Anda di halaman 1dari 6

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KUIZ

NO. KOD : MPU3092 TARIKH:

APRIL 2021

MASA 0 0 0 5 2 5 0 3 0 2 3 8 : 30 MINIT
NO KAD - -
PENGENALAN:
m
NAMA DAN
KELAS : Afifah Husnadia Binti Abdull Khalil U6

IPG KAMPUS IPOH, PERAK.

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi SATU bahagian:

Bahagian A : 2 soalan struktur

2. Jawab semua soalan pada ruangan jawapan yang disediakan..

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

BAHAGIAN NO. SOALAN/ MARKAH JUMLAH

1 2
A
(20 markah )

JUMLAH KESELURUHAN

1
No. Kod : MPU3092

ARAHAN : JAWAB SEMUA SOALAN

1. Nyatakan pengertian Islam menurut pandangan ulama’ serta perincikan kepenti


melaksanakan salah satu rukun Islam yang diwajibkan ke atas umat Islam.

Pengertian Islam menurut pandangan Hasan Al Basri ialah Islam adalah


kepasrahan hati kepada Allah, lalu setiap muslim merasa selamat dari
gangguan. Manakala menurut Mustafa Abdur Raziq pula, Islam adalah
agama (ad din) peraturan-peraturan yang terdiri dari kepercayaan-
kepercayaan dan pekerjaan-pekerjaan yang bertaat dengan keadaan suci,
artinya bisa membedakan mana yang halal dan haram, yang dapat
membawa dan mendorong umat untuk menganutnya untuk menjadi satu
umat yang mempunyai rohani yang kuat. Akhir sekali, menurut Gaffar
Ismail, islam bermaksud agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Berisi kelengkapan dari pelajaran-pelajaran meliputi kepercayaan,
seremoni peribadatan, tata tertib penghidupan abadi, tata tertib pergaulan
hidup, peraturan-peraturan Tuhan, bangunan budi pekerti yang utama dan
menjelaskan rahasia kehidupan yang kedua (akhirat).

Rukun Islam yang kedua ialah menunaikan solat. Mendirikan solat adalah
satu perintah yang diwajibkan setiap hari ke atas umat Islam yang akil dan
baligh. Solat ialah wahyu yang disampaikan secara terus oleh Allah s.w.t.
kepada Rasulullah s.a.w. melalui peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku
pada bulan Ramadan. Kepentingan solat ialah Solat merupakan hubungan
secara langsung antara kita dengan Maha Pencipta. Kita berkomunikasi
dengan Allah s.w.t., melahirkan apa yang dirasa dan difikirkan sama ada
rasa gembira atau sebaliknya. Sebagai hamba-Nya, kita boleh meluahkan
apa sahaja yang kita rasai tanpa rasa bimbang atau khuatir rahsia itu akan
diketahui oleh orang lain. Allah Maha Pendengar dan Maha Penyayang.
Oleh itu, jika kita dalam kesusahan, berdoalah nescaya Allah s.w.t. akan
tenangkan hati dan fikiran kita. Kita haruslah bergantung sepenuhnya
kepada Allah dan hanya meminta pertolongan daripada Allag melalui solat
yang didirikan serta diselitkan dengan doa.

2 SULIT
Antara ayat di dalam al-Qur’an yang menekankan kewajipan bersolat ini ialah
firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu


mendirikan sembahyang.

(Surah Ibrahim: 31)

Dan dirikanlah solat, kerana sesungguhnya sembahyang (dapat) melarang


daripada segala kejahatan dan kemungkaran.

(Surah al-Ankabut: 45)

Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) loba, mengeluh apabila


keuntungan mengenai dia, kecuali orang yang sembahyang, yang berkekalan
atas solat mereka.

(Surah al-Ma`raj: 19 – 23)

3 SULIT
(10 Markah)

4 SULIT
No. Kod : MPU3092
2. Pada pendapat anda, bincangkan cara yang berkesan untuk meningkatkan ukhuwwah
Islamiyyah sesama umat Islam masa kini?

Pada pendapat saya, cara yang paling berkesan untuk meningkatkan ukhuwah Islamiyyah
sesama umat Islam pada masa kini ialah dengan mengikuti amalan-amalan yang telah
dikatakan oleh ulama-ulama terdahulu di dalam hadis-hadis kerana sesungguhnya amalan
terbaik adalah daripada sunnah Rasullulah. Antara cara yang disebut oleh para hadis ialah
yang pertama memberitahu kepada saudara yang dicintainya. Rasulullah SAW bersabda
ertinya: “Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu
kepadanya.” HR Abu Daud dan Tirmizi. Apabila seseorang itu memberitahu saudaranya
bahawa dia cinta akannya, satu hubungan yang rapat akan terjalin sesama mereka.

Seterusnya, berdoa untuk mereka. Menurut riwayat Muslim bahawa Rasullah bersabda: “Tidak
seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan
malaikat berkata; dan bagimu juga seperti itu.” Apabila seseorang muslim itu berdoa untuk
sahabatnya, Allah akan kurniakan doa yang sama kepadanya. Justeru, Allah juga akan
menjaga hubungan antara dua sahabat itu kerana mereka saling mengasihi antara satu sama
lain.

Seterusnya, memberi senyuman ketika bertemu. Seperti yang disebutkan dalam hadis yang
diriwayatkan dari Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah bersabda ertinya: “Janganlah engkau
remehkan kebaikan apa saja (yang datang dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa
saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan.” (HR Muslim). Senyuman merupakan
satu energi yang positif dimana bila dikongsikan, ia akan mengembirakan seseorang sekali
gus mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Tambahan pula, menceriakan hari
seseorang juga In Shaa Allah akan di kurniakan ganjaran daripada Allah.

Seterusnya, berjabat tangan bila bertemu. Rasulullah SAW menganjurkan umatnya bila bertemu
dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang
diriwayatkan Abu Daud dari Barra: “Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat
tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah.” Berjabat tangan juga
merupakan satu perkara yang positif yang juga akan merapatkan hubungan antara sesama
islam.
Akhir sekali, mengunjungi saudara seislam. Dalam kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik
meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa Allah berfirman : “Pasti akan
mendapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling
berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku.” Berkunjung ke rumah sahabat
sesama islam adalah satu perkara yang dicintai Allah. Ia akan merapatkan lagi jalinan kasih
antara sesama islam dimana mereka berkasih antara satu sama lain niat kerana Allah.
Tambahan pula, jika sahabat islam berkunjung ke rumah sahabatnya dan dilayan dengan
mesra, apabila dia pulang Allah akan ampunkan dosa-dosa kecil sahabat yang dikunjungi itu.

Kesimpulannya, saya yakin dengan mengamalkan amalan-amalan yang dikatakan oleh para hadis
ini akan berjaya dalam mengeratkan lagi hubungan ukhuwah Islamiyyah antara seluruh umat Islam.

(10 Markah)

------------------ SOALAN TAMAT ------------------

Anda mungkin juga menyukai