka kurang setuju mempunyai masa yang cukup untuk
berbincang dengan rakan, merancang, melaksana dan mempelajari teknik
baru yang berkaitan dengan penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Abdul Halim (2006) masalah yang dihadapi guru
dalam pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
kekurangan masa di mana guru menyatakan terlalu banyak perkara perlu
dilakukan termasuk penyediaan kertas soalan dan memeriksa kertas
peperiksaan.

4.6.3 Hubungan antara minat, keyakinan dan kemahiran GPI dengan


Tahap Penggunaan TMK dalam PdP

43
Perbincangan bagi objektif ke lima adalah untuk melihat perhubungan
antara tahap minat, keyakinan dan kemahiran dengan tahap penggunaan
TMK dalam PdP Guru Pendidikan Islam. Hasil analisis menggunakan
korelasi Pearson mendapati wujud hubungan yang signifikan antara minat,
keyakinan dan kemahiran dan tahap penggunaan TMK dalam pengajaran
dan pembelajaran. Dapatan ini menunjukkan apabila tahap minat, keyakinan
dan kemahiran meningkat atau lebih baik, kekerapan penggunaan TMK
dalam pengajaran dan pembelajaran juga akan meningkat. Sebagai contoh
apabila seorang guru Pendidikan Islam mempunyai kemahiran TMK,
ditambah dengan minat dan keyakinan yang tinggi, kadar penggunaan TMK
di dalam pengajaran dan pembelajaran juga akan meningkat.

Dapatan kajian ini menyokong beberapa kajian terdahulu seperti


Davis et. al (1989) dalam kajiannya mendapati sikap terhadap teknologi akan
menjadi positif jika seseorang dapat mengawal teknologi tersebut agar
mudah dikendalikan dan membawa manfaat kepada mereka.

4.7 RUMUSAN

Bab ini melaporkan dapatan kajian bersesuaian dengan objektif kajian


serta telah menjawab semua persoalan kajian yang telah dikemukakan di
dalam bab satu kajian ini. Dapatan kajian telah dijelaskan dalam bentuk
jadual dan huraian. Persoalan kajian satu hingga empat telah dikaji dan
dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu menggunakan frekuensi dan
min. Sementara persoalan kajian lima telah dikaji dan dianalisis
menggunakan statistik inferensi yang menggunakan kolerasi Pearson.
Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan responden
memberi persepsi positif terhadap penggunaan TMK dalam PdP Pendidikan
Islam. Dapatan juga menunjukkan tahap penggunaan TMK dalam
pengajaran dan pembelajran yang paling kerap dibuat adalah pada fasa
‘sebelum’, diikuti pada fasa ‘semasa’ dan fasa ‘selepas’. Hasil ujian kolerasi
Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara kesemua
pemboleh ubah bebas iaitu minat, keyakinan dan kemahiran dengan

44
pemboleh ubah bersandar iaitu tahap penggunaan TMK dalam pengajaran
dan pembelajaran.

BAB 5

KESIMPULAN, IMPLIKASI, CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

5.1 Kesimpulan Dapatan Kajian

Daripada dapatan kajian dan perbincangan yang dinyatakan pada bab


sebelum ini, beberapa perkara dapat dirumuskan. Secara keseluruhan
persepsi responden terhadap penggunaan TMK menunjukkan tahap yang
baik. Kadar kekerapan penggunaan TMK dalam PdP secara umumnya
masih belum mencapai tahap yang memuaskan walaupun pelbagai usaha
dilakukan oleh pihak kerajaan dan sebagainya. Walaupun terdapat
sebilangan guru yang mengintegrasikan TMK dengan kekerapan yang tinggi,
secara purata tahap pengintegrasian adalah pada tahap yang sederhana.
Kekerapan pengintegrasian TMK pada fasa ‘selepas’ pengajaran dan
pembelajaran menunjukkan tahap yang sangat rendah dilakukan oleh
responden. Ini bermakna, guru jarang mengintegrasikan kemudahan atas
talian seperti membina laman web, mentadbir blog, atau penggunaan e-mail
untuk dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Perkara positif yang diperoleh melalui kajian ini adalah guru


bersikap positif terhadap pengintegrasian TMK dalam PdP. Ini memberi
petanda bahawa majoriti guru-guru Pendidikan Islam sudah pun bersedia
untuk melaksananakan cita-cita dan hasrat KPM untuk mengintegrasikan
TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkara positif lain yang

45
diperoleh melalui kajian ini adalah didapati kadar kekerapan pengintegrasian
TMK tidak dipengaruhi oleh faktor demografi seperti lokasi sekolah.
Meskipun majoriti responden berasal dari sekolah luar bandar, namun tahap
penggunaan TMK masih di paras sederhana. Hal ini menggambarkan usaha
GPI dalam melaksanakan TMK dalam pdp dan tidak timbulnya jurang yang
meluas dalam pendidikan di sekolah sekitar Kota Samarahan.

5.2 IMPLIKASI

Penyelidik akan memberikan implikasi terhadap beberapa pihak


yang terlibat secara langsung iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),
pentadbir sekolah dan guru-guru Pendidikan Islam. Berdasarkan kepada
dapatan kajian, kemudahan komputer di kebanyakan sekolah masih pada
tahap sederhana. Sehubungan dengan itu, pihak KPM sendiri perlu
menyedikan peruntukan yang berterusan bagi memastikan peralatan TMK
seperti komputer, LCD, makmal dan akses internet dibekalkan dan
mencukupi di semua sekolah. Kakitangan khidmat sokongan turut perlu
diperluaskan supaya guru tidak menggunakan masa yang banyak dalam
urusan perkeranian. Oleh itu, guru akan mempunyai masa yang cukup untuk
merancang dan membuat penyediaan bahan pengajaran yang berasaskan
TMK. Selain itu, pihak KPM juga perlu menyediakan kursus berkaitan
penggunaan TMK dan semua guru perlu didedahkan dengan teknik baharu
pengajaran berbantu TMK.

Seterusnya, pihak pentadbir perlu pro-aktif dalam memastikan


kemudahan TMK seperti peralatan, perisian dan akses internet sentiasa
mencukupi dan berfungsi dengan baik serta boleh diguna pakai oleh semua
guru dan pelajar tanpa sebarang masalah. Pihak pentadbir perlu sentiasa
cakna dan sekiranya berlaku kekurangan dari segi peralatan dan
kemudahan, perkara tersebut diatasi dengan cepat dan segera melaporkan
kepada pihak atasan yang bertanggungjawab. Pemberian insentif juga
menjadi motivasi dan pendorong dan diberikan kepada guru-guru yang

46
mengintegrasikan TMK dalam PdP agar menjadi dorongan bukan sahaja
pada guru tersebut bahkan kepada guru-guru yang lain.

Guru-guru adalah pelaksana sesuatu inovasi. Guru perlu bersikap


pro-aktif dalam hal berkaitan TMk dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru
Pendidikan Islam khususnya perlu menggunakan kemudahan TMK sedia
ada dengan semaksima mungkin. Di samping itu, pengorbanan masa dan
tenaga dalam perancangan dan penyediaan bahan berunsurkan TMK
amatlah diperlukan untuk menjayakan inovasi pendidikan ini.

5.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Beberapa cadangan diutarakan oleh penyelidik kepada mereka


yang berminat untuk kajian lanjutan dan bagi meneruskan kesinambungan
dalam bidang yang sama:

a) Lokasi kajian hanyalah melibatkan kawasan sekitar Kota Samarahan,


Sarawak. Adalah lebih baik jika kajian ini diperluaskan ke peringkat
yang lebih tinggi sama ada ke seluruh negeri Sarawak bagi
mendapatkan keputusan yang lebih menyeluruh dan memberi
gambaran sebenar persepsi GPI terhadap penggunaan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
b) Kajian yang dijalankan ini berbentuk kuantitatif dan instrumen yang
digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang hanya
memberikan gambaran secara skala sahaja mengenai sesuatu yang
dikaji. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, adalah
dicadangkan dalam kajian lanjutan agar menggunakan kedua-dua
kaedah kuantitatif dan kualitatif seperti temu bual dan pemerhatian.
Gabungan kaedah ini akan menghasilkan dapatan yang lebih jitu serta
dapat memberikan gambaran yang lebih tepat tentang persepsi GPI
terhadap penggunaan TMK dalam PdP.

47
RUJUKAN

Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Sariap, & Hasrina Mustafa. (2006).
Penggunaan Komputer dalam Pengajaran-Pembelajaran dalam
Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes di Pulau Pinang.
Jurnal Kajian Malaysia, Vol XXIV, 203-225.

Ismail Sheikh Ahmad, Fattawi Mokhtar, & Wan Mohd Rani. (2007). Laporan
Kajian Keberkesanan Penggunaan ICT (CDRI dan Rancangan TV
Pendidikan) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Tahun
2005. Prosiding Seminar Kebangsaan JPPG 2007: Teknologi dalam
Pendidikan, (pp. 18-20). Hotel Royal Adelphi, Seremban.

Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab. Halim Tamuri, & Mohd Izham
Mohd Hamzah. (2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah
Menengah di Malaysia. Journal of Islamic dan Arabic Education, 3(1),
59-74.

Mohd Fauzi b. Abd Radzak. (2011). Pengintegrasian Bahan Sumber Digital


Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bestari di Sekolah-Sekolah
Selangor, Malaysia. Tesis Sarjana.

Noraini, I. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Malaysia: McGraw-Hill


(Malaysia) Sdn. Bhd.

Othman Mohd Johan, & Lukman bin Dinyati. (n.d.). Persepsi Guru-Guru
Pendidikan Islam Terhadap Penggunaan ICT untuk Tujuan

48
Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Kebangsaan di Daerah
Kluang.

Rohaya Hassan. (2003). Tahap Pengetahuan dan Kemahiran Komputer dari


Perspektif Guru Pendidikan Islam di Daerah Kuala Terangganu.
Latihan Ilmiah Sarjana Pendidikan. Bangi:Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Sharifah Nor Puteh, K. A. (2011). Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam


Pengajaran dan Kesannya Terhadapnya Hasil Kerja dan Tingkah
Laku Murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1), 25-34.

Siti Fatimah Ahmad, & Ab. Halim Tamuri. (2010). Persepsi Guru Terhadap
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi
Multimedia dalam Pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic,
2(2), 53-64.

Tay Meng Guat, Kirar Sare, & Litat Bilung. (2015). Kesediaan Pelajar Institut
Pendidikan Guru dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, Jilid 12.

Yahaya, A., Hashim, S., Ramli, J., Boon, Y., & Hamdan, A. R. (2006).
Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Yahya Othman, R. B. (2007). Aplikasi Komputer dalam Pengajaran Bahasa:


Penguasaan Guru dan Kekangan dalam Pelaksanaan. Prosiding
Seminar Antarabangsa Teknologi Pendidikan Malaysia, (pp. 47-54).
Sofitel Palm Resort, Johor Bahru.

Zaini Baba, Shahrim Hashim, Yahaya, A., & Chia Swee Yee. (2009).
Kesediaan Guru Teknikal Terhadap Penggunaan TMK dalam
Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah Teknik.
Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi dan Inovasi Pengajaran-
Pembelajaran. Palm Garden Hotel, Putrajaya. Retrieved April 28-29,
2009

49
50
LAMPIRAN A

Muhammad Izzul Haziq Bin Mohammad Fauzi


Guru Pelatih,
IPG Kampus Tun Abdul Razak,
943000 Kota Samarahan, Sarawak.
010-4085232
Email: izzulhaziq26@gmail.com

Guru Besar,
SK(A) Ibnu Khaldun,
94300 Kota Samarahan, Sarawak.
10 MAC 2018

Tuan/Puan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN KAJIAN DI SK(A)


IBNU KHALDUN, KOTA SAMARAHAN

Sukacita dimaklumkan perkara di atas,

2. Saya adalah guru pelatih semester 6 yang mengikuti program Ijazah


Sarjana Muda Pendidikan opsyen Pendidikan Islam di IPG Kampus Tun
Abdul Razak, Kota Samarahan. Saya ingin memohon kebenaran tuan/puan
untuk menjalankan kajian di SK(A) Ibnu Khaldun, Kota Samarahan bertajuk
“Persepsi Guru Pendidikan Islam Terhadap Penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk Tujuan Pengajaran dan
Pembelajaran Sekolah Rendah di Kota Samarahan.” Tugasan kajian ini
adalah untuk memenuhi sukatan kursus PIMK 3143 (Asas Penyelidikan
dalam Pendidikan).

3. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan guru-


guru Pendidikan Islam sebagai peserta kajian. Bersama ini saya lampirkan
surat kelulusan menjalankan kajian daripada pihak Hal Ehwal Pelajar IPG
Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan.

4. Kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan/puan, saya dahului


dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

(MUHAMMAD IZZUL HAZIQ BIN MOHAMMAD FAUZI)


Guru Pelatih,
IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan.
LAMPIRAN B
Jadual Cadangan Pelaksanaan Kajian (Carta Gantt)

Bil Aktiviti Tarikh


1. Mengenal pasti masalah 20 Julai 2017
2. Membina penyataan masalah 1 Februari 2018
3. Membuat tinjauan literatur 2 Februari 2018
4. Mengenal pasti metodologi kajian 5 Februari 2018
5. Perancangan tajuk kajian 6 Februari 2018
6. Menulis proposal kajian 23 Februari 2018
7. Memurnikan penulisan proposal 5 Mac 2018
8. Merancang pelaksanaan kajian 30 Julai 2018
9. Perancangan pengumpulan data 20 Ogos 2018
10. Perancangan analisis data 22 Ogos 2018
11. Menganalisis dapatan kajian 27 Ogos 2018
12. Membuat refleksi kajian 4 September 2018
13. Cadangan dan implikasi kajian 5 September 2018
14. Menulis laporan kajian 7 Januari 2019
15. Pembentangan dapatan kajian 1 April 2019
LAMPIRAN C

Anda mungkin juga menyukai