Anda di halaman 1dari 9

MPU 2312

AMALAN ISLAM DI MALAYSIA

TAJUK :
PANDUAN ISLAM DALAM PERLAKSANAAN
PEMBANGUNAN NEGARA DAN MASYARAKAT KE ARAH
KERADHAAN ALLAH
DMA
SEMESTER 1, SESI AKADEMIK 2022

NAMA PENSYARAH:
Dr.ALADIN MAMAT

NAMA KUMPULAN:
AL-IKHSAN

AHLI KUMPULAN:
NO. NAMA NOMBOR MATRIK NOMBOR
TELEFON
1. MUHAMMAD SYAHMI 12104322012 0 11-3053 6929
BIN HASRIZAN
2. NOOR IDHAM BIN 12104322030 0 11-1196 3972
MOHAMAD
3. FAHMI IRFAN BIN 12104322043 011-36010495
ABDULLAH
4. AHMAD FAWWAZ BIN 12104322079 019-8336769
SAZALI
5. MUHAMMAD SYAFIQ BIN 12104322034 017-6187927
SUSAKRI
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah dengan nikmat dan kurniaan Allah kami dapat menyelesaikan tugasan
kami untuk subjek Amalan Islam di Malaysia ini dengan jayanya. Selain itu dengan kesempatan
ini, kami ingin mengucapakan setinggi-tinggi terima kasih kepada pensyarah kami yang telah
memberikan kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan tugasan ini. Di samping itu, kami
juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga kami, sahabat-sahabat kami, ornang-orang
yang terlibat secara langsung dan termasuklah ahli group kami sendiri yang terlibat secara
langsung atau tidak didalam projek ini kerana telah memberi semangat dan tunjuk ajar kepada
kami untuk kami menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, kami mendoakan semoga Allah SWT
sentiasa merahmati kita dan semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat.

Sekian, terima kasih.


PENGENALAN
Pembangunan menurut islam adalah bersifat multi-dimensi yang meliputi aspek fizikal,
kerohanian dan moral. Penilaian pembangunan adalah berpusat kepada konsep tauhid iaitu Allah
sebagai pemilik mutlak dan manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab membangunkan
alam semesta berlandaskan kepada al-quran dan as-sunnah. Persoalannya, apakah tujuan sebenar
pembangunan menurut islam. Oleh itu, semua persoalan tersebut akan dirungkai melalui kaedah
epistemologi ilmu islam iaitu kaedah Kembali kepada fiqh yang asal. Dapatan kajian mendapati
factor keimanan dan ketaqwaan menyumbang kemudahan dalam tingkat pembangunan.
Walaubagaimanapun kajian juga mendapati bahawa dari segi functional, model pembangunan
mengikut perspektif islam adalah mempunyai persamaan dengan model pembangunan
konvensional. Kajian merumuskan bahawa pengaplikasian model pembangunan menurut
perspektif islam berlandaskan al-quran dan as-sunnah dapat menghasilkan natijah yang lebih luas
berbanding dengan model pembangunan konvensional. Oleh itu, seharusnya model
pembangunan islam dapat diterapakan ke dalam dasar pembangunan negara. Kedatangan
penjajah barat ke negara-negara islam telah memberi impak yang besar dalam perintahan dan
pemikiran kepada penduduknya. Pemikiran politik asing yang berlatarbelakangkan
perkembangan sejarah barat telah diperkenalkan kepada umat islam. Antaranya, islam sama
seperti agama barat dan tidak mempunyai peranan dalam persoalan politik kenegaraan.
OBJEKTIF
1. Mengenalpasti kepimpinan dan teladan yang di ajar oleh Rasulullah SAW semasa beliau
memimpin negara islam.

2. Mengenalpasti kepimpinan dan pengurusan negara islam ketika pemerintahan khulafa ar-
Rasyidin.

3. Mengenalpasti kepimpinan dan pengurusan negara islam ketika pemerintahan Melayu Melaka.

1) PENDAHULUAN

Kedatangan penjajah Barat ke Negara islam telah meninggalkan kesan yang besar terhadap
permikiran politik penduduknya.Antara idea-idea politik asing yang berlatarbelakangkan
perkembangan sejarah Barat telah diperkenalkan kepada umat islam. Salah satu idea utama yang
ditonjolkan adalah islam sama seperti agama di barat dan tidak mempunyai peranan dalam apa-
apa persoalan politik kenegaraan. Seterusnya, terdapat banyak hukum, kaedah dan peraturan
dalam ajaran islah yang menyentuh pelbagai persoalan berkaitan demgan pemerintahan dan
pentadbiran.

2) KONSEP DAN PRINSIP

Pemerintahan dan pentadbiran dalam islam berasaskan akidah, syariat dan akhlak islam.
Perjuangan untuk menegakkan pemerintahan dan pentadbiran berlandaskan syariat islam adalah
merupakan satu kewajiapan oleh seluruh umat islam. Allah SWT memerintahkan manusia
supaya menyebarkan dan menegakkan syiar islam iaitu menyeru kearah kebaikan dan mencegah
kemungkaran serta menjalankan pengadilan berlandaskan hukum Allah SWT. Selain itu,
perintah tersebut tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna selagi tiada pemerintahan dan
pentadbiran yang komited dan bertanggungjawab untuk melaksanakan syariat berlandaskan al-
quran dan sunnah. Pemerintahan dan petadbiran dalam islam mempunyai beberapa ciri utama.
Antaranya, ciri yang pertama ialah setiap pemerintah mestilah mentauhidkan Allah SWT.
Seterusnya, ciri yang kedua ialah menjadikan al-quran dan sunnah sebagai sumber rujukan dan
panduan yang utama. Ciri yang ketiga, memelihara akhlak. Cirri yang terakhir ialah
mengamalkan tiga prinsip utama iaitu keadilan, persamaan dan kebebasan.
3) PEMERINTAHAN DAN KEPIMPINAN RASULULLAH SAW

Terdapat beberapa langkah yang dimbil oleh Rasulullah SAW sebaik sahaja baginda tiba
di kota Madinah iaitu mendirikan masjid sebagai tempat, perhimpunan umat islam dan
pentadbiran seperti baginda Rasulullah SAW telah membeli sebidang tanah dengan harga 10
dinar hasil pungutan derma ikhlas daripada para sahabat. Selain itu, masjid dibina berperanan
sebagai sebuah parlimen untuk menyatupadukan ummah, sebuah university bagi mengajar
tentang keagamaan dan keduniaan, mahkamah untuk kehakiman, rumah tumpangan bagi
pengembara dan tempat solat berjemaah. Seterusnya, baginda Rasulullah SAW juga
menyatupadukan masyarakat Madinah yang terdiri berbilang kaum dengan mengadakan program
saudara angkat (al-Muakhat). Perkara yang paling utama dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah
menjalinkan kemesraan antara golongan Muhajirin dan Ansar.

Disamping itu, baginda juga membentuk sistem kabinet berdasarkan konsep syura iaitu
melaksanakan prinsip syura seperti Rasulullah SAW selalu meminta nasihat daripada sahabat-
sahabatnya dalam semua situasi yang mempengaruhi kepentingan umat, samada dalam bidang
ketenteraan mahupun dalam bidang-bidang lain. Baginda akan menerima pendapat para sahabat
walaupun pendapat tersebut bertentangan dengan pendapatnya sendiri seperti yang berlaku
dalam peperangan uhud. Baginda juga berpendapat golongan umat islam harus tinggal di
Madinah sementara majority sahabatnya bersetuju agar golongan islam perlu keluar daripada
madinah (Othman Talib, 2007).

Seterusnya, baginda juga membentuk system ekonomi islam dengan cara


mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar. Dalam buku-buku sirah menyatakan Abu Bakr
al-Siddiq dipersaudarakan dengan Kharrijah bin Zuhair, Ja‟far bin Abi Talib dengan Mu‟adz bin
Jabal, Hamzah bin ‟Abdul Mutallib dengan Zaid bin Harithah, Sa‟ad bin Al-Ruba‟i dengan
‟Abdul Rahman bin ‟Auf dan lain-lain lagi. Zahirnya kita nampak ikatan persaudaraan atas
nama Aqidah Islamiah. Ia memang betul, namun di sebalik persaudaraan ini Nabi Muhammad
membentuk partnership dalam membuka lembaran baru ekonomi Madinah. Orang Madinah yang
kaya dengan sumber alam dan produk pertanian, manakala orang Muhajirin pula mempunyai
networking yang besar dalam perniagaan antarabangsa yang melibatkan channel yang luas di
bandar-bandar besar sekitar Semenanjung Arab sehingga ke negara besar Rom.

Akhir sekali, baginda menjamin sistem keadilan seperti melaksanakan hukum hudud,
pengharaman riba, pembahagian harta pusaka dan lain-lain. Sebagai contoh, hukuman bagi
seseorang yang mencuri atas kadar tertentu adalah potong tangan. Selain itu, baginda juga
menitikberatkan berkaitan perniagaan yang adil seperti haram bagi sesebuah perniagaan
melakukan penipuan. Kesimpulannya, pemerintahan dan kepimpinan Rasulullah SAW
merupakan salah satu contoh panduan islam dalam pelaksanaan pembangunan Negara dan
masyarakat ke arah keradhaan Allah SWT.

4) PEMERINTAHAN DALAM KHULAFA AR-RASYIDIN

Khulafa’ ar-Rasyidin ialah gelaran kepada empat sahabat yang memegang jawatan dalam
negara selepas kewafatan Rasulullah SAW, iaitu Khalifah Abu Bakar, Khalifah Umar al-
Khattab, Khalifah Usman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib. Dasar pentadbiran zaman
Khulafa’ ar-Rasyidin ialah undang-undang dan pentadbiran negara yang berasaskan al-quran dan
sunnah. Selain itu, Khalifa juga berkuasa untuk membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli
syura dan ijitihad. Seterusnya, khulafa bertanggungjawab dalam menegakkan kebenaran dan
memerintah negara dengan berlaku adil.
5) KONSEP YANG DITEGAKKAN OLEH KHALIFAH

Terdapat empat konsep yang ditegakkan oleh Khalifah ar-Rasyidin antaranya ialah
ketulusan, keadilan, kebebasan dan kesamarataan. Ciri-ciri keadilan ialah amanah, menunaikan
janji, menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran demi menjamin keamanan serta
keharmonian. Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah SAW berusaha untuk mendaulatkan
hukum dalam semua aspek termasuklah hal-hal politik, pentadbiran, undang-undang, ekonomi
dan pendidikan kekeluargaan. Perundangan islam telah terbahagi kepada tiga iaitu hudud, Qisas
dan takzir.
Seterusnya, konsep yang kedua ialah kesemarataan. Seluruh umat islam adalah
bersaudara seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Baginda juga tidak pernah
membezakan antara golongan yang lemah dan para hamba serta antara Arab dan bukan Arab
seperti Bilal bin Rabah, Amar bin Yasir, Shuhaib al-Rumi dan Salman al-Farisi.
Selain itu, konsep yang ketiga adalah kebebasan. Islam telah memberikan kebebasan
dalam beragama. Al-Quran telah menjelaskan bahawa tiada paksaan untuk beragama, seperti
firman Allah SWT yang bersabda bahawa “ Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.”
(Surah al-Kafirun 109:60). Seterusnya, Rasulullah SAW telah mengizinkan penganut agama lain
hadir dalam kalangan umat islam secara aman dan menjadi rakyat yang wajib dilayan secara adil
tanpa paksaan dalam menerusi perjanjian bertulis.
Akhir sekali konsep yang ketiga ialah ketelusan. Ketulusan dalam melaksanakan kuasa
permerintahan menjadi keutamaan Khulafa ar-Rasyidin apabila mereka dipilih menjadi ketua
negara dan pemimpin umat islam. Saydina Umar al-Khatib telah berdoa kepada Allah SWT agar
menghasihi individu yang menunjukkkan kelemahan serta kekerungan diri.
PENTADBIRAN ZAMAN KEGEMILANGAN MELAKA.

 Pada zaman kegemilangan, kesultanan Melayu Melaka telah membina satu tradisi ,
budaya,politik dan ekonomi yang kekal diwarisi sehingga kini.
 Kegemilangan dan kemakmuran Melaka telah menarik minat portugis untuk datang ke Melaka
seterusnya menguasai tanah Melayu Melaka.
 Perundangan islam telah diamalkan lebih awal melalui prasasti Terengganu yang bertarikh 14
rejab 702H bersamaan 22 februari 1303 sebelum wujudnya hukum kanun Melaka yang bertulis
pada waktu pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) oleh Hang Sidi Ahmad dan
Undang-undang laut Melaka.
 Kewujudan hukum kanun Melaka membuktikan secara jelas bahawa Negara ini telah
mempunyai perlembagaan sebelum kuasa eropah menguasai tanah melayu. Sifat dan
kandungan sesebuah perlembagaan itu bergantung kepada keperluan sesuatu zaman.

Anda mungkin juga menyukai