Anda di halaman 1dari 31

NAMA KURSUS PENGAJIAN ISLAM

KOD KURSUS UQI 10102

SEMESTER / SESI 1 / 2023-2024

TAJUK TUGASAN TUGASAN WACANA


TAJUK WEBINAR AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN PENGAMALANNYA DI
MALAYSIA
SEKSYEN 15
NAMA PENSYARAH DR. HALIMI BINTI MOHD KHALID
MARKAH

DISEDIAKAN OLEH :
NAMA NO MATRIKS
MUHAMMAD NUR HAKIM BIN MOHD AI230066
HANIF
MUHAMMAD AMIRUL HELMY BIN CE230058
SAHUDIN
AMIR ASHRAF BIN AZHAR CF230143
MUHAMMAD EIZZAT ADLI BIN EHSAN CD230219
MUHAMMAD HAZRIN SHAH BIN AI230067
MOHAMMAD SHAH
MOHD SYAZWAN BIN MUSTAPA CB230251
HALEEF HAIKAL BIN KHAIRUZZAMAN CD230100
AMIRUL BIN AMIRUDDIN AI230100
MUHAMMAD DANIAL AISY BIN CE230119
ANIZAM
MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD CE230055
SATAR
NAMA : MUHAMMAD NUR HAKIM BIN MOHD HANIF
NO.MATRIKS : AI230066
SEKSYEN : 15
3.0 KEPENTINGAN

Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran,
al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersetuju tentang kebenaran yang nyata dari Kitab
Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Terdapat beberapa kepentingan yang dapat saya pelajari dan
boleh diamalkan dalam kehidupan. Pertama , pegangan ahli Sunnah wal Jamaah adalah
berdasarkan al-Quran dan juga sunnah Nabi Muhammad s.a.w, perkara ini menyebabkan kita
dapat mempertahankan aqidah yang benar kerana ia bersesuaian dengan segala yang diajarkan
oleh Rasulullah dan difahami oleh para sahabat baginda. Secara tidak langsung , diri sendiri juga
akan lebih tertarik untuk lebih mendalami ilmu-ilmu yang terkandung di dalam kitab suci yang
diturunkan Allah kepada Pesuruh-Nya.
Selain itu, Ahli Sunnah Wal Jamaah amat mementingkan perpaduan dan sikap saling
bersatu padu dalam kalangan umat Islam. Perbuatan yang dapat memecah belahkan umat Islam
seharusnya dihindari agar keharmonian umat Islam dapat dikecapi dengan sebaik mungkin sesuai
dengan maksud ayat surah Ali Imran ayat ke 103 iaitu maksudnya “Dan berpegang teguhlah
kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan
kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah
dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat
Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. dan kamu
dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu
Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah
menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk
hidayahNya.”
Kepentingan yang terakhir ialah dapat menegakkan sunnah Nabi Muhammad SAW. Ahli
Sunnah Wal Jamaah amat menitikberatkan pengamalan sunnah dalam kehidupan seharian
contohnya mengucapkan lafaz Basmallah setiap kali hendak melaksanakan segala pekerjaan ,
memberikan senyuman dan salam kepada orang-orang yang ditemui dan makan serta minum
menggunakan tangan kanan. Perkara ini menjadi rutin seharian umat Islam tatkala ini. Rasulullah
mengingatkan umatnya dengan bersabda: “Siapa yang menghidupkan salah satu sunnahku, lantas
dilaksanakan orang ramai, maka ia memperolehi ganjaran meeka yang mengamalkan dengan
tanpa mengurangi ganjaran mereka sedikit pun.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah). dengan ini kita
dapat menghidupkan sunnah Rasulullah lantas memperoleh pahala untuk diri sendiri dan menjadi
asbab sunnah yang tidak diketahui tersebar kepada mereka yang tidak mengetahui tentang
perkara tersebut.
4.0 PELAKSANAAN

Berdasarkan program wacana yang saya sertai Jumaat lalu, terdapat beberapa nilai baik
yang boleh diambil sebagai satu etika yang boleh kita lakukan dalam dunia yang nyata. Antara
nilai yang dapat saya dengari dan fahami ketika wacana tersebut berlangsung adalah
mengalihkan sesuatu yang menghalangi jalan. Contoh yang diberi merupakan membuang perkara
yang menyusahkan di atas jalan raya seperti paku dan duri. Ia merupakan salah satu cabang di
dalam Islam iaitu memudahkan urusan orang lain. Rasulullah SAW bersabda “seseorang lelaki
menemui ranting yang beruri di tengah jalan (yang dilaluinya), lalu ia berkata (kepada dirinya
sendiri),” Demi Allah, aku benar-benar akan menjauhkan (membuang ) duri ini agar tidak
mengganggu orang-orang Muslim,” kerana itu dia dimasukkan ke dalam Syurga (Riwayat
Muslim). Perbuatan membuang duri atau benda yang membahayakan di jalan merupakan suatu
sedekah.
Langkah untuk kita sentiasa menerapkan amalan sedekah adalah dengan cara smencuba
mencari kesempatan untuk bersedekah kepada sesama manusia. Antara perkara yang boleh kita
laksanakan adalah dengan mengasingkan wang lebihan yang tidak kita gunakan dalam
perbelanjaan dan sumbangkan ke mana-mana tabung yang kita temui meskipun hanya 10 sen ia
pasti mempunyai nilai yang tinggi di sisi Allah SWT. Seterusnya, kita juga boleh membantu
mereka yang sedang berpindah rumah dengan cara membantu mereka mengangkat barang yang
diperlukan ke dalam lori yang disediakan. Perkara-perkara ini jika selalu dilakukan pasti akan
menjadi amalan yang sebati dalam kehidupan seseorang individu.

5.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulan yang dapat saya lakukan ialah terdapat banyak perkara baru yang
dapat saya ketahui mengenai fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah meskipun telah mempelajari
mengenai perkara ini sejak bangku sekolah lagi. Menghadiri wacana ilmiah yang dianjurkan
merupakan keputusan yang amat tepat dan ceramah yang disampaikan oleh Dr Wan Adli bin
Wan Ramli amat memberikan kesan yang mendalam. Memandangkan platform yang digunakan
untuk melayari webinar tersebut adalah secara live di Facebook, sesi soal jawab yang dilakukan
pada akhir sesi diringkaskan menandakan semua pelajar faham dan telah menghayati sepenuhnya
isi-isi yang disampaikan kepada pelajar-pelajar.
Cadangan saya untuk program seperti ini untuk masa yang akan mendatang adalah
menggunakan platform media sosial yang masih lagi diminati golongan muda seperti Youtube,
Instagram ataupun Tiktok sekaligus pihak lain iaitu selain pelajar juga boleh mendapat manfaat
terhadap isu-isu yang disampaikan.
6.0 LAMPIRAN
MUHAMMAD AMIRUL HELMY BIN SAHUDIN (CE230058)

3. Kepentingan wacana

Wacana yang telah dijalankan membawa manfaat yang besar, terutamanya dalam
memberikan pendedahan holistik kepada orang ramai, khususnya golongan muda. Pendedahan
awal kepada masyarakat memainkan peranan penting dalam menanamkan sifat ingin tahu dan
memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada mereka. Adalah kritikal untuk
memberikan tumpuan kepada sifat dahagakan ilmu agama, dan hal ini seharusnya menjadi
keutamaan bagi setiap lapisan masyarakat, tanpa mengira usia.
Mengetahui dan mengamalkan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam menjalani
kehidupan seharian mampu memberi pelbagai manfaat kepada seseorang muslim. Antara
kepentingan yang mampu diperolehi ialah memberi pemahaman yang seimbang. Hal ini kerana
kesungguhan dalam memahami ajraan Islam yang merujuk kepada dua sumber utama iaitu Al-
Quran dan Hadith dapat membuka mata dan pintu hati mereka untuk memahami Islam dengan
lebih teliti. Meletakkan Al-Quran sebagai sumber hukum utama dan panduan hidup dan hadith
sebagai penjelas Al-Quran. Al-Quran memberikan pedoman etika dan moral yang tinggi. Ia
mengandungi petunjuk mengenai perilaku yang benar dan cara hidup yang bermoral. Dengan
merujuk kepada Al-Quran, seseorang dapat membentuk sahsiah yang baik dan menjalani
kehidupan yang penuh beretika. Al-Quran memberikan petunjuk mengenai bagaimana
berinteraksi dengan orang lain. Ia menekankan nilai-nilai seperti keadilan, kasih sayang,
kerjasama, dan penghormatan terhadap sesama manusia. Ini membantu dalam membentuk
masyarakat yang harmoni dan saling menghormati.
Seterusnya, melalui peningkatan kefahaman mengenai ahli sunnah waljamaah, kita dapat
menjauhi perkara bid’ah dan syirik. Ahli Sunnah Wal Jamaah menekankan pada ajaran Islam
yang asli dan menolak bid’ah yang tidak disokong oleh Al-Quran atau Hadith. Aliran ini
menolak syirik atau persekutuan Allah yang merupakan prinsip asas dalam Islam. Dengan
mengamalkan aliran ini, kita berupaya memelihara keutuhan dan ukhwah umat Islam dengan
menekankan persamaan keyakinan dan praktik ibadah. Ini membantu mencegah perpecahan dan
konflik dalam masyarakat Islam. Aliran ini memberikan penekanan besar pada ilmu agama dan
pendidikan Islam yang benar. Dengan pemahaman yang mendalam terhadap ajaran Islam, umat
Muslim dapat membezakan antara ajaran yang benar dan bid'ah serta mampu mengelak dari
syirik. Dengan pendekatan dengan aliran ini, kita dapat memastikan umat Islam memahami dan
mengamalkan ajaran Islam dengan benar, menghindari segala bentuk syirik dan bid'ah yang
dapat merosakan akidah dan keberkatan hidup sehari-hari.
Akhir sekali, kita dapat mengetahui pentingnya mengamalkan sunnah Rasulullah SAW
dalam kehidupan seharian. Ahli Sunnah Wal Jamaah mengutamakan pengamalan Sunnah Nabi
Muhammad SAW sebagai panduan hidup. Ini mencakup aspek ibadah, muamalah, dan perilaku
sehari-hari, membantu individu untuk hidup sesuai dengan ajaran Islam secara menyeluruh.
Rasulullah SAW bersabda bahawa mengikuti sunnah akan membawa rahmat dan pahala dari
Allah. Oleh karena itu, mengamalkan sunnah tidak hanya membawa keberkatan dalam
kehidupan dunia, tetapi juga memberikan ganjaran pahala di akhirat. Sunnah Rasulullah juga
merangkumi aspek-aspek seperti menjaga kesihatan dan kebersihan tubuh. Mengamalkan sunnah
seperti bersugi, makan dengan tangan kanan, dan menjaga kebersihan tubuh merupakan tindakan
yang tidak hanya baik untuk rohani, tetapi juga untuk kesihatan jasmani.

4. Etika atau nilai yang dapat dipelajari dari kandungan wacana dan
kaedah pelaksanaan nilai atau etika tersebut dalam kehidupan:
Antara aspek yang dapat diberi perhatian melalui perkongsian isi wacana ini ialah
tingginya nilai etika ketaatan dalam kalangan pengamal fahaman ahli sunnah waljamaah.
Fahaman ahli sunnah waljamaah ini berasaskan pada Al-Quran dan Al-Hadis. Mereka yang
mengikuti fahaman ini tidak mengeluarkan fatwa secara bebas, tetapi merujuk kepada kitab suci
Islam iaitu Al-Quran dan sumber dari Al-Hadis sebagai panduan utama.
Berdasarkan ayat ketujuh dalam surah Al-Hasyr:

‫َو َم ا آَتاُك ُم الَّرُس وُل َفُخ ُذ وُه َو َم ا َنَهاُك ْم َع ْنُه َفانَتُهواۚ َو اَّتُقوا الَّلـَهۖ ِإَّن الَّلـَه َش ِد يُد اْلِع َقاِب‬
Maksudnya: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) kepada kamu maka
terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah
laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amat berat azab
seksaNya (bagi orang orang yang melanggar perintahNya)
Dengan merujuk kepada perkongsian ayat di atas, Allah SWT memberikan peringatan
kepada hamba yang melanggar perintah-Nya. Ayat tersebut sejajar dengan pandangan ahli
sunnah waljamaah di mana kita berusaha mengamalkan agama sebagaimana yang dilakukan oleh
Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat beliau. Kita yang bukan pakar dalam bidang agama
sepatutnya mengekalkan kepatuhan kepada ajaran ahli sunnah waljamaah sebagai langkah untuk
mengelakkan kita daripada menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar.
Terdapat pelbagai cara pelaksanaan yang dapat kita terapkan untuk mengamalkan etika
tersebut dalam kehidupan harian. Salah satunya ialah dengan terus mencari ilmu dan
meningkatkan pemahaman kita terhadap ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Melalui usaha ini, kita akan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang visi dan
matlamat sebenar kehidupan kita di dunia. Penglihatan kita akan terbuka mengenai singkatnya
perjalanan kita di dunia ini jika dibandingkan dengan perjalanan kita di akhirat yang kekal
selama-lamanya di sana.
Usaha kita untuk taat kepada perintah Allah SWT melalui pengamalan prinsip-prinsip
ahli sunnah waljamaah akan mendekatkan hubungan kita dengan Allah SWT dan menjamin kita
kekal di jalan yang betul dan lurus membawa kita ke arah syurga. Kepentingan untuk memahami
ajaran ahli sunnah waljamaah ini adalah penting agar kita dapat menghindari amalan yang
menyimpang dari jalan yang benar. Selain itu, penerapan ajaran yang betul ini akan memudahkan
usaha kita dalam menjalankan aktiviti harian tanpa rasa keraguan atau kekeliruan. Semoga kita
semua diberkati dengan redha Allah SWT dan terus berada di bawah limpahan rahmat-Nya.

5. Penutup/ kesimpulan:
Kesimpulan yang saya dapat sepanjang program wacana ilmiah bertajuk "Ahli Sunnah
Wal Jamaah Dan Pengamalannya Di Malaysia" ialah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah mempunyai
empat mazhab yang menjadi panduan utama bagi majoriti umat Islam di seluruh dunia, termasuk
Malaysia. Secara umumnya, Ahli al-Sunnah wa al-Jama’ah didefinisikan sebagai kumpulan
majoriti umat Islam yang mengikuti teladan yang telah dilalui oleh Rasulullah SAW dalam
memahami dan mengamalkan Islam, melibatkan aspek akidah, fikah, dan akhlak. Majoriti umat
Islam di Malaysia diketahui mengikuti Ahli al-Sunnah wa al-Jama’ah aliran Asha’irah sejak awal
kedatangan Islam di rantau Nusantara. Kedudukan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah diiktiraf dengan
empat mazhab rasmi bagi umat Islam di Malaysia, sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-
undang atau enakmen di negeri-negeri.
Kekuatan metodologi Asha’irah yang dipimpin oleh al-Ash’ari membolehkan aliran ini
berkembang pesat dan terus bertahan hingga kini. Kewujudan ajaran sesat dalam masyarakat
Islam di Malaysia bukan sahaja membawa kepada penyimpangan akidah, tetapi juga
menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam kerana terdapat perbezaan kepercayaan
dan amalan. Keadaan ini perlu dielakkan demi pembentukan generasi Islam yang berkualiti.
Seluruh umat Islam perlu memainkan peranan masing-masing mengikut kepakaran dan
bidang kuasa untuk menghadapi dan membendung penyebaran ajaran sesat ini dengan
menjadikan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pegangan utama Islam di Malaysia.
Program Wacana Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Pengamalannya Di Malaysia telah dilaksanakan
dengan lancar, dengan penceramah dari Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya, iaitu YBhg. Dr. Wan Adli Bin Wan Ramli. Modertor majlis
adalah YBrs. Dr. Che Adenan Bin Mohammad dari PPUK, UTHM, dan perasmian dilakukan
oleh YBhg. Dr. Lutfan Bin Jaes, Dekan PPUK, UTHM. Program ini berlangsung selama dua jam
di Facebook Pascasiswazah PPUK. Walau bagaimanapun, perlu dilakukan penambahbaikan dari
segi persekitaran di Facebook agar penceramah dapat menyampaikan ceramah dengan lebih
jelas. Saya sarankan menggunakan setup yang lebih teratur seperti penambah baikkan pada
microphone yang digunakan.
6. Lampiran
AMIR ASHRAF BIN AZHAR (CF230143)
KEPENTINGAN WACANA (AMIR AASHRAF CF230143)
Berdasarkan wacana tersebut adalah penting untuk memberikan pemahaman yang
benar dan seimbang terhadap ajaran Islam. Ahli Sunnah Wal Jamaah merujuk kepada jamaah
atau komuniti yang mengikuti ajaran Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Dengan memahami
dan mengamalkan tajuk ini, umat Islam dapat mengelakkan penafsiran sesat atau ekstremisme
yang tidak berasaskan ajaran Islam sebenar.

Selanjutnya, wacana ilmiah ini juga bertujuan mengelak umat islam daripada terjebak
dengan ajaran sesat dan menyeleweng seperti golongan syiah, mu’tazilah dan sebagainya. Dalam
hal ini, antara perkara yang penting adalah memberi pembelajaran yang mendalam terhadap
ajaran Islam dengan melibatkan kajian Al-Quran dan Hadits serta merujuk kepada ulama yang
terpercaya untuk mendapatkan pemahaman yang benar. Dengan itu umat Islam dapat
membangunkan pertahanan yang kuat terhadap potensi pengaruh ajaran sesat dan tetap teguh
pada ajaran Islam yang benar.

Terakhir sekali, Melalui Wacana ilmiah juga, dapat memelihara diri pelajar dari
pemahaman yang ekstrim. Sebagai contoh, pelajar tidak mudah terpengaruh dengan ajaran sesat.
Pelajar dapat menyelamatkan diri daripada terpesong dari jalan yang benar dan kekal teguh
dengan ajaran islam. Pelajar juga dapat mengetahui serba sedikit tentang ajaran sesat yang
semakin berleluasa di negara ini seperti syiah, ayah pin, mu’tazilah dan sebagainya. Ajaran sesat
ini sangat bahaya kepada para pelajar kerana pelajar untuk terpengaruh dan mengamalkan ajaran
sesat ini. Ianya akan meruntuhkan iman pelajar dan memesongkan akidah pelajar dari jalan yang
benar.

ETIKA ATAU NILAI YANG DAPAT DIPELAJARI WACANA DAN KAEDAH


PELAKSANAAN NILAI ATAU ETIKA TERSEBUT DALAM KEHIDUPAN (AMIR
ASHRAF CF230143)
Etika atau nilai baik yang saya pelajari daripada ceramah mengenai Ahli Sunnah Wal
Jamaah dan Pengamalnya di Malaysia ialah membendung perkara yang mendatangkan
kemudaratan kepada orang lain. Hal ini demikian kerana, penceramah, Dr Wan Adli bin Wan
Ramli ada menyebut bahawa Para Ulama ada mengingatkan agar sentiasa mengambil berat
terhadap perkara yang boleh mendatangkan keburukan kepada masyarakat sekeliling. Hal ini
juga menjadi salah satu usaha dalam memberi pertolongan dan sentiasa memudahkan urusan
orang lain. Etika atau nilai baik yang pelajari ini boleh disandarkan dengan satu dalil ‘Hadis’
yang saya peroleh, iaitu:
Rasulullah SAW bersabda:
‫ َف َّر َج‬،‫ َو َم ْن َفَّر َج َع ْن ُم ْس ِلٍم ُك ْر َب ًة‬،‫ َك اَن ُهللا َع َّز َو َج َّل ِفي َح اَجِتِه‬،‫ َم ْن َك اَن ِفي َح اَجِة َأِخ يِه‬،‫ اَل َيْظِلُم ُه َو اَل ُيْس ِلُم ُه‬، ‫اْلُم ْس ِلُم َأُخ و اْلُم ْس ِلِم‬
‫ َو َم ْن َس َتَر ُم ْس ِلًم ا َس َتَرُه ُهللا َيْو َم اْلِقَياَم ِة‬،‫ُهللا َع َّز َو َج َّل َع ْنُه ِبَها ُك ْر َبًة ِم ْن ُك َرِب َيْو ِم اْلِقَياَم ِة‬
Maksudnya: Seorang muslim itu saudara bagi muslim yang lainnya. Tidak boleh menzaliminya
dan tidak boleh pula menyerahkan kepada orang yang hendak menyakitinya. Barangsiapa yang
menunaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menunaikan hajatnya. Barangsiapa yang
melapangkan kesusahan seorang muslim, nescaya Allah akan melapangkan kesusahan-
kesusahannya di Hari Kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kesalahan seorang muslim,
nescaya Allah akan menutupi kesalahannya kelak di Hari Kiamat.
Riwayat al-Bukhari (2442) dan Muslim (2580)
Oleh hal yang demikian, saya yakin bahawa dengan dalil ‘Hadis’ yang saya sandarkan ini dapat
membuktikan bahawa membendung perkara yang mendatangkan kemudaratan kepada orang lain
merupakan satu etika atau nilai baik yang dapat memberi impak baik dan positif, jika kita
sebagai orang yang memegang kepada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah sentiasa
mengamalkannya.
Salah satu langkah atau kaedah yang ingin saya cadangkan untuk mengamalkan etika atau nilai
baik yang diperoleh ialah dengan sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan. Hal ini
kerana, mengikut amalan amar maaruf, nahi mungkar telah menganjurkan kita untuk mengajak
kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Misalnya, jika kita melihat seorang warga emas
yang sudah uzur mengangkat barang yang banyak keluar daripada kedai, kita boleh menawarkan
diri untuk menolongnya mengangkat barang tersebut untuk dibawa ke tempat yang dia
kehendaki. Maka, dengan perbuatan yang dilakukan ini dapat meringankan beban warga emas itu
di samping menghindarkan warga emas tersebut memperoleh sesuatu yang menjejaskan
kesihatannya. Oleh itu, saya sangat mensyorkan agar langkah atau kaedah ini dapat dilakukan
oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam usaha meningkatkan keimanan dan ketakwaan terhadap
Islam khasnya, Insya-Allah.

PENUTUP / KESIMPULAN (AMIR ASHRAF CF230143)

Wacana ilmiah yang dianjurkan telah memberi manfaat bukan sahaja kepada Kalangan
pelajar mahupun orang awam juga digalakkan untuk mengikuti wacana ini, Hal ini demikian
kerana program ini memberikan pandangan yang jelas dan menyeluruh tentang kepentingan dan
peranan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia. Pada pendapat saya, wacana ilmiah ini sangat
seronok dimana kita dapat mendengar perkongsian ilmu baharu dari penceramah yang
berpengalaman yang amat berguna dalam kehidupan seharian kita.Dari segi masa wacana ini
dilangsungkan adalah sangat fleksibel di mana ia dilangsungkan pada hari jumaat iaitu pada hari
cuti jadi program ini tidak bertembung dengan kelas pelajar. Tempat wacana ini berlangsung
juga amat memudahkan pelajar dimana ia dilangsungkan secara online dan pelajar boleh
mendengar wacana ini di mana-mana sahaja.
Pada pandangan saya sebagai pelajar, wacana yang dianjurkan haruslah mempunyai
aktiviti yang melibatkan pendengarnya.Contohnya,satu sesi menjawab kuiz hendaklah diadakan
pada setiap subtopik yang dikongsikan agar pelajar yang hadir pada waktu tersebut tidak merasa
bosan atau mengantuk dan ilmu yang diperolehi boleh kekal untuk jangka masa yang panjang.
Walaubagaimanapun, saya sehagai mahasiswa universiti amat bersyukur atas penglibatan dalam
wacana tersebut yang membantu meluaskan minda kita untuk berfikir dari perspektif yang
berlainan,

LAMPIRAN
KEPENTINGAN WACANA ( MUHAMMAD EIZZAT ADLI CD230219)

Berdasarkan maklum balas yang diperolehi daripada perbincangan bertajuk


"Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) Dan Perbahasan Aliran Pemikiran"
mengenai kepentingan wacana ini, adalah penting untuk mendalami ilmu agama yang
berasaskan al-Quran dan Sunnah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW supaya iman
dan akidah kita tidak mudah berubah atau diragui.
Kedua, berpegang teguh kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jammah, aqidah yang
berasaskan mazhab Syafie yang secara amnya dianuti oleh umat Islam di Malaysia, adalah
penting kerana ia menjamin keamanan, kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan
bermasyarakat. Itulah sebabnya wacana ilmiah ini sangat penting.
Akhir sekali, mempelajari ilmu agama yang berasaskan syariat Islam tidak akan
membawa kita ke fahaman atau aliran ekstrem yang membawa kepada kekeliruan
pemikiran orang ramai dan akan mengalihkan kita kepada ideologi atau kumpulan yang
ekstrem dan melampau, yang akan menyebabkan masyarakat awam keliru dan
mengancam perpaduan Malaysia yang sedia ada.

ETIKA ATAU NILAI YANG DAPAT DIPELAJARI DARI KANDUNGAN WACANA


DAN KAEDAH PELAKSANAAN NILAI ATAU ETIKA TERSEBUT DALAM
KEHIDUPAN (MUHAMMAD EIZZAT ADLI CD230219)
Pada pendapat saya berkenaan intipati program ini melalui perkara seperti etika dan nilai yang
baik yang diperolehi dari perbincangan penceramah ialah nilai baik berkenaan ketakwaan dan
keimanan terhadap Allah SWT dan nabi Muhamad SAW iaitu sentiasa berpegang teguh kepada
al-Quran dan Sunnah berdasarkan hadis Rasulullah yang dibawah riwayat Abu Daud :
‫ َو َتْفَتِر ُق ُأَّمِتي َع َلى‬،‫ َو َتَفَّر َقِت الَّنَص اَر ى َع َلى ِإْح َدى َأْو ِثْنَتْيِن َو َس ْبِع يَن ِفْر َقًة‬،‫اْفَتَر َقِت اْلَيُهوُد َع َلى ِإْح َدى َأْو ِثْنَتْيِن َو َس ْبِع يَن ِفْر َقًة‬
‫َثاَل ٍث َو َس ْبِع يَن ِفْر َقًة‬
Maksudnya: “Golongan Yahudi berpecah kepada 71 atau 72 golongan. Adapun golongan
Nasrani pula berpecah kepada 71 atau 72 golongan juga dan umatku akan berpecah kepada 73
golongan. [Riwayat Abu Daud (4596)]

Oleh itu, bagi umat islam di seluruh dunia, adalah penting untuk terus berpegang teguh dengan
dua sumber utama. Berpegang teguh dengan kepercayaan atau aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah
supaya kita tidak mudah tertipu oleh konsep baharu yang sangat inklusif sehingga kita terjebak
dalam ajaran yang pada hakikatnya merosakkan intipati agama ini.
Selain itu, cadangan saya berdasarkan kaedah atau langkah yang diperolehi dengan jelas
dan menarik untuk melaksanakan etika atau nilai ialah penguatkuasaan undang-undang perlu
konsisten dalam melaksanakan tindakan undang-undang ke atas mereka yang menganut fahaman
syiah dan salafi-wahabi, yang telah didapati menyebarkan fahamannya kepada masyarakat
awam.Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 2 dan 3 Mei
1996, menetapkan umat Islam Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal
Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Seterusnya, di Wilayah Persekutuan, pelanggaran
terhadap fatwa yang diwartakan berkaitan pengaruh Syiah menjadi kesalahan mengikut Seksyen
4 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Akta 559 berkaitan
kesalahan akidah dan juga tindakan boleh diambil oleh Jabatan Agama Islam berasaskan akta
atau Enekmen Jenayah Syariah Negeri masing-masing. Pada pendapat saya, dengan penguasaan
undang-undang dapat mengekang cubaan menyebarkan pengaruh dan anasir-anasir luar serta
aliran serta fahaman yang menyesatkan umat islam di Malaysia.

PENUTUP / KESIMPULAN (MUHAMMAD EIZZAT ADLI CD230219)


Sebagai kesimpulan, program wacana ilmiah yang dipanggil "Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
(Aswaja) Dan Perbahasan Aliran Pemikiran" ini banyak memberi maklumat penting dan berguna
tentang fakta dan ilmu yang berkaitan dengan kehidupan, serta tentang masa, penceramah,
tempat, dan faktor lain. Saya dapat membuat kesimpulan bahawa amat penting untuk
mempelajari agama dengan merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Ia juga penting untuk
mengekalkan kesetiaan kita kepada mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, aqidah yang berasaskan
mazhab Asya'riah dan al-Maturidiah, dan feqah yang berasaskan mazhab Syafie. Selain itu,
penceramah menyatakan bahawa Islam mempunyai tiga bahagian: Islam, iman dan ehsan, seperti
yang dinyatakan dalam hadis Jibril. Selain itu, penceramah menggunakan tiga asas untuk
memberikan ilmu: keyakinan yang tepat, hujah dan dalil. Selain itu, pelbagai bidang ilmu, seperti
sains, termasuk dalam kategori ini. Akhir sekali, untuk memastikan kita tidak terpengaruh atau
sesat, kita harus sentiasa mendapatkan maklumat dan menggunakannya dengan betul.
Seterusnya, saya mencadangkan beberapa penambahbaikan dan pembaharuan untuk program
wacana ilmiah ini. Yang pertama ialah program boleh dilaksanakan secara langsung, menjadikan
penyampaian lebih jelas dan berkesan. Untuk meningkatkan semangat pelajar dan kakitangan,
sesi kuiz dan teka teki juga boleh dilaksanakan. Akhir sekali, sesi perbincangan dan soalan antara
pelajar dan penceramah.
LAMPIRAN
Lampiran ini adalah screenshot nama penuh dan nombor matrik yang ditulis oleh saya di
ruangan komen dalam Facebook Live sewaktu program sedang berlangsung sebagai bukti
kehadiran wacana ilmu. (MUHAMMAD EIZZAT ADLI CD230219)
MUHAMMAD HAZRIN SHAH BIN MOHAMMAD SHAH (AI230067)
KEPENTINGAN WACANA
Terdapat beberapa kepentingan wacana saya dapat saya kenal pasti dan terima semasa
pembentangan yang dilakukan oleh yang Dr.Wan Adli bin Wan Ramli berkenaan dengan tajuk
pembentangan iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Melalui wacana ini, saya ingin menyuarakan 3
kepentingan yang saya dapat Ketika mendengar pembentangan dan perlu dilakukan dalam
kehidupan agar diri sentiasa berada dijalan yang benar dan tidak terpesong. Antara kepentingan
yang ingin dikongsi ialah Ahli sunnah wal jamaah dapat mengekalkan Keselamatan Iman,
Mengukuhkan dan mengekalkan kesatuan umat islam dan mendapat kepastian dan kejelasan.
Kepentingan wacana dan keperluan untuk mengamalkannya dalam kehidupan harian
yang pertama ialah Dapat mengekalkan keselamatan iman. Mengamalkan pegangan Ahli Sunnah
wal Jamaah adalah penting untuk menjaga keselamatan iman seseorang. Ahli Sunnah wal
Jamaah mengikuti ajaran-ajaran Rasulullah Muhammad SAW dan generasi salaf yang saleh.
Mereka berpegang teguh pada Al-Quran dan Hadis sebagai sumber ajaran agama Islam. Dengan
konsisten mengikuti ajaran-ajaran yang benar, seseorang dapat memastikan bahwa keyakinan
dan praktik keagamaannya sesuai dengan ajaran Islam yang asli, sehingga menjaga keselamatan
imannya dari bid'ah (inovasi agama) dan pemahaman sesat.
Seterusnya ialah supaya kesatuan umat islam di dunia dapat dijaga dan dikukuhkan lagi.
Pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah menawarkan kesatuan dalam umat Islam. Hal ini karena Ahli
Sunnah wal Jamaah mengikuti ajaran yang telah disepakati oleh majoriti umat Islam dan
mendasarkan keyakinan dan praktik mereka pada sumber-sumber yang telah diakui secara luas.
Oleh hal demikian, terdapat kesatuan dalam pemahaman agama yang dapat mengurangi
perpecahan dan perbezaan di antara umat Islam. Melalui kesatuan ini, umat islam akan menjadi
lebih teguh dan dapat mendalami ilmu islam dengan lebih mendalam dan berkongsi ilmu antara
satu sama yang lain.

Akhir sekali, Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah amatlah penting kepada golongan umat
islam kerana ia merupakan salah satu sumber bagi umat islam untuk mendapat kepastian dan
penjelasan tentang sesuatu perkara kerana ianya berasakan Al-Quran dan Hadis. Sebagai contoh,
pegangan ini memberikan panduan yang jelas tentang bagaimana untuk menjalani ibadah,
akhlak, dan nilai-nilai dalam Islam. Sumber-sumber utama seperti Al-Quran dan Hadis
memberikan petunjuk yang tegas, sehingga seseorang tidak akan tersesat dalam pemahaman
agamanya. Kepastian ini juga membantu individu dalam menghadapi situasi-situasi kehidupan
sehari-hari dan membuat keputusan yang sesuai dengan ajaran Islam. Dengan ini, sesorang
muslim itu akan terjaga imannya dan selamat daripada perkara yang shubhah.
NILAI YANG DAPAT DIPELAJARI
Antara Nilai yang saya dapat diperolehi dan belajar ketika berlangsungnya program
wacana ilmiah ini ialah nilai menghargai ilmu pengetahuan dan Pendidikan serta Akhlak Mulia
dimana ASWJ mengajar umat islam untuk menghargai ilmu pengetahuan dan Pendidikan kerana
mencari ilmu dianggap sebagai kewajiban agama dalam konteks ASWJ. ASWJ mendorong umat
islam untuk selalu dan terus meningkatkan pengetahuannya dalam hal-hal yang boleh
mendekatkan diri dengan agama dan lebih menghayati agama. Selain itu, Sifat tawadhu’ juga
dapat dipelajari dimana tawadhu’ merupakan perbuatan merendah diri, menghindari sikap
sombong dan bersikap rendah hati di hadapan Allah SWT serta sesama manusia. Setelah melihat
pembentangan yang disampaikan oleh Dr Wan Adli bin Wan Ramli, saya mulai kagum kerana
ilmu yang disampaikan amatlah bermakna dan tepat. Beliau mempunyai ilmu dan kefahaman
yang tinggi didalam bidang agama islam dan mahu berkongsi dan mendidik pelajar seperti kami
tentang ilmu tersebut seperti ilmu tentang Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau juga mempunyai
akhlak yang baik dan mesra walaupun berada di peringkat atau tahap yang lebih tinggi.
Seperti yang dinyatakan dalam AL-Quran Surah Al-Baqarah (2:269) memiliki ayat sebagai
berikut:
‫ُيْؤ ِتي اْلِح ْك َم َة َم ن َيَش اُء ۚ َو َم ن ُيْؤ َت اْلِح ْك َم َة َفَقْد ُأوِتَي َخْيًرا َك ِثيًراۗ َو َم ا َيَّذ َّك ُر ِإاَّل ُأوُلو اَأْلْلَباِب‬
Terjemahannya:
"Allah memberikan hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya; dan barang siapa yang diberi
hikmah, maka sesungguhnya dia telah diberi karunia yang banyak. Dan tidaklah dapat
mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang berakal."

Ayat ini menyatakan bahwa Allah memberikan hikmah (kebijaksanaan atau pemahaman yang
mendalam) kepada siapa yang dikehendakinya. Orang yang diberi hikmah oleh Allah dianggap
mendapatkan kurnia yang besar. Ayat ini juga menekankan bahwa hanya orang-orang yang
memiliki akal yang dapat mengambil pelajaran dari hikmah tersebut. Dengan demikian,
kebijaksanaan yang diberikan oleh Allah tidak hanya merupakan suatu anugerah, tetapi juga
sebuah tanggung jawab untuk digunakan dengan bijaksana dan dikongsi Bersama.

Antara Langkah yang boleh dicuba untuk menerapkan nilai pengetahuan dan akhlak mulia ini
ialah dengan belajar untuk menuntut ilmu dengan lebih serius dan penuh komitmen. Hal ini
berikutan kerana dengan tumpuan yang diberikan terhadap ilmu yang dipelajari, seseorang
individu akan mula untuk lebih memahami ilmu tersebut dengan lebih mendalam dan seterusnya
timbul rasa cinta untuk menuntut ilmu. Dalam masa yang sama, seseorang individu juga akan
merasa rendah diri kerana mengetahui bahawa ilmu yang diperoleh masihlah sedikit sedangkan
terdapat banyak ilmu dan pengetahuan yang masih belom diperolehi dan diketahui. Sebagai
contoh, seoarang murid atau pelajar yang mula untuk memberi tumpuan pada pelajarannya akan
mula merasai nikmat menuntut ilmu dan mula untuk merendah diri kerana sedar akan orang –
orang sekeliling seperti rakan-rakan dan pensyarah yang mempunyai ilmu yang lebih tinggi
tetapi masih bersikap dan berakhlak baik kepada satu sama lain.

PENUTUP
Sebagai penutup bagi laporan mengenai wacana ilmiah yang bertajuk “ Ahli Sunnah Wal
Jamaah “ ini, dapat disimpulkan bahawa ianya adalah program wacana ilmiah yang amat
bermanfaat kepada semua manusia terutamanya umat islam yang sedang menuntut ilmu dan
memerlukan petunjuk dan jawapan yang tepat. Program wacana ilmiah ini diakhiri dengan slot
sesi soal jawab antara penceramah program dan juga para pelajar yang menghadiri program
wacana ilmu tersebut. Memandangkan jumlah pelajar yang bertanya agak kurang, dapat
dirumuskan bahawa penyampaian yang diberikn adalah penuh dan padat sehingga ruangan
pertanyaan kurang. Untuk platform penyampaian wacana ini, saya mencadangkan untuk terus
mengunakan Facebook live dimana jumlah orang yang boleh menyertai ialah tanpa had serta
terdapat juga ruang untuk bertanya soalan sekiranya ada. Tidak lupa juga waktu bermula nya
wacana ialah waktu yang sesuai dimana pada waktu pagi minda dan otak manusia berada dalam
keadaan cergas dan cerdas dimana ia baik untuk menerima ilmu ilmu yang disampaikan dalam
wacana ini berkenan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Akhir kata, tamatlah sudah penulisan laporan
saya berkaitan dengan program wacana ilmiah yang berlangsung pada hari jumaat bertarikh 3
November 2023.
LAMPIRAN
MUHAMMAD SYAZWAN BIN MUSTAPA CB230251

3.0 KEPENTINGAN
Ahli Sunnah Wal Jamaah ataupun Sunni merupakan aliran fahaman majoriti dalam
umat Islam. Ini kerana aliran fahaman ini yang bersifat terus ataupun satu iaitu berpegang
terus kepada Al Quran beserta hadis yang telah disampaikan oleh junjungan besar kita iaitu
Nabi Muhammad S.A.W berserta para sahabat. Terdapat banyak kepentingan yang saya dapat
pelajari daripada wacana tersebut yang pertama ialah patuh kepada Kitabullah iaitu Al-Quran
dan sunnah Rasulullah. Al-Quran dijadikan sebagai sumber rujukan dan panduan utama
dalam agama untuk pelbagai sudut dan aspek seperti akhlak,ekonomi,permakanan ,pergaulan
sosial dan banyak lagi. Bagi hadis pula kita perlulah mengikut serta memahami segala
tuntutan Rasulullah S.A.W yang telah diabadikan dalam hadis supaya kita tidak menyimpang
jauh dari agama serta memelihara keindahan agama Islam.
Yang kedua, ialah dari sudut akidah. Fahaman aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah
menegaskan akidah yang satu iaitu meyakini akan keesaan Allah S.W.T, takdir, hari kiamat
berserta risalah Nabi Muhammad S.A.W sebagai penutup bagi para-Nabi. Dengan itu, kita
dapat mengindari perpecahan dan kebingugan dari sudut keyakinan. Yang terakhir, ialah
penyatuan umat Islam. Ahli Sunnah Wal Jamaah memainkan peranan penting iaitu seperti
jambatan dalam menghubungkan umat Islam. Dek kerana terdapat pelbagai pendapat atau
mazhab , Ahli Sunnah Wal Jamaah menjadi teras rujukan utama dalam pelbagai Sudut ini
kerana pegangan ini menjadikan Kitabullah iaitu Al-Quran dan sunnah Rasulullah sebagai
rujukan utama.
4.0 PERLAKSANAAN
Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan pegangan yang bersifat sederhana
ataupun wasatiah. Ajaran ini telah lama diamalkan oleh umat Islam di Malaysia dan terbukti
dalam menjamin keamanan, kesejahteraan dan keharmonian negara. Berdasarkan kehadiran
saya dalam program wacana ilmiah yang bertajuk “Ahli Sunnah Wal Jamaah” ini, terdapat
banyak perkara yang boleh saya amalkan daripada wacana tersebut antaranya ialah ialah
dapat menangkal pemahaman ekstremisme dan radikal yang makin meluas ketika ini. Ini,
bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah iaitu "Sesungguhnya Allah
mencintai kaum Muslimin yang hidup dalam damai." (HR. Ibnu Majah). Hadis ini
menunjukkan bahwa Allah menyukai umat Muslim yang hidup dalam damai. Maksudnya
ialah , Allah S.W.T mengaskan agar umatnya sentiasa hidup dalam keharmonisan, saling
mencintai, dan menjaga kedamaian. Sekiranya fahaman ekstremis seperti Jamaah Islamiyah
yang melakukan serangan terror di Asia Tenggara termasuk di Malaysia hilanglah keamanan
dan keharmonia negara. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh kita lakukan untuk
membendung pandangan bangsa atau agama lain yang mengganggap umat Islam ialah
“Terrorists”. Kita boleh mengadakan kempen ataupun video di media massa untuk
menceritakan keindahan agama Islam. Agama lslam tidak mengajar kita untuk membunuh.
Kedua ialah, menghargai perbezaan. Seperti yang kita tahu terdapat pelbagai variasi
dalam pemahaman ajaran agama Islam serta mazhab contohnya aseperti mazhab Wahabi.
Perbezaan ini dapat membantu kita memperluas perspektif dan menghargai perbezaan di
samping memperkukuhkan kefahaman yang berlandaskan asas ajaran agama Islam yang telah
dibentuk oleh Rasulullah kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya. Dari Abu
Hurairah ra., Rasulullah saw. bersabda: "Allah menciptakan manusia berbeda-beda, mereka
berasal dari satu pasangan yang sama yakni Adam dan Hawa. Allah menciptakan mereka
berbeda-beda suku, bangsa, warna kulit, dan bahasa supaya mereka saling mengenal. Orang
yang paling mulia di antara mereka adalah yang paling bertaqwa kepada Allah." (HR.
Ahmad). Justeru itu, menghargai perbezaan merupakan nilai penting dalam agama Islam.
Dalam menghargai perbezaan terdapat beberapa langkah yang boleh kita terapkan di dalam
diri kita antaranya ialah dengan menambah ilmu pengetahuan. Dengan menambah ilmu
pengetahuan kita dapat mempelajari dengan lebih mendalam kandungan atau ilmu yang ingin
disampaikan. Dengan adanya ilmu pengetahuan kita dapat memastikan perkara yang
disampaikan itu relevan atau tidak dengan pegangan Islam yang telah diajarkan kepada kita
contohnya dalam ajaran mazhab Wahabi iaitu perkara yang Bid’ah seperti sambutan
Maulidur Rasul. Selagi perkara yang kita lakukan bertepatan dengan ajaran agama Islam
maka tiada halangan untuk kita melaksanakanya. Janganlah kita menjadikan perbezaan yang
tidak bercanggah dalam agama Islam sebagai asbab punca perpecahan dan kelemahan umat
Islam.

5.0 Kesimpulan
Akhir kata mengenai wacana ilmu yang bertajuk “Ahli Sunnah Wal Jamaah” ini,
dapat saya rumuskan bahawa ianya adalah program yang amat bermanfaat kepada kami
sebagai pelajar universiti. Program ini dapat membuka mata dan minda kami seperti isu
fahaman sesat yang makin menular tahun ini seperti ajaran “Si Hulk”. Fahaman tersebut yang
menjadikan perniagaan serta media massa sebagai medium penyebaran ajaran tersebut.
Terdapat ramai golongan belia terjerumus dalam ajaran tersebut yang diketuai oleh Suhaini
Muhammad. Sekiranya kita tidak berpegang teguh kepada Al Quran berserta hadis yang
disampakan oleh junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W berserta para sahabat
maka mudahlah untuk kita terpesong dari ajaran yang benar. Seperti mana ayat Al-Quran di
bawah :
"Dan jika kamu mentaati kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya
mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti
persangkaan semata-mata dan mereka tidak lain itu hanyalah berdusta." Surah Al-An'am
(6:116). Ayat ini mengingatkan kita untuk supaya tidak dibuai dengan janji-janji manis atau
keistemewaan palsu yang diwar warkan supaya kita tidak sesat atapun menyimpang dari
ajaran Allah S.WT.
Program ini diakhiri dengan slot sesi soal jawab antara penceramah program dan juga
para pelajar universiti . Terdapat pelbagai soalan yang diajukan serta penjelasan yang terbaik
dari penceramah. Wacana ini dapat mengandungi intipati yang padat dengan ilmu yang
bermanfaat untuk menarik minat belia untuk terus mengkaji dan meneliti ilmu secara lebih
mendalam dan terperinci. Dari sudut platform saya mecadangkan untuk menggunakan
aplikasi Tiktok kerana ia dapat menarik lagi minat para pelajar serta orang luar untuk
menghadirinya. Selain tu juga, di aplikasi Tiktok pihak penganjur dapat menggunakan hadiah
yang diberikan menjadi tabung bantuan kepada yang memerlukan. Program ini juga sesuai
dibuat awal pagi kerana para mengikut kajian konsentrasi yang paling baik adalah pada waktu
awal pagi. Sekian.
6.0 Lampiran
NAMA: HALEEF HAIKAL BIN KHAIRUZZAMAN
NO MATRIKS: CD230100

TAJUK: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN PENGAMALANNYA DI MALAYSIA

KEPENTINGAN WACANA

Kepentingan wacana dalam tajuk ahli salaful soleh ini dapat dikaitkan dengan akidah
dan akhlak seseorang yang mempelajari ajaran yang benar dan berlandaskan syariat Islam
yang betul iaitu berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Ajaran yang dipelajari
oleh umat Islam di Malaysia umumnya ialah ajaran Asya’riah dan al-Maturidiah yang
dinisbahkan kepada Imam Besar Ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu Imam Abu Hasan Al-
Asy'ari. Oleh itu terdapat beberapa kepentingan yang dapat dipelajari.

Antara kepentingan yang terdapat dalam wacana ilmiah yang bertajuk Ahli Sunnah
Wal Jamaah Dan Pengalamanya di Malaysia dan kepentingannya untuk diamalkan dalam
kehidupan seharian ialah banyak amalan yang dapat mengukuhkan keimanan dan ketakwaan
seseorang dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah seperti melaksanakan perintah
yang disuruh Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Seterusnya, dapat
memperbaiki diri untuk menjadi manusia yang berakhlak mulia dengan melakukan segala
sunnah yang telah diajari oleh Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Sebagai
contohnya, selalu tersenyum, mengusap wajah dengan tangannya ketika bangun daripada
tidur lalu membaca doa, menuntut ilmu, mendamaikan orang yang berselisihan fahaman dan
pendapat, membaca basmallah sebelum makan dan minum, menjaga hubungan
silahturrahim sesama insan, melakukan sujud syukur, menziarahi kubur, melaksanakan solat
sunat istikharah, melaksanakan solat sunat taubat dan banyak lagi. Akhir sekali, antara
kepentingan yang terdapat dalam wacana ini ialah dapat memahami dan melaksanakan
rukun islam dan iman. Perintah pertama Allah SWT untuk manusia adalah mengucapkan
dua kalimah syahadah. Ucapan dua kalimat syahadah ini hukumnya adalah wajib bagi
seseorang yang ingin menjadi muslim. Islam menetapkan syahadah sebagai teras atau
tunjang keislaman yang perlu diucapkan, diimani, dihayati dan diamalkan selama mana
seseorang itu melayari bahtera hidup di bumi Allah ini. Oleh yang demikian, konsep
syahadah ini perlu difahami dengan mendalam dan diterjemahkan ke dalam kehidupan
setiap orang Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Barang siapa yang mengakhiri kalamnya
sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan la ilaha illallah maka dia masuk
syurga.” Hadis Riwayat, Muaz bin Jabal. Kesimpulannya, apabila seseorang telah
melafazkan kalimah syahadah maka dia hendaklah mengerjakan segala apa yang
telah diakui dengan lidah itu. Dia hendaklah mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan
segala larangan yang telah dilarang oleh Allah SWT
ETIKA ATAU NILAI DAN KAEDAH PELAKSANAAN NILAI ATAU ETIKA
TERSEBUT DALAM KEHIDUPAN

(HALEEF HAIKAL BIN KHAIRUZZAMAN CD230100)

Nilai yang terdapat dalam wacana ilmiah ini ialah kejujuran. Sebagai seorang
mahasiswa, sifat kejujuran adalah sifat yang amat dituntut dalam menuntut ilmu dan dalam
kehidupan seharian. Kejujuran adalah aspek moral yang memiliki nilai positif dan baik.
Kejujuran juga mempunyai kata lain seperti berterus terang. Di dalam sifat kejujuran juga
melibatkan sikap yang setia, adil, tulus dan dapat dipercayai. Selain itu, kejujuran adalah
sifat yang dihargai oleh banyak jenis budaya dan agama. Jadi, tidak hanya agama Islam
sahaja yang mengharuskan umatnya untuk menjunjung tinggi sifat kejujuran ini. Perintah
untuk berkelakuan jujur juga dituliskan dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Nabi
Muhammad SAW mengatakan bahwa berkelakuan jujur dapat mendorong kita kepada
kebaikan. Hadis tersebut diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang berbunyi : “Dari
Abdullah bin Mas’ud dari Nabi SAW bersabda; sesungguhnya kejujuran itu membawa pada
kebaikan dan kebaikan itu membawa (pelakunya) ke surga dan orang yang membiasakan
dirinya berkata benar (jujur) sehingga ia tercatat di sisi Allah sebagai orang yang benar,
sesungguhnya dusta itu membawa pada keburukan (kemaksiatan) dan keburukan itu
membawa ke neraka dan orang yang membiasakan dirinya berdusta sehingga ia tercatat di
sisi Allah sebagai pendusta.”. Oleh itu, agama Islam amatlah menegaskan setiap umatnya
untuk bersifat jujur dalam melakukan segala perkara harian yang dilakukan.

Seterusnya, menuntut ilmu adalah dianggap sebagai suatu kewajiban. Allah SWT
telah memerintahkan umat-Nya untuk terus belajar selama hidup di dunia melalui ajaran Al-
Quran dan hadis. Bahkan, Rasulullah SAW juga pernah memberitahukan umatnya bahwa
jumlah pahala orang yang menuntut ilmu jauh lebih besar dibandingkan mereka yang
berjihad. Ilmu adalah sarana untuk menunaikan apa yang Allah SWT perintahkan kepada
umat-Nya. Tidak sempurna iman dan amal seorang muslim kecuali dengan ilmu, karena
ilmu Allah disembah, dengannya hak Allah ditunaikan, dan dengan ilmu juga agama-Nya
disebarkan. Oleh hal yang demikian, cara pelaksanaan sifat kejujuran dalam kalangan para
mahasiswa yang dapat dilakukan adalah para mahasiswa menyelesaikan tugasan dalam
jangka waktu yang ditentukan oleh pensyarah mereka dengan memperbincangkan tugasan
tersebut bersama rakan-rakan yang lain supaya mereka dapat bertukar pendapat dan idea
antara satu sama lain sejurus dapat mengelakkan daripada melakukan aktiviti plagiat demi
mendapat nilai markah yang bagus dalam tugasan tersebut. Akhir sekali disertakan hadis
tentang kejujuran: “Tinggalkanlah yang
meragukanmu pada apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kejujuran lebih
menenangkan jiwa, sedangkan dusta (menipu) akan menggelisahkan jiwa.”. Hadis Riwayat
Tirmidzi no. 2518 dan Ahmad 1/200.

Kesimpulannya, mahasiswa haruslah bersikap jujur, agar dapat memperolehi sikap


integriti dan tanggungjawab atas tindakan mereka sendiri. Kejujuran dapat melatih diri
mahasiswa untuk memiliki moral dan perilaku yang mulia serta dapat bertindak bijak
dengan nilai-nilai positif tersebut.
KESIMPULAN ( HALEEF HAIKAL BIN KHAIRUZZAMAN CD230100)

Kesimpulannya, pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ini merupakan ajaran yang
benar yang berlandaskan syariat Islam yang betul iaitu berpegang teguh dengan Al-Quran
dan As- Sunnah. Ajaran ini merangkumi ajaran Asya’riah dan al-Maturidiah. Oleh itu, umat
Islam perlulah mengikuti ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berdasarkan mazhab Syafie
ini. Hal ini demikian, dapat mengelakkan diri umat Islam daripada terpesong akidah dan
mengikuti ajaran yang sesat. Seterusnya, masa pelaksanaan program ini diadakan adalah
pada pukul 8:00 pagi hingga 10:00 pagi pada tarikh 3 November 2023. Masa pelaksanaan
program ini merupakan masa yang sesuai kerana dilakukan pada waktu pagi dimana para
mahasiswa mudah untuk menimba ilmu pengetahuan. Program ini dijalankan secara atas
talian melalui platform “Facebook” yang disampaikan melalui live menerusi platform
tersebut. Hal ini demikian amat memudahkan para mahasiswa kerana pada era globalisasi
ini, kemudahan rangkaian internet seperti wi-fi tidak lagi menjadi isu kepada mahasiswa.
Seterusnya, penggunaan aktiviti media sosial juga merupakan perkara biasa yang sering
digunakan para mahasiswa abad ini jadi tidak mustahil untuk para mahasiswa tidak
mengetahui cara mengakses dan menggunakan platform “Facebook” ini. Akhir sekali,
penceramah program wacana ilmiah ini ialah Dr. Wan Adli Bin Wan Ramli iaitu pensyarah
kanan daripada jabatan akidah dan pemikiran islam. Pelaksanaan program penceramahan ini
amat lah terurus dan terancang. Seterusnya, beliau juga dapat menyampaikan isi kandungan
wacana ilmiah ini dengan penyampaian yang mudah dan ringkas serta dapat di fahami oleh
para mahasiswa yang menghadiri program ini.
LAMPIRAN
AMIRUL BIN AMIRUDDIN (AI230100)

3.
Antara kepentingan dan keperluan program wacana ini ialah supaya pelajar dapat
membezakan ajaran islam dan ajaran yang menyimpang dari ajaran sebenar. Terdapat
beberapa ajaran yang telah difatwakan sesat di negara kita Malaysia seperti Qadiani,
Al-Arqam, ajaran Qadani, Ayah Pin dan banyak lagi. Bukan itu Sahaja, Malah aliran
pemikiran Baharu turut bertambah dengan cepat ibarat cendawan tumbuh selepas
hujan seperti fahaman salafiah wahabiah, islam liberal, fahamam syiah dan fahaman
sufi yang jelas lagi bersuluh telah menyeleweng dan terkeluar dari mazhab yang
diamalkan dalam islam boleh mengakibatkan kekeliruan dalam Masyarakat sekaligus
menjejaskan perpaduan negara kita .
Selain itu, Program ini juga dapat membantu para pelajar menghasilkan solusi bagi
membanteras ajaran sesat di negara ini. Seperti yang kita tahu, Terdapat empat
mazhab yang diterima dalam islam iaitu mazhab syafi’i, Hanafi, Hanbali dan maliki.
Kebanyakan negara di asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia menggunakan
mazhab Syafi’i. Oleh itu, jika terdapat ajaran yang bertentangan dengan keempat-
empat mazhab tersebut, maka sudah tentu ajaran tersebut merupakan ajaran sesat.
Antara usaha yang boleh dilakukan demi mencegah ajaran sesat ialah kita perlulah
melengkapkan diri dengan ajaran islam yang benar. Kita juga boleh membantu
menyebarkan dakwah islam yang berlandaskan Al-Quran dan hadis sebagai sumber
hukum.
Akhir sekali, kita dapat memastikan generasi seterusnya tidak terpengaruh dengan
ajaran sesat.
Hal ini kerana, kita juga akan membina keluarga kita sendiri. Ibu bapa merupakan
insan yang bertanggungjawab mendidik anak-anak menjadi insan yang bak kata
peribahasa anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Setiap
tingkah laku ibu bapa akan dijadikan ikutan oleh anak-anak mereka. Oleh itu, jika ibu
bapa mengamalkan ajaran yang menyimpang dari ajaran islam, sudah semestinya
anak – anaknya akan ikut mengamalkan ajaran sesat tersebut. Jika tidak dibendung,
semakin ramai generasi muda yang tidak mengenali ajaran islam yang sebenar yang
akan mengakibatkan tercemarnya imej agama islam di negara kita. Generasi muda
juga merupakan bakal pemimpin negara. Oleh hal yang demikian, kita seharusnya
mendidik mereka agar mereka boleh menjadi pemimpin yang berpegang teguh kepada
ajaran islam yang sebenar.

4. Nilai yang boleh diperolehi daripada program wacana ini ialah kita hendaklah
berpegang teguh dengan kepercayaan kepada Allah SWT. Kepercayaan ini menjadi
teras yang penting bagi membentuk anak yang mempunyai moral yang tinggi serta
mempunyai nilai murni yang terpuji. Allah SWT berfirman dalam surah Luqman,
31:13:

Pendidikan akidah merangkumi aspek keimanan kepada perkara ghaib yakni perkara
yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar termasuk beriman kepada malaikat, kitab-
kitab, Rasul-rasul, Alam kubur, Hari Kebangkitan, Syurga, Neraka, Qada’dan Qadar.
Kita perlulah melengkapkan diri kita dengan kefahaman tentang keimanan serta
membiasakan diri dengan asas pengajaran islamiah dan mencintai Rasulullah SAW
dan ahli keluarga baginda SAW sejak dari kecil hingga besar. Hal ini kerana
keimanan merupakan suatu perkara penting dalam kehidupan manusia yang boleh
memberi kesan positif kepada kesihatan jiwa serta menjadi sumber segala kebaikan
dan gambaran kepada komponen Islam yang mulia. Jika kita bicarakan tentang aspek
tanggungjawab ibu bapa, mereka seharusnya memberikan Pendidikan akidah yang
terbaik untuk anak-anak mereka.

Secara
ringkas, al-Quran dan al-Sunnah telah menyatakan begitu jelas berkenaan tatacara
pendidikan terbaik yang perlu diberikan oleh ibu bapa khususnya bapa kepada anak-
anak. Tambahan pula, Rasulullah SAW sendiri telah menyatakan bahawa sebaik-baik
pemberian ibu bapa kepada anak-anak.

Salah satu usaha untuk mengatasu masalah kenakalan, kedegilan dan kejahatan anak-
anak adalah dengan membekalkan didikan dan pengetahuan agama semenjak dari
kecil bak kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu,
berdasarkan hadis tersebut, dapat disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan
yang sangat penting sebagai guru pertama untuk membimbing dan mendidik anak-
anak kepada akidah, ibadah dan akhlak islam. Pengetahuan agama islam yang
dipelajari mampu untuk mengawal tingkah laku anak-anak agar sentiasa berada dalam
landasan kebenaran dan keimanan kepada Allah SWT. Ibu bapa juga perlulah
menasihati anak-anak kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran. Dakwah yang
disampaiakn mestilah bertujuan untuk memberi Pendidikan kepada anak-anak melalui
cara tegas tetapi disertakan sifat penyayang dan konsisten
5.
Kesimpulan yang dapat saya buat sepanjang saya menyertai program wacana
ilmiah ini ialah ajaran islam yang diterima yang bebas diamalkan ialah ajaran yang
diajarkan daripada keempat-empat mazhab yang juga berteraskan Al-Quran dan hadis
sebagai sumber hukum. Secara umunya, Ahli al-Sunnah wal Jamaah didefinisikan
sebagai Kumpulan majoriti umat islam yang mengikuti jejak Langkah Rasulullah
SAW dalam memahami dan mempraktikkan islam merangkumi aspek akidah, fiqah,
dan akhlak. Kewujudan ajaran sesat dalam masyarakat islam di Malaysia bukan
sahaja membawa kepada penyelewengan akidah namun dapat mengakibatkan
perpecahan serta meruntuhkan perpaduan dalam kalangan umat Islam kerana
wujudnya perbezaan kepercayaan dan amalan. Keadaan ini seharusmya dielakkan
demi pembentukan generasi yang berkualiti tinggi
Setiap umat islam perlulah memainkan peranan mengikut kemahiran dan kepakaran
masing-masing untuk membanteras kemunculan dan penyebaran ajaran sesat ini
dengan menjadikan akidah yang diamalkan oleh ahli Sunnah wal Jamaah sebagai
pegangan mutlak di negara kita Malaysia. Dari segi masa, Pelaksanaan program
Wacana yang saya sertai ini, program berjalan dengan lancar dan penceramah yang
dijemput ialah dari Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya iaitu Ybhg. Dr.Wan Adli Bin Wan Ramli dan Moderator Majlis
hari ini iaitu YBrs. Dr. Che Adenan Bin Mohammad dari PPUK, UTHM serta
perasmi hari ini juga iaitu dari jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi yang diadakan di
laman Facebook sebagai platform program iaitu pascsiswazah PPUK.
Penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah dengan menggunakan mikrofon yang
lebih berkualiti supaya suara penceramah dapat didengari dengan jelas
.
6.

Anda mungkin juga menyukai